This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday 30 June 2019

Sekarang Masa Untuk Bekerja, UMNO Perlu Terus Dekati Akar Umbi – Noraini


PERMATANG PAUH, 30 Jun – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Noraini Ahmad berkata, masa untuk mencari salah siapa atas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 telah lama tamat.

Jelas beliau, sekarang adalah masa untuk bekerja dan kerana itulah Wanita UMNO harus menggerakkan jalinan rakyat bagi berhadapan dengan PRU-15 nanti.

“Tahun ini tahun kedua kita sebagai pembangkang jadi tak boleh lagi nak tanya salah siapa kita kalah….

“Dulu kita terlalu selesa dan tidak pernah menyangka yang kita akan kalah. Jadi, terima hakikat kita sudah kalah… keluar dan mulakan gerak kerja.

“Dulu kita ada maklumat, ada kewangan, sekarang kita tidak ada apa-apa tapi kita tetap kena kerja kuat. UMNO adalah parti keramat jadi kita kena bantu parti. Janganlah bila parti susah, kita jadi orang yang keluar parti,” ujar beliau ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Permatang Pauh, hari ini.

Tambah Noraini, kini bukan sahaja ahli UMNO yang sengsara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tetapi rakyat keseluruhannya terutama golongan B40 turut merana.

“Jangan tipulah cakap tidak sengsara… tanya mereka golongan bawah B40… menyesal tidak sudah. Mereka terpaksa terima menteri yang tak boleh buat kerja, tidak ada pengalaman, menang atas dasar menipu.

“Mereka janji bulan dan bintang, tipu anak muda nak hapus PTPTN, minyak murah dan tol percuma. Ada ke benda tu semua? Kosong….

“GST memang mereka hapuskan tapi mereka tambah lima cukai baru, SST, digital, perlepasan dan gula. Inilah hakikat yang rakyat terpaksa hadap malah pelabur pun kini lari jauh,” bidas beliau.

Justeru, beliau mahu jalinan Wanita terus bekerja keras mendekati akar umbi agar rakyat sedar bahawa mereka sudah tertipu dengan janji manis ‘pakatan hancing’. – MediaUMNO

Ahmad Zahid Umum Kembali Aktif Pimpin UMNO


BAGAN DATUK - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan akan kembali aktif memimpin UMNO hari ini akan memulakan tugasnya walapun banyak rintangan.

Beliau yang mengumumkan perkara itu selepas bercuti selama enam bulan sebelum ini berkata, beliau akan meneruskan tugas sebagai Presiden UMNO walaupun pertuduhan rasuah terhadap beliau masih dibicarakan di mahkamah.

Menurutnya, sebagai Presiden, biar pun apa rintangan dan tuduhan lebih dari 40 kes rasuah di mahkamah, beliau tetap meneruskan perjuangan bersama Pas.

“Keputusan ini dibuat memandangkan hari ini genap setahun saya dipilih sebagai Presiden UMNO oleh perwakilan daripada 191 bahagian.

“Maka genap setahun ini cukup signifikan dan sangat penting bagi saya oleh yang demikian 30 Jun 2019, saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti sebagai Presiden UMNO pada hari ini.

“Ini bererti mulai pada hari ini, saya akan terus menyambung tugas saya sebagai Presiden UMNO Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Raya Aidilfitri di Sungai Sumum, Bagan Datuk di sini hari ini.

Pada 18 Disember lalu, Ahmad Zahid mengumumkan bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan menyerahkan tugas itu kepada Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan. - UTUSAN ONLINE

Buktikan Dahulu Dana RM270 Juta Dari 1MDB


BUKIT GANTANG 30 Jun – Kerajaan perlu membuktikan dana RM270 juta yang didakwa dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bersumberkan dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkara itu seharusnya dibuktikan terlebih dahulu selari dengan prinsip ‘rule of law’ sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 responden.

“Kalau tidak dibuktikan, macam mana boleh buat perlucutan hak sivil melainkan ini adalah satu lagi ‘political window dressing’, maknanya hanya mahu mensensasikan berkaitan dengan penerima-penerimanya bahawa ini adalah duit daripada 1MDB.

“Kalaulah ditakdirkan duit itu bukan sumbernya dari 1MDB, apakah duit itu bukan halal? Jadi, buktikan yang itu dulu kerana kes Datuk Seri Najib berkaitan 1MDB pun tidak mula lagi, yang bermula adalah kes SRC International Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan UMNO Bukit Gantang di sini hari ini.

Hadir sama Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohd Kamaruddin Abu Bakar; Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd. Ariff Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie.

Reezal Merican diminta mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang bertindak cuba mengharamkan UMNO apabila menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap parti itu setelah mengaitkannya dengan penyelewangan dana 1MDB.

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, adalah penting untuk dakwaan tersebut disahkan dahulu ekoran tidak masuk akal apabila sabitan sesuatu kes dilakukan tanpa perkara pokoknya ditentukan terlebih dahulu.

Sehubungan itu, beliau merasakan tindakan itu merupakan suatu gerakan taktikal yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Sebabnya kalau benda itu dipulangkan semula (akaun UMNO yang dibekukan), ia seakan-akan memberi pengiktirafan bahawa memang tiada kes,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Saturday 29 June 2019

Dasar ‘Divide And Rule’ Dap Berjaya Pecahkan Orang Melayu, Hilang Kuasa Politik


GEORGETOWN, 29 Jun – Dasar ‘divide and rule’ Dap berjaya memecah-belahkan Melayu Malaysia, menyebabkan kaum majoriti itu hilang kuasa politik dan minoriti berkuasa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata taktik politik itu bukan saja mewujudkan Melayu berpuak-puak malah meminggirkan banyak hak mereka yang terpelihara sebelum ini.

“Kejayaan mereka menyertai Kerajaan Pakatan Harapan adalah hasil pendekatan politik yang mampu menjerumuskan parti orang Melayu ke dalam jerat mereka.

“Kerana itulah kesedaran Melayu/Islam perlu dihidupkan semula dengan penggemblengan UMNO dan Pas. Inilah mulanya kebangkitan kita,” katanya di perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Bukit Bendera di sini, hari ini.

Sebagai contoh jelas beliau isu Kampung Manggis di Georgetown mencerminkan bagaimana Dap cuba ‘mengusir’ orang Melayu dari bahagian pulau negeri itu.

“Pengambilan alih tanah dan penjualannya kepada pemaju, yang kemudiannya meletakkan harga yang tidak terjangkau oleh orang Melayu, adalah salah satu cara kotor menindas Melayu yang menjadi penduduk asalnya”, ujarnya.

Kerana itulah tegas Dr Zahid orang Melayu perlu bangkit demi mempertahankan hak agar mereka tidak dipinggirkan manakala orang miskin tidak terbiar.

Kerjasama dengan Pas, jelasnya lagi, akan memastikan masa depan orang Melayu dan semua kaum dipelihara dan dipertingkatkan.

Dr Ahmad Zahid turut mengingatkan seorang timbalan menteri bukan Islam agar jangan cuba mencampuri hal-ehwal agama itu sedangkan pengikutnya tidak pernah cuba mencampuri urusan agama lain.

“Ini bukan caranya . Agama Islam jangan diusik. Serahkan urusan tadbir pendidikan Islam kepada penganut agama itu, dan bukannya oleh mereka yang berlainan agama.” katanya. –MediaUMNO

Perkasakan Kerjasama UMNO-PAS Berasaskan Prinsip Membela Rakyat


KUALA LUMPUR, 29 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menekankan keperluan untuk terus memperkasakan kerjasama antara parti itu dengan PAS.

Menurut beliau penekanan tersebut yang melibatkan kerjasama antara kedua-dua parti diperkasakan berasaskan prinsip Islam dan membela rakyat.

“Alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan merasmikan Persidangan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Mersing di sebelah pagi dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang di sebelah petang.

“Tahun ini buat pertama kali dalam sejarah Mesyuarat Perwakilan UMNO di Pengerang dan Mersing dihadiri delegasi kepimpinan tertinggi PAS kawasan.

“Dalam ucapan saya sekali lagi ditekankan keperluan untuk kerjasama dan permuafakatan UMNO-PAS diperkasakan atas prinsip Islam dan demi membela rakyat,” katanya menerusi catatan di facebook.

Katanya lagi, Insya-Allah jika kerjasama disandarkan pada prinsip Islam, pastinya akan dirahmati Allah dan berkekalan sifatnya.

Apa yang penting katanya lagi harus jujur dan ikhlas dalam permuafakatan dan melihat kekuatan yang ada pada kedua-dua pihak untuk saling tampung menampung kelemahan masing-masing.- MediaUMNO

Friday 28 June 2019

Tragedi Pasir Gudang Berulang Kembali: PH Gagal, Tiada Strategi Jitu…


KUALA LUMPUR, 28 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ternyata gagal menangani masalah pencemaran udara yang kronik di Pasir Gudang.

Bukan sahaja gagal menyelesaikan isu tersebut secara tuntas, malah ketiadaan strategi yang jitu bagi memastikan tragedi sama tidak akan berulang, tegas Ahli Parlimen Pontian itu dalam Twitternya.

“Pencemaran kronik. Rejim #PH #Dap gagal untuk selesaikan isu dengan tuntas dan bentang strategi yang jitu.

“#Rakyat tidak ingin dengar alasan. Mereka minta siasatan segera, hukuman yang berat dan pampasan adil,” ciapnya.

Bahkan dilaporkan juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya berhubung cara krisis tersebut diuruskan oleh kerajaan.

Kegagalan kerajaan bertindak dengan menyeluruh bidas Ahmad, adalah harapan demi harapan palsu yang diberikan oleh PH.

“Hingga hari ini harapan palsu yang diberi dan petaka yang berpanjangan,” kesalnya.

Sebagai rekod, tragedi terbaharu ini merupakan kejadian kali kedua berlaku dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Ketidakcekapan kerajaan PH menangani isu pencemaran di Pasir Gudang telah membuat rakyat bangkit menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Johor baru-baru ini, menuntut supaya segera dibentangkan pelan strategi pengurusan kes secara menyeluruh kepada rakyat termasuklah mengeluarkan senarai pihak-pihak yang terlibat dengan segera.

Pada Mac lalu, ribuan rakyat Pasir Gudang menjadi mangsa pencemaran udara yang teruk kesan dari pembuangan sisa bahan toksik di Sungai Kim Kim oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di mana menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada 20 Mac lalu, seramai 5,848 kanak-kanak dan orang dewasa dirawat sejak 8 Mac akibat pencemaran sisa beracun di sungai tersebut.

Daripada jumlah itu, 951 mangsa dimasukkan dalam wad, manakala 25 pula dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)

Terkini, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengesan kehadiran gas methyl mercaptan yang dianggap sebagai keganjilan (anamoly) dalam kes pencemaran terbaharu di Pasir Gudang, Johor.

Menurut Menterinya, Yeo Bee Yin, dua gas lain yang dikesan adalah Acrylonitrile dan Acrolein, yang masing-masing turut dikesan ketika kes pencemaran Sungai Kim-Kim, beberapa bulan lalu. – MediaUMNO

Atas Prinsip ‘Integrity’, ‘Accountability’, ‘Transparency’, SPRM Diminta Perincikan Bintang Kebesaran KP SPRM


KUALA LUMPUR, 28 Jun – Tular hari ini di media sosial pelayar maya mempertikaikan tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya yang baharu sahaja dilantik sebulan lalu memakai pakaian seragam agensi tersebut berserta pingat penuh, yang diketahui umum dikurniakan berdasarkan bar perkhidmatan.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam Twitternya.

Ciapnya, memohon penjelasan yang sewajarnya dari pihak SPRM berhubung pemakaian bintang kebesaran badan bebas tersebut.

“Mungkin atas prinsip INTEGRITY, ACCOUNTABILITY DAN TRANSPARENCY Badan yang penting ini, SPRM boleh perincikan BINTANG KEBESARAN KP SPRM yang beliau pakai pada PAKAIAN RASMI SPRM,” tegas Ahli Parlimen Ketereh itu.

Sebagai rekod, Latheefa adalah bekas ahli majlis pimpinan pusat parti PKR, sebelum dilantik menjawat jawatan tersebut secara lantikan politik oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Pakatan Harapan (PH) sebelum memenanginya, dalam janji manifesto membentangkan salah satunya adalah tidak akan wujud lantikan politik dalam agensi kerajaan. – Media UMNO

PH Akan Jadikan Hutang Rasmi Negara Cecah RM1 Trilion Akhir Tahun Depan


KUALA LUMPUR, 28 Jun – Selepas banyak membuat pinjaman pada tahun lepas, kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus menambah hutang negara dengan kadar yang jauh lebih pantas berbanding era Barisan Nasional (BN), bidas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dalam lontaran di Facebook, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, tidak sampai setengah tahun 2019 PH telah meminjam RM74.3 bilion iaitu RM67 bilion sukuk tempatan serta RM7.3 bilion bon Samurai dan bayar balik RM17.7 bilion.

“Semalam, Menteri Kewayangan pinjam lagi RM4 bilion. Bayar balik tahun 2039.

“Maka hutang rasmi negara hari ini naik ke RM797.4 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah BN.

“Bulan depan kita cecah RM800 bilion. Belum lagi mengambil kira duit RM82 bilion Petronas yang dipaksa bayar kepada kerajaan PH,” tegas Najib.

Apa yang menghairankan ujar Najib lagi, Lim Guan Eng berkata pinjaman 1MDB sebanyak RM30 bilion boleh menjahanamkan negara walaupun ada projek-projek bernilai RM140 bilion seperti Bandar Malaysia dan RM40 bilion bagi projek Tun Razak Exchange (TRX) serta perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

“Tapi dia tambah hutang negara dengan sebanyak RM56.6 bilion net dalam enam bulan sahaja pula.

“Sekarang dia sedang berkunjung ke China untuk pinjam bon Panda.

“Jika kadar ini berterusan, hutang rasmi negara akan cecah RM1 Trilion pada akhir tahun depan,” katanya. – MediaUMNO

Kelemahan Lim Guan Eng Merosakkan Petronas – Shamsul Anuar


KUALA LUMPUR, 28 Jun – UMNO meminta Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memelihara keutuhan Petronas kerana ia adalah entiti milik rakyat dan negara yang sangat penting kepada masa depan negara ini.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, rakyat tidak mahu, Petronas yang dibangunkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama musnah oleh kerana ketidakcekapan PH mengendalikannya.

“Kerajaan BN mewariskan Petronas dalam keadaan yang baik kepada Kerajaan PH,” katanya dalam kenyataan media.

Jelas beliau, fakta menunjukkan RM170 bilion dalam rizab tunai Petronas ditinggalkan oleh BN tapi malangnya sebaik Kerajaan PH berkuasa, Lim Guan Eng (LGE) terus sahaja mengambil RM82 bilion wang Petronas, tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada Petronas.

“Ditambah dengan polisi Kerajaan PH yang meningkatkan tahap kebergantungannya pada hasil minyak Petronas.”

Kenyataannya, kata beliau bahawa sewaktu BN agensi milik kerajaan yang sangat penting ini cukup baik dan diperakui oleh pelbagai badan penarafan antarabangsa umpama Moody’s serta pelbagai pihak lain. Moody’s meletakkan Petronas di penarafan A1 sewaktu kerajaan BN memerintah sehingga Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) penarafan itu dikekalkan.

“Namun, pada November 2018, bibit-bibit kerosakan Petronas bermula apabila, Moody’s mengekalkan penarafan A1 itu tetapi prospek diturunkan dari stabil ke negatif.

“Bukan itu sahaja, pada 21 Jun yang lalu, Moody’s telah menurunkan penarafan dari A1 kepada A2 buat syarikat cari gali ini. Ini menunjukkan betapa lemahnya pimpinan Kerajaan PH terutama Menteri Kewangan dalam menjaga entiti penting milik negara.

“Apakah LGE atau penasihat ekonominya, iaitu Tony Pua tidak boleh menjangkakan apabila penarafan kredit Petronas diturunkan, akan menyebabkan kos pinjaman untuk Petronas akan meningkat?” soal beliau.

Malah katanya, ia juga menyebabkan berlaku peningkatan kepada kos pinjaman kerajaan.

“Keadaan akan lebih menyulitkan apabila menyukarkan Petronas bersaing serta meluaskan perniagaan mereka. Kemudian bagaimana pula keadaannya apabila suatu hari nanti rizab petroleum milik negara sudah tiada lagi?

“LGE sebagai Menteri Kewangan dan Kerajaan PH patut memikirkan semua risiko ini.

“Rekod membuktikan Petronas menjadi entiti utama Kerajaan PH yang sangat bernilai.”

Bidas beliau, kerajaan PH tidaklah boleh menjarah segalanya dari Petronas tanpa memberikan Petronas bernafas dengan baik sebagaimana di bawah kendalian Kerajaan BN.

“Hakikatnya LGE lemah dalam menguruskan ekonomi negara ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong. – MediaUMNO

Wanita UMNO Nyatakan Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pergerakan Wanita UMNO menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah.
Ketua Wanitanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, bagi pihaknya, Ahmad Zahid mempunyai hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan.

Hak-hak ini, katanya, adalah selaras dengan prinsip asas undang-undang jenayah iaitu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

“Prinsip ini menjadi teras kepada sistem keadilan di seluruh dunia dan ia mesti terus disuburkan. Tidak kira sebesar mana pun kesalahan yang dituduh, seseorang itu perlu diberi ruang membela diri di mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid berdepan dengan tujuh pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan akan berdepan dengan 33 lagi pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Ini menjadikan jumlah pertuduhan baharu yang dihadapi Presiden UMNO itu sebanyak 40 pertuduhan berjumlah lebih RM47 juta selepas tujuh pertuduhan dikemukakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya menjelaskan kesemua pertuduhan hari ini melibatkan S$4.2 juta.

Dalam pada itu, tambah Noraini, prinsip undang-undang ini terpakai kepada setiap warganegara dan selaku bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid wajar diberi peluang untuk membuktikan beliau tidak bersalah melalui saluran undang-undang. – UtusanOnline

Thursday 27 June 2019

“Guan Eng Ini Kalau Satu Hari Tak Menipu, Dia Tak Selesa” – Najib


KUALA LUMPUR, 27 Jun – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyelar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berterusan membuat pembohongan.

Sinis Najib dalam satu hantaran di Facebook, Guan Eng jika sehari tidak menipu hidupnya tidak akan selesa.

“Guan Eng ini kalau satu hari tak menipu, dia tak selesa. Hari ini, dia tuduh sebanyak RM150 bilion telah hilang akibat rasuah kerajaan terdahulu dan ini menjejaskan keupayaan untuk kerajaan PH untuk berbelanja.

“Ini satu lagi pembohongan Guan Eng. Pertama sekali, perbelanjaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tahun 2019 dan 2018 adalah jauh lebih tinggi berbanding tahun 2017 di bawah Barisan Nasional (BN),” tegas Najib yang juga bekas Menteri Kewangan.

Bagi menguatkan hujahnya, Najib membawakan fakta mengenai perbelanjaan antara kerajaan BN dan juga PH.

“2015 – RM274 bilion; 2016 – RM259 bilion (diturunkan berbanding bajet asal pada ubahsuai bulan Jan 2016 setelah harga minyak dunia jatuh ke bawah US$30 satu tong); 2017 – RM261 bilion; 2018 – RM286 bilion dan 2019 – RM315 bilion.

“Ini termasuk bajet tambahan untuk tahun 2018 sebanyak RM19.6 bilion yang diluluskan kerajaan PH pada bulan April 2019 akibat kerajaan PH terlebih belanja,” katanya yang turut melampirkan pautan laporan media mengenainya (klik di sini).

Dalam pada itu, Najib turut tolong memberikan jawapan mengapa Guan Eng berkata bajet kerajaan terdesak sekarang ini di bawah PH.

“Ini sebabnya. Pertama, SST menggantikan GST serta tiga bulan bebas cukai GST/SST tahun lepas menyebabkan hasil negara turun dengan banyak.

“Kedua, andaian tidak bijak untuk harga minyak dunia pada tahap US$72 satu tong semasa merangka bajet tahun 2019 menyebabkan hasil kerajaan kekurangan kerana purata harga minyak tahun ini jauh di bawah andaian ini.

“Ketiga, ekonomi yang lembab memberi kesan kepada hasil cukai yang dikutip dari rakyat dan syarikat-syarikat untuk tahun ini,” jelasnya lagi.

Begitu juga dengan tindakan kerajaan PH membiayai pelbagai projek kesayangan seperti projek Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang (PTMP) sebanyak RM46 bilion, projek kereta nasional ketiga, projek kereta terbang dan entah apa lagi, bidas Najib.

Manakala isu yang sering menjadi bahan manipulasi dan propaganda PH terutamanya Guan Eng iaitu mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib turut menjelaskannya lagi.

“Untuk setahun lebih, Guan Eng juga kata 1MDB hilang RM30 bilion. Dua bulan kemudian, dia kata 1MDB hilang RM52 bilion pula.

“Kini dia memberi gambaran bahawa jumlah kehilangan 1MDB adalah sebanyak RM150 bilion.

“Kebenarannya ialah 1MDB tak hilang RM30 bilion. Kerajaan tak pernah bayar RM30 bilion kepada 1MDB. Wang itu dipinjam. Ini bermakna 1MDB masih ada hutang RM30 bilion yang perlu dibayar pada tahun 2039,” katanya lagi.

Walaupun begitu tegas Najib, 1MDB mempunyai perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana negara boleh mendapat balik semua wang yang didakwa hilang setelah dihantar dan dijamin oleh IPIC sebelum 31 Disember 2020.

“Ini diakui oleh peguam negara PH pada bulan lepas (pautan, klik di sini).

“1MDB juga ada projek Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion dan projek TRX RM40 bilion yang kini dipuji-puji oleh kerajaan PH sebagai projek penting dan projek yang amat menguntungkan.

“Semua ini tentu akan membolehkan 1MDB menjelaskan segala hutang mereka sebelum tempoh pinjaman tamat pada tahun 2039,” tambahnya.

Tetapi, apa yang berlaku kata Najib, Guan Eng tidak akan menjelaskan semua ini kepada rakyat.

“Kalau ditanya, dia akan buat bodoh dan membisu sahaja. Saya jangka selepas ini, Guan Eng akan cuba menyalahkan BN kerana hutang negara telah naik dengan kadar jauh lebih cepat di bawah mereka.

“Dia akan cakap ‘rasuah BN’ memaksa PH meminjam.

“Dia tidak akan tak mengaku kelemahan sendiri dan tetap cuba untuk menyalahkan BN untuk segala-galanya,” bidasnya. – MediaUMNO

Menteri Agama Malaysia Jadi Menteri Propaganda China?


KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang menggelarkan pusat tahanan etnik Uighyur di Wilayah Xinjiang, China dengan nama ‘pusat latihan dan vokasional’, iaitu nama yang telah digunakan oleh kerajaan China bagi menunjukkan bahawa tempat tersebut bukanlah suatu pusat tahanan.

Tegas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, hakikatnya, pusat tahanan tersebut dikatakan oleh media antarabangsa sebagai ‘penjara terbesar di dunia’.

“Yang mana etnik Uighyur yang beragama Islam dilaporkan dipaksa untuk meninggalkan amalan agama Islam dan menerima komunisme yang menolak amalan beragama.

“Tambahan pula, undang-undang di China juga melarang apa-apa aktiviti agama di mana-mana tempat awam milik kerajaan terutamanya sekolah.

“Secara langsung membuktikan mereka yang ditempatkan di pusat tahanan ini tidak akan dibenarkan menjalankan aktiviti agama mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, membidas satu ‘posting’ di Facebook milik Dr Mujahid yang menunjukkan gambar-gambar lawatan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu ke pusat tersebut.

Tambah Shahril, juga timbul persoalan adakah ‘post’ yang dibuat oleh Dr. Mujahid itu menjadi satu signal bahawa Malaysia telah mengiktiraf pusat tahanan tersebut sebagai satu pusat pendidikan.

“Adakah desakan yang pernah dibuat sebelum ini sama ada secara rasmi atau tidak rasmi akan ditarik balik susulan ‘pengiktirafan’ yang dibuat oleh Dr. Mujahid ini?

“Semua pihak termasuk PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) menyatakan perkara yang melibatkan etnik Uighyur ini adalah penindasan hak asasi manusia.

“China dilihat agak tersisih dalam hal ini, sampailah datangnya kenyataan dari Menteri Malaysia ini. Kita pun tidak pasti sama ada beliau Menteri Agama atau Menteri Propaganda China,” tegasnya. – Media UMNO

Kes Lucut Hak: Muhyiddin, Shafie Juga Perlu Beri Keterangan


KUALA LUMPUR, 27 Jun – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Presiden PPBM dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Presiden Parti Warisan Sabah) mungkin terpaksa diminta memberi keterangan dalam kes perlucutan hak sivil yang difailkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam ciapan di twitternya, Annuar berkata wang yang dituduh masuk ke akaun UMNO itu berlaku pada tahun 2011, 2012 dan 2013 yang mana ketika itu Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO, juga selaku pengerusi mesyuarat jawatankuasa pengurusan parti manakala Shafie, Naib Presiden turut sebagai ahli mesyuarat jawatankuasa tersebut.

“Wang yang dituduh masuk akaun UMNO itu berlaku tahun 2011, 2012 dan 2013…

“Waktu itu jk (jawatankuasa) pengurusan UMNO dipengerusikan TAN SRI MUHYIDDIN YASIN DAN AHLINYA TERMASUK DS (Datuk Seri) SHAFIE AFDHAL..

“Kita mungkin terpaksa minta mereka beri keterangan masuk keluarnya wang ketika itu,” tegas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Koya pada 21 Jun lalu telah mengumumkan nama-nama 41 individu, syarikat, yayasan, pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang akan dikenakan ‘civil forfeiture’ atau lucut hak terhadap wang dalam akaun-akaun berkenaan.

Menurut Latheefa yang juga bekas ahli majlis pimpinan pusat PKR, tindakan tersebut dikenakan di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA 2001) bagi mendapatkan semula sejumlah wang bernilai RM270 juta yang kononnya dicuri dari 1MDB dan dipindahkan menerusi satu akaun bank milik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Annuar, dalam satu kenyataan sebelumnya turut berkata UMNO bersedia memfailkan Afidavit Balas di mahkamah dan satu pasukan peguam sudahpun dilantik bagi tujuan tersebut di samping mengharapkan proses berjalan secara adil dan mematuhi prinsip ‘rule of law’ serta pelaksanaan sistem kehakiman yang bebas dan berintegriti.

“Semua pihak harus menghormati prinsip tersebut,” tegasnya. – Media UMNO

Pendukung UMNO Perlu Memeta Dan Terjemah Perubahan… Bukan Sekadar Slogan, Pekikan Semangat


KUALA LUMPUR, 27 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata untuk bangkit kembali, UMNO perlukan lebih dari sekadar menjadi pemerhati dan belajar dari kesilapan.

Tegasnya, UMNO mesti mempunyai idea dan tawaran yang baharu, segar dan menjawab keperluan semasa.

“Kita tidak boleh terus-menerus bergantung kepada apa yang telah dan pernah kita buat. Kita mesti perkemas struktur dan tadbir urus parti. Kita mesti dekati kelompok masyarakat yang baharu.

“Zaman sudah berubah. Konteks dan cabaran semasa juga sudah berubah. Jadi, kita mesti memeta perubahan dan menterjemahkannya dengan cara yang serius, ikhlas dan bermakna.

“Bukan sekadar pada slogan dan pekikan semangat,” ujarnya dalam dalam satu amanat di Facebooknya sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 30 Jun ini.

Sehubungan itu, Khaled menganjurkan agar semua pemimpin dan ahli parti mengambil kesempatan persidangan pada kali ini untuk benar-benar memikirkan idea baharu dan menjadikan mesyuarat tersebut sebagai sesi sumbang saran yang konstruktif dan bernas.

“Bersama-samalah kita bantu memulihkan parti ini.

“Kita angkat dan letakkan ia kembali pada kedudukan yang terhormat, seperti mana yang telah parti ini lakukan kepada kita sebagai sebuah bangsa dan negara,” jelasnya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu turut yakin banyak perkara yang telah UMNO insafi dan pelajari setelah setahun bergerak sebagai pembangkang.

“Kita belajar menguruskan parti dalam serba kekurangan. Kita belajar menguruskan kehendak pemimpin dan tuntutan ahli dalam kesusutan kepercayaan dan kesetiaan.

“Kita kenal lawan. Kita nampak rupa dan warna sebenar mereka yang kita anggap kawan.

“Kita belajar mendekati masyarakat dan terus menyantuni mereka tatkala kerajaan gagal mengotakan janji. Kita belajar dan belajar,” tegasnya lagi.

Justeru itu tambahnya, semua itu adalah pengalaman penting yang layak mematangkan semua pendukung parti. – MediaUMNO

Ambil Alih Lebuh Raya, Menteri Kewangan Hina Intelektual Rakyat


KUALA LUMPUR, 27 Jun – Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan membidas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil alih empat buah lebuh raya dalam Lembah Klang kerana bukan sahaja lebih menimbulkan kekeliruan sebaliknya dilihat cuba menghina intelektual rakyat.

Sebelum ini terangnya, Guan Eng telah menyatakan kerajaan menawarkan sejumlah RM6.2 bilion kepada syarikat konsesi lebuh raya LDP, SPRINT, KESAS dan SMART yang mana selepas pengambilalihan ini, bayaran tol akan digantikan dengan bayaran caj kesesakan.

“Walaubagaimanapun, timbul persoalan selepas siaran media Guan Eng apabila dengan jelas menyatakan apabila bayaran RM6.2 bilion ini dibuat, tempoh konsesi lebuh raya yang terlibat tidak akan dilanjutkan tetapi akan tamat seperti perjanjian konsesi sedia ada.

“Dengan kata lain, bayaran RM6.2 bilion bukanlah untuk mengambil alih lebuh raya ini sebaliknya hanyalah bersifat pampasan kepada syarikat konsesi bagi membolehkan bayaran tol dikurangkan pada waktu luar puncak dan percuma pada waktu bukan puncak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah menghairankan jelas Shahril lagi, Guan Eng turut menyatakan ‘caj kesesakan’ yang kononnya akan menggantikan bayaran tol ini akan diteruskan selepas konsesi lebuh raya ini tamat mengikut perjanjian sedia ada kelak.

“Kita tidak menafikan kemungkinan bayaran yang akan ditanggung oleh rakyat akan berkurangan selepas ini.

“Tetapi yang mengejutkan, mengapa ‘caj kesesakan’ ini akan diteruskan walaupun selepas perjanjian konsesi tamat?

“Bukankah sepatutnya tiada apa-apa lagi bayaran yang akan dikenakan kepada rakyat selepas tempoh tersebut?” soalnya. – MediaUMNO

Tanah Runtuh Lagi…. Kerajaan Negeri P. Pinang Perlu Bertanggungjawab


NIBONG TEBAL, 27 Jun – Lagi Tanah runtuh di Pulau Pinang….

Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail mendesak agar Kerajaan negeri bertindak tegas bagi menangani isu tanah runtuh di negeri ini memandangkan ia bukan kejadian yang pertama.

Jelas beliau, sejak zaman Lim Guan Eng (menjadi Ketua Menteri) lagi, UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah memperjuangkan isu ini namun sehingga kini tidak ada tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri.

“UMNO dan BN telah berkali-kali mendesak dan mengingatkan kerajaan negeri untuk mematuhi SOP bagi membina bangunan dan penarahan bukit. Kes tanah runtuh dan melibatkan kematian ini bukan kali pertama.

“Tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 21 Oktober 2017 yang mengorbankan 11 nyawa masih segar dalam ingatan malah sehingga kini status siasatan tidak didedahkan. Kini berlaku lagi tanah runtuh dan meragut nyawa.

“Persoalannya, adakah syarikat terbabit mendapat kelulusan agensi terbabit dan apakah tindakan kerajaan? Adakah akan terus membisu seperti kes-kes sebelum ini?” soal beliau kepada UMNO-Online.

Justeru, beliau mendesak agar kerajaan negeri dan agensi yang berkaitan untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas agar kejadian buruk seperti ini tidak berulang.

“Kami berharap tidak akan ada ‘double-standard’ dalam siasatan yang dilakukan. Ianya mestilah telus dan adil,” tegas beliau.

Beliau mengulas mengenai kejadian tanah runtuh di tapak kerja pembinaan tembok penahan di Lost Paradise Hotel, Jalan Batu Ferringhi pukul 9.25 malam Selasa lalu yang mengorbankan empat warga Myanmar.

Untuk rekod, 19 Oktober tahun lalu, tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus runtuh dan mengorbankan sembilan orang manakala empat lagi cedera dan turut sama tertimbus 13 kontena dan sebuah rumah kongsi.

Insiden tanah runtuh di Paya Terubong itu merupakan kejadian kedua seumpamanya berlaku di Pulau Pinang selepas tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah tahun sebelum itu yang meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan, lima Bangladesh, dua Indonesia, dua Myanmar dan seorang warga Pakistan. – MediaUMNO

Tol Percuma Jadi ‘Tol- Forever’, Sindir Najib


KUALA LUMPUR, 27 Jun – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam hantaran di Facebook sinis berkata undi Pakatan Harapan (PH), yang dapat adalah’tol-forever’.

Sindirnya juga, rupa-rupanya janji PH untuk tol percuma telah menjadi tol untuk selama-lamanya.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kewayangan yang dirujuknya kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa tol, yang dijenamakan semula oleh PH sebagai caj kesesakan akan terus dikutip oleh PH walaupun tempoh konsesi tol sudah tamat.

Ini jelas berbeza dengan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN), tegasnya.

“Apabila konsesi tol tamat di bawah kerajaan BN atau kita nak mansuhkan tol, plaza tol dirobohkan dan kerajaan akan ambil alih penyelenggaraan lebuhraya tersebut.

“Satu sen pun tidak akan dikutip lagi untuk pengguna lebuh raya itu,” tegasnya.

Pemansuhan tol adalah salah satu daripada manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) PH yang gagal ditunaikan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian pernah berkata dalam Dewan Rakyat terpulang kepada rakyat untuk bermimpi melihat negara ini memiliki lebuh raya tanpa tol kerana janji untuk memansuhkan tol sedia ada memang sukar dilaksanakan. – MediaUMNO

Menteri Agama Malaysia Jadi Menteri Propa China ?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dalam satu hantaran Facebook miliknya menunjukkan gambar-gambar lawatan beliau ke pusat tahanan etnik Uighur di Xinjiang, China.

Namun apa yang menghairankan, Mujahid telah menggelar pusat tahanan tersebut dengan nama 'pusat latihan dan vokasional', iaitu nama yang telah digunakan oleh kerajaan China bagi menunjukkan bahawa tempat tersebut bukanlah suatu pusat tahanan.

Hakikatnya, pusat tahanan tersebut dikatakan oleh media antarabangsa sebagai 'penjara terbesar di dunia' yang mana etnik Uighur yang beragama Islam dilaporkan dipaksa untuk meninggalkan amalan agama Islam dan menerima komunisme yang menolak amalan beragama.

Tambahan pula, undang-undang di China juga melarang apa-apa aktiviti agama di mana-mana tempat awam milik kerajaan terutamanya sekolah. Secara langsung membuktikan mereka yang ditempatkan di pusat tahanan ini tidak akan dibenarkan menjalankan aktiviti agama mereka.

Persoalannya, adakah hantaran yang dibuat oleh Mujahid menjadi satu signal bahawa Malaysia telah mengiktiraf pusat tahanan tersebut sebagai satu pusat pendidikan?

Adakah desakan yang pernah dibuat sebelum ini sama ada secara rasmi atau tidak rasmi akan ditarik balik susulan 'pengiktirafan' yang dibuat oleh Mujahid ini?

Semua pihak termasuk PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) menyatakan perkara yang melibatkan etnik Uighur ini adalah penindasan hak asasi manusia. China dilihat agak tersisih dalam hal ini, sampailah datangnya kenyataan daripada Menteri Malaysia ini. Kita pun tidak pasti sama ada beliau Menteri Agama atau Menteri Propaganda China. - UTUSAN ONLINE

Tuesday 25 June 2019

UMNO Alu-alukan Kenyataan Latheefa Koya, Akan Fail Afidavit Balas


KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM bahawa semua responden dalam kes perlucutan hak sivil yang baharu dipohon SPRM kepada Mahkamah Rabu lalu boleh memfailkan Afidavit Balas, adalah dialu-alukan dan memberi gambaran yang tepat dari segi proses undang-undang, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Ujar beliau, kenyataan itu penting dan wajar kerana terdapat beberapa pihak yang jelas tidak memahami prosedur undang-undang, malah cuba mempolitikkan isu berkenaan.

“Isu ini bukan isu politik. Ia isu perundangan dan UMNO sedang dan akan terus memberi kerjasama kepada SPRM serta menghormati ‘rule of law’.

“Sekali lagi kita tegaskan bahawa UMNO sebagai sebuah parti politik berdaftar tidak pernah berurusan dengan 1MDB, apalagi utk menerima wang dari syarikat tersebut secara yang salah di sisi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Malah katanya, seperti rakyat Malaysia yang lain, kita menanti-nanti proses undang-undang yang sedang berjalan berkaitan isu ini.

“Kita mengharapkan proses itu berjalan secara adil dan mematuhi prinsip ‘rule of law’ serta pelaksanaan sistem kehakiman yang bebas dan berintegriti. Semua pihak harus menghormati prinsip tersebut.”

Justeru, jelasnya seperti yang disebut Puan Latheefa Koya, UMNO akan memfailkan Afidavit Balas di mahkamah dan satu pasukan peguam sudah pun dilantik bagi tujuan tersebut.

“Saya sendiri selaku Setiausaha Agung sudah membaca afidavit yang difailkan oleh SPRM dan memahami asas-asas yang digunakan mereka.

UMNO tidak mempunyai sebarang masaalah untuk memfailkan Afidavit Balas, bahawa wang UMNO dalam akaun yang kini disita dan mahu dilucut hak itu adalah wang UMNO dari sumber sah dan bukan dari 1MDB.

“Terpulanglah kepada Mahkamah untuk memutuskan dan UMNO akan menyusuri kes ini secara tertib, berprinsip, jujur serta berdiri atas kebenaran, insya-Allah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – MediaUMNO

Pencemaran Gas Di Pasir Gudang, Kerajaan PH Tak Ambil Pengajaran


JOHOR BAHRU, 25 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berasa cukup sedih dan kecewa apabila mengetahui kejadian kali ke-2 melibatkan pencemaran gas dan kimia sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat terutamanya para pelajar sekolah di Pasir Gudang.

Katanya, sehingga ke hari ini, lebih 15 buah sekolah terkesan melibatkan sejumlah besar pelajar sekolah di Pasir Gudang telah mengalami masalah kesihatan akibat daripada kebocoran gas kimia.

“Wakil Kerajaan sendiri iaitu Ahli Parlimen Pasir Gudang telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau berhubung cara krisis ini diuruskan.

“Wakil Kerajaan sendiri ragu dan sangsi dengan bentuk tindakan yang sudah diambil dan beliau kedengaran kecewa serta mual dengan sikap Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media.

Sehubungan itu, beliau melihat isu ini menunjukkan beberapa perkara, iaitu:

Pertama, Kerajaan Negeri rupa-rupanya tidak sedikit pun mengambil pengajaran daripada kejadian Mac lalu. Sedangkan kejadian sebelum ini sudah cukup perit untuk menggambarkan keperluan kerajaan bertindak pantas dan cekap.

Kedua, Kerajaan Negeri sebelum ini ada meyakinkan orang awam bahawa mereka akan melihat perkara seperti ini secara serius. Akan ada prosedur dan garis amalan yang diperkemas. Malah, apabila ada wakil pembangkang seperti saya sendiri memberikan cadangan, mereka pantas menjawab bahawa keadaan adalah di bawah kawalan dan memberi jaminan tragedi yang sama tidak akan dibiarkan berulang.

“Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri membuat kenyataan dan memberikan pendedahan yang segera berhubung apakah sebenarnya yang berlaku.

“Pada masa yang sama, bagi mengelakkan kerisauan rakyat dan memastikan kejadian ini dapat ditangani dengan segara, adalah baik untuk Kerajaan Negeri membentangkan pelan serta strategi untuk menguruskan krisis ini.”

Tegasnya, tindakan berlengah dan tidak bertindak dengan kadar segera ini hanya akan menyebabkan penduduk di Pasir Gudang semakin panik dan tertekan dengan ketidaktentuan berhadapan dengan situasi ini tanpa ada sedikit pun maklumat dan tanggungjawab yang diambil daripada pihak kerajaan.

“Janganlah sekali lagi membiarkan masyarakat dalam kebingungan sedangkan mereka yang terpaksa menerima kesan langsungnya.

“Kita tidak boleh membiarkan perkara sebegini menjadi kelaziman. Kerajaan Negeri mesti bertindak pantas dan memberi prioriti kepada isu seperti ini,” katanya lagi. – MediaUMNO

Monday 24 June 2019

Pedulikan Sindiran Dr Mahathir … Perkukuhkan Kerjasama UMNO-PAS


KUALA LUMPUR, 24 Jun – Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu PAS supaya mengesahkan terlebih dahulu UMNO adalah parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik, hanya bertujuan memecah belahkan kerjasama UMNO PAS, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya, ini gambaran kebimbangan beliau dengan kerjasama yang mampu menggugat Pakatan Harapan (PH).

“Justeru, saya fikir jangan dihirau kenyataan itu, sebaliknya kita fokus kepada usaha menjayakan taawun bersama UMNO – PAS agar gandingan UMNO – PAS bersama rakan rakan parti lain menjadi lebih hebat daripada PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, kerjasama politik atau taawun yang diluluskan oleh pimpinan ulama serta ahli ahli PAS dalam muktamar PAS beberapa hari lepas adalah bukti PAS ikhlas dengan UMNO.

“Apa yang lebih penting, kita mesti ‘ move forward ‘ bagi merealisasikan kerjasama dua parti terbesar Melayu Islam terkuat dalam sejarah politik negara ini.

“Jika Dr Mahathir masih mahu mengungkit kisah silam, lebih baik lihat dirinya sendiri. Beliau lupa bahawa beliau sendiri kini ‘menjilat ludah’nya apabila bekerjasama dengan Dap?

“Dap bukan saja dihina tetapi dikeji oleh Dr Mahathir satu masa dahulu. Namun, kini beliau dan Lim Kit Siang boleh duduk berpeluk-pelukan? Begitu juga dengan Mohamad Sabu dan Anwar Ibrahim.”

Jelas beliau, rakyat terutama generasi muda majoritinya kini sudah mengenali Dr Mahathir dan mereka mual dengan stail politik yang dibawa oleh Dr Mahathir kerana ia tidak banyak membawa kebaikan kepada negara dan pemikiran rakyat.

“Masyarakat Islam dan Melayu serta kaum-kaum lain kini memberi sokongan positif kepada penyatuan ummah UMNO PAS. Dalilnya terbukti seperti yang dizahirkan dalam peti undi yang memberi kemenangan kepada calon BN pada PRK Cameron Highland, Semenyih dan Rantau baru baru ini.

“Hakikatnya, rakyat menagih jawapan kenapakah sehingga kini Kerajaan PH tidak melaksanakan janji manifesto mereka. Kemudian pelbagai alasan akan diberikan atas kegagalan itu.

“Rakyat tidak mahu terus ditipu. Apa yang pasti Kerajaan PH dipimpin Dr Mahathir ternyata mengamalkan politik ‘cakap tidak serupa bikin’,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong. – MediaUMNO

Mujahid, Jangan Politikkan Kursus Haji… Tubuh RCI TH Jika Yakin Benar, Cabar Dr Asyraf


KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi menempelak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang mempolitikkan kursus ibadat haji.

“Hentikanlah mempolitikkan Kursus Perdana Haji. Biarkan bakal-bakal jemaah memfokuskan kepada hal-hal berkaitan penyempurnaan ibadah haji dan bukannya dipaksa mendengar ceramah politik Kekanda mengapi-apikan perbalahan dan prejudis.

“Kadang-kadang terdetik, siapa sebenarnya Pembangkang atau Kerajaan ini?,” tegasnya dalam satu lontaran di Facebook.

Dr Asyraf berkata demikian mengulas mengenai sebuah video propaganda Mujahid yang kini terkenal dengan gelaran Kekanda gara-gara warkahnya kepada Nurul Izzah Anwar satu ketika dahulu, di sebuah program Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Terengganu, baru-baru ini.

Cabar Dr Asyraf, seharusnya Mujahid menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika beliau merasakan berada di pihak yang benar.

“Buat Kekandaku YB Dr Mujahid Yusof Rawa Kursus Perdana Haji bukan medan propaganda politik untuk menghasut bakal-bakal jemaah supaya marah dengan kerajaan terdahulu dan pengurusan Tabung Haji (TH) yang lalu.

“Jika YB berada pada kedudukan yang benar dan tiada apa yang hendak disorokkan, saya sekali lagi mencabar untuk YB Menteri menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai hal ehwal kewangan dan pelaburan Tabung Haji,” tegasnya.

Ini bertujuan supaya rakyat mengetahui perkara sebenar, jelas Dr Asyraf.

“Daripada awal penubuhan sehinggalah hari ini tak pernah dilaporkan TH rugi, bahkan bermula 2009, keuntungan bersih setelah ditolak cukai dan zakat, keuntungan TH mulai melangkaui angka lebih RM1 bilion.

“Tiba-tiba naik YB Menteri, TH dikatakan rugi, akaun ditipu dan macam-macam tuduhan dan dakwaan. Jika benar akaun dimanipulasi, Jabatan Audit Negara adalah badan pertama perlu keluarkan kenyataan kerana selama ini merekalah yang mengaudit akaun dan laporan kewangan TH.

“Parlimen juga harus bertanggungjawab kerana dibentangkan dan diluluskan setiap tahun di Parlimen. Sebab itulah yang terbaik tubuhkan segera RCI sebagaimana janji Pakatan Harapan (PH) juga dalam manifesto mereka,” ujar bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu lagi.

Semalam, dalam Facebooknya juga, Dr Asyraf mendedahkan keluhan seorang bakal jemaah haji yang sedang menghadiri Kursus Perdana Haji mengadu amat tidak selesa dengan pengedaran bahan-bahan propaganda Kerajaan PH dengan pelbagai tuduhan liar serta tohmahan terhadap kerajaan lalu dan pengurusan TH yang lepas yang dijadikan salah satu bahan modul dalam kursus tersebut.

“Seharusnya medan Kursus Perdana Haji sebagaimana amalan sejak TH ditubuhkan dan sepanjang di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional terdahulu hanya difokuskan kepada aspek ibadah haji semata-mata dan tidak dicampur-adukkan dengan unsur-unsur perpolitikan yang akan menghilangkan roh ibadah haji yang bersifat ta’abudiyyah (perhambaan semutlaknya kepada Allah),” katanya. – Media UMNO

Tiada Maaf Bagi Kebodohannya, Ekonomi Makin Teruk… Menteri Kewangan Sila Letak Jawatan!


KUALA LUMPUR, 24 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun menyeru rakyat Malaysia dan semua ahli Parlimen mendesak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meletak jawatan dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikannya dengan orang lain yang lebih layak.

Ini kerana katanya, Guan Eng terbukti tidak berkelayakan, sering keliru dan memanipulasi angka serta tidak mampu menjaga kemakmuran negara.

“Ketahuilah sebab-sebabnya negara kita dalam keadaan ekonomi yang teruk kerana pentadbiran kerajaan yang gagal dan kita mempunyai menteri kewayangan yang menipu sijil, tak pandai ‘accounting’ dan titik perpuluhan pun boleh salah.

“Defisit and surplus pun tak tahu, perbelanjaan dan hutang pun tak tahu dengan tepat. Semua ni adalah kerana dia,” bidas doktor perubatan itu dalam satu hantaran di Facebook.

Selain isu salah titik perpuluhan, pengakuan palsu mengenai sijil akauntan, baru-baru ini Guan Eng menuduh negeri Sarawak akan bankrap di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana dengan belanjawan tahunan sebanyak RM11 bilion, rizab RM30 bilion Sarawak akan kering dalam masa tiga tahun.

Justeru tegas Dr Masliha, yang juga Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai, rakyat mesti bangkit jangan membiarkan pemimpin seperti bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjaga perbendaharaan negara.

“Kita tak boleh biarkan orang begini menjaga kewangan negara. Dengan Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) yang ruginya RM6.3 bilion (ini lebih dari isu RM2.6 bilion). Ini adalah pendapatan negara..tahu tak?

“Walaupun kita semua berlainan ideologi tapi sebagai rakyat Malaysia kita kena tegas dan kita tak boleh membiarkan orang begini menjaga kewangan kita.

“Hancurlah Malaysia. Semua orang perlu mendesak. Tiada maaf bagi kebodohan beliau! Duit negara adalah hasil titik peluh kita..takkan kita nak biarkan sahaja?,” soalnya dengan tegas. – MediaUMNO

Jom Jadi Ahli Keluarga UMNO, Daftar ‘Online’ Pun Boleh…


KUALA LUMPUR, 24 Jun – Sesuai dengan peredaran zaman kini maklumat di hujung jari, UMNO melangkah ke hadapan dengan mengaktifkan permohonan keahlian parti secara dalam talian (online).

Kini di mana-mana sahaja, warganegara Malaysia berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berumur 18 tahun ke atas amat mudah untuk menjadi ahli keluarga besar UMNO.

Selain melalui kaedah konvensional, keahlian secara ‘online’ boleh dicapai melalui laman sesawang UMNO-Online; https://umno-online.my/ dengan klik di bahagian ikon ‘Daftar Sebagai Ahli UMNO’.

Pemohon akan diakseskan ke laman web https://csm.com.my/ dan di dalamnya terkandung panduan-panduan untuk memudahkan pendaftaran akaun dan keahlian.

Setiap pendaftaran hendaklah dimasukkan butir-butir peribadi yang diperlukan dengan lengkap.

Manakala untuk semakan lanjut, pemohon perlu menggunakan emel dan kata laluan yang didaftarkan.

Segala permohonan yang diterima serta nombor keahlian akan dihantar melalui emel yang didaftarkan.

Sebarang urusan dan permasalahan yang berkaitan pendaftaran keahlian baharu boleh di emel ke alamat; ahliumnoonline@gmail.com atau talian Ibu Pejabat UMNO, 03-4042 9511.

Begitu juga, urusan semakan ahli boleh dibuat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau di Pejabat-pejabat UMNO Bahagian. – Media UMNO

UMNO Mantapkan Ahli Akar Umbi Untuk PRU-15


SUNGAI PETANI, 24 Jun – Ahli UMNO termasuk sayap wanitanya di seluruh negara perlu menyelesaikan krisis dalaman di kesemua 191 bahagiannya terlebih dahulu sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), nanti.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abd. Rahim berkata, perkara tersebut perlu menjadi keutamaan ahli parti selepas mereka kini bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan PAS.

Menurutnya, usaha memantapkan ahli parti tidak akan sampai ke mana-mana jika masalah dalaman itu terus berlarutan sehingga PRU-15.
“Sukar untuk menang jika ahli parti terus berbalah dan berprasangka buruk antara satu sama lain, kita perlu menyelesaikan masalah dalaman yang timbul di setiap bahagian terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani di Hotel Zaques, Jalan Kem Sungai Petani, semalam.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff dan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Petani, Wan Mohalina Wan Mohamad.

Ujar Norliza, UMNO akan terus berdepan banyak masalah jika ramai ahlinya tidak ikhlas dalam perjuangan dan masih mementingkan diri sendiri. – UTUSAN ONLINE

Jangan Wujud Kem Dalam UMNO


RAUB, 24 Jun – Semua ahli UMNO harus merapatkan saf dan tidak hanya terus menuding jari kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam keadaan Pakatan Harapan yang huru-hara dan bercelaru, ahli-ahli UMNO perlu bersatu dan mengelak mewujudkan kumpulan atau kem.

“Kita patut muhasabah diri kita jatuh sebahagiannya atas kesilapan kita bukan orang lain. Jangan menuding jari kepada Datuk Seri Najib seorang, kalau (kesalahan) Datuk Najib seorang kita masih berkuasa.

“Semua ada saham, kita melakukan kesilapan bersama. Tuhan sayangkan kita lagi, tuhan bagi peluang untuk kita berubah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Raub di Dewan UMNO Raub semalam.

Yang hadir sama, ADUN Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin: Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Azinuddin Rahim; Ketua Pemuda UMNO Raub, Fazli Mohamad Kamal; Ketua Wanita UMNO Raub, Zulriani Yahya dan Ketua Puteri UMNO Raub, Umi Hanisa Mokhtar. – UTUSAN ONLINE

Sunday 23 June 2019

Muktamar PAS Lulus Usul Memeterai Perjanjian Politik Dengan UMNO


KUANTAN, 22 Jun – Muktamar Tahunan PAS kali ke-65 hari ini meluluskan usul supaya pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan UMNO.
Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.

Ketika membentangkan usul itu, Mohd Asri berkata PAS tidak boleh menjalin taawun siyasi (kerjasama demi kepentingan Islam) semata-mata, sebaliknya hendaklah diikuti dengan tahaluf siyasi (muafakat politik).

“Dalam masa sama, (PAS) hendaklah mengadakan garis panduan asas, syarat-syarat dan batas kerjasama politik dengan parti politik tersebut,” katanya.

Kali terakhir PAS mengadakan perjanjian politik ialah bersama DAP pada 2008 sebelum ia ditamatkan setelah didakwa berlaku pelanggaran syarat pada Julai 2015.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita berkata Majlis Syura Ulama telah meluluskan secara dasar perjanjian politik berkenaan dalam perbincangan sebelum ini.

“Ia sudah dibincang dalam Majlis Syura Ulama dan usul ini hanya untuk disahkan dalam muktamar… dalam perlembagaan kita, keputusan itu mesti diizinkan (mendapat mandat) perwakilan muktamar,”  katanya. –Bernama