Wednesday 12 June 2019

Mahkamah Putuskan BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Jasin


KUALA LUMPUR, 12 Jun – Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini hari ini mengisytiharkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Hamzah bagi Parlimen Jasin dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah sah.

Hakim Datuk Abu Bakar Jais dalam penghakimannya menyatakan pempetisyen, calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan gagal menunjukkan ketidakpatuhan yang didakwa berlaku memberi kesan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Khairuddin kalah kepada Ahmad dengan perbezaan 219 undi dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan Ahmad mempertahankan kerusi itu selepas menerima 26,560 undi manakala Khairuddin memperoleh 26,341 undi sementara calon PAS, Abd Alim Shapie mendapat 8,860 undi.

Mahkamah kini sedang mendengar hujah berhubung kos.

Khairuddin memfailkan petisyen pilihan raya itu pada Jun tahun lalu menurut Seksyen 34(C) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan memohon deklarasi keputusan PRU-14 bagi kerusi Parlimen Jasin batal dan tidak sah mendakwa ahli politik BN itu dipilih secara tidak sah dan pilihan raya baharu perlu diadakan. – UtusanOnline

0 comments:

Post a Comment