RANTAU, 15 Jun – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tuduhan kononnya UMNO adalah dalang dalam penyebaran empat video lucah mirip menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) adalah tuduhan yang mengarut.
Jelas beliau, UMNO tidak masuk campur dalam masalah dalaman PH mahupun isu melibatkan moral pemimpin Pakatan Harapan mereka.
“Mengarutlah… ini bukan kerja UMNO.
“Ini soal dalaman PH dan PKR dan UMNO tidak terlibat sama sekali kerana ini urusan dalaman mereka,” ujar beliau kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, hari ini.
Tambah Najib, PKR sebenarnya tahu apa yang sedang berlegar dalam isu video lucah tersebut.
“Mereka tahu apa sebenarnya dan yang penting sekali adalah soal kebenaran, soal moral dan ‘attitude’,” katanya lagi.
Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan video lucah songsang yang memperlihatkan seorang lelaki bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz dan lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Berikutan penularan tersebut, Haziq telahpun membuat pengakuan bersumpah dan mengakui beliau adalah individu di dalam video berkenaan. – MediaUMNO
0 comments:
Post a Comment