Friday 7 June 2019

Rakyat Masih Sayangkan BN


BAGAN SERAI, 7 Jun – Walaupun kini menjadi parti pembangkang, rakyat masih sayangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, malahan berdasarkan senario politik semasa, rakyat masih menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap BN untuk kembali menjadi kerajaan.

Menurutnya, ini disebabkan rakyat kecewa dan muak dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang jelas gagal menunaikan janji untuk membela rakyat.

“Orang kampung dan golongan muda yang sedar mereka ditipu kini

beralih sokongan bersama kita.

“InsyaAllah dengan semangat atas nama perpaduan ummah, bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakan-rakan komponen BN yang lain kita bersatu. Kerajaan yang ada sekarang ini sepenggal sahaja nampaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat ADUN Alor Pongsu di Kampung Parit Jawa semalam.

Turut hadir, ADUN Alor Pongsu yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat.

Mengenai majlis tersebut, Zahida berkata, setiap tahun beliau memenuhi undangan UMNO bahagian ini untuk hadir ke majlis tersebut.

“Secara kebetulan kampung saya di Bagan Besar di Larut tidak jauh dari sini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

0 comments:

Post a Comment