Tuesday 5 June 2018

Rosmah Disiasat SPRM 3 Jam


5 JUN: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International Sdn Bhd selepas lima jam berada di ibu pejabat suruhanjaya itu.

Beliau keluar daripada ibu pejabat SPRM pada jam 3.45 petang selepas tiba pada 10.45 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd yang juga anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, lapor Utusan Online, Rosmah memilih untuk tidak bercakap dengan pengamal media selepas memberi keterangan dan terus menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan plat pendaftaran WQF 11.

Terdahulu, turut kelihatan hadir bersama ialah anak perempuanya, Nooryana Najwa Najib dan suami Daniyar Kessibayev serta barisan peguam, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent.

Sementara itu, Kumaraendran berkata, anak guamnya selesai memberi keterangan dan memberi kerjasama penuh kepada suruhanjaya itu bagi membantu siasatan.

“Proses mengambil keterangan berlangsung selama tiga jam, anak guam saya memberikan kerjasama penuh.

“SPRM juga melakukan tugas mereka dengan profesional,”katanya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipanggil sebanyak dua kali oleh SPRM untuk memberi keterangan berbubung kes yang sama iaitu pada 22 dan 24 Mei lalu yang mengambil masa antara lima hingga tujuh jam. - bnbbc

0 comments:

Post a Comment