Tuesday 2 July 2019

Hentikan Tindakan Yang Tidak Menguntungkan Parti


Kembalinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas Presiden parti seharusnya dilihat dalam sudut yang positif. Sebagai Presiden parti yang mendapat mandat para perwakilan UMNO, seharusnya tidak ada sebarang perkara berbangkit dan seluruh ahli UMNO perlu memberikan sokongan padu demi kelangsungan perjuangan parti UMNO dalam menghadapi PRU15.

Agenda perpaduan ummah harus dilihat sebagai perkara terpenting dan sudah tentu kehadiran Presiden memimpin parti akan menjadikan agenda ini terus diperkasakan seterusnya menjadi titik tolak kepada kebangkitan bersama blok pembangkang menumbangkan Pakatan Harapan.

Dalam proses adil lagi berhemah ini, kita tiba-tiba dikejutkan dengan sikap biadap salah seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (MKT), Datuk Lokman Noor Adam apabila membuat tuduhan yang bersifat menghina terhadap Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tidak seharusnya bersikap sedemikian malah beliau perlu menunjukkan contoh serta menjadi teladan kepada ahli-ahli UMNO khususnya yang berada di akar umbi.

Kita mahu melihat kebangkitan UMNO dan sudah tentunya kita perlu belajar dari kesilapan dan kelemahan kita sebelum ini, andai kata beginilah sikap yang masih lagi menjadi pegangan sebahagian daripada pimpinan tertinggi, sudah tentu kita akan dihukum sekali lagi pada PRU15 nanti.

Justeru saya mendesak pimpinan tertinggi parti UMNO untuk segera mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap Datuk Lokman Noor Adam dan beliau perlu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Hentikan tindakan yang tidak menguntungkan parti.

Sekian, terima kasih

Afriz Bin Mohd Noor
EXCO PPUM &
Ketua Pergerakan Pemuda 
UMNO Bahagian Bukit Gelugor

0 comments:

Post a Comment