SHAH ALAM, 9 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sudah setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara tetapi sehingga ke hari ini tiada apa-apa yang PH lakukan untuk bantu rakyat.
Katanya, ia amat memalukan kerana sewajarnya kerajaan PH membuat perubahan-perubahan yang lebih baik dan bukannya hanya tahu ubah nama mahupun sekadar menyalin dan meniru kejayaan-kejayaan kerajaan BN yang lalu atau mengambil kredit di atas kejayaan Barisan Nasional (BN).
“Kerajaan hari tidak ada apa-apa yang dibanggakan hanya sekadar pandai mengubah nama misalnya dari PERMATA ke Genius, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ke Bantuan Sara Hidup (BSH) dan sebagainya, ia sepatutnya harus lebih baik dari itu.
“Tempoh satu tahun adalah lama, bukannya memimpin sebuah kampung tetapi ini memimpin sebuah kerajaan,” katanya dalam program Wacana 108: Penilaian Setahun PH Berkuasa di Shah Alam, hari ini.
Menurut Shamsul Anuar, sebagai sebuah kerajaan yang sudah mengambil alih tampuk kerajaan dari BN sewajarnya PH mampu mengambil suatu polisi atau dasar dengan begitu cepat dan segera untuk.
“PH perlu membuat perubahan dan menunaikan apa yang dijanjikan… jika ia tidak berlaku maka ia adalah suatu kegagalan bagi sebuah kerajaan.
“Jika diukur sebelum 9 Mei lalu, nilai mata wang ringgit dan indeks bursa saham begitu tinggi malah dikagumi oleh negara-negara luar tetapi sekarang ini sudah setahun memerintah semuanya jatuh merudum, terburuk di Asia dan tidak ketinggalan juga pelabur asing sudah melarikan diri dan melabur ke tempat lain.”
Bidasnya, ini menunjukkan kegagalan dan ketidakupayaan kerajaan PH untuk mengatasi dan menyelesaikan isu dengan sesegera mungkin.
“Kerajaan sekarang ini banyak melakukan kesilapan, sebagai contoh isu Tabung Haji iaitu kejayaan, pencapaian BN mentadbirnya, keuntungannya tiap-tiap tahun berganda, kalau hendak mewujudkan keyakinan rakyat, siasatlah… buat Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
“Apa yang baik haruslah diteruskan untuk rakyat… itu yang lebih penting dari menyalahkan BN
“Jika kerajaan baru ini ingin meneruskan kesinambungan polisi agenda kerajaan terdahulu, maka ia kena laksanakan program-program kerajaan terdahulu, jika ia tidak mahu melaksanakan maka ia kenalah agenda-agenda yang lebih baik dari kerajaan dahulu,” tegasnya. – MediaUMNO
0 comments:
Post a Comment