Wednesday 11 April 2018

UMNO Masih Pilihan Rakyat Di Kepala Batas


KEPALA BATAS - UMNO Pulau Pinang yakin Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berdasarkan kepada 'DNA Pak Lah' (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang menjadi kekuatan sehingga kini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pembangunan yang telah dibawa oleh bekas perdana menteri itu diteruskan sehingga kini dan 'DNA Pak Lah' menjadi tradisi UMNO Kepala Batas untuk membela rakyat di kawasan berkenaan.

"Kalau kita pandang depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah tak ada satu pun yang tidak ada kaitan dengan Tun Abdullah. Pembangunan yang dibawa macam-macam. Jadi, ini adalah benda yang sebenarnya menjadi kekuatan dan suntikan kepada UMNO Kepala Batas.

"Saya ni lebih bertanggungjawab untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh beliau. 

Alhamdulillah saya dapat laksanakannya dalam tempoh lima tahun ini sebagai Anggota Parlimen Kepala Batas. Dalam tempoh lima tahun, tiga masjid dan lima sekolah agama dibina di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah mangsa ribut, di sini hari ini.

Beliau berkata, sudah menjadi amalan UMNO Kepala Batas untuk melakukan sesuatu perkara secara istiqamah dengan mendekati dan mendengar masalah rakyat di kawasan itu. - Bernama

1 comments:

  1. There is no problem at all for BN to retain this seat for another term. If there is a three corner fight BN will get much more majority.

    ReplyDelete