This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday 31 March 2018

Pemikiran Pengundi Muda Sangat Kompetitif – Khairy

 

KUALA TERENGGANU, 31 Mac – Corak pemikiran pengundi muda yang kompetitif menjadi pembakar  semangat Pemuda UMNO untuk terus mendekati, memahami dan membantu mengatasi  permasalahan mereka, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata sebab itu manifesto Pemuda UMNO bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan dilancarkan pada 10 April ini  memberi penekanan terhadap keperluan golongan muda  termasuk soal perumahan dan peluang perkerjaan.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan  berkata Pemuda UMNO  selama ini mengambil pelbagai pendekatan dalam menggempur dan menawan hati golongan muda termasuk mendekati dan memahami permasalahan yang dihadapi mereka.

“Pengundi  muda ni sangat kompetatif… saya akui pengundi muda ini bukan semua yang sokong BN (Barisan Nasional) dan bukan semua yang sokong pakatan (pembangkang). Sebab itu kami  kena kerja  kuat.., jangan  alpa dan jangan ambil mudah (keperluan orang muda),” katanya.

Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN  berkata demikian kepada pemberita selapas Pelancaran Briged Gempur 2314 Pemuda BN  Terengganu yang dirasmikan  Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Terengganu Mohd Johari Abu Bakar.

Katanya beliau akan turun padang ke seluruh negara untuk mendapatkan sokongan golongan muda terhadap BN bagi memastikan kemenangan terus berpihak kepada parti komponen itu pada PRU14.

Dalam usaha menjejak orang muda, Khairy berkata jentera Pemuda dengan kerjasama Wanita dan Puteri UMNO telah bergerak ke masjid, rumah ke rumah dan  kedai kopi.

Katanya mengikut rekod, di Terengganu daripada 669,546 pemilih, seramai 196,535 pemilih terdiri daripada lelaki Melayu muda dan sehingga kini Pemuda UMNO Terengganu telah berjaya menjejak seramai 74,179 pengundi ‘putih’.

“Dalam manifesto yang akan  kita umumkan nanti… kita akan pastikan kita akan bina perumahan transit di Kuala Terengganu,  di kawasan bandar besar dan pinggiran bandar untuk beri keselesaan pada  orang muda.

“Ia berbeza dengan (manifesto) pembangkang yang memberi isu yang tidak relevan… isu yang basi. Kita (manifesto Pemuda UMNO) memberi harapan lima tahun akan datang, harapan mereka (orang muda)  30 tahun akan datang (Transformasi Nasional 2050),” tegasnya yang turut menyatakan manifesto yang bakal dibentang adalah ‘hebat’.

Sementara itu, Ahmad Razif yang juga pengerusi BN Terengganu berkata berikutan hampir  50 peratus pemilih berdaftar di Terengganu adalah golongan muda, BN negeri turut mencadangkan calon orang muda kepada pucuk pimpinan untuk dipilih bertanding pada PRU14. - Bernama

PM Mahu Teruskan Legasi Tun Razak Bela Nasib Masyarakat Luar Bandar


PEKAN, 31 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berazam menjadikan legasi Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar termasuk golongan peneroka sebagai landasan perjuangannya memerintah negara.

Menurut Najib, beliau ingin meneruskan legasi itu secara menyeluruh kerana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  sendiri amat dekat di hati ayahandanya.

“Belum ada pemimpin di negara ini yang mempunyai rumah model peneroka di hadapan rumahnya sendiri di Seri Taman, malah sebelum meninggal, Allahyarham sempat berpesan supaya model rumah peneroka itu mesti kekal untuk mengingatkan semua pihak termasuk saya bahawa Felda dan pembangunan luar bandar adalah asas perjuangan Tun Abdul Razak.

Oleh itu sebagai generasi terkemudian, wajib bagi kita meneruskan perjuangannya, saya tahu bukan sahaja kita patut doakan rohnya, tetapi beliau juga mahukan perjuangan yang telah diasaskan sebelum ini tidak mati dan tidak terkubur.

Sebaliknya terus membara sehingga hari ini dan pada masa akan datang dan untuk ini kita perlu merancangkan program tambahan kerana dunia kini telah berubah, dunia 60an dan 70an tidak sama dengan dunia hari ini.

“Keadaan sekitar mungkin berubah, tetapi semangat dan nilai perjuangan kita tidak berubah sedikit pun… sebaliknya kita jadikan itu sebagai azimat untuk terus dihayati dan teruskan perjuangannya,” katanya ketika berucap merasmikan progam Jimat Belanja Dapur peringkat Kebangsaan di Padang Awam, Bandar Dara Chini di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin  Amiruldin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif dan Pengerusi Hal Ehwal Felda Negeri Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Untuk terus membela nasib masayarakat Felda, katanya, kerajaan menjalin hubungan baik dengan kerajaan China dan India untuk memasarkan hasil minyak sawit negara.

“Kalau China membeli RM1.3 bilion nilai minyak sawit, India RM1 billion, harga minyak sawit akan terus naik dan siapa yang senang…sudah tentu masyarakat Felda kerana mempunyai pendapatan yang lebih.

Tetapi kalau dengar kata pembangkang apa sahaja yang kita lakukan, dia nak batalkan kontrak dengan negara China dan kalau berbuat demikian negara itu tidak akan membeli lagi minyak sawit daripada Malaysia.

“Jika perkara itu berlaku, harga minyak sawit akan turun dan apabila turun menggelupurlah peneroka semua. Tetapi di bawah pimpinan saya, kerajaan akan teruskan perjuangan ini dan kerana itu kita perlu terus menyokong kerajaan BN,” kata perdana menteri.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata keadaan itu jauh berbeza dengan seorang pemimpin ‘ranum’ yang pernah memerintah negara sebelum ini yang tidak pernah memikirkan tentang nasib masyarakat luar bandar.

“Saya dah kerja lama di bawah beliau, jadi saya tahu perangainya…saya boleh baca satu persatu,  dia tidak pernah berhasrat untuk bantu orang luar bandar, bukan nak cakap tetapi apa yang saya lakukan pada masa kini jauh lebih baik daripada pemimpin berkenaan.

Berdasarkan rekod, golongan peneroka, kita bagi lebih insentif, begitu juga dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda saya beri peruntukan RM2.7 bilion bagi tempoh 2011 hingga 2020 untuk membangunkan sistem pengairan.

Malah tidak pernah dalam sejarah, pesawah dapat bayaran bulanan RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, malah nelayan juga dapat insentif,” katanya. - Bernama

Friday 30 March 2018

Pemuda UMNO Cabar Azmin, Guan Eng Berdebat


KUALA LUMPUR 30 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berdebat mengenai isu perumahan yang gagal diselesaikan di kedua-dua negeri pimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP itu.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan (HELP) Pemuda UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, isu sembilan projek perumahan mampu milik yang dibatalkan oleh kerajaan PKR Selangor dan perumahan gagal dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang itu masih menjadi isu yang perlu diselesaikan.

Katanya, kedua-dua pe­mim­pin kerajaan negeri ber­­kenaan sering memu­tarbelitkan isu perumahan itu dengan menyalahkan Kerajaan Persekutuan.

“Pemuda UMNO sangat kecewa dengan isu ini yang seolah-olah dipermainkan oleh kepemimpinan kedua-dua ke­rajaan negeri itu sekali gus menyebabkan harapan anak-anak muda yang berpendapatan rendah musnah untuk memiliki kediaman sendiri.

“Oleh demikian, Pemuda UMNO bertegas mencabar un­tuk berdebat dalam isu peru­mahan dengan kedua-dua pe­mimpin tertinggi negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan PKR Selangor membuat keputusan mengejut apabila membatalkan sembilan projek Rumah Selangorku dengan memberikan alasan kegagalan pemaju mendapatkan kebenaran me­rancang sebagai punca tindakan tersebut terpaksa dibuat manakala kerajaan DAP Pulau Pinang pula gagal membina rumah mampu milik di negeri itu.

Mengulas lanjut, Nazir Hussin berkata, beliau sendiri akan menjadi wakil Pemuda UMNO dan mencabar Mohamed Azmin serta Guan Eng berani menyahut cabaran dalam perdebatan tersebut.

Jelas beliau kedua-dua pe­mimpin itu gagal membina ru­mah yang telah dijanjikan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

“Perdebatan ini bertujuan untuk menegakkan keadilan dan memastikan hak orang muda di Selangor dan Pulau Pinang terjamin.

“Tidak perlu menteri-menteri Kabinet yang hadir berdebat kerana kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah berjaya melaksanakan semua janji sebelum ini,” katanya. - Utusan Online

Briged Gempur Satukan Pemuda BN Kelantan Hadapi PRU-14


TANAH MERAH 30 Mac – Briged Gempur 2314 Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan di negeri Kelantan hari ini mampu menyatupadukan pemuda di seluruh negeri ini.

Buktinya, apabila seramai 5,000 orang hadir dalam majlis pelancaran berkenaan yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pemuda BN di negeri ini perlu bergerak sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Semua Pemuda BN baik dari jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Machang mahupun Tanah Merah perlu kerja berpasukan demi memastikan kemenangan milik BN di negeri ini.

“Malah, saya juga mahu Pemuda MCA dan MIC di negeri ini mempunyai Briged Gempur juga kerana pemuda merupakan sayap penting yang akan menentukan jatuh ba­ngun sesebuah parti,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum majlis pelancaran briged berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Nege­ri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Sementara itu, Khairy berkata, briged tersebut merupakan jentera utama parti yang sinonim dengan Pemuda BN.

“Ini termasuklah kerja-kerja pemasangan bendera, poster, kawalan keselamatan serta portfolio baharu seperti biro penerangan dan komunikasi yang ditubuhkan demi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya nanti.

“Malah, ini juga merupakan pelancaran jentera pilihan raya se­cara rasmi di setiap negeri dan esok saya akan lancarkan di Terengganu dan dalam masa dua minggu lagi, kita jangka semua pelancaran briged berkenaan selesai di setiap negeri,” jelasnya. - Utusan Online

Thursday 29 March 2018

Pembangkang Dangkal...Gagal Bezakan TN50 Dengan Manifesto Untuk Orang Muda


KUALA LUMPUR, 29 Mac – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun membidas kenyataan mereka yang tidak bertanggungjawab kononnya manifesto khusus buat golongan muda yang diwujudkan bersempena dengan Pilihanraya Umum ke – 14 (PRU14) adalah kerana Transformasi Nasional (TN50) gagal mencapai agendanya.

Jelas beliau, kenyataan tersebut adalah satu kenyataan yang dangkal dan membuktikan pembangkang sebenarnya keliru dan tidak faham perancangan TN50 itu sendiri.

“Saya rasa di kalangan pengamal media sosial terutama di pihak pembangkang, mereka sengaja memutar-belitkan hasrat yang kerajaan telah anjurkan ini. TN50 adalah satu perancangan panjang untuk tempoh 30 tahun manakala manifesto pula adalah perancangan untuk tempoh 5 tahun selepas PRU… ini berbeza.

“Perancangan TN50 masih berlanjutan dan betul… sebahagian dalam perancangan TN50 itu boleh dilaksanakan sekarang tanpa perlu menunggu 30 tahun akan datang dan ia mungkin akan dimasukkan dalam manifesto, tetapi jangan kita lihat kekeliruan itu tapi lihat nikmat dan kebaikan yang akan kita bentangkan.

“Semua ini untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak muda itu sendiri,”

Tambah beliau, sebenarnya memang sudah menjadi lumrah pembangkang yang suka bermain dengan isu dan mengambil sahaja peluang untuk memutar-belitkan kenyataan. - umno online

Kalau Tidak Reti MATEMATIK Tidak Perlulah Masuk Politik


“Kalau tidak reti matematik, tidak perlulah masuk politik,” itu pula pendapat Duta TN50,

Beliau berkata demikian kerana menyifatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan sedemikian tidak pernah membuat kajian dan tidak tahu apa itu TN50.

“Kena tanya balik kepada yang berkata demikian kerana mereka berpayungkan individu yang mengilhamkan Wawasan 2020. Ketika Wawasan 2020 dilhamkan pada tahun 1991, dari tahun tersebut sampai 2003, adakahkah diwujudkan manifesto atau tidak ada janji pilihan raya?

“Kalau ada, maka gunakanlah akal kerana manifesto pilihan raya hanya untuk lima tahun, janji TN50 adalah untuk 30 tahun. Jadi kalau tidak reti matematik tidak perlulah masuk politik,” bidas beliau. - umno online

Wednesday 28 March 2018

Pemuda UMNO Gesa Invoke Disiasat


PUTRAJAYA: Pihak berkuasa diminta segera menyiasat organisasi Invoke Malaysia, pusat kaji selidik propembangkang yang diterajui Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang didakwa menceroboh lebih 17 juta data peribadi rakyat negara ini.

EXCO Pemuda UMNO, Ibdillah Ishak, membuat laporan berasingan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.

Ibdillah berkata, pihaknya berbuat demikian bagi menggesa satu siasatan dijalankan segera terhadap pusat kaji selidik itu kerana disyaki wujud elemen meragukan mengenai kaedah digunakan dalam menghasilkan laporan pola pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, Invoke Malaysia yang diterajui Rafizi yang juga Naib Presiden PKR dipersoal sama ada mereka mendapatkan data peribadi itu secara sah atau sebaliknya kerana menerusi kaji selidik itu, mereka dikatakan berjaya menghubungi lebih 17 juta rakyat Malaysia.

"Persoalannya, adakah Invoke (Malaysia) memperoleh data peribadi rakyat Malaysia ini secara sah? Ataupun adakah Invoke terbabit dalam mencuri data peribadi berjuta-juta rakyat Malaysia? Siapakah sumber yang memberi data ini kepada mereka?

"Adakah Invoke mendapat kebenaran daripada JPDP untuk menyimpan, seterusnya menggunakan data ini? Malah maklum balas JPDP memaklumkan bahawa mereka tidak pernah berkongsi data dengan Invoke.

"Sehubungan itu, Pemuda UMNO menggesa polis dan JPDP menyiasat dakwaan pencerobohan ini dengan segera," katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di luar IPD Putrajaya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata hasil kajian Invoke Malaysia kononnya Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi PRU-14 di lima negeri termasuk Kedah, Perak dan Johor selain mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang.

Hasil kaji selidik itu turut mendapati PAS gagal memenangi kerusi Parlimen pada PRU-14, selain Kelantan akan dimenangi BN.

Ibdilillah berkata, pihaknya khuatir Invoke mempunyai agenda tertentu terutama untuk mengeluarkan keputusan palsu PRU-14 lebih awal daripada keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tujuan mereka melakukan itu adalah untuk mengelirukan rakyat untuk tidak menerima keputusan rasmi sekiranya keputusan PRU tidak berpihak kepada pembangkang.

"Kami bimbang sekiranya wujud suasana ketidaktenteraman awam dan ketidakstabilan politik hasil daripada dakyah dilakukan mereka ini," katanya. - Berita Harian

Ekspo Pemuda BN Tawar 20,000 Peluang Pekerjaan


KUALA LUMPUR – Lebih 20,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan sempena Ekspo Pemuda Barisan Nasional (BN) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 14 dan 15 April ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, ekspo terbesar yang bakal disertai lebih 300 agensi dan syarikat korporat juga dijangka menerima kunjungan lebih 50,000 golongan muda dari seluruh negara.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan ekspo berkenaan.

“Ekspo yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 10 malam itu dilihat berperanan sebagai pusat sehenti membantu golongan muda mendapatkan maklumat mengenai pelbagai peluang, skim, program dan insentif terkini terdapat dalam pasaran.

“Malah, pengunjung boleh membuat pendaftaran tanpa dikenakan bayaran kemasukan,” katanya dalam sidang akhbar di bilik media bangunan Parlimen, hari ini. - Utusan Online

Pemimpin Dap Beri Contoh Terbaik Bagaimana Berita Palsu Dihasilkan


KUALA LUMPUR, 27 Mac – Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata adalah tidak menghairankan mengapa pemimpin Dap begitu kuat sekali menentang Rang Undang-Undang Berita Palsu.

Beliau merujuk kenyataan media  Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan Dap  merangkap Pengerusi Dap  Johor dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, hari ini yang menyebut mengenai tiga langkah Datuk Seri Najib Razak untuk menghapuskan Pakatan Harapan.

“Langkah kedua Datuk Seri Najib adalah kononnya untuk mengekang media digital di mana, kata Liew Chin Tong, ‘penggantungan portal berita The Malaysian Insight dan pelbagai kumpulan media sosial berpengaruh dalam minggu-minggu pilihan raya umum boleh dilihat sebagai usaha Najib untuk mengawal dan menekan media dalam talian’ manakala ‘Rang Undang-Undang Berita Palsu juga mungkin akan disalahgunakan sewaktu pilihan raya’.

“Gambaran yang diberikan oleh kenyataan media Liew Chin Tong ini adalah penggantungan portal berita The Malaysian Insight dibuat oleh pihak kerajaan dan berpunca daripada tindakan pihak kerajaan ‘untuk mengawal dan menekan media dalam talian’”, katanya dalam tulisan di Facebook beliau di sini, hari ini.

Walhal tegas Dr Kamarul, Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insight, Jahabar Sadiq, pada 23 Mac lalu menyebut bahawa penggantungan/penghentian operasi The Malaysian Insight ini adalah dibuat oleh pihak The Malaysian Insight sendiri, bukannya oleh pihak kerajaan.

“Alasan yang diberikan oleh Jahabar Sadiq ke atas penggantungan/penghentian operasi The Malaysian Insight ini adalah ‘kerana persekitaran kewangan yang mencabar’ dan ‘kerana (ia) terlepas jangka masa perancangan utama untuk memperkenalkan sistem pembayaran berita, serta trafik laman(nya) juga tidak mencapai tahap sasaran yang ditetapkan’.

“Inilah perangai pemimpin Dap, sanggup menyebarkan berita palsu demi memarakkan sentimen kebencian rakyat bukan sahaja kepada Pas malah juga kepada UMNO”, ujarnya.

Justeru jelas beliau tidak hairanlah mengapa pemimpin Dap begitu kuat sekali menentang Rang Undang-Undang Berita Palsu. –MediaUMNO

TPM Zahid Sangkal Dakwaan Pembangkang


TAMPIN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan bankrap.

Beliau berkata kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh dibuktikan menerusi peruntukan yang diumumkan kerajaan selama ini demi kesejahteraan rakyat.

“Saya bukan nak riak atau takbur, apa yang diumumkan adalah satu manifestasi hubungan baik wakil rakyat dan kerajaan negeri yang dipilih serta kerajaan pusat adalah daripada parti yang sama. Ini (peruntukan yang diluluskan) bukan dedak atau gula-gula,” kata Ahmad Zahid.

Kerajaan tidak akan dapat menyediakan peruntukan ini jika ia bangkrap, jika hutang meningkat dan sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) digunakan untuk membayar 1MDB (1Malaysia Development Berhad), seperti yang didakwa, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Tampin di sini yang turut dihadiri anggota Parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mengambil contoh peruntukan yang diluluskan hari ini untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh dan Gemas, masing-masing bagi pembinaan sebuah kompleks sukan dan sebuah jambatan baharu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kerajaan bankrap.

“Kalau kerajaan bankrap, macam mana saya boleh luluskan peruntukan RM5 juta untuk kompleks sukan (di Gemencheh) dan RM3.5 juta jambatan baharu (di Gemas)?. Kerajaan tidak bankrap, kerajaan ada duit dan kita kerajaan mahu menolong rakyat,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan juga amat prihatin dengan isu yang membelenggu rakyat seperti kos sara hidup, pendidikan dan keselamatan.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, semua isu itu sedang dan telah ditangani.
“Misalnya kos sara hidup, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sedar, saya pun sedar dan sebab itulah kita luluskan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara.

“Secara perbandingannya, tiada sebuah negara di dunia ini yang harga barangnya tidak meningkat kerana kos pengeluaran dan kos pengangkutan meningkat dan yang paling kita mahu hapuskan ialah keuntungan luar biasa oleh orang tengah,” kata Ahmad Zahid.

Menyentuh isu pendidikan, timbalan perdana menteri ketika berucap di hadapan 7,000 hadirin berkata ketiadaan yuran sekolah dan yuran peperiksaan membuktikan kerajaan amat prihatin dengan soal pendidikan.

“Dalam hal pendidikan, kos pendidikan kalau bersekolah di sekolah kerajaan pasti tiada kenaikan kos. Mengikut kajian NGO (pertubuhan bukan kerajaan) antarabangsa, hanya Malaysia sahaja yang mengambil kepedulian yang tinggi terhadap persekolahan sama ada di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Secara automatik, ibu bapa mendapat peruntukan daripada kerajaan secara purata RM300. Masalahnya apabila yuran-yuran ini tidak dikenakan dan ditiadakan setiap tahun, tiada pun yang berterima kasih,” katanya.

Dalam soal keselamatan pula, Ahmad Zahid berkata penurunan indeks jenayah termasuk jenayah jalanan seperti ragut adalah hasil daripada pelbagai strategi yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata kesemua perkara yang menjadi kerisauan rakyat itu telah ditangani oleh kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata tiada pemimpin seperti Najib sebelum ini yang terus meluluskan peruntukan yang diminta wakil rakyatnya.

“Asalkan perkara itu munasabah ia akan diberikan,” katanya.

Mengambil contoh kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir Pas, beliau berkata kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri juga memberikan peruntukan yang besar kepada negeri berkenaan.

“Walaupun kutipan cukai yang dibayar kepada khazanah negara kurang kerana kurang kemampuan membayar cukai, Kelantan mendapat peruntukan yang lebih daripada cukai yang dibayar.

“Itu tanda kerajaan prihatin kepada rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada 10 balu anggota polis serta menyerahkan sijil kelayakan menduduki bangunan (CFO) dan kunci rumah kepada 176 penerima. - Bernama

Najib Contoh Terbaik Konsep Hubungan Ulama Dan Umara – Pengerusi Persatuan Jemaah Pondok-Pondok Kedah


JITRA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan contoh terbaik pemimpin yang sentiasa menekankan kepentingan hubungan ulama dan umara (pemimpin) sekali gus membantu menangkis fahaman ekstremisme di negara ini.

Pengerusi Persatuan Jemaah Pondok-Pondok Kedah, Sabri Osman berkata gabungan mantap antara golongan tersebut mampu menonjolkan kekuatan Islam selain menjadi benteng kepada anasir-anasir luar yang bertentangan dengan agama.

“Kerajaan hari ini sememangnya banyak memberikan perhatian kepada kepentingan pendidikan agama dan institusi agama memandangkan hari ini banyak perkara yang tidak kita ingini berlaku seperti kewujudan fahaman yang berlawanan.

“Sebab itu dengan adanya bantuan seperti institusi tahfiz dan pondok ini, kerajaan boleh bertukar-tukar pandangan dalam usaha memartabatkan lagi agama Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sarapan pagi perdana menteri bersama pelajar tahfiz di Madrasah Al-ulum Ad-diniah Al-usmaniah Pondok Tanjung Kapur di sini hari ini.

Katanya, pemerkasaan institusi tahfiz dan pondok melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) misalnya jelas membuktikan kerajaan sangat mengambil berat golongan agamawan di negara ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata pendidikan agama di peringkat sekolah pondok sangat dekat di hati kerajaan dan ia akan tetap diangkat menjadi dasar dan agenda penting kerajaan. - Bernama

Guan Eng, Li Koon Didakwa


PULAU PINANG - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon telah menandatangani perjanjian jual beli lot tanah dan banglo pada harga belian RM2.8 juta walhal nilaian semasa hartanah berkenaan adalah RM4.27 juta.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pihak pendakwaan dalam ucapan pembukaan yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Rashid Daud pada perbicaraan kes rasuah Guan Eng dan Li Koon di Mahkamah Tinggi di sini yang bermula hari ini.

Pihak pendakwaan turut menyatakan akan membuktikan Guan Eng telah membayar duti setem berjumlah RM122,100 atas nilai hartanah RM4.27 juta pada 8 September 2015.

Keterangan​ ​​juga ​menunjukkan pada 28 Julai 2015, Guan Eng, 58, yang dinamakan sebagai tertuduh pertama dan Li Koon tertuduh kedua telah menandatangani Perjanjian Jual/Beli bagi lot tanah dan rumah di No. 25, Jalan Pinhorn, George Town, di sini pada harga belian RM2.8 juta walhal nilai semasa bagi hartanah itu adalah RM4.27 juta.

Guan Eng mengetahui, harga belian RM2.8 juta adalah di bawah harga nilaian dan/atau harga pasaran selain mengetahui Li Koon mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.

​Mahkamah juga akan didedahkan dengan keterangan yang me­nunjukkan ​Li Koon telah bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan ​​ lot tanah dan rumah itu.

Abdul Rashid berkata, pihak pendakwaan akan menunjukkan, sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah menerima barangan berharga iaitu lot tanah dan rumah itu dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi daripada Li Koon yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi beliau.

​Menurut beliau, pihaknya akan membuktikan yang Li Koon telah membeli hartanah tersebut pada 2008 dengan harga RM2.5 juta de­ngan ansuran kepada Public Bank Bhd. sebanyak RM11,872 sebulan.

Saksi pendakwaan akan mengemukakan keterangan yang menunjukkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng telah menyewa rumah tersebut daripada Li Koon sejak 2009 hingga 2015 de­ngan bayaran RM5,000 sebulan.

Keterangan akan menunjukkan Li Koon mengalami kerugian RM6,872 sebulan dan jumlah kerugian selama tempoh sewaan Guan Eng sejak Julai 2009 hingga Jun 2015 berjumlah RM494,784.

Abdul Rashid menyatakan, keterangan akan menunjukkan kedua-dua tertuduh telah menandata­ngani perjanjian tambahan/pilihan bertarikh 23 Jun 2014 dan Guan Eng telah membuat bayaran melalui cek RM100,000 bagi membolehkan beliau diberikan pilihan untuk membeli rumah itu pada harga RM2.8 juta.

Kata beliau, ​pihak​nya​ juga akan mengemukakan keterangan yang menunjukkan ​Guan Eng​ selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri telah terlibat meluluskan permohonan ​​Magnificent Emblem Sdn. Bhd. (MESB)​ bagi projek perlingkungan semula Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am untuk Lot. 436 dan 437 Mukim J, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Katanya, keterangan saksi-saksi akan mengesahkan bahawa semasa mesyuarat, ahli-ahli tetap Jawatankuasa Perancang Negeri termasuk Guan Eng telah menerima kertas kerja berhubung projek tersebut yang mengandungi maklumat syarikat dan ahli lembaga pengarah MESB termasuk Li Koon yang merupakan seorang daripada pengarah syarikat itu.

Pihak pendakwaan menyatakan, ​ketika keputusan mesyuarat itu dibuat,​ Guan Eng ​ tidak mengisytiharkan hubungan dan kepentingan bahawa ​beliau ​sedang menyewa rumah​ Li Koon.

Sebelum perbicaraan dimulakan, Guan Eng dan Li Koon masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. - Utusan Online

Tuesday 27 March 2018

Kes Rasuah Guan Eng Dapat Sokongan Hambar Penyokong DAP


PULAU PINANG - Di sebalik hebahan menerusi pelbagai saluran supaya lebih ramai penyokong DAP turun memberi sokongan, namun pekarangan Mahkamah Tinggi di sini iaitu lokasi di mana berlangsungnya perbicaraan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pagi ini agak lengang.

Tidak seperti dijangka bakal menarik perhatian ramai, hanya sekitar 50 penyokong DAP berhimpun di pekarangan mahkamah itu sejak awal pagi ini sehingga pukul 8.30 pagi ini.

Situasi itu berbeza ketika sesi mahkamah sebelum ini yang menyaksikan kira-kira 200 penyokong DAP berhimpun menyatakan sokongan sejak awal pagi.

Perbicaraan kes rasuah membabitkan Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon bermula hari ini selepas beberapa kali ditangguhkan sejak kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hadhariah Syed Ismail pada 10 Januari lalu membuat ketetapan supaya perbicaraan rasuah Guan Eng serta Li Koon perlu diselesaikan dalam tempoh lima minggu.

Tarikh perbicaraan itu ditetapkan  bermula  hari ini hingga 30 Mac; 9 hingga 12 April; 23 hingga 27 April; 7 hingga 10 Mei dan 21 Mei hingga 25 Mei ini dengan seramai 40 saksi akan dipanggil oleh pihak pendakwa raya.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng, 57, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown di bawah nilai pasaran.

Bagi dua pertuduhan itu beliau didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu. - Utusan Online

Kawalan Ketat Perbicaraan Guan Eng, Li Koon


PULAU PINANG - Kawalan ketat di Kompleks Mahkamah Tinggi di sini pada hari pertama perbicaraan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon hari ini.

Hanya 20 wakil media yang dibenarkan masuk membuat liputan perbicaraan tersebut berdasarkan senarai nama yang telah diberikan kepada pihak polis yang diserahkan kepada pihak mahkamah.

Wakil media dikehendaki melalui kawalan keselamatan menggunakan alat pengesan logam (metal detector) yang dikendalikan pihak polis.

Guan Eng dan Li Koon akan dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Barisan pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud. sementara Guan Eng diwakili oleh peguam,Gobind Singh Deo
dan RSN Rayer manakala Li Koon diwakili Datuk V. Sithambaram dan Rueben Kumar.

Guan Eng dan Li Koon tiba di mahkamah pada pukul 8.50 pagi.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan jawatan bagi mendapatkan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Li Koon yang merupakan bekas pemilik banglo itu pula, didakwa bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan lot tanah dan banglo berkenaan di bawah harga pasaran di tempat dan pada tarikh yang sama.  - Utusan Online

Lebih 1,500 Penduduk Peroleh Manfaat



TASEK GELUGOR - Projek agropelancongan yang dilancarkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dijangka memanfaatkan ribuan penduduk di beberapa kam­­pung dalam kawasan ini.

Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata, menyedari beberapa kampung mempunyai tarikan alam semula jadi, pihak­nya telah menggabungkan beberapa kampung untuk dimasukkan dalam pakej agropelancongan kawasan berkenaan.

Katanya, cadangan pemba­ngunan projek berkenaan meliputi beberapa produk termasuk inap desa, aktiviti sungai dan sukan air.

“Pada peringkat permulaan, Perda memperuntukkan seba­nyak RM400,000 bagi menjalankan kursus, promosi dan penambahbaikan kemudahan infrastruktur,” kata­nya ketika me­lancarkan program berkenaan di Kampung Chegar di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahari Hamid; ADUN Permatang Berangan, Datuk Omar Abdul Hamid dan ADUN Sungai Dua, Muhamad Yusuff Mohd. Noor.

Sementara itu, Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan sungai, pihaknya turut memperuntukkan dua unit bot berharga RM160,000.

“Pada masa sama, saya berpendapat penglibatan penduduk tempatan sangat penting kerana mereka tahu selok-belok kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, pelancaran program tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila diha­diri lebih 3,000 penduduk sekitar.

Pelbagai aktiviti menarik se­perti sukan kenu, persembahan buskers, boria, pancaragam, ca­butan bertuah dan kenduri rakyat turut diadakan sepanjang program berlangsung. - Utusan Online

Pembelian Banglo Bawah Pasaran: Lim, Phang Mengaku Tidak Bersalah


GEORGE TOWN, 26 Mac – Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran di Mahkamah Tinggi bermula hari ini dengan pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap kedua-dua tertuduh.

Lim dan Phang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Bagi pertuduhan pindaan pertama Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Pertuduhan pindaan itu bagi menukar ayat sebagai penjawat awam dalam pertuduhan asal kepada seorang pegawai badan awam.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 21 Okt 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.`

Pertuduhan pindaan kedua pula menukar tarikh kejadian dari 28 Julai 2015 kepada 21 Okt 2015. Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Pindaan itu juga melibatkan tarikh daripada 28 Julai 2015 kepada 21 Okt 2015.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lim dan Phang tiba di bilik bicara mahkamah pada 8.50 pagi.

Bilik bicara mahkamah dipenuhi dengan anggota keluarga tertuduh serta penyokongnya dan 20 media dibenarkan masuk bagi mengikuti prosiding kes itu.

Media dan orang awam mula berkumpul pada 7.30 pagi dan media dibenarkan masuk ke bilik bicara pada 8 pagi dan diperiksa dengan alat pengesan logam.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud manakala Lim diwakili peguam antaranya Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan RSN Rayer manakala Datuk V. Sithambaram dan Hisyam Teh Poh Teik bertindak bagi pihak Phang.

Masri memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil sekurang-kurangnya tujuh saksi pendakwaan hari ini.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes Lim dan Phang dibicarakan bersama.

Sementara itu, pada prosiding perbicaraan sebelah pagi tadi, tujuh saksi pendakwaan selesai memberi keterangan. Perbicaraan akan bersambung pada 2.30 petang ini dan pihak pendakwaan dijangka memanggil tiga lagi saksi pada prosiding sebelah petang. - Bernama

Asas Ekonomi Malaysia Kukuh: Ringgit Akan Mengukuh Kepada RM3.80 Pada Akhir Tahun – Pakar Ekonomi UOB


KUALA LUMPUR – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB) menjangka ringgit akan mengukuh kepada RM3.80 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan peraturan berkesan pasaran pertukaran asing luar pesisir.

Ahli Ekonomi, Julia Goh berkata, bank itu kekal positif terhadap prospek ringgit dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang walaupun jangkaan kemeruapan pasaran yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat.

“Sekiranya mata wang serantau lemah berbanding dolar US, kami menjangkak ringgit mengalami kemeruapan dalam jangka terdekat tetapi berprestasi yang lebih baik secara keseluruhannya berbanding mata wang Asia yang lain,” katanya kepada pemberita dalam taklimat mengenai prospek ringgit dan pertumbuhan ekonomi Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, ringgit dijangka kurang terdedah kepada peningkatan ketara dalam turun naik berbanding mata wang serantau lain yang disokong oleh pemacu pertumbuhan global dan domestik yang menggalakkan.

“Keadaan pertumbuhan global yang menyokong, tahap penggunaan swasta domestik yang lebih tinggi dan perbelanjaan pelaburan swasta dan pasaran pertukaran asing yang teratur di dalam pasaran meletakkan ringgit pada kedudukan kukuh,” katanya.

Julia berkata, inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggalakkan kedalaman dan kecairan pasaran pertukaran asing di Malaysia telah menghasilkan perbezaan positif.

“Sejak BNM mengumumkan inisiatif pertukaran mata wang asing baru pada Disember 2016, kami melihat keadaan pertukaran asing di dalam negeri stabil, aliran permintaan dan penawaran mata wang asing yang lebih tinggi, kemeruapan purata yang lebih rendah untuk ringgit dan kos urus niaga bagi perniagaan telah merosot berkurang,” katanya.

Julia berkata, ringgit juga dijangka mendapat manfaat daripada aliran pelaburan yang stabil sektor swasta dan tahap penggunaan pengguna swasta yang lebih tinggi.

“Penambahbaikan terhadap pasaran buruh, pendapatan nominal yang lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya dan peningkatan kemakmuran di kalangan rakyat Malaysia telah membantu mengukuhkan tahap penggunaan swasta di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, langkah-langkah fiskal negara, seperti pemotongan cukai peribadi, bantuan tunai dan pemberian belanjawan, memberikan lebih banyak sokongan untuk perbelanjaan pengguna.

“Selain itu, pengembangan ekonomi global yang berterusan akan mendorong perdagangan dan pelaburan dan memberi sokongan pertumbuhan yang menggalakkan kepada Malaysia,” katanya.

Mengenai prospek Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), beliau berkata, terdapat kemungkinan bank pusat menyemak semula pertumbuhan KDNK tahun ini daripada lima peratus pada masa kini, bergantung kepada penggunaan domestik dan prestasi pelaburan.

“Kami telah mengekalkan pertumbuhan KDNK sebanyak lima peratus disebabkan oleh kesan asas yang tinggi, tetapi kami mengakui bahawa terdapat potensi meningkat jika penggunaan swasta dan pelaburan terus berdaya tahan,” katanya. - Bernama

Monday 26 March 2018

RUU Antiberita Tidak Benar 2018 Dibentang Di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR, 26 Mac – Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018, bertujuan mengekang penyebaran berita tidak benar dan mewujudkan langkah-langkah pencegahan, dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ia dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee.

Menurut RUU tersebut, akta yang dicadangkan itu juga untuk melindungi orang awam daripada penyebaran cepat berita tidak benar dan pada masa yang sama memastikan hak kebebasan bercakap dan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan dihormati.

Ia mentafsirkan berita tidak benar sebagai apa-apa jenis penerbitan berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagian atau keseluruhannya, dalam apa-apa bentuk termasuk rencana, visual atau rakaman audio, adalah palsu.

“Dengan berkembangnya teknologi selaras dengan peredaran masa, penyebaran berita tidak benar menjadi kebimbangan global dan semakin serius sehingga menyentuh orang awam.

“Melalui Akta yang dicadangkan adalah diharapkan agar orang awam menjadi lebih bertanggungjawab dan berhati-hati dalam berkongsi berita dan maklumat,” menurut rang undang-undang itu.

Antara peruntukan penting yang dicadangkan RUU itu ialah Akta itu apabila dikuatkuasakan boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak sama ada warganegara atau warga asing yang melakukan kesalahan berita tidak benar terhadap Malaysia atau warganegara Malaysia, di luar Malaysia, seolah-olah ia telah dlakukan di dalam Malaysia.

Menurut RUU tersebut, individu yang disabit kesalahan di bawah Akta itu boleh didenda sehingga RM500,000 ataupun penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan yang berterusan, pesalah boleh didenda selanjutnya sehingga RM3,000 setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Selain hukuman, mahkamah juga boleh memerintah pesalah memohon maaf kepada pihak yang terlibat secara terbuka di mahkamah ataupun melalui akhbar.

RUU baharu itu juga memperuntukkan tindakan undang-undang ke atas individu yang menyediakan bantuan kewangan kepada pihak yang melakukan perlakuan menghasil dan menyebarkan berita tidak benar.

Jika disabit, pemberi dana turut boleh didenda sehingga RM500,000 ataupun penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, ia juga membenarkan mahkamah memerintah mana-mana pihak terlibat untuk menghapus penerbitan yang mengandungi berita tidak benar, dan mereka yang ingkar boleh didenda sehingga RM100,000 manakala denda RM3,000 tiap-tiap hari akan dikenakan selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

RUU ini tidak akan melibatkan perbelanjaan tambahan oleh kerajaan.

Bacaan kedua RUU Antiberita Tidak Benar 2018 telah dijadual dibentang pada sidang kali ini yang akan tamat pada 5 April nanti. - Bernama

Buat Pilihan Tepat, Pilih Dengan Bijak Untuk Perubahan Di Parit Buntar – Ghadafi


PARIT BUNTAR, 26 Mac – Ketua Pemuda UMNO Parit Buntar, Mua’mar  Ghadafi Jamal Jamaludin melihat ingatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada program pemimpin bersama rakyat daerah Kerian di Dataran Kerian Permai adalah satu ingatan yang jelas dan ikhlas agar rakyat tidak tersalah pilih parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah menurut beliau kehadiran ‘kelawar-kelawar politik’ yang kunjung tiba lima tahun sekali perlu ditolak awal-awal kerana kehadiran mereka bukanlah untuk menyelesaikan masalah penduduk namun hanya membawa fitnah terhadap pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan hari ini.

“Ucapan TPM agar penduduk memberikan pilihan kepada BN tepat sekali kerana kalau kita mengambil contoh kawasan ini yang mana selama dua penggal berada di bawah pembangkang  kita dapat lihat pembangunan serta kebajikan rakyat agak ketinggalan berbanding kawasan-kawasan lain.

“Ini bukanlah kata-kata kosong… sebab itulah kita katakan rakyat perlu memilih wakil rakyat yang sentiasa bersama rakyat, yang bersedia mendengar keluh kesah rakyat dan bersedia untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya sekadar datang untuk mengadu domba serta mencucuk dan mengadu fitnah semata-mata untuk kepentingan mereka sahaja dan bukannya berdasarkan kepentingan dan keutamaan rakyat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian  kepada  UMNO-Online, selepas  program pemimpin bersama rakyat yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di daerah Kerian di Dataran Kerian Permai di sini hari ini .Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar Datuk Abu Bakar Mat Ali, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat.

Ghadafi seterusnya menegaskan jentera BN Parlimen Parit Buntar berada dalam satu pasukan yang padu dan masing-masing dilihat berstau hati untuk menghadapi PRU akan datang.

“Sebab itulah kita bersatu hati dalam pilihan raya akan datang ini. Ini masa untuk kita sama-sama  buat pilihan dengan tepat dan betul untuk kepentingan rakyat dan pilihan yang betul tentunya seperti mana yang disebutkan oleh Datuk Seri Zahid.

“Malah untuk golongan pengundi muda khususnya B40, kita percaya mereka sedia untuk sama-sama membuat perubahan pada kali ini dan dengan manifesto khusus untuk orang muda diyakini akan melonjakkan lagi sokongan yang ada hari ini,” ujarnya.-MediaUMNO

Pendakwaan Akan Buktikan Lim, Phang Tandatangan Jual Beli Banglo Bawah Nilai Pasaran


GEORGE TOWN, 26 Mac – Pihak pendakwaan akan membuktikan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon telah menandatangani perjanjian jual beli lot tanah dan banglo pada harga belian RM2.8 juta sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Daud yang membacakan ucapan pembukaan pendakwa raya berkata keterangan juga akan menunjukkan bahawa pada 8 Sept 2015, Lim telah membayar duti setem berjumlah RM122,100 atas nilai hartanah RM4.27 juta. 

“Keterangan akan menunjukkan bahawa pada 28 Julai 2015, tertuduh Lim Guan Eng dan tertuduh Phang Li Koon telah menandatangani Perjanjian Jual/Beli untuk lot tanah dan rumah di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang pada harga belian RM2.8 juta sedangkan nilaian semasa hartanah tersebut adalah sebanyak RM4.27 juta.

Keterangan akan menunjukkan tertuduh Lim Guan Eng mengetahui bahawa harga belian RM2.8 juta adalah di bawah harga nilaian dan/atau harga pasaran, yang Lim mengetahui bahawa tertuduh Phang Li Koon mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh Lim Guan Eng,” katanya.

Beliau berkata keterangan akan menunjukkan Phang telah bersubahat dengan Lim untuk mendapatkan diri Lim suatu barang berharga dengan suatu balasan yang Lim mengetahui tidak mencukupi iaitu lot tanah dan rumah itu.

Abdul Rashid berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan yang akan menunjukkan bahawa Lim sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima suatu barangan berharga iaitu lot tanah dan rumah itu dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi daripada Phang yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi Lim selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Keterangan akan menunjukkan bahawa tertuduh Phang Li Koon telah membeli rumah di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang pada tahun 2008 pada harga RM2.5 juta dan membuat bayaran ansuran bulanan kepada Public Bank Berhad yang berjumlah RM11,872 sebulan.”

Keterangan juga akan menunjukkan bahawa tertuduh Lim Guan Eng dan isteri Betty Chew Gek Cheng telah menyewa rumah berkenaan daripada Phang sejak 2009 sehingga 2015 dengan sewaan sebanyak RM5,000 sebulan. 

Katanya keterangan akan menunjukkan Phang mengalami kerugian sebanyak RM6,872 sebulan dan jumlah kerugian selama tempoh sewaan Lim dari Julai 2009 sehingga Jun 2015 adalah sebanyak RM494,784.

Katanya keterangan juga akan menunjukkan bahawa kedua-dua tertuduh telah menandatangani perjanjian tambahan/pilihan bertarikh 23 Jun 2014 yang Lim telah membuat bayaran melalui cek berjumlah RM100,000 bagi membolehkan Lim diberikan pilihan untuk membeli rumah itu pada harga RM2.8 juta dan tempoh sah laku pilihan ini adalah selama lima tahun daripada tarikh perjanjian.

Katanya dalam membuktikan kes terhadap kedua-dua tertuduh pihak pendakwaan akan bergantung kepada keterangan langsung, keterangan ikut keadaan dan keterangan dokumen bagi menunjukkan bahawa kesalahan itu dilakukan Lim dan Phang pada tarikh, masa dan tempat sepertimana yang terkandung dalam pertuduhan.

Abdul Rashid berkata pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan jelas menunjukkan bahawa Lim selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri telah terlibat meluluskan permohonan Syarikat MESB bagi projek perlingkungan semula Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am untuk Lot 436 dan 437 Mukim J, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Katanya pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan berhubung projek perlingkungan semula oleh Jabatan Perancang Bandar(JPN) dan Desa Negeri Pulau Pinang yang keterangan saksi-saksi akan mengesahkan bahawa semasa mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang ahli-ahli tetap Jawatankuasa Perancang Negeri termasuk Lim telah menerima Kertas Kerja JPN bertajuk ‘Untuk Persetujuan Permohonan Perlingkungan Semula Daripada Zon Pertanian Kepada Zon Perumahan Am di Atas Lot-lot 436 & 437, Mukim J, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang’ yang mengandungi maklumat syarikat dan ahli lembaga pengarah Syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd (Syarikat MESB) yang terdiri daripada Phang yang merupakan seorang daripada Pengarah di dalam Syarikat MESB.

“Keterangan saksi-saksi juga akan mengesahkan bahawa perkara yang sama juga dapat dilihat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang yang ahli-ahli tetap termasuk Lim telah menerima Kertas Kerja JPN yang mengandungi maklumat syarikat dan ahli lembaga pengarah Syarikat MESB yang terdiri daripada Phang yang merupakan salah seorang Pengarah di dalam Syarikat MESB,” katanya.

Katanya keterangan daripada saksi-saksi akan menunjukkan bahawa ketika keputusan dibuat semasa mesyuarat itu, Lim tidak ada mengisytiharkan hubungan dan kepentingan bahawa dia sedang menyewa rumah Phang.

Beliau berkata semasa keputusan kedua Mesyuarat JPN pada 18 Julai 2014 untuk membincangkan permohonan perlingkungan semula daripada Syarikat MESB, Lim baru sahaja menandatangani perjanjian bertarikh 23 Jun 2014 untuk membeli rumah yang Lim sewa daripada Phang.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 21 Okt 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail. - Bernama

Agenda Sembilan Tahun Transformasi Najib Berjaya Atasi Mahathir


Tempoh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selama sembilan tahun setakat ini, ternyata cukup berjaya, malah dalam banyak hal telah berjaya mencipta legasi yang jauh lebih baik dari era sebelumnya

Malah tidak keterlaluan jika di katakan Pencapaian 9 tahun pentadbiran DS Najib itu ternyata SUDAH MENGATASI pencapaian Tun Dr Mahathir Mohamad (TM) 23 tahun.

DS Najib ternyata sangat cekal dan komited dengan visi dan agenda TRANSFORMASINYA, dan tidak berhenti usaha membawa pembangunan dan pentadbiran BERKONSEPKAN “DAHULUKAN RAKYAT”ke arah masa depan lebih baik DAN LEBIH HEBAT lagi.

Lihat saja Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.

Beberapa inti pati NTP itu adalah:
▪Pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700.
▪Pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion.
▪Peluang Pekerjaan Diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu 2.68 juta.

Langkah DS Najib, melalui inti pati NTP itu, menjurus untuk kepentingan dan keuntungan pelbagai lapis rakyat.

Pastinya TM sendiri mengakui bahawa anak didiknya, DS Najib ternyata muncul lebih baik daripada yang beliau sangka.

DS Najib seolah-olah mewarisi kesabaran Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwar), ketegasan Tun Hussein Onn dan kelicikan TM serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak.

TM terpaksa mengakui hakikat DS Najib menguasai dan memimpin UMNO dengan lebih hebat.

Hati kecil TM juga barangkali mengaku DS Najib menguruskan negara lebih baik daripadanya.

Yang paling menonjol kehebatan dan kecekapan DS Najib berbanding daripada TM antaranya:

▪Perpaduan nasional yang utuh.
▪Hubungan dengan istana yang sangat baik.
▪Rating ekonomi yang lebih bagus.
▪ Hubungan diplomatik yang jauh lebih terserlah.
▪Rezab negara yg hampir lima kali lebih tinggi.
▪KDNK yang jauh lebih berkembang.

Malah nun di sudut sanubari hatinya, TM terpaksa mengakui DS Najib sememangnya lebih kreatif iaitu:
▪Menyusun semula subsidi agar lebih bersasar.
▪ Meningkatkan sentuhan rakyat dengan pelbagai bantuan.
▪ Menyantuni Sabah dan Sarawak dengan lebih komitmen.
▪Mentransformasi Pantai Timur dgn lebih berkeyakinan.

TM seorang realis yang di lubuk hati kecilnya meyakini DS Najib berkeupayaan melakukan apa yang beliau cuba lakukan dalam tempoh hampir 23 tahun, sekalipun gagal dalam banyak perkara.

DS Najib sebaliknya hanya memerlukan tidak sampai separuh daripada tempoh TM itu, dan DS Najib ternyata cekap.

Ini kerana DS Najib membuktikan dengan jelas iaitu:

▪Kini bakal terbina Menara 106 di TRX yang memintas ketinggian Twin Tower era TM.

▪Kini sedang terbina Pan Borneo yang lebih panjang dari Plus semasa TM dan tanpa tol.

▪Kini sudah terlaksana MRT yang lebih baik dari LRT yang diperkenalkan TM.

▪Kini tidak lama lagi akan terbina ECRL dan railway yang jauh lebih moden, lebih laju dari KTM zaman TM.

Apabila bersendirian, hati kecil TM pasti berbicara dengan kebenaran yang sukar dinafikan.

Seterusnya hati kecil TM tersentuh dan tersangat arif bahawasanya rakyat negara ini amat bijak melihat kebenaran.

Pada rakyat ada kebijaksanaan. Pada rakyat ada kekuatan menolak kepalsuan. Pada rakyat ada kekuatan menepis kebencian.

Apakan daya, TM tahu beliau sebenarnya tiada pilihan.

Hati kecil TM tahu DAP bukan pilihan.

Hati kecil TM tahu Anwar bukan sesuai diberi peranan.

TM juga amat tahu Mat Sabu hanya sekadar ayam sabungan.

TM tahu dek lukanya yang mendalam berpunca daripada pemecatan anak kesayangannya, Boboi (Datuk Seri Mukhriz) daripada jawatan Menteri Besar Kedah tidak lama dulu.

TM nampaknya lawan tetap lawan sekalipun sudah tiada pakatan, sudah tiada harapan.

Tan Sri Annuar Musa

Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Kita Perlu Politik Matang – Salleh


KUALA LUMPUR, 26 Mac – Menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), rakyat diminta supaya tidak lagi mengamalkan politik adu domba dan fitnah sebaliknya beralih kepada politik matang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberi ruang kepada rakyatnya untuk berpartisipasi dalam politik.

“Mencapai tahap politik matang adalah tanggungjawab bersama. Hargailah kestabilan politik yang telah kita nikmati selama ini kerana kestabilan dan keamanan ini terlalu mahal harganya,” katanya menerusi catatan dalam laman blognya, hari ini.

Menurut Salleh, masyarakat tidak lagi memerlukan politik adu domba, fitnah, pembunuhan karakter, dan juga penyebaran berita-berita palsu kerana amalan buruk ini boleh merosakkan akal budi sebagai rakyat Malaysia yang berakhlak dan beradab.

“Kita boleh berbeza pendapat politik dan berada dalam parti yang berlainan, tetapi janganlah sampai ke tahap kita menyebar berita palsu tentang negara.

“Misalnya, menyebarkan berita tidak tepat tentang tahap kesihatan ekonomi negara, rasuah dan juga kadar jenayah tanpa menggunakan data-data yang betul,” katanya.

Salleh berkata kerajaan telah mengeluarkan data-data rasmi, maka janganlah mengambil contoh-contoh terpencil untuk menafikan kejayaan negara hanya kerana perbezaan pandangan politik.

“Inilah yang dimaksudkan kita meraikan perbezaan politik dan pendapat, tetapi janganlah sampai ke tahap mengabaikan kepentingan negara,” katanya.

Beliau berkata kerajaan komited untuk menyekat amalan politik kotor dan fitnah yang boleh memudaratkan negara. - Bernama

Sunday 25 March 2018

World Bank Pelik Mansuh GST


KUALA LUMPUR 24 Mac - Persoalan bagaimana Pakatan Harapan diketuai DAP dapat menampung kehila­ngan hasil lebih RM20 bilion akibat pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan sahaja menimbulkan ‘misteri’ dalam ka­langan penganalisis tempatan bahkan turut menjadi tanda tanya pengurusan kanan Bank Dunia.

Malah Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos menerusi satu video yang dipetik daripada sebuah portal berkata, Malaysia juga bakal mengalami kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi jika GST dihapuskan ke­rana kehilangan hasil yang banyak.

Sehubungan itu, dalam video itu, beliau mengajukan lima soalan utama andai mahu memansuhkan GST seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan.

1. Apakah sumber pendapatan lain yang diperlukan untuk ne­gara anda selepas GST dimansuhkan?

2. Adakah anda i­ngin bergantung ke­pa­da komoditi se­dang­kan harga­nya tidak menentu mengikut pasaran dunia?

3. Adakah anda ingin mengurangkan portfolio sumber pendapatan di negara ini?

4. Apakah yang anda ingin berikan kepada rakyat apabila melepaskan GST?

5. Apakah perkhidmatan, manfaat atau apakah perbelanjaan yang akan anda lupuskan?

Janji Pakatan Harapan menghapuskan GST dan me­ngembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dianggap ra­mai sebagai janji po­pulis kerana tidak pernah menerangkan ba­gai­mana untuk menampung kekurang­an ha­sil lebih RM20 bilion akibat langkah tersebut.

Ini berikutan SST bukanlah mekanis­me cukai yang cekap dan dijangka hanya mampu mengutip kira-kira RM17 bi­lion.

Dalam pada itu, menurut Hadad-Zer­vos, pelaksanaan GST berjaya membantu kerajaan memberikan bantuan tunai kepada golongan sasar menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dapat me­ngurangkan pe­ningkatan kos sara hidup.

Sedangkan, pelaksanaan GST antara yang terendah di dunia di samping banyak memberikan pengecualian atau kadar sifar untuk barangan mentah, keperluan dan perkhidmatan penting seperti pendidikan.

Walau bagaimanapun, katanya, pemberian BR1M perlu ditambah baik dan lebih berfokus dengan mengikut lokasi serta bilangan ahli keluarga.

“Keluarga di Kelantan yang menerima BR1M memperoleh bayaran yang sama dengan keluarga di Kuala Lumpur. Selain itu, keluarga yang terdiri daripada lima orang anak juga turut menerima jumlah yang sama keluarga yang mempunyai seorang anak .

“Jadi ia sebenarnya perlu lebih diperincikan dan dibuat dengan teliti mengikut sasaran. Dengan GST juga mereka akan memperoleh wang untuk terus berbelanja (menerusi BR1M) walaupun di Malaysia kadarnya antara terendah,” katanya seperti disiarkan di https://www.nx.digital/archives/world-bank-gst-abolition-to-bring-negative-impact-on-msia-economy- - Utusan Online

TMJ Masih Main Peranan Penting Dalam Bola Sepak Negara – KJ


RAWANG, 25 Mac – Walaupun sudah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih lagi memainkan peranan penting dalam memajukan bola sepak negara melalui jawatan baharunya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dilantik sebagai Pengerusi Malaysia Football League (MFL), nama baharu FMLLP yang kini melalui proses penjenamaan semula, sejurus selepas meletak jawatan sebagai Presiden FAM hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Tunku Ismail masih menyumbang tenaga dan kepakarannya melalui kerja-kerja tajaan dan usaha meningkatkan profesionalisme Liga Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab MFL.

“Bagi saya, keputusan meletak jawatan ini kita boleh terima…saya menerima maklum perkara ini terlebih dahulu, dan dalam perbincangan antara saya dan Tunku sebelum meletak jawatan adalah untuk Tunku Ismail kekal dalam kepimpinan bola sepak negara.

“…hari ini Tunku Ismail memilih untuk melepaskan jawatan Presiden FAM yang disandangnya sejak setahun lepas dan menjadi Pengerusi MFL,” katanya pada sidang media selepas hadir ke Majlis Pelancaran Briged Gempur Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor di Padang Awam Kampung Setia di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Tunku Ismail yang memegang jawatan Presiden FAM selama setahun, mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta merta, kepada Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin. - Bernama