Monday 1 July 2019

Ahmad Zahid Kembali ? Pas Tiada Masalah


KUALA LUMPUR - Keputusan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk aktif kembali sebagai Presiden UMNO tidak memberi sebarang kesan terhadap kerjasama politik antara UMNO dan Pas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama politik antara dua parti itu bukannya bergantung pada individu, tetapi muafakat antara dua parti.

“Sedikit tak ada masalah. Itu masalah dalaman UMNO dan bagi saya sesiapa pun sebab persetujuaan muafakat politik ini bukan kerana individu tapi parti dengan parti.

“Siapa pun pimpin UMNO, saya fikir tak ada masalah. Kita boleh bincang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE

0 comments:

Post a Comment