This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday 30 April 2018

PRU-14: Kelebihan Positif Buat BN Di Kepala Batas


KEPALA BATAS – Walaupun kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru bermula sejak penamaan calon semalam, aura atau tenaga positif dalam kalangan pengundi di Parlimen Kepala Batas telah dirasai untuk tempoh yang lebih lama daripada itu.

Calon yang juga penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, justeru, tidak hairanlah sekiranya kehadiran kesemua calon Barisan Nasional (BN) khususnya dalam kawasan Parlimen ini begitu dialu-alukan oleh penduduk setempat.

“Orang tak kata baru sekarang (hampir dengan pilihan raya) baru nampak muka sebab hubungan baik itu telah ada sebelum ini.

“Disebabkan itu juga, saya yakin untuk katakan, seandainya diizinkan Tuhan, kita bukan sahaja akan mengekalkan kesemua kerusi dalam Parlimen Kepala Batas, malah, kita boleh meningkatkan undi majoriti berbanding PRU lalu,” katanya.

Reezal Merican yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ditemui pemberita semasa menghadiri Program Semarak Perpaduan Di Hati sempena Sambutan Minggu Perpaduan dan Kembara Pertubuhan Melayu, Cina, India dan Lain-lain (MCIO) di Taman Bertam Indah, di sini hari ini.

Turut hadir seorang lagi calon BN iaitu untuk kerusi DUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Dalam pada itu, Reezal Merican menganggap kegagalan wakil PKR, Yaakob Osman menjadi calon untuk kerusi DUN Penaga semalam sebagai suatu nasib malang yang tidak dapat dielakkan.

Reezal Merican berkata, beliau bersimpati dengan nasib Yaakob, namun, menolak untuk memberikan komen lanjut berhubung masalah yang menimpa calon berkenaan.

“Di Kepala Batas, kita raikan semua calon yang bertanding sebagai satu pesta demokrasi dan tidak pernah menganggap ­ketiadaan calon berkenaan (Yaakob) sebagai satu kelebihan untuk menang,” katanya.

Semalam, borang penamaan calon yang dikemukakan Yaakob ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas semakan mendapati, calon berkenaan telah diisytiharkan muflis. - Utusan Online

PRU14: Projek Tambak Laut Pulau Pinang Batal Jika BN Menang - Dr Hilmi


BALIK PULAU: Peluang berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU14) digunakan sepenuhnya oleh calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, untuk meyakinkan penduduk berhubung pembatalan projek tambak laut sekiranya BN berjaya menawan semula Pulau Pinang.

Dr Hilmi, dalam siri kempennya, mengulangi pendirian bahawa BN akan berpegang pada janji untuk membatalkan projek menambak laut di kawasan selatan negeri itu yang bakal menjejaskan kira-kira 1,500 nelayan.

Malah katanya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar (1,800 hektar) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri DAP juga akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.

Menurut Dr Hilmi lagi, selain kaya dengan hasil laut seperti siput, udang dan ikan, kawasan itu, khususnya di Gertak Sanggul, juga merupakan kawasan pembiakan hidupan laut.

"Di sinilah tempat nelayan cari makan sepanjang tahun. Kalau ditebusguna tanah, habis hancur. Tempat pembenihan hidupan laut hilang dan ia akan merosakkan ekosistem kita.

"Kita tak tahan dah dengan Kerajaan Negeri. Kalau kita jadi kerajaan Pulau Pinang, kita akan batalkan projek ini. Kita kena jaga tempat nelayan cari rezeki," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama penduduk di kawasan Gertak Sanggul, pada Ahad.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong projek tambakan laut di Pulau Pinang sekiranya ia memberi kerugian yang besar sehingga menjejaskan punca pendapatan rakyat di kawasan terlibat.

Menurut Najib, kerajaan mempunyai pendirian dalam meluluskan sesuatu projek dan bukan menolaknya  semata-mata atas dasar fahaman politik.

Kerajaan Negeri sebelum ini mengumumkan pelaksanaan projek tambakan laut di Permatang Damar Laut  bernilai RM46 bilion bagi membina tiga pulau buatan untuk tujuan pembangunan. - Astro Awani

Lepas 30 Tahun Diwakili Wanita, BN Pertaruh Calon Lelaki Di DUN Telok Ayer Tawar


TASEK GELUGOR: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar di Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang cukup sinonim dengan wakil rakyat wanita sejak 30 tahun lalu.

Kerusi itu secara tradisinya diwakili beberapa ahli DUN (ADUN) wanita dengan yang terakhir, tokoh veteran wanita UMNO negeri, Datuk Jahara Hamid.

Namun, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini, Barisan Nasional (BN) menampilkan pembaharuan apabila meletakkan Datuk Zamri Che Ros, 49 tahun, sebagai calon menggantikan Jahara.

Sebagai calon muka baharu, Zamri berkata, ia adalah cabaran yang perlu dipikulnya bagi meneruskan legasi kemenangan BN di kerusi tersebut.

"Baik wakil rakyat wanita atau lelaki, semua serupa. Cuma kita lihat, kebanyakan pengundi di DUN Telok Ayer Tawar ini lebih memerlukan calon lelaki, sebab mereka sudah hampir 30 tahun diwakili wakil rakyat wanita.

"Jadi, penerimaan pengundi di sini terhadap calon wakil rakyat lelaki lebih mesra dan memerlukan," katanya.

Zamri berkata, walaupun dirinya adalah calon muka baharu, namun beliau yakin dapat memenangi hati pengundi di kawasan itu kerana sering menjadi wakil kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya dalam pelbagai aktiviti bersama penduduk.

Katanya, sejak berusia 18 tahun dia telah mula bergiat aktif dalam politik, ditambah dengan pengalaman bekerja di bawah tiga ahli Parlimen kawasan Tasek Gelugor, beliau yakin BN akan terus mengekalkan kemenangan.

"Bagi saya, tidaklah begitu susah sangat sebab walaupun saya calon baru, saya telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Di atas pengalaman itu, tak sukar untuk saya mengenali pengundi di sini.

"Mudahlah, sebab saya pernah menjalankan tanggungjawab sebagai setiausaha BN dan pegawai khas dulu. Bezanya, dulu saya di belakang tabir, sekarang saya ke depan. Itu saja," tambahnya.

Dengan membawa pendekatan mesra rakyat, Zamri berkata, antara isu yang akan menjadi keutamaannya ialah membangunkan program-program untuk orang muda serta menambah baik kemudahan di kawasan nelayan, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

Pada PRU14, pencalonan Zamri akan ditentang Mustafa Kamal Ahmad dari PKR, Haniff Haron (Pas) dan Lee Thian Hong (Parti Rakyat Malaysia). - Astro Awani

DAP Korban Logo Tarik Undi Melayu - Fairus


KOTA BHARU: Kesanggupan DAP mengorbankan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah isyarat jelas parti itu mahu memperalatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan undi masyarakat Melayu.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Prof Datuk Seri Dr Mohammad Fairus Khairuddin berkata, parti itu sedar kekuatannya semakin rapuh untuk menguasai pengundi Melayu sehingga sanggup mengetepikan logo roket yang dibanggakan selama ini untuk bersembunyi di sebalik lambang PKR.

Malah beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkata, percubaan DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) juga gagal menerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim sehinggakan kini terpaksa beralih kepada Dr Mahathir sebagai alat baharu.

"Apabila DAP melihat terdapat 'geseran' antara Dr Mahathir dengan pemimpin UMNO secara dalaman, mereka mengambil peluang untuk menggunakan bekas Perdana Menteri itu bagi memecahkan undi dan dokongan Melayu.

"DAP yang konsisten dengan prinsip anti Melayu dan anti Islam sedar pergolakan yang berlaku terhadap Dr Mahathir dan menganggap ini adalah saat strategik untuk parti itu menangguk air keruh menjadikan Dr Mahathir sebagai alat untuk meraih pengundi Melayu," katanya selepas berucap pada Ceramah Khas PRU-14, di sini malam tadi.

Mohammad Fairus yang keluar dari PKR pada 2010 sebelum menyertai UMNO berkata, sudah tentunya secara peribadi, semua rakyat sedih apabila Dr Mahathir akhirnya menjadi orang yang khianat kepada agama dan bangsa.

Bagaimanapun, beliau tetap optimis dan yakin pengundi tidak menggunakan pemikiran yang singkat dan laporan sebelum ini sudah membuktikan semuanya.

Katanya, rakyat tidak mahu memilih manusia atau parti yang tidak berprinsip kerana negara memerlukan kestabilan.

"Kita harus membangunkan negara ini demi masa depan anak cucu kita dan ia dilakukan dengan kestabilan dan prinsip adab yang dilakukan bagi menghormati antara satu sama lain...tapi ini tiada dalam pakatan pembangkang.

"Mereka sehingga sekarang tidak berupaya menubuhkan satu pakatan yang rasmi berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)...kalau perkara kecil tidak boleh laksana, usah kita harapkan perkara besar pula," katanya. - Berita Harian

Sunday 29 April 2018

Projek LJK Terangi Balik Pulau


BALIK PULAU 28 April - Jika dahulu ramai memilih tidak menggunakan laluan di kawasan ini khususnya pada waktu malam kerana keadaan jalan gelap dan berbahaya, namun keadaan kini jauh berubah melalui projek Lampu Jalan Kampung (LJK) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Projek LJK Fasa 8 yang dilaksanakan oleh KKLW dengan kerjasama Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak 10 tahun lalu itu ter­nyata memberi sinar baharu kepada penduduk dan pelancong untuk ke bahagian barat Pulau Pinang.

Selain Balik Pulau, lima lagi kawasan Parlimen iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor, Batu Kawan, Permatang Pauh dan Ni­bong Tebal turut menerima kemudahan itu yang memberi manfaat kepada lebih 800,000 penduduk di 554 buah kampung di negeri ini.

Pemasangan lampu ja­lan jenis diod pemancar cahaya (LED) dan High Pressure Sodium Vapour (HPSV) melalui LJK8 merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menerangi laluan dan kawasan penduduk di luar bandar.

Penduduk Teluk Kumbar, Alizan Osman, 50, berkata, pemasa­ngan lampu jalan itu secara tidak langsung meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan terutama di beberapa kawasan berisiko.

Penduduk dari Kampung Matahari Naik, Salelah Salleh, 52, pula mengakui kemudahan tersebut membolehkan penduduk kam­pung mengadakan pelbagai aktiviti pada waktu malam sekali gus menjadikan suasana kampung semakin ceria.

“Ramai penduduk memilih untuk tidak keluar pada sebelah malam sebelum ini kerana bimbang soal keselamatan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Lampu Jalan Kampung (LJK9) Peringkat Pulau Pinang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kumbar, Siti Nurul A’in Ja’afar, 15, projek LJK memudahkan orang ramai terutama golongan pelajar sepertinya menunggang basikal dan berjalan kaki ke sekolah pada awal pagi tanpa rasa bimbang walaupun hari masih gelap.

“Walaupun jarak dari rumah ke sekolah hanya kira-kira 500 meter, timbul juga perasaan takut kerana keadaan jalan yang gelap tanpa lampu jalan,” katanya.

Sementara itu, penunggang mo­tosikal, Syawal Jamaludin, 36, berpendapat kemudahan yang disediakan kerajaan itu bukan hanya memberi keselesaan kepada penduduk malah memberi banyak impak positif kepada pembangunan di Balik Pulau.

“Kemudahan jalan raya yang selesa amat penting kepada penduduk dan orang luar untuk datang ke sini kerana sebelum ini ramai yang mengelak untuk ke sini kerana keadaan jalan yang gelap,” katanya. - Utusan Online

Saturday 28 April 2018

Pertandingan Tiga Penjuru Di Tasek Gelugor


TASEK GELUGOR 28 April - Kerusi parlimen ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Shabudin Yahya, calon PKR, Marzuki Yahaya serta calon Pas, Rizal Hafiz Roslan.

Shabudin tiba di Pusat Penamaan Calon P042 di Dewan Orang Ramai Sungai Dua pada pukul 8.30 pagi ditemani hampir 1,000 penyokong dan menghantar borang pencalonan pada pukul 9.06 pagi.

Marzuki pula tiba kira-kira pukul 8 pagi dan menghantar borang pencalonan pada pukul 9.01 pagi manakala calon Pas, Rizal Hafiz menghantar borang pencalonan pada pukul 9.14 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya P042, Marlia Mohd. Belia yang mengendalikan proses penamaan calon mengumumkan ketiga-tiga calon berkenaan layak bertanding pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Sementara itu, pertandingan empat penjuru berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan apabila wakil BN, Nor Hafizah Othman dicabar Azman Shah Othman (PRM); Mohd. Sobri Salleh (Pas) dan Datuk Mohd. Shariff Omar (PKR).

Pertandingan empat penjuru turut berlaku di kerusi DUN Teluk Air Tawar apabila calon BN, Datuk Zamri Che Ros berdepan wakil Pas, Haniff Haron; Lee Thian Hong (PRM) dan Mustafa Kamal Ahmad (PKR).

BN menerusi Muhammad Yusuff Mohd. Nor pula turun mempertahankan kerusi DUN Sungai Dua dengan dicabar Zahadi Ahmad (Pas) dan Yusri Ishak yang merupakan calon PKR. - Utusan Online

Tun Abdullah Hadir Beri Sokongan Kepada Calon Kawasan Parlimen Kepala Batas


KEPALA BATAS 28 April - Walaupun tahap kesihatannya kurang memuaskan, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetap bersemangat hadir memberi sokongan kepada keempat-empat calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam kawasan Parlimen Kepala Batas.

Abdullah, 79, yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas tiba di Sekolah Menengah Sains (SMS) Kepala Batas kira-kira pukul 8.10 pagi tadi dan disambut Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas yang disandangnya.

Beliau kemudian meluangkan masa hampir 20 minit untuk memberi kata-kata semangat sebelum kesemua calon berarak ke pusat penamaan calon yang terletak hampir tiga kilometer (km) dari sekolah terbabit.

Keempat-empat calon yang diketuai Reezal Merican itu tiba di pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.59 pagi tadi dengan diiringi lebih 2,000 penyokong.

Dalam pada itu, empat calon daripada gabungan pembangkang PKR iaitu Dr. Zaidi Zakaria (Parlimen Kepala Batas), Khalid Mehtab Mohd. Ishaq (Bertam), Yaacob Osman (Penaga) dan Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (Pinang Tunggal) tiba di pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.38 pagi.

Ini dikuti keempat-empat calon Pas iaitu Siti Mastura Muhammad (Parlimen Kepala Batas), Yusni Mat Piah (Penaga), Mokhtar Ramli (Bertam) dan Bukhori Ghazali iaitu calon untuk kerusi DUN Pinang Tunggal. - Utusan Online

Friday 27 April 2018

Tidak Gentar Lawan Bekas Bos - Nor Hafizah Othman Calon BN N04


TASEK GELUGOR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman tidak gentar berdepan calon dari pakatan pembangkang, Datuk Seri Shariff Omar iaitu 'bekas bos' ketika memegang jawatan Ketua Puteri Bahagian Tasek Gelugor.

Nor Hafizah, 42, berkata beliau menghormati Shariff ketika sama-sama bekerja di bawah satu bumbung bahkan mengakui ilmu politik yang diperolehnya adalah melalui pemimpin berkenaan.

Bagaimanapun, demi perjuangan BN dan UMNO bahagian, beliau terpaksa menentang bekas sifunya itu yang mengumumkan bertanding di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU-14).

"Saya bekerja dengan (Datuk Seri) Shariff dalam tempoh lapan tahun lalu dan melalui beliau, banyak sangat saya belajar mengenai selok belok politik.

"Ilmu itu secara tidak langsung meluaskan pengalaman saya dalam bidang politik hingga dilantik menjawat beberapa jawatan yang ia juga memberi kelebihan serta tidak gentar untuk saya menentang bekas bos sendiri," katanya ketika ditemubual pemberita di Pejabat UMNO Tasek Gelugor, di sini, hari ini.

Kesemua DUN dalam Parlimen Tasek Gelugor akan menyaksikan perlawanan empat penjuru antara BN, pakatan pembangkang, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Nor Hafizah berkata, strategi BN meletakkan dirinya sebagai calon atas tiket kuota wanita di kawasan Permatang Berangan memecah tradisi yang sebelum itu didominasi pemimpin lelaki.

"Ini adalah penghormatan besar yang diberikan kepada wanita dan meningkatkan semangat saya untuk mengekalkan kawasan ini menjadi milik BN.

"Pada peringkat awal mungkin pengundi di kawasan ini tidak terbiasa dengan calon wanita kerana selalu melihat calon lelaki sahaja di kawasan mereka, tetapi melalui pengalaman saya, ia tidak akan menjadi masalah untuk menarik pengundi kerana sejak dulu lagi saya turun ke padang membantu jentera maka penduduk mengenali saya," katanya.

Nur Hafizah yang juga seorang peguam adalah lulusan daripada Universiti Islam Antarabangsa(UIA).

Selain memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor, beliau adalah Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. - Berita Harian

Thursday 26 April 2018

Tampil Calon Baharu Penuhi Cita Rasa Semasa


KEPALA BATAS: Strategi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menampilkan 31 calon muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bukan bermakna 'takut' seperti yang digambarkan pakatan pembangkang, sebaliknya memberi isyarat jelas kepada rakyat bahawa ia mengikut cita rasa dan keperluan semasa.

Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata calon yang diletakkan BN negeri dilihat mampu memberi tawaran yang lebih baik kepada rakyat apabila terdiri daripada gandingan baharu dan lama.

Katanya, penampilan calon muka baharu juga menampakkan BN menolak pemimpin yang sudah 'usang' dengan memberi laluan kepada mereka yang lebih layak dan muda untuk mendokong inspirasi negara.

"Kita tak nak pemimpin berusia 93 tahun, 84 tahun dan pemimpin anak beranak seperti tiada orang lain lagi yang layak kerana sampai bila nak ada perubahan jika ia dipimpin orang yang datang pada masa lampau.

"Syukurlah BN tidak seperti itu apabila kita mempunyai semangat untuk merekayasakan parti dan kepimpinan negeri serta negara untuk pastikan berlakunya kelangsungan dalam kepimpinan hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Calon Pakatan Harapan Parlimen Kepala Batas, Dr Zaidi Zakaria yang menyatakan bahawa strategi BN negeri menampilkan 31 calon muka baharu dilihat mereka tidak yakin pada wakil rakyat lama untuk menarik pengundi khususnya generasi Y pada PRU kali ini.

Reezal Merican ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada 180 pesawah di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, meletakkan calon muka baru adalah keperluan semasa dan kesinambungan parti dengan berharap ia melahirkan persaingan sihat antara parti yang bertanding.

Sementara itu, Reezal Merican yang juga calon BN kerusi Parlimen Kepala Batas berkata, penampilan calon baharu dan muda penting kerana dasar transformasi negara yang kini mahu menuju ke arah 2050.

"Bila kita nak buat sesuatu perkara yang bersifat futuristik di masa hadapan sudah tentu kita kena tampilkan calon baharu dan muda," katanya. - Berita Harian

Wednesday 25 April 2018

BN P. Pinang Tampil 60 Peratus Calon Baharu


PULAU PINANG - Barisan Nasional (BN) negeri akan menampilkan 60 peratus atau 31 daripada 53 calon muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Secara keseluruhan, UMNO meletakkan 40 peratus calon baharu manakala Gerakan dan MCA masing-masing menampilkan 43 dan 75 peratus muka baharu.

Sementara itu, MIC turut ‘berwajah baharu’ apabila meletakkan 100 peratus muka baharu untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai dan Bagan Dalam.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, tujuh daripada keseluruhan calon muka baharu itu berusia bawah 40 tahun manakala calon termuda berusia 32 tahun.

“Daripada baki 22 calon yang juga muka lama, 10 merupakan penyandang kerusi masing-masing manakala 12 lagi adalah calon yang bertanding semula,” katanya yang memberitahu, BN negeri turut meletakkan enam calon wanita untuk bertanding kali ini.

Pengumuman senarai penuh calon dibuat Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar di ibu pejabat Gerakan negeri, di sini hari ini. - Utusan Online

BN Pulau Pinang Tampil Pasukan Terkuat


PULAU PINANG - Barisan Nasional (BN) negeri ini menampilkan calon-calon yang disifatkan pasukan terkuat untuk memberi saingan kepada gabungan pembangkang PKR khususnya DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, calon-calon BN yang dibarisi 60 peratus muka baharu itu bakal menjadi alternatif kepada penduduk negeri ini bagi membentuk sebuah kerajaan negeri baharu.


“Kita tegaskan sekali lagi yang mana kesemua calon BN ini turun bertanding pada PRU-14 untuk memenangi semua kerusi di ne­geri ini.

“Inilah pasukan terkuat kita dan kita yakin menjadi pilihan kepada penduduk negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas pengumuman calon BN bagi PRU-14 di pejabat Gerakan Georgetown di sini hari ini.

Pengumuman yang dibuat oleh Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar itu menampilkan 31 daripada 53 calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri daripada muka-muka baharu di samping enam calon wanita.

Daripada jumlah itu, seba­nyak tujuh calon berusia di bawah 40 tahun dengan calon termuda berusia 32 tahun iaitu Koo Pei Che di DUN Batu Lanchang.

Secara keseluruhan juga, Gerakan meletakkan 40 peratus calon baharu; UMNO (40 peratus); MCA (75 peratus) dan MIC (100 peratus).

Daripada baki 22 calon lama pula, 10 daripada mereka merupakan penyandang manakala 12 bertanding semula.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, gabungan calon berpengalaman dan 40 peratus muka baharu parti tersebut menunjukkan proses perubahan dan kematangan dalam UMNO negeri untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Kesemua calon ini juga adalah pilihan pengundi tempatan yang mahukan mereka kerana kerja-kerja yang dilakukan selama ini terutama calon yang me­nyandang kerusi masing-ma­sing,” katanya. - Utusan Online

Tuesday 24 April 2018

Senarai Penuh Calon BN P. Pinang


GEORGE TOWN, 24 April – Berikut ialah senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.


P041 KEPALA BATAS
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (UMNO)


N01 PENAGA
Datuk Mohd Zain Ahmad (UMNO)


N02 BERTAM
Shariful Azhar Othman (UMNO)


N03 PINANG TUNGGAL
Datuk Roslan Saidin (UMNO)


P042 TASEK GELUGOR
Datuk Shabudin Yahaya (UMNO)


N04 PERMATANG BERANGAN
Nor Hafizah Othman (UMNO)


N05 SUNGAI DUA
Muhamad Yusoff Mohd Nor (UMNO)


N06 TELOK AYER TAWAR
Datuk Zamri Che Ros (UMNO)


P043 BAGAN
Lee Beng Seng (MCA)


N07 SUNGAI PUYU
Lim Hai Song (MCA)


N08 BAGAN JERMAL
Ang Chor Keong (MCA)


N09 BAGAN DALAM
J.Dhinagaran (MIC)


P044 PERMATANG PAUH
Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (UMNO)


N10 SEBERANG JAYA
Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin (UMNO)


N11 PERMATANG PASIR
Anuar Faisal Yahaya (UMNO)


N12 PENANTI
Suhaimi Sabudin (UMNO)


P045 BUKIT MERTAJAM
Gui Guat Lye (MCA)


N13 BERAPIT
Goh Swee Gim (MCA)


N14 MACHANG BUBUK
Datuk Tan Teik Cheng (MCA)


N15 PADANG LALANG
Kuan Hin Yeep (MCA)


P046 BATU KAWAN
B. Jayanthi Devi (GERAKAN)


N16 PERAI
M. Suresh (MIC)


N17 BUKIT TENGAH
Dr Thor Teong Gee (GERAKAN)


N18 BUKIT TAMBUN
Hartini Tan Abdullah (GERAKAN)


P047 NIBONG TEBAL
Datuk Dr Shaik Hussein Mydin (UMNO)


N19 JAWI
Dr Kiew Hen Chong (GERAKAN)


N20 SUNGAI BAKAP
Datuk Mohamed Sani Bakar (UMNO)


N21 SUNGAI ACHEH
Datuk Mahmud Zakaria (UMNO)


P048 BUKIT BENDERA
Andy Yong Kim Seng (GERAKAN)


N22 TANJONG BUNGA
Teng Chang Yeow (GERAKAN)


N23 AIR PUTIH
Tang Heap Seng (MCA)


N24 KEBUN BUNGA
Ooi Zhi Yi (GERAKAN)


N25 PULAU TIKUS
Loo Jieh Sheng (GERAKAN)


P049 TANJONG
Ng Siew Lai (GERAKAN)


N26 PADANG KOTA
H’ng Khoon Leng (GERAKAN)


N27 PENGKALAN KOTA
Lim Swee Bok (MCA)


N28 KOMTAR
Tan Hing Teik (MCA)


P050 JELUTONG
Baljit Singh (GERAKAN)


N29 DATUK KERAMAT
Lee Boon Ten (GERAKAN)


N30 SUNGAI PINANG
Ng Fook On (GERAKAN)


N31 BATU LANCHANG
Peggie Koo Pei Chee (GERAKAN)


P051 BUKIT GELUGOR
Low Joo Hiap (MCA)


N32 SERI DELIMA
Khoo Kay Teong (MCA)


N33 AIR ITAM
Tan Kah Leong (GERAKAN)


N34 PAYA TERUBONG
Wong Chin Chong (MCA)


P052 BAYAN BARU
Chuah Seng Guan (MCA)


N35 BATU UBAN
H’ng Chee Wey (GERAKAN)


N36 PANTAI JEREJAK
Oh Tong Keong (GERAKAN)


N37 BATU MAUNG
Datuk Liakat Ali Mohamed Ali (UMNO)


P053 BALIK PULAU
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (UMNO)


N38 BAYAN LEPAS
Rusli Hashim (UMNO)


N39 PULAU BETONG
Datuk Muhammad Farid Saad (UMNO)


N40 TELOK BAHANG
Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (UMNO)