This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, 31 March 2017

Ziarah Kasih Ahli Parlimen Kepala Batas #KepalaBatasKu


Sorotan sepanjang program Ziarah Kasih Ahli Parlimen Kepala Batas , YB Dato Sri Reezal Merican Naina Merican di sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas.

Marilah Sama-Sama Kita Mendoakan Supaya Mereka Semua Di Permudahkan Segala Urusan Dan Di Permudahkan Dari Segala Kesusahan.



Terowong Atau Jambatan ?


KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya belum menerima maklumat terkini mengenai kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang atau jambatan ketiga.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pada Mei 2016, kerajaan Pulau Pinang menghantar surat kepada kementerian meminta kelulusan bagi jambatan ketiga tanpa mengemukakan apa-apa dokumen sokongan.

"Tidak dapat meneruskannya tanpa dokumen sokongan, kementerian telah lima kali meminta laporan pada bulan-bulan berikut untuk laporan kajian itu, membabitkan kos RM305 juta yang ditanggung oleh kerajaan Pulau Pinang dengan sekurang-kurangnya RM135 juta telah dibayar setakat Mei 2016," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadillah berkata pada 6 Ogos tahun lepas, kerajaan pulau Pinang mengaku bahawa kajian itu belum siap sepenuhnya dan berjanji untuk mengemukakannya kepada kementerian seawal 2017.

"Hari ini menandakan berakhirnya suku pertama 2017. Kementerian ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kami belum menerima kajian itu. Oleh itu, kementerian tidak harus dipersalahkan bagi sebarang kelewatan.

Kementerian juga ingin melahirkan kebimbangan mengenai projek itu dan menawarkan bantuan kepada kerajaan Pulau Pinang sekiranya mereka memerlukannya," kata beliau.

Fadillah berkata kementerian juga percaya bahawa kos RM305 juta bagi kajian tersebut adalah terlalu tinggi dan di luar garis panduan kos bagi projek pembinaan seperti ini.

"Kami mempunyai kepakaran untuk menyiapkan kajian itu mengikut masa ditetapkan dan pada kos lebih rendah. Kami sekali lagi menawarkan kesediaan untuk membantu kerajaan Pulau Pinang jika mereka memerlukan bantuan," katanya

Fadillah juga berkata tanah di Pulau Pinang bernilai RM2.83 bilion yang ditukar untuk projek itu telah diprajual oleh syarikat konsesi terowong kepada sebuah syarikat disenaraikan pada satu majlis menandatangani perjanjian pada 15 Januari, 2016 yang dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Walaupun membuat pembayaran dan prapenjualan tanah negeri, kami dimaklumkan bahawa fasa pertama projek iti mulanya dijangka dimulakan pada awal 2015.

"Sejak 2015, kerajaan Pulau Pinang kemudian beberapa kali telah menyemak semula garis masa projek atas pelbagai sebab," kata beliau.

Fadillah berkata baru-baru ini, anggota Exco kerajaan Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi infrastruktur berkata fasa pertama projek dijangka hanya bermula paling awal pada pertengahan 2018.

"Kementerian terus melahirkan kebimbangan mengenai kelewatan ini, kos kajian dan kos projek tersebut," kata beliau. - Bernama

Pembangkang Sengaja Putar Belit Kenyataan PM Berhubung RUU355 Untuk Kelirukan Rakyat


JELUTONG – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin menyifatkan pembangkang cuba memutar belitkan isu RUU355 dengan menggambarkan seolah-olah UMNO yang menerajui kerajaan hari ini menolak pindaan rang undang-undang tersebut, apabila kerajaan mengumumkan tidak akan membentangkan RUU355 sebaliknya akan membiar Pas membentangkannya di dalam parlimen.

Jelasnya, kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib itu tidak bermaksud UMNO menolak pindaan rang udang-undang tersebut sebaliknya memberi laluan kepada Pas untuk meneruskan pembentangan pindaan RUU355 itu sepertimana sebelum ini.

“Saya lihat ada usaha pembangkang untuk memutarkan belitkan kenyataan perdana menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu bertujuan  mengelirukan rakyat, terutama umat Islam di negara ini dengan mendakwa kononnya UMNO yang menerajui kerajaan menolak pindaan RUU355 yang dibawa oleh Pas ini.

“Sedangkan kenyataan PM itu langsung tidak mengatakan kerajaan menolak pindaan RUU355 itu sebaliknya menyerahkan kepada Pas untuk membentangkan pindaan itu di Parlimen, sepertimana asalnya cadangan itu datang daripada parti tersebut,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Menurut beliau, pembangkang cuba membangkitkan isu bagi memperkuatkan dakwaan mereka berhubung  percanggahan kenyataan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pada 17 Mac lalu dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkenaan isu ini.

“Saya kira tidak ada sebarang percanggahan sebenarnya dalam hal ini kerana kenyataan TPM itu dibuat sebelum perkara ini dibincang dengan lebih lanjut dengan rakan-rakan komponen BN. Namun setelah dibincang dengan lebih lanjut bersama dengan parti-parti lain di dalam BN, maka kerajaan menyerahkan kepada Pas untuk membentangkan pindaan tersebut.

“Percanggahan kenyataan ini juga menjadi modal yang cuba diputar belitkan oleh pihak pembangkang untuk menggambarkan UMNO dan kerajaan menolak pembentangan pindaan RUU355 itu dalam usaha mereka untuk mengelirukan rakyat, sedangkan hakikatnya tidak begitu,” tegasnya.

Semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN, Datuk Seri Mohd Najib  berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Parlimen selaras dengan dasar dan amalan parti yang membuat keputusan secara konsensus.

Jelas beliau, RUU 355 akan terus sebagai undang-undang persendirian dan terpulang kepada Speaker untuk membuat ketetapan mengenainya di Dewan Rakyat.

“Kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 selaras dengan dasar dan amalan kita bahawa BN membuat keputusan berdasarkan konsensus.

“Justeru rang undang-undang tersebut akan terus menjadi bil persendirian dan terserah kepada Speaker untuk menentukan kalau ia perlu dibentangkan maka akan dibentangkan,” ujarnya.-MediaUMNO

Thursday, 30 March 2017

Tapak Ganti Masjid Bayan Mutiara , Mana Janji Kerajaan DAP ??


Bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Ir. Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin yang kini Ketua UMNO Bahagian Bagan hari ini mempersoalkan tentang tapak ganti Masjid Bayan Mutiara yang masih belum diselesaikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ir. Datuk Shaik memuat naik persoalan itu melalui akaun "facebook" miliknya hari ini dengan kenyataan berbunyi "Dah 5 tahun..janji nak ganti tapak masjid bayan mutiara tak selesai2 lagi..."

Sebelum itu pada 29 Mac 2012 yang lalu , Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ir. Datuk Dr Shaik pada masa tersebut dalam satu sidang media di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang telah memberi amaran kepada Lim Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman.

"Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam,"

Tindakan tersebut dibuat apabila Lim Guan Eng pada ketika itu menyuarakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Shaik Hussein dan Utusan Malaysia selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat mengenai isu Bayan Mutiara.

Shaik Hussein memberitahu, tindakan undang-undang yang mahu diambil Guan Eng itu disifatkan hanya sekadar mahu mengalih pandangan rakyat sekali gus menutup isu berkenaan.

"Saya rasa dia (Guan Eng) silap orang. Saya akan terus bercakap tentang isu ini sehingga selesai segala masalah.

"Berdosa saya sebagai orang Islam kalau tidak pertahankan tapak masjid itu," ujarnya.

Beliau menambah, Guan Eng tidak sepatutnya berdolak dalik kerana persoalan yang ditimbulkan pihaknya adalah sama ada tapak masjid itu sudah dijual atau tidak.

"Saya minta dia jawab, hanya katakan ya atau tidak. Masalahnya dia tidak mahu jawab.

"Kalau sudah jual, tidak mengapa. Mengaku sahaja kesilapan kemudian ganti tapak baru untuk mendirikan masjid," ujar beliau.

Dalam respon balas Lim Guan Eng berkata apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. 

Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? 

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.

Jika benar kerajaan DAP Pulau Pinang berjiwa rakyat dan berpegang kepada prinsip asas khususnya melibatkan tempat-tempat beribadat kenapa sehingga tempoh 5 tahun isu membabitkan tapak ganti Masjid Bayan Mutiara ini masih belum diselesaikan ?

Kit Siang Tidak Perlu Main Wayang Opera, Lantik Peguam Dan Saman Annuar Musa


KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang,, Rafizal Abdul Rahim berkata, Penasihat Dap Lim Kit Siang hanya perlu melantik peguam seterusnya mengambil tindakan saman terhadap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa sekiranya dakwaan yang dibuat oleh Annuar iaitu Kit Siang seorang rasis adalah satu fitnah.

Jelas beliau, parti Dap tidak perlu bermain wayang opera dengan memperkudakan ahli mereka yang berbangsa Melayu untuk melakukan laporan polis terhadap Annuar.

“Hairan… itulah yang saya rasa sebab sebelum ini Dap dan saman memang tidak boleh dipisahkan. Pantang tercuit pasti tindakan saman akan diambil tapi bila Annuar Musa berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa Kit Siang rasis, mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil selain daripada laporan polis oleh ahli Dap berbangsa Melayu.

“Adakah Dap ingin memperalatkan ahli mereka bagi menutup kenyataan sebenar… Apa lagi yang cuba diputar-belitkan oleh Dap bagi mengelirukan rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Rafizal, rakyat khususnya di Pulau Pinang sentiasa menantikan bilakah Kit Siang mahu mengambil tindakan saman terhadap Annuar kerana inilah peluang untuk Dap menghancurkan kreadibiliti Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO.

“Ini bukan sahaja berkaitan kredibiliti Annuar sebagai Ketua Penerangan tetapi imej UMNO akan turut tercalar… Ini juga peluang untuk membuktikan bahawa Dap tidak rasis.

“Jadi persoalan yang timbul kini, mengapa bila ada peluang sebegini Kit Siang terus kunci mulut dan tidak mengambil tindakan.

“Inilah persoalan yang bermain di fikiran rakyat. Ia agak pelik bila bulan jatuh ke riba tetapi Dap enggan menerima,” katanya lagi.

Annuar Musa sebelum ini mencabar Kit Siang untuk menyaman dirinya ekoran kenyataannya yang mengatakan bahawa Dap adalah sebuah parti diktator, rasis dan anti Islam.

Jelasnya, jika sebelum ini kenyataan tersebut disuarakan di dalam parlimen dan dirinya dilindungi kekebalan berparlimen kini kenyataan tersebut diulang di luar parlimen dan sekiranya Kit Siang merasakan itu adalah satu fitnah maka segeralah mengambil tindakan saman. -MediaUMNO

Wednesday, 29 March 2017

Warga Emas Lumpuh Dapat Perhatian UMNO Bahagian Jelutong


UMNO Bahagian Jelutong tampil membantu Khatijah Mohamad Yusuff , 63 tahun penduduk di Hilir Solok Sungai Pinang yang kini amat-amat memerlukan bantuan akibat kelumpuhan yang membataskan pergerakannya.

Khatijah yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah sejak dua tahun lalu itu bukan sahaja tidak mampu bergerak tetapi juga merupakan seoang balu yang kematian suami.Malah kehidupannya yang sebelum ini bergantung harap kepada suaminya kemudian bertukar menjadi mimpi ngeri apabila hilang punca pendapatan.

Beliau yang juga mengalami masalah berat badan turut berdepan kesukaran untuk meneruskan kehidupan apabila menjadi cemuhan jiran tetangga.

Ketua UMNO Bahagian Jelutong , Datuk Haji Abdul Razak Bin Haji Abdul Rahman sewaktu berkunjung ke rumah Khatijah berkata pihaknya akan membantu mengurangkan beban keluarga ini termasuk termasuk membantu warga emas ini mendapatkan rawatan di hospital.

Datuk Haji Abdul Razak Bin Haji Abdul Rahman yang turun bersama dengan jawatankuasa UMNO Bahagian serta sayap-sayap kemudiannya menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan rumah , keperluan harian serta wang tunai kepada Khatijah bagi meringankan beban yang ditanggung.

Selain daripada itu UMNO Bahagian Jelutong juga akan berusaha untuk memberikan bantuan kewangan bulanan yang akan diusahakan melalui agensi-agensi kerajaan.

Menurut laporan yang disiarkan oleh Harian Metro , Khatijah walaupun sering dikeji, dihina dan diherdik segelintir jiran setiap hari berikutan rumahnya di Hilir Solok Sungai Pinang, di sini, berbau busuk, Khatijah Mohamad Yusuff, 63, tetap bersabar dan tabah meneruskan kehidupan selepas lumpuh dari paras pinggang ke bawah sejak dua tahun lalu.

Kini, dia tidak mampu bangun dan sekadar duduk di atas katil dan melakukan pelbagai kerja dari atas katil itu termasuk melipat pakaian serta memasak.

Jika mahu memasak, dia menarik dapur gas menggunakan tongkat dan meminta cucu berusia empat tahun, Nur Iman Umairah mengambil bahan untuk dimasak dengan menu ala kadar.

Malah, dia yang tinggal berdua bersama Nur Iman di rumah itu menyifatkan kanak-kanak itu bukan sekadar peneman, malah tempat dia bergantung harap.

“Saya lumpuh sejak dua tahun lalu dan tidak dapat bergerak, sebaliknya hanya mampu duduk di katil. Di katil inilah saya mandi, tidur, memasak, kencing serta buang air dan saya buat semua itu sendiri tanpa bantuan sesiapa.

“Sejak suami meninggal dunia Oktober tahun lalu, saya sudah hilang tempat untuk bergantung hidup, malah hilang sumber kewangan dan kini tinggal berdua bersama Nur Iman.

“Sebelum suami meninggal dunia, dia tempat saya dan Nur Iman bergantung hidup. Namun, selepas suami pergi, saya dan cucu pernah tidak makan beberapa hari berikutan tiada wang,” katanya yang menghidap penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Khatijah mengakui mendapat bantuan RM350 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wang itu digunakan untuk membayar bil elektrik dan air, manakala selebihnya untuk membeli barang dapur dengan bantuan jiran atau adiknya.

“Kadang-kadang barang dapur hanya bertahan beberapa hari saja. Selepas barang dapur habis, saya dan cucu makan apa yang ada termasuk sisa roti kering dan biskut disedekahkan orang yang datang menziarahi kami.

“Saya tidak tahu kepada siapa untuk meminta wang bagi membeli keperluan harian. Kami hanya menanti jika ada jiran baik hati dan orang ramai datang melawat kami memberi sedekah,” katanya.

Nasib Khatijah semakin teruk selepas dia dihina dan dikeji segelintir jiran tetangga berikutan tempat tidurnya itu berbau busuk dan hancing akibat tidak dicuci.

Beliau berkata, dia tidak dapat mencuci katilnya berikutan tidak dapat bangun akibat lumpuh, sebaliknya hanya mampu duduk saja di katil.

“Saya hanya mampu duduk dan membuat kerja rumah di atas katil ini. Saya tidak dapat bangun, hanya tangan saja dapat bergerak untuk melakukan kerja rumah manakala kaki saya lumpuh.

“Pergerakan saya terhad menyebabkan tidak dapat mencuci dan membasuh cadar sehingga ia berbau busuk. Bagaimanapun, saya tetap bersabar dan berharap jiran terbabit memahami keadaan hidup kami,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Khatijah boleh ke rumahnya di Nombor 11F Hilir Solok Sungai Pinang, Georgetown berikutan tidak ada telefon serta akaun bank.



Perpaduan Eratkan Hubungan Penduduk Sungai Acheh


Seramai 1200 penduduk di sekitar Sungai Acheh , Nibong Tebal dan kawasan-kawasan yang lain hadir ke Program Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Ybhg Datuk Ustaz Kazim Elias yang diadakan di perkarangan Masjid Qariah Seri Ampangan , Sungai Acheh semalam.

Program anjuran Pusat Khidmat Adun Sungai Acheh itu berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk melalui program ilmu tanpa mengira latar belakangan politik.

YB Dato' Haji Mahmud Bin Haji Zakaria , Adun Sungai Acheh sewaktu ditemui berkata beliau melahirkan rasa terima kasihnya kepada semua pihak yang memberikan sokongan untuk menjayakan program tersebut.

"Saya melahirkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan penaja yang turut membantu program ini lebih-lebih lagi kepada pihak jawatankuasa Masjid Seri Ampangan ini yang telah memberi kerjasama yang cukup baik."

"Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim tadi walaupun dalam keadaan yang berjenaka tetapi ia tersirat dengan perkara berkait dengan ilmu itu sendiri termasuk ilmu dunia dan akhirat , Saya yakin banyak intipati ceramah yang disampaikan tadi akan memberikan satu keinsafan dan kesedaran kepada hadirin yang hadir pada malam ini lebih-lebih lagi pada soal perpaduan ummah itu."

"Ustaz Kazim berpesan sebagai orang Islam sebenarnya kita sama dari segi sembahyang , kita satu kiblat , rukun Islam rukun yang sama , rukun iman rukun yang sama jadi mengapa kita harus berpecah ? Soal politik hanya sementara , waktu mengundi mengundilah kenapa perlu kita berpecah selepas mengundi kita perlu bersatu membangun ummah dan buat kerja untuk membangunkan negara."

"Jadi saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat seluruh umat Islam marilah kita kembali bersatu yang penting kita nak jaga , membela agama kita , bangsa kita terus berdaulat di negara yang kita cintai ini."

Program Ceramah Perdana itu turut dihadiri oleh Mohd Nor Hiesyam Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sham , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal yang turut gembira dengan sokongan semua pihak khususnya para penduduk di Sungai Acheh.

Beliau berkata program-program keagamaan seperti ini sememangnya merupakan program yang cukup baik khususnya bagi menarik masyarakat untuk berhimpun , bermuafakat dan bersatu padu sebagai orang Islam.

"Kita harap program seperti ini akan dapat diteruskan khususnya ianya akan menjadi tunjang dan juga kekuatan kepada perjuangan untuk menyatupadukan semua masyarakat berbeza pandangan politik khususnya orang Islam yang ada dikawasan ini dan di negeri ini." 

 

Tuesday, 28 March 2017

Ziarah Prihatin Bukti Komitmen UMNO Untuk Terus Membela Rakyat


Sebanyak 15 buah kediaman di sekitar DUN Sungai Acheh telah menjadi persinggahan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , Datuk Seri Zainal Abidin Osman dalam program ziarah prihatin yang turut disertai oleh Adun Sungai Acheh , YB Dato' Haji Mahmud Bin Haji Zakaria.

Ziarah Prihatin yang dijalankan secara santai itu bukan sahaja merapatkan hubungan penduduk dengan kepimpinan kawasan tetapi juga disusuli dengan penyampaian sumbangan yang dibawa dan diserahkan sendiri oleh kedua-dua pemimpin tersebut kepada 15 penerima yang memerlukan.

Program seumpama ini merupakan program berterusan yang dijalankan pada setiap masa bagi memenuhi keperluan rakyat khususnya golongan yang memerlukan bantuan dan perhatian.Selain daripada itu program Ziarah Prihatin ini juga mensasarkan kepada semua peringkat golongan termasuklah golongan pelajar.

Dalam masa yang sama kedua-dua pemimpin Datuk Seri Zainal dan YB Dato' Haji Mahmud turut meluangkan masa singgah di Kelas Iqraq' Parit Kasa , Nibong Tebal bertemu dengan para pelajar dan tenaga pengajar di situ.

Sedar bahawa ilmu itu adalah pemangkin kepada kehidupan yang lebih baik maka sedikit saguhati disediakan kepada para ustazah yang terlibat agar mereka terus komited dan bersemangat untuk memastikan anak-anak pelajar terus dibimbing dengan sempurna agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.

Selain daripada mendokong dan berusaha untuk terus memacu keupayaan negara di bawah kepimpinan YAB Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak , program ziarah prihatin ini adalah bukti komitmen UMNO Pulau Pinang untuk terus membela rakyat.

PRIHATIN UMNO Permatang Pauh Lancar Khidmat BAS Percuma


UMNO Permatang Pauh terus prihatin dengan nasib rakyat apabila melancarkan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada 180 pelajar miskin dari flat PPR Ampang Jajar untuk ke sekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Samagagah.

Sebanyak 2 buah bas Rapid Penang telah diperuntukkan kepada para pelajar tersebut dan bas sewa khas ini disediakan khusus bagi perjalanan ke sekolah dengan 4 perjalanan pada setiap hari.

Peruntukkan ini melibatkan kos RM4000.00 sebulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh , Datuk Haji Mohd Zaidi Haji Said.

Inisiatif dari Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh ,  Datuk Haji Mohd Zaidi Haji Mohd Said ini menjadi satu lagi usaha berterusan UMNO bahagian dalam meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa yang kurang kemampuan selain memudahkan urusan para pelajar untuk ke sekolah.

Selain daripada itu perkhidmatan ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk terus membantu rakyat khususnya mereka-mereka yang memerlukan dan ianya menepati dasar kerajaan Barisan Nasional yang mahukan Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan.

Monday, 27 March 2017

Kembara Amal Anak Muda Wasatiyah 2017


Tasek Gelugor - Seramai 120 orang pemuda dalam Parlimen Tasek Gelugor telah mengambil bahagian dalam Kembara Amal Wasatiyah yang diadakan semalam.Program bertemakan kerja-kerja amal ini bermula di Komplek Komersial Tasek Gelugor dengan ke semua 120 peserta pemuda berkonvoi ke Masjid Permatang Haji Hassan di ketuai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian , saudara Nasrul Hisham.

Peserta konvoi kemudiannya telah menjalankan kerja-kerja gotong-royong mengecat tembok masjid dan kerja-kerja pembersihan sekitar kawasan masjid bersama YB Yusof Mohd Nor Adun Sungai Dua , pimpinan di peringkat UMNO bahagian , seluruh penduduk dan qariah Permatang Haji Hasan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya yang turut bersama kemudiannya telah menyerahkan sumbangan kepada 15 orang penerima bantuan dari sekitar kampung Permatang Haji Hasan.

Aktiviti gotong-royong kemudiannya berhenti rehat untuk makan tengahari , solat zohor dan mendengar tazkirah.

Perserta konvoi kemudiannya bergerak mengikut KADUN masing-masing untuk menyampaikan sumbangan kepada 5 penerima bantuan yang dikenal pasti mengikut kadun masing-masing.

Di Kadun Teluk Air Tawar , YB Hjh Jahara Hamid menyertai perserta konvoi dan menemui serta menyerahkan sumbangan kepada penerima yang dipilih.Begitu juga bagi Kadun Sungai Dua disertai oleh YB Yusof Mohd Nor dan Kadun Permatang Berangan disertai oleh YB Haji Omar Hamid.

Semua peserta "Kembara Amal Wasatiyah" kemudiannya berkumpul semula di Taman Rekreasi Padang Cempedak untuk majlis penutup yang disempurnakan oleh YB Haji Omar Hamid , Adun Permatang Berangan.

Saudara Nasrul Hisham selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor sewaktu ditemui berkata beliau berasa bangga dengan komitmen semua pihak khususnya para pemuda dan semua pimpinan di peringkat UMNO Bahagian yang bersama-sama bergandingan bahu bagi menjayakan program yang dirancang.

"Sentuhan Kasih" Dekatkan Mahasiswa Dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor


Atas inisiatif YB Datuk Shabudin Yahya , Ahli Parlimen Tasek Gelugor maka lahirlah Kelab Mahasiswa Tasek Gelugor yang diwujudkan khusus bagi mendekatkan lagi hubungan kedua-dua belah pihak.

Majlis yang diadakan di MZ Cafe Bangi itu telah dihadiri oleh 50 orang mahasiswa dan mahasiswi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selain daripada majlis sembang santai , program atas nama "Sentuhan Kasih" anjuran Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu turut membuka peluang kepada semua mahasiswa dan mahasiswi anak-anak Tasek Gelugor untuk bertukar-tukar pandangan dan meluahkan masalah yang dialami mereka sejak berada di perantauan.

Kebajikan dan masalah yang dibangkitkan para mahasiswa dan mahasiswi itu kemudiannya mendapat respon segera daripada Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan beliau bersedia membantu dan turut memberikan sumbangan kepada Kelab Mahasiswa Tasek Gelugor yang baru ditubuhkan.

Dalam ucapannya , YB Datuk Shabudin Yahya berkata walaupun mahasiswa dan mahasiswi UKM dan UPM ini berada jauh dari Tasek Gelugor , mereka juga adalah sebahagian daripada anak Tasek Gelugor yang perlu diberikan perhatian.

Program yang diturut dihadiri oleh kepimpinan di peringkat UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu diharapkan dapat menjadi jambatan untuk mengeratkan lagi hubungan kedua-dua belah pihak.

Gagal di Gelang Patah, lari ke P. Pinang?


BALIK PULAU - Desas-desus Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu bertan­ding di negeri ini membuktikan pemimpin pembangkang ber­kenaan gagal dalam melaksana­kan tanggungjawabnya terhadap pengundi di Gelang Patah.

Lebih memalukan, kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, Kit Siang dilihat mahu kembali menjadi wakil rak­yat di negeri ini yang pernah me­nyaksikan beliau juga gagal sebagai wakil rakyat suatu ketika dahulu.

Menurut beliau, Kit Siang sebelum ini pernah digelar sebagai ‘Robocop’ ketika bertan­ding di Parlimen Tanjong pada 1995 kerana sikap tidak konsistennya dalam politik sehingga dipertikai pengundi.

“Kenapa mahu lari ke sana dan ke sini? Mungkin beliau takut ke­rana tidak selalu turun ke kawasan sendiri (Gelang Patah), sebab itu berhijrah ke tempat lain,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penu­tupan Kembara Sihat 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Program bertemakan #ziarahsenyum itu membabitkan seba­nyak 108 perhentian di seluruh negara dengan jarak perjalanan 8,000 kilometer melibatkan seramai 3,500 peserta.

Dalam pada itu, Hilmi menyifatkan tindak-tanduk Kit Siang yang sering bertukar kawasan bertanding dalam pilihan raya umum seolah-olah memperlekeh­kan kepercayaan pengundi.

Menurut beliau, keputusan itu jelas bertujuan menyelamatkan karier politiknya semata-mata berbanding untuk ber­khidmat kepada penduduk atas kapasiti sebagai wakil rakyat.

“Sebab itu di negeri ini sahaja kita boleh lihat macam-macam masalah termasuk peningkatan tarif air, pelbagai kenaikan cukai dan caj tempat letak kereta yang dikenakan selama 24 jam sekali gus membebankan rakyat,” katanya.

Sumber : Utusan

Sunday, 26 March 2017

10 Daripada 13 Pas Kawasan Di P.Pinang Kemuka Usul Putus Hubungan Dengan PKR


Hubungan antara PAS dan PKR nampaknya sudah tidak lagi mampu dipulihkan walaupun ada pihak-pihak tertentu yang kini tidak senang duduk sedang berusaha untuk memulihkan kembali hubungan itu seterusnya menjadikan PAS sebagai sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Namun semua usaha ini dilihat semakin sia-sia apabila PAS di akar umbi mula tampil menolak dan mendesak supaya hubungan parti itu dengan PKR segera di putuskan.

Di Pulau Pinang misalnya  , selepas PAS kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru mencadangkan kepada PAS pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR, lapan kawasan lain turut mengikut langkah sama.

Lapan kawasan itu ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah berkata usul itu dikemukakan dalam mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing dan diluluskan sebulat suara.

“Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat untuk dibentang dan dibahaskan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata tiga PAS kawasan yang belum mengadakan mesyuarat iaitu Tanjung, Bagan dan Batu Kawan dijangka akan mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan.

Muktamar PAS akan berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei di Kedah.

Kerajaan DAP P.Pinang Perlu Hentikan Putar Belit Isu Projek Terowong Dasar Laut


Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad membidas alasan demi alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung kelewatan pelaksanaan Projek Terowong Bawah Dasar Laut dan tiga Jalan raya utama.

Jelas beliau alasan yang diberikan adalah sangat tidak munasabah.

“Perjanjian Projek Terowong Bawah Dasar Laut dan tiga jalan raya utama telah ditandatangani pada 2013. Projek ini dijangka akan membelanjakan wang rakyat Pulau Pinang berjumlah RM6.3 billion.

“Pada masa perjanjian itu ditandatangani, kita dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa Kajian Kebolehlaksanaan dijangka siap pada April 2014 dan hasil kajian akan diumumkan kepada orang ramai.

“Pembinaan pakej Jalan Teluk Bahang- Tanjung Bungah sepanjang 12 km dijangka bermula pada suku pertama tahun 2015 dan dijangka siap pada penhujung tahun 2017; manakala pembinaan pakej Air Itam ke Lebuhraya Lim Chong Eu sepanjang 4.2 km pula akan bermula pada suku pertama 2016 dan dijangka siap menjelang akhir tahun 2018 namun begitu, tarikh permulaan pembinaan tersebut telah ditangguhkan dan diberitahu projek akan hanya bermula pada awal tahun 2016,” terangnya melalui satu kenyataan media kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi, kerajaan negeri kemudiannya memaklumkan bahawa Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci untuk tiga jalan utama telah siap tetapi pembinaannya akan hanya bermula pada pertengahan 2016 dan bukannya pada awal 2016 sebagaimana diumumkan sebelum ini.

“Walau bagaimana pun, pada Julai 2016 kita diberitahu pula bahawa perlaksanan projek akan ditangguhkan hingga awal tahun 2017 kerana kontraktor projek tidak pasti jika rekabentuk jalan raya mereka boleh menampung penyuraian air ribut atau ‘storm water dispersal’ dengan sempurna dan kajian seterusnya perlu dilakukan terhadap rekabentuk tersebut.

“Projek ini sekali lagi ditangguh apabila pada Disember 2016, kita diberitahu bahawa konsortium yang dilantik untuk melaksanakan projek telah mendapati sebahagian tanah dalam cadangan jajaran tiga jalan raya utama tersebut dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri.

“Pandai sungguh mereka mencari alasan… Rekabentuk telah dimulakan beberapa tahun yang lalu dan yang pastinya bermula dengan membuat kerja ukur. Jadi bagaimana baru sekarang mereka tersedar tentang pemilikan tanah tersebut,” ujarnya lagi.

Justeru tegasnya timbul satu lagi persoalan iaitu pengambilan balik tanah (pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat hanya boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri) tidak pernah dimaklumkan kepada umum.

“Apakah kos ini sudah termasuk dalam jumlah RM6.3 billion tersebut atau ia adalah kos tambahan yang perlu ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang? Berapa luas lagi tanah milikan kerajaan negeri akan diberikan kepada konsortium ini… Lot tanah yang digunakan sebagai sebahagian daripada pembayaran kepada konsortium itu telah pun ditukar nama dan telahpun diberikan kelulusan pembangunan.

“Kenapa perlu ambil masa lebih enpat tahun dan membayar beratus-ratus juta ringgit untuk kos kajian dan hasilnya hanyalah dapat mengetahui bahawa tanah dalam jajaran jalan raya yang dicadangkan itu bukan milik Kerajaan Negeri.

“Apakah Exco Tanah yang juga Ketua Menteri tidak tahu mengenai perkara ini sebelum menandatangani perjanjian dengan Konsortium?,” bidas Farid.

Terkini Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaklumkan bahawa Fasa Pertama Projek tiga jalan raya utama akan hanya bermula pada pertengahan tahun 2018 atau dalam kata lain selepas Pilihanraya Umum ke-14.

Kegagalan Konsortium yang dilantik Kerajaan Negeri melaksanakan projek terowong dasar laut dan tiga jalan raya utama ini menunjukkan dengan jelas “incompetency” Kerajaan Negeri sendiri dalam melaksanakan projek mega, manakala kegagalan Kerajaan Negeri menjelaskan dan memaklumkan dengan terperinci butiran perjanjian kontrak kepada umum jelas membuktikan Kerajaan Negeri tidak transparens atau telus.

“Rakyat suda penat menunggu dan letih mendengar janji kosong kerajaan negeri…. oleh itu, Lim Guan Eng, sila jawab semua persoalan ini,” katanya lagi. – MediaUMNO

Kekerapan Kit Siang Ke P.Pinang Jadi Persoalan ?


Walaupun Lim Kit Siang adalah seorang Ahli Parlimen Gelang Patah di Johor , beliau kini dilihat lebih kerap berada di Pulau Pinang daripada berada di kawasannya sendiri.Rata-rata penduduk di Gelang Patah sudah pun mengeluh kerana Ahli Parlimen itu sukar ditemui dan asyik menghilangkan diri.

Dilaporkan berlakunya lambakan poster di Gelang Patah mengenai kehilangan Ahli Parlimen dan poster-poster yang dipasang di sekitar Nusa Perintis itu tertulis ‘Di manakah hilang Lim Kit Siang, kali terakhir dilihat ketika PRU lalu’ 

Malah banyak lagi poster dengan tulisan yang berbeza digantung termasuklah di hadapan pejabat Ahli Parlimen itu sendiri.

Begitu juga halnya yang berlaku di Pulau Pinang , kelibat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang semakin kerap muncul di negeri ini sejak kebelakangan ini dilihat sebagai pelik kerana beliau tidak mewakili mana-mana kawasan di sini.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia , Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, Ahli Parlimen Gelang Patah itu seperti mempunyai agenda tertentu apabila sering datang ke Pulau Pinang.

Beliau mendakwa Kit Siang berkemungkinan ingin mengekalkan pengaruh ‘Dinasti Lim’ di ne­geri ini memandangkan anaknya yang juga Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng bakal berhadapan dengan hukuman berikutan skandal rasuah yang dihadapinya.

“Kita pelik kenapa Kit Siang bersungguh-sungguh masuk ke Balik Pulau kononnya untuk berjumpa rakyat sedang­kan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu se­ring turun padang membuat perkara sama.

“Sepatutnya, beliau tumpukan usaha untuk tambah baik kehidupan rakyat di kawasannya. Kenapa pula Kit Siang hendak sibuk di Pulau Pinang?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sejak kebelakangan ini, Kit Siang dikatakan sering datang ke Pulau Pinang untuk mengadakan sidang akhbar dan berjumpa dengan rakyat negeri ini kononnya untuk membuktikan nasib rakyat terutama orang Melayu terbela.

Sementara itu Pengerusi Biro Aduan Pemuda MCA ne­geri, Ooi Teik Liang dengan nada sama berkata, tindakan Kit Siang menyebabkan kuasa ahli DAP di negeri ini menjadi terhad.

“Kita yakin DAP Pulau Pinang yang dipengerusikan Chow Kon Yeow juga tidak selesa dengan keadaan itu dan berkemungkinan mereka tidak sabar menunggu perbicaraan Guan Eng bagi membolehkan tampuk kuasa peme­rintahan negeri dikembalikan kepada mereka.

“Namun, sebaliknya berlaku apabila perbicaraan itu ditangguhkan. Kita risau Guan Eng ada rancangan lain termasuk menyediakan pelapis yang turut berketurunan Lim sekali gus tidak membuka jalan kepada ahli DAP Pulau Pinang yang lain untuk menggantikannya,” dakwanya.


Penduduk Balik Pulau Bimbang Lambakan Monyet Liar & Ular


Kebimbangan kini hadir dari kalangan penduduk Balik Pulau , Pulau Pinang apabila kawasan mereka kini menjadi tempat lambakan monyet-monyet liar dan ular yang semakin bertambah.

Perkembangan ini sudah tentunya akan menyebabkan penduduk di kawasan terbabit tidak selesa memandangkan kehadiran haiwan-haiwan liar ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan serius selain ketakutan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam bidang pertanian.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, YB Muhammad Farid Saad berkata dia mendapat tahu daripada penduduk tempatan bahawa mereka telah melihat Jabatan Perhutanan melepaskan monyet di kawasan hutan bakau di Balik Pulau.

"Saya berharap Jabatan Perhutanan akan menjelaskan perkara ini kerana tindakan ini telah membawa banyak masalah kepada penduduk Balik Pulau yang tinggal berhampiran paya bakau, ladang kelapa sawit dan hutan sekitarnya," kata wakil Umno itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya juga dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat juga telah bertindak untuk melepaskan ular yang telah ditangkap di kawasan-kawasan hutan yang sama," katanya.

"Saya harap hutan dan kawasan semula jadi Balik Pulau tidak dijadikan pusat pembuangan haiwan yang berbahaya dan tidak dimahukan," katanya.

Farid berkata, beliau telah beberapa kali menerima aduan daripada penduduk tentang kerosakan yang kerap berlaku ke atas taman-taman mereka, makanan dan harta yang diakibatkan oleh monyet liar yang hidup bebas di kawasan itu.

"Pada mulanya saya fikir pertambahan kehadiran monyet-monyet liar ini adalah disebabkan oleh pembiakan semula jadi," katanya.

"Bagaimanapun selepas beberapa penyiasatan, pertambahan monyet-monyet liar ini berlaku disebabkan oleh aktiviti pemindahan dari tempat lain ke Balik Pulau."

Saturday, 25 March 2017

Debat Batal Kerana Guan Eng Terlibat Rasuah


Tingkah laku Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat agak kelam-kabut apabila berdepan dengan pembatalan debat diantara Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dengan dirinya.Pembatalan debat awam itu telah dimanipulasikan kononnya pihak pencabar takut dan bimbang dengan cabaran yang dilontarkannya.

Lim Guan Eng dilihat terlalu mahukan debat ini diteruskan mungkin untuk mencipta gelombang politik yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk sekurang-kurangnya menutup ruang isu mahkamah membabitkan dirinya.

Walau bagaimanapun tindakan membatalkan debat tersebut bukanlah dilakukan dengan sengaja tetapi atas nasihat daripada pihak berkuasa.

Dalam laporan yang disiarkan oleh mstar , Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, debat beliau dan Lim Guan Eng dibatalkan atas sebab tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Dalam satu siri tweet pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi itu menjawab tuduhan Guan Eng yang menyifatkan dirinya sebagai menteri ‘ayam’.

“Tidak seperti LGE (Lim Guan Eng), Nazri dan Dr M tidak berada di bawah siasatan topik-topik debat mereka.

“Saya tak percaya apabila LGE tidak faham perbezaan penting ini,” katanya, merujuk kepada debat yang dicadangkan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu-isu politik dan ekonomi.

Jelas beliau lagi debat yang dirancang dihentikan atas nasihat PDRM.

“Apa yang berlaku menunjukkan bahawa ini adalah keputusan yang tepat.

“Tidak lama kemudian, Lim didakwa dengan dua tuduhan rasuah!,” tulisnya di Twitter.

Abdul Rahman berkata, Guan Eng kini mendakwa bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan, merujuk kepada usulnya untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta SPRM 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Beliau mempersoalkan mengapa Guan Eng telah melengahkan perbicaraan dengan cara ini, sambil menambah bahawa beliau beranggapan Guan Eng sentiasa mengalu-alukan tindakan untuk membersihkan nama beliau secepat mungkin.

Terdahulu pada Khamis, Guan Eng berkata Nazri adalah seorang yang berani apabila nekad untuk berdebat dengan Dr Mahathir.

Guan Eng berkata keberanian Nazri berbeza dengan Abdul Rahman, yang dilabel sebagai ‘ayam’ kerana membatalkan debat awam yang dicadangkan tahun lepas.

“LGE terlupa saya telah banyak kali berdepan dengan Tony Pua, Rafizi, Sivarasah, Mujaheed, Yusmadi, Tian Chua secara umum dan saya berdebat dengan pembangkang di Parlimen,” katanya, merujuk kepada beberapa ahli politik pembangkang.

Pada April tahun lepas, Abdul Rahman telah mencabar Guan Eng untuk berdebat secara terbuka mengenai kontroversi dan dakwaan rasuah mengenai isu hartanah di Pulau Pinang.

Beliau kemudian telah membatalkannya atas saranan SPRM dan Ketua Polis Negara.

Friday, 24 March 2017

UMNO Permatang Pauh Terus Perkasa Institusi Pendidikan & Islam


Atas kesedaran bahawa ilmu itu adalah perkara terpenting dalam membina sahsiah diri agar menjadi seorang insan yang berguna maka UMNO Bahagian Permatang Pauh diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian , Datuk Mohd Zaidi Mohd Said hari ini turun menyampaikan bantuan serta sumbangan kepada sekolah-sekolah dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Selain memberikan tumpuan terhadap institusi pendidikan , UMNO Bahagian Permatang Pauh juga turut menyampaikan sumbangan kepada semua masjid dalam Parlimen Permatang Pauh sebagai usaha untuk terus memperkasakan institusi Islam.

Majlis yang berlangsung di Ixora Hotel Perai itu melibatkan 28 buah masjid dengan setiap satunya menerima peruntukan sebanyak RM10,000.00 menjadikan jumlah keseluruhan RM280,000.00 manakala 15 buah sekolah menengah masing-masing menerima RM10,000.00 dan 21 buah sekolah rendah masing-masing menerima RM15,000.00.

Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan UMNO Bahagian Permatang Pauh kepada 28 buah masjid , 15 buah sekolah menengah dan 21 sekolah rendah itu berjumlah RM745,000.00 

Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi Masjid , Guru Besar , Pengetua serta Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru itu berjalan dalam keadaan yang cukup mesra seterusnya membuktikan komitmen UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk terus memperkasakan Institusi Pendidikan dan Institusi agama Islam khususnya melibatkan sekolah dan masjid-masjid di Permatang Pauh.

Turut hadir adalah Naib Ketua UMNO Bahagian , Setiausaha UMNO Bahagian , Ketua Penerangan UMNO Bahagian , Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO bahagian tersebut iaitu Aziz Sheikh Ahmad , Suhaimi Sabudin , Hassan Mohammad , Rosni Salleh dan Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin.

Kecoh MBPP Serbu Penjaja Flat Kampung Rawa


Kekecohan antara peniaga dan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berlaku lagi berikutan tindakan pihak berkuasa MBPP yang mengambil tindakan terhadap penjaja Melayu yang menjalankan perniagaan mereka di tepi jalan.

Kejadian berlaku di Flat Kampung Rawa itu tercetus apabila pihak berkuasa MBPP bertindak merampas barangan penjaja dan menurut laporan tidak rasmi salah seorang anggota penguatkuasa telah mencabar penjaja terlibat seterusnya menyebabkan keadaan bertukar menjadi lebih tegang.

Ekoran daripada itu berlaku perang mulut dan cabar mencabar daripada pihak penjaja terhadap penguatkuasa yang menjalankan kerja-kerja rampasan.

Walau bagaimanapun keadaan berjaya ditenangkan oleh orang ramai yang berada dikawasan sekitar dan keadaan kembali tenang setelah pihak MBPP beredar dari kawasan terbabit bersama-sama dengan barangan rampasan.

video

Tindakan yang sering terarah kepada penjaja orang Melayu itu membangkitkan rasa tidak puas hati penjaja dan juga penduduk sekitar dan kerajaan DAP Pulau Pinang dianggap sebagai dalang kepada tindakan tersebut.

Rata-rata penduduk di sekitar mempersoalkan tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai berat sebelah memandangkan ramai lagi penjaja bukan Melayu yang menjalankan perniagaan mereka di kawasan lain tidak dikenakan tindakan.

"Air Datang Dari Tuhan" Alasan Kurang Bijak Dari Kerajaan DAP


ALOR SETAR, 23 Mac – “Memang sumber air datangnya dari Tuhan tetapi kos merawat air ditanggung oleh kerajaan negeri Kedah. Jadi pemimpin Dap Pulau Pinang jangan beri alasan kurang bijak”, demikian reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah terhadap pentadbiran Dap Pulau Pinang yang mempertikaikan isu air.

“Saya lihat mereka ini hanya fikir tentang mereka sahaja tetapi tidak fikir tentang kami. Jika mereka mengatakan sumber air dari Tuhan jadi mengapa mereka menjual air kepada kapal-kapal dan lain-lain… mengapa mereka mengenakan bayaran kepada rakyat?

“Mereka harus sedar, Kedah terpaksa menanggung kos merawat air dan sebagainya.. jadi janganlah sombong,” katanya

Menurut beliau walaupun hubungannya secara peribadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang baik namun hubungan antara kerajaan dengan kerajaan tidak berjalan lancar.

“Maka ini menjadi punca jalan penyelesaian terhadap isu air ini menjadi sukar. Selagi mereka tidak mahu datang bincang, kita biar saja isu ini.

“… lihat saja la sejauh mana depa (mereka) mahu degil,” ujarnya lagi.

Jelasnya, kerajaan Pulau Pinang seharusnya menghantar wakil untuk berbincang secara baik berkaitan sumber bekalan air mentah yang dibekalkan oleh negeri Kedah kepada Pulau Pinang dan bukannya hanya menuding jari dan tahu meminta sahaja.

“Mereka tahu meminta tapi tidak mahu datang berbincang… kita kena ada ‘win win situation’ dalam perkara ini.

“Ini tidak… tiada seorang wakil pun yang mahu datang berbincang tetapi mereka asyik mencari salah kita,” katanya.

Kerajaan Dap Pulau Pinang menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) sebelum ini sentiasa mendesak kerajaan Kedah untuk menyelesaikan isu bekalan air ke negeri tersebut.

Bagi Kerajaan Negeri Kedah mereka  kini hanya menunggu keajaan Dap Pulau Pinang untuk datang dan berbincang dengan Kerajaan Negeri untuk bermuafakat berhubung isu tersebut demi kepentingan rakyat.

Namun sayangnya kerajaan pimpinan Dap itu memberi alasan bahawa sumber air itu datangnya dari Tuhan dan tidak sepatutnya menjadi isu kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk menidakkan hak negeri Pulau Pinang. 

Kerajaan Terus Komited RM345.27 Juta Naik Taraf Hospital Lama


Sebagai sebuah kerajaan yang komited untuk terus memberikan yang terbaik kepada rakyat , usaha terus dilakukan agar rakyat mendapat manfaat daripada usaha ini.Walaupun dihujani dengan pelbagai tohmahan dan krtitikan bertali arus dari pembangkang , usaha untuk memastikan keselesaan rakyat khususnya melibatkan agensi-agensi kerajaan yang memberikan khidmat kepada rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Antaranya melalui Kementerian Kesihatan yang peka dengan keperluan hospital kerajaan diseluruh negara. 

Kementerian Kesihatan memerlukan bajet tambahan sebanyak RM345.27 juta bagi menaik taraf bangunan hospital kerajaan dan menukar sistem pendawaian elektrik.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata peruntukan itu merangkumi RM185.87 juta untuk menaik taraf bangunan 78 hospital berusia 30 tahun ke atas dan RM159.40 juta untuk menukar sistem pendawaian elektrik di 95 hospital.

“Kementerian sedang dalam proses permohonan untuk mendapat bajet tambahan daripada Kementerian Kewangan,” katanya semasa sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) yang ingin tahu hasil audit terperinci yang dilakukan di hospital berusia 50 tahun dan tindakan proaktif kementerian dalam memastikan insiden kebakaran hospital tidak berulang.

Dr Hilmi berkata kementerian dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kerja Raya sudah menjalankan audit keselamatan kebakaran di 46 hospital yang berusia 50 tahun bagi mengenal pasti sebarang risiko kebakaran.

“Hasil audit keselamatan kebakaran tersebut, pelbagai risiko dikenal pasti antaranya sistem pencegah kebakaran yang lama, sistem pemasangan dan pendawaian elektrik yang usang, pemasangan sistem gas perubatan yang tidak mematuhi piawaian semasa termasuk penemuan lain,” katanya.

Selain itu katanya, hasil kaji selidik risiko kebakaran juga menunjukkan sebahagian besar hospital berkenaan berisiko terdedah kepada kebakaran dan memerlukan kerja naik taraf dan penambahbaikan segera.

Pada 25 Oktober tahun lepas, kebakaran di tingkat 2 unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor yang berpunca daripada kapasitor di dalam lampu yang terbakar meragut nyawa 6 pesakit dan mencederakan beberapa lagi termasuk kakitangan hospital.

Pada 9 November tahun lepas, kejadian kebakaran turut berlaku di wad 5B Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak yang berpunca daripada litar pintas pada suis lampu di “bedhead panel”.

Thursday, 23 March 2017

Alasan Kerajaan DAP Lewat Laksana Projek Terowong & 3 Jalan Raya Utama Tidak Munasabah



YB Datuk Sr Muhammad Farid Bin Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Kawasan Pulau Betong

Khamis 23 Mac 2017

Kelewatan Pelaksanaan 3- Jalan Raya Utama Projek dan Terowong Bawah Dasar Laut

Alasan-alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung kelewatan pelaksanaan Projek Terowong Bawah Dasar Laut dan 3- Jalan Raya Utama adalah sangat tidak munasabah.

Perjanjian Projek Terowong Bawah Dasar Laut dan 3 Jalan Raya Utama telah ditandatangani pada 2013. Projek ini dijangka akan membelanjakan wang rakyat Pulau Pinang berjumlah RM 6.3 billion.

Pada masa perjanjian itu ditandatangani, kita dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa Kajian Kebolehlaksanaan dijangka siap pada April 2014 dan dapatan kajian tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.

Pembinaan pakej Jalan Teluk Bahang- Tanjung Bungah sepanjang 12 km dijangka bermula pada Suku Pertama Tahun 2015 dan dijangka siap pada penhujung tahun 2017; manakala pembinaan pakej Air Itam ke Lebuhraya Lim Chong Eu sepanjang 4.2 km pula akan bermula pada Suku Pertama 2016 dan dijangka siap menjelang akhir tahun 2018.

Namun begitu, tarikh permulaan pembinaan tersebut telah ditangguhkan dan diberitahu projek akan hanya bermula pada awal tahun 2016.

Kemudian kita diberitahu bahawa Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci untuk 3 Jalan Utama telah siap tetapi pembinaannya akan hanya bermula pada pertengahan 2016 dan bukannya pada awal 2016 sebagaimana diumumkan sebelum ini.

Walau bagaimana pun, pada Julai 2016 kita diberitahu pula bahawa perlaksanan projek akan ditangguhkan hingga awal tahun 2017 kerana kontraktor projek tidak pasti jika rekabentuk jalan raya mereka boleh menampung penyuraian air ribut atau “storm water dispersal” dengan sempurna dan kajian seterusnya perlu dilakukan terhadap rekabentuk tersebut.

Pada Disember 2016, kita diberitahu bahawa akan ada lagi penangguhan projek kerana Konsortium yang dilantik untuk melaksanakan projek telah mendapati bahawa sebahagian tanah dalam cadangan jajaran 3 jalan raya utama tersebut dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri. Pandai sungguh mereka mencari alasan. Rekabentuk telah dimulakan beberapa tahun yang lalu dan yang pastinya bermula dengan membuat kerja ukur. Malang sungguh kerana baru sekarang tersedar tentang pemilikan tanah tersebut. Pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat hanya boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Kos tambahan untuk pengambilan balik tanah juga tidak pernah dimaklumkan kepada umum.

Apakah kos ini sudah termasuk dalam jumlah RM6.3 billion tersebut atau ia adalah kos tambahan yang perlu ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang? . Berapa luas lagi tanah milikan kerajaan negeri akan diberikan kepada konsortium ini. Lot tanah yang digunakan sebagai sebahagian daripada pembayaran kepada konsortium itu telah pun ditukar nama dan telahpun diberikan kelulusan pembangunan.

Kenapa perlu ambil masa lebih 4 tahun dan membayar beratus-ratus juta Ringgit untuk kos Kajian hanya untuk menyedari bahawa tanah dalam jajaran jalan raya yang dicadangkan itu bukan milik Kerajaan Negeri?

Apakah EXCO Tanah yang juga Ketua Menteri tidak tahu mengenai perkara ini sebelum menandatangani perjanjian dengan Konsortium?

Terkini Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaklumkan bahawa Fasa Pertama Projek 3- Jalan Raya Utama akan hanya bermula pada pertengahan tahun 2018, atau untuk lebih mudah faham selepas Pilihanraya Umum ke 14.

Apakah jalan raya- jalan raya yang sepatutnya akan siap pada tahun 2017 dan 2018 akan hanya mula dibina pada pertengahan tahun 2018?

Kegagalan Konsortium yang dilantik Kerajaan Negeri melaksanakan projek terowong dasar laut dan 3 jalan raya utama ini menunjukkan dengan jelas “incompetency” Kerajaan Negeri sendiri dalam melaksanakan projek mega, manakala kegagalan Kerajaan Negeri menjelaskan dan memaklumkan dengan terperinci butiran perjanjian kontrak kepada umum jelas membuktikan Kerajaan Negeri tidak transparens atau telus.

Apakah kita boleh yakin dengan kemampuan Kerajaan Negeri melaksanakan projek mega PIPPP yang lebih besar dan dijangka menelan belanja lebih RM 40 billion?

Rakyat telah penat menunggu dan letih  mendengar janji kerajaan negeri.

Terima kasih

Dominasi DAP Dalam Pakatan Harapan JELAS


PULAU PINANG, 22 Mac – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin berkata, pihak pembangkang tidak dapat menafikan bahawa parti-parti yang bergabung di dalam pakatan harapan adalah pro Dap, memandangkan setiap keputusan mereka berhubung sesuatu isu termasuk berkenaan Islam, yang mengambil kira pandangan dan keputusan parti tersebut.

Menurut beliau, dominasi Dap di dalam pakatan harapan amat jelas apabila parti pembangkang seperti PKR dan PAN akan akur dengan setiap pendirian dan keputusan Dap dalam sesuatu isu termasuk dalam hal pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 sebelum ini.

“Kita boleh nampak jelas bahawa parti seperti PKR adalah pro kepada Dap di mana keputusan yang mereka ambil itu akan selaras dengan kehendak Dap, sebagai contoh dalam isu pindaan RUU 355 baru-baru ini.

“Manakala parti PAN pula tidak perlu diragui kesetiaan mereka terhadap Dap memandangkan kewujudan parti tersebut juga adalah hasil kehendak Dap untuk memecah belahkan dan menggantikan Pas di dalam pakatan pembangkang.

“Manakala PPBM pula sebagai parti baru, terpaksa sujud di kaki Dap apabila Pengerusinya, Tun Mahathir sanggup mengeluarkan kenyataan pusingan-U di mana kononnya selama ini dia tersalah anggap terhadap Dap yang disangkakan sebagai sebuah parti rasis.

“Selama lebih 22 tahun beliau menghentam Dap sebuah parti yang rasis dan cauvinis, tetapi hari ini beliau boleh pula katakan bahawa kritikan beliau terhadap Dap adalah tidak benar dan beliau telah tersalah anggap terhadap Dap selama 22 tahun,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas Jasmin lagi yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutong, rakyat hari ini mulai faham mengapa Pas akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada gabungan pakatan pembangkang bahkan memutuskan hubungan dengan parti tersebut.

“Saya yakin keputusan itu dibuat atas kesedaran kepimpinan Pas bahawa keegoan dan sikap dominasi Dap terhadap parti-parti pembangkang tidak dapat ditangani lagi. Campur tangan Dap dalam segala keputusan pakatan pembangkang, termasuk isu-isu hukum Islam menyebabkan Pas akhirnya terpaksa akur bahawa mereka tidak boleh bergerak seiringan dengan Dap.

“Sebagai contoh, dalam pentadbiran negeri pula, Dap secara jelas cuba untuk campur tangan dalam institusi fatwa di sini dan perkara ini turut diakui oleh AJK fatwa dan bekas mufti negeri tersebut, Datuk Seri Hassan Ahmad.

“Maka perkara itu juga tidak mustahil berlaku di dalam pakatan pembangkang dan ini terbukti apabila Dap menolak pindaan RUU 355 yang kemudiannya keputusan Dap itu diikuti oleh PKR dan juga PAN,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat, khsususnya umat Islam di negara ini sekiranya pembangkang menang di dalam PRU akan datang, maka Dap akan menjadi kepala dalam sebarang keputusan yang akan diambil oleh parti-parti pembangkang sekiranya mereka menjadi kerajaan.

“Bagi saya, Dap tidak kisah jika barisan kepimpinannya tidak menjadi Perdana Menteri, namun apa yang penting mereka mahukan seorang pemimpin di kalangan parti pembangkang yang boleh mereka kawal dan akur dengan setiap keputusan yang diputuskan oleh Dap.

“Mungkin kerana itu, Dap beria-ria mahukan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri dengan alasan sebagai ganti kepada Anwar, sedangkan hakikatnya mereka memilihnya kerana kelemahan Presiden PKR itu yang mudah dipengaruhi untuk membuat satu-satu keputusan yang memihak kepada keuntungan parti tersebut.

“Sehubungan itu, saya fikir rakyat khususnya umat Islam di negara ini perlu bijak menilai permainan politik pihak pembangkang, terutamanya Dap yang tegar dengan imej anti Islam, rasis dan cauvinis, namun cuba untuk menyembunyikan perkara tersebut dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan rakyat terutama umat Islam di negara ini,” jelasnya lagi.

Wednesday, 22 March 2017

Pakatan HARAPAN Perlu Jelas Hala Tuju


Sejak tertubuhnya Pakatan Harapan hala tuju parti tersebut masih lagi samar.Kehadiran parti itu dalam kancah politik Malaysia dilihat masih terumbang-ambing dan mereka sehingga ke hari ini masih lagi tercari-cari identiti memandangkan persaingan besar yang wujud sesama pembangkang dalam Pakatan Harapan.

Kewujudan Pakatan Harapan di Pulau Pinang khususnya bolehlah dianggap sebagai pelengkap politik kepada DAP kerana penguasaan penuh parti DAP terhadap parti-parti lain begitu jelas.Tidak ada mana-mana parti lain dalam Pakatan Harapan yang mampu bangkit sama ada memperbetulkan atau menegur kerajaan negeri pimpinan DAP kerana pentadbirannya tidak boleh disentuh.

Kesannya banyak dasar-dasar kerajaan negeri dilihat berat sebelah dan banyak isu membabitkan kepentingan rakyat gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan DAP yang lebih terarah kepada usaha untuk mengaut keuntungan melalui projek-projek mewah.

Jika wakil parti-parti yang bersekongkol dalam pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang mampu bersuara dan diberikan ruang oleh DAP maka isu-isu membabitkan pencemaran sungai , banjir kilat , perumahan mampu milik , pengenalan surcaj , kesesakan trafik , perobohan gerai yang tidak seimbang , penjualan tanah kepada warga asing dan banyak lagi rasanya boleh dielakkan.

Soalnya apakah parti-parti lain itu berkemampuan atau sekadar menumpang ?

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican , mencabar Pakatan Harapan agar mendaftar secara sah sebagai sebuah pertubuhan dan melantik pengerusi supaya rakyat dapat melihat dengan jelas hala tuju mereka.

Beliau berkata rakyat mahu melihat sebuah pertubuhan yang mampu menawarkan sesuatu yang terbaik untuk mereka dan bukan sekadar menabur janji palsu.

"Kalau Barisan Nasional (BN), kita ada Perdana Menteri (sebagai pengerusi), BN adalah sebuah pertubuhan yang tulen dan tidak hipokrit," katanya selepas menyampaikan Sijil Kelayakan Subsidi dan Inden Kerja Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) kepada 28 penerima bagi Parlimen Kepala Batas di Kepala Batas, hari ini.

Beliau yang juga timbalan menteri luar dan anggota Parlimen Kepala Batas berkata kerajaan BN juga tidak berpecah belah seperti HARAPAN dan sentiasa mempunyai kerjasama yang erat di antara parti-parti komponennya sejak sekian lama.

Kenyataan daripada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang itu dilihat tepat sekali memandangkan kehadiran Pakatan Harapan misalnya dilihat bukan sahaja gagal menjadi pembela rakyat tetapi lebih kepada sekumpulan orang politik yang dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan politik mereka.

Tuesday, 21 March 2017

SABOTAJ Punca PAS Putuskan Hubungan dengan PKR


Hubungan yang kononnya terbina atas dasar kepercayaan kini tidak lagi mampu dipertahankan apabila PAS Permatang Pauh meluluskan usul untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR selepas melihat parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.

Bait-bait perpecahan ini sebenarnya sudah dilihat lebih awal apabila PKR masih lagi terus bermain tarik-tali dengan PAS dalam isu membabitkan hubungan parti-parti yang mengaku bersama dalam pembangkang.

Sejak tertubuhnya Pakatan Harapan lagi , PAS sebenarnya sudah mula hilang keyakinan terhadap dasar Pakatan Harapan itu sendiri.Selain daripada isu membabitkan PAS dengan DAP , tindakan PKR yang terus bersekongkol dengan PAN dilihat sebagai antara penyebab kenapa PAS membuat keputusan tersebut.

Namun disebalik semua alasan itu , PAS Permatang Pauh tampil dengan alasan yang jauh lebih mengejutkan apabila parti itu mengaku PKR kini bukan sahaja sedang bermain wayang tetapi sudah sampai ke tahap melakukan sabotaj terhadap parti tersebut.

Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, PKR khasnya di Pulau Pinang tidak menghormati Pas sebagai rakan tahaluf apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang sebelum ini dengan lantang menyerang Pas dan pimpinannya.

Selain itu, Omar berkata, PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli Pas untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Pas.

"Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada ahli Pas bahawa PKR meminta ahli kami untuk keluar daripada Pas dan sertai mereka bagi tujuan memegang jawatan tertentu di dalam kerajaan.

"Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setia kawan dan boleh menjejaskan Pas," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pas Kawasan Permatang Pauh kali ke-40 di sini, hari ini.

Terdahulu, perwakilan daripada Cawangan To' Kandu mengusulkan supaya Pas membatalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR sekali gus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan tiga kawasan Dun dalam parlimen berkenaan.

Usul berkenaan diterima sebulat suara oleh kesemua perwakilan yang hadir.

Mengulas lanjut, Omar berkata, PKR juga dilihat gagal membela serta mempertahankan Islam di negeri ini apabila secara terang-terangan menurut kehendak DAP dengan mencampuri urusan penfatwaan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan dan ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Tindakan tidak bertanggungjawab Exco Agama ini menunjukkan kepentingan politik PKR lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam dan Pas tidak boleh bersetuju dengan keadaan ini.

"Tindakan PKR itu juga memberi pelbagai implikasi antaranya merugikan Islam, bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi dan menjejaskan kedudukan Pas untuk berhadapan dengan pengundi Islam dan Melayu di dalam PRU14 kelak," katanya.

Apakah keputusan ini bakal membawa perubahan di Permatang Pauh pada PRU14 nanti ?