This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday 29 December 2019

Kerajaan Pintu Belakang : Peliwat Atau Semburit?

Beginilah...Kita mesti tolak peliwat-peliwat. Ini sangat jelas.


Macam mana formula, rundingan dan kaedah, jika akhir ceritanya ditemukan dengan peliwat-peliwat, kita mesti pastikan formula itu digagalkan.

Baca Seterusnya...

Wednesday 25 December 2019

Dalang Yang Hapuskan Elaun Kritikal Doktor!

JIKA merujuk pekeliling JPA, kita boleh tahu pihak manakah yang telah memutuskan untuk menghapuskan elaun kritikal profesional muda seperti doktor.


Baca seterusnya ...


Tuesday 24 December 2019

Keputusan Ujian Poligraf & Video Semburit

17 Disember 2019 - Yusoff Rawther, bekas pembantu Anwar Ibrahim, buat ujian poligraf di Bukit Aman. Ujian itu selama 4 jam dijalankan oleh 3 pakar daripada jabatan-jabatan yang terlibat.


24 Disember 2019 - Selepas 9 hari, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador buat statement.

Baca Seterusnya ...



Monday 23 December 2019

Melampau! Dong Jiao Zong & Anti - Jawi Hina Perlembagaan Malaysia

Sidang akhbar ini bukan di adakan di luar negara.


Malangnya, di manakah bahasa kebangsaan kerana label di depan meja itu pun tidak guna bahasa kebangsaan?

Baca Seterusnya ...




Thursday 19 December 2019

Sumpah Laknat : Selepas Najib Giliran Yusoff Rawther Dan Haziq Aziz ?

Apabila Najib Razak kata akan sumpah mubahalah pada hari jumaat ini, timbul pula cerita yang kata Haziq Aziz dan Yusoff Rawther juga akan sumpah mubahalah.


Baca Seterusnya...




Tuesday 17 December 2019

SD Azilah Dan Kes Altantuya : Pengakuan Peguam Anwar Tentang Najib Razak

Rupa-rupanya, Akuan Bersumpah (SD) Azilah Hadri belum diketahui kesahihannya.


Pihak polis beritahu mereka perlu mengesahkan SD itu dahulu sebelum perlu tindakan selanjutnya.

Baca Seterusnya..


Monday 16 December 2019

Kenapa Guan Eng DAP Sanggup Bohong?

Apakah Lim Guan Eng DAP bohong dan sengaja mengapi-apikan sentimen perkauman?


Semasa Konvensyen DAP Pulau Pinang baru-baru ini, beliau keluarkan fake news kononnya polemik isu lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin 'had left many non-Malays and non-Muslims slighted and feeling that they were targeted'.

Baca Seterusnya..


Saturday 14 December 2019

APEC 1998 : Anwar Ditangkap Dipenjarakan. Apa Jadi Pada APEC 2020 ?

Anwar Ibrahim dipecat oleh Dr Mahathir sebelum bermulanya APEC 1998.


Apakah sejarah akan berulang sekali lagi?

Baca Seterusnya...


Thursday 12 December 2019

Amaran Kepada Mereka Yang Agungkan Pengganas Komunis

2 video ini ditujukan kepada mana-mana pihak yang cuba mengagung-agungkan keturunan mereka yang merupakan pengganas komunis.


Baca Seterusnya..



Wednesday 11 December 2019

Sah ! Anwar Bukan PM Ke - 8 Pada Mei 2020

Anwar Ibrahim gigit jari sekali lagi.


Salah dirinya sendiri dan kini jadi realiti.

Baca Seterusnya....



Tuesday 10 December 2019

Akaun Bersumpah Anwar, Peguam Mahathir Dan Video Azmin

Muhammed Yusoff Rawther dipanggil PDRM sekali lagi hari ini selepas 8 jam soal siasat kelmarin.


Pemuda ini buat akuan bersumpah terhadap Anwar Ibrahim.

Baca Seterusnya...


Monday 9 December 2019

Pengakuan Anwar Tentang Video Semburit Yang Dikaitkan Dengan Azmin

Tetiba skandal video semburit kembali menjadi perbualan netizen.


Baca Seterusnya ....



Wednesday 4 December 2019

Kesabaran Anwar Tahap Dewa Atau God!

Tu dia! Agak-agaklah kalau nak memuja si Anwar ni pun. Takkanlah sampai tahap God atau Dewa.


Baca Seterusnya..



Penyokong Komunis Semakin Merapu

Di bawah ialah satu kenyataan yang tidak logik dan merapu oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Pendamai Hat Yai.

 
Baca Seterusnya...

Monday 2 December 2019

Tukar Sejarah & Komunis Sebagai Pejuang Kemerdekaan

Kenyataan bekas komunis ini mesti disiasat oleh pihak keselamatan tanpa pilih kasih kerana kita tidak mahu masih ada lagi mengagung-agungkan sejarah komunis di negara ini.


Baca seterusnya....

Friday 29 November 2019

Cadangan Bodoh Ponteng & Dong Zong Dituntut Minta Maaf

Sebelum ini, Dong Zong menggerakkan kempen mengumpul tandatangan membantah pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.


Gabungan Seni Khat Action Team (SEKAT) pula memberi cadangan yang sangat bodoh apabila menggunakan National Skip School Day sebagai protes pelaksanaan tulisan Jawi.

Laporan terbaru ini adalah jawapan kepada ekstremis-ekstremis yang begitu benci dengan pengenalan tulisan jawi di sekolah-sekolah venakular.

Baca Seterusnya..


Abu Chin Peng : Mahathir Buat U-Turn

Dr Mahathir sudah lupa dengan kenyataan beliau mengenai kekejaman komunis dan Chin Peng. 


Masih ada dalam blog Che det. Hari ini Mahathir berkata Chin Peng sudah mati dan tiada masaalah kerana yang dibawa masuk ke Malaysia cuma abu mayatnya saja.

Kenyataan Mahathir itu jauh berbeza dengan kenyataan beliau sebelum ini. 

Baca Seterusnya..

Thursday 28 November 2019

Sebab Bekas Ketua Polis Negara Pertahankan Abu Mayat Chin Peng

Kita tentu terkejut dengan kenyataan bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor yang mempertahankan tindakan pihak yang membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia.


Kenyataan beliau itu dilaporkan oleh portal pro-PH, Malaysiakini.

Abdul Rahim adalah ketua polis Cawangan Khas pada masa Perjanjian Damai Haadyai dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989. Katanya, syarat-syarat perjanjian itu membolehkan semua pemimpin PKM untuk kembali ke tanah air, termasuk Chin Peng.

 Tapi egonya Chin Peng ini apabila beliau enggan balik.

 Baca Seterusnya...


Saturday 6 July 2019

Kenal Musuh Sebenar, Terus Kekalkan Kerjasama UMNO-PAS


SUNGAI PETANI, 6 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan sebenarnya Pakatan Harapan (PH) berusaha hendak menggagalkan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Tegas beliau, kita seharusnya sudah tahu dan kenal musuh sebenar UMNO yang hanya mahu memporak-perandakan parti UMNO.

Ini kerana katanya, walaupun PH sudah menjadi kerajaan namun mereka tetap menabur fitnah terhadap UMNO dan PAS.

“Jangan kita tebuk perahu sendiri, tebuk perahu belah sana (PH), ini kita tebuk perahu sendiri dengan harapan kita hidup tapi tidak … kita mati bersama.

“Tugas kita adalah tenggelamkan perahu sebelah lawan bukannya tenggelamkan perahu kita.”

Ujar beliau, swmangat kerjasama yang ditonjolkan oleh akar umbi untuk bersama PAS sangat membanggakan.

“Kalau inilah semangat bekerjasama ditonjolkan oleh UMNO Sungai Petani dengan PAS, saya yakin semua kerusi yang dipertandingkan pada PRU ke-15 kita akan kuasai semula. Insya-Allah … kalau UMNO dan PAS meneruskan kerjasama ini saya yakin Putrajaya akan menjadi hak milik Barisan Nasional (BN) dan PAS,” katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani, hari ini.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera menegaskan bahawa yang penting kerjasama antara UMNO dan PAS haruslah dilakukan dengan ikhlas.

“Penyatuan ini penting bukannya untuk UMNO atau PAS tetapi kerana Islam dan Melayu di dalam negara ini.

“Kebesaran Allah ini kita tidak jangka, hikmah atas kekalahan yang kita terima, perancangan Allah lebih baik, ia mahukan kita sedar dari bergaduh sesama Melayu.

“Kita ini ibarat dalam satu kapal,kita nak bawa kapal tiba-tiba lanun naik kita bergaduh dan berperang dengan lanun, lanun campak kita ke laut dia bawa lari kapal, kita dalam laut masih hendak menikam lagi, sama-sama kena campak ke laut, sepatutnya kita kejar lanun dan campak mereka ke laut,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengharapkan agar ahli UMNO mengetepikan fahaman politik yang boleh memecah belahkan UMNO dan PAS, dan terus kekalkan bekerjasama demi Melayu dan Islam.

“Bukan sahaja perpaduan ummah yang ingin dikekalkan malahan perpaduan dalam UMNO juga penting agar tidak mudah berpecah-belah walaupun ada halangan-halangan tertentu dari pihak kerajaan,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

Jangan Terpengaruh Dan Tinggalkan UMNO, Inilah Rumah Kita – Zahida


KUALA LUMPUR, 6 Julai – Amat janggal jika UMNO parti yang besar untuk sertai PPBM parti kecil, mengapa tidak mereka yang sertai kita?

Demikian persoalan yang ditimbulkan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkenaan kenyataan Tun M yang mengajak orang-orang Melayu sertai PPBM.

Katanya, tidak dinafikan apa yang disebut itulah realiti situasi dalam negara kita sekarang, apabila Melayu berpecah kepada enam parti politik.

“Tapi perlu kita semua tanya juga, siapakah sebenarnya punca kepada perpecahan ini?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah pecah-belahkan Melayu, kenapa tiba-tiba nak bercakap tentang penyatuan Melayu, kuatkan Melayu untuk lawan siapa atau apakah tiba-tiba merasakan Dap suatu ancaman?

“Kalau benar siapakah yang berikan kekuatan kepada Dap selama ini?

“Jadi kepada sahabat seperjuangan ahli ahli UMNO yang saya hormati mohon fikirlah semasaknya.

“Adakah kita sanggup pergi kepada orang yang telah lari dari perjuangan parti kita?”

Ujar beliau, UMNO parti yang telah banyak berjasa kepada agama bangsa dan negara.

“UMNO adalah rumah kita, rumah tempat kita berdeduh sekian lama, tidak tergamak untuk kita ikut orang yang telah terlebih dahulu tinggalkan rumah keramat ini dan bersama musuh,” katanya lagi. – MediaUMNO

Rakyat Jadi Mangsa, Menteri PH Asyik Beri Cadangan Tak Masuk Akal


JERAI, 6 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempertikaikan kredebiliti yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila memberikan pandangan yang tidak masuk akal.

Katanya, keadaan politik hari ini tidak menentu semenjak PH menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu dan situasi ini menyebabkan rakyat Malaysia menjadi menyampah dengan PH.

“Dulu orang menyampah dengan Barisan Nasional (BN) tetapi kini PH menjadi mangsa. Sekarang kita kena cari formula agar rakyat tidak menyampah pada kita. Bawa suara rakyat, sekarang ini rakyat memderita. Semasa era BN, BN bincang dan duduk bersama negara pengeluar terbesar dan bukannya bersaing.

“Ada juga Menteri yang mengatakan tidak boleh menangkap ikan lagi baik menanam buah nenas di atas pasir, penanaman kelapa sawit ditukar kepada tanam buluh.

“Harga komoditi getah dan kelapa sawit tiada keuntungan… sebagai contoh menteri pula menyuruh minum kelapa sawit satu sudu sehari… menteri cakap macam orang tak masuk akal dan ada juga Exco Selangor PH mengatakan lebih baik tanam ganja dari tanam kelapa sawit,’sakit jiwa’ kita ni dengar macam-macam cadangan yang tak masuk akal,’ katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerai, semalam.

Tegasnya, sewajarnya, menteri PH duduk dan berbincang dengan negara-negara pengeluar kelapa sawit agar komoditi ini dapat dihasilkan dengan lebih baik dan bukannya memberi pendapat yang kurang cerdik.

“Rakyat memerhati tingkah laku menteri apatah lagi dalam hal ekonomi ini untuk bertambah baik dan bukannya merudum.

“Tiada idea cerdik langsung sampaikan Menteri Pelajaran pun menukar kasut putih ke kasut hitam.”

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau turut merasa kesal di atas sikap Menteri Pelajaran yang menukar kasut putih sekolah kepada kasut hitam sedangkan pengguanaan kasut putih ini dapat mencerminkan keperibadian dan disiplin anak-anak sekolah.

“Pasaran saham juga merudum kerana tiada kepercayaan pasaran kewangan dan pasaran modal dari luar negara. Ini jelas apabila pengiktirafan antarabangsa mengatakan saham kita paling teruk di Asia,” katanya lagi. – MediaUMNO

Tak Perlu Masuk PPBM… UMNO-PAS Parti Terbesar Orang Melayu – Zahid


KUALA LUMPUR, 6 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa orang-orang Melayu tidak perlu masuk ke parti lain termasuklah Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ini kerana katanya, parti terbesar orang Melayu adalah UMNO dan PAS.

“Orang Melayu tidak perlu ke PPBM. Parti terbesar Melayu hanya UMNO dan PAS. Agenda Ta’awun Siyasi UMNO-PAS jauh lebih penting untuk penyatuan ummah dan melampaui kepentingan politik,” katanya melalui maklumbalas yang disiarkan dalam twitteer beliau hari ini.

Semalam, terdapat pelawaan untuk semua parti politik Melayu tempatan menyertai PPBM bagi menguatkan kuasa politik kaum itu, kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam. – MediaUMNO

Dr Mahathir Terdesak.. Kekuatan Melayu Pada Kerjasama UMNO – PAS


KUALA LUMPUR, 6 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti Melayu menyertai BERSATU bagi menguatkan kuasa Melayu dilihat hanya helah semata-mata.

Sedangkan tegas beliau Dr Mahathir lah sebenarnya yang bertanggungjawab memecah belahkan kekuatan Melayu dengan penubuhan BERSATU.

“Dan ramai tahu, Dr Mahathir menubuhkan BERSATU atas dasar membalas dendam bagi memecahkan UMNO, selain sanggup menggadai kuasa politik kepada Dap yang menyebabkan kuasa Melayu terhakis.

“Dalilnya, beliau menggadai pelbagai jawatan penting negara kepada Dap khasnya portfolio strategik dalam Kerajaan PH seperti Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Menteri Penerangan, malahan BERSATU dilihat menikus apabila DAP membuat sesuatu yang merugikan Islam Melayu”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru tegas beliau lagi seruan Melayu menyertai BERSATU adalah suatu yang amat sukar.

Apatah lagi jelasnya UMNO adalah parti terbesar Melayu Bumiputra dalam negara ini.

“UMNO begitu berbeza dengan BERSATU. UMNO ditubuhkan bagi menyatukan orang Melayu, menjaga kesucian agama Islam, raja-raja Melayu dan hak Melayu Bumiputera dengan pada masa yang sama menjaga kebajikan kaum lain, sedangkan BERSATU “membisu seribu bahasa dan tidak bertindak” apabila maruah Islam Melayu tidak dijaga oleh sebahagian pimpinan dan parti dalam Kerajaan PH sendiri.

“Malah BERSATU bukanlah satu organisasi yang boleh orang Melayu bergantung harap bagi memperjuangkan aspirasi dan wadah Bumiputera”, ujarnya.

Tambah Dr Shamsul lagi ramai orang Melayu juga melihat BERSATU hanyalah sekadar parti peribadi atau anak beranak Dr Mahathir dan bukan parti yang memperjuangkan agenda massa.

Tindakan Dr Mahathir membuat pelawaan itu juga katanya dilihat kerana Dr Mahathir sedar BERSATU tiada kekuatan di akar umbi.

“BERSATU sendiri gagal membentuk cawangan atau ranting.

“Parti ini gagal mengadakan mesyuarat bahagian dan cawangan, sehingga memaksa perlembagaan parti itu dipinda serta menunda persidangannya beberapa kali”, katanya.

Hakikatnya jelas Dr Shamsul rakyat semakin menerima kerjasama PAS dan UMNO.

“Dan rakyat juga begitu menyambut baik gerak kerja ke arah pemuafakatan besar kedua-dua parti ini di peringkat nasional.

“Jadi, adalah lebih baik BERSATU dibubarkan dan ahlinya meninggalkan perjuangan yang tiada matlamat yang jelas serta merugikan kedudukan orang Melayu dan Bumiputra dalam negara ini”, ujarnya.

UMNO tegas beliau kini kekal dengan perjuangannya, dan ketika ini bekerjasama dengan PAS demi kepentingan Islam Melayu dalam negara ini.

Kemudian jelasnya bersama parti komponen BN, UMNO dan PAS akan membawa perubahan lebih baik pada rakyat Malaysia.

“Percayalah, kerjasama UMNO PAS bakal membangkitkan gelombang besar orang Islam Melayu dalam negara ini.

Hanya kerjasama UMNO PAS mampu menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputra dalam negara ini”, ujarnya.-MediaUMNO

Friday 5 July 2019

Orang Melayu Terus Tolak Parti Pecah-belahkan Bangsa – Annuar


KUALA LUMPUR, 5 Julai – Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU utk membentuk penyatuan Melayu tidak akan di layan oleh orang Melayu, tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Malah katanya, orang Melayu akan terus menolak BERSATU kerana parti itu bertanggungjawab memecah kecilkan orang Melayu semata mata kerana persengketaan peribadi antara pemimpin tertentu

“Orang Melayu juga merasa sangat tertipu dgn politik BERSATU yang telah menipu pengundi dengan menabur gula-gula dalam manifesto semata mata untuk mendapat undi tapi langsung tidak menunaikan janji mereka

“BERSATU juga meneruskan agenda ‘devide and rule’ dengan masuk ke Sabah dan Sarawak yang pastinya merosakkan kesatuan orang Melayu dan bumiputera di sana,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya.

Ujarnya, BERSATU juga bertanggungjawab terhadap menularnya budaya songsang, liberal, LGBT dan lain–lain yang semakin bebas.

“BERSATU juga dilihat bertanggung jawab menggadai kuasa dan kedudukan Melayu kepada Dap, terutamanya posisi strategik seperti menteri kewangan, menteri penerangan, AG, SPRM dan lain-lain yang menghakis hak Melayu

“Lebih buruk lagi bersatu di lihat sebagai parti peribadi Tun M, dan ketiadaan Tun sbg PM merupakan titik mati yang pasti bagi BERSATU.

“Sehingga sekarang ahli UMNO dan PAS semakin padu dan Istiqamah. Penyatuan Melayu melalui dua wadah ini bakal membentuk gelombang besar yang akan membersihkan kotoran dan sampah yg di tinggalkan sekutu Dap termasuk BERSATU…”

Tegas beliau, seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU untuk membentuk penyatuan Melayu tidak akan dilayan oleh orang Melayu

“BERSATU bukanlah jawapan kepada cita-cita dan aspirasi perjuangan orang Melayu.

“Seeloknya ahli bersatu segera berhijrah meninggalkan Dap ke bahtera lebih besar UMNO-PAS… dan sama-sama menyahut muafakat nasional yang dipimpin gerakan orang Melayu dan Bumiputera Islam bersama rakan semua bangsa dan agama.”

Ujar beliau lagi, orang Melayu tidak akan memaafkan perbuatan BERSATU menggadai hak dan posisi orang Melayu dan Bumiputera kepada Dap. – MediaUMNO

Ahli UMNO Jangan Bimbang… Perkasakan Parti, Susun Strategi Menang PRU15


JERAI, 5 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, UMNO masih lagi mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi yang masih lagi setia dan berdiri teguh dengan perjuangan parti, biarpun UMNO tidak lagi memegang tampuk kerajaan di negara hari ini.

Katanya, selama 73 tahun penubuhan parti keramat ini, UMNO adalah pusaka negara dan satu-satunya parti yang berkhidmat, berbakti, menjaga dan membelai orang-orang Melayu serta kepada bangsa lain di negara ini.

“Kemajuan negara hari ini adalah hasil dari pentadbiran yang baik yang diurus oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN). Inilah pusaka negara, satu-satunya parti yang berkhidmat untuk orang Melayu dan juga menjaga bangsa lain.

“Janganlah kita tebang pokok yang besar, janganlah ada orang yang hendak mematikannya dan marilah kita sama-sama untuk mengukuh, membajainya dan menyiramnya supaya pokok yang besar ini terus subur dan menjadi tempat berlindung pada kita dari hujan dan panas. Mana tahu suatu hari nanti pokok ini akan berguna dan kita dapat berlindung di bawahnya,” katanya semasa berucap merasmikan persidangan mesyuarat UMNO Bahagian Jerai, hari ini.

Tambah Mohamad lagi UMNO sebenarnya banyak berjasa kepada orang Melayu dan UMNO tidak ada titik noktahnya justeru kita perlulah menyusun strategi untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dan memperkasakan parti.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau seterusnya menasihatkan seluruh ahli UMNO agar tidak merasa bimbang dengan ancaman pihak tertentu untuk mengharamkan parti itu.

Katanya, sebaliknya biarlah pucuk pimpinan yang menguruskan dan mengatur strategi untuk berhadapan situasi seperti itu.

“Apa yang perlu dirisaukan ahli adalah soal sama ada, sudahkah bersedia untuk berhadapan PRU-15 jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

“Ini tidak mustahil berdasarkan perkembangan semasa politik yang tidak menentu di dalam negara pada masa sekarang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, semasa ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian bagi mengulas isu pengharaman UMNO, Mohamad berkata, beliau yakin bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan UMNO bagi menyuburkan semangat demokrasi. – MediaUMNO

Tugas Besar Kita Selamatkan Negara, Negara Semakin Rosak Di Bawah PH


BATU PAHAT, 5 Julai – Semua pendukung parti mempunyai tugas yang amat besar sebelum negara ini semakin rosak di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), seru Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Malaysia Baharu yang dicanangkan oleh PH tidak menjadikan negara semakin lebih baik berbanding ketika di bawah Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Apa yang lebih baik dari BN? Hutang negara yang dahulunya RM686 bilion kini menjadi RM800 bilion. Kutip derma nak bayar hutang tapi hutang jadi lagi banyak.

“Harta-harta kerajaan sedang difaraidkan, dijual seperti harta Tabung Haji dan Khazanah. Pertumbuhan ekonomi yang dahulu berkembang 5.8% sekarang 4.7%. Harga barang tetap naik, harga minyak tak turun,” tegas Ahli Parlimen Ketereh itu lagi.

Annuar berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Noraini Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Sulong, Halim Kepol.

Bahkan kesalnya juga, banyak dasar-dasar kerajaan PH yang menjadi ‘jarum’ yang boleh membahayakan akidah umat Islam serta kesucian agama semakin ditekan kerana orang Islam yang diberi kuasa, amanah menjaga agama kini lebih mahu menjaga hati rakan-rakan yang liberal.

Kerana itulah jelasnya lagi, kini adalah masa paling tepat umat Islam di negara ini menunaikan fardhu kifayah bersatu merampas kembali kuasa Putrajaya.

“Ulamak muktabar ada mengatakan bagi negara yang mempunyai majoriti Islam, menjadi fardhu kifayah untuk menegakkan negara Islam.

“Ini bukan perkara kecil, orang Melayu, Islam yang tidak ikut gerakan ini akan rugi besar.

“Orang bukan Islam tak perlu takut kerana sudah terbukti 60 tahun, tetap dijaga akan hak-hak mereka,” katanya.

Annuar juga menegaskan kepentingan bermuafakat.

“Dukunglah dan bawalah semangat ini dalam mesyuarat perwakilan kita. Rapatkan saf perjuangan kita dan sahabat-sahabat kita dalam PAS.

“UMNO dan PAS mampu membentuk satu gagasan cukup besar bagi menumbangkan PH.

“Kita yakin berkeupayaan dan boleh berbuat lebih baik untuk Malaysia, agama, institusi Raja-raja, bahasa, ekonomi dan segalanya,” katanya. – Media UMNO

Perteguh Saf Harungi Gelora


SEJARAH perjuangan orang Melayu bermula dengan gabungan pelbagai pertubuhan dan persatuan. Pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu, laksana ranting, tetapi apabila terhimpun berupaya menyalakan api besar, hingga berjaya meruntuhkan gagasan Malayan Union. UMNO sendiri ditubuhkan melalui Kongres yang menghimpunkan 41 pertubuhan Melayu.

Kekuatan orang Melayu dan pertubuhan ketika itu, tidak didukung oleh kemewahan kewangan, majoritinya pertubuhan tidak dipimpin oleh sarjana berkelulusan tinggi, tetapi dipimpin oleh para guru dan ustaz, kerani dan penghulu, petani dan nelayan. Kebangkitan mereka memperjuangkan kemerdekaan berbekalkan kecekalan, kesatuan dan semangat sedia berputih tulang dari hidup berputih mata.

Syeikh Rached el-Ghannouchi, pemimpin gerakan An-Nahdah di Tunisia, berpandangan “jika ada dua parti politik orang Islam yang berebut kuasa, di situlah punca perpecahan umat Islam di mana-mana negara kerana politik itu mencetuskan kebencian yang luar biasa sehinggakan umat tidak boleh bersikap rasional lagi”

Keresahan ummah pasca PRU ke-14 mula terubat dengan usaha ta’awun siyasi antara UMNO-PAS. Walaupun dahulu ramai beranggapan ta’awun kedua parti terbesar orang Melayu adalah sesuatu yang hampir mustahil. Di sebalik penerimaan positif ta’awun ini, ada juga golongan yang kurang selesa dan merasa tergugat melihat ta’awun UMNO – PAS menuju realiti. Propaganda demi propaganda mula dicipta dan direka bagi meracuni pemikiran rakyat.
Kembalinya saya mengemudi UMNO dengan dua agenda besar menjadi fokus dan tumpuan:

• Merapat dan memperteguh saf kepimpinan dan ahli

• Memperkasa dan merealisasikan agenda ta’awun dan tahaluf siyasi UMNO – PAS dan seterusnya kembali menjadi kerajaan selepas PRU Ke-15

Agenda memperteguhkan saf terutamanya di peringkat kepimpinan tertinggi adalah kunci kepada keutuhan dan ketahanan UMNO bagi mengharugi gelora propaganda Pakatan Harapan. Saya berkeyakinan dengan pencaturan dan gerak kerja yang tersusun berdasarkan kepakaran setiap pimpinan, UMNO, mampu menghadapi apa jua halangan dalaman atau luaran parti.

Gerak kerja yang lebih spesifik antara pimpinan tertinggi UMNO dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahdzir Khalid sebagai Ketua Whip Pembangkang dan Dato’ Seri Khaled Nordin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Perpaduan Ummah membuktikan bahawa UMNO serius melakukan transformasi gerak kerja parti.

Pimpinan tertinggi parti menjadi penyelesai kepada kemelut dan krisis yang timbul, sepertimana yang diungkapkan oleh Tenas Effandy:

Bertuah ayam ada induknya, bertuah serai ada rumpunnya, bertuah rumah ada tuannya, bertuah negeri ada rajanya, bertuah imam ada jemaahnya.

Yang dikatakan pemimpin, berkatanya lidahnya masin, bercakap pintanya kabul, melenggang tangannya berisi. Menyuruh sekali pergi, menghimbau sekali datang, melarang sekali sudah.

Walau berhadapan dengan 87 pertuduhan di mahkamah, saya tetap positif dengan ketentuan ini sebagai harga sebuah perjuangan. Saya akan menghadapinya secara peribadi tanpa melibatkan dan menjejaskan UMNO sebagai sebuah organisasi politik apatah lagi kepada kepimpinan dan ahli-ahli UMNO. Saya berpegang dengan kata hikmah “tidak mudah untuk menjadi seorang pejuang yang berprinsip. Hanya keyakinan dan keikhlasan mampu merealisasikan prinsip perjuangannya”.

UMNO akan terus konsisten memperjuangkan dan melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera. Agenda ini demi kelangsungan orang Melayu untuk jangka panjang, kerana sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat orang Melayu dan Bumiputera terhakis. Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan bangsa, suara tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi perjuangan, disifatkan menyinggung perasaan kaum lain. Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa “Islam itu didindingi oleh umat Islam” dan selamanya UMNO akan terus mendindingi orang Melayu dan Bumiputera.

Saya percaya PH akan terus melancarkan gerakan propaganda dan sabotaj, bagi mengagalkan proses memperkukuhkan UMNO dan perpaduan ummah. Jangan pandang kecil pada kilauan pangkat, kedudukan dan janji wang ringgit. Kebiasaannya sabotaj seperti ini agak susah untuk ditempohi dan seringkali disambut sebahagian “pejuang” tanpa sedar. Terutama oleh mereka yang tidak sabar dalam perjuangan. Mengharapkan kemenangan yang cepat dan keuntungan duniawi yang berlipat.

Jelas matlamat dan keikhlasan berjuang menjadi benteng kukuh dari ancaman gerakan sabotaj dan propaganda politik. Tanpa matlamat dan ikhlas, lahirlah pejuang yang tiada arah tuju (muzabzabin) dan golongan yang ragu (was-was). Pejuang yang lemah sering menjadi mangsa sabotaj. Kita perteguhkan landasan perjuangan dengan:

• Membantu UMNO mengikut kepakaran masing-masing menegur dan memperbetulkan kerajaan hari ini, bukan menyerang sesama sendiri

• Menjadi juru bicara parti, mempositifkan kritikan netizen yang negatif

• Menjadikan media elektronik sebagai medium menyebarkan dan menerangkan kebaikan bukan keburukan.

Jika dahulu Melayu kuat dan teguh melalui formulanya “Melayu bersatu”. Sekarang apabila wujudnya usaha ta’awun dan tahaluf siyasi, formula itu evergreen dan bukan sebarangan strategi, ia sudah diuji dan terbukti keberkesanannya. Perteguhkan saf pasti segala rintangan dan halangan dapat diatasi dengan mudah.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#demiummah
#akhiratdidepan

Canang RM2.6 Bilion Hilang Tapi RM270 Bilion Hilang Setahun Di Bawah PH, Siapa Nak Ganti?


KUALA LUMPUR, 4 Julai – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dalam tempoh setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), ekonomi telah dirosakkan begitu teruk sekali akibat daripada penipuan fakta berkaitan hutang negara RM1 trilion.

Ujar beliau, rakyat harus sedar bahawa kerajaan PH telah ‘menghilangkan’ RM270 bilion ekonomi negara dan siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk membayar gantirugi ini.

“Rosak dan merosakkan… Kementerian Kewangan rosak dan telah merosakkan ekonomi negara. Disebabkan ini saham daripada 1,800 mata jatuh kepada 1,600 mata. Kita hilang RM270 bilion ekonomi negara.

“Siapa nak bayar…? Kisah RM2.6 bilion bukan main diungkit tapi RM270 bilion yang hilang ini siapa yang nak bayar… akibat daripada ini dividen ASB turun, KWSP turun, Tabung Haji tinggal 1.25, hibah jadi hiba… inilah yang saya katakan rosak dan merosakkan sebab cakap hutang RM1 trilion.

“Sebab itu kita sudah cakap jangan letak orang yang tidak pakar… ini letak orang yang titik perpuluhan pun boleh silap,” sindir beliau.

Ahmad berkata demikian ketika menjadi panel dalam Program Dari Parlimen anjuran Penerangan UMNO Malaysia, yang disiarkan secara langsung melalui medium Facebook UMNO-Online, malam tadi.

Tambah beliau, disebabkan PH terlalu berpolitik akhirnya negara dan rakyat terpaksa menanggung akibatnya.

Selain itu Ahmad juga menegaskan, rakyat harus sedar hakikat dan fakta berkaitan hutang negara yang sering dimanipulasi oleh kerajaan PH.

“Fakta hutang negara adalah RM686 bilion semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu. Hutang ini adalah dalam tempoh 61 tahun BN memerintah tetapi setahun PH memerintah sepatutnya hutang negara turun. Ini tidak, hutang negara meningkat menjadi RM800 bilion dalam tempoh setahun.

“…cuba bezakan RM686 bilion dalam tempoh 61 tahun dengan RM800 bilion dalam tempoh setahun. Ini Fakta. Satu lagi… Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) cakap beliau tidak akan berundur selagi masalah hutang tak selesai… tapi bila nak selesai kalau hutang negara makin naik. Maknanya (Datuk Seri) Anwar Ibrahim hanya akan kekal jadi PM ‘tepi’ lah…,” ujar beliau sinis.

Jelas Ahmad seterusnya, kepimpinan PH tidak boleh mempergula-gulakan blok pembangkang kerana apabila mereka bangun bercakap dalam Sidang Dewan, mereka berhadapan dengan bekas Menteri dan Timbalan Menteri.

“Ahli Parlimen BN banyak pengalaman. Pemimpin PH bila bangun mereka tahu mereka berhadapan dengan bekas menteri dan timbalan menteri jadi nak temberang pun tak berani. Dulu mereka bangun mereka tidak pernah ada dalam kerajaan, sekarang baru tahu.

“Apa yang menarik sekarang di blok pembangkang adalah solidariti, bila kita keluar dewan, semua sekali keluar. Kita bantah sebab mahu yang lebih baik,” ujar beliau.

Bercakap berkaitan usul pengisytiharan harta yang dibentangkan di Dewan Parlimen pula jelas beliau, kerajaan PH cuba memberi gambaran kononnya blok pembangkang bantah usul ini kerana takut namun hakikatnya blok pembangkang menggesa usul ini dijadikan akta dan bukan sekadar usul.

“Usul ini tidak ada pemberat dan ini jelas menunjukkan mereka tidak ada pengalaman. Saya harap rakyat tidak terkeliru dengan spin yang mereka buat. Kita tidak takut… semua bekas menteri dan timbalan menteri dari BN dulu telah mengisytihar harta dan ada simpanannya pada kabinet dan kalau pihak yang berkaitan nak lihat atas sebab-sebab tertentu seperti SPRM dan AMLA, ada kepada Kabinet jadi dipersilakan. Langsung tidak timbul isu takut cuma apa yang kami syorkan supaya tidak hanya dijadikan usul.

“Usul jika tidak dipenuhi akan dibawa ke jawatan hak dan kebebasan. Speaker juga telah menyebut dia tidak ada kuasa yang betul-betul dan mantap untuk laksanakan perkara ini. Pada saya sikap mereka yang tergesa-gesa konon nak laksanakan usul ini macam nak jatuhkan imej pemimpin pembangkang kononnya kami takut,” jelas beliau.

Jelasnya lagi, ada perkara-perkara yang akan timbul apabila ia hanya sekadar usul dan antaranya adalah soal keselamatan apabila pengisytiharan ini disiarkan ke dalam portal.

“Ada yang bimbang jika anak mereka diculik… dari orang tidak tahu harta, orang sudah tahu. Siapa nak jaga kelamatan kalau hanya usul? Kalau dijadikan rang undang-undang tentu ada dimasukkan klausa-klausa tertentu.

“Kita mahukan lebih baik dari cadangan mereka supaya ada klausa perjanjian. Apa yang diinginkan oleh blok pembangkang adalah lebih baik dan kemas,” katanya lagi. – MediaUMNO

Thursday 4 July 2019

Usaha Pecah Belahkan UMNO-PAS Tak Akan Berjaya, Agenda Melayu/Islam Jadi Keutamaan


PERMATANG PAUH, 4 Julai – Ketua UMNO bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, usaha untuk memecah-belahkan UMNO dan PAS ini tidak mungkin berjaya kerana hari ini kedua-dua parti tersebut sepakat meletakkan asas perjuangan untuk mengembalikan Melayu dan Islam sebagai keutamaan.

Katanya, tuduhan yang mengatakan kerjasama UMNO dan PAS akan berhadapan masalah apabila timbul isu pembahagian kerusi di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti hanyalah satu usaha untuk merosakkan permuafakatan yang terjalin.

Jelas beliau usaha tersebut tidak mungkin terjadi kerana majoriti akar umbi ke dua-dua parti telah menerima kerjasama yang terjalin ini.

“Hari ini agenda muafakat UMNO dan PAS lebih kepada semangat untuk mengembalikan kuasa pemerintah dalam negara ini kepada parti yang lebih layak daripada yang ada sekarang ini.

“Ini kerana kualiti kepimpinan dalam UMNO dan PAS jauh lebih hebat daripada kerajaan PH. Kita sendiri boleh lihat menteri-menteri PH adalah di kalangan orang yang tidak layak berada dalam kerajaan.

“Sebab itu mereka sering memberi alasan tidak ada pengalaman. Jadi, mereka berusaha untuk pecah-belahkan hubungan UMNO dan PAS agar mereka dapat ilmu bila jadi kerajaan selepas PRU-15 nanti,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Zaidi, beliau percaya bahawa semua pihak baik di dalam UMNO mahupun PAS, masing-masing mempunyai semangat untuk mengembalikan kuasa dengan mengenepikan segala perbezaan yang ada.

“Jadi soal perebutan kerusi tidak akan timbul kerana kedua-dua belah pihak telah mempunyai asas bagaimana mahu membahagikan kerusi.

“Saya yakin, di mana sahaja UMNO dan PAS bertanding pada PRU-15 nanti, kita boleh menang, maka usaha untuk memecah-belahkan UMNO dan PAS ini tidak mungkin berjaya sekiranya kita meletakkan asas perjuangan untuk mengembalikan Melayu dan Islam sebagai keutamaan,” ulasnya lagi. – MediaUMNO

Pemuda UMNO Malaysia Pelawa Anak Muda Sertai Skuad Sabil


KUALA LUMPUR, 4 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mempelawa anak muda yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan untuk menyertai Skuad Sabil anjuran pergerakan tersebut.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Skuad Sabil ni ditubuhkan dengan mengambil kira suara hati, denyut nadi dan daya juang anak-anak muda Malaysia bagi menzahirkan kesetiaan dan kecintaan mereka kepada agama, bangsa dan tanahair.

“Anak muda yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan boleh menyertai skuad ini. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas tidak kira ahli UMNO ataupun tidak dialu-alukan untuk bersama-sama menabur budi untuk negara melalui Skuad Sabil ini,” katanya.

Jelas beliau, secara umumnya Skuad Sabil memfokus dan mensasarkan aktiviti-aktiviti seperti:

• Menggerakkan aktiviti kebajikan dalam masyarakat;

• Menyediakan khidmat bakti kepada masyarakat pada bila-bila masa;

• Membantu masyarakat yang dilanda bencana dan musibah;

• Membantu menjaga keselamatan dan kesejahteraan para pemimpin dan peserta dalam program-program himpunan rakyat;
membantu masyarakat yang dilanda bencana dan musibah

Anak muda yang berminat bolehlah menghantar CV ke alamat e-mel: raziothman18@gmail.com.

Untuk makluman, sesi suaikenal pula akan diadakan pada 13 (Sabtu) dan 14 (Ahad) Julai 2019 dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Pejabat Pemuda UMNO Malaysia (Tingkat 28, Menara Dato Onn, PWTC).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Razi Othman di talian 014-223 4738. – MediaUMNO

Ambil Alih Tol, Manfaat Kepada Rakyat?


ADAKAH cadangan pengambilalihan empat lebuhraya bertol sekitar Kuala Lumpur sebanyak RM6.2 bilion bermanfaat kepada rakyat?

Jawapannya ialah Ya dan Tidak.

Adakah masuk akal kerajaan Pakatan Harapan (PH) membelanjakan RM6.3 bilion untuk memberi penjimat kepada rakyat sebanyak RM180 juta setahun?

Selama ini rakyat disogokkan dengan berita yang kerajaan menanggung hutang yang terlalu tinggi tetapi cadangan ini, kerajaan PH akan terus berhutang lagi (RM6.2 bilion)

Adakah lebih murah jika kerajaan PH membayar RM180 juta wang rakyat ini terus kepada syarikat tol?

Ini adalah lebih murah dan tanpa perlu berhutang yang banyak jika dilihat dari sudut yang lain.

Bagaimana nilai RM6.2 bilion ini dicapai?

Beberapa analisis mengatakan nilai ini adalah terlalu tinggi dan melebihi nilai pasaran sebanyak RM2.82 bilion.

Ini hanya akan menguntungkan Gamuda Berhad (yang akan memulakan projek mereka di Penang PTMT)!

Ini tidak logik memandangkan lebuhraya-lebuhraya ini akan tetap diserahkan kepada kerajaan selepas tempoh konsesi mereka tamat ada yang kurang daripada sepuluh tahun lagi.

Jika kerajaan PH teruskan juga membayar dan mengambilalih lebuhraya ini, kutipan-kutipan tol akan datang TIDAK akan mampu membayar walaupun faedah ke atas pinjaman RM6.2 bilion tersebut..

Adakah ini satu langkah yang bijak?

Bagaimana hutang pokok RM6.2 bilion yang belum disentuh?

Termasuk dalam cadangan kerajaan PH bahawa tol akan diteruskan selepas tamat konsesi tersebut walaupun dengan kadar yang lebih rendah.

Soalan utama adalah, adakah dengan langkah-langkah kerajaan PH ini mereka memenuhi janji dalam manifesto mereka untuk menghapuskan tol?

Jawapannya ialah A BIG FAT NO!!!

Datuk Zahida Zarik Khan
Ketua Puteri UMNO Malaysia

Blok Pembangkang Cadang Rakyat 18 Tahun Layak Secara Automatik Sebagai Pemilih, Calon Pilihan Raya


KUALA LUMPUR, 3 Julai – Blok Pembangkang yang terdiri daripada parti Barisan Nasional (BN), PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersepakat untuk mengemukakan usul persendirian bahawa rakyat yang berumur 18 tahun layak secara automatik sebagai pemilih dan calon pilihan raya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini kerana katanya, selaras dengan hasrat pembangkang mengiktiraf sumbangan golongan muda dalam negara ini.

“Sehubungan dengan itu, ahli Parlimen dalam Blok Pembangkang akan membawa satu usul di Parlimen bagi meminda Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warganegara Malaysia yang cukup umur 18 tahun secara automatik terdaftar sebagai pemilih.

“Selaras dengan itu juga, pindaan kepada Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan iaitu kelayakan menjadi calon pilihan raya juga diturunkan kepada 18 tahun daripada 21 tahun,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bera dalam satu sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Kota Bharu.

Jelas Naib Presiden UMNO itu lagi, ini berbeza dengan pindaan Perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu hanya 18 tahun tetapi masih perlu mendaftar sebagai pemilih.

“Ini jelas dalam Perlembagaan tetapi kita apabila sampai umur 18 tahun terdaftar secara automatik sebagai pemilih.

“Kita akan bentangkan usul persendirian di dalam Parlimen dalam waktu yang terdekat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail tegas berkata cadangan kerajaan yang hanya menurunkan had umur sedia ada daripada 21 ke 18 tahun tanpa daftar automatik dan tanpa mengubah kelayakan menjadi calon ditolak oleh Blok Pembangkang kecuali selepas ini kerajaan membuat pindaan sebagaimana kehendak pembangkang.

“Hak mengundi adalah semua rakyat, (daftar automatik) beri peluang kepada semua rakyat untuk mengundi.

“Kalau sekarang ini ada yang tidak mahu mendaftar, ada yang tidak mahu menggunakan hak dia sebagai pengundi… tapi dengan terdaftar ini semua orang berhak menggunakan hak dia.

“Dan satu lagi ada juga kekangan untuk pergi mendaftar misalnya tinggal jauh di pedalaman seperti di Sarawak, GPS membangkit isu masalah dari segi pendaftaran.. sedangkan dari segi Perlembagaan mereka ada hak untuk mengundi,” ujarnya lagi.

Dalam taklimat bersama menteri mengenai perkara berkaitan, Ismail mendedahkan pihak kerajaan masih tidak bersetuju daftar secara automatik.

Dalam sidang media yang sama Tuan Ibrahim turut menyatakan bahawa isu sebenar yang harus diberi perhatian oleh kerajaan ialah hampir empat juta pengundi yang layak mengundi tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi.

“Kerajaan kena selesaikan yang itu dahulu. Cara penyelesaian bagi kami ialah daftar automatik.

“Kalau kita tambah yang 18 tahun (layak mengundi) ia akan menambah lagi yang empat juta jumlah rakyat yang tidak mendaftar sebagai pengundi, tidak tercapai maksud menggalakkan kesedaran politik di kalangan rakyat,” terangnya. – MediaUMNO

Wednesday 3 July 2019

Patriot! “Takkan Masa Itu Ianya Kerajaan Dap Yang Melawan Komunis?” Soal Najib


KUALA LUMPUR, 3 Julai – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menempelak sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Patriot yang memutar-belit ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli pada hujung minggu lalu.

Bidas Najib dalam Facebook, Patriot menggunakan sebaris ayat yang disalahertikan dari ucapannya untuk mengecamnya.

“Semangat perjuangan dan semangat melawan itu banyak makna. Tak bermaksud angkat senjata untuk lawan dalam perang sahaja.

“Oleh itu, jangan memutar-belitkan kenyataan saya. Tonton dan dengar sendiri,” katanya yang turut melampirkan sedutan video ucapannya untuk dinilai.

Dalam ucapannya Najib ada berkata: “…bila kita dah lawan British kita menang dapat kemerdekaan tertumbangnya Malayan Union, puak-puak Komunis itupun kita (UMNO) lawan bukan? kita lawan… konfrontasi (Malaysia-Indonesia) kita lawan…”

Tetapi kata-kata Najib itu dimanipulasi oleh Patriot, sebuah NGO yang ditubuhkan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) serta mendakwa mewakili pesara tentera walaupun hanya mempunyai beberapa ahli sahaja, melalui Presidennya Mohamed Arshad Raji dengan kecaman:

“Anggota keselamatan yang berkhidmat di era pemberontakan komunis dengan mudah boleh sahkan mereka tidak pernah nampak seorang pun ahli UMNO galas 30 kilo barang dan senjata, dengan senapang di tangan, bergerak di hutan Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak, menggadai nyawa dari terpijak jerangkap samar demi memburu pemberontak komunis.”

Bahkan, ada juga yang membuat dakyah tiada rekod UMNO mengalahkan komunis.

Jelas Najib yang juga bekas Perdana Menteri, rakyat tidak pernah lupa jasa dan bakti wira-wira pasukan keselamatan negara yang melawan komunis pada zaman darurat dahulu.

“Saya dan seluruh negara berhutang budi kepada mereka untuk selama-lamanya. Jelas dalam klip ucapan ini bahawa saya tak pernah kata ahli UMNO angkat senjata untuk lawan ataupun mengalahkan pihak komunis.

“Pada ayat yang sama itu, saya juga kata UMNO lawan British atas isu Malaysia Union dan konfrontasi dengan Indonesia masa itu atas semangat perjuangan.

“Kenapa tak tuduh saya juga bahawa ahli UMNO angkat senjata untuk melawan British?” soalnya lagi.

Tetapi, hakikatnya memang benar bahawa ianya dasar dari kerajaan UMNO dan Barisan Nasional untuk melawan komunis pada masa darurat tersebut.

“Takkan masa itu ianya kerajaan Dap yang melawan komunis?” Tanya Najib. – MediaUMNO

Barisan Kabinet PH Gagal, Masih Terus Terbawa Sikap Lama


KUALA LUMPUR, 3 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berpandangan hanya Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat agak peka dengan senario ekonomi negara dan ianya boleh dianggap sebagai satu kesilapan yang cukup besar sedangkan sebenarnya kabinet turut sama-sama bertanggungjawab.

Menurut beliau setiap kementerian boleh memainkan peranan mereka masing-masing dalam usaha memastikan penguncupan ekonomi yang berlaku gara-gara kehilangan keyakinan pelabur dan pelbagai faktor lain yang sekaligus dapat menyumbang kepada lonjakan ekonomi semasa negara.

“Saya nampak masalah ekonomi ini hanya diberi perhatian oleh PM. Menteri–menteri lain macam tidak ada kena mengena. Ini pun silap… sebenarnya setiap kementerian itu ada peranan yang sangat penting untuk dimainkan.

“Katakan contoh Menteri Belia dan Sukan (KBS) bunyinya belia dan sukan… apa kena mengena dengan ekonomi. Yang terbayang jaga bola dan jaga sukan-sukan lain. Sebenarnya tidak begitu dan sebenarnya Menteri Belia dan Sukan kalau boleh buat dasar-dasar yang bagus seperti bola sepak ditukar menjadi satu industri, karnival-karnival sukan menjadi ‘sport tourism’ misalnya ataupun pembuatan barang-barang alatan sukan menjadi satu industri maka KBS juga boleh membantu menjana ekonomi. Begitu juga dengan kementerian-kementerian lain,” katanya.

Namun katanya, kerana kurangnya pengalaman itulah yang berlaku dan keupayaan kerajaan yang ada hari ini untuk deliver dilihat sangat-sangat rendah dan tidak terperanjatlah PM sendiri memberi markah lima persepuluh.

Beliau berkata demikian Program Dari Parlimen anjuran Penerangan UMNO Malaysia, yang disiarkan secara langsung melalui medium Facebook UMNO-Online, malam tadi.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh seterusnya berpandangan sikap kerajaan hari ini yang masih terbawa-bawa dengan perangai dan tindak-tanduk lama menyebabkan mereka hilang tumpuan kepada permasalahan yang sebenar.

“Setelah mereka menjadi kerajaan mereka terbawa-bawa tabiat sebagai pembangkang. Menegur, mengkritik dan menyalahkan orang lain lebih banyak daripada bekerja sedangkan kerajaan ini patutnya bekerja, tetapi terlalu orang kata ‘obsession’ dengan menuding sehingga terlupa atau kurang fokus kepada masalah sebenar.

“Sesebuah kerajaan itu hanya akan jadi berkesan kalau dia letakkan ‘priority’ yang betul. Keutamaanya apa.. .kalau mereka letakkan keutamaan kepada mahu menyelesaikan masalah ekonomi, maka mereka harus menyusun dan mendahulukan dasar-dasar yang boleh memperbaiki ekonomi,” tambahnya.

Tetapi katanya lagi beliau tidak pasti apakah keutamaan kerajaan hari ini dan yang dilihat adalah lebih kepada membalas dendam, ‘priority’ mereka lebih kepada mencari-cari salah dan akhirnya tenaga yang ada pada kerajaan itu tidak digerakkan kepada satu fokus yang tertentu.

“Dan ini menjadi bertambah berat kerana ketiadaan cukup anggota yang berpengalaman sehinga diperingkat awal terpaksa dibantu oleh Council Of Eminent Persons (CEP) yang mana untuk permulaan bolehlah CEP membantu… setelah kabinet dibentuk dan diwujudkan maka kuasa-kuasa CEP tentulah terbatas. Apabila kabinet terbentuk maka sesebuah kerajaan itu bergantung kepada kebolehan anggota kabinet itu sendiri,” ujarnya.

Ujar beliau lagi setahun yang pertama didapati kabinet tidak dapat membantu PM dan kita bernasib baik mempunyai PM yang berpengalaman tetapi dalam sistem collective responsibility cabinet tidak boleh bergantug kepada seorang PM sahaja.

“Sebab portfolionya dan skopnya besar. Kalau semua mahu diperbetulkan oleh PM… kepenatanlah jawabnya. Bukan sahaja beliau tidak boleh bergerak ke depan, beliau terpaksa membimbing, menegur malah terpaksa memperbaiki dan ini saya nampak satu masalah yang cukup besar,” tegasnya.

Sebagai contoh sambungnya lagi, sehari dua yang lalu berlaku apabila seorang menteri mahu ambil buruh daripada Afrika dan ini sangat-sangat salah dari segi prinsip mentadbir negara melalui sistem kabinet sebab seorang menteri tidak boleh bercakap mengumumkan kepada rakyat perkara yang tidak diputuskan dalam kabinet.

“Maka apabila dibuat begitu PM dapati benda itu sangat-sangat tidak kena dan PM terpaksa buat kenyataan lain pula. Satu contoh lagi Statute Rom yang terpaksa undur ke belakang semula. Ini semua menyentuh kewibawaan sesebuah kerajaan dan dalam keadaan kalut begitu sedar-sedar sudah setahun,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

Ahmad Zahid Kembali Bertugas, Pimpinan Parti Kerja Seperti Adik-Beradik – Annuar


KUALA LUMPUR, 3 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjalankan tugasnya semula bukanlah membawa erti timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) tidak mempunyai peranan sebaliknya berjalan seperti biasa.

Menurut beliau apa yang penting hari ini perjalanan parti diuruskan secara bersama dan masing-masing bekerja seperti adik-beradik dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab bagi membawa UMNO terus bergerak ke depan.

“Tok Mat masih berperanan macam biasa dan kalau kita tengok dalam UMNO sekarang Datuk Zahid sebagai Presiden, Tok Mat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan. Perjalanan parti secara umumnya Tok Mat.

“Naib-naib Presiden ada peranan masing-masing. Walaupun beliau balik sambung tugas, Datuk Seri Ismail Sabri ‘handle’ Parlimen jadi Ketua Pembangkang. Pengurusan Tok Mat, ‘carry On’… Tok Det jadi Ketua Whip pada hal boleh sahaja beri kepada Datuk Ismail Sabri. Datuk Khaled Nordin Sekretariat Kerjasama UMNO-PAS. Jadi kita kerja macam adik beradik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Dari Parlimen anjuran Penerangan UMNO Malaysia, yang disiarkan secara langsung melalui medium Facebook UMNO-Online, malam tadi. .

Kata Annuar yang juga Ahli parlimen Ketereh, kepulangan Datuk Zahid memberi tenaga dan nafas baru sepertimana perumpamaan ‘daripada sembilan baik sepuluh, daripada satu baik dua, daripada tiga baik empat’.

“Daripada tidak ada Presiden baik ada Presiden. Jadi Tok Mat pun ringan sebab kalau hari itu beliau kena memikul seorang, sekarang ini dipikul bersama Datuk Zahid. Jadi kalau kita tengok daripada sudut positif begitu, kita pandang ke depan dan kita sama-sama buat kerja.

“Keutamaan kita menyusun kewangan, pelaburan kita, menyusun struktur parti kita, menyusun hal ehwal pentadbiran kita, menyusun Perlembagaan kita, menyusun ‘coalition-coalition’ baru kita, banyak kerja parti dan ini lebih penting. Bukan terus fikir Datuk Zahid kerana ada 87 pertuduhan maka beliau adalah orang yang salah… bicara pun belum lagi namun kita dah jatuh hukum,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut melontarkan peringatan untuk sama-sama dihayati oleh seluruh ahli parti iaitu yang pertama membina ketahanan diri kerana sebagai pejuang ianya memerlukan ketahanan yang kuat.

“Kalau kita seorang pengikut biasa nak cari projek, nak cari pangkat, nak jadi wakil rakyat dan sebagainya dan kalau itu sahaja kita maka ketahanan diri tidak ada. Jadi tanya diri anda kalau anda mahu menjadi sebahagian daripada pejuang bina ketahanan diri dan jangan mudah goyah.

“Saya tengok banyak orang kita puji sebagai menteri, puji sebagai orang baik, jujur dan ikhlas tapi bila hilang kuasa terus lompat. Kadang-kadang terfikir dimana silapnya penilaian kita selama ini,” ujarnya.

Seterusnya ujar beliau lagi, perlu diingat politik ini perjalanannya panjang dan oleh kerana itu jangan kejar rampasan perang yang pendek dan yang sedikit, malah perkara tersebut ditunjukkan iktibarnya dalam peperangan Uhud ketika zaman Rasullullah SAW.

“Jadi jangan mengejar benda yang sedikit kerana kita tahu sebagai pejuang kita mahu menjaga kepentingan agama, bangsa dan ini yang harus kita ingat. Ketiganya kita hanya akan menjadi kuat kalau kita bersama.

“Islam pun mengajar begitu dan dalam bahasa Melayu pun banyak perumpamaan-perumpamaan seperti hidup sandar menyandar, bagai aur dengan tebing, jangan jadi macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, air dicincang tidak akan putus dan banyak lagi. Dalam al-Quran pun begitu… jadi pegang kepada prinsip-prinsip tersebut,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

Annuar Ingatkan Tiga Perkara Utama Untuk Ahli Perkukuh UMNO


KUALA LUMPUR, 3 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan tiga perkara utama kepada seluruh ahli parti agar sama-sama dihayati dalam usaha meneruskan perjuangan bersama UMNO hari ini.

“Pertama kalau kita seorang pejuang, bina ketahanan diri. Kalau kita seorang pengikut biasa nak cari projek, nak cari pangkat, nak jadi wakil rakyat dan sebagainya kalau itu sahaja kita, ketahanan tidak ada.

“Jadi tanya diri anda kalau anda mahu menjadi sebahagian daripada pejuang bina ketahanan diri dan jangan mudah goyah. Saya tengok banyak orang kita puji sebagai menteri, puji sebagai orang baik dan jujur dan ikhlas, hilang kuasa terus lompat. Kadang-kadang terfikir silapnya penilaian kita selama ini. Kalau kita pejuang pertamanya bina ketahanan diri.

Beliau berkata demikian pada Program Dari Parlimen anjuran Penerangan UMNO Malaysia, yang disiarkan secara langsung melalui medium Facebook UMNO-Online, malam tadi.

Keduanya pula tegas Annuar, perlu diingat politik ini perjalanannya panjang dan oleh kerana itu jangan kejar rampasan perang yang pendek dan yang sedikit, malah perkara tersebut ditunjukkan iktibarnya dalam peperangan Uhud ketika zaman Rasullullah SAW iaitu nampak ghanimah tinggal pengkalan sedangkan peperangan itu panjang lagi.

“Jadi jangan mengejar benda yang sedikit kerana kita tahu sebagai pejuang kita mahu menjaga kepentingan agama, bangsa dan ini yang harus kita ingat.

“Ketiganya kita hanya akan menjadi kuat kalau kita bersama. Islam pun mengajar begitu dan dalam bahasa Melayu pun banyak perumpamaan-perumpamaan seperti hidup sandar menyandar, bagai aur dengan tebing, jangan jadi macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, air dicincang tidak akan putus dan banyak lagi. Dalam al-Quran pun begitu… jadi pegang kepada prinsip-prinsip tersebut,” tambahnya lagi. – MediaUMNO