This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday 15 December 2018

UMNO Pulau Pinang Mahu Dalang Dikenakan Tindakan Tegas


BUTTERWORTH: UMNO Pulau Pinang mahu tindakan tegas diambil terhadap dalang yang mendorong sekumpulan Ahli Parlimen UMNO keluar parti baru-baru ini.

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata tindakan dalang berkenaan yang mensabotaj parti adalah amat mengecewakan dan parti perlu bertindak tegas terhadap individu terbabit.

“Kalau pimpinan tahu (ada dalang), parti perlu ambil tindakan kerana orang ini mensabotaj parti.

“Jangan hanya ambil tindakan terhadap ahli saja, ambil tindakan terhadap orang atasan juga jika terbukti ‘dia’ adalah dalangnya.

“Biarlah hilang seorang dua, tidak kira siapa pun,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mendakwa ada golongan ‘bangsawan’ menjadi pendorong hampir kesemua pemimpin utama UMNO Sabah yang bertindak keluar parti, Rabu lalu.

Dakwaan Khairy itu dipercayai merujuk kepada bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan beliau adalah dalang yang mengatur sekumpulan wakil rakyat dan pemimpin meninggalkan UMNO.

Dalam perkembangan lain, Musa berkata, UMNO Pulau Pinang tetap menyokong kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Malah katanya, UMNO tidak perlu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dan kepemimpinan tertinggi hanya perlu melaksanakan gerak kerja seperti biasa.

“Selagi Zahid masih Presiden, kita akan sokong dan selepas ini siapa saja yang jadi Presiden, kita akan sokong.

“Bagi saya, EGM tidak perlu diadakan kecuali Presiden dan Timbalan Presiden meninggalkan parti. Kita ada perlembagaan,” katanya. - BH Online

Tuesday 16 October 2018

SJKC Diberi Peruntukan, Naik Taraf Sekolah Agama Ditangguh ?


Umno Pulau Pinang melahirkan rasa terkejut dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk membina sebuah lagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJC) di Bandar Cassia, Batu Kawan sedangkan peruntukan untuk menambah baik masjid dan kelas agama di negeri itu ditangguhkan.

“Sebelum ini kita diuar-uarkan kononnya kerajaan Pakatan Harapan berdepan kekangan kewangan sehingga menarik balik bantuan di bawah peruntukan khas untuk membaik pulih dan menaik taraf masjid, surau dan kelas agama di negeri ini.

“Tetapi mengapa peruntukan untuk membina SKJC baru serta menaik taraf sekolah berkenaan yang menelan perbelanjaan puluhan juta ringgit dapat diluluskan?” kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia.

Laporan itu walau bagaimanapun tidak menyebut secara khusus penambaikkan masjid atau sekolah mana yang terjejas itu mahupun bilangan jemaah atau murid-murid yang terbabit.

Musa sekadar dipetik sebagai berkata, Umno tidak menghalang pembinaan sekolah kerana kepentingannya untuk generasi masa depan, namun kerajaan HARAPAN perlu berlaku adil dalam pembahagian peruntukan untuk semua kaum.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching membayangkan Bandar Acasia, Batu Kawan di Pulaiu Pinang memerlukan sebuah SJKC baharu berikutan pertambahan bilangan penduduknya yang mencecah 250,000 orang.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan yang telah diluluskan kepada beberapa buah SKJC antaranya di SKJC Kay Sin membabitkan RM13 juta dan SJKC Permatang Tinggi (RM10 juta) bagi pembinaan tambahan bilik darjah serta blok baru.

Sebelum ini, beberapa pihak melahirkan rasa kesal selepas kerajaan HARAPAN menangguhkan peruntukan bagi sembilan projek naik taraf masjid, surau, sekolah agama rakyat dan kelas agama di negeri ini yang sudah diluluskan menerusi peruntukan khas kerajaan BN.

Sunday 9 September 2018

Gugur Kes Rasuah Guan Eng Serlah Keputusan Dwi Standard Jabatan Peguam Negara ?


PULAU PINANG 5 Sept. - Tindakan Jabatan Peguam Negara menarik balik kes rasuah membabitkan Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng memperlihatkan wujudnya keputusan dwi standard atau berpilih dalam amalan perundangan negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ini kerana kes itu digugurkan ketika perbicaraan sedang berlangsung manakala semua proses siasatan sudah dilengkapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sedangkan, kata beliau, terdapat kes tertentu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum ini sudah dibawa ke peringkat pendakwaan sedangkan siasatannya oleh SPRM belum selesai dan masih berjalan.

“Ini memperlihatkan kepincangan yang ketara dalam sistem perundangan negara dan seolah-olah institusi kehakiman kini bukan lagi badan teratas dan melangkaui kepentingan politik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam turut mempersoal kemampuan dan kredibiliti Jabatan Peguam Negara yang lebih awal membuat kesimpulan akan kalah dalam kes rasuah membabitkan Guan Eng tersebut.

Katanya, perkara itu menimbulkan keraguan memandangkan perbicaraan kes berkenaan hanya berlangsung separuh jalan dan masih ramai saksi belum dipanggil untuk memberi keterangan.

“Tidakkah pengakuan ini memberi mesej yang salah kepada rakyat berhubung krebiliti Jabatan Peguam Negara dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka terutama dalam membanteras perbuatan salah laku di negara ini?” katanya. - Utusan Online

Hukuman Sebat Selaras Kedudukan Islam Sebagai Agama Persekutuan


PULAU PINANG 5 Sept. - Pergerakan Wanita UMNO selari dengan pendirian para ulama dan barisan peguam syarie dalam mempertahankan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua wanita oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kelmarin.

Naib Ketuanya, Datuk Norliza Abd. Rahim berkata, pendirian itu mengambil kira keperluan untuk pemerintah di negara ini mengamalkan peruntukan yang selari dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Lebih daripada itu, tambah beliau, hukuman sebat tersebut juga dilaksanakan dalam semangat untuk memberi pengajaran dan keinsafan, bukannya bertujuan untuk menghina atau memalukan pesalah.

“Ini juga merupakan peristiwa besar dan bersejarah dalam sistem perundangan syariah negara yang mana hukuman ke atas pesalah kini dijalankan berlandaskan seperti apa yang disarankan di dalam al-Quran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO negeri mengingatkan pihak-pihak yang lantang mempertikai pelaksanaan hukuman tersebut kononnya bertentangan dengan hak asasi manusia supaya meneliti kaedah pelaksanan hukuman berkenaan.

Ujar beliau, adalah jelas pelaksanaan hukuman sebatan itu dibuat dalam suasana menjaga dan melindungi hak asasi kedua-dua pesalah termasuk mengambil kira tahap kesihatan mereka sebelum hukuman dilaksanakan.

Dalam masa sama, katanya, Wanita UMNO juga berbesar hati dengan keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang turut mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman sama ke atas pesalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri berkenaan.

“Kita berharap negeri-negeri lain turut mempertimbangkan untuk melaksanakan hukuman serupa dalam membendung gejala LGBT yang jelas merosakkan nilai-nilai kemanusiaan sesebuah bangsa.

“Perlu diingatkan, sebagai parti pemerintah, sesebuah kerajaan bertanggungjawab dan memikul amanah dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya daripada sebarang perbuatan yang boleh menjerumuskan negara ke arah kehancuran,” katanya. – Utusan Online

Sistem Perundangan Negara Dikawal?


PULAU PINANG 3 Sept. - Pengguguran kes rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini seolah-olah memberi gambaran sistem perundangan negara dikawal pihak tertentu.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abd. Rahim berkata, perkara berkenaan sangat mengecewakan rakyat selain tidak mencerminkan perjuangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kononnya mahu memastikan tiada individu terlepas daripada tindakan sekiranya terlibat rasuah atau salah laku.

Bertambah pelik menurutya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menyiasat kes berkenaan kelihatan begitu bersungguh-sungguh menyerbu pejabat Guan Eng di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini selain turut menyelongkar rumah banglo murahnya di Jalan Pinhorn untuk mencari bukti.

“Guan Eng juga telah ditahan dan disiasat selama berjam-jam, namun kes berkenaan dengan mudahnya digugurkan oleh Pejabat Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa sama, Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO negeri turut mempersoal perbezaaan kes yang dihadapi Guan Eng dengan tuduhan dan hukuman yang telah dijalani bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Katanya, ketika zaman Barisan Nasional (BN) memerintah, Mohamad Khir tidak terlepas walaupun beliau merupakan pemimpin BN. - Utusan Online

Masalah EIA Berkaitan PIL-1, PTMP Membimbangkan ?


PULAU PINANG - Meskipun masih belum berjalan, Projek Le­buh Raya Pan Island Link 1 (PIL-1) dan SRS berkaitan Pe­lan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dikatakan tetap mengundang kebimbangan da­lam kalangan pelbagai pihak.

Projek itu juga terus mendapat bantahan khususnya daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung risiko terhadap alam sekitar serta orang awam termasuk kumpulan penduduk yang dijangka terjejas akibat projek tersebut.

Berikutan itu, Penang Forum telah mengutus sepucuk surat kepada Bahagian Penilaian-Sekretariat Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA), Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut semalam.

Dalam surat itu, mereka me­nyatakan terdapat sekurang-ku­rangnya 14 kebimbangan melibatkan EIA berkaitan projek PIL-1 dan PTMP.

Antaranya, projek tersebut bu­kan jalan penyelesaian jangka panjang bagi masalah trafik yang dihadapi oleh penduduk Pulau Pinang selain risiko pembinaan terowong dalam projek PIL-1 yang dikatakan tidak diambil kira secukupnya.

“Laporan (EIA) juga tidak mengkaji mengenai impak pembinaan terowong terhadap aliran air bawah tanah manakala kesan dan akibat daripada ‘senario kes terburuk’ serta ‘peningkatan kos mengejut’ juga tidak dibincangkan.

“Pada masa yang sama, tiada persediaan yang secukupnya dibuat untuk pengurusan tapak kerja dan laporan berkaitan juga tidak menyebut mengenai langkah menangani impak kepada komuniti yang terjejas dengan secukupnya,” kata satu kenyataan yang dipetik daripada surat tersebut.

Kebimbangan lain termasuk tiada langkah mitigasi diberikan kepada sekolah, perniagaan dan penduduk yang terjejas secara langsung, rujukan asas atau baseline pencemar bergas yang dilaporkan rendah serta tiada laporan mengenai dakwaan tidak berasas mengenai penambahbaikan masa perjalanan.

Perkara lain yang membimbangkan mereka ialah mengenai laporan yang didakwa mengabaikan perubahan iklim serta tiada struktur warisan yang terjejas selain kegagalan untuk mengakui terdapat kesan impak visual susulan pelaksanaan projek berke­naan.

Selain itu, mereka mendakwa, terdapat juga laporan yang mengabaikan sepenuhnya kemungkinan bencana akibat kekurangan penguatkuasaan serta persoalan dari segi kos penyelenggaraan dan kecekapan institusi sedia ada untuk menguruskan operasi projek tersebut.

Terdahulu, Penang Forum me­nganjurkan forum terbuka bertajuk ‘Apakah yang Dimaksudkan dengan PIL & PTMP?’ di Dewan Sri Penang di sini semalam, yang dihadiri oleh lebih 200 peserta yang terdiri daripada wakil NGO, orang perseorangan, penduduk terjejas serta orang ramai yang berminat untuk mengetahui projek terbabit.

Pada forum itu, Pengerusi Pe­nang Hospice Society, Datuk Dr. Sharom Ahmat bertindak sebagai moderator manakala ahli-ahli panelnya terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pemandu Penang Forum, Khoo Salma Nasution dan Dr. Lim Mah Hui; Presiden Penang Heritage Trust (PHT), Lim Gaik Siang dan saintis, Dr. Kam Suan Pheng.

Difahamkan, forum untuk orang awam itu antara yang terakhir diadakan untuk mendapatkan maklum balas bertulis daripada orang awam iaitu 7 September depan kini tinggal kurang daripada dua minggu sahaja. - Utusan Online

Thursday 6 September 2018

Dr Maszlee Wajar Istiqamah Tunai Janji Universiti Bebas Campur Tangan Politik


PELANTIKAN MENTERI PENDIDIKAN SEBAGAI PRESIDEN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA 

WAJAR ISTIQAMAH DENGAN JANJI UNIVERSITI BEBAS CAMPUR TANGAN POLITIK – FOKUS KEPADA TUGASAN DAN AMANAH SEDIA ADA

1. YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia wajar menilai semula kewajaran menerima pelantikan sebagai Presiden UIAM yang baru. Setelah diteliti, pelantikan ini kelihatan sangat bercanggah dengan komitmen dan tekad beliau untuk membebaskan universiti sama sekali daripada campur tangan politik. Kenyataan ini berulang kali beliau sebutkan di dalam media massa – dan ianya wajar dianggap sebagai paksi dan teras pembaharuan yang mahu beliau bawa dalam suasana politik dan pentadbiran serba baru.

2. Apakah dengan tanggungjawab sedia ada, menggalas amanah menjaga dua (2) buah portfolio Kementerian (Pengajian Tinggi dan Pendidikan) memberikan beliau masa untuk menjayakan peranan berkesan sebagai Presiden UIAM. Kalaupun mungkin jawatan Presiden UIAM ini bersifat istiadat dan bukan ‘operational’ – ianya masih memerlukan masa dan perhatian khusus oleh seseorang yang lebih layak dan wajar diberikan tempat.

3. YB Dr Maszlee Malik wajar mengotakan janji untuk tidak melibatkan diri sama sekali di dalam pentadbiran universiti. Menteri Pendidikan wajar istiqamah dan bersungguh mengotakan janji dan komitmen yang beliau sendiri ucapkan selama ini. UIAM punya cukup calon berwibawa untuk dipertimbangkan untuk mengisi jawatan sebagai Presiden. Sebagai contoh, kenapa tidak individu terhormat seperti YBhg Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan dilantik sebagai Presiden UIAM. Tan Sri Prof Dr. Mohd Kamal mempunyai wibawa dan kredibiliti – untuk meletakkan UIAM di persada kecemerlangan yang berterusan. Sumbangan Tan Sri Prof Kamal kepada UIAM sememangnya diakui bukan sahaja di Malaysia, malahan di pentas antarabangsa.

4. YB Dr Maszlee Malik mempunyai potensi untuk membawa pembaharuan kepada sistem pendidikan negara – sekiranya beliau tidak kesasar dengan menerima amanah yang berlebihan. Kita harap beliau dapat memberikan fokus dan perhatian kepada beban tanggungjawab sedia ada; dan tidak berdolak-dalik dalam memberi justifikasi kepada kewajaran beliau menerima pelantikan di universiti seperti ini.

5. Rakyat Malaysia mengharapkan para Menteri yang berpegang kepada janji perubahan. Amatlah tidak wajar, seorang Menteri membohongi dan mendustai komitmen yang telah beliau sendiri nyatakan secara berulang kali. Pandangan bahawa Presiden UIAM wajar dilantik di kalangan ilmuwan dan ahli akademik juga pernah disuarakan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan Persatuan Kakitangan Akademik (UIAM) sendiri. Justeru, tindakan paling wajar dan tepat buat Menteri Pendidikan – adalah menolak jawatan tersebut dengan penuh hormat dan takzim. ”Dr Maszlee – this time, please be honorable with your words”

DATO’ SRI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Ahli Parlimen Kepala Batas

Friday 13 July 2018

SJKC DAN UEC DUA ISU BERBEZA


Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan peribadi bila ada yang mempersoalkan kenapa saya menghantar anak saya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sedangkan saya mempunyai pendirian berbeza terhadap Unified Examination Certificate (UEC) atau Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Sekolah Menengah Persendirian Cina. Dua perkara ini jelasnya mempunyai latar belakang ISU yang berbeza :-

1. SKJC dinaungi oleh Sistem Pendidikan Kebangsaan dan seiring dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang tertakluk kepada Akta Pendidikan Kebangsaan 1996. Pelajar SJKC masih menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama iaitu UPSR dengan tambahan 2 kertas iaitu Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan. 

2. Sebaliknya UEC merupakan peperiksaan yang diambil oleh pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang berada di luar Sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sijil UEC ini dibahagikan kepada tiga tahap yang mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin dan sukatan pembelajarannya dicedok daripada Taiwan dan diselia oleh badan pendidikan tersendiri yang jelasnya tidak selaras dengan Kurikulum Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

3. Apa salahnya untuk menggunapakai sijil peperiksaan yang sedia ada terutamanya SPM di peringkat Menengah dan sebagaimana yang diamalkan di peringkat SJKC yang menggunakan sijil UPSR. Mengiktiraf UEC bermakna negara akan mempunyai dua sistem peperiksaan dan penilaian yang akhirnya menggagalkan usaha integrasi nasional dalam membangunkan generasi Bangsa Malaysia yang menyatu di atas nilai, falsafah pendidikan dan bahasa yang sama.

4. Memilih SJKC untuk anak sendiri membuktikan saya bukan seorang yang rasis perkauman. Hasrat saya untuk mendedahkan anak saya agar mampu bergaul mesra dengan pelajar berbangsa Cina di SJKC yang masih berpaksikan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Saya merindui zaman persekolahan saya dulu dengan rakan-rakan Cina dan India yang berjaya menyuburkan rasa hormat dan kasih sayang antara kami sehingga kini. Saya juga mengharapkan anak saya dapat melalui hari-hari persekolahan yang menggembirakan bersama rakan-rakannya dari pelbagai kaum dengan menerapkan  perasaan saling memahami, menghormati, menyayangi dan bantu membantu antara satu sama lain dalam dirinya.

5. Saya percaya aspirasi saya turut dikongsi oleh rakyat Malaysia yang amat mendambakan kehidupan penuh harmoni dan semangat perpaduan di kalangan pelbagai bangsa dalam satu negara. Ini hanya dapat direalisasikan dengan membentuk jati diri, peribadi dan perilaku anak-anak di bawah hanya SATU Sistem Pendidikan Kebangsaan yang sama.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
12 JULAI 2018

Thursday 12 July 2018

UEC: Kerajaan PH Rela Negara Berpecah-Belah


KUALA LUMPUR 12 Julai - Kedegilan kerajaan Pakatan Harapan meneruskan hasrat untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) disifatkan sebagai merelakan lahirnya generasi muda yang berpecah-belah sekali gus mengugat perpaduan negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku apabila bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan tidak lagi digunakan dalam sistem pendidikan negara.

“Mereka yang tentukan masa depan negara, sanggup merelakan lahirnya generasi yang berpecah-belah kerana mempunyai generasi yang tidak lagi menggunakan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan. Kita sudah ada peperiksaan yang menyatukan kita.

“Kita juga ada pelbagai aliran pendidikan yang dikawalselia Kementerian Pendidikan, kita boleh pasti bahasa kebangsaan dan sistem peperiksaan yang bersifat standard diguna pakai. Selepas ini, apakah kita mampu lahirkan generasi sebegini kerana khuatir pembinaan negara bangsa akan gagal dicapai,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Menterinya Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini menegaskan kementerian itu tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dengan tidak meneruskan rancangan mengiktiraf UEC selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pencanggahan pandangan dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) mengenai pengiktirafan UEC, Asyraf menyanggah dakwaan tersebut.

“Mereka sebagai kerajaan yang buat keputusan (mengenai UEC), kenapa kita pula yang dikatakan bercanggah?” tegasnya. - Utusan Online

Tuesday 10 July 2018

APA STATUS 10 JANJI 100 HARI PERTAMA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN ?



Hari ini genap 2 bulan sejak Pakatan Harapan memegang tampuk pentadbiran kerajaan. Bermakna kurang 40 hari untuk mereka menunaikan 10 janji 100 hari mereka. Semakan terhadap janji tersebut adalah seperti ini:

 1) Menghapuskan  GST  dan  mengurangkan  kos  sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.

Belum ditunaikan!

GST belum dihapuskan, hanya dikadar sifarkan. Dijangka akan ada pembentangan memansuh akta GST pada sidang Dewan Rakyat bermula minggu depan. Kadar sifar GST tidak terbukti mengurangkan harga barangan. Tiada juga pengenalan apa-apa inisiatif peduli rakyat.

2) Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.

Belum terlaksana!

Harga RON95 sebelum PRU-14 masih kekal dan akan terus kekal sehingga akhir tahun. Kerajaan tidak melaksanakan subsidi bersasar sebaliknya kembali semula kepada subsidi pukal yang memberi lebih banyak kelebihan kepada golongan berpendapatan tinggi berbanding golongan yang memerlukan. Sistem subsidi pukal sebelum ini dikritik oleh badan antarabangsaa seperti Bank Dunia.

3) Menghapuskan  hutang-hutang  tidak  wajar  yang dipaksa ke atas peneroka FELDA.

Belum dilaksana!

Masih belum ada perkembangan lanjut berkaitan janji ini. Sebaliknya terdapat aduan dari peneroka FELDA yang masih belum menerima pembayaran wang sara hidup bulanan.

4) Memperkenalkan  skim  caruman  KWSP  untuk  suri rumah

Ditangguhkan!

Kerajaan memberi alasan masalah kewangan negara menyebabkan janji ini tidak dapat dilaksanakan buat masa ini. Kerajaan juga memberi alasan peruntukan undang-undang tidak membenarkan perkara ini. Tiada kepastian sama ada akan terdapat pindaan terhadap akta KWSP pada sesi parlimen akan datang.

5) Menyamaratakan  gaji  minimum  seluruh  negara dan seterusnya  memulakan proses  meningkatkan gaji minimum.

Belum tertunai!

Menteri Tenaga Kerja telah menyatakan gaji minimum baharu sektor swasta akan diumumkan pada bulan Ogos. Perintah Gaji Minimum setiap 2 tahun yang diperkenalkan kerajaan BN sememangnya akan tamat pada tahun ink selepas pelarasan terakhir pada 2016. Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah menyatakan gaji minimum akan menjejaskan peniaga kecil.

6) Menangguhkan  pembayaran  balik  pinjaman PTPTN kepada  semua  peminjam  yang mendapat  gaji  kurang  dari  RM4000  sebulan dan  memansuhkan  dasar  senarai  hitam  ke  atas peminjam.

Hanya sebahagian!

Peminjam yang disenarai hitam sebelum ini telah dibebaskan dari sekatan perjalanan namun penangguhan bayaran sehingga gaji RM4,000 tidak dapat dilaksanakan atas alasan kedudukan kewangan negara.

7) Menubuhkan  Suruhanjaya  Siasatan  DiRaja  1MDB, FELDA,  MARA  dan  Tabung  Haji,  dan  merombak semula struktur kepimpinan mereka.

Tiada Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan, siasatan hanya diperingkat jawatankuasa siasatan. 

8) Menubuhkan  Jawatankuasa  Khas  Kabinet  untuk segera  menyemak  dan  melaksanakan  Perjanjian Malaysia 1963.

Tiada perkembangan!

Sebaliknya Petronas telah memfailkan petisyen bagi mendapat perisytiharan memiliki kuasa eksklusif bagi mengawal selia industri minyak dan gas di seluruh Malaysia, termasuk Sarawak.

9) Memperkenalkan  Skim  Peduli  Sihat  dengan memberi  RM500  pembiayaan  untuk  rawatan asas  di  klinik  swasta  berdaftar  untuk  golongan B40.

Belum ditunaikan!

Kerajaan baru hendak menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji skim ini.

10) Melancarkan  kajian  terperinci  mengenai  projek-projek  mega  yang  dianugerahkan  kepada negara asing.

Belum terlaksana!

Tiada apa-apa hasil kajian secara lanjut dibentangkan untuk apa-apa projek mega. Sebaliknya kos pembinaan ECRL naik dari RM55 bilion kepada lebih RM80 bilion di bawah pentadbiran PH. Shahril Sufian Hamdan







Tuesday 3 July 2018

TANGGUH SURCAJ DAN PEMBERHENTIAN REBAT UNTUK ELAK KENAIKAN KOS BERGANDA KEPADA RAKYAT


1) Pengumuman mengenai pelarasan Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) akan menyebabkan kenaikan kadar tarif efektif elektrik bagi rakyat.

2) Pelarasan ICPT ini akan menyaksikan pengguna bukan domestik (bukan isi rumah, iaitu lazimnya komersil) dikenakan surcaj sebanyak 1.35 sen bagi setiap kWj.

3) Lebih daripada itu, semua penggunaan (tak kira kediaman atau komersil) melebihi 300 kWj sebulan tidak lagi akan menerima rebat yang diberi bawah Kerajaan BN sebelum ini.

4) Rebat ICPT telah dinikmati oleh semua segmen pengguna untuk tempoh lebih 3 tahun di bawah kerajaan Barisan Nasional sebelum ini semenjak pelarasan ICPT ini diperkenalkan pada tahun 2015. 

5) Namun, kerajaan Pakatan Harapan yang baru berusia kurang 2 bulan telah mengambil tindakan untuk bukan sahaja menamatkan pemberian rebat malah telah mengenakan pula surcaj menerusi pelarasan ini.

6) Ini mempunyai pelbagai kesan. Pertama, 2.5 juta atau lebih kurang 36 peratus pengguna domestik (isi rumah/rakyat biasa) yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj sebulan tidak lagi akan menerima rebat dan kini terpaksa membayar tarif elektrik pada kadar asas sepenuhnya. Dalam bahasa mudah, bil elektrik naik.

7) Jika ada memandang bahawa 36% ini bukan majoriti isi rumah, perlu diingat bahawa pemberhentian rebat diganti dengan impak surcaj 1.35 sen setiap kWj ke atas pengguna bukan domestik seperti kilang, kedai dan premis perniagaan bakal meningkatkan kos operasi dan pengeluaran lantas menyaksikan peniaga terpaksa menaikkan harga jualan dan perkhidmatan mereka.

8) Tak cukup dengan soal rebat dan surcaj elektrik, baru-baru ini juga, GAS Malaysia telah mengumumkan kenaikan tarif asas gas asli sebanyak 77 sen bagi sektor bukan tenaga, memberi kesan kepada semua segmen pengguna tidak kira kediaman atau komersil. Kenaikan tarif gas asas gas asli dan kenaikan tarif elektrik ini akan mewujudkan kesan berganda terhadap kos operasi perniagaan, dan kepada isi rumah.

9) Kesan daripada kenaikan berganda ini akhirnya akan menyebabkan kos sara hidup rakyat kian bertambah.

10) Segala perkembangan ini berlaku tatkala penurunan kadar GST kepada 0% tidak terbukti berjaya menurunkan harga barang malah terdapat banyak rungutan mengenai kenaikan harga barang selepas keputusan tersebut dibuat. Barangkali setelah pengenalan semula SST kelak, satu lagi tamparan inflasi bakal menanti rakyat Malaysia.

11) Persoalan pokoknya, di manakah pelaksanaan manifesto kerajaan Pakatan Harapan ketika PRU-14 lalu berjanji untuk meringankan beban hidup rakyat? Rakyat masih menantikan.

12) Maka Pemuda UMNO Malaysia ingin mendesak agar Kerajaan menangguhkan pelepasan surcaj kepada rakyat dan pemberhentian rebat ini bagi mengelakkan kenaikan kos berganda kepada rakyat yang semuanya tampak berlaku dalam suatu tempoh yang pendek.

Shahril Hamdan
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Sunday 24 June 2018

Kejayaan Asyraf Wajdi Beri Isyarat Perlunya Pembaharuan Dalam UMNO


PULAU PINANG 24 Jun - Kejayaan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi sesi 2018-2021 memberi isyarat jelas perlunya satu pembaharuan dibuat secara total dalam parti itu.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd. Rahim berkata, hal ini demikian kerana UMNO perlu menawan semula kepercayaan rakyat dalam mengharungi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan suatu pendekatan yang serba baharu.

“Kita (Pemuda UMNO Pulau Pinang) mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya memenangi jawatan itu (Ketua Pemuda UMNO).

“Pada masa yang sama, perlu diingat, yang menang itu ‘tidak menang’ kesemuanya dan yang kalah juga ‘tidak kalah’ semuanya.

“Kini menjadi tugas kepada beliau (Asyraf Wajdi) untuk menyatukan semula bahagian-bahagian (UMNO) dengan seberapa segera agar titik persamaan dapat ditemukan untuk kembali dalam usaha memenangi hati rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ashraf Wajdi, 42, diumumkan secara rasmi sebagai Ketua Pemuda UMNo menerusi Twitter Pemilihan UMNO 2018 hari ini selepas memperoleh 65 undi berbanding pencabar terdekatnya, Khairul Azwan Harun dengan 62 undi.

Dua lagi calon untuk jawatan itu iaitu Mohd. Shahar Abdullah dan Datuk Seri Jamal Yunos pula masing-masing memperoleh 51 dan dua undi.- Utusan Online

Friday 22 June 2018

'Kekal Berjuang, Pertahan Perjuangan'


Pemilihan UMNO 2018 adalah bukti bahawa parti UMNO sedang melalui revolusi politik dan dalam keadaan yang penuh mencabar ini, UMNO masih lagi meneruskan tradisi pemilihannya dengan membuka seluas-luasnya proses pemilihan sehingga ke peringkat akar umbi.

Ahli UMNO di seluruh negara bakal memulakan proses pemilihan penuh demokrasi ini bermula 23 Jun 2018 melibatkan semua pergerakan sayap-sayap parti.

Justeru itu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga terlibat dalam proses ini dan sudah tentunya kalimah perubahan yang disebut-sebut oleh seluruh ahli bakal diterjemahkan dalam kertas undi nanti.

Daripada ratusan calon anak muda yang berwibawa dan berkaliber di seluruh negara, Pulau Pinang turut menampilkan seorang calon pemuda yang berdedikasi untuk sama-sama menyumbang dalam arus perubahan kali ini.

Atas prinsip 'Kekal Berjuang, Pertahan Perjuangan' saudara Afriz Bin Mohd Nor, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor dari Pulau Pinang menawarkan diri sebagai calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi pemilihan UMNO 2018 - 2021.

Calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bernombor 105 ini adalah seorang pemimpin muda yang disegani dan mudah didekati bukan sahaja di bahagian Bukit Gelugor tetapi juga di negeri Pulau Pinang dan Malaysia amnya.

Pengalaman beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan gerak kerja membantu Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang serta UMNO Negeri Pulau Pinang khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Kecil diseluruh negara, Pilihanraya Umum dan gerak kerja parti, wajar digarap dan diangkat keperingkat pusat khususnya dalam proses memperkukuhkan parti.

Selain daripada itu peranan beliau dalam parti sebagai salah seorang pemimpin muda yang terlibat secara langsung dalam pengurusan gerak kerja di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melibatkan Biro Media Sosial yang aktif khususnya dalam menghadapi PRU14 yang lalu juga dilihat sebagai tawaran untuk satu anjakan dan perubahan kepada parti UMNO .

Kematangan politik yang dimiliki dan pengalaman luas beliau khususnya dalam pengurusan jentera media sosial adalah 2 elemen terbaik yang dimiliki oleh anak muda ini dan atas prinsip 'Kekal Berjuang, Pertahan Perjuangan' saudara Afriz Bin Mohd Nor adalah calon Exco Pergerakan UMNO Malaysia yang wajar diberikan ruang dan peluang sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2018 - 2021.

Wednesday 20 June 2018

Datuk Norliza Calon Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia


Datuk Norliza selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor merangkap Ketua Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang serta Exco Wanita UMNO Malaysia merupakan satu-satunya calon wanita dari Pulau Pinang yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan UMNO 2018.

Calon bernombor 03 ini merupakan seorang pemimpin wanita yang disegani serta sentiasa bekerja kuat untuk parti UMNO.

#NORLIZA4NAIBKETUAWANITA 

Perwakilan Berpeluang Pilih Yang Terbaik Bagi Terajui kepimpinan UMNO 30 Jun Ini


TEMERLOH, 20 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perwakilan parti berpeluang untuk membuat pilihan yang terbaik daripada senarai calon yang bakal bertanding pada pemilihan parti 30 Jun ini.

Beliau turut menyifatkan, jumlah calon yang ramai untuk bertanding pelbagai jawatan akan memberikan lebih variasi kepada perwakilan untuk menilai dan memilih yang terbaik antara yang terbaik bagi mengemudi parti UMNO.

“Ibu pejabat juga telah mengaturkan pertemuan semua calon daripada semua peringkat untuk pergi ke negeri-negeri bagi memberi peluang kepada calon untuk memperkenalkan diri. Dengan cara ini setiap perwakilan boleh mengenali siapa yang bertanding untuk jawatan apa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya anjuran UMNO Pahang di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan secara tertutup itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan timbalannya Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin serta barisan kepimpinan UMNO negeri.

Hadir sama dua calon timbalan presiden iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan dan Tan Sri Annuar Musa, empat daripada tujuh calon naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta calon Ketua Wanita Datuk Noraini Ahmad.

Pahang adalah destinasi pertama bagi calon-calon memperkenalkan diri dan ia akan diikuti dengan Kelantan dan Terengganu pada 21 Jun seterusnya ke negeri-negeri yang lain pula. – MediaUMNO


Tuesday 19 June 2018

Farid Tawar Diri Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO


Datuk Sr Dr Muhamad Farid Saad bekas Adun Pulau Betong hari ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2018-2021.

Beliau dalam kenyataan di facebook berkata penawaran ini dibuat setelah menilai kemampuan diri untuk menyumbang kepada pembangunan organisasi dan wadah perjuangan parti yang menunjangi umat Melayu dan Islam.

Tindakan Kerajaan Burukkan Ekonomi Negara Punca Kejatuhan Bursa Saham Berterusan


KUALA LUMPUR, 19 Jun – UMNO menyatakan rasa bimbang dengan perkembangan aliran yang menurun di Bursa Malaysia secara berterusan untuk tempoh yang lama, di mana penurunan ini bukan saja bakal menjejaskan prestasi syarikat pengurus dana seperti KWSP, malah akan turut menjejaskan keupayaannya untuk memberi dividen pada masa depan.

Dalam satu kenyataan media, Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO menegaskan, penurunan harga saham PLC di Bursa Malaysia akan memberikan impak termasuk pengurus dana lain seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Tabung Haji dan pelbagai lagi. 

“Apakah kerana terlalu gelojoh memperkenalkan pembaharuan yang kebanyakannya bermotifkan balas dendam,  kepimpinan PH sanggup memperjudikan kestabilan ekonomi negara dan kantung pendapatan rakyat? 

“Oleh kerana terlalu sibuk membongkar kesalahan BN,  Kerajaan PH sebaliknya meminggirkan pendekatan untuk mensejahterakan rakyat dan negara. 

“Apa yang berlaku pada Bursa Malaysia adalah contoh pengabaian kerajaan pada peringkat mikro ekonomi negara. Dengan dakwaannya bahawa hutang negara mencapai RM1 trilion, sehingga mewujudkan Tabung Harapan bagi mengalihkan perhatian rakyat kepada janji manifestonya, PH sebenarnya akan menambah lagi hutang negara dengan mengemis simpati dunia,” tegas kenyataan itu. 

Sehubungan itu, UMNO meminta agar Kerajaan PH perlu menggesa Menteri Kewangan dan Menteri Hal-Ehwal Ekonomi supaya berhenti dari terus memburuk-burukkan ekonomi negara sendiri semasa mereka berada di luar negara. 

Jelasnya, tidak ada sebarang kebaikannnya memberitahu kepada pelabur luar negara bahawa ekonomi negara bakal bankrap, sedangkan hakikatnya dakwaan itu amat jauh dari kebenarannya. 

“Antara punca utama juga ialah pelabur asing menjual saham dan membawa keluar dana adalah kerana kegiatan politiking melampau iaitu keghairahan memburukkan BN dengan kenyataan Kerajaan PH konon hutang negara lebih RM1 trilion dan kutipan Tabung Harapan. 

“Terbaru yang memburukkan imej negara dan iklim pelaburan apabila Menteri Hal-Ehwal Ekonomi,  Azmin Ali dilaporkan memberitahu media perniagaan antarabangsa paling berpengaruh,  Financial Times bahawa Malaysia sebuah negara bankrap. 

“Disebabkan tindakan mereka itu, pelabur luar negara akan takut datang melabur dan yang sudah melabur sudah pasti mahu keluar dari Malaysia. Ini pastinya akan memberi impak negatif yang besar kepada ekonomi dan rakyat Malaysia. 

“Berhentilah dari terus mempolitikkan ekonomi negara. Masa kempen pilihan raya sudah berlaku. PH sudah ditakdirkan menang. Maka itu, inilah masa untuk mengurus ekonomi negara dengan baik,” ujarnya. 

Menurut kenyataan itu lagi, adalah sesuatu yang membimbangkan, selepas kira-kira sebulan mengambilalih tampuk pentadbiran negara susulan kemenangan mengejut pada PRU14, komuniti pelabur di Bursa Malaysia terutama pelabur asing, terus memberi reaksi negatif terhadap pelbagai langkah drastik yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Penolakan komuniti pelabur terhadap pelbagai langkah Kerajaan PH seperti pembatalan beberapa projek mega serta penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dicerminkan oleh penurunan lebih 100 mata Indeks FBM KLCI, iaitu Indeks penanda aras Bursa Malaysia.

“Pada penutup sehari sebelum PRU14 pada 8 Mei lalu, Indeks FBM KLCI selasa berada pada 1,846.51. Namun, setakat penutup semalam (18 Jun 2018), indeks penanda aras berkenaan susut 103.08 mata kepada  1,743.43. 

“Sejajar kejatuhan besar Indeks FBM KLCI, ia turut menyebabkan penurunan harga saham syarikat awam tersenarai (PLC) di pasaran saham tempatan. Ini sekali gus mengheret jatuh nilai pelaburan syarikat pengurus dana yang memiliki banyak pelaburan dalam PLC,” jelasnya kenyataan tersebut. 

Tambah Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO lagi, antara -syarikat pengurus dana yang terkesan dengan kejatuhan nilai pelaburan mereka susulan aliran menurun dalam urus niaga Bursa Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jelasnya, dalam tempoh sebulan selepas PRU14, nilai pelaburan KWSP dalam 10 syarikat awam tersenarai PLC turun 12% atau RM6.09 bilion. Nilai pelaburan terbabit menurun secara dramatik daripada RM51.21 bilion kepada RM45.12 bilion, hanya dalam tempoh sebulan.

“Sepuluh saham utama merekodkan prestasi terburuk dalam portfolio KWSP dalam tempoh sebulan adalah Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), CIMB Group Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.

“Sektor pembinaan adalah yang paling teruk susulan kajian semula Kerajaan PH mengenai projek infrastruktur mega iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan laluan ketiga mass transit (MRT3),” katanya. 

Menurut laporan mingguan The Edge, CMS mendahului senarai dari segi kuantum kejatuhan dalam harga saham. Harga saham kumpulan itu merosot 37%, sekali gus menghapuskan RM1.7 bilion dari permodalan pasarannya., KWSP, yang memiliki 10.69% kepentingan dalam syarikat itu, menyaksikan penurunan nilai pelaburannya sebanyak RM180 juta.

Kedua-dua MRCB dan IJM menyaksikan harga saham mereka turun 32 %, menghakis RM1.4 bilion dan RM3.1 bilion daripada permodalan pasaran masing-masing. KWSP, yang memiliki 35.32% ekuiti dalam MRCB, menyaksikan nilai pelaburannya susut RM490 juta, manakala nilai pegangan 14.5 % dalam IJM juga turun RM450 juta.

Saham Gamuda pula menjunam 28 %, menghakis RM3.7 bilion daripada permodalan pasarannya. Oleh itu, nilai pegangan 10.11% KWSP juga menurun sebanyak RM370 juta.

Walaupun stok pembinaan adalah yang paling banyak rugi susulan jualan besar-besaran pasca PRU14, dua saham perbankan dan dua syarikat telekomunikasi iaitu Maybank, CIMB, TM dan Axiata, sebenarnya paling banyak menjejaskan nilai pelaburan KWSP.

Secara keseluruhannya, KWSP kehilangan nilai pelaburan sebanyak RM3.86 bilion dalam empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) – Maybank, Axiata, CIMB dan TM dalam tempoh sebulan. Kejatuhan harga saham Maybank, Axiata, CIMB dan TM masing-masing 7%, 12%, 8% dan 21% sejak PRU14. Ini menyebabkan KWSP kerugian atas kertas nilai pelaburan dalam syarikat terbabit, masing-masing RM1.06 bilion, RM990 juta, RM730 juta dan RM690 juta.

Namun, kejatuhan harga saham TNB menyebabkan nilai pelaburan KWSP paling teruk terkesan apabila permodalan pasaran gergasi utiliti itu menyusut sebanyak RM8.5 bilion. Akibatnya, KWSP, yang memiliki 12.67%  kepentingan dalam TNB, menyaksikan nilai pelaburannya susut 9% atau RM1.08 bilion.-MediaUMNO

Sunday 17 June 2018

Perwakilan Perlu Diberi Ruang, Peluang Memilih Pemimpin Terbaik Demi Survival UMNO – Khairy


KUALA LUMPUR, 17 Jun – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, bukan mudah untuk beliau mengambil keputusan untuk bertanding sebagai Presiden UMNO di mana beberapa hari yang lalu, beliau masih tetap dengan pendiriannya hanya untuk bertanding jawatan Naib Presiden sahaja. 

Bagaimanapun menurut Khairy, setelah memikirkan masa depan dan survival UMNO dalam keadaan hari ini, beliau mengambil keputusan bertanding jawatan Presiden UMNO kerana mahu ahli-ahli parti mempunyai pilihan tentang ke arah mana UMNO perlu dikemudi.

“Saya sangat hormat kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Malah, saya telah berjumpa dengan beliau beberapa hari yang lepas dan menggalakkan hasrat beliau bertanding di atas semangat pemilihan terbuka. 

“Saya juga sangat hormat kepada YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam UMNO, beliau ibarat seorang abang kepada saya yang sentiasa membantu dan menasihati saya.

“Kedua-dua tokoh ini mempunyai kelebihan masing-masing. Tengku Razaleigh adalah seorang negarawan yang berjaya mengasaskan institusi-institusi penting negara seperti Petronas dan Bank Bumiputra. 

“Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid pula adalah seorang pejuang yang telah melalui jatuh bangun dunia politik dan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan akar umbi parti. Kedua-dua mereka merupakan calon-calon yang mempunyai kekuatan tersendiri untuk jawatan presiden ini,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Jelasnya lagi, memandangkan pertandingan di peringkat tertinggi UMNO kali ini adalah terbuka, beliau merasakan para perwakilan parti perlu diberi pelbagai pilihan sebelum mereka membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuk UMNO.

Beliau juga dengan rendah diri menyifatkan dirinya tidak mempunyai pengalaman yang luas seperti calon-calon yang lain. 

“Tetapi saya mahu perwakilan diberi satu lagi pilihan yang mewakili peralihan generasi dalam UMNO. Satu pilihan yang pada prinsipnya melihat bagaimana parti kita dapat dibina semula mengikut acuan terkini tanpa melupakan asas penubuhan UMNO.

“Saya berikrar untuk bekerja sepenuh jiwa dan raga, bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam parti agar UMNO dikembalikan kepada roh asal dengan jasad yang baharu. 

“Roh yang saya maksudkan adalah parti Melayu yang inklusif, dengan menunjukkan keterangkuman yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. 

“Kita mahu UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat, bukan hanya golongan atasan, bangsawan, korporat dan elit sahaja. Parti untuk orang biasa. Parti yang menjaga kepentingan orang biasa. 

“Parti yang tidak rasis, tidak seksis, tidak jumud dan tidak lagi pekak terhadap kehendak rakyat jelata. Parti yang berjiwa besar terhadap kaum-kaum lain dan mungkin satu hari nanti Barisan Nasional boleh dibina semula sebagai satu rumah besar untuk semua,” ujarnya. 

Dalam menghadapi suasana pemilihan parti ini, kata Khairy lag, biarlah ia dilakukan di atas semangat perjuangan berteraskan fastabiqul khairat, iaitu berlumba-lumba untuk membuat kebaikan kepada rakyat, dan bukannya berlumba-lumba untuk jawatan, pangkat dan kekayaan.

Katanya, jasad yang baharu bermaksud penstrukturan semula parti secara total. UMNO mesti mengembalikan semangat keterbukaan dalam segala aspek. 

“Terbuka untuk bertanding. Terbuka untuk menegur dan mengkritik pemimpin tanpa dipecat. Terbuka untuk menerima ahli-ahli baharu tanpa sekatan. Terbuka untuk para perwakilan menentukan siapa yang akan menerajui UMNO dan bebas daripada cengkaman ‘warlords’. 

“Budaya ilmu perlu memacu perjuangan UMNO di setiap peringkat. Biarlah Perhimpunan Agung menjadi medan pertembungan idea untuk kebaikan rakyat dan bukannya pesta ucapan retorik yang hanya menghiburkan ahli parti. 

“Biarlah orang yang luar dari “sistem parti” diangkat bersama ke jawatan tertinggi – baik para ilmuan, profesional serta aktivis yang mungkin selama ini disekat dan dipinggirkan. Kita mahu membuka pintu UMNO seluas-luasnya kepada siapa sahaja yang ingin membina semula parti kita.

“Saya sedar saya juga penuh dengan kelemahan. Dan mungkin ada yang rasa saya terlalu muda dan mentah. Tetapi kita berada di zaman luar biasa yang menuntut jalan yang bukan biasa. Saya hanya mahu memberi para perwakilan pilihan yang seluas-luasnya. Menang kalah di tangan perwakilan dan ketentuan Ilahi,” jelasnya. 

Walau apapun keputusan pemilihan itu kelak, Khairy menegaskan bahawa beliau akan terus setia kepada perjuangan UMNO dengan tidak berbelah bagi dan akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menjadi Presiden UMNO yang baharu nanti. 

“Apa yang penting, pemilihan ini perlu berjalan dalam semangat kekeluargaan UMNO agar ia dapat menjadikan parti lebih kuat untuk mengharungi cabaran besar pada hari-hari mendatang. 

“Inilah permulaan jalan yang jauh dan berliku. Jalan yang hari ini mungkin tidak nampak sinar di penghujungnya. Tetapi saya yakin, jika UMNO dapat dikembalikan denga roh perjuangan yang asal namun dalam jasad yang lebih segar, rajawali perjuangan akan terbang semula satu hari nanti,”tegasnya. 

Saturday 16 June 2018

Najib Harap Persaingan Politik Berlangsung Secara Sihat


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar persaingan politik  yang sedang berlaku ketika ini  terkawal dan berlangsung secara sihat.

Najib menggesa seluruh rakyat Malaysia yang bertemu rakan taulan ketika menyambut Aidilfitri untuk menganjurkan persefahaman kerana hakikatnya mereka menaruh harapan tinggi kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk kekal stabil bagi melaksanakan mandat yang diberi.

Walaupun tidak lagi memegang jawatan pemimpin nombor satu negara, Najib tetap mahukan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa perlu bersangka buruk sesama sendiri hanya kerana perselisihan politik antara satu sama lain pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Sehubungan itu, bersempena bulan Syawal ini, beliau mengajak rakyat untuk membuka lembaran baharu dengan melupakan kisah lampau dan saling bermaaf-maafan.

“Memang kita tahu pada masa itu tentunya terdapat perselisihan antara keluarga, rakan dan taulan sehingga ada yang terguris hati.

“Peralihan kuasa yang berlaku sebelum Ramadan berjalan dengan aman dan kita sekarang dipimpin kerajaan yang baharu,” katanya dalam satu catatan sempena Aidilfitri di laman Facebook hari ini.

Sementara itu, Najib yang merupakan Anggota Parlimen Pekan menyifatkan Ramadan tahun ini amat berbeza dengan Ramadan terdahulu memandangkan beliau dan rakan-rakan seperjuangannya tidak lagi  berkhidmat dalam kerajaan. -Bernama

P. Pinang Kemuka Dua Calon MT


KEPALA BATAS, 16 Jun – UMNO Pulau Pinang akan kemukakan dua pencalonan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu sempena pemilihan UMNO hujung bulan ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau akan mempertahankan jawatan itu dan selain beliau, turut dicalonkan ialah Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Ir. Shaikh Hussein Mydin.

“Kita (UMNO Pulau Pinang) hanya tampil dua calon daripada golongan muda iaitu masing-masing berusia bawah 50 tahun untuk jawatan MT,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihadiri oleh lebih 5,000 pengunjung di Wisma UMNO, di sini hari ini.

Beliau berkata pencalonan ini adalah bagi penuhi syarat parti yang mahukan orang muda untuk jawatan MT bagi penggal 2018-2021.

Dalam pada itu, Reezal Merican, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata, pemilihan pengerusi baharu bagi menggantikan penyandang ketika ini, Datuk Seri Zainal Abidin Osman hanya akan dibuat selepas pemilihan UMNO berlangsung.

“Ketika ini, Zainal masih lagi Pengerusi (UMNO Pulau Pinang) dan menjalankan tugas-tugas sebagai pengerusi,” katanya.

Katanya, jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan ditentukan selepas Pemilihan UMNO dan dibuat secara lantikan dan bukan pemilihan.



Monday 11 June 2018

'Tukar Cara, Bukan Teras'


KEPALA BATAS: Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, akan bertanding mengekalkan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan suara kepemimpinan tertinggi parti dapat didengari dan dibawa ke peringkat Parlimen.

"Melihat kepada suasana, terutamanya apabila saya terpilih mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas ini, saya fikir adalah wajar untuk saya mempertahankan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

"Saya tidak mahu bertanding jawatan lain kerana proses pencalonan itu tidak boleh terlalu ramai.

"Kalau ramai yang bawa formula sendiri, akhirnya UMNO akan jadi cacamerba," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Parlimen Kepala Batas di Masjid Permatang Rambai di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Aidilfitri RM200 kepada 200 golongan asnaf di Parlimen Kepala Batas.

Sementara itu, Reezal yang juga Timbalan Pengerusi UMNO negeri berkata, UMNO perlu mengekalkan konsep sebagai parti Melayu yang membela bangsa dan agama Islam.

Katanya, UMNO hanya perlu mengubah pendekatan kepada rakyat bagi memastikan ia terus relevan pada masa depan.

"UMNO wajar kekal sebagai parti Melayu. Saya mengandaikan, jika kita mengubah konsep, ia akan beri kesan kepada pengundi Melayu.

"Jangan tukar teras, tapi hanya tukar cara kita," katanya.

Mei lalu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membayangkan supaya kepemimpinan parti mempertimbangkan untuk membuka keahlian kepada bukan Melayu. - Berita Harian

Ku Li Paling Layak Jadi Presiden UMNO


Ahli-ahli parti Umno bakal membuat keputusan yang paling penting dalam masa terdekat bagi menentukan survival parti dan memastikan parti terus relevan.

Kita hanya akan dapat membuat keputusan yang tepat jika kita mendengar dan menerima pandangan dari ahli akar umbi. Kita juga perlu mendengar dan menerima pandangan masyarakat dan tidak boleh lagi berada di dalam sindrom penafian.

Oleh itu, saya telah berjumpa dan mendengar pandangan seberapa ramai mungkin ahli-ahli akar umbi dan juga mendengar pandangan daripada masyarakat tentang siapa yang paling layak menerajui parti Umno pada ketika ini.

Berdasarkan maklum balas yang saya terima, Umno memerlukan seorang pemimpin yang pengalamannya dapat membawa parti Umno ke arah pembaharuan dalam menyemai semula nilai-nilai murni yang ada pada Umno seperti dipermulaan lahirnya parti ini.

Seorang pemimpin yang intelektual untuk berhadapan dengan gergasi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).

Seorang pemimpin yang berwibawa, yang berjalan di atas landasan yang disenangi oleh rakyat dari segi perwatakannya dan ideologinya. Seorang pemimpin yang mempunyai buah fikiran untuk mengerakkan parti ke arah destinasi seperti pada zaman kegemilangan parti Umno yang kita sayangi ini.

Apa yang lebih penting, kita memerlukan seorang pemimpin yang dapat membuktikan kepada rakyat Malaysia yang Umno benar-benar ikhlas dalam mahu berubah kepada Umno yang mereka hormat dan rindui, Umno yang ditubuhkan untuk membela nasib rakyat Malaysia.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, orang yang paling layak untuk memegang jawatan presiden Umno pada ketika ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Seorang yang menepati gambaran yang telah saya sebutkan di atas.

Ini adalah pandangan ikhlas dan peribadi saya yang tidak mencerminkan mana-mana pihak. Saya membuat pandangan ini setelah mendapat maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Saya sedar dan insaf bahawa perjuangan kita selepas ini menuntut kepada keberanian yang luar biasa. Ia menuntut kepada keberanian untuk menyuarakan dan melakukan apa yang benar, walaupun ada pihak yang mungkin tidak senang dengan apa kita katakan dan lakukan.

Pandangan saya ini lahir dari hati saya yang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk menyelamatkan parti yang saya sayangi ini. sumber 

Thursday 7 June 2018

Tidak Munasabah Bank Negara Dikatikan Dengan 1MDB : Gabenor


6 JUN: Kerajaan telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa hari ini.

Dalam jawapannya kepada pertanyaan Bernama menerusi aplikasi Whatsap, Muhammad berkata semasa beliau mengambil alih jawatan itu pada Mei 2016, beliau berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab pejabat Gabenor dengan profesionalisme, maruah dan integriti yang tinggi.

Bagaimanapun sejak beberapa minggu kebelakangan ini, katanya lagi, terdapat persoalan serius yang dibangkitkan sama ada beliau telah gagal dalam mencapai standard ini dan merisikokan keyakinan orang awam terhadap bank itu.

“Sebagai bank pusat, kami hanya efektif dengan kepercayaan dan keyakinan yang diletakkan oleh rakyat Malaysia dan para pemimpin terhadap kami.

“Saya bersedia melepaskan jawatan sekiranya saya tidak lagi mendapat kepercayaan dan sokongan daripada orang ramai. Saya tidak dapat meneruskannya lagi sekiranya ia menjejaskan imej dan reputasi bank.

“Kita dinilai atas keputusan yang kita buat, misalnya seperti pembelian Lot 41 baru-baru ini, yang dibeli pada harga RM850 sekaki persegi yang mana telah menarik perhatian umum,” katanya.

Muhammad berkata persepsi umum adalah pembelian tanah itu dibuat bertujuan untuk bersekongkoldalam penyelewengan dana awam berkaitan rasuah dan skandal yang menyelubungi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Ini tidak benar sama sekali. Bank Negara Malaysia tidak akan terlibat dalam aktiviti sedemikian yang akan mengkhianati kepercayaan orang ramai terhadap kami. Kami menolak sebarang bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” tegasnya.

Walaupun ramai yang mungkin meraguinya, beliau berkata BNM tidak mengetahuinya dan tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas hasil daripada pembelian tanah itu yang akan digunakan untuk menyelesaikan obligasi hutang 1MDB.

Beliau berkata adalah tidak munasabah bank pusat itu dikaitkan dengan entiti kontroversi tersebut yang didakwa terlibat dengan tuduhan penipuan dan salah urus.

“Bukan amalan kami untuk berbuat demikian. Kami turut mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka sebelum ini,” katanya.

Pengganti Muhammad masih belum dinamakan tetapi bekas Timbalan Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus telah disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk menerajui bank pusat itu. - bnbbc