Saturday 15 June 2019

Sambutan Luar Biasa Rumah Terbuka Tok Mat


RANTAU, 15 Jun – Kesesakan hampir empat kilometer… Sambutan majlis rumah terbuka Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan mendapat sambutan luar biasa apabila jalan menuju ke rumah beliau sesak teruk.

Anggaran masa yang diperlukan untuk sampai ke majlis tersebut mengambil masa hampir dua jam.

Bagi memudahkan orang ramai, beberapa kenderaan termasuk bas disediakan. Walaupun terpaksa beratur panjang namun ia tidak menjadi masalah untuk orang ramai menunggu bagi bersama-sama memeriahkan rumah terbuka ini.

Tinjauan rambang yang dilakukan jelas menunjukkan majlis rumah terbuka ini mendapat sambutan dari pelbagai kaum.

Ternyata jasa Tok Mat ketika menjadi Menteri Besar amat dihargai rakyat Negeri Sembilan hingga kini. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment