Menurut Najib, beliau hadir di Sandakan hanya untuk separuh hari dan sempat memberi satu ceramah atas permintaan PBS.
Tambah Najib, selepas Pakatan Harapan kalah berturut-turut dalam tiga PRK iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau tidak ada seorang pun pemimpin BN secara angkuh menuduh kekalahan PH sebagai pukulan mati.
“Kit Siang telah berkempen berhari-hari di PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Puluhan ceramah diberi oleh Kit Siang di sana.Lalu PH tetap kalah juga walaupun Kit Siang telah kuat berkempen.
“Tapi tak ada seorang pun dari BN yang angkuh sehingga menuduh bahawa semua kekalahan PH ini melambangkan pukulan-pukulan mati untuk Kit Siang.” sindir Najib.
Najib dalam hantaran yang dibuat dalam Facebooknya hari ini bagaimanapun turut mengucapkan tahnian kepada DAP atas kemenangan calon mereka, Vivian Wong Sher Yee.
Semalam Kit Siang dilaporkan berkata, kemenangan DAP dalam PRK Sandakan sebagai ‘pukulan mati’ terhadap Najib sekali gus memberi gambaran pengundi menolak kempen ‘Malu apa bossku’ di Parlimen tersebut.
“Dengan logik yang sama, pasaran saham yang sudahpun diberi gelaran paling corot dalam dunia telah jatuh lagi pada minggu lepas kepada tahap paling rendah sejak 3 1/2 tahun dahulu.
“Adakah ini juga melambangkan pukulan mati kepada anak MenHEN? Dah knockout ke belum? Berapa kali sudah kena pukulan,” tanya Najib.
Tambah Najib, beliau percaya PBS dan BN mengambil iktibar dari PRK Sandakan untuk memperbetulkan segala kelemahan.
Menurut beliau, apa yang pasti semangat perjuangan PBS dan BN tidak akan terpadam.
Dalam PRK Sandakan yang diadakan semalam, calon DAP, Vivian Wong mendapat 16,012 undi dengan majoriti besar 11,521 undi sekali gus mengalahkan calon PBS, Datuk Linda Tsen Thau Lin dan tiga calon bebas lain.–UtusanOnline
0 comments:
Post a Comment