This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday 31 December 2017

Wartakan Selatan P.Pinang Sebagai Taman Laut


BN Pulau Pinang menyarankan kerajaan pimpinan DAP mewartakan kawasan seluas 2,024 hektar di selatan negeri itu sebagai taman laut.

ADUN Pulau Betong, Dr Muhamad Farid Saad berkata ia bagi memastikan kawasan perairan yang dikatakan bakal di tambak selamat itu terpelihara untuk generasi akan datang.

“Sebagai anak jati kelahiran Balik Pulau dan Pulau Pinang; sekiranya saya diberi kuasa, saya akan mewartakan kawasan  itu sebagai taman laut supaya tidak musnah akibat sikap rakus manusia.

“Jangan kita berlaku zalim kepada alam. Pada saya, jika kita berlaku zalim kepada alam, alam akan bertindak balas dan menyukarkan kehidupan kita pula,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Tambah Farid berkata sekiranya projek tambak laut itu diteruskan, mata pencarian dan kehidupan para nelayan di sekitarnya akan terjejas.

Kecam Mahathir : Apakah Guan Eng , DAP Lacurkan Prinsip ?


KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin mempersoalkan apakah Dap sebuah parti yang mempunyai prinsip, apabila parti tersebut menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir setelah pelbagai kecaman yang telah dilontarkan oleh pemimpin Dap terhadap bekas Perdana Menteri itu sejak berpuluh tahun lamanya.

Menurut Jasmin, di dalam satu ceramah Lim Guan Eng ketika bersama pakatan rakyat dulu, beliau pernah berkata bahawa Tun Mahathir sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk terus memimpin kerana usianya yang sudah lanjut, serta mendakwa Tun Mahathir telah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk mengkayakan anak-anaknya.

“Sebab itu saya nak tanya Dap, adakah mereka ini sebuah parti yang mempunyai prinsip? Saya ada terbaca baru-baru ini kenyatan Lim Guan En bahawa MCA patut keluar dari BN, seperti mana Dap berpisah dengan Pas kononnya kerana prinsip.

“Sepatutnya Guan Eng bertanya diri dan partinya sendiri,  adakah beliau dan Dap mempunyai prinsip apabila bekerjasama dengan seorang pemimpin yang pernah mereka katakan tidak layak memimpin serta menyalah gunakan kuasa ketika memerintah?

“Dalam ceramah itu, Lim Guan Eng mendedahkan anak Tun Mahathir, mempunyai harta sebanyak  RM2.7 Bilion di zaman pemerintahannya dan lebih kaya daripada Tan Sri Vincent Tan. Kata Guan Eng, Tun Mahathir maha takut kalau Pakatan Rakyat memerintah negara, kerana sudah pasti anak Tun Mahathir akan disoal bagaimana beliau boleh kaya sedemikian rupa.

“Hari ini, sudahkah beliau menemui jawapannya? Adakah beliau berani untuk menyoal Tun Mahathir tentang harta kekayaan anaknya itu? Bukan sekadar nak soal, bahkan hari ini, Guan Eng bersama bapanya, Lim Kit Siang boleh pula bekerjasama dengan orang yang didakwanya menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan keluarganya? Prinsip apakah yang Dap pakai sebenarnya? Atau Dap ini sebenarnya langsung tidak ada prinsip dalam berpolitik?,” soalnya tegas.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang klip video ceramah Lim Guan Eng ketika Pakatan Rakyat sebelum dibubarkan ekoran pertelingkahan Dap dengan Pas  yang kini tular di aplikasi whatsapp dan facebook.


Jelas Noordin, inilah pendekatan politik parti pembangkang yang jelas langsung tidak mempunyai  prinsip perjuangan serta sanggup melakukan apa saja demi meraih kuasa, walaupun terpaksa menjilat ludah mereka sendiri.

“Apakah pembangkang tidak sedar, bahawa tindak tanduk dan gerak geri politik mereka kini diperhatikan oleh rakyat? Apakah pembangkang rasa rakyat mudah diperbodohkan dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal apabila mereka terpaksa menjilat ludah mereka sendiri, terutama Dap dan PKR apabila mereka menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan Tun Mahathir?

“Saya yakin, rakyat kita cerdik untuk menilai, parti mana yang sebenarnya bermain politik dengan mempergunakan rakyat demi kepentingan peribadi mereka, dan parti mana yang menjadikan politik sebagai wadah dan jalan perjuangan mereka untuk membina sebuah negara yang makmur demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya,” ujarnya.

Friday 29 December 2017

Nafsu Besar DAP ?


PADA Perhimpunan Agung UMNO 22 Jun 2002, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menangis di atas pentas, depan perwakilan UMNO dan mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pengumuman mengejut beliau telah menggemparkan negara. Walaupun dipujuk kepemimpinan UMNO ketika itu, Dr. Mahathir tetap bersara pada 31 Oktober 2003. Ketika itu, beliau berjanji untuk ‘benar-benar’ meninggalkan politik.

Beliau tidak mahu lagi mencampuri hal ehwal politik.

Lapan tahun sebelumnya, iaitu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 1995, Lim Kit Siang telah berjanji semasa berkempen untuk mengundurkan diri sepenuhnya daripada politik jika projek Tanjung 3 tajaan DAP gagal untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Pada PRU itu, Kit Siang dikalahkan oleh Tan Sri Koh Tsu Koon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bungah. Kit Siang hanya mendapat 5,384 undi manakala Tsu Koon mendapat 13,087. Setelah keputusan itu diumumkan, Kit Siang sekali lagi mengumumkan beliau akan bersara daripada arena politik.

Bagaimanapun, janji dilafazkan Dr. Mahathir dan Kit Siang pada 14 dan 22 tahun lepas tidak ditepati apabila kedua-dua ve­teran itu masih lagi berpolitik, malah mereka adalah yang pa­ling aktif berpolitik mengalahkan semua ahli politik pakatan pembangkang.

Masih terngiang-ngiang jelas di telinga kita apabila Dr. Mahathir dengan lantangnya melabelkan Kit Siang sebagai rasis dan pelampau perkauman. Kit Siang pula mengatakan bahawa Dr. Mahathir adalah rasis nombor satu dalam Malaysia. Bagi Kit Siang, Dr. Mahathir adalah penjahanam negara ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah berkata bahawa Dr. Mahathir adalah perasuah besar merompak kekayaan negara dan beliau turut menyarankan agar keluarga Dr. Mahathir yang kaya raya disiasat.

Sekarang, pelampau perkauman, rasis nombor satu, penjahanam negara dan perasuah besar ini yang menerajui Pakatan Harapan serta mahu mentadbir negara. Mereka ini juga bercakap menentang rasuah, kronisme, salah guna kuasa dan antirasis. Di manakah logiknya semuanya ini?

Tetapi apabila difikirkan, adalah sangat malang apabila kepemimpinan Pakatan Harapan begitu lembik tidak mampu untuk berdiri di kaki sendiri apabila mereka terpaksa bergantung kepada individu yang berusia 93 dan 76 tahun ini untuk meneruskan ke­sinambungan politik mereka.

Ia juga boleh diterjemahkan sebagai kepemimpinan pakatan itu telah gagal untuk menyerlahkan diri masing-masing dalam arena politik negara. Kedaifan mereka itu yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung nasib kepada dua veteran itu.

Kerana itu juga, ada pihak mengatakan bahawa kedua-dua veteran itu tidak boleh dipercayai, malah tiada prinsip kerana lebih mengutamakan agenda peribadi dan mengejar kuasa.

Lim Guan Eng, anak Kit Siang pula melenting cuba menafikan kenyataan tersebut.

Seperti biasa, beliau turut menuding jari menyalahkan UMNO dan Pas kononnya memainkan sentimen perkauman dan ekstremis untuk menghina kaum Cina dengan menyebut Cina DAP.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan iaitu apakah DAP begitu suci murni dan tidak terlibat langsung memainkan sentimen perkauman dan ekstremisme?

Sejarah tidak akan membohongi kita. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah disebabkan oleh sentimen perkauman yang amat ekstrem diapi-apikan oleh DAP.

Sikap kurang ajar melampau tidak menghormati kaum Melayu ketika itu telah mencetuskan pe­ristiwa yang tidak mungkin akan dapat dipadamkan pada bila-bila.

Cuma yang bezanya ialah sebahagian besar rakyat tidak ambil kisah dengan peristiwa tersebut kerana ia perkara silam. Memang benar ia peristiwa silam tetapi coretan sejarah tersebut masih dibawa hingga ke saat ini di dalam dasar-dasar parti DAP.

Antara lain ialah Deklarasi Setapak yang menggariskan bahawa deklarasi itu memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang.

Kata mudah, DAP menentang kewujudan bumiputera, satu dasar jelas telah mencabuli Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia yang menggariskan hak-hak keistimewaan Melayu dan bumiputera.

Dalam masa sama, isu Kit Siang bercita-cita untuk memegang jawatan tertinggi bukan satu perkara baharu. Beliau berbohong dan hipokrit jika menafikannya. Kit Siang telah melancarkan beberapa siri projek Tanjung di beberapa PRU untuk memastikan cita-cita beliau memegang jawatan tertinggi di Pulau Pinang tercapai. Namun gagal.

Ironinya, bibit-bibit keangkuhan dan kebongkakan kepemimpinan DAP pada era 90-an itu diulangi kepemimpinan DAP hari ini. Kerajaan DAP negeri bertambah angkuh dan berkonfrontasi dengan banyak pihak bukan ha­nya UMNO dan BN.

Komen dan rintihan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili suara rakyat Pulau Pinang tidak didengari malah diperlekehkan begitu sahaja.

Yang terbaharu, Majlis Rakyat Cina Pulau Pinang (PCCC) telah membatalkan sambutan Budaya dan Warisan Tahun Baharu Cina pada tahun depan gara-gara tindakan kerajaan DAP negeri yang tidak memberi kerjasama kepada mereka. Kepemimpinan DAP kuat berdendam, satu lagi sikap buruk parti tersebut.

Beberapa kepemimpinan PKR negeri turut dianaktirikan tanpa mampu dipertahankan oleh kepemimpinan tertinggi PKR.

ADUN PKR Penanti menangis di dalam DUN meratapi kezaliman kerajaan DAP yang tidak mahu mendengar luahannya tentang permasalahan rakyat di kawasannya.

DR. NOVANDRI HASAN BASRI ialah penganalisis politik.

Artikel ini telah disiarkan oleh utusan online 

2017 Tahun Paling Malang Buat Pulau Pinang


GEORGETOWN - Tarikh 5 November 2017 mungkin tidak dapat dilupakan penduduk Pulau Pinang apabila negeri bawah pimpinan DAP itu lumpuh sepenuhnya akibat banjir, yang disifatkan sebagai paling buruk dalam sejarah negeri itu.

Banjir kilat dengan air seperti ‘teh tarik’ setiap kali hujan lebat boleh dikatakan perkara biasa bagi penduduk di Pulau Mutiara, ada yang mengatakan ia kerana sistem tebatan banjir yang tidak dapat menampung keperluan dan ada yang menyalahkan  penggondolan bukit untuk projek-projek pembangunan.

Apapun, kejadian banjir pada 5 November itu boleh dikatakan kemuncak apabila kesemua  lima daerah iaitu Timur Laut, Barat Daya di bahagian pulau serta Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di tanah besar ditenggelami air.

Hujan lebat hampir 17 jam berserta angin kencang menyebabkan puluhan jalan ditutup, ribuan rumah ditenggelami air, ratusan pokok tumbang, tanah runtuh di beberapa kawasan dan tujuh nyawa terkorban.

Kejadian yang dikatakan luar biasa itu menyebabkan Ketua Menteri Lim Guan Eng memohon bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membantu mangsa banjir di negeri itu.

Kurang dua bulan sebelum banjir besar itu, Pulau Pinang telah beberapa kali dilanda banjir kilat dengan yang paling teruk pada 15 September melibatkan 119 kawasan terjejas, juga di semua daerah negeri itu.

Boleh dikatakan selang sebulan Pulau Pinang dilanda banjir kilat iaitu pada 21 Januari di Nibong Tebal, 4 Mac yang menyebabkan 10 kawasan di bahagian pulau ditenggelami air dan pada 13 Mei pula turut berlaku banjir melibatkan beberapa kawasan di bahagian pulau.

Kemudiannya, pada 14 Julai seorang mangsa maut terjatuh ke dalam longkang besar apabila keretanya terperangkap dalam banjir kilat di jalan Sungai Ara, Bayan Lepas, banjir pada 15 Ogos melibatkan sekitar kawasan Teluk Bahang dan Penaga dan 9 Sept pula di kawasan Nibong Tebal.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri  Chow Kon Yeow pada sidang Dewan Undangan Negeri memberitahu bahawa Pulau Pinang menghadapi 119 kali banjir kilat sejak 2013 hingga 15 Oktober 2017.

Pulau Pinang bukan sahaja sinonim dengan banjir kilat, tetapi juga tanah runtuh apabila kekerapan kejadian tanah runtuh juga menyamai dengan kejadian banjir kilat.

Setiap kali hujan lebat dan banjir kilat, pasti akan berlaku kejadian tanah runtuh sama ada kecil atau besar, antaranya pada 14 Julai apabila hujan lebat turut menyebabkan tanah runtuh di Taman Lau Geok Swee, Paya Terubong sehingga menimbus sebuah tokong di lereng bukit.

Kebimbangan banyak pihak kemungkinan kejadian tanah runtuh akan mengorbankan banyak nyawa akhirnya menjadi kenyataan apabila 11 tertimbus dalam kejadian di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada 21 Oktober lepas.

Kejadian pada 8.57 pagi di tapak projek itu meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan, lima Bangladesh, dua Indonesia, dua Myanmar dan seorang Pakistan apabila ditimbus tanah lereng bukit yang runtuh.

Kemungkinan berlaku insiden tidak diingini di tapak kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah itu telah dikemukakan sebanyak dua kali kepada kerajaan negeri Pulau Pinang oleh gabungan pertubuhan masyarakat Penang Forum, sejak awal tahun ini.

Kali pertama perkara itu dibangkitkan oleh Penang Hill Watch (PHW) ialah pada Januari dan kali kedua pada Mei, memohon agar projek itu dihentikan kerana khuatir  berlaku runtuhan tanah.

Penang Forum memulakan PHW, iaitu inisiatif komuniti untuk menyalurkan maklumat mengenai pemotongan bukit yang diperoleh daripada masyarakat  kepada kerajaan negeri.

Selain banjir dan tanah runtuh, Oktober 2017 juga menyaksikan kemalangan ngeri membabitkan dua bas kilang, masing-masing membawa pekerja kilang Sony dan kilang Plexus serta sebuah van kilang yang mengorbankan lapan nyawa dan 23 yang lain cedera.

Kesemua mereka yang terbunuh dalam kejadian awal pagi di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru itu ialah lapan wanita pekerja kilang, yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja, tujuh daripada mangsa ialah rakyat Indonesia.

Kemalangan pada 24 Oktober di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun itu dikatakan berlaku apabila sebuah daripada bas kilang itu mengalami kerosakan enjin dan berhenti di kiri jalan sebelum dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi bas kilang menyebabkan bas yang rosak itu tertolak ke kanan lebuh raya. –Bernama

Thursday 28 December 2017

Tolak Projek Mega Tambak Laut


BALIK PULAU: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini, secara peribadi membantah dan menolak projek mega tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang, yang dirancang kerajaan negeri.

Wan Junaidi berkata, projek bagi membentuk tiga pulau buatan dengan keluasan lebih 2,600 hektar itu akan memberi kesan dan risiko besar terhadap alam semula jadi serta komuniti nelayan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan bersikap adil dengan menilai keseluruhan Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) dan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), serta laporan terperinci daripada pihak terbabit, sebelum keputusan dibuat.

"Dalam hal projek mega ini, saya amat bimbang dengan nasib nelayan yang akan menjadi mangsa utama, kerana ini adalah kawasan laut yang memberi pendapatan kepada mereka.

"Bagi saya juga, projek ini bukan sekadar membina pulau buatan, tetapi ia juga membina 'coast line' baharu Pulau Pinang, yang sekali gus akan mengubah peta negara.

"Kita khuatir kerana projek ini membabitkan pembinaan di lautan luas dan ia dilihat dibina terlalu hampir dengan sempadan laut antarabangsa, yang akan menyebabkan kita bermasalah dengan Indonesia," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Rakyat Bersama Nelayan di Sungai Batu, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, ketika ini Kerajaan Pusat sedang mengkaji menubuhkan Majlis Pembangunan Fizikal Negara yang akan berfungsi mengawal dan menghukum pemaju yang gagal mematuhi syarat ditetapkan.

Katanya, rancangan penubuhan Majlis Pembangunan Fizikal Negara dijangka akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat tahun hadapan.

"Walaupun kita tidak luluskan, dan kerajaan negeri masih teruskan projek ini, menerusi Majlis Pembangunan Fizikal Negara, pemaju boleh dianggap sebagai melanggar peraturan dan boleh dihukum. Ini yang kita sedang kaji untuk laksanakan," katanya.

Wednesday 27 December 2017

Caj Pembangunan Di Pulau Pinang Sebabkan Harga Hartanah Tinggi


GEORGE TOWN - Caj Pembangunan dan lain-lain caj pembangunan perumahan yang dikenakan ke atas pemaju di Pulau Pinang telah meningkat melebihi tiga kali ganda sejak tahun 2008 menyebabkan peningkatan harga hartanah di Pulau Pinang, menurut Datuk Muhammad Farid Saad.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong itu membandingkan caj pembangunan dan pelbagai caj pembangunan yang dikenakan kepada pemaju mengikut garis panduan perumahan lama sebelum 2008 dan garis panduan semasa di bawah kerajaan negeri Pakatan Harapan hari ini.

Caj pembangunan yang sebelum ini RM5 sekaki persegi untuk projek-projek kediaman kini RM15 sekaki persegi manakala caj pembangunan untuk saliran, tempat letak kereta, kemudahan masyarakat, infrastruktur dan perumahan kos rendah meningkat lebih daripada dua kali ganda atau tiga kali ganda.

"Saya mendedahkan maklumat ini untuk membuktikan bahawa salah satu daripada sebab-sebab kenaikan harga perumahan di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri terhadap pemaju yang kemudian dikenakan pada pembeli rumah," katanya.

"Caj ini meningkat disebabkan peningkatan kos kira-kira RM120 satu kaki persegi bagi setiap unit perumahan," dakwanya dalam kenyataan di facebook.

Beliau juga telah mendedahkan jadual yang menyenaraikan perbezaan caj daripada sebelum 2008 dan caj semasa yang dikenakan.

Ketika dihubungi, Muhammad Farid berkata beliau telah menekankan perkara ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri bulan lalu dan kini mendedahkan jadual untuk membuktikan dakwaannya itu.

Beliau mengakui bahawa terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada harga hartanah yang lebih tinggi seperti harga tanah dan harga bahan, kos kontraktor dan margin keuntungan pemaju.

Dalam jadual yang dikongsikan, caj saliran telah meningkat daripada RM10,000 seekar kepada RM50,000 seekar, caj tempat letak kereta daripada RM15,000 setiap petak kepada RM25,000 setiap petak, caj kemudahan masyarakat RM25 sekaki persegi kepada RM500 sekaki persegi dan caj perumahan kos rendah RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang atau RM150,000 untuk pemaju bukan Pulau Pinang manakala sebelum ini tidak ada apa-apa caj.

Caj ini adalah caj pematuhan kepada projek pembangunan. Caj untuk perumahan kos rendah adalah sebagai ganti untuk membina rumah kos rendah. - malaymailonline

Tuesday 26 December 2017

Malaysia Tidak Terkesan


KUALA LUMPUR - Tekanan daripada kuasa besar dunia terhadap negara-negara berdaulat bagi memastikan mereka membisu dalam isu Baitulmuqaddis tidak memberi sebarang kesan terhadap Malaysia.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Wisma Putra akan tetap menyuarakan pendirian tegas kerajaan dan aspirasi rakyat untuk terus menyokong perjua­ngan Palestin dengan berlandaskan prinsip serta undang-undang antarabangsa.

Menurut beliau, Kementerian Luar juga bersyukur dengan keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) hari ini yang menegaskan bahawa sebarang langkah menjejaskan status Baitulmuqaddis adalah terbatal.

“Melalui resolusi ES-10/19 yang diluluskan oleh Sidang Ter­gempar Khas UNGA Ke-10 Mengenai Palestin, semua negara telah diminta untuk menghentikan penubuhan kedutaan di Baitulmuqaddis.

“Malaysia bukan sa­haja salah satu daripada 128 negara yang mengundi menyokong resolusi tersebut, malah merupakan antara negara yang menaja usul berkenaan untuk dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Reezal Merican berkata, apa yang lebih pen­ting, Malaysia merupakan salah satu daripada 16 negara yang te­lah diberi peluang untuk berucap dan menyampaikan pendirian semasa sidang tergempar tersebut.

Beliau menambah, Si­dang Tergempar Khas UNGA Ke-10 Mengenai Palestin sebenarnya me­rupakan usul yang digerakkan oleh Malaysia sejak 1997.

“Ketika itu, kita telah mewujudkan meka­nis­me tersebut apabila melihat Majlis Keselamatan PBB tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menghentikan penempatan haram Israel, termasuk di Baitulmuqaddis,” jelasnya. - utusan online

Friday 22 December 2017

Dakwaan Ahli Parlimen DAP Berniat Jahat , Cuba Kelirukan Rakyat



KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA UMNO SEMBRONG
SAUDARA ONN HAFIZ GHAZI

Jumaat, 22hb Disember 2017

1. Saya menganggap  kenyataan Ahli Parlimen Kluan (DAP), Liew Chin Tong dalam FMT News semalam adalah tidak berasas dan berniat jahat. Beliau memanipulasikan jawapan yang telah dijawab sendiri oleh Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein.

2. Kenyataan yang dibuat sebegini rupa  bertujuan untuk mengelirukan dan mengikis kepercayaan rakyat terhadap Menteri Pertahanan yg juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong.

3. Jika perancangan pembinaan kem di Sembrong adalah berasaskan motif politik, seperti yg didakwa Liew, sudah pastinya Dato Seri Hishammuddin akan memastikan Kem itu lengkap dan selesai dibina sebelum PRU. Namun perkara tersebut tidak berlaku sama sekali dan kem berkenaan kini masih di peringkat pembinaan dan tidak mungkin siap sblm PRU 14.

4. Segala usaha telah pun dilakukan sekian lama dan segala perancangan yang dibuat mengenai pembinaan dan penambahbaikan kem adalah berasaskan keperluan serta kepentingan keselamatan negara, dibawah Kementerian Pertahanan
Malaysia.

5. DAP dilihat cuba mengaitkan perancangan keselamatan dengan motif politik. Ini merupakan tindakan yang keji untuk meraih populariti murahan melalui politik kebencian dan keraguan.

6. Sekiranya pihak beliau mempunyai keraguan, saya yg juga  Setiausaha Politik Menteri Pertahanan,  sentiasa terbuka untuk menjawab pertanyaan beliau bagi membantu mengakhiri segala prasangka yang tidak baik.

Sekian.

Agenda DAP Benamkan MCA & Gerakan Bermotif Politik Kuasa & Kepentingan Peribadi


Panel Program Diskusi Anda Tanya Kami Jawab anjuran Media UMNO Malaysia dan Jabatan Penerangan UMNO Malaysia bertajuk ‘Pasca PAU2017: UMNO Parti Untuk Masa Depan’ hari ini membuat kesimpulan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah parti yang mampu untuk membina masa depan negara yang cemerlang berbanding parti-parti politik di blok pakatan harapan yang ada di negara ini.

Malah, menurut anggota panel yang terdiri daripada Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan pegawai khas Perdana Menteri, Isham Jalil bersama Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sependapat bahawa pakatan harapan adalah terdiri daripada parti-parti yang tidak mempunyai masa depan jika dibandingkan dengan BN, berdasarkan segala kemelut dan permasalahan yang berlaku di kalangan mereka.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said beliau berpandangan bahawa rakyat telah mulai melihat agenda politik pihak pembangkang yang lebih bermotifkan kuasa demi kepentingan peribadi, dan telah mempergunakan rakyat untuk merealisasikan matlamat mereka itu.

“Kita lihat Dap hari ini sebagai contoh, tugas mereka ialah untuk membenam parti MCA dan Gerakan supaya mereka akhirnya akan menjadi wira bagi kaum Cina. Pemimpin Dap jangan sangka kaum Cina tidak dapat menghidu gerakan politik mereka untuk menguburkan dua parti kaum Cina yang berada di dalam BN hari ini.

“Apa yang Dap lakukan adalah semata-mata untuk muncul sebagai parti kaum Cina yang paling kuat di negara ini. Apabila mereka menjadi parti kaum Cina yang terkuat mengalahkan MCA dan Gerakan, maka sudah tentulah kuasa yang menjadi matlamat utama mereka.

“Bukan sesuatu yang mustahil satu hari nanti, Dap akan mengharapan BN atau UMNO, bagi terus memperkukuhkan kuasa dan pengaruh mereka di kalangan orang Cina sendiri,” jelasnya.

Thursday 21 December 2017

Pentadbiran 'One Man Show' Kerajaan DAP Pulau Pinang


Parti DAP khususnya di Pulau Pinang dianggap lebih mementingkan diri sendiri selain mengamalkan dasar 'one man show' dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata demikian dalam Program Diskusi Anda Tanya Kami Jawab anjuran Media UMNO Malaysia dan Jabatan Penerangan UMNO Malaysia bertajuk ‘Pasca PAU2017: UMNO Parti Untuk Masa Depan semalam.

Sebagai panel jemputan, Datuk Mohd Zaidi menyatakan bahawa inilah yang berlaku di Pulau Pinang dan ianya amat berbeza sama sekali dengan pentadbiran yang diamalkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dalam mentadbir negara dan kerajaan Malaysia pada hari ini.

"Pentadbiran Pulau Pinang ini memang pentadbiran yang secara 'one man show' di mana Ketua Menteri mempunyai kuasa sepenuhnya.

"Memang semua wakil rakyat tidak ada kuasa , tidak boleh membuat keputusan dan tidak boleh menentukan segalanya, semuanya bergantung kepada Ketua Menteri seolah-olah dalam negeri Pulau Pinang ini tidak perlu 'exposed' kerana membazir duit rakyat, Lim Guan Eng seorang dah cukup untuk mentadbir."

Beliau memberikan contoh di negeri Pulau Pinang terdapat 3 wakil rakyat yang sudah pun disisihkan  daripda terlibat secara langsung dengan kerajaan negeri iaitu YB Kebun Bunga, YB Tanjung Bungah dan YB Penanti. 

"Sampai nak tanda tangan pengesahan borang mangsa banjir pun tak dibenarkan, tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri ini wakil rakyat DAP sendiri.

"Jadi kita bayangkan bagaimana kalau mereka memerintah negara pada masa depan," tegasnya lagi.

Diskusi Menarik UMNO Parti Untuk Masa Depan Dalam Konteks Orang Muda


Perbincangan secara santai oleh barisan panel dalam Program Diskusi Anda Tanya Kami Jawab anjuran Media UMNO Malaysia dan Jabatan Penerangan UMNO Malaysia bertajuk ‘Pasca PAU2017: UMNO Parti Untuk Masa Depan’ turut membincangkan isu peranan orang muda dalam merealisasikan impian untuk melihat parti UMNO sebagai sebuah parti untuk masa depan.

Kupasan yang cukup menarik oleh kesemua panel terlibat terdiri daripada Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan pegawai khas Perdana Menteri, Isham Jalil bersama Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa itu berjalan dengan penuh harmoni selain diselang seli dengan jenaka yang mencuit hati.

Saksikan dalam video di bawah ;

UMNO, BN Perlu Tawar Pakej Hebat Tarik Sokongan Pengundi Muda


KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menyediakan tawaran pakej hebat untuk rakyat terutama golongan pengundi muda bagi memastikan pentadbiran negara di bawahnya terus kekal relevan pada masa depan.

Saranan itu disuarakan Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang menegaskan pakej itu sememangnya layak disediakan dan dinikmati rakyat pelbagai lapisan, bukan sekadar hanya dongengan.

“UMNO dan BN perlu sedar apa kemahuan orang muda seperti dalam bidang pendidikan melibatkan kemasukan ke institut pengajian tinggi, bidang sukan seperti padang bola, futsal dan badminton.

“Peluang pekerjaan juga perlu dilipatgandakan. Jangan dilupakan, bidang Internet iaitu kemudahan mengakses Internet yang laju. Ini kehendak orang muda. Jadi kalau parti tidak fikir hal ini, orang muda akan jauh daripada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai bicara santai “Anda Tanya Kita Jawab” anjuran UMNO-Online yang turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Mohamad Rafii dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Isham Jalil.

Mohd Zaidi yang lebih mesra dan dikenali sebagai Cikgu Zaidi berkata angin perubahan untuk menarik orang muda menyokong UMNO dan BN perlu ditiup sekuat-kuatnya dalam mengekalkan mandat pentadbiran negara sedia ada dan bukan mengabaikan golongan itu.

Mohd Razlan yang senada dengan beliau, berkata lebih ramai pemimpin muda perlu diketengahkan khasnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sekali gus diberikan peluang menjadi pemimpin dan penggerak utama jentera parti.

“Jika tidak membuka pintu lebih luas kepada orang muda seperti sebelum ini, parti tidak akan diintai malah diketepikan. Mungkin perkara ini tidak popular tetapi perlu dibuat untuk kelangsungan parti dan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menyediakan masa depan yang lebih baik untuk golongan muda melalui program Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang bakal memanfaatkan mereka apabila terlaksana kelak.

Jelasnya, tawaran hebat ini tidak diberikan kem pembangkang yang hanya tahu popular dalam isu semasa dan mengutuk dasar kerajaan tanpa memberikan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang timbul.

Wednesday 20 December 2017

Khabar Dari Pulau Mutiara


Khabar dari Pulau Mutiara mengupas isu-isu melibatkan kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang dalam aspek ekonomi, politik dan sosial.Antara panel jemputan adalah YB Adun Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad serta Ybhg Prof. Madya Dr. Azim Fazwan Ahmad Farouk, Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia.

Ikuti temubual menarik ini dalam video di bawah ;

Stadium Mini Hadiah BN Kepada Warga Tasek Gelugor

 

TASEK GELUGOR - Penduduk di kawasan Parlimen Tasek Gelugor mampu mengukir senyuman apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menawarkan pembinaan sebuah stadium mini di kawasan berkenaan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Shabudin Yahaya berkata, lokasi cadangan stadium mini tersebut adalah di kawasan Desa Puri dekat sini bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah bandar baharu dalam jangka masa lima hingga 10 tahun akan datang.

Menurutnya, cadangan kawasan tersebut timbul daripada permintaan penduduk di kawasan itu memandangkan mereka tidak memiliki kawasan untuk menjalankan aktiviti riadah.

“Pembinaan stadium mini itu yang akan dijangka dimulakan awal tahun hadapan di atas tanah berkeluasan dua hektar itu diyakini melengkapkan keperluan penduduk di situ menjalankan aktiviti riadah.

“Stadium mini ini dijadualkan siap pada 2019 yang memberi manfaat kepada penduduk dan ini bukti bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mengetepikan hak kita. Ini hadiah Barisan Nasional kepada kita,” katanya kepada pemberita di sini semalam.


Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan uniform sekolah, beg dan kasut bernilai RM150 setiap satu kepada 1,000 murid yang merupakan anak-anak polis dan bomba dalam Program Penyerahan Bantuan Persekolahan ‘Happy 2 School’ hasil sumbangan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M).

Selain pembinaan stadium mini, kata Shabudin, Kerajaan Persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) telah meluluskan sebanyak RM13 juta untuk pembinaan dewan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

“Dewan yang dibina berdekatan Midtown Perda, Kubang Menerong boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1,500 orang yang mana telah siap 60 peratus dan dijangka selesai Jun 2018.

“Buat masa ini kita mempunyai sebuah dewan tertutup dan dua dewan terbuka memuatkan 3,000 orang tetapi dengan adanya dewan baharu ini nanti akan lebih memajukan kawasan tersebut,” jelasnya.

Pada masa sama jelas Shabudin, pihaknya juga telah berbincang dengan Pos Malaysia untuk mendirikan sebuah pejabat pos di kawasan Teluk Ayer Tawar bagi kemudahan penduduk di kawasan berkenaan. - utusan online

Tuesday 19 December 2017

Kenapa BN Perlu Kembali Tadbir Pulau Pinang


Sejak 2008 apabila Pakatan Rakyat di tunjangi DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, pelbagai kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri telah didedahkan.

Seawal pentadbiran bertukar tangan daripada Barisan Nasional, isu membabitkan pemansuhan tol Sungai Nyior misalnya sudah pun menjadi isu paling memalukan kerajaan DAP Pulau Pinang apabila janji-janji Pilihanraya Umum tidak dilaksanakan.

Walaupun begitu DAP bijak mencatur politiknya, mereka menjadikan Pakatan Harapan sebagai 'camourflage' untuk menutup penguasaan dan kelemahan mereka dengan menjadikan pemimpin dan parti lain sebagai barisan hadapan. 

Secara tidak langsung penguasaan DAP tidak dilihat terlalu ketara namun rakyat perlu sedar sebagai parti yang dilihat paling berkuasa dalam Pakatan Harapan hari ini, sudah tentunya apa jua keputusan yang dibuat atau bakal dilaksanakan akan dipengaruhi suara dan dasar parti DAP.

Ini disebabkan Pakatan Harapan pada hari ini tidak berada dalam keadaan yang tersusun hasil daripada pelbagai isu dan kemelut politik dalaman yang timbul sehinggakan sudah ada dikalangan penyokong sendiri melahirkan kekecewaan mereka.

Suasana ini walaupun cuba ditutup oleh pimpinan-pimpinan dalam Pakatan Harapan, ianya tetap sampai ke pengetahuan rakyat dan ianya sudah pun menjejaskan kredibiliti parti-parti seperti PKR, PAN dan PPBM.

Justeru itu dalam semua parti yang terlibat dalam Pakatan Harapan, hanya parti DAP sahaja yang dilihat masih punya cengkaman politik memandangkan corak pentadbiran yang mereka amalkan di Pulau Pinang.

DAP dilihat menjadikan elemen kepimpinan ala-ala diktator sebagai senjata untuk memastikan parti itu terus bertahan serta berkuasa dan ini dibuktikan apabila tindakan mengenepikan hak wakil rakyat mereka sendiri dalam isu banjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

Berdasarkan kepada perkara tersebut maka sudah tentu dalam apa jua keputusan melibatkan Pakatan Harapan kini dan selepas ini sedikit sebanyak DAP akan bertindak sebagai pemutus.

Dalam isu jawatan Perdana Menteri misalnya Pakatan Harapan masih lagi bergelut hanya untuk memutuskan siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya pada PRU14 nanti.

Bendahari UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata kekeliruan pakatan semakin parah apabila Tun Mahathir Mohamad mengaku beliau adalah pemimpin tertinggi (‘top dog’) dalam gabungan parti-parti pembangkang itu yang mendapat reaksi berbeza dari parti sekutu.

“Kemudian, sebaliknya berlaku apabila pemimpin Dap membuat semua pengumuman dasar bagi pihak pakatan.

“Nama Anwar Ibrahim juga disebut-sebut sebagai calon perdana menteri tetapi orang lain akan menjadi perdana menteri sementara kerana beliau masih berada di penjara,” katanya di dalam catatan terbaharu di blognya, sskeruak.blogspot.my malam tadi.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali turut mendakwa pembangkang akan terus mendiskriminasi hak kaum pada masa depan.

Apa yang dilakukan Lim Guan Eng terhadap orang Melayu di Pulau Pinang cukup menggambarkan senario politik Pakatan Harapan akan datang jika mereka berpeluang mentadbir kerajaan Persekutuan.

“Tidak bangsat lagikah jika Melayu dibuat sebegitu rupa? Kata tak nak jawatan PM. Beri kepada parti gabungannya.. Tetapi di belakangnya siapa? Yang mencengkam kepala PM dari PH nanti bukan DAP?

“Jangan fikir orang Melayu bodoh serta tidak tahu menconggak strategi politik pembangkang, ” katanya

Sementara itu, Dr Noor Azmi turut mengingatkan rakyat supaya berfikir panjang jika berniat untuk menukar kerajaan.

Katanya, apa yang dibimbangi perdana menteri dalam ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO adalah berdasarkan perkara yang terjadi di negeri itu.

“Apa saja keistimewaan berkaitan orang melayu berkemungkinan bakal disanggah DAP, kalau macam ini, apa akan jadi pada institusi Melayu berkaitan seperti PNB, MARA dan sebagainya?

“Takkan dah jadi baru rakyat nak sedar? Fikir dulu sebelum terkena, ” ujar wakil rakyat UMNO itu. 

Warga Malaysia perlu sedar, sebagai parti paling berkuasa dan pemutus bicara dalam Pakatan Harapan, apakah parti DAP benar-benar punya kredibiliti dan berwibawa untuk seluruh Malaysia serahkan kepercayaan menentukan siapa yang paling layak menerajui kerajaan ?

Apakah Malaysia yakin DAP akan benar-benar berpegang kepada dasar Cekap Akauntibiliti dan Telus dalam semua keadaan ?

Jangan lupa lihat apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, warga Pulau Pinang khususnya di Seberang Perai masih lagi dikenakan tol dan kadar tol terbabit sudah meningkat daripada RM0.50 kepada RM1.20 dan janji DAP masih lagi tinggal janji.

Bukan itu sahaja kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang merangkumi semua perkara bermula daripada penguatkuasaan pihak majlis perbandaran yang disifatkan banyak pihak sebagai 'double standard' sehingalah kepada soal pengurusan dan perancangan kerajaan negeri terhadap isu-isu membabitkan projek lereng bukit, penambakan laut, terowong, pembinaan projek perumahan yang tidak seimbang diantara mampu milik dan bernilai tinggi, kerakusan penjualan tanah-tanah, kenaikan tarif air, permasalahan banjir dan banyak lagi perkara-perkara yang sudah pun didedahkan sebelum ini sehingga slogan urustadbir CAT oleh kerajaan negeri dianggap sebagai telah mati dan gagal.

Justeru itu sebagai rakyat yang mahukan keseimbangan politik untuk merasai nikmat kemajuan sewajarnya pilihan pada PRU14 nanti dinilai berdasarkan kepada akal dan fikiran bukan dengan janji-janji politik murahan yang hanya bertahan dalam tempoh waktu tertentu yang akhirnya hanya membawa kekecewaan.

Monday 18 December 2017

Kerajaan DAP Pulau Pinang 'Celaru Tahap Membimbangkan'


Tasek Gelugor - Kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan sedang berdepan sindrom 'inferiority complex' atau kecelaruan tahap membimbangkan apabila bukan sahaja tidak mempercayai parti lawan tetapi turut meragui pemimpin mereka sendiri.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata, kerajaan negeri pada masa ini seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri sehinggakan mana-mana pemimpin mereka yang tidak sealiran akan dikenakan tindakan.

Mengambil contoh nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, katanya wakil rakyat PKR dan DAP itu seolah-olah dipinggirkan kerajaan negeri hanya kerana mengutarakan masalah rakyat.

"Kita pelik kenapa DAP tolak pandangan dan tidak percaya dengan ADUN mereka sendiri atau semua itu berlaku disebabkan ketakutan dalam kalangan pemimpin mereka ?" katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan persekolahan berupa uniform, kasut dan beg sekolah berjumlah RM150 kepada sekurang-kurangnya 3,000 murid di Parlimen berkenaan.

Menurut Shabudin, kecelaruan pemimpin utama kerajaan DAP Pulau Pinang semakin terserlah sejak menyingkirkan pemimpin Pas dalam jawatan penting negeri ini walaupun pada masa itu parti berkenaan masih bersama mereka.

"Apabila mereka 'bercerai' dengan Pas, wujud pula masalah dengan PKR seperti yang berlaku kepada ADUN Penanti (Dr. Norlela Ariffin) dan Kebun Bunga (Kah Peng), kita percaya yang lain pun ada masalah cuma belum meletup," katanya. - utusan

Sunday 17 December 2017

Bila Dekat PRU, Guan Eng Terkena Penyakit Sindrom Penafian


Lim Guan Eng seolah-olah dijangkiti sindrom penafian (denial syndrome) apabila menyangkal kononnya kerajaan Pulau Pinang pimpinannya itu tidak pernah gagal membela nasib kaum Melayu di negeri itu.

Perkara ini tidak menghairankan bagi Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid kerana kerajaan Pulau Mutiara diketuai DAP itu memang terkenal dengan sikap bermuka-muka apatah lagi dengan PRU ke-14 semakin menjelang.

“Rakyat negeri khususnya orang Melayu perlu tahu, Guan Eng dengan angkuh telah memberitahu sidang DUN bahawa agenda bumiputra tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri. Saya masih ingat beliau berkata begitu ketika di awal DAP berkuasa di negeri ini.

“Tapi inilah gaya politik sebenar DAP. Orang Melayu negeri ini sudah tahu kulit dan isi DAP, mereka boleh bertukar wajah, seolah-olah  terkena penyakit sindrom penafian dengan lupa apa yang telah mereka nyatakan sebelum ini.

“Malah mereka seolah-olah suci seperti tidak pernah membuat dosa apabila menidakkan apa yang telah dilakukan oleh mereka dalam membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang,” selar Jahara.

Beliau memberi reaksi demikian sebagai respon kenyataan Guan Eng yang menafikan bahawa kaum itu akan merempat di tanahair sendiri jika DAP dan bersama Pakatan Harapan menjadi pemerintah negara.

Pada 9 Disember, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan agung parti dilaporkan berkata orang Melayu akan kehilangan hak istimewa jika pembangkang memenangi PRU ke-14.

Kata ADUN Teluk Ayer Tawar itu, sejak pemerintahan negeri itu bertukar tangan, orang Melayu di Pulau Pinang terus dipinggirkan daripada arus pembangunan perdana.

“Cuba beritahu saya, apa yang Guan Eng telah lakukan untuk membela nasib orang Melayu. Beri rumah mampu milik? Jauh sekali, mampu tengok bolehlah, berapa banyak telah kerajaan negeri ini buat rumah kos tinggi, kondomium tapi adakah orang Melayu boleh memilikinya?

“Apa bentuk pertolongan yang diberikan untuk peniaga Melayu?, kalau ada, sila kemukakan bukti , sebab kita banyak dengar bila orang Melayu buka gerai di tepi jalan akan diroboh atau dihambat pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Tambahnya lagi, kejadian tanah runtuh dan banjir yang melanda Pulau Pinang bulan lalu seharusnya menjadi ikhtibar kepada rakyat negeri itu terutamanya orang Melayu mengenai sikap sebenar Lim Guan Eng dan DAP.

“Musibah yang melanda baru-baru ini telah membuka mata kita, sebelum ini mereka dengan angkuhnya mendakwa kononnya pembangunan di negeri itu tidak menjejaskan ekosistem alam, tapi apa yang terjadi? Akhirnya menangis minta tolong pada kerajaan persekutuan hulurkan bantuan.

“Adakah kita masih nak percayakan kepada Guan Eng dan DAP?,” kata Jahara.

Najib Tiba Di Sri Langka Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari


COLOMBOR, 17 Dis  – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, hari ini bagi mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Sri Lanka.
Pesawat  khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike kira-kira 8.40 pagi waktu tempatan.

Ketibaan Najib dan Rosmah disambut oleh Menteri Luar Negeri Sri Lanka Tilak Marapana, Kuasa Usaha di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka Zainal Izran Zahari serta para pegawai kanan kerajaan.

Ia merupakan  lawatan rasmi pertama Najib ke negara ini, yang juga bersempena  ulang  tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Sri Lanka.

Sejurus tiba, perdana menteri diberi upacara sambutan rasmi sebelum diperkenalkan kepada menteri-menteri Sri Lanka dan kor diplomatik di negara itu oleh Marapana.

Turut mengiringi perdana menteri ialah Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan Tun S. Samy Vellu.




Jadual ketat Najib bermula dengan bertemu Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena  sebelum menyaksikan majlis menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan syarikat swasta kedua-dua negara.

MoU itu termasuk menjalinkan kerjasama latihan bagi pegawai diplomatik, kajian sains dan teknologi, pelancongan kesihatan serta kerjasama dengan beberapa syarikat swasta termasuk Axiata Group, yang merupakan antara kumpulan telekomunikasi terkemuka di Asia.

Najib juga dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat pemimpin kedua-dua negara bagi meneroka pelbagai bidang kerjasama.

Perdana Menteri turut dijadual  bertemu diaspora Malaysia di Sri Lanka dan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe sebelum berlepas ke Maldives pada Selasa.

Tahap Berpura-Pura Dr. Mahathir Paling Tinggi - Reezal Merican


KEPALA BATAS - Sikap berpura-pura yang ditunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berusaha  membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak pernah dilakukan mana-mana ahli politik negara ini.

Malah, menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sikap Pengerusi Pakatan Harapan itu boleh dikategorikan sebagai sikap berpura-pura yang paling tinggi pernah dipertontonkan berbanding sebelum ini.

“Sekitar 1997 dan 1998, Dr. Mahathir memaksa seluruh rakyat menanamkan perasaan Anwar seorang yang despicable (hina), tetapi hari ini atas sebab mahu jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau katakan kononnya Anwar tahanan politik tidak bersalah.

“Saya secara ikhlas yakin Anwar sendiri tidak percaya pada Dr. Mahathir, isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga sama, mereka sekeluarga terseksa, terpisah dan sengsara dengan perbuatan Dr. Mahathir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mahathir baru-baru ini membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat (AS)A, Kimberly Motley kerana menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.

Terdahulu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas ditemui selepas menyerahkan sumbangan cek berjumlah RM125,000 kepada tujuh buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) sekitar kawasan itu. - Utusan Online

Saturday 16 December 2017

Lim Guan Eng Diktator , Tidak Boleh Terima Teguran


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Saudara Rafizal Abdul Rahim tampil mempersoalkan tentang dasar pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan beliau sebagai pentadbiran diktator.

Persoalan ini ditimbulkan oleh Rafizal susulan daripada pengumuman kerajaan negeri dap yang mengesahkan larangan terhadap Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu daripada memberi perakuan kepada permohonan bantuan mangsa banjir di kawasannya sendiri. ia jelas menunjukkan pentadbiran di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu tidak matang kerana ia menampakkan tiada kebebasan bersuara dalam DAP.

Ia telah terjadi kepada Teh Yee Cheu kerana sebelum ini, beliau antara wakil rakyat Pakatan Harapan yang berani menyuarakan pendapatnya di mana, pendapatnya itu sedikit sebanyak tidak selari dengan Lim Guan Eng.

Teh Yee Cheu telah dinafikan haknya sebagai wakil rakyat Tanjung Bungah yang dipilih sendiri oleh penduduk kawasan itu untuk memberi perakuan kepada permohonan bantuan mereka.

"Adakah ini adil bagi rakyat dan Teh Yee Cheu sendiri?"

Jelas beliau lagi, Lim Guan Eng langsung tidak boleh ditegur. Jika mana-mana wakil rakyat dalam Pakatan Harapan di Pulau Pinang yang tidak bersetuju dengannya, maka mereka akan dikenakan tindakan seperti ini. 

Sama juga seperti Adun Kebun Bunga dari PKR, Cheah Kah Peng, beliau juga tidak dibenarkan memberi perakuan kepada permohonan bantuan di kawasannya, yang mana tugasnya itu diambil alih oleh Lim Guan Eng sendiri.

Sebelum ini, Adun Penanti (PKR), Dr Norlela Ariffin juga diberi tekanan apabila beliau menimbulkan isu operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu dalam kawasannya.

"Saya melihat perkara ini, secara tidak langsung, ia merupakan satu hukuman kepada rakyat khususnya kepada penduduk di Tanjung Bungah dan Kebun Bunga.

"Rakyat menjadi mangsa mainan politik dalaman DAP yang sememangnya dikawal oleh pemimpin kuku besi seperti Lim Guan Eng.

"Mengapa DAP perlu membabitkan rakyat dalam soal ini? Mereka memerlukan bantuan dari kerajaan negeri selepas terpaksa menghadapi bencana banjir yang teruk, di mana ia juga hasil kerakusan kerajaan negeri yang menebang pokok, menarah lereng bukit."

Rafizal berkata rakyat tidak sepatutnya terbabit dalam sandiwara politik seperti ini. Apa tindakan kerajaan negeri jika ada mangsa banjir yang tercicir dalam permohonan bantuan banjir RM700 itu kerana Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (pengganti Teh Yee Cheu) bukannya kenal sangat rakyat di kawasan tersebut, tegasnya lagi.

"Sebagai kerajaan negeri yang sering melaungkan amalan CAT, mereka sepatutnya meletakkan kepentingan rakyat melebihi dendam dalaman DAP. Namun malangnya, ini lah wajah sebenar DAP dan Lim Guan Eng. 

"Sikap ini amat dikesali kerana rakyat memerlukan kerajaan negeri yang baik untuk memerintah Pulau Pinang, bukannya seorang pemimpin diktator seperti Lim Guan Eng."

Friday 15 December 2017

Kerajaan Pusat Tubuh Pasukan Khas Kaji Projek RTB


Kerajaan Persekutuan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri telah menubuhkan satu pasukan khas bagi melihat semua cadangan 13 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Pulau Pinang.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pasukan khas yang diketuai oleh Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) itu akan menilai keutamaan bagi setiap projek itu.

“Pasukan khas ini juga akan menilai pengambilan balik tanah yang akan terlibat di setiap RTB yang kita akan laksanakan ini. Dalam banyak kes di Pulau Pinang, oleh kerana rizab-rizab sungai diberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) oleh kerajaan negeri menyebabkan pemilik tanah mempunyai hak pada tanah dan bangunan.

“Apabila kita nak buat pembesaran sungai ataupun melibatkan projek RTB yang lain ia melibatkan tanah dan kita kena bayar pampasan kepada pemilik tanah di tepi sungai ini. Pampasan ini kadang-kadang lebih tinggi daripada nilai RTB itu sendiri,” katanya kepada media  selepas majlis penyerahan sumbangan penggantian karpet di Masjid Jamek Sheikh Eusoff.

Justeru itu, beliau menyeru kerajaan negeri pimpinan DAP untuk memansuhkan TOL untuk tanah milik kerajaan negeri terutamanya di tepi sungai yang terlibat dengan projek-projek RTB itu bagi menjimatkan kos pengambilan balik tanah.

“Selagi tanah TOL ini masih berkuatkuasa kita terpaksa bayar ganti rugi bangunan dan juga tanah milik TOL ini apabila kita nak buat RTB. Ini akan menaikkan kos pihak kerajaan.

Anggaran kos 13 projek ini bernilai RM1 bilion dan jika masuk kos pengambilan balik tanah mungkin boleh menjangkau RM2 bilion. Kerajaan Persekutuan tidak berdaya membuat satu projek itu berterusan sekali,” katanya.

Thursday 14 December 2017

LIM KIT SIANG MEMANG BERCITA-CITA UNTUK JADI PERDANA MENTERI


1.  Lim Kit Siang tidak perlu terus menafikan dia menyimpan cita-cita untuk jadi Perdana Menteri Malaysia sejak dia mula menceburi politik dan bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1969. 

2. Cita-cita Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan menang PRU 14. Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim hanya merupakan alat politik Lim Kit Siang untuk meraih undi orang-orang  Melayu. Ini adalah strategi licik politik DAP; iaitu menggunakan pemimpin Melayu sendiri untuk menghancurkan kuasa politik orang Melayu seperti yang dikatakan oleh Superman Hew Kuan Yew. 

3. Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara manakala Tun Dr Mahathir bukan seorang Ahli Parlimen. Kedua-duanya tidak boleh jadi calon Perdana Menteri. Sehingga hari ini Tun Dr Mahathir belum punya kawasan Parlimen untuk bertanding pada PRU 14. Tun Dr Mahathir hanya syok sendiri sahaja apabila dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan sedangkan beliau tidak punyai kerusi Parlimen. 

4. Hampir pasti DAP akan mendapat jumlah kerusi paling banyak untuk ditandingi pada PRU14 nanti berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Harapan. Kerusi-kerusi yang dulunya ditandingi oleh PAS akan dituntut oleh PAN dan perlu diberi sebahagiannya juga kepada PPBM. Begitu juga "kerusi milik PKR" perlu dikongsi dengan PPBM. Adakah pemimpin utama DAP itu akan menolak jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU-14 dalam keadaan DAP menang paling banyak kerusi pada PRU14? 

5. Kita semua jangan terpedaya dengan muslihat licik politik Lim Kit Siang yang ternyata tidak akan sama sekali melepaskan kuasa politik dan jawatan jika diberi peluang. Lim Kit Siang telah terbukti seorang diktator; selama 52 tahun dia berkuasa dalam DAP dan semua yang orang yang tidak sehaluan dengan dia telah disingkirkan dari DAP.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC- Kenyataan PM


Alhamdulillah, saya telah menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang telah diadakan semalam pada 13 Disember di Istanbul, Turki.

Persidangan ini diadakan atas permintaan Presiden Turki selaku Pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-13 rentetan pengumuman pentadbiran Amerika Syarikat pada 6 Disember untuk mengiktiraf Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan cadangan untuk memindahkan Kedutaan Besar Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Jerusalem.

Saya berpendapat bahawa penganjuran Sidang Kemuncak ini adalah tepat pada masanya untuk umat Islam menyuarakan pandangan dan pendirian mereka mengenai perkara tersebut.

Sidang Kemuncak ini dihadiri ramai pemimpin negara-negara Islam walaupun telah diadakan dalam tempoh yang agak singkat dan di persidangan ini juga saya telah menyampaikan kenyataan bagi mewakili suara rakyat Malaysia. Antara intipati kenyataan saya adalah seperti berikut:

  • Mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya keputusan unilateral oleh Amerika Syarikat mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
  • Status akhir Al-Quds Al-Sharif patut ditentukan melalui rundingan dua hala di antara Palestin dan Israel melalui kerangka penyelesaian dua negara ataupun two-state solution.
  • Keputusan Amerika Syarikat merupakan satu provokasi dan akan menyebabkan kesan keselamatan yang serius ke rantau tersebut
Dalam hal ini, saya telah menyarankan supaya umat Islam di seluruh dunia perlu bersatu bagi menolak sebarang usaha dan cubaan mana-mana negara mengisytihar atau mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel.

Saya turut menegaskan perlunya umat Islam bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memastikan status Al-Quds Al-Sharif hanya melalui rundingan di bawah rangka penyelesaian dua-negara ataupun two-state solution.

Al-Quds Al-Sharif bukan sahaja tempat suci bagi penganut agama Islam, malah merupakan kota suci untuk pelbagai kepercayaan. Tempat ini perlu dipelihara supaya penganut agama-agama tersebut boleh mengamalkan ajaran masing-masing dengan aman;

Kebuntuan konflik Timur Tengah perlu diselesaikan secara pragmatik berdasarkan undang-undang antarabangsa dan saya telah menegaskan harapan supaya Amerika Syarikat membantu ke arah proses damai melalui, pertamanya, penarikan balik keputusan mengiktiraf Jerusalem, dan keduanya, secara bersama bertanggungjawab dalam membantu keamanan dengan melibatkan kedua-dua negara selaras dengan penyelesaian dua negara ataupun two-state solution.

Ini kerana pada realitinya hanya Amerika Syarikat boleh meyakinkan negara Israel untuk menerima satu bentuk penyelesaian.

Secara umumnya, negara-negara OIC telah menyuarakan pendapat dalam isu ini yang boleh dirumuskan seperti berikut:

i. Mengesahkan bahawa isu Palestin dan Al-Quds Al-Sharif merupakan agenda penting bagi umat Islam;

ii. Memberi sokongan berterusan kepada rakyat Palestin dalam usaha mereka menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan persempadanan sebelum 1967, serta Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Palestin yang berdaulat;

iii. Menolak sekeras-kerasnya pengumuman pentadbiran Amerika Syarikat secara unilateral yang mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel, adalah tidak sah dari segi undang-undang dan sejarah;

iv. Menegaskan bahawa keamanan yang akan dicapai oleh penduduk Palestin hanya akan berlaku bila tamatnya penaklukan Israel ke atas wilayah Palestin;

v. Mengiktiraf Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyeru negara-negara lain untuk mengiktiraf Palestin; dan

vi. Menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melaksanakan tanggungjawab dengan kadar yang segera dengan menggerakkan resolusi-resolusi yang berkaitan Al-Quds Al-Sharif.

Negara-negara anggota OIC bersedia membawa isu ini ke Perhimpunan Agung PBB jika Majlis Keselamatan PBB gagal untuk bertindak.

Ketika di Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC, saya juga berkesempatan mengetuai delegasi Malaysia untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan Raja Abdullah II, Raja Jordan, serta delegasi Jordan.

Dalam pertemuan tersebut, Baginda telah menyampaikan harapan agar hubungan Malaysia dan Jordan dapat diperkukuhkan lagi, melalui pertemuan-pertemuan dua hala, terutama sekali dalam bidang perdagangan.

Kami juga telah bertukar-tukar pendapat mengenai tindakan unilateral Amerika Syarikat mengiktiraf Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu kota Israel dan Raja Abdullah telah menyuarakan kebimbangan Baginda mengenai isu tersebut.

Raja Abdullah turut menegaskan bahawa umat Islam perlu bijak dalam menangani isu ini memandangkan ia boleh disalahtafsir oleh masyarakat antarabangsa dan memburukkan imej umat Islam.

Baginda juga berpendapat bahawa umat Islam sepatutnya sentiasa mencerminkan keinginan untuk mencapai keamanan dan kedamaian, dan penyelesaian melalui rundingan, agar umat Islam tidak dikaitkan dengan, ataupun disalahtafsir, sebagai kumpulan ekstrem atau kumpulan yang menggunakan kekerasan.

Oleh itu, dalam menangani isu Al-Quds Al-Sharif ini, Baginda mengharapkan kebijaksanaan dalam menangani isu ini supaya pada akhirnya umat Islam akan mencapai apa yang dihasratkan oleh mereka.

Semoga Allah SWT melindungi dan memberkati kita umat Islam, menggagalkan cadangan mereka mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan mereka yang menghina dan menekan kita umat Islam.