Saturday, 6 July 2019

Rakyat Jadi Mangsa, Menteri PH Asyik Beri Cadangan Tak Masuk Akal


JERAI, 6 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempertikaikan kredebiliti yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila memberikan pandangan yang tidak masuk akal.

Katanya, keadaan politik hari ini tidak menentu semenjak PH menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu dan situasi ini menyebabkan rakyat Malaysia menjadi menyampah dengan PH.

“Dulu orang menyampah dengan Barisan Nasional (BN) tetapi kini PH menjadi mangsa. Sekarang kita kena cari formula agar rakyat tidak menyampah pada kita. Bawa suara rakyat, sekarang ini rakyat memderita. Semasa era BN, BN bincang dan duduk bersama negara pengeluar terbesar dan bukannya bersaing.

“Ada juga Menteri yang mengatakan tidak boleh menangkap ikan lagi baik menanam buah nenas di atas pasir, penanaman kelapa sawit ditukar kepada tanam buluh.

“Harga komoditi getah dan kelapa sawit tiada keuntungan… sebagai contoh menteri pula menyuruh minum kelapa sawit satu sudu sehari… menteri cakap macam orang tak masuk akal dan ada juga Exco Selangor PH mengatakan lebih baik tanam ganja dari tanam kelapa sawit,’sakit jiwa’ kita ni dengar macam-macam cadangan yang tak masuk akal,’ katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerai, semalam.

Tegasnya, sewajarnya, menteri PH duduk dan berbincang dengan negara-negara pengeluar kelapa sawit agar komoditi ini dapat dihasilkan dengan lebih baik dan bukannya memberi pendapat yang kurang cerdik.

“Rakyat memerhati tingkah laku menteri apatah lagi dalam hal ekonomi ini untuk bertambah baik dan bukannya merudum.

“Tiada idea cerdik langsung sampaikan Menteri Pelajaran pun menukar kasut putih ke kasut hitam.”

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau turut merasa kesal di atas sikap Menteri Pelajaran yang menukar kasut putih sekolah kepada kasut hitam sedangkan pengguanaan kasut putih ini dapat mencerminkan keperibadian dan disiplin anak-anak sekolah.

“Pasaran saham juga merudum kerana tiada kepercayaan pasaran kewangan dan pasaran modal dari luar negara. Ini jelas apabila pengiktirafan antarabangsa mengatakan saham kita paling teruk di Asia,” katanya lagi. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment