Thursday 12 April 2018

Tol Percuma Bagi Penunggang Motosikal Di Jambatan Pulau Pinang


BALIK PULAU: Tol bagi laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, janji itu adalah tambahan kepada manifesto BN sebelum ini yang turut menjanjikan 65,000 rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang.

"Kita juga sedia menambah bilangan rumah mampu milik yang dijanjikan akan dibina sekiranya berjaya merampas negeri ini.

"BN mempunyai rekod dan kemampuan melaksanakan semua janji yang dibuat, bukannya seperti kerajaan negeri yang mempunyai 51 janji yang belum ditunaikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Balik Pulau Bersama Perdana Menteri yang dihadiri kira-kira 10,000 penduduk di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman. - Berita Harian

4 comments:

  1. Bijak2.. simple manifesto but very usefull to all penang..

    ReplyDelete
  2. A very good manifesto offer to all Penangites especially to the BRIM receiver that use motorcycle as their transport every day.

    Good news also to the industrial sector at the island that give a tol subsidies to their employee who use motorcycle to work from mainland.

    But first they all must make sure BN comes to power again and form the Penang goverment as well.

    ReplyDelete
  3. I doubt it bn wil win.. since race sentimen is strongly built by dap on tht island.. its not about 1malaysia its about 1 race.. so sad pènangites..
    Hope they realized in time before its too late for penang future..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I strongly agree. It is very difficult for BN to win back Penang.

      Delete