Monday 9 April 2018

'Selamatkan Pulau Pinang' Jadi Teras Manifesto BN Pulau Pinang


PULAU PINANG 9 April – Manifesto Barisan Nasional (BN) negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan memfokuskan kepada matlamat untuk menyelamatkan negeri ini daripada dasar dan polisi Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dirangka dengan semangat `Selamatkan Penang’ atau `Save Penang’, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, BN negeri berhasrat manifesto itu dapat menyelamatkan negeri ini daripada terus dirosakkan DAP.

Ujar beliau, menerusi manifesto itu, BN akan meminda serta membatalkan beberapa projek yang dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat tidak menguntungkan rakyat serta memberi kesan kepada alam sekitar.

“Penduduk Pulau Pinang sudah dapat melihat sendiri bagaimana dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memanfaatkan mereka sebaliknya memberi kelebihan kepada pemaju dan dalam masa sama merosakkan alam sekitar.

“Sebab itu, kita berharap mandat daripada penduduk negeri ini pada PRU-14 untuk kita pinda dan membatalkan projek-projek mega yang dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang ini,”. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment