Wednesday 19 June 2019

Hapus GST, Barang Turun Harga…. Sekarang Apa Sudah Jadi? Soal Noh


KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar melemparkan persoalan buat kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai teori hapus sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menurunkan harga barang.

Bidasnya juga, ternyata teori PH memanipulasi isu GST sebagai modal politik semata-mata.

“Apa dah jadi? Teori mereka tentang GST hanya sebagai modal politik untuk mendapatkan sokongan.

“Apakah harga rumah bakal naik atau ‘developer’ akan kerugian?,” soal Ahli Parlimen Tanjong Karang itu dalam status di Facebooknya.

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut mengimbau jawapan Menteri KPKT PH, Zuraidah Kamarudin dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung perkara tersebut.

“Saya masih ingat semasa pemansuhan GST, Menteri KPKT ada menjawab soalan saya mengatakan harga rumah akan turun selepas bahan binaan tidak lagi dikena GST.

“Begitu juga Menteri Kewangan ada menyebut perkara yang sama di Parlimen,” tegasnya.

Baru-baru ini dilaporkan bahan binaan, simen mengalami kenaikan harga yang melampau sehingga 50 peratus. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment