Tuesday 5 June 2018

Muka Baharu, Lama Tawar Diri Pemilihan Sayap UMNO


5 JUN: Susulan pembaharuan yang dilakukan UMNO dalam pemilihan kali ini, ramai anak muda yang mulai menonjolkan dengan menawarkan diri untuk merebut jawatan dalam sayap pemuda parti.

Antara jawatan tersebut adalah Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Puteri dan Exco Pemuda sendiri menjadi rebutan sekaligus bakal menyaksikan saingan   sengit dalam kalangan mereka.

Bagi jawatan Ketua Pemuda yang sebelum ini disandang Khairy Jamaluddin, kini beliau dikatakan akan bertaruh bagi jawatan Naib Presiden bersama beberapa pemimpin lain yang lebih senior daripadanya.

Antaranya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Jamal Md Yunos akan ke hadapan untuk bertaruh bagi jawatan itu meskipun terpalit dengan beberapa kontroversi.

Beliau merupakan calon ketiga merebut jawatan ketua Pemuda UMNO ditinggalkan Khairy selepas Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Bagi jawatan Exco Pemuda UMNO, beberapa muka baru turut dilihat mengambil bahagian untuk jawatan tersebut.

Dengan karakter tersendiri di antara mereka ia menonjolkan kelainan dalam UMNO yang lebih menampilkan muka baharu dan muda untuk pentadbiran parti itu kali ini.

Bagi jawatan Ketua Puteri, Khaidirah Abu Zahar dilaporkan akan mengambil tempat untuk bersaing bagi jawatan tersebut yang sebelum ini penyandangnya adalah Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei sehingga 10 Jun.

Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian ditetapkan pada 30 Jun dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat. - bnbbc

0 comments:

Post a Comment