This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday 30 June 2017

Isu Kontrak Pengendali Makanan Kantin Politeknik Seberang Perai - Reezal Merican


ISU KONTRAK PENGENDALI MAKANAN KANTIN POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)

Saya telah mengambil inisiatif menghubungi pihak pentadbiran Politeknik Seberang Perai dan telah diberi maklum bahawa kontrak semasa mengendalikan gerai-gerai makanan di kantin PSP berakhir pada 30 Jun 2017 dan tender/sebutharga untuk tempoh 2017-2019 telah dipanggil pada bulan Mei yang lalu.

Bukan kontrak pengendali gerai makanan bernama Gopi Krishnan Gopal sahaja yang tamat pada 30 Jun 2017; kontrak 6 orang pengendali makanan yang lain juga berakhir pada tarikh tersebut. Tidak timbul isu kontrak Gopi ditamatkan oleh PSP kerana dia seorang bukan Islam.

Jawatankuasa Sebutharaga PSP yang membuat penilaian ke atas sebutharga telah menolak sebutharga oleh 4 penender (termasuk 3 penender Melayu) kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Borang Sebutharga. 

Sebutharga Gopi Krishnan Gopal ditolak kerana syarikat beliau tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam yang dinyatakan sebagai syarat utama kelayakan untuk sebutharga pengendali makanan di PSP. 

Kod Bidang Kementerian Kewangan ini bukan dikhususkan atau dikhaskan untuk orang Islam sahaja sebagaimana Pensijilan HALAL oleh JAKIM. Semua bangsa dan agama boleh memohon untuk mendapatkannya dan akan diberikan kepada semua pemohon yang memenuhi syarat-syaratnya. Ternyata tidak berlaku diskriminasi perkauman dalam kes ini. 

Agak malang, di Sidang Media pada Khamis, 29 Jun bersama Gopi, YB Dr Ramasamy TKM II Pulau Pinang telah mengeluarkan percakapan yang boleh dianggap sebagai suatu bentuk hasutan, yang jika tidak dibendung boleh mengwujudkan salah faham dan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

Saya ingin nasihati dan sarankan kepada YB Dr Ramasamy agar tidak mengambil kesempatan untuk mengemis laba politik dengan cubaan untuk meniup sentimen kemarahan kaum India yang beragama Hindu terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan. 

Sebagai seorang TKM II dan Exco Kerajaan Negeri  Pulau Pinang YB Dr Ramasamy seharusnya lebih bertanggungjawap dan boleh saja menghubungi pihak Politeknik Seberang Perai secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan kedudukan sebenar berkaitan isu tersebut; bukannya dengan memanggil sidang media dan membuat perbagai tuduhan liar dan tidak berasas terhadap beberapa individu serta mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak PSP. 

Sebagai seorang TKM dan Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ramasamy yang juga bekas seorang pensyarah IPTA, telah bertindak dengan cara sangat tidak professional dalam isu ini. Beliau hanya mendengar cerita sebelah pihak dan terus membuat kesimpulan dan pre-judgement beliau sendiri. 

Suka saya ingat kan YB Dr Ramasamy sekali lagi supaya tidak bermain dengan api perkauman yang boleh mengancam keselamatan dan mengganggu gugat keharmonian serta kestabilan hubungan antara kaum dan agama.

Saya memuji tindakan Pemuda MIC Pulau Pinang yang telah mengambil inisiatif berjumpa dengan Pengarah Politeknik Seberang Perai untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak PSP. Satu tindakan berdasarkan pemikiran yang terbuka dan sangat rasional.

Terima kasih

YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

Jumaat 30 Jun 2017

Ringgit Paling Stabil Di Asia


KUALA LUMPUR - Ringgit merupakan nilai mata wang Asia paling kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk sepanjang suku kedua tahun ini, di sebalik pelbagai dakwaan negatif yang dilemparkan terhadap kepemimpinan negara ini.

Mengikut data yang dikumpul oleh syarikat media ekonomi antarabangsa, Bloomberg, ringgit meningkat hampir tiga peratus berbanding dolar AS antara April hingga Jun, mengatasi prestasi yang dicatatkan oleh mata wang negara-negara Asia lain.


Menurut Bloomberg, pengukuhan eksport serta rekod pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada suku pertama 2017 telah menarik semula minat pelabur-pelabur asing untuk kembali membeli aset-aset saham dan bon Malaysia, meskipun negara diserang dengan pelbagai dakwaan buruk mengenai syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dengan mendapatkan ulasan beberapa penganalisis pasaran, Bloomberg melihat prestasi ekonomi positif ditunjukkan itu telah mengatasi laporan-laporan negatif berhubung isu yang dikaitkan dengan 1MDB, termasuk tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) AS terhadap syarikat itu.

Pengurus Dana Pioneer Investment Management Ltd. yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Hakan Aksoy berkata, walaupun masih ada kebimbangan mengenai situasi politik di negara ini, namun beliau merasakan prospek Malaysia semakin positif berdasarkan persekitaran ekonomi semasa.

“Selagi kita melihat penambahbaikan terhadap data-data ekonomi serta sokongan dari segi kestabilan global dan harga tenaga, kami sentiasa berpendirian positif terhadap Malaysia,” katanya kepada Bloomberg.

Sepanjang tahun ini, pelabur-pelabur antarabangsa telah membelanjakan AS$2.48 bilion (RM10.61 bilion) untuk membeli saham-saham di Malaysia, sekali gus menjadi negara paling tinggi menerima masuk aliran modal asing di Asia Tenggara.

Berdasarkan data yang dikumpul oleh Bloomberg, ringgit berprestasi paling baik jauh meninggalkan mata wang kedua paling kukuh, Renminbi China yang hanya mengukuh sekitar 1.5 peratus berbanding dolar AS, sementara nilai mata wang Korea Selatan, Jepun, Indonesia dan Singapura terus merosot atau meningkat secara tidak memberangsangkan.

Pengarah firma pelaburan Schroder Investment Management Ltd., Manu George dalam laporan itu berkata, apabila pelabur-pelabur mahu menempatkan aset di Malaysia, mereka akan lebih mengutamakan soal ekonomi berbanding isu-isu politik.

“Sikap pelabur itu juga memberi manfaat kepada ringgit kerana melihatkan prospek ekonomi negara yang baik. Faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelabur ialah keadaan kewangan negara, dasar-dasar Bank Negara Malaysia (BNM), dasar ekonomi yang menarik dan kaitan rapat dengan perkembangan ekonomi negara-negara maju dan China,” katanya yang berpangkalan di Singapura.

Mata wang negara catat kenaikan hampir 3 peratus berbanding dolar AS. - Utusan

KASTAM Sahkan Radar Tidak Hilang


PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan laporan bahawa kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi telah hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor Bahru.

Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Subromaniam berkata, kontena tersebut sebenarnya telah tiba ke destinasi yang dituju iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda.

"Siasatan sedang dijalankan oleh JKDM sebenarnya menjurus kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini melaporkan kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dalam perjalanan dari Australia ke Belanda telah hilang ketika transit di PTP.-Bernama

Kawasan Hijau P.Pinang Terancam - Bekas Wakil Rakyat Pembangkang Setuju Dengan Ahli Parlimen Balik Pulau


Bekas Ahli Parlimen PKR, Yusmadi Yusoff bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Balik Pulau , Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bahawa kawasan hijau di Pulau Pinang kini semakin terancam disebabkan pelbagai projek pembangunan tidak terancang.

Malah katanya masyarakat tempatan Balik Pulau memerlukan satu rancangan pembaharuan tanah, dan bukannya kenyataan yang dibuat oleh ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri.

“Apa yang berlaku hari ini adalah bahawa penduduk di Balik Pulau dituduh menjadi penduduk setinggan di tanah sendiri.

“Ini adalah orang yang sama ke sekolah atau masjid bersama saya, tetapi sekarang mereka menjadi penduduk setinggan,” kata peguam itu yang pernah menjadi wakil rakyat Balik Pulau, selama sepenggal iaitu antara tahun 2008 dan 2013.

Sehubungan itu, Yusmadi telah membentuk penubuhan sebuah pasukan petugas untuk membantu penduduk kampung yang terjejas dengan pengusiran itu.

Dr Hilmi sebelum ini berkata berikutan projek pembangunan tidak terancang oleh Kerajaan Pulau Pinang diketuai DAP, kehijauan di negeri itu, terutama Balik Pulau semakin terancam.

Dahulunya, Balik Pulau merupakan kawasan hijau yang bersih dengan kampung-kampung tradisional terpelihara serta kebun buah-buahan dan sawah padi.

“Ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN), tidak ada kondominium atau banglo mewah di tengah-tengah hutan di Balik Pulau.

“Kami benarkan pembangunan namun kami laksanakannya berdasarkan pelan struktur dan hanya kawasan tertentu boleh dibangunkan,” jelas Dr Hilmi yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini.

Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut mengulas kenyataan wakil rakyat DAP, Dr Tan Seng Giaw yang membuat kritikan mengenai kehijauan di Pulau Mutiara, terutama Balik Pulau yang semakin terhakis, menerusi akaun Facebooknya minggu lalu.

“Saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Seng Giaw tentang Balik Pulau dan saya bimbang jika keadaan ini berterusan, semua kebun durian dan sawah padi akan hilang dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Saya rasa Ahli Parlimen Kepong itu patut nasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar mempertimbangkan untuk memperlahankan pembangunan di Balik Pulau,” katanya.

Dr Hilmi juga mendakwa pembangunan oleh kerajaan diketuai Guan Eng, dilakukan secara agresif dengan tertumpu di kawasan berbukit dan lereng bukit untuk tujuan projek pembangunan.

Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan kebimbangan projek pembangunan terkini di Teluk Kumbar, Sungai Batu dan Bayan Lepas yang melibatkan kerja-kerja tebus guna laut akan merosakkan habitat hidupan laut, sekaligus mengancam sumber pendapatan nelayan tempatan.

“Pihak kami sudah meminta Universiti Sains Malaysia menjalankan kajian mengenai sebab-sebab kita tidak patut benarkan pembangunan dan kerja tebus tanah di kawasan itu dan laporan sudah diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri serta Menteri Sumber Alsi dan Alam sekitar untuk tindakan lanjut,” katanya.

Wednesday 28 June 2017

Guan Eng , DAP P.Pinang Ego & Bongkak


UMNO Pulau Pinang melabelkan kerajaan diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai bongkak selepas didakwa enggan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pembinaan tiga lebuh raya utama di bawah projek terowong dasar laut di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata alasan dikemukakan kerajaan diketuai DAP itu bahawa Malaysia tidak mempunyai kepakaran tempatan untuk menjalankan projek terbabit tidak boleh diterima dan dianggap cetek ilmu.

“Adakah JKR tidak berpengalaman dalam membuat jalan sehingga kerajaan negeri terpaksa melantik perunding swasta yang mengenakan caj RM209 juta bagi beberapa kajian terhadap projek terbabit.

“Saya yakin kos pembinaan projek terbabit dapat dikurangkan jika kerajaan negeri mengetepikan ego dan bekerjasama dengan JKR,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Nibong Tebal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh di Permatang Keling hari ini.

Kelmarin, kerajaan negeri diminta menjelaskan isu pembayaran penuh bagi Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) projek berkenaan yang sudah dilunaskan sekalipun Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek terbabit belum siap sepenuhnya.

Sebelum itu, EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow mendedahkan bahawa pembayaran RM209 juta untuk kajian DEIA projek terbabit sudah pun dibuat sepenuhnya secara berperingkat kepada syarikat perunding swasta dengan transaksi terakhir direkodkan adalah 22 Mac lalu.

Kenyataan Bercanggah Kerajaan Negeri Pertahan Bayaran Perundingan - YB Farid


Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mempertahankan bayaran perundingan yang kini menjadi pertikaian banyak pihak jelas bercanggah dengan apa yang telah dibentangkan oleh YB Lim Hock Seng (DAP - Bagan Jermal) sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. 

Sehubungan dengan kenyataan YB Chow Kon Yeow pada 24 Jun 2017 dalam usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mempertahankan bayaran perundingan kepada Zenith Construction yang dikatakan 400% lebih tinggi dari skala dibenarkan; YB Chow telah menyatakan bahawa jumlah RM177.5 juta yang telah dibayar sepenuhnya itu adalah termasuk bayaran bagi Kajian DEIA.

YB Datuk Sr Muhammad Farid Saad , Adun Pulau Betong dalam kenyataannya berkata "Ini adalah bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh YB Lim Hock Seng semasa menjawab soalan saya di Sidang DUN yang lalu.

"Oleh itu saya mohon YB Lim Hock Seng memperjelaskan samada kenyataan yang dibuat oleh rakannya YB Chow Kon Yeow adalah betul dan benar atau jawapan beliau kepada soalan saya di Sidang DUN pada 22 Mei 2017 adalah betul dan benar?

"Sekiranya kenyataan YB Chow Kon Yeow adalah betul dan benar, maka YB Lim Hock Seng telah memberikan maklumat yang tidak benar dan palsu kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan perlu dikenakan tindakan kerana telah mengelirukan DUN dengan memberikan maklumat yang tidak benar dan betul."

Isu bayaran perundingan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikatakan 400% lebih tinggi dari skala dibenarkan bukan sahaja telah menimbulkan keraguan banyak pihak kerana kenyataan yang bercanggah tetapi turut menjadi tanda tanya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang enggan mengulas apabila media mengajukan soalan berbangkit.

Sunday 25 June 2017

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Salam lebaran - Maaf Zahir dan Batin dari seluruh warga Penang Online , semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat kemenangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Najib Garis Lima Risiko Dan Cabaran Baharu Perlu Dihadapi


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima risiko dan cabaran baharu yang perlu dihadapi negara iaitu dalam isu geopolitik; keselamatan dan keamanan; ekonomi; mendahulukan kepentingan rakyat; serta masa depan dan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Dalam perutusan Aidilfitri bertemakan 'Lembayung Silaturahim 1Malaysia Asas Kejayaan Rakyat dan Negara' yang disiarkan di televisyen malam ini, perdana menteri berkata dalam isu geopolitik, Malaysia sedang berdepan dengan cabaran risiko geopolitik baharu dunia yang serius.

Antaranya membabitkan krisis di antara negara-negara Islam di Teluk, program nuklear Korea Utara dan implikasi Brexit, katanya.

"Sudah tentu, kesemua perkembangan ini perlu diteliti dengan sebaik-baiknya, kerana jika krisis ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, ia boleh menjejaskan kemakmuran negara serantau dan antrabangsa," katanya.

Dalam soal keselamatan dan keamanan pula, perdana menteri menyeru semua rakyat di negara ini agar mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan fahaman atau ideologi ekstremisme dan terorisme seperti IS serta militan Daesh, yang telah menyalahtafsirkan konsep jihad dalam Islam.

Katanya, Islam itu adalah agama yang damai dan sejahtera dan bagi menjunjung kesuciannya, umat Islam perlu berpegang teguh dengan 'The Authentic Islam' iaitu ajaran Islam Sejati dalam pengertian yang sebenar-benarnya.

Selain itu, dalam era siber dan media sosial hari ini, Najib turut mengingatkan umat Islam untuk bijak menyaring maklumat dan ancaman fitnah serta tohmahan palsu yang disebarkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Namun begitu, saya berasa bersyukur kerana negara ini masih terus mengecapi nikmat keamanan. Malah, beradasarkan Indeks Keamanan Global 2017, Malaysia telah berjaya mengekalkan kedudukan sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia dan ke-29 daripada 163 negara paling aman di dunia," katanya.

Dalam bidang ekonomi pula, perdana menteri berkata, meskipun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, ekonomi negara telah berkembang pada kadar di luar jangka iaitu 5.6 peratus untuk suku pertama tahun ini, berbanding 4.5 peratus pada suku keempat tahun lalu.

Malah katanya, pada Mac lalu, buat pertama kali dalam sejarah nilai eksport telah mencecah RM80 bilion iaitu pencapaian tertinggi eksport secara bulanan.

Malaysia juga katanya telah diiktiraf oleh firma antarabangsa iaitu BAV Consulting and Wharton School dari Amerika Syarikat sebagai negara yang terbaik untuk pelabur bagi tahun ini, sementara majalah Forbes pula telah meletakkan Malaysia di kedudukan paling atas dari kalangan negara Asia untuk pelaburan asing.

"Namun demikian kita tidak akan cepat berpuas hati dan mudah berasa selesa dengan kejayaan-kejayaan itu, sebaliknya kerajaan akan terus membawa Malaysia menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah memastikan negara kekal berdaya saing dalam ekonomi global," katanya.

Sementara itu, di bawah isu mendahulukan kepentingan rakyat, Najib berkata kerajaan telah menyalurkan pelbagai bantuan dan inisiatif seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, projek-projek perumahan rakyat, rumah mampu milik, Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40 dan M40.

Dalam memberikan keselesaan dan kesinambungan yang lebih bersepadu kepada masyarakat pula, perdana menteri berkata projek-projek Infra Rakyat seperti My Rapid Transit (MRT), Lebuhraya Pan Borneo, Projek Rel Berkelajuan Tinggi, LRT Extension dan projek Laluan Rel Pantai Timur turut sedang dirancakkan.

Di bawah isu masa depan dan TN50 pula, perdana menteri berkata menjengah ke masa hadapan, dunia kontemporari kini berada di ambang Revolusi Industri Keempat.

Demi mewajahkan masa depan negara menuju TN50, Najib berkata beliau mahu melihat lahirnya generasi Khayra Ummah yang cemerlang, berwibawa, kukuh jati diri individu, bangsa dan negara, selaras dengan gerakan Ekspresi Negaraku Malaysia.

"Sekaligus mendoakan agar kita sama-sama akan berjaya menjulang Malaysia yang makmur, pada kedudukan 20 negara termaju di dunia kelak. Insya-Allah," katanya.

Mengakhiri perutusannya, Najib turut menyeru umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia untuk mengeratkan perpaduan dan perkukuhkan ukhuwah serta persaudaraan dan mengetepikan segala perbezaan, selain menikmati keharmonian sedia ada di bawah lembayung silaturahim 1Malaysia. - Bernama

Saturday 24 June 2017

Najib Sindir Mimpi Bekas Ketua Uji PROTON


Negara terpaksa menanggung kerugian besar syarikat PROTON sejak dahulu lagi, disebabkan melayan mimpi tidak realistik seorang individu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Tun Razak.

Beliau berkata, semua orang perlu sedar bahawa model perniagaan pengeluar kereta nasional pertama negara itu tidak mapan untuk jangka masa panjang.


“Terlalu lama mimpi tidak realistik dan kurangnya pemahaman komersial bekas ‘ketua tukang ujinya’ dilayan. Beliau lebih suka Proton dimiliki 100 peratus oleh Malaysia dan kerugian ratusan juta setahun.

“Tapi itu wang rakyat dan tidak bertanggungjawab untuk kita meneruskan model perniagaan yang jelas tidak akan berjaya,” katanya katanya dalam ucapan majlis menandatangani perjanjian antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH).

Walaupun Najib tidak menyebut sebarang nama, ia dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik penjualan PROTON sejak kebelakangan ini.

Perjanjian ditandatangani Pengarah Urusan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Geely, Liu Shufu sambil disaksikan Najib, Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Menurut Najib usahasama itu akan menyaksikan PROTON bakal menjadi pengeluar kereta utama di Asia Tenggara.

“Jika anda buta ekonomi, menolak pelaburan langsung asing kerana kurang maklumat atau sebab perkauman, ia hanya menyebabkan rakyat semakin mundur dan kita kehilangan daya saing,” katanya.

Kehakiman Malaysia Dukung Kedaulatan Undang-Undang – PM


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Badan Kehakiman Malaysia sentiasa berpegang teguh kepada Kedaulatan Undang-Undang, yang berteraskan kepada konsep Pengasingan Kuasa.

Beliau berkata badan kehakiman negara juga bebas dan cekap selain mendukung undang-undang yang jelas dan stabil serta memberi perlindungan kepada rakyat.

Berucap merasmikan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak pertama di Malaysia di Istana Kehakiman hari ini, Najib berkata sistem penyampaian keadilan perlu sentiasa berada pada tahap yang maksimum, cekap lagi berkesan.

Justeru itu, beliau menyarankan badan kehakiman dapat meletakkan sasaran untuk menyelesai dan melupuskan kes-kes yang didaftarkan di mahkamah dalam masa yang singkat.

“Antara langkahnya, dengan menjadikan sistem pengkomputeran mahkamah sebagai satu agenda transformasi utama bagi memberikan impak dan manfaat kepada semua pelanggan mahkamah,” kata beliau.

Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Bangunan Annexe Istana Kehakiman di sini akan mengendalikan prosiding jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa.

Penyebar Berita Palsu : Rakyat Malaysia Tidak Sepatutnya Percayakan WSJ Lagi


Wall Street Journal (WSJ) telah berusaha untuk menggulingkan kerajaan pimpinan UMNO sejak beberapa dekad – kini tokoh-tokoh Amerika Syarikat (AS) menyatakan WSJ menjual berita palsu.

Selama beberapa dekad, Wall Street Journal telah menyerang kerajaan yang dipimpin oleh UMNO. Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam menepis dan menapid berita palsu, pembohongan bermotivasi politik dan penyelewengan yang diterbitkan oleh WSJ.

Akhbar propaganda Israel itu menyasarkan kerajaan pimpinan UMNO yang mengambil-alih tampuk pimpinan di Malaysia.

WSJ telah mengutuk kerajaan pimpinan UMNO kerana menyokong pembangunan orang Melayu serta kaum-kaum lain di negara ini.

WSJ berhasrat mengenakan agenda ekstremis sekular liberalnya sendiri di Malaysia, dan telah memperlihatkan pilih kasih yang terang- terangan terhadap pembangkang semenjak sekurang-kurangnya 19 tahun yang lalu.

WSJ juga merupakan penyokong tegar peperangan haram Iraq yang telah menghancurkan Timur Tengah, memusnahkan sebuah negara, menyebabkan beratus-ratus ribu kematian dan bertanggungjawab secara langsung terhadap kebangkitan Daesh.

WSJ sama sekali tidak bertanggungjawab dan tidak mahu dipersalahkan akibat penyebaran berita palsunya itu.

Malangnya, ramai orang di seluruh dunia tidak menyedari hakikat siapa WSJ yang sebenarnya. Tetapi Malaysia tidak bersendirian dalam mengetahui bahawa WSJ tidak boleh dipercayai. Ramai orang Amerika juga sudah mengenalinya.

Senator Demokrat terkenal, Al Franken, telah menggambarkan WSJ sebagai “sengaja mengelirukan” dan merujuk kepada “putar belit Wall Street Journal yang norma.’

Putar belit ialah perkataan yang sering dikaitkan dengan WSJ.

Ini ialah corak yang sering ditonjolkan. The Huffington Post telah menuduh WSJ menerbitkan gambaran yang terang-terangan salah dan menyeleweng fakta “untuk mengalakkan peperangan dan sekatan…. yang akan membuatkan orang biasa kebuluran.”

Pusat Kemajuan Amerika telah menuduh WSJ melakukan putar belit yang sengaja “atas sebab obsesi ideologi.” Kumpulan pemikir terkenal dunia itu merujuk kepada “Wall Street Journal yang pernah dihormati satu ketika dahulu” sebagai melakukan “penyebaran maklumat salah yang disengajakan.”

Bagaimanakah WSJ boleh melakukannya? Majalah Salon telah menuduh WSJ mencuba “untuk mencemarkan nama baik dan menyingkir sesiapa yang tidak dapat dikendalikannya.”

Ketua Bridgewater, Ray Dalio, pelindung nilai dana terbesar dunia, turut memberi pandangan.

Dalio telah mencirikan laporan jurnal Wall Street sebagai penuh dengan putar belit yang disengajakan.

Beliau juga menyatakan WSJ ialah sebahagian daripada wabak berita palsu dan putar belit yang mengancam kesejahteraan masyarakat.

Beliau menyatakan bahawa: “Sensasionalisme dan komersialisme telah menggantikan ketepatan dan integriti kewartawanan sebagai objektif utama.

“Ramai, jika tidak majoriti, “wartawan” cuba menulis artikel yang mereka ingin tulis dan suka sesuaikan fakta-fakta ke dalam artikel tersebut daripada mengumpul fakta-fakta bagi melaporkan dengan tepat gambaran sebenar.”

Bilangan wartawan sejati yang berusaha untuk menyampaikan maklumat tepat, katanya, “merupakan peratusan yang semakin mengecil daripada jumlah keseluruhan.”

“Kegagalan untuk membetulkan masalah ini disebabkan oleh tiadanya pemeriksaan sistematik terhadap kualiti berita media.”

Rakyat Malaysia kadang-kadang terkejut apabila akhbar-akhbar AS boleh menyiarkan pembohongan, dan mereka sangka bahawa akhbar-akhbar itu akan dipaksa untuk menarik balik dan membetulkan  kesilapan atau fabrikasi tersebut.

Tetapi Dalio menyatakan bahawa di Amerika tidak seorang pun boleh menghalang pencetakan akhbar seperti WSJ. Akhbar boleh mencetak apa sahaja yang dikehendakinya.

“Berita media adalah unik kerana merupakan satu-satunya industri yang beroperasi tanpa kawalan kualiti atau pemeriksaan kuasa. Media mempunyai kuasa tanpa kawalan yang besar sehingga orang-orang dan syarikat yang berkuasa pun takut untuk menentangnya, kerana tidak mahu terlibat dengan tuduh-menuduh.”

Dalio menuduh Bradley Hope, wartawan yang sering menulis mengenainya untuk WSJ, sebagai seorang yang mempunyai “sejarah menulis cerita mengelirukan” dan bergantung kepada “orang yang tidak berpuas hati secara berlebihan”.

Ini termasuk ramai orang yang telah berusaha keras untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik.

Sudah tentu, WSJ gembira untuk mendekati mereka tanpa menghiraukan ketepatan atau kebenaran.

Seperti kata Dalio: Wartawan WSJ memilih “untuk tidak menyampaikan berita yang tidak sesuai dengan apa yang mereka ingin tulis”.

Menjawab esei Dalio mengenai WSJ, seorang lagi ahli perniagaan Amerika menyifatkan akhbar itu sebagai “cuba untuk menjadi program realiti lebih daripada organisasi berita.”

Itu mungkin menyeronokkan jika pembohongan dan penyelewengan tidak memberi kesan.

Terlalu ramai orang percayakan berita palsu.

Sudah terlalu lama WSJ menjaja berita palsu mengenai Malaysia yang dibekalkan oleh individu demi kepentingan diri sendiri.

Individu itu sanggup melihat negara sendiri terjejas demi melayani kepentingan peribadi dan politik mereka.

Rakyat Malaysia harus mendengar suara rakyat Amerika yang tahu bahawa WSJ mengabaikan fakta dalam mengejar agenda politik partisannya sendiri.

WSJ telah menjadi saluran propaganda dan kenderaan untuk parti lawan memburukkan kerajaan Malaysia.

Sekarang rakyat Amerika telah mendedahkan WSJ sebagai penyebar berita palsu sebagaimana yang telah lama kita perkatakan, maka rakyat Malaysia tidak sepatutnya percayakan WSJ lagi.

Friday 23 June 2017

Pilihan Raya Umum Tahun Hadapan ?


Susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa Bajet 2018 akan dibentangkan pada 27 Oktober depan, sekaligus petanda bahawa kemungkinan PRU ke-14 tidak akan diadakan pada tahun ini.

Ramai percaya tahun depan adalah tahun bertuah untuk Pengerusi Barisan Nasioanl (BN) itu mengadakan pilihanraya umum.

Sebelum ini ramai yang berpendapat ianya akan diadakan pada tahun ini.

Memetik analisis Nanyang Siang Pau, ramalan bahawa PRU bakal diadakan tahun ini, adalah berikutan Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 2016 yang memperlihatkan kerjasama PAS dan Pakatan Harapan yang sudah berkubur.

Selain itu, BN tidak perlu bersusah payah dan boleh mendapat manfaat di sebalik pertelingkahan di antara parti-parti pembangkang ini.

Namun ada pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan bahawa penyebab kepada PRU tidak akan berlaku tahun ini disebabkan Kerajaan BN perlukan masa untuk mengatasi dua isu iaitu berkenaan ‘kedaulatan negara tergadai’ dan ‘Tsunami Melayu’.

Salah seorang pensyarah kanan sebuah universiti tempatan dilaporkan sebagai berkata isu ‘kedaulatan negara tergadai’ juga antara faktor utam, sekaligus memberi lebih banyak masa untuk Najib menangani isu ini.

Beliau berpendapat Malaysia perlu menerima bentuk pelaburan dari perusahaan China itu kerana negara memang memerlukannya untuk pembangunan.

Sementara itu, ‘kedaulatan negara tergadai’ adalah tuduhan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin pembangkang yang mengikut rentak beliau.

Tetapi, hujah ini tidak diterima oleh komuniti Cina kerana ia mungkin tidak berkaitan kerana apa yang dapat dilihat mereka adalah pengenalan modal asing sentiasa menjadi strategi pembangunan ekonomi negara ketika Tun Mahathir menjadi perdana menteri, tetapi mempersoalkan apabila era Najib, perkara ini dikaitkan dengan kesalahan menggadai kedaulatan negara?

Manakala, melihat aspek ‘Tsunami Melayu’ yang dilontarkan oleh parti pembangkang, pengundi Melayu kawasan bandar mula menolak kerajaan BN dan UMNO semenjak dari PRU-12.

Secara tidak langsung, perasaan tidak puas hati dengan kerajaan bermula dari ‘orang Melayu Bandar’ yang  sebenarnya mencetuskan Tsunami Melayu dan adakah BN dan UMNO akan membiarkan perkara ini berlaku?

Bagaimanapun, secara rumusannya, BN dan Najib seolah-olah tidak kisah jika pihak pembangkang dapat mengagak bila pembubaran parlimen bakal berlaku.

BNM Beri Kerjasama Penuh Kepada RCI Berkaitan Kerugian Forex


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam menyediakan maklumat berkaitan kerugian pasaran tukaran asing (forex).

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata ia akan memberikan maklumat seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

BNM menyambut baik pembentukan RCI oleh kerajaan untuk menyiasat secara bebas kerugian forex dan menyelesaikan peristiwa yang berlaku lebih 25 tahun lepas.

“Di mana-mana negara, kesahihan, integriti dan kredibiliti bank pusat sangat penting dalam mengekalkan keyakinan orang ramai dalam sistem kewangan yang kukuh dan ekonomi yang stabil,” kata BNM.

Bank pusat berkata ia memberi jaminan kepada orang ramai dan pasaran kewangan bahawa ia tidak akan terganggu daripada menjalankan kewajipan negara dalam melaksanakan mandatnya.

“Kami akan tegas dalam melindungi kestabilan monetari dan kewangan negara, serta kelancaran fungsi sistem pembayaran,” kata BNM.

Selain dari itu penubuhan RCI ini turut disokong oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , Senator Khairul Azwan Harun dalam kenyataan medianya berkata Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan sokongan terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) khusus dalam usaha menyiasat kerugian urusniaga FOREX oleh Bank Negara Malaysia yang berlaku lebih dari 25 tahun yang lalu.

Pemuda UMNO menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat aktiviti urusniaga tukaran wang asing (FOREX) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar tahun 1980an dan 1990an.

Pemuda UMNO pada 6 Februari 2017 yang lalu telah mencadangkan kepada pihak kerajaan bagi penubuhan RCI tersebut termasuk untuk menyiasat sama ada telah wujud usaha 'cover up' terhadap kerugian sebenar waktu itu.

Pemuda UMNO amat yakin bahawa RCI yang dibentuk ini akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan telus seterusnya mampu untuk merungkai isu tersebut yang telah berlanjutan sejak sekian lama.

Penstrukturan Semula MAS Tunjuk Hasil Positif - Najib


Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa puas hati dengan hasil positif ditunjukkan oleh Malaysia Airlines (MAS), menyatakan proses penstrukturan semula berjalan lancar.

“Berpuas hati bahawa penstrukturan semula MAS berjalan lancar, menunjukkan hasil positif, Pasukan memang wajar mendapat bayaran ex-gratia. Teruskan usaha cemerlang anda,” kata Najib dalam catatan di Twitter beliau hari ini.

Syarikat penerbangan itu sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun.

Antara lain, syarikat mengambil langkah mengurangkan kos, menyusun semula pesawat dan memperluas laluan perkhidmatan.

Pelan penstrukturan semula itu mula dilaksanakan pada 2015.

Guan Eng Enggan Jawab Desakan BN


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan mengulas desakan BN berhubung isu pembayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng ketika mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri, Komtar hanya berkata "mungkin hari lain (untuk jawab)" kepada media yang bertanyakan isu tersebut kepadanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat dengan sengaja tidak mahu mengulas perkara yang dibangkitkan dan beliau jelas dilihat kurang selesa sehingga bangun dari tempatnya dan meminta sesi bergambar diadakan.

Sebelum itu , Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memberi tempoh seminggu kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk menerangkan sebab bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek pembinaan infrastruktur tersebut adalah empat kali ganda lebih tinggi daripada kadar bayaran yang dibenarkan.

Abdul Rahman berkata, jika gagal, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isu tersebut turut mendapat perhatian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang , Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.

Beliau berkata pihaknya juga ingin tahu mengapa bayaran oleh kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM177.5 juta itu dibuat lebih awal tanpa melihat kerja-kerja projek tersebut secara fizikal.

“Kita semua maklum di Pulau Pinang, kerajaan negeri dari semasa ke semasa memberitahu rakyat menjadi keutamaan dalam tindakan serta agenda kerajaan negeri, jadi UMNO mewakili rakyat inginkan penjelasan daripada Lim berhubung pembayaran awal tersebut.


“Pihak kontraktor dan konsultan projek itu telah dibayar tetapi saya difahamkan (projek terowong dasar laut) ditangguhkan hingga tahun depan jadi apa kerja mereka buat dengan bayaran yang begitu banyak?” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kuih Raya kepada anggota polis, penjara, hospital dan PLUS yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Thursday 22 June 2017

UMNO P.Pinang Desak Guan Eng Perinci Bayaran Kepada Pemegang Konsesi


NIBONG TEBAL, 22 Jun – UMNO Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pihaknya juga ingin tahu mengapa bayaran oleh kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM177.5 juta itu dibuat lebih awal tanpa melihat kerja-kerja projek tersebut secara fizikal.

“Kita semua maklum di Pulau Pinang, kerajaan negeri dari semasa ke semasa memberitahu rakyat menjadi keutamaan dalam tindakan serta agenda kerajaan negeri, jadi UMNO mewakili rakyat inginkan penjelasan daripada Lim berhubung pembayaran awal tersebut.

“Pihak kontraktor dan konsultan projek itu telah dibayar tetapi saya difahamkan (projek terowong dasar laut) ditangguhkan hingga tahun depan jadi apa kerja mereka buat dengan bayaran yang begitu banyak?” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kuih Raya kepada anggota polis, penjara, hospital dan PLUS yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut memberi masa seminggu kepada kerajaan Pulau Pinang untuk memberi penjelasan berhubung isu kadar yuran perunding bagi pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut di negeri itu.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri seharusnya menggunakan khidmat Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mempunyai kepakaran dan gaya profesional tinggi serta kemahiran dan kepakaran untuk menasihati dalam kes-kes jalan raya ataupun terowong.

“Mengapa lantik konsultan sedangkan ada JKR untuk kerja-kerja awal. Jika tidak berpuas hati dengan kerja JKR, kerajaan negeri bolehlah lantik konsultan tambahan tetapi JKR langsung tidak dilantik atau dirujuk untuk menyumbang kepakaran bagi projek itu kepada kerajaan negeri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang mahu kerajaan negeri menjalankan siasatan dalaman dan mengambil langkah sewajarnya berhubung dakwaan berlaku penyelewengan kuota perumahan bumiputera yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

“Kami mahu SPRM menyiasat perkara itu secara teliti dan meluas kerana isu perumahan adalah penting dan merupakan agenda utama kerajaan persekutuan untuk rakyat,” katanya.

Khamis lepas, SPRM menahan dua individu iaitu Pengarah Urusan sebuah syarikat pemaju perumahan dan Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran syarikat tersebut kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan perjanjian jual beli (S&P) unit-unit sebuah projek kondominium di Pulau Pinang.

Pengarah SPRM Negeri, Datuk Aziz Aban dilaporkan berkata kedua-duanya dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan perjanjian S&P menggunakan 20 penama sebagai pembeli kuota bumiputera bagi pembelian unit-unit kondominium di Batu Feringghi.

Puteri UMNO Kepala Batas Edar Daun Palas Percuma


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas hari ini turun padang sempena kedatangan 1 Syawal dalam program edaran daun palas percuma dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas.

Program edaran daun palas tersebut dijalankan di Pasar Khamis Penaga , Kepala Batas awal pagi tadi dan mendapat sambutan daripada orang ramai yang hadir ke pasar terbabit bagi membeli barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba pada hari Ahad nanti.

Nurul Haida Mahamad selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang ternyata gembira dengan sambutan daripada orang ramai selain bersyukur kerana dapat berkongsi kemeriahan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Salah seorang pengunjung Pasar Khamis Penaga yang ditemui Penang Online menyatakan rasa cerianya dan mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas dengan program yang dijalankan.

Walaupun ianya agak berbeza kerana yang diedarkan adalah daun palas tetapi keceriaan dan keakraban ternyata begitu jelas terlihat khususnya dalam suasana menantikan kedatangan Aidilfitri.

Apatah lagi daun palas sememangnya menjadi pilihan utama masyarakat Melayu dan orang Islam yang menyambut Aidilfitri.

Sebanyak 2600 daun palas habis diedarkan kepada pengunjung sepanjang program tersebut dijalankan. 

Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia - Penubuhan RCI Untuk Menyiasat Kerugian Urusniaga Forex oleh BNM


Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Senator Khairul Azwan Harun hari ini tampil mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan sokongan terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) khusus dalam usaha menyiasat kerugian urusniaga FOREX oleh Bank Negara Malaysia yang berlaku lebih dari 25 tahun yang lalu.

Pemuda UMNO menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat aktiviti urusniaga tukaran wang asing (FOREX) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar tahun 1980an dan 1990an.

Pemuda UMNO pada 6 Februari 2017 yang lalu telah mencadangkan kepada pihak kerajaan bagi penubuhan RCI tersebut termasuk untuk menyiasat sama ada telah wujud usaha 'cover up' terhadap kerugian sebenar waktu itu.

Pemuda UMNO amat yakin bahawa RCI yang dibentuk ini akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan telus seterusnya mampu untuk merungkai isu tersebut yang telah berlanjutan sejak sekian lama.

Senator Khairul Azwan Harun                                                                                          
22 Jun 2017



Dakwaan DoJ Sekadar Cerita Tanpa Ada Tindakan – Reezal


KUALA LUMPUR, 22 Jun – Dakwaan terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya sekadar (naratif) iaitu penceritaan semata-mata tanpa disusuli dengan satu bentuk tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkenaan, demikian menurut Ahli Majli Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Tegas beliau sekiranya agensi tersebut benar-benar mendapati wujud salah laku dan sebagainya yang diperkatakan, mereka seharusnya memulakan proses pendakwaan dan mengemukakan bukti yang kukuh.

“Pertama, kalau betul ada salah dakwa…jangan buat satu naratif yang kemudiannya tidak ada kebenaran. Dalam perjalanan ‘Rule Of law’ apabila seseorang itu berdepan dengan pendakwaan di mahkamah, mereka akan dapat mempertahankan diri.

“Namun setakat ini kita hanya asyik mendengar daripada sebelah pihak sahaja dan itu pun dalam bentuk naratif kerana sehingga kini masih belum didakwa. Keadilan tidak akan berlaku hanya sebelah pihak sebaliknya perlu berlaku kepada kedua-dua belah. Sebab itulah apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini ada asasnya”.

Reezal merujuk kepada saman sivil terbaru DoJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan, Reezal sekali menegaskan ianya sekadar penceritaan malah MO1 pun disebut secara umum.

“Apa yang didakwa itu tidak ada muktamadnya. Sebab itu apa yang disebutkan oleh Datuk Seri Hisahmmuddin Hussein saya sokong sepenuhnya. DOJ perlu mengemukakan bukti. Apabila mereka dakwa, tindakan juga perlu di ambil supaya yang didakwa itu boleh ada ruang untuk menjawab,” katanya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin pada Ahad lalu dilaporkan berkata tanpa mengemukakan bukti yang kukuh, sebarang dakwaan atau kenyataan terhadap individu tertentu hanya akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti DoJ.

“Jangan buat kenyataan demi kenyataan tanpa mengambil tindakan, bila mereka dakwa, mereka perlu juga ambil tindakan supaya yang didakwa itu boleh ada ruang untuk menjawab dan bersihkan nama masing- masing.

“Sekiranya mereka tidak mengambil tindakan, kredibiliti DoJ itu sendiri boleh dipertikaikan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan bersama Setiausaha UMNO bahagian di sini, Ahad lalu.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan tanpa tindakan ini berterusan, pihak-pihak tertentu akan ‘menangguk di air keruh’ dengan menggunakan kenyataan DoJ untuk kepentingan politik mereka.

Terdahulu, sebelum itu Reezal yang juga Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara beramah mesra dengan beberapa perwakilan pelajar luar negara yang pulang bercuti ke tanah air.

Pertemuan singkat pada acara ‘moreh’ di restoran Line Clear Kg Baru cukup mesra dengan pelajar diberikan ruang dan peluang  untuk bertukar pandangan serta pendapat. Turut bersama Exco Pemuda UMNO, Datuk Fathul Bari Mat Jahaya.


Wednesday 21 June 2017

Terus Berbakti UMNO Bukit Mertajam Bantu Asnaf


Bukit Mertajam - Seramai 300 golongan asnaf di Parlimen Bukit Mertajam di sini mendapat perhatian UMNO dan Mara Corporation  Bhd. (MaraCorp) apabila menerima bantuan menjelang sambutan Aidilfitri.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam , Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata  , sumbangan berbentuk wang ringgit , hamper dan beras itu juga diberikan kepada lebih 2,000 penerima sejak awal Ramadan lalu.

"Ini merupakan penganjuran kali ketiga dan sebelum ini , pergerakan Wanita dan Pemuda bahagian serta Pusat Khidmat UMNO Bukit Mertajam turut menganjurkan program sama.

"Ini bulan baik yang mengalu-alukan kita membuat amal kebajikan.Kita beri semua dan keutamaan kita kepada yang layak tanpa memikirkan pemahaman politik," katanya kepada pemberita dalam sidang ahbar program Kasih Ramadan di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir , Pengerusi MaraCorp , Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi , Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Mara negeri , Mohammad Arif Fahmi Abdul Ghani dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Mara negeri , Norsiden Ahmad.

Mengulas lanjut , Musa yang juga Ahli Majlis Mara berkata , pihaknya berbangga kerana program tahunan UMNO bahagian itu yang buat julung kalinya melibatkan kerjasama MaraCorp.

Sementara itu , Wan Ahmad Saifuddin berkata , sebagai sebuah anak syarikat baharu Mara , pihaknya menyasarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai platform memperkenalkan peranan mereka kepada umum.

"Kita mahukan permulaan yang baik menerusi kerjasama dengan pelbagai lapisan kepimpinan Mara termasuk turun padang dan menyumbang kepada yang memerlukan," katanya.

Dalam masa sama  , beliau memberitahu sebagai sebuah syarikat pelaburan strategik Mara , pihaknya akan menjalankan pemantauan terhadap anak syarikat agensi itu yang mendapat suntikan dana kerajaan. sumber utusan

Tahniah Guan Eng Cipta Rekod !… Kos Konsultasi Projek Jalan Telan Belanja 10 Kali Ganda


BUKIT BENDERA, 21 Jun – “Tahniah Lim Guan Eng kerana berjaya buat rekod… Jika sebelum ini kos terowong dasar laut antara yang dipertikaikan kini kos konsultasi projek jalan dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang yang hanya sepanjang 10.53 kilometer pula menjadi tanda tanya apabila ia menelan belanja 10 kali ganda daripada jumlah maksimum yang dibenarkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia,” ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim.

Jelas beliau, satu demi satu projek kerajaan negeri telah membongkar betapa tidak telusnya pentadbiran Dap dalam membabitkan wang.

“Sebagai Ketua Menteri yang kononnya sentiasa melaungkan telus dan jujur, Guan Eng perlu menjawab mengapa perkara ini terjadi… Jalan yang hanya sepanjang 10.53 kilometer dibayar dengan begitu tinggi iaitu 32 peratus daripada jumlah kos pembinaan keseluruhannya, RM 337.6 juta.

“Pendedahan yang buat oleh Pengarah Strategik Dan Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Rahman Dahlan perlu dijawab segera oleh Guan Eng kerana ia melibatkan kredibiliti kerajaan negeri,” ujarnya,

Tambah Rafizal, sekiranya Guan Eng gagal menjawab persoalan yang dikemukan maka Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Apa yang lebih memeranjatkan adalah duit rakyat telah digunakan tetapi projek yang sepatutnya dilaksanakan sehingga hari ini tidak nampak bayang.

“Saya tidak nafikan jalan dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang memang memerlukan penambahbaikan kerana kesesakan teruk di waktu puncak ataupun berlaku kemalangan namun itu tidak bererti kerajaan negeri boleh menggunakan masalah ini sebagai alasan untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya,” katanya lagi.

Semalam dalam satu sidang media Pengarah Strategik dan Komunikasi BN, Datuk Seri Rahman Dahlan mendedahkan kos konsultasi yang begitu tinggi untuk projek jalan dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang  yang hanya sepanjang 10.53 kilometer sebanyak RM120.4 juta, 10 kali ganda daripada jumlah maksimum yang dibenarkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

“Kita mahu Ketua Menteri Pulau Pinang jelaskan mengapa kos untuk konsultasi jalan yang hanya 10.53 kilometer dibayar dengan begitu tinggi iaitu 32 peratus daripada jumlah kos pembinaan keseluruhannya, RM 337.6 juta.

“Rakyat mahu tahu,  mengapa konsultasi untuk pembinaan jalan yang hanya 10.53 kilometer itu lebih tinggi daripada jumlah yang dibayar untuk khidmat konsultasi pembinaan terowong bawah laut yang lebih mahal dan berisiko tinggi, iaitu hanya sebanyak RM96 juta sahaja”, tegasnya.

Pulau Pinang Perlu Perjelas Isu Bayaran 4 Kali Ganda


PUTRAJAYA: Kerajaan Pulau Pinang diberi masa seminggu untuk menjelaskan isu kadar yuran perunding bagi pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut Pulau Pinang, yang didakwa empat kali ganda lebih mahal daripada kadar yang diwartakan. 

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata jika kerajaan negeri terus berdiam diri, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi menyiasat perkara itu. 

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata berdasarkan Lembaga Jurutera, kos perundingan berkenaan hanya berjumlah kira-kira RM41 juta, namun bayaran yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang adalah RM177.5 juta. 

"Ini persoalan yang kita nak tahu. Jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak boleh bagi jawapan yang tepat, maka kita akan berdepan persepsi salah guna kuasa. 

"Kita tidak kata begitu tetapi jika jawapan yang diberikan tidak tepat dan fokus, saya tidak salahkan orang ramai mempunyai persepsi itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Sementara itu, Abdul Rahman menyifatkan cara Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengendalikan siasatan berhubung aset yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) begitu luar biasa dan tidak wajar. 

Katanya, berdasarkan laporan sebuah portal berita, DoJ menyatakan siasatan kes itu masih berlangsung namun jabatan itu terus membuat kenyataan media tanpa menyelesaikan siasatan terlebih dahulu. sumber berita harian

Tuesday 20 June 2017

Dana RM230 juta bukan duit deposit Tabung Haji


20 JUN: Dana RM230 juta yang digunakan bagi Program Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak Tabung Haji (TH) tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya daripada Yayasan Tabung Haji dengan kerjasama UMNO.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata program menjelajah ke 67 kawasan Parlimen itu adalah program mendekati rakyat sempena sambutan Aidilfitri.

“Peruntukan bagi program ini juga bukan duit pendeposit TH, sebaliknya kita melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat untuk membantu rakyat yang memerlukan dengan kerjasama UMNO.

“Daripada RM230 juta itu, setiap Parlimen akan menerima RM300,000 dan Sandakan adalah Parlimen ke-55 yang saya kunjungi,” katanya berucap pada program itu di Dewan Masyarakat, Selasa.

Pada majlis itu, Azeez menyampaikan sumbangan wang tunai  RM200 seorang kepada 1,500 penerima. Selain daerah ini, program turut diadakan di Semporna hari ini.

Kerajaan Terus Bantu Rakyat Yang Memerlukan - Azeez


Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus membantu rakyat yang memerlukan dalam apa jua cara walaupun cara itu dikecam pembangkang.

Pengerusi Yayasan Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahman berkata ini kerana perjuangan kerajaan adalah bersandarkan kebajikan.

"Datuk Seri Najib tidak mahu rakyat sengsara dengan kesusahan yang terpaksa ditempuhi. Atas keprihatinan itulah Yayasan Tabung Haji bersama Biro Keahlian Daftar Pengundi UMNO jalankan Program Ziarah Ramadan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pada program itu di Kota Belud pada ahad lepas.

Abdul Azeez juga berkata keprihatinan kerajaan tidak mengenal rakyat yang mempunyai fahaman politik berbeza kerana usaha kerajaan dijalankan atas keikhlasan membantu rakyat.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kesungguhan kerajaan membantu rakyat yang memerlukan membuktikan kerajaan memahami kesulitan yang dilalui rakyat.

Beliau juga memuji usaha yang digerakkan oleh Yayasan Tabung Haji untuk membantu meringankan beban kehidupan rakyat bukan sahaja daripada golongan asnaf dan fakir miskin, tetapi juga golongan yang layak dibantu seperti ibu tunggal yang mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.

Sejumlah RM300,000 diagihkan kepada 1,000 penduduk Kota Belud daripada kalangan asnaf dan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pada program itu.

Monday 19 June 2017

GST Ke Atas Tambahan 60 Lagi Item Makanan Akan Dibatalkan - Kastam


KUALA LUMPUR, 19 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas 60 lagi item makanan akan dibatalkan, berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

"JKDM telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 di batalkan.

"Justeru itu, JKDM memohon kerjasama semua pihak supaya mengambil maklum tentang perkara ini," kata Ketua Pengarah Kastam Subromaniam Tholasy dalam satu kenyataan. Bernama

Kenapa DOJ Hanya Buat Kenyataan? Jika Ada Bukti Kukuh Segera Dakwa Individu Terbabit – Hishammuddin


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihatkan Deparment Of Justice (DOJ) Amerika Syarikat untuk segera mendakwa semua individu-individu  yang disenaraikan mereka sebagai terlibat dengan isu 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) dan jangan hanya membuat kenyataan demi kenyataan tanpa sebarang tindakan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, sekiranya DOJ mendakwa individu-individu yang mereka kaitkan dengan isu penyelewengan 1MDB itu, maka individu-individu terbabit mempunyai peluang untuk mempertahankan diri mereka dan membersihkan nama masing-masing  di dalam perbicaraan.

“Saya nak nasihatkan kepada DOJ, kalau mereka mempunyai bukti-bukti yang kukuh, dakwalah. Jangan membuat kenyataan demi kenyataan tanpa mengambil tindakan. Bila mereka itu didakwa, maka mereka berpeluang untuk membela diri masing-masing.

“Tetapi jika hanya dengan kenyataan demi kenyataan namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat, kredibiliti DOJ itu sendiri kita boleh pertikaikan. Jadi saya lihat kenyataan DOJ bukan baru sekarang ini baru timbul, sebelum ini pihak mereka pernah keluarkan kenyataan seperti ini juga.

“Jadi saya nak beritahu mereka, jika betul-betul mereka punyai bukti yang kukuh tentang hal ini, dakwa individu-individu tersebut, ambil tindakan. Inilah keadilan kerana mereka yang didakwa itu boleh menjawab dan membersihkan nama masing-masing,” jelasnya .

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung kenyataan terbaru DOJ berhubung isu penyelewengan 1MDB setelah selesai merasmikan program Taklimat Buku Panduan Manual Pilihanraya Umum ke 14 bertempat di PWTC hari ini.

Hishammuddin juga tidak menafikan, ada sebahagian pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dengan persepsi yang timbul akibat kenyataan DOJ itu.

“Tindakan DOJ yang tidak bertanggungjawab dengan membuat kenyataan demi kenyataan itu telah menyebabkan timbulnya pelbagai spekulasi dan persepsi yang membenarkan ada pihak tertentu, yang ada pelbagai tujuan dan niat termasuk agenda politik yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh berhubung kenyataan DOJ itu,” tegasnya.

Sunday 18 June 2017

Manual Garis Panduan Pilihan Raya Akan Diedarkan Menjelang PRU Ke 14 – Hishammuddin


KUALA LUMPUR, 18 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO kini sedang dalam proses untuk menterjemahkan mood pilihanraya kepada pelaksanaan gerak kerja oleh jentera UMNO di peringkat akar umbi yang dapat memberikan manfaat kepada UMNO dalam menghadapi pilihanraya umum ke 14 tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu menurut Hishammuddin, satu buku manual garis panduan pilihanraya telah pun disediakan untuk diagihkan kepada jentera-jentera UMNO di peringkat akar umbi.

“Tetapi buku manual tersebut tidak akan kita edarkan sehingga dekat dengan saat pilihanraya nanti. Namun ini tidak bermakna tanpa kita mengedarkan manual pilihanraya itu ke peringkat akar umbi, kita hanya berpeluk tubuh saja.

“Jadi selepas ini kita akan turun ke bahagian-bahagian dalam usaha kita untuk memberi penerangan kepada peringkat akar umbi dan kita akan libatkan semua sayap-sayap pemuda, wanita dan puteri di peringkat bahagian.

“Jadi saya harap bahawa usaha ini dapat membantu persiapan kita untuk menghadapi pilihanraya dan dapat memberi sedikit panduan kepada jentera di peringkat akar umbi. Harapan saya pada majlis hari ini akan mendapat restu dan mandat, termasuk pandangan-pandangan daripada setiausaha bahagian kita di semua peringkat,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO Malaysia berkata demikian selepas selesai merasmikan program Perasmian Manual Panduan Pilihanraya Umum Ke 14 bertempat di Dewan Tun Hussein On, Putra World Trade Center (PWCT) di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, setiausaha-setiausaha bahagian juga diberikan mandat untuk meneliti manual pilihanraya tersebut dan bagaimana ianya dapat disesuaikan mengikut suasana di bahagian masing-masing.

“Saya juga mengharapkan agar setiausaha-setiausaha bahagian dapat memberikan input kepada kita apa aspek lagi yang boleh ditambah baik dan yang boleh kita bantu.

“Selain daripada mandat yang diberikan kepada setiausaha bahagian, saya sendiri meminta mandat daripada mereka untuk saya sendiri turun ke bahagian-bahagian, untuk memantau bilik-bilik gerakan dan PDM kita, supaya perkara-perkara yang merupakan kerja untuk menstrukturkan jentera boleh dilakukan sekarang.

“Kita juga boleh menggunakan saluran ini untuk menjawab isu-isu semasa yang mungkin perlu kita jawab. Maklumlah,bila dekat nak pilihanraya seperti sekarang ini, bermacam-macam isu yang akan ditimbulkan oleh pembangkang.

“Justeru itu,  kluster yang dipertanggungjawabkan untuk menangani persepsi –persepsi yang bakal timbul nanti mesti dikenal pasti daripada sekarang,” ujarnya.