Tuesday 5 June 2018

BN Tasek Gelugor Nafi 2 Adun Lompat Parti


Pimpinan UMNO Bahagian Tasek Gelugor menafikan kenyataan Pengerusi PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya yang mendakwa dua ADUN BN menyertai parti Bunga Raya itu.

Penafian itu dibuat Ketua Bahagiannya yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dalam satu kenyataan hari ini.

“Ini adalah tidak benar sama sekali. Hanya dua orang wakil rakyat BN di DUN Pulau Pinang dan kedua-duanya dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor

“Kedua dua wakil rakyat berkenaan turut menafikan kenyataan Pengerusi PPBM terbabit dan menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggung jawab serta satu fitnah.

Terdahulu portal News Straits Times melaporkan kenyataan Marzuki yang mendakwa beliau menerima permohonan dari wakil wakyat BN di Pulau Mutiara untuk menyertai PPBM.

Pada PRU18, BN hanya memenangi dua kerusi DUN Pulau Pinang menerusi Muhamad Yusoff Mohd Nor (Sungai Dua) dan Nor Hafizah Othman (Permatang Berangan). - bnbbc

0 comments:

Post a Comment