This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday 31 July 2017

Penduduk Di Beri Tempoh 3 Bulan Kosongkan Kg Mutiara


Sebanyak 70 keluarga yang merupakan penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi Pulau Pinang diberi tempoh tiga bulan bagi mengosongkan rumah mereka dan kawasan berkenaan.

Keputusan itu setelah perbincangan antara pemilik tanah, Peter Loke Leng Seak, UMNO Bahagian Bukit Bendera dan kerajaan negeri di Balai Polis Batu Feringghi, pagi tadi.

Pada 17 Februari tahun lalu, penduduk kampung itu diarahkan keluar dari dua lot tanah berkenaan yang didiami lebih 50 tahun selepas pemiliknya dari Selangor berjaya membeli tanah tersebut 2007.

Melalui perbincangan itu, Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, berkata pemilik tanah menetapkan syarat berkenaan selain meminta RM100,000 sebagai jaminan.

“Kita berikan RM50,000 sebagai ganti rugi kepada Leng Seak dan dia meminta lagi tambahan RM50,000 sebagai jaminan penduduk keluar tetapi akan mengembalikannya sekiranya kawasan tersebut dikosongkan dalam tiga bulan,” katanya.

Menurut Ahmad, lebih 360 penghuni kampung itu akan ditempatkan di sebuah apartmen di Sri Tanjung Pinang 1 secara sementara.

“Mereka berkemungkinan akan berpindah semula ke sini selepas pembangunan berjaya dibina bersebelahan lot dalam dua tahun lagi,” katanya.

Terdahulu, lebih 400  penduduk perkampungan tersebut berhimpun secara aman hari ini bagi membantah usaha meroboh kediaman mereka selepas mahkamah mengeluarkan perintah berkenaan 17 Februari tahun lalu.

Penduduk turut meletakkan beberapa batang pokok dan kereta di laluan utama masuk kampung tersebut sebagai usaha menghalang pihak tertentu merobohkan rumah mereka.

Sunday 30 July 2017

Anugerah Palsu : Penafian Datuk Bandar Pelik Dan Janggal - Datuk Seri Zainal Abidin


GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang menyifatkan pelik dan janggal untuk datuk bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menafikan wang pembayar cukai digunakan dalam membayar yuran penyertaan kepada sebuah badan meragukan di United Kingdom yang didakwa menawarkan anugerah palsu, pada 2013 dan 2014.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman merujuk pengakuan Datuk Maimunah Mohd Sharif, semalam yang MBPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membayar RM39,088.10 kepada Europe Business Assembly (EBA), bukannya untuk membeli anugerah itu, sebaliknya sebagai yuran penyertaan.

“Bukankah pengakuan beliau yang MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang kini dikenali MBPP) dan MPSP telah membuat pembayaran kepada EBA untuk menyertai anugerah tersebut adalah satu pengakuan wang pembayar cukai telah digunakan untuk tujuan itu?

“Saya juga berpandangan wang pembayar cukai 2 PBT terlibat turut digunakan untuk menghantar wakil MPPP dan MPSP untuk menghadiri majlis-majlis anugerah yang berlangsung di Montreux, Switzerland pada 2013 dan Stresa, Itali pada 2014,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Zainal yang juga pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang menasihatkan 2 pihak berkuasa tempatan (PBT) itu lebih berhati-hati pada masa depan apabila ditawarkan anugerah dan pengiktirafan oleh pihak luar.

“Kontroversi ini menunjukkan slogan CAT (cekap, akauntabiliti dan telus) yang digahkan kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal dipraktikkan MPPP dan MPSP sehingga mereka terlibat dalam satu ‘scam’ bertaraf antarabangsa yang memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang.”

Katanya, lebih baik MBPP dan MPSP memfokuskan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Pulau Pinang daripada membelanjakan wang pembayar cukai untuk mengejar anugerah kerana pengiktirafan lebih penting datang daripada rakyat yang berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan 2 PBT itu.

Semalam, Maimunah dilaporkan berkata, MPPP dicalonkan menerima anugerah “Best Cities” dan “Best Municipal Manager” dengan yuran penyertaan RM20,680 pada 2013, manakala MPSP dicalonkan anugerah ‘Best City’ dan ‘Best City Manager’ dengan yuran penyertaan RM18,408.10 pada 2014.

Beliau berkata, mereka tidak tahu EBA ialah badan antarabangsa yang mengaut keuntungan melalui penjualan anugerah dan sijil palsu kerana tiada perkara mencurigakan ketika mereka menerima anugerah itu.

“Kami tidak menyedari sebarang perkara mencurigakan kerana bukan 2 PBT dari Pulau Pinang sahaja, PBT lain serta institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, orang ternama dari sektor swasta dan awam turut menerima anugerah EBA, malah bersama kami menerima anugerah itu.”

Katanya, beliau dan Datuk Bandar MPPP ketika itu, Datuk Patahiyah Ismail mendapat kebenaran kerajaan Pulau Pinang untuk menghadiri majlis penganugerahan itu di luar negara.

Beliau berkata, demi menjimatkan wang pembayar cukai, mereka membeli tiket kelas ekonomi, walaupun dibenarkan memilih tempat duduk kelas perniagaan.

“Jika itu ialah anugerah palsu, saya minta maaf. Lain kali jika mahu menyertai atau dicalonkan sebarang anugerah, kami akan lebih berhati-hati,” kata Maimunah.

The Times melaporkan EBA mengiklankan dirinya sebagai sebuah institusi Oxford untuk menjual “hadiah palsu” seperti “Anugerah Socrates Antarabangsa” dan “Anugerah Peringatan Permaisuri Victoria” sehingga £9,300 (RM52,000).

Laporan itu mendakwa EBA dikendalikan ahli perniagaan Ukraine yang menyasarkan syarikat dan pertubuhan di negara membangun dengan menjaja nama Universiti Oxford.

Universiti Oxford bagaimanapun menafikan mereka ada kaitan dengan EBA.

Mahathir Sudah Kehabisan Modal Politik – Hishammuddin


Kuala Lumpur - Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menyertai semula UMNO walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi menjadi perdana menteri menunjukkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah kehabisan modal politik.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu keluar dan masuk semula parti bukan perkara baharu bagi Dr Mahathir kerana beliau sudah beberapa kali berbuat demikian.

“Saya rasa Tun dah tidak ada modal lagi, hari-hari ada cerita baharu. Sama ada beliau balik kepada UMNO atau tidak, saya hendak tanya kepada anggota UMNO, kalau beliau hendak balik kepada UMNO pun, anggota UMNO akan terima beliau balik?” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Bandar Tun Razak, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media yang memetik pengakuan Dr Mahathir sebagai berkata beliau tidak akan kembali kepada UMNO walaupun Najib tidak lagi menjadi perdana menteri, melalui video klip yang dimuat naik di laman Facebook PPBM.

Dalam pada itu, mengenai hasrat UMNO bahagian Bandar Tun Razak yang mahu wakil mereka diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Hishammuddin berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak merupakan kerusi tradisi yang ditandingi MCA.

Pada PRU12 dan PRU13, kerusi Parlimen itu dimenangi PKR menerusi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kemudiannya menjadi wakil rakyat bebas.

Di KOTA BELUD, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pula berkata Dr Mahathir tidak boleh mengganggap UMNO sebagai milik peribadi dan tiada sesiapa pun mempunyai kelebihan untuk keluar masuk UMNO sesuka hati.

“Bila tidak suka Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), dia (Dr Mahathir) keluar (UMNO); bila gaduh dengan Tunku Abdul Rahman, dia keluar , bila tidak suka Datuk Seri Najib, dia keluar. Tak boleh la.  Perjuangan UMNO bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk orang Melayu dan Bumiputera,” katanya kepada  pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kota Belud.

Katanya UMNO pun tidak menjemput Dr Mahathir menyertai semula parti itu memandangkan bekas perdana menteri itu sekarang setaraf dengan pemimpin pembangkang lain yang menubuhkan parti semata-mata untuk menjadi musuh UMNO dan menentang kerajaan.

Kerajaan DAP P.Pinang Perlu Minta Maaf Daripada Pembayar Cukai - GAUM


PUTRAJAYA – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) meminta Kerajaan DAP Pulau Pinang  memohon maaf kepada seluruh rakyat di negeri tersebut khususnya pembayar cukai di bawah  Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)  dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) kerana membeli pengiktirafan palsu Europe Business Assembly (EBA).

Pengerusi GAUM Datuk Zulkarnain Mahdar dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP untuk memulangkan semula wang rakyat yang digunakan MPPP (kini Majlis Bandaraya Pulau Pinang) dan MPSP untuk membeli pengiktirafan palsu tersebut sebelum laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) dibuat.

“Kes ini dilihat cukup memalukan dan telah menjejaskan imej Pulau Pinang di mata dunia. Sekiranya benar MPPP dan MPSP membayar wang kepada EBA untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut pada tahun 2013 dan 2014, perkara ini langsung tidak boleh dimaafkan,” katanya lagi.

Jelas Zulkarnain, exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang Chow Kon Yeow sendiri telah membuat pengesahan mengenai status palsu sijil berkenaan.

Dikhabarkan sebanyak RM40,000 wang telah digunakan bagi membeli sijil pengiktirafan tersebut, katanya lagi.

​​Tambah Zulkarnain, GAUM merasakan DAP perlu menerajui kempen mengadakan kutipan derma dalam kalangan anggota DAP untuk membayar semula wang rakyat memandangkan telah menjadi amalan pemimpin DAP sering meminta derma daripada anggota DAP apabila pimpinan DAP mempunyai masalah.

Sebagai contoh, untuk membayar wang jaminan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebanyak RM1 juta membabitkan kes rasuah pembelian banglo murah, katanya lagi.

Katanya, slogan DAP iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang sering menjadi laungan parti DAP juga perlu diubah memandangkan slogan itu dilihat sudah tidak relevan lagi dan kelihatan hanya sebagai retorik dan omong kosong.

​​​​​​​Baru-baru ini media mendedahkan anugerah EBA yang diterima MBPP dan MPSP pada 2013 dan 2014 adalah anugerah yang ‘boleh dibeli dengan wang.’

Datuk Bandar MBPP Datuk Maimunah Mohd Sharif dalam kenyataannya Sabtu berkata, pihaknya tidak menyedari EBA adalah sebuah badan antarabangsa yang mengaut keuntungan dengan menjual anugerah dan sijil palsu berikutan tidak melihat sebarang perkara mencurigakan ketika menerima pengiktirafan.

Maimunah berkata,  pada 2013 MPPP dicalonkan untuk menerima anugerah ‘The Best Cities’ dan ‘The Best Municipal Manager’ daripada EBA dengan membayar yuran penyertaan sebanyak RM20,680. Sementara pada 2014,  MPSP dicalonkan dalam ‘Best City’ dan ‘Best City Manager’ dengan yuran penyertaan sebanyak RM18,408.10.

Saturday 29 July 2017

Rafizal Kecewa Tuduhan Zunar Terhadap Pemuda UMNO P.Pinang


Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Kita berasa amat dukacita kerana Zunar terpaksa membatalkan pameran beliau pada 30 Julai 2017. Kita juga berasa amat kecewa dan dukacita kerana dituduh akan membuat  kacau bilau pada pameran tersebut. Ini hanyalah andaian dan tuduhan liar daripada seorang pelukis karton yang tidak beretika, biadab dan kurang ajar.

Pemuda UMNO tidak langsung mempunyai masalah jika beliau mempamerkan ratusan atau ribuan hasil lukisan beliau. Tetapi kami punyai masalah jika lukisan itu menyentuh dan mempersendakan pemimpin kami. Ini sajalah niat kami untuk turun melihat pameran beliau,tiada langsung niat untuk membuat kacau bilau.


Kami juga ingin mengingatkan Zunar untuk tidak mempertikaikan kewibawaan pihak PDRM dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan terhadap Pemuda UMNO. Beliau perlu buat sedikit penyelidikan, carian melalui internet dan beliau akan tahu bahawa Pemuda UMNO Pulau Pinang pernah di bawa ke muka pengadilan  dan diambil tindakan ekoran tindak tanduk kami. 

Akhir Sekali kami berharap Zunar tidak akan 'serik' untuk terus mempamerkan hasil lukisan beliau. Kami akan sentiasa menyokong dan membantu untuk mempromosikan pameran beliau jika ianya tidak mempersendakan dan memperlekehkan gambar pemimpin kami 

Sekian 

Terima Kasih

Rafizal Abd Rahim 

29 Julai 2017

UMNO Adalah Harapan Rakyat, Tolak Pendekatan ‘Politic of Fear’ – Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO sama sekali tidak menggunakan kaedah ‘politic of fear’ iaitu politik menakut-nakutkan rakyat sebaliknya mengambil pendekatan memberi keyakinan serta harapan kepada mereka.

Menurut beliau menerusi pendekatan tersebut UMNO dan Barisan Nasional (BN) berjaya memerintah dengan terus diberi keyakinan dan kepercayaan oleh rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab menerajui kepimpinan negara hari ini.

“Sebab itulah kita mesti meletakkan keyakinan kepada UMNO… dalam politik kita ada dua dimensi, satunya ‘politik of fear’ dan ‘the politic of hope’..UMNO tak main ‘politik of fear’ …kita beri keyakinan dan pengharapan kepada rakyat. Orang yang main politik menakut-nakutkan adalah mereka yang tidak ada kuasa dan ingin menumbangkan orang yang ada kuasa.

“Tetapi UMNO dan BN parti berkuasa, kita tidak perlu main ‘politik of fear’…kalau kita main, kita hancurkan harapan rakyat kepada negara dan kita akan berkecamuk. UMNO akan terus beri pengharapan kepada rakyat kerana kita telah membuktikan selama memerintah bersama rakan-rakan yang lain, kitalah parti yang banyak berbudi, berjasa dan membawa perubahan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian mesyuarat UMNO bahagian Parit, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir; Ketua UMNO bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan; Timbalannya, Datuk Nasarudin Hashim, Naibnya; Datuk Ir Mohd Nizar Zakaria serta pimpinan empat peringkat yang lain.

Najib yang juga Presiden UMNO seterusnya menegaskan di dalam parti perbezaan pendapat serta pandangan adalah perkara biasa.

“Kita boleh berbeza pendapat…sedikit sebanyak bertelagah…kita dalam keluarga UMNO takkan semua sebulu dan sehaluan sahaja…. Memang ada perbezaan pendapat tetapi jangan sesekali menghancurkan parti keramat kita. Parti kita satu-satunya yang boleh kita harap. Siapa yang boleh bela masa depan kita melainkan UMNO dan BN.

“Dalam pilihan raya nanti kita ada dua pilihan sahaja..sama ada parti yang diterajui UMNO, menerusi BN atau pakatan yang dipimpin oleh Dap…takkan ‘parti bunga’ dengan satu kerusi boleh tentukan. Tidak masuk akal…takkan orang dah pencen boleh tentukan kuasa… masuk akal tak…, kita dah sedar dan berlaku di Perak sebelum ini.

“Sebab itulah pada kita apabila ada dua pilihan maka kita mesti beritahu yang terbaik adalah BN yang diterajui UMNO untuk kepentingan semua rakyat,” katanya.

Pengundi Cina Perlu Berhenti Jadi Mangsa Penipuan Dap -Ahmad Zahid


Pengundi masyarakat Cina perlu berhenti daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP yang gagal menunaikan janji yang ditabur mereka kepada rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, itu berkata pada pilihan raya  umum ke-12 (PRU12) dan PRU13, DAP telah mencanangkan bahawa mereka mampu membela rakyat namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

“Sudah dua kali (PRU) mereka (DAP) buat demikian, mereka boleh berkokok tetapi bila (rakyat) beri kuasa di Pulau Pinang mereka tidak boleh jadi baik daripada kerajaan (Barisan Nasional) yang terdahulu.

“Saya seru kepada pengundi Cina, cukup-cukuplah ditipu DAP, PRU14 nanti patah baliklah kepada Barisan Nasional (BN),” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Latiff Tamby Chik dan lebih 1,000 perwakilan bahagian itu.

Ahmad Zahid berkata bagi mendapatkan kembali kepercayaan pengundi Cina pada PRU14, BN terutama parti komponen MCA dan Gerakan perlu bekerja keras bagi membuktikan bahawa BN mampu membela nasib pengundi masyarakat itu.

Beliau berkata segala cabaran dan tentangan daripada pembangkang perlu dipatahkan, malah BN perlu terus bekerja keras daripada sekarang bagi menghadapi PRU14 bagi mengelakkan parti itu ‘dijadikan sejarah’ oleh rakyat.

“Saya yakin dengan usaha keras ini kita mampu merampas semula kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang sejak 2013.

“Pada PRU lepas, pihak pembangkang telah memberi cabaran besar kepada kita lebih-lebih lagi dalam menarik sokongan pengundi namun ia tidak seharusnya melemahkan semangat anggota BN untuk bangun meneruskan perjuangan parti,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar anggota UMNO jangan menyerah kalah sekiranya tidak mengecapi kejayaan dan terus berjuang bagi menarik sokongan pengundi.

Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan gerak kerja dalam menghadapi PRU14 perlu menjadi keutamaan bagi setiap anggota UMNO berbanding niat untuk bertanding pada pemilihan parti.

Beliau berkata perkara utama yang perlu menjadi fokus adalah kemenangan parti pada PRU14 dan beliau tiada sebarang halangan bagi mereka yang berminat bertanding pemilihan parti akan datang.

“Tidak salah untuk memasang niat kerana sesiapa sahaja layak bertanding namun mereka perlu memberi penekanan penuh dalam mempersiapkan jentera dalam menghadapi PRU akan datang.

“Semua anggota UMNO jadikan persiapan jentera dan menawan pengundi lebih utama daripada menyiapkan diri sebagai calon dalam pemilihan parti akan datang,” katanya.

Friday 28 July 2017

39 Perkara Yang Disembunyikan Oleh Portal Pembangkang


Sungguh menarik apabila portal-portal pro-pembangkang tidak highlightkan 39 perkara yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa perasmian Invest Malaysia Kuala Lumpur 2017 (IMKL 2017) pada 25 Julai 2017.

Dalam masa yang sama, penulis berharap agar kepimpinan negara dan BN akan menjelaskan segala kejayaan yang telah dicapai ini kepada rakyat secara berterusan dan berulang-ulang supaya ianya melekat di kepala kita semua.

Realitinya, kepimpinan BN kurang menghebahkan kejayaan mereka tidak seperti puak pembangkang. Bagi pembangkang, aksi dan propaganda itu penting untuk membohongi rakyat kononnya mereka bekerja untuk rakyat. Sampai potong reben pun perlu 9 orang!

39 perkara yang tercatit di bawah adalah sebahagian daripada bukti bahawa negara Malaysia berada di landasan kemajuan yang betul. Ianya juga menafikan segala fitnah, hasutan dan putar belit puak pembangkang yang kononnya negara akan bangkrap.

Kemampuan kerajaan untuk membawa masuk lebih banyak pelabur luar negara dan meletakkan negera Malaysia dalam ranking tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain jelas menunjukkan nama negara Malaysia tidak buruk seperti yang sering dibohongi oleh pembangkang.

Pada 2010, Najib Razak telah memperkenalkan Model Ekonomi Baharu di Invest Malaysia. Model ini direka bentuk bagi mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, dan negara ini menjadi sebuah masyarakat yang lebih terangkum, saksama dan mapan, dengan tanggapan tiada siapa ditinggalkan di belakang, peluang disediakan untuk semua, dan asas yang betul diletakkan bagi menjamin masa depan yang stabil dan berjaya.


1. Antara 2009 dan 2016, Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat hampir 50 % dan PNK per kapita menggunakan kaedah Atlas meningkat kepada AS$9,850.

2. Berdasarkan julat semasa pendapatan tinggi Bank Dunia AS$12,235 :
  • Kerajaan sudah mengecilkan jurang ke arah sasaran pendapatan tinggi daripada 33 % kepada 19 %.
  • 2.26 juta pekerjaan diwujudkan, yang merangkumi 69 % daripada 3.3 juta sasaran yang mahu dicapai menjelang 2020.

3. Kerajaan menarik paras pelaburan langsung asing (FDI) yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, yang menunjukkan keyakinan dunia terhadap Malaysia. Pertumbuhan negara disegani oleh ekonomi maju, malah semasa tempoh ketidaktentuan ekonomi global.

4. Unjuran negara Malaysia pada tahun 2017 juga meningkat :
  • Bank Dunia meningkatkan unjuran mereka daripada 4.3 % kepada kenaikan KDNK 4.9 %.
  • Morgan Stanley juga meningkatkan unjuran mereka dan kini ialah 5 %.
  • Nomura juga meningkatkan unjuran ekonomi Malaysia sebanyak 5.3 %.
  • Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula daripada 4.5 % kepada 4.8 %.

5. Dalam suku pertama 2017, perdagangan negara merekodkan kenaikan 24.3 % - meningkat kepada RM430.5 bilion berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

6. Pada Mac 2017, eksport mencecah paras RM80 bilion buat kali pertama dalam sejarah negara. Pada RM82.63 bilion, ia angka bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah direkodkan.

7. Pasaran modal meningkat sebanyak 9% kepada paras RM3.1 trilion pada 6 bulan pertama tahun ini, dan kini berada di tempat kelima di Asia secara relatif kepada KDNK. 

8. Dalam pasaran ekuiti terdapat aliran masuk bersih RM11 bilion pada separuh pertama 2017, berbanding dengan aliran keluar bersih RM3 bilion sepanjang 2016.

9. Pasaran bon Malaysia berkembang kepada RM1.2 trilion pada 2016.

10. Pasaran modal Islam merekodkan pertumbuhan tahunan 10 % sejak enam tahun lalu, mencecah RM1.8 trilion pada Jun 2017.

11. Pada AS$29 bilion, Bursa Malaysia merekodkan jumlah tertinggi dana dijana sejak 5 tahun lalu dalam mana-mana 10 negara anggota ASEAN.

12. Mata wang ringgit, dianggap oleh Bloomberg sebagai "mata wang utama Asia paling kukuh suku ini, meningkat 2 kali ganda berbanding yang terbaik berikutnya, yuan China."

13. Malaysia berjaya mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, termasuk mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan minyak dan gas daripada 41% pada 2009 kepada 14 peratus hari ini.

14. HSBC melabur lebih RM1 bilion untuk membina ibu pejabat serantaunya di Tun Razak Exchange, mengiktiraf peningkatan status Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa.

15. Broadcom Limited, salah sebuah syarikat semikonduktor terbesar dunia dengan permodalan pasaran hampir setengah trilion dolar akan memindahkan Hab Pengedaran Globalnya dari Singapura ke Malaysia pada 2017, di mana ia akan menguruskan inventori global kumpulan bernilai RM64 bilion setahun. 

16. Huawei, sebuah penyedia penyelesaian ICT utama global yang memberikan perkhidmatan kepada lebih satu pertiga penduduk dunia, menjadikan Malaysia ibu pejabat operasi global, pusat hos data dan pusat latihan global, dengan kos projek keseluruhan RM2.2 bilion serta mengambil lebih daripada 2,370 pekerja.

17. Saudi Aramco melabur AS$7 bilion - pelaburan hiliran terbesarnya di luar Arab Saudi, untuk membeli 50 % kepentingan di dalam Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS di Johor. 

18. Finisar Corporation, peneraju teknologi global dalam komunikasi optik, akan melabur RM610 juta lagi dalam operasinya di Perak, menjadikan jumlah pelaburannya di Malaysia kepada RM1 bilion.

19. Coca-Cola pada Mac 2017 mengumumkan tambahan pelaburan RM500 juta untuk mengembangkan saiz dan kapasiti pengeluaran kilangnya di Bandar Enstek. Syarikat itu sudah pun melabur RM1 bilion di Malaysia sejak 2010. 

20. Penilaian ekonomi terbaharu OECD menyatakan "Malaysia adalah salah satu ekonomi Asia Tenggara paling berjaya... terima kasih kepada asas makroekonomi kukuh dan kejayaannya mentransformasi ekonomi menjadi amat pelbagai dan terangkum."

21. Malaysia berada di tempat kedua ASEAN dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2017 dan ke-23 keseluruhan dalam kalangan 190 ekonomi seluruh dunia.

22. Malaysia di tempat kedua negara Asia Tenggara di dalam Indeks Modal Insan Forum Ekonomi Dunia 2016, meningkat satu anak tangga daripada tempat ketiga tahun lalu.

23. Malaysia berada di tempat ketiga daripada 190 ekonomi, seluruh dunia, dalam Melindungi Pelabur Minoriti, oleh Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2017.

24. Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2016-2017 meletakkan Malaysia di tempat keempat dalam kalangan 138 ekonomi di atas Kekuatan Perlindungan Pelabur.

25. Malaysia berada di tempat ke-11 dari 125 negara di dalam Indeks Daya Tarikan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta, oleh IESE Business School di Sepanyol.

26. Agensi penarafan Fitch mengukuhkan semula penarafan A- negara Malaysia dengan tinjauan stabil.

27. Kaji selidik BAV Consulting dan Wharton School di University of Pennsylvania mengisytiharkan Malaysia menjadi "Negara Terbaik Untuk Dilabur" dan "Malaysia adalah pemimpin yang jelas dalam ranking ini, mencatatkan skor sekurang-kurangnya 30 mata lebih dari negara lain mengikut skala 100 mata."

28. IMF melaporkan bahawa daya tahan ekonomi Malaysia adalah disebabkan oleh "tindak balas dasar makroekonomi mantap di tengah-tengah risiko serta cabaran besar." Malah, dasar yang kukuh ini adalah sebab mereka mengatakan bahawa: "Malaysia adalah antara ekonomi paling pantas berkembang dalam kalangan rakan segandingan."

29. Laporan Bank Dunia bulan Jun 2017 berkata bahawa "pengurusan makroekonomi kerajaan secara berterusan proaktif dan berkesan mengemudi cabaran jangka terdekat di dalam persekitaran ekonomi" dan "Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh."

30. Negara bekerjasama dengan pemimpin teknologi China, Alibaba untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital, zon perdagangan khas pertama dunia yang akan mempromosikan pertumbuhan e-dagang, dan menyediakan platform canggih kepada perusahaan besar dan PKS. Inisiatif ini untuk menggandakan pertumbuhan e-dagang daripada 10.8 % kepada 20.8 % menjelang 2020.

31. Pendapatan 40 % isi rumah terendah meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 12 % sejak 2009

32. RM5.36 bilion dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada 7.28 juta isi rumah pada 2016.

33. Pembinaan dan memulihkan hampir 95,000 rumah untuk golongan miskin luar bandar tahun 2016. Projek perumahan mampu milik lain termasuk PPA1M, untuk kakitangan awam; PR1MA, untuk golongan berpendapatan sederhana bandar dan Program Perumahan Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah, atau B40, dengan sewa bulanan serendah RM124.

34. Dari 2010 hingga 2016, kerajaan membina 6,042 kilometer jalan luar bandar baharu, menyediakan akses air bersih kepada 350,000 rumah dan menghubungkan 154,000 rumah dengan perkhidmatan elektrik.

35. Pada akhir tahun 2016, fasa pertama projek Mass Rapid Transit (MRT) disiapkan, Fasa kedua Aliran Sungai Buloh-Kajang dilancarkan. Aliran beroperasi 51 kilometer dengan 31 stesen. Ini akan mengurangkan 160,000 kereta dari jalan raya, menjadikan Kuala Lumpur lebih boleh didiami. Ia mewujudkan 130,000 pekerjaan baharu, yang mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Projek siap sebelum jadual dan RM2 bilion di bawah bajet.

36. Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah akan menjadi pencetus perubahan kepada rakyat di sana, menggalakkan mobiliti lebih besar, mengukuhkan industri dan pelancongan serta mewujudkan ribuan pekerjaan baharu.

37. Rel kelajuan tinggi pertama menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura, yang akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit, berbanding lebih empat jam menggunakan kereta.

38. Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan membawa manfaat besar, pekerjaan dan sambungan baharu kepada rakyat Pahang, Terengganu dan Kelantan khususnya.

39. Penubuhan sebuah Unit Tadbir Urus dan Integriti di semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan Entiti Perniagaan milik negeri dan kementerian, di bawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Satu lagi perkara yang penulis ingin highlightkan ialah kenyataan Najib Razak yang berkata kerajaan sedang menghapuskan kroni kapitalis, tiada lagi urus niaga sebelah pihak, tiada lagi binaan negara untuk menjaga ego seseorang dan tiada lagi menjadikan syarikat negara seperti hak peribadi.

Thursday 27 July 2017

Pemuda UMNO Pulau Pinang Minta Semua Persatuan,Persatuan Belia, NGO untuk Mendatangani IBR


Pemuda UMNO Pulau Pinang akan meminta semua Persatuan/ Persatuan Belia/ NGO lain yang 'mesra umno' untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) walaupun tanpa dijemput oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahupun Malaysia Corruption Watch.

Kami tidaklah seperti pemimpin utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memerlukan jemputan rasmi untuk menandatangi IBR tersebut. Sebenarnya alasan tiada jemputan rasmi dan sebagainya merupakan 'helah' Ketua Menteri Pulau Pinang agar beliau tidak perlu menandatangi IBR tersebut. Beliau sedar bahawa beliau telah terpalit dengan skandal banglow yang di beli dibawah harga pasaran dan pelbagai salah laku dalam urusan tender dan penjualan tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sekali lagi rakyat dapat melihat slogan CAT hanya tinggal slogan sahaja apabila beliau tidak berani tampil untuk memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membasmi rasuah dan salah guna kuasa.

Sebaliknya, kami akan hadir tanpa dijemput untuk sama sama menandatangani IBR demi memperlihatkan keikhlasan, komitmen dan keinginan kami untuk berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang dalam suasana yang bebas rasuah.

Sekian Terima Kasih

Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Pulau Pinang

26 Julai 2017

Wednesday 26 July 2017

Anugerah Di Menangi YDP MPPP & MPSP Di Ragui



Kenyataan Media

Datuk Muhammad Farid Bin Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Kawasan Pulau Betong

Rabu, 26 Julai 2017

KERAGUAN TERHADAP ANUGERAH “BEST MUNICIPAL MANAGER” YANG DIMENANGI OLEH YANG DIPERTUA MPPP & MPSP SERTA “BEST MUNICIPALITY AWARD” KEPADA MPPP & MPSP OLEH EUROPE BUSINESS ASSEMBLY (EBA)

Berita yang disiarkan di muka depan akhbar Guang Ming Daily pada hari ini sangat mengejutkan ramai. Anugerah-anugerah oleh Europe Business Assembly dikatakan adalah anugerah-anugerah yang “boleh dibeli dengan wang”.

Setelah dimaklumkan mengenai artikel oleh Guang Ming Daily tersebut semalam, saya membuat carian di Internet dan saya menjumpai banyak artikel yang mendakwa Europe Business Assembly (EBA) adalah satu organisasi yang tidak kredibel dan bermatlamat mencari untung dengan “menjual anugerah-anugerah" kepada sesiapa sahaja termasuk organisasi kerajaan dan perniagaan yang sanggup membayar kepada mereka.

Carian di Internet telah menemukan saya dengan artikel terbaru berhubung Europe Business Assembly bertajuk “Ukrainian businessmen trade on reputation of Oxford University to make millions selling 'fake' honours and awards” (Rujuk : http://www.dailymail.co.uk/news/article-4724826/Ukrainian-businessmen-make-millions-selling-fake-honours.html).

Saya turut menemui artikel ini, “Bought International Awards to Show Off at Home Turf”, (Rujuk: https://www.cin.ba/en/kicenje-placenim-nagradama/) yang mendedahkan Bandaraya Belgrade memenangi anugerah ‘The Best City’ dan Datuk Bandarnya Dragan Đilas memenangi anugerah ‘The Manager of the Year’ pada Julai 2012 dalam majlis yang diadakan di Dublin, Ireland. Setahun sebelum MBPP dan Dato’ Patahiyah Ismail memenangi anugerah-anugerah yang serupa. 

Datuk Bandar Belgrade dilaporkan telah membayar hampir €11,000 wang dari kantung Majlis Bandaraya Belgrade sebagai “yuran penyertaan” dalam majlis anugerah tersebut kepada EBA.

Pada 26 Mac 2013, akhbar the Star melaporkan bahawa Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dato’ Patahiyah Ismail akan menerima anugerah “Best Municipal Manager” manakala MPPP menerima “Best Municipality Award” daripada Europe Business Assembly (EBA) dalam satu majlis yang akan diadakan pada 1 dan 2 Julai 2013 di Montreux, Switzerland. 

Pada 8 Julai 2013 YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kenyataan selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majis MPPP telah dengan bangganya memaklumkan kepada umum dua anugerah daripada EBA yang telah diterima Dato’ Patahiyah dan MPPP tersebut. 

Pada 2 Julai 2014, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Yang DiPertua MPSP pada masa itu, Dato’ Maimunah Mohd Sharif turut memenangi anugerah yang dimenangi oleh MPPP dan Dato’ Patahiyah Ismail pada tahun sebelumnya daripada EBA. Maklumat mengenai penerimaan augerah dan pengiktirafan daripada EBA dipaparkan di laman web Majlis Perbandaran Seberang Perai. (http://www.mpsp.gov.my/index.php/en/program-kualiti-cs/anugerah). Majlis Anugerah EBA bagi tahun 2014 telah diadakan di Stresa, Itali. Malah MPSP turut menerima Sijil pengiktirafan bagi : (1) Best Holiday Destination, (2) Best Cities dan (3) Top Medical / Travel / Hospitality Web-site.

Sehubungan dengan pendedahan yang dibuat oleh Akhbar Guang Ming Daily pada hari ini, saya mendesak dan menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas slogan Cekap, Akauntabel dan Telus untuk memberi penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang samada MPPP dan MPSP turut membuat bayaran wang kepada Europe Business Assembly, sebuah organisasi yang dikatakan tidak kredibel tersebut untuk mendapatkan anugerah-anugerah ? 

Apakah wang milik rakyat Pulau Pinang telah dibelanjakan untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut? Adalah agak menghairankan DUA Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam negeri yang sama di Malaysia boleh memenangi anugerah yang sama daripada sebuah organisasi antarabangsa di Eropah pada dua tahun berturut-turut.

Apakah dalam keghairahan untuk mencari pujian dan pengiktirafan antarabangsa dengan niat untuk menunjuk-nunjuk yang  Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP adalah terbaik, MPPP dan MPSP telah “membayar wang” untuk mendapatkan anugerah-anugerah dan pengiktirafan dari sebuah organisasi yang “bogus”?

Adalah amat mendukacitakan dan memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang sekiranya benar MPPP dan MPSP telah turut membayar wang kepada EBA untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut pada tahun 2013 dan 2014 lalu. Perbuatan sebegitu tidak ada bezanya dengan mereka yang "membeli ijazah yang dijual oleh universiti-universiti atas talian.

Terima kasih.

Tuduh Parlimen Mahu Sembunyi Isu 1MDB : Dap Patut Cermin Sidang DUN Sendiri


PULAU PINANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Sr. Muhamad Farid Saad berkata, sebelum pembangkang menuduh Parlimen sengaja menyembunyikan keterangan mengenai isu 1MDB, adalah lebih baik mereka cermin dulu Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Jelas beliau, pembangkang mungkin lupa bagaimana Sidang DUN negeri itu menolak usul yang pernah di bawa oleh wakil Barisan Nasional (BN) yang meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng bercuti berikutan kes rasuah yang dihadapinya.

“Jadi, sebelum pembangkang mahu mempolitikkan sidang Parlimen maka adalah lebih baik mereka ingat dan cermin dulu bagaimana mereka jalankan sidang DUN.

“Slogan Cekap , Akauntibiliti dan Telus (CAT) yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai asas kepada dasar pentadbiran sebenarnya sudah dianggap mati. Mereka sibuk tuding jari kepada pihak lain tetapi mereka tidak nampak  betapa mereka sebenarnya berat sebelah,” 

Tambah Farid, kerajaan negeri Pulau Pinang juga sebelum terus mempertikaikan isu 1MDB, mereka perlu menjawab persoalan berkaitan status 51 buah projek yang pernah dibangkitkan dahulu.

“Dulu saya pernah tanya status 51 buah projek yang dicadangkan kerajaan Dap Pulau Pinang di beberapa kawasan ne­geri ini untuk manfaat rakyat tetapi gagal dilaksanakan sejak 2008 sehingga tahun lalu.

“Sehingga kini masih tidak berjawab dan kerajaan ne­geri perlu menjelaskan pengurusan perbelanjaan yang dikatakan melibatkan kos berbilion ringgit.

“Rakyat mahu tahu apa cerita projek Aerobus yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Prai pada 2008 melibatkan pemaju dari Amerika Syarikat (AS) yang didakwa dimasukkan dalam rancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), projek kereta api bawah tanah, sistem monorel merentasi pulau dan tanah besar dan pembinaan tasik buaya,” katanya lagi.

Selain itu tambah Farid, kerajaan negeri juga perlu menjelaskan status projek membanteras tempat letak kereta haram, mengekalkan surcaj air serta mewartakan kawasan perlindungan hutan Pulau Jerejak tetapi ketiga-tiga projek ini masih gagal dilaksanakan.

“Jika saya mahu jelaskan di sini, terlalu panjang tetapi kesimpulannya Dap tidak perlu sibuk terus kitar semula isu 1MDB kerana negeri jajahan mereka sendiri tunggang-langgang dan soalan demi soalan yang dilemparkan masih tidak mampu dijawab,” bidasnya.

Semalam, sesi soal jawab pada hari pertama sidang Dewan Rakyat  kecoh selepas beberapa anggota Parlimen pembangkang mempertikaikan keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak pertanyaan mereka berkenaan isu 1MDB.

Menurut Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat  Datuk Seri Ismail Mohamed Said, penolakan pertanyaan soal jawab lisan itu pada sesi Dewan Rakyat kali ini, antara lain adalah disebabkan faktor subjudis.

Ismail berkata keputusan penolakan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan ia adalah muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat 99.

Macam Budak-budak… Tawar Diri Bertanding Di Pekan Tapi Cabar Orang Lain Lawan Di Langkawi


KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak berminat untuk bertanding di kawasan Parlimen Langkawi, Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang susulan beliau dicabar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata beliau masih lagi mahu mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor.

“Itu saya lihat seperti ‘budak-budak’ mencabar saya bertanding di Parlimen Langkawi, maka saya hendak memperingatkan kepada Dr Mahathir bahawa beliau yang menawarkan dirinya sendiri untuk bertanding di Pekan, Pahang.

“Saya tidak pernah menawarkan diri saya untuk bertanding di Langkawi dan saya cukup selesa di Sembrong, jadi tidak perlu saya jawab lebih daripada itu,” katanya ketika diminta mengulas isu beliau dicabar untuk bertanding pada PRU akan datang di kawasan Parlimen Langkawi.

Hishammuddin berkata beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi.

“Apa yang saya nyatakan hari itu  dia yang hendak bertanding di Pekan, bertandinglah…tapi itu hasrat dia (Dr Mahathir), saya tidak pernah menyatakan hasrat saya untuk bertanding di Langkawi.

“Oleh itu, saya rasa amat kecewa pada seorang ahli politik yang sudah veteran dan saya tidak mahu melayan lagi benda-benda sebegini,” katanya.

Pada Ahad lepas, Hishammuddin menyifatkan kenyataan Mahathir untuk bertanding di Pekan pada PRU akan datang sekadar kenyataan bersifat populis.

Hishammuddin juga melihat kenyataan itu bertujuan mengganggu tumpuan anggota UMNO kerana dibuat ketika UMNO bahagian sedang sibuk mengadakan persidangan perwakilan.

Tuesday 25 July 2017

Pemuda UMNO Desak Penjelasan Tun Mahathir – Sahfri


KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab, segala kepincangan yang telah berlaku sewaktu pentadbiran beliau dahulu dan dalam usaha terkini untuk merampas kuasa politik bagi menggapai cita-cita untuk melihat anaknya menjadi Perdana Menteri.

Penolong Setiausahanya, Datuk Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, Pemuda UMNO mendesak Tun Mahathir menghentikan usaha memecah belahkan kesatuan dan kuasa politik Melayu yang dengan jelas dan terang hanya akan membawa keuntungan kepada Dap.

“Kita mendesak Tun Mahathir mengaku dan berterus terang bahawa ‘corporate bailout’ ke atas syarikat-syarikat tertentu bagi menyelamatkan kroni-kroni beliau dan termasuk yang berkaitan dengan syarikat anak-anaknya yang memakan berbillion ringgit sewaktu tempoh pentadbiran beliau.

“Tun Mahathir perlu tampil beri kerjasama kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang sedang menyiasat kehilangan puluhan billion ringgit dalam skandal urusniaga matawang asing oleh Bank Negara sewaktu pemerintahan beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

PPUM turut mendesak Tun Mahathir yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan untuk tidak bersifat hipokrit dan munafik dalam menghentam kerajaan namun pada masa yang sama senyap dan sunyi akan kepincangan dalam Dap yang menidakkan demokrasi dan menindas hak hak ahli mereka bagi mengekalkan kuasa rejim Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

“PPUM mendesak Tun Mahathir mengakui bahawa Parti Pribumi yang hanya mempunyai satu kerusi Parlimen tidak menguasai Pakatan Harapan dari segi dasar dan hala tuju.

“Selaku gerakan yang kecil, terpencil dan lemah, Pribumi bergantung nasib kepada Dap seterusnya matlamat dan tindakan sebenarnya ditentukan oleh Dap selaku parti terkuat dalam Pakatan Harapan,” ujarnya lagi.


Tilam, Katil Pun Di Cukai, Ada Hati Nak Hapuskan GST


PULAU PINANG – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin menyifatkan kenyataan pemimpin pembangkang yang mahu menghapuskan GST dalam tempoh seratus hari berkuasa hanyalah satu kenyataan yang dilihat cuba untuk memperbodoh-bodohkan dan menghina intelektual rakyat di negara ini.

Menurut beliau, kenyataan seperti itu memperlihatkan seolah-olah rakyat di negara ini dungu dan bodoh serta tidak peka dengan perkembangan semasa dalam negara dan dunia.

“Saya tak pastilah kalau ada orang yang boleh percaya dengan kenyataan pembangkang itu. Tetapi kalau kita lihat di negeri-negeri pembangkang seperti di Pulau Pinang contohnya, katil dan tilam pun mereka kenakan cukai. Dan yang terbaru, kerajaan Pulau Pinang menaikkan pula bayaran parkir kenderaan di Pulau Pinang.

“Kalau perkara sekecil katil dan tilam pun mereka cukaikan, apakah logik jika berkuasa mereka akan menghapuskan GST yang memberikan lebih 40 bilion pendapatan kepada negara? Apakah mereka sanggup kehilangan berpuluh bilion pendapatan negara dengan menghapuskan GST semata-mata untuk memenangi hati rakyat dan menang pilihanraya?”

Selain itu, beliau turut mempersoalkan apakah pembangkang mempunyai sebarang pelan yang lebih baik untuk menggantikan pendapatan sebanyak RM40 bilion yang dikutip melalui GST sekiranya mereka mahu menghapuskan sistem percukaian tersebut.

“ Jika pembangkang mahu menghapuskan GST, maka apa pula pelan dan strategi mereka untuk menggantikan RM40 bilion apabila GST dihapuskan? Setakat ini kita tidak nampak apa-apa pelan ekonomi mereka yang boleh menggantikan cukai GST untuk menambah atau sekurang-kurangnya menyamai hasil pendapat melalui sistem percukaian tersebut.

“Di kala lebih 160 buah negara di dunia telah melaksanakan GST, tiba-tiba pembangkang yang kita lihat langsung tidak ada pelan ekonomi yang meyakinkan, dan hanya tahu menjual tanah dan aset-aset negeri untuk mendapatkan hasil, mahu menghapuskan 40 bilion pendapatan negara?

“Janganlah menganggap rakyat di negara ini bodoh dan senang diumpan dengan kenyataan yang tidak masuk akal seperti itu. Kalau mereka mengatakan mahu menstruktur semula GST, mungkin masuk akal tetapi bila mereka kata mahu hapuskan GST, itu nampak sangat satu kenyataan yang menghina pemikiran dan intelektual rakyat di negara ini,”katanya lagi.

Justeru itu, beliau meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangkang yang tidak masuk akal yang hanya dijadikan umpan untuk melunakkan hati rakyat untuk memberikan undi kepada mereka.

“Pembangkang memang suka menjanjikan bulan dan bintang, tetapi apabila diberikan kuasa mereka gagal untuk menunaikan janji-janji mereka itu. Kita boleh lihat bagaimana di Pulau Pinang, kerajaan Dap lebih bernafsu untuk membina rumah-rumah mewah untuk dijual kepada warga asing daripada membantu membina rumah untuk rakyat berpendapatan sederhana di negeri tersebut.

“Mereka berkata bahawa perjuangan pembangkang adalah untuk rakyat namun apabila diberikan kuasa, ia berlaku sebaliknya.Mereka tidak mampu untuk berkhidmat dengan lebih baik sebaliknya asyik menyalahkan kerajaan BN di atas sebarang permasalahan yang berlaku,” ujarnya.

Monday 24 July 2017

Layakkah Tun Mahathir Sentuh Tentang Sistem Kehakiman Negara ?


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin dalam ulasannya di Twitter menyebut "With all due respect, Tun Mahathir has no credibility to speak about the judiciary. An institution emaciated during his primiership" (Dengan segala hormat, Tun Mahathir tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai badan kehakiman. Sebuah institusi yang menjadi lemah semasa pentadbiran beliau).

Khairy dalam ulasannya menyentuh tentang sikap Tun Mahathir yang pada hari ini dilihat semakin hilang arah khususnya dalam berpolitik apabila semakin banyak kenyataan daripada Pengerusi PPBM itu bersifat stereotaip dan dangkal.

Tun Mahathir ternyata terlalu mengikut hati dan perasaannya sehingga terlupa bahawa kehadirannya dalam Pakatan Harapan sudah pun menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang bekas pemimpin.Penguasaan parti DAP dalam Pakatan Harapan itu sendiri sebenarnya telah menyebabkan tindak-tanduk dan suara Tun Mahathir sekadar kuda tunggangan pembangkang yang akhirnya bakal melenyapkan integritinya selaku seorang pemimpin.

Sikap terdesak Tun Mahathir yang beria-ia mahu melihat kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di tumbangkan pada PRU14 nanti sudah pun memakan dirinya sendiri apabila sanggup untuk bersekongkol dengan bekas timbalannya Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Dalam pada beliau menyatakan sokongan kepada Anwar untuk diangkat menjadi perdana menteri, Dr Mahathir mendakwa bekas timbalannya itu tidak dilayan dengan adil serta keputusan mahkamah dalam kes Anwar jelas dipengaruhi kerajaan.

Apakah Tun Mahathir sedang berbicara soal demokrasi dan mempertikaikan sistem kehakiman di era pentadbirannya sendiri ?

Tun Mahathir perlu ingat hubungan yang dicipta atas kepentingan politik dengan parti DAP juga telah mencalarkan reputasi pemimpin ini memandangkan Tun Mahathir sejak dulunya sudah pun mengangap parti itu sebagai musuh utama kepada orang Melayu.

Malahan DAP bukanlah parti yang mengamalkan demokrasi dan ianya diperakui oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam kenyataannya sebelum ini.

Beliau berkata kepemimpinan parti DAP ditentukan sendiri oleh dua pemimpin diktatornya iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng demi memastikan legasi kepemimpinan nepotisme mereka berterusan.

Buktinya kata beliau, jawatan Naib Pengerusi yang pernah dipegangnya merupakan satu lantikan tanpa melalui sebarang pemilihan oleh perwakilan mahu pun dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Contohnya, hanya dua hari saya masuk DAP, saya sudah dilantik sebagai Naib Pengerusi tanpa ada apa-apa pemilihan parti. Jadi di mana demokrasinya?

“Kalau nak kata DAP ini parti demokratik, adalah salah sama sekali. Walaupun ada pemilihan parti sekali pun, pe­mimpin mereka sendiri yang tentukan. Pemilihan parti hanya wayang kulit semata-mata,” katanya. 

Jika isu sedemikian yang merujuk kepada soal prinsip pun tidak mampu dibezakan oleh Tun Mahathir mana mungkin tindakannya yang cuba menyentuh isu kehakiman itu boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

Khairy dalam pada itu berkata Dr Mahathir perlu sedar bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan di negara ini pada tahun 1988.

"Krisis Perlembagaan pada tahun 1988 berlaku apabila beliau memecat Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan dan (krisis) itulah yang hendak kita pulihkan sampai hari ini"

Merujuk kepada Krisis Kehakiman dan Krisis Perlembagaan 1988 berikut adalah fakta dan kronologi insiden terbabit ;

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 merupakan satu siri peristiwa yang dicetuskan bermula dari pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia.

Pemecatan oleh Tun Dr. Mahathir atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia telah dilihat sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Pada bulan June 2008, bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan kerana mahukan bidang kehakiman diletakkan di bawah kawalannya. “Saya percaya Perdana Menteri pada masa itu mahu menjadi diktator,”

Perkara 121 di dalam Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan pengasingan kuasa. Tun Mahathir sudah pun mengetuai Perundangan dan Eksekutif. Kini beliau telah meletakkan peruntukan kuasa kehakiman di bawah kekuasaan Perdana Menteri pula.

Dengan kehakiman di bawah kuasa Perdana Menteri, Tun Mahathir boleh meminta hakim melakukan apa yang beliau kehendaki. Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 1988, mengakibatkan bidang kuasa HAKIM NEGARA ditentukan oleh Parlimen.

Rentetan daripada beberapa keputusan-keputusan mahkamah tinggi yang tidak memihak kepada Tun Mahathir, beliau mula memberi tekanan kepada Hakim-Hakim Negara.

Tun Salleh Abas yang mewakili hakim-hakim menulis sepucuk surat sulit kepada YDPA dan Raja-Raja Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka.

Akibat dari tindakan Tun Salleh Abas menulis surat kepada YDPA, pada tahun 1988 beliau telah dihadapkan ke Mahkamah timbang tara yang diadakan oleh Tun Dr. Mahathir yang mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar.

5 orang hakim Mahkamah Agung bersidang dan memberikan Tun Salleh Abas perintah interlokutori terhadap timbang tara. Mereka adalah;
1. TS Azmi Kamaruddin,
2. TS Eusoffe Abdoolcader,
3. TS Wan Hamzah Mohamed Salleh,
4. Wan Suleiman Pawan Teh
5. Datuk George Seah

Malangnya kelima-lima hakim Mahkamah Agung tersebut digantung jawatan mereka. Sementara itu pada Oktober 1988, Wan Sulaiman Pawan Teh dan Datuk George Seah telah dipecat.

Pemecatan tersebut menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung, tuntutan pengesahan timbang-tara tidak dapat dibicarakan. Ogos 1988, Tun Salleh telah dipecat secara rasmi sebagai Ketua Hakim Negara.

Di antara peristiwa-peristiwa yang menyebabkan Tun Mahathir pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia bertindak meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan ialah;

1. Di dalam krisis pemilihan Presiden UMNO antara team Tengku Razaleigh Hamzah dan team Tun Mahathir berlarutan sehingga krisis ini terpaksa diselesaikan di Mahkamah Tinggi.

Di Mahkamah Tinggi, UMNO 11 mendakwa sekurang-kurangnya terdapat 30 cawangan tak berdaftar yang menghantar wakil-wakil mereka ke pemilihan UMNO itu harus mencukupi untuk membatalkan keputusan-keputusan pemilihan yang telah dilakukan oleh PAU yang lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Harun Hashim pada ketika itu membuat keputusan untuk membuang kes tersebut, dan menyebut Perkara 41 dalam Akta Pertubuhan 1966 yang mengatakan bahawa mana-mana satu pertubuhan akan menjadi “tidadenial secara automatik jika terdapat satu cawangannya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Oleh itu, Hakim Harun Hashim mengisytiharkan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk mengisytiharkan bahawa UMNO adalah sebuah “pertubuhan yang tidak sah” dan dengan itu, “apa yang terjadi pada tahun 1987” tidak sah di sisi undang-undang.

2. Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah membatalkan permit-permit kerja Berthelsen dan Raphael Pura. Ini kerana wartawan tersebut telah menulis sebuah siri majalah terhadap urusniaga-urusniaga kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diragui tidak etika dan sah. Asian WSJ menerbitkan majalah-majalah itu turut diharamkan.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung mengubah pembatalan permit kerja Berthelsen disebabkan dia tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan kerajaan. Oleh itu. mahkamah telah menarik balik pengharaman Asian WSJ.

2. Selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa perbicaraan di bawah ISA.

Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan mendiang Karpal Singh untuk bebaskan tahanan atas alasan masalah teknik terhadap cara beliau ditahan.

Mahkamah Agung menggunakan kuasa kajian semula kehakiman, dan membatalkan pindaan-pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa melalui Mahkamah Majistret.

20 tahun kemudian iaitu pada 20 Jun 2008, Tun Salleh Abas yang dipecat daripada badan kehakiman pada 1988 berkata: “Kalau anda musnahkan badan kehakiman, anda memusnahkan demokrasi dan kalau anda memusnahkan demokrasi, anda terjamin dalam pemerintahan diktator.”

Mendiang Karpal Singh berpendapat bukan Kerajaan Malaysia yang harus memohon maaf kepada Tun Salleh Abbas tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang patut berbuat demikian, itu pun jika Dr Mahathir tidak lupa. Kerajaan pula wajib membayar segala kos dan manfaat yang harus mereka dapat. Karpal Singh juga menyeru agar diadakan satu inkuiri tentang krisis kehakiman.

Selayaknya sementara masa masih berbaki Tun Mahathir perlu memperbetulkan kiblat politiknya terlebih dahulu sebelum bermain dengan perkara-perkata yang hanya akan menelanjangkan niat dan hasrat hitamnya.

Friday 21 July 2017

Kerajaan Persekutuan Tidak Pernah Pinggirkan Pulau Pinang


Merujuk kepada tindakan seorang YB daripada Pakatan Harapan di Pulau Pinang yang dilihat dengan sengaja memuat naik gambar lawatan beliau ke tapak projek Lebuhraya Bayan Lepas ke Teluk Kumbar di akaun facebook miliknya sehingga mendapat kecaman daripada netizen sebenarnya telah mendedahkan sikap wakil-wakil kerajaan negeri Pulau Pinang itu sendiri.

Tindakan yang dilihat sebagai sekadar mencari populariti tanpa menyatakan projek tersebut dibawah Kerajaan Persekutuan dilihat banyak pihak sebagai cubaan untuk mempolitikkan isu kononnya semua usaha tersebut adalah hasil daripada kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan sedangkan usaha daripada kerajaan persekutuan itu dibuat untuk keselesaan rakyat khususnya di Pulau Pinang.

Jika lawatan sekalipun , pihak terlibat perlulah bersikap adil dan perlulah memberikan penjelasan yang benar dan tepat.

Akibat daripada kecaman netizen yang melahirkan rasa kurang senang mereka dengan tindakan YB Pakatan tersebut akhirnya posting tersebut telah dipadamkan awal pagi tadi.

Ianya jelas sama sekali berbeza dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentulah banyak perkara yang perlu diberikan perhatian secara khusus agar untung nasib negara dan rakyatnya dapat dibela.Malah dalam keadaan tertentu keputusan-keputusan yang dilihat beberapa pihak sebagai tidak mesra rakyat terpaksa dilakukan demi untuk memastikan keutuhan kedudukan ekonomi , politik dan sosial negara berada dalam keadaan yang mampu bertahan apatah lagi dalam keadaan cabaran global yang sentiasa berubah-ubah.

Walaupun begitu Malaysia terus berjaya mendepani cabaran-cabaran ini apabila kerajaan pimpinan Barisan Nasional tampil dengan perubahan yang dilihat sejajar dengan perubahan di peringkat global.

Keupayaan Kerajaan Persekutuan tidak hadir dalam keadaan bercakap kosong dan janji-janji bulan bintang tetapi ianya dizahirkan melalui kerjasama berpasukan seluruh pimpinan dan parti-parti yang membentuk kerajaan melalui Barisan Nasional yang diterajui oleh parti UMNO.

Barisan pentadbiran yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri bukanlah barisan pentadbir caca marba kerana mereka tahu untuk melihat Malaysia terus berjaya maka seluruh rakyat tanpa mengira Bangsa dan Agama wajib diuruskan dengan sebaik mungkin dengan berpaksikan kepada keupayaan dan kemampuan yang dimiliki negara.

Oleh kerana itulah walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang ditadbir oleh pakatan pembangkang , usaha dan dasar Kerajaan Persekutuan adalah menyeluruh dan tidak terhad kepada negeri-negeri tertentu sahaja.

Sebagai contoh di Pulau Pinang , projek menaik taraf jalan Persekutuan FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas yang bernilai RM390 juta itu adalah di antara 7 projek di bawah Kementerian Kerja Raya.

Selain daripada itu, terdapat 6 lagi projek di bawah perancangan Kerajaan Persekutuan untuk rakyat di negeri Pulau Pinang.

1. Membina jalan dari 2 lorong ke 4 lorong dari Jambatan Tuanku Abdul Rahman (Sek.757) hingga Jambatan Merdeka (Sek.782) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kos Projek RM340.4 juta;

2. Naik Taraf Bayan Lepas Expressway daripada Batu Maung ke Jambatan Pulau Pinang. Kos Projek RM373.2 juta;

3. Menaik taraf laluan persekutuan FT001 dari persimpangan Permatang Keling (Sek.720) ke jambatan di atas Sungai Junjung, Simpang Ampat (Sek.740), Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kos Projek: RM344 juta;

4. Membina jejambat menghubung Jalan Nangka – Jalan Perda Timur merentasi Jalan Padang Lalang/ Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam. Kos Projek RM184.8 juta;

5. Membina ‘Flyover’ merentasi Persimpangan Bulatan Batu Maung dan Persimpangan P222/P10. Kos Projek RM165.944 juta;

6. Menaik taraf Jalan Negeri (P10) daripada Batu Maung ke Persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang. Kos projek RM160 juta.

Dan kos keseluruhan 7 projek rakyat itu bernilai hampir RM1.96 bilion telah diluluskan dalam Rolling Plan Pertama (2016-2017), RMKe-11 di bawah Kerajaan BN Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak.

Berdasarkan kepada semua perancangan tersebut maka tidak wujud sama sekali istilah meminggirkan mana-mana negeri walaupun ianya berada di bawah pembangkang.

Adalah lebih baik pembangkang khususnya di Pulau Pinang menyelesaikan masalah berbangkit yang kini sudah sampai ke tahap meresahkan warga Pulau Mutiara.

Malaysia Mahu Bebas Asap Rokok Pada 2045 - Dr Hilmi


GEORGE TOWN - Malaysia dijangka dapat mencapai sasaran “Negara Bebas Asap Rokok” menjelang 2045 berikutan kerjasama dan strategi pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok yang diperkukuhkan bersama negara Asean.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata antara kerjasama dan strategi itu adalah menggiatkan usaha memperkasa dan promosi kesihatan secara menyeluruh bagi membantu perokok menghentikan tabiat tidak sihat itu.

“Rokok atau tembakau adalah ancaman terbesar dan faktor risiko utama penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menyumbang lebih setengah juta kematian di rantau ASEAN setiap tahun.

“Sebab itu, Malaysia dan negara ASEAN lain bekerjasama dan berkongsi pendapat memastikan negara masing-masing bebas asap rokok. Saya juga percaya Malaysia mampu capai sasaran itu pada 2045,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Serantau Bandar Raya Bebas Asap Rokok Ke-5 dan Sidang Kemuncak Pemimpin Bebas Asap Rokok hari ini.

Lebih 100 peserta dari negara ASEAN, China, Pakistan dan Mongolia menyertai bengkel 3 hari bermula semalam.

Turut hadir Pengerusi South East Tobacco Alliance (SEATCA) Dr Siriwat Tiptaradol dan Pengerusi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf.

Sementara itu, Dr Hilmi berkata Kementerian Kesihatan juga menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok 15% menjelang 2025 dan 5% pada 2045 sejajar dengan sasaran menjadikan negara bebas asap rokok.

Beliau berkata kerajaan melakukan pelbagai inisiatif seperti menaikkan cukai eksais rokok, meletakkan amaran kesihatan bergambar pada kotak rokok dan larangan merokok di hampir semua tempat awam untuk memerangi tabiat buruk itu.

“Selain itu, kami turut memberikan perkhidmatan percuma kepada orang ramai yang ingin berhenti merokok. Sehingga kini, terdapat 944 klinik berhenti merokok yang mengambil bahagian iaitu terdiri daripada klinik kesihatan (731), farmasi dan komuniti (146), hospital (33) dan lain-lain (14) lagi.

“Seramai 2,973 orang atau 27.6% daripada 10,791 perokok yang datang mendapatkan bimbingan dan khidmat nasihat berjaya berhenti merokok,” katanya.

Beliau berkata Melaka, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang juga mengambil bahagian dan komited dalam melaksanakan inisiatif bebas asap rokok serta beberapa negara lain akan mengambil inisiatif sama.

Menurutnya dianggarkan 7 dari 10 orang dewasa atau 8.6 juta orang terdedah kepada asap rokok di tempat awam manakala 4 dari 10 orang dewasa iaitu 7.6 juta orang terdedah kepada asap rokok di rumah di negara ini. - Bernama 

Thursday 20 July 2017

DAP Tolak Pemilihan CEC , Satu Kecelaruan Terancang Ketepikan Peraturan Akta Pertubuhan


Sejak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti DAP supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu menerusi pemilihan semula pada 29 September 2013 tidak sah banyak pihak ternanti-nanti apakah tindakan yang bakal diambil oleh parti tersebut.

Banyak pihak telah tampil dengan pandangan masing-masing termasuklah dari kalangan ahli DAP sendiri yang bersetuju dengan keputusan pihak ROS supaya pemilihan diadakan semula memandangkan pemilihan sebelumnya tidak sah kerana gagal mengikut perlembagaan parti dan peraturan Akta Pertubuhan.

Walau bagaimanapun terdapat kecelaruan pandangan daripada kalangan pemimpin DAP sendiri sehingga menimbulkan kekeliruan dan keresahan ahli DAP di peringkat akar umbi.

Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh MalaysiaKini , Teresa Kok misalnya dalam kenyataannya sebelum ini berkata “Kami tidak mengatakan bahawa kami tidak akan mengadakan pemilihan semula.

“Adakah kita mempunyai pilihan untuk tidak mengadakan satu pemilihan?

“Jika mereka (RoS) membatalkan pendaftaran kita, bukankah itu lebih buruk?”

Teresa menegaskan bahawa DAP, bagaimanapun, perlu menerima surat rasmi daripada ROS sebelum memutuskan langkah seterusnya.

“Sekiranya anda mahu wujud, anda mesti mengikut aturan dan peraturan, kami (DAP) tidak takut dikritik oleh orang lain,” kata Teresa yang juga MP Seputeh, sambil menambah, sekiranya DAP runtuh, ia tidak akan memanfaatkan sesiapa pun.

Turut membayangkan perkara yang sama adalah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang turut menyuarakan kemungkinan pemilihan semula diadakan. 

Lebih memeranjatkan adalah kenyataan daripada Timbalan Setiausaha DAP Ca­wangan Pantai Sepang Putra, R. Thaneswaran yang mendakwa pemilihan CEC lalu dimanipulasi oleh segelintir pihak tertentu untuk menyingkirkan pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka.

“Hal ini kerana Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menjadikan parti ini seolah-olah milik keluarga mereka.

“Kami menggesa DAP mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan dengan menggunapakai senarai perwa­kilan pada 2012,” katanya dalam sidang akhbar di Sepang hari ini.

Menurut Thaneswaran, pihaknya sudah tiga kali menghantar surat kepada kepemimpinan DAP agar pemilihan CEC diadakan semula bagi memboleh­kan para perwakilan memilih 20 ahli jawatankuasa secara telus dan sah.

Namun katanya, sehingga kini tiada maklum balas me­ngenai perkara itu diterima sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan akar umbi.

“Jika Kit Siang dan Guan Eng telus, adakan semula pemilihan. Jangan takut melainkan anda bimbang akan kalah,” katanya.

Sementara itu, Thaneswaran mendakwa ahli-ahli DAP sudah tidak menyokong kepemimpinan Kit Siang dan Guan Eng ke­rana bersikap diktator.

“DAP sudah jadi parti anak-beranak. Misalnya kes mahkamah dihadapi Guan Eng, sehingga kini mana ada tindakan oleh parti terhadapnya. Hal ini disebabkan beliau adalah anak Kit Siang.

“Kedua-dua individu ini perlu meletak jawatan kerana mereka tidak layak untuk memimpin dan berada dalam DAP,” ujarnya.

Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas sudah tentulah keputusan ROS adalah tepat khususnya dalam memastikan isu membabitkan pemilihan sebegini mengikut peraturan yang ditetapkan oleh perlembagaan parti dan peraturan Akta Pertubuhan.

Malangnya DAP masih lagi berkeras untuk tidak mengadakan pemilihan semula CEC parti itu dengan alasan arahan yang dikeluarkan oleh ROS adalah berdasarkan berita palsu.

Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng berkata, arahan ROS juga mengarut untuk dipatuhi oleh parti itu memandangkan tempoh jawatan untuk anggota CEC 2013 akan tamat.

“DAP kini sedang di dalam proses mengatur persiapan untuk mengadakan Kongres DAP bagi mengadakan pemilihan CEC untuk tempoh yang baharu.

“Jadi adalah mengarut jika ROS mahu DAP mengadakan pemilihan berdasarkan senarai perwakilan pada tahun 2012 berbanding 2017,” katanya ketika sidang akhbar hari ini.

Dalam keadaan wujud dakwaan isu manipulasi oleh pihak tertentu dalam pemilihan sebelumnya dan keputusan hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh ahli DAP sendiri terhadap pihak ROS dengan mengambil kira peraturan di bawah Akta Pertubuhan , apakah pendirian dan keputusan DAP untuk tidak mengadakan semula pemilihan itu wajar diterima oleh ROS ?

Sekiranya diterima ianya akan turut berkait dengan status laporan yang dibuat oleh ahli DAP terhadap ROS berkenaan isu berbangkit , apakah status laporan tersebut sekiranya keputusan ROS supaya pemilihan semula CEC itu tidak perlu diadakan semula dan diteruskan dengan pemilihan untuk tempoh yang baru ?

Mengambil kira perkembangan terkini sekiranya pihak ROS sekali lagi mengambil sikap berdiam diri tanpa melakukan apa-apa tindakan terhadap parti DAP , kecelaruan ini pasti akan terus berlaku. 

Satu kecelaruan terancang yang bakal mengenepikan peraturan di bawah Akta Pertubuhan.