Tuesday 2 July 2019

“Bersatu Teguh Bercerai Roboh”


Menyahut lontaran kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi untuk ahli UMNO khususnya sayap Pemuda untuk terus fokus dalam melaksanakan gerak kerja parti.

Ini berlandaskan kembalinya Dato Seri Zahid Hamidi memegang tampuk pemerintahan sebagai Presiden UMNO setelah 6bulan bercuti. Walaupun sekembalinya beliau sebagai Presiden dan pelbagai polemik permainan politik sudah mula dimainkan seolah olah ingin melagakan ahli UMNO.

Sewajarnya UMNO dan sayap-sayapnya tidak boleh berpecah belah dan mantapkan fokus untuk penyatuan ummah bersama PAS atas nama agma, bangsa dan tanah air serta mengambil kesempatan di kala Regim Pakatan Harapan (PH) yang haru biru dan sedang mengalami pergolakan dalaman yang kronik, UMNO dan PAS harus menumpukan usaha untuk membela nasib rakyat yang kian sengsara dengan pelbagai dasar PH yang membebankan rakyat.

Ahli ahli UMNO perlu utamakan perjuangan parti bukan kemahuan individu. Jangan bertelagah sesama ahli dan menjadi perantara yang cukup baik dalam menyelami hati rakyat. Ayuh sebarkan semangat positif UMNO untuk menentang segala polemik negatif politik yang di uar-uarkan dari seberang sana.

Rosesarwandi Bin Haji Saad @ Yaacob
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang

#BangkitKembali
#PemudaTerasKebangkitan

0 comments:

Post a Comment