Friday 10 May 2019

Perkukuh Parti Keramat, UMNO Wadah Perjuangan Untuk Agama Dan Bangsa – Ismail Sabri


KUALA LUMPUR, 10 Mei – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan harapan agar semua ahli UMNO akan terus memperkukuhkan parti keramat ini bagi memastikan UMNO mampu meneruskan wadah perjuangan bagi menegakkan agama dan bangsa.

Jelas beliau, ini kerana jelas dapat dapat dilihat bahawa Islam dan Bumiputera semakin terhimpit di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Selama 73 tahun UMNO telah pun berjaya mengangkat martabat bangsa dan agama Islam di negara ini. Jadi, saya berharap sempena sambutan ulang tahun UMNO yang ke 73 ini, semua ahli UMNO akan terus memperkukuhkan parti kita bagi memastikan kita masih mampu untuk meneruskan wadah perjuangan kita bagi menegakkan agama dan bangsa.

“Sambutan ulang tahun UMNO kali ini, kita sambut selepas setahun kita mengalami kekalahan dalam PRU-14 yang lalu dan setahun jugalah kerajaaan PH memerintah negara ini. Jadi, saya amat berharap supaya kekalahan kita kepada PH tidak melemahkan kita tetapi sebaliknya meningkatkan semangat kita untuk meneruskan perjuangan bagi membela agama dan bangsa,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Ismail, jika dilihat sekarang ini, Melayu dan Bumiputera terhimpit di bawah kerajaan PH maka inilah yang harus dijadikan semangat bagi meningkatkan lagi iltizam dalam meneruskan perjuangan.

Esok tarikh 11 Mei genap ulang tahun penubuhan parti tersebut yang ke-73 selepas ditubuhkan pada tahun 1946 atas dorongan semangat nasionalisme demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment