Tuesday 4 June 2019

Sambut Aidilfitri Dengan Penuh Rasa Syukur Dan Insaf – Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 4 Jun – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019 ini dengan penuh rasa syukur dan insaf, di samping merapatkan silaturrahim.

Jelas beliau, berbanding dengan mereka yang kurang bernasib baik dan menyambutnya dalam keadaan perang dan ketakutan, rakyat Malaysia masih bertuah biarpun ada yang berasa sedikit kesukaran.

“Alhamdulillah, kita semua dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019 bersamaan 1 Syawal 1440 Hijrah, dalam suasana aman dan damai.

“Maka dikesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, maaf zahir dan batin,” ujar beliau dalam satu perutusan hari raya, hari ini.

Selain itu, beliau turut berpesan agar mereka yang memandu untuk pulang ke destinasi masing-masing berhati-hati dan didoakan agar selamat sampai ke tempat yang dituju. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment