Sebagai pemimpin masyarakat sudah tentulah banyak cabaran yang perlu didepani apatah lagi dalam suasana perubahan dunia dan perkembangan teknologi , apa jua tindakan dan gerak kerja akan dapat terus di akses oleh rakyat melalui semua rangkaian media sosial.
Siapa jua boleh menawarkan diri untuk menjadi pemimpin cuma yang membezakan mereka adalah bagaimana pemimpin itu mampu untuk benar-benar faham fungsi dan peranannya terhadap masyarakat.
Dalam konteks ini , bumi Permatang Pauh sebenarnya beruntung kerana dianugerahkan seorang pemimpin muda bernama Datuk Mohd Zaidi Mohd Said atau lebih senang di gelar sebagai Cikgu Zaidi.
Kehadiran Cikgu Zaidi dalam kancah politik tanahair amnya dan Permatang Pauh khususnya bukanlah dengan tangan kosong kerana beliau hadir dengan pengalaman sebagai pemimpin muda yang bermula dari bawah.
Pengalaman menjadi penggerak di akar umbi menggalas tugas membantu perjalanan UMNO Bahagian Permatang Pauh membela rakyat sebelumnya wajar dilihat sebagai aset paling bernilai yang ada pada Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh itu.
Perbezaan ini dapat kita lihat jika dibandingkan dengan Wan Azizah dari PKR yang kini merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh.Sejak kehadiran Azizah , bumi Permatang Pauh bolehlah diandaikan sebagai pentas politik yang hanya digunapakai oleh pemimpinnya untuk menghalalkan segala tindakan politik semata-mata dengan rakyat di akar umbi tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Tidak cukup dengan itu , bumi Permatang Pauh yang kini ditadbir oleh wakil-wakil parti dari Pakatan Harapan hanyalah indah khabar dari rupa.Walaupun mempunyai hubungan dengan kerajaan negeri pimpinan DAP , tidak banyak pembangunan dan gerak kerja yang dibawa masuk ke bumi Permatang Pauh.
Namun pendekatan yang digunapakai oleh Cikgu Zaidi selaku Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menyelamatkan hampir seluruh warganya dengan pelbagai gerak kerja serta perancangan program-program yang berjaya memenuhi aspirasi kerajaan BN dengan slogan "Rakyat Di Dahulukan , Pencapaian Di Utamakan."
Jiwa muda dan kerja keras Cikgu Zaidi dan pasukannya telah membuka mata banyak pihak bahawa iltizam dan amanah jika dipacu dengan jalan yang betul akan mendapat keredhaan Allah swt seterusnya segala gerak kerja akan dipermudahkan olehNYA.
Berkat kesabaran dan kesungguhan selain buah fikiran yang diklasifikasikan sebagai di luar kotak telah membawa perubahan bukan sahaja kepada UMNO Bahagian Permatang Pauh tetapi juga seluruh warganya.
Di bawah pimpinan Cikgu Zaidi selaku Ketua UMNO Bahagian , banyak program berjiwa rakyat telah disusun dan dijalankan dengan konsep mesra rakyat malahan setiap golongan telah diberikan perhatian berdasarkan kumpulan masing-masing.
Usah bicara soal kebajikan kerana UMNO Permatang Pauh dibawah pimpinan Cikgu Zaidi saban waktu dan tahun sentiasa hadir meringankan beban mereka-mereka yang memerlukan.
Tidak cukup dengan itu , Cikgu Zaidi selaku pemimpin kawasan telah mengorak langkah yang jauh lebih ke hadapan apabila seluruh warga pendidik dan pelajar mendapat perhatian beliau dengan program-program dan bantuan agar institusi pendidikan di Permatang Pauh terus cemerlang seterusnya mampu menghasilkan para cendiakawan dari kalangan pelajar yang tentunya bakal menjadi pewaris kepada pimpinan sedia ada.
Lebih menarik para jururawat dan mereka yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan kesihatan juga dirai sebagai tanda penghargaan UMNO bahagian terhadap kumpulan terbabit yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik buat seluruh warga Permatang Pauh termasuklah khidmat warga PDRM.
Selain daripada itu institusi masjid dan seluruh warganya menjadi perkara terpenting kepada Cikgu Zaidi dan pasukannya , selain daripada membiayai program-program di masjid , UMNO Permatang Pauh turut menyumbang kepada pembangunannya agar seluruh umat Islam mendapat keselesaan dalam menjalani ibadah seharian.
Seperkara yang tentunya wajar dikongsi bersama adalah percaturan dan kaedah UMNO Permatang Pauh mendekati setiap golongan.Keupayaan merencana program-program yang menepati kemahuan dan kehendak warga Permatang Pauh itu sendiri sebenarnya mencerminkan betapa kehadiran Cikgu Zaidi dan pasukannya adalah satu anugerah yang tidak ternilai jauh mengatasi kelibat pimpinan Pakatan Harapan yang hanya menumpang nasib untuk bertapak dalam politik.
Golongan muda sentiasa mendapat perhatian dengan kepelbagaian program yang mencakupi minat anak-anak muda selain daripada keberanian Cikgu Zaidi untuk mengenengahkan program-program yang jauh berbeza sama sekali.
Penganjuran program seperti Permatang Pauh Fellowship Ride PPFR 2017 yang sudah pun memasuki edisi ke-3 , Islamic Bike Fest , Mr Alpha 2017 , Kenduri Rakyat Makan Bersila yang dihadiri 20 ribu orang dan berjaya mencatat rekod dalam "The Malaysia Book Of Record" , Pendekar Fighting Challengge yang turut di sertai Zaidi sendiri dan terkini mengepalai sekumpulan anak muda menawan puncak Gunung Kinabalu.
Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya kerana untuk menzahir dan menjayakan program-program sebegini ianya memerlukan disiplin , keupayaan mental serta fizikal serta kemahuan yang tiada batasnya dengan satu niat untuk mendekati rakyat dan sama-sama merasai denyut nadi mereka.
Inilah sebenarnya ramuan rahsia yang telah digunakan oleh Cikgu Zaidi dan seluruh pasukan UMNO Bahagian Permatang Pauh yang sudah pun mendapat perhatian banyak pihak khususnya warga Permatang Pauh sendiri.
Bandingkanlah dengan pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan yang punya jaringan dengan kerajaan negeri , mereka langsung tidak mampu untuk mengatasi gerak kerja sebegini sedangkan mereka punya aset dan keupayaan sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang.
Kita yakin dan percaya sebagai pemimpin , keupayaan dan dedikasi sebeginilah yang perlu ada pada tiap pimpinan kerana keluh resah rakyat didengari dan didekati selain berusaha untuk membantu dan merealisasikan impian bersama untuk kesejahteraan Permatang Pauh.
Syabas Cikgu Zaidi , teruskan usaha melakar sejarah di bumi Permatang Pauh untuk kesejahteraan seluruh warganya.
Banyak lagi usaha telah dilakukan oleh Cikgu Zaidi dan UMNO Bahagian Permatang Pauh , kepada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah melayari laporan aktiviti yang telah disiarkan di pautan akaun facebook Cikgu Zaidi di
SINI dan
SINI.