Sunday 23 June 2019

Pemimpin PH Bukan Islam Jangan Campur Tangan Urus Tadbir Agama Islam


MASJID TANAH, 23 Jun – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) bukan Islam tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran agama Islam.

Jelas beliau, segala hal ehwal agama Islam hanya boleh diurus tadbir oleh mereka yang beragama Islam.

“Hak orang Islam adalah orang Islam punya hal… janganlah campur hal ehwal orang Islam.

“Di sebuah negeri… kenapa pembahagian zakat dilakukan oleh mereka (bukan beragama Islam)? Soal zakat adalah wang org Islam… wang daripada orang Islam, ini adalah pemberian zakat.. Z.A.K.A.T bukan Z.A.K.A.R.

“Ini soal Islam, timbalan menteri pelajaran nak campur tangan apahal kau ni… jangan campur hal agama Islam. Kamu boleh mengamalkan agama kamu tapi kamu tidak boleh sebarkan kepada orang-orang Islam dan jangan ganggu-gugat hal ehwal agama Islam,” ujar beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini, hari ini.

Beliau turut membidas pemimpin PH yang bukan beragama Islam tetapi sewenang-wenangnya membuat tafsiran ayat al-Quran tanpa memahami maksud sebenar.

“Jangan main-main dengan agama Islam… saya maafkan mereka yang mentafsir ayat al- Quran tetapi tak faham makna namun saya tidak maafkan mereka yang terdiri daripada orang Islam yang telah menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan politik… menggunakan agama untuk kepentingan politik,” tegas beliau.

Katanya lagi, kepimpinan kerajaan PH hari ini tidak menampakkan bahawa mereka memberi keutamaan kepada agama Islam.

“Yang menggutama dan memartabatkan agama Islam hanyalah UMNO dan PAS tanpa mengenepikan agama-agama lain.

“Bila UMNO dan PAS mengambil-alih Putrajaya, sudah pastinya Islam akan diutamakan tanpa sedikitpun meminggirkan agama rakan-rakan yang lain,” ujar beliau. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment