This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday 31 January 2018

Lipatgandakan Usaha Jejaki Pengundi – Khairy


REMBAU, 31 Jan — Semua jentera UMNO diminta melipatgandakan usaha untuk mengesan pengundi-pengundi yang belum dapat dijejaki, sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU), kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata keutamaan harus diberikan kepada pengundi putih, iaitu pengundi yang menyokong parti UMNO dan Barisan Nasional, dan memastikan mereka keluar mengundi.

“Masih ada pengundi yang belum dapat dijejaki dan keutamaan kita adalah untuk memastikan bahawa kita dapat berjumpa dan untuk mendekati mereka sebelum PRU.

“Pengundi-pengundi yang sudah dikesan, kita nak pastikan mereka terus kekal dengan kita bagi memastikan kemenangan kita dalam PRU,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra Wanita Bersama Pemimpin di sini hari ini.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri Kota Datuk Seri Awaluddin Said.

Terdahulu dalam ucapannya, Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau merangkap Menteri Belia dan Sukan berkata sayap Wanita dalam UMNO memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menjejaki pengundi.

“Tanpa Wanita, UMNO tidak akan menjadi kuat kerana Wanita lah yang akan membantu untuk mengumpulkan orang melalui program yang dianjurkan dan menyampaikan mesej penting untuk rakyat,” katanya.

Sokongan Komuniti India Pastikan BN Menang PRU14


Sokongan masyarakat India penting bagi bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Menegaskan perkara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga membolehkan kerajaan hari ini dapat menyalurkan peruntukan dan bantuan secara terus kepada komuniti tersebut.

“Kita tutup cerita lama, tutup buku lama bagi mana-mana yang tidak bersetuju. Dalam hari besar kita nanti, kena sokong BN kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah banyak melakukan perubahan lebih baik kepada rakyat.

“Untuk mendapatkan sokongan yang besar maka kena dapat dokongan lebih besar.Kalau ini dapat dilakukan, saya akan bisik kepada Najib untuk salur bantuan lagi kepada masyarakat India dengan jumlahnya lebih besar lagi,” katanya ketika berucap semasa membuat kunjungan ke Batu Caves bersempena sambutan Thaipusam, Rabu.

Zahid dalam masa yang sama turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi membangunkan semula dan menaiktaraf Pusat Kebudayaan India di Batu Caves, yang akan disalurkan dalam tempoh seminggu ini.

Peruntukan khas kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan turut juga akan disalurkan bagi meningkatkan usaha promosi Batu Caves sebagai destinasi yang mesti dilawati pelancong.

“Saya akan menyalurkan sedikit lagi kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi lakukan promosi kepada Batu Caves untuk menjadi tapak pelancongan dunia. Lokasi ini sudah terbukti menjadi tapak ikonik pelancong,” katanya.

“Kita harap pada 3 Jun akan datang ini lebih ramai akan hadir ke Batu Caves, saya minta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan lipatkan usaha untuk bawa lebih ramai pelancong ke sini,” katanya.

Turut hadir, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Tun S Samy Vellu, Timbalan Presiden MIC, Datuk SK Devamany serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan.


Tuesday 30 January 2018

Takut Bantuan Khidmat Masyarakat BN, Pembangkang Terpaksa Tabur Fitnah BN Beli Undi


KUALA LUMPUR, 30 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menyifatkan pembangkang kini semakin takut dan gentar apabila melihat khidmat masyarakat yang dijalankan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjadi tumpuan rakyat yang memerlukan.

Jelas beliau, kerana perasaan tergugat itulah mereka semakin terdesak sehingga sanggup menyebarkan fitnah kononnya BN beli undi dengan memberi wang dan barangan keperluan.

“Bila tular di media sosial kononnya BN beli undi saya berasa sangat kecewa. Ini satu fitnah jahat yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mereka sengaja sebarkan gambar sampul dengan logo BN, barangan keperluan dengan logo BN dan sebagainya.

“Kita BN sentiasa berkhidmat tidak kira waktu. Sudah berpuluh tahun, memang sumbangan ini diberi berterusan. Ada dalam bentuk kerajaan dan dalam bentuk parti.

“Siapa yang terima sampul ini? Mereka yang uzur, sakit kronik, yang datang ke pusat khidmat, golongan asnaf, anak masuk asrama, kenduri kahwin, kematian dan sebagainya. Ini berterusan setiap minggu, bulan.. sejak dulu,” ujarnya.

Justeru, beliau sangat kecewa dengan individu yang menyebarkan gambar kononnya BN mahu membeli undi.

“Pemimpin kita termasuk parti komponen apabila turun ke akar umbi sudah pasti akan menghulurkan sampul ataupun barangan keperluan.

“Tanyalah mereka di bawah, ramai yang terima termasuklah mereka di kawasan pembangkang. Kawasan yang mustahil BN menang pun kita beri. Kalau orang tengok orang cakap kita bodoh lah tapi kita tidak buat atas perkiraan menang atau kalah. Kita bagi pada mereka yang memerlukan,” tegas Zainal.

Oleh itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar berfikir secara matang dengan taktik politik murahan ini.

“Apa yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini adalah semata-mata mahu mengaburi mata rakyat kononnya mereka yang tidak menerima bantuan ini disisihkan.

“Inilah fitnah jahat yang cukup bahaya. Jadi nasihat saya kepada orang ramai, berfikirlah secara matang dan jangan mudah terpengaruh dengan fitnah ini,” ujarnya lagi.

Pemberian Bantuan Berterusan Buktikan Kerajaan Komited Bela Nasib Rakyat


KEPALA BATAS - Pemberian pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif kepada rakyat terutama golongan B40 ke bawah membuktikan kerajaan terus komited untuk membela nasib rakyat di negara ini.

Anggota Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pemberian dan bantuan berterusan kepada semua lapisan rakyat itu juga menunjukkan ekonomi negara terus kukuh.

Ini membuktikan dakwaan pihak tertentu hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan  sedangkan kerajaan sentiasa berusaha membela nasib dan masa depan rakyat, katanya.

“Kita boleh lihat, setiap setiap kali pembentangan Belanjawan, kerajaan terus memperkenalkan insentif kepada kumpulan B40 iaitu kumpulan yang memerlukan pembelaan,” katanya selepas menyampaikan bantuan elaun sara hidup untuk 958 nelayan kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Seberang Perai di Penaga di sini hari ini.

Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata sebagai bukti negara terus utuh dan kukuh adalah pemberian elaun sara hidup yang tidak pernah terhenti walau sekali pun .

“Sebagai bukti apa yang kita lihat elaun sara hidup, pernah dengar ke elaun sara hidup ini terhenti sehingga setahun ke, atau dikurangkan atau dibayar dua kali ke, tak ada. Setiap bulan tidak pernah gagal, mereka dibayar. Bayangkan ini, istiqamah yang dilakukan kerajaan, kalau nak tahu orang tu baik tak baik bukan saja dia berjanji tapi dia juga melaksanakan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat yang menerima bantuan seumpama ini agar sentiasa bersyukur dengan keupayaan negara yang ditadbir urus dengan baik.

“Sebab itulah rakyat yang menerima kalau kita menerima sebagai tanda syukur kita perlu melihat realiti  yang berlaku, kalau tak ada keupayaan bagi sebuah negara yang ditadbir urus sebaik ini, mana mungkin kita dapat lakukan agenda pengagihan, bantuan semacam ini,” katanya.

Reezal Merican juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan dakyah kumpulan  tertentu kerana pada akhirnya mereka juga akan menderita.

Dalam pada itu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak senantiasa melaksanakan pelbagai program untuk manfaat rakyat dan tidak pernah meminggirkan mana-mana golongan masyarakat.

Audit Terbuka Projek Terowong Dasar Laut


KEPALA BATAS - Ketua Menteri, Lim Guan Eng disyorkan melakukan audit terbuka berhubung projek terowong dasar laut yang mencetuskan kontroversi di ne­geri ini berbanding mengambil sikap melepaskan kemarahan terhadap media tertentu yang me­laporkan isu berkenaan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau perlu melaksanakan langkah berkenaan selepas timbulnya unsur mencurigakan dalam projek mega tersebut.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengarahkan audit dilaksanakan selepas 1Malaysia De­­ve­lopment Berhad (1MDB) berdepan pelbagai tuduhan.

“Jika beliau mengalami kesulitan sehingga ada unsur mencurigakan, lebih baik buat audit secara terbuka sekali gus dapat tepis fitnah yang beliau dakwa dilakukan oleh pihak tertentu termasuk media,” katanya di sini hari ini.

Reezal Merican berkata demikian sebagai mengulas ‘amarah’ Guan Eng terhadap media dengan melabelkan laporan berita siasatan penyelewengan projek terowong dasar laut sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.

Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, 1MBD menyerahkan isu itu kepada Jabatan Audit Negara untuk mengaudit dan membuat penelitian sekiranya terdapat perkara mencurigakan, malah ahli Parlimen pembangkang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan untuk memantau.

“Pada masa sama, beliau perlu faham perkara yang dilaporkan media merupakan kenyataan dalam sidang DUN, sidang akhbar beliau atau kenyataan daripada pegawainya sendiri, jadi mengapa perlu beremosi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid berkata, sebagai ahli politik berpengalaman, Guan Eng seharusnya berlapang dada dan tidak perlu takut jika berasakan tidak bersalah.

Bagaimanapun, Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Teluk Air Tawar berkata, beliau tidak terkejut dengan cara Guan Eng menangani isu berkenaan.

“Itulah sikap Ketua Menteri, kalau ada laporan yang tidak memihak kepadanya, beliau akan melenting.

“Teh Yee Cheu yang juga pemimpin DAP serta ADUN Tanjung Bungah juga dikenakan tindakan apabila membangkitkan isu tidak digemari beliau,” katanya. - Utusan Online

Calon PRU-14: Wanita UMNO Negeri Akur


PERMATANG PAUH - Wanita UMNO negeri akan menerima keputusan pucuk pimpinan parti berhubung senarai calon yang akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim (gambar) berkata, ini kerana Wanita UMNO memahami pilihan raya umum akan datang adalah mencabar dan menjadi polisi parti meletakkan calon yang boleh menang.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu, ahli Wanita UMNO, Datuk Jahara Hamid merupakan calon tunggal pergerakan itu yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Air Tawar dan berjaya mempertahankan kerusi itu selama lima penggal.

“Beliau (Jahara) bukan wakil rakyat biasa malah diberi tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menunjukkan Wanita UMNO mempunyai calon berkaliber,” katanya.

Terdahulu, Norliza bersama Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said hadir pada sesi taklimat kepada hampir 1,000 jentera parti kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Norliza berkata, beliau telah menghantar senarai nama beberapa calon pergerakan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon.

“Kerajaan menyatakan 2018 sebagai tahun memperkasa wanita, jadi saya rasa wajar jika calon Wanita UMNO diberikan peluang,” katanya.

Mengulas mengenai peluang BN di Permatang Pauh, Norliza berkata, jentera Wanita UMNO akan menggunakan pendekatan berhemah sewaktu berkempen malah sudah mengatur beberapa strategi mendekati 15,000 pengundi kali pertama dalam Parlimen berkenaan.

“Kita berharap Wanita UMNO akan dapat memainkan peranan dengan berkesan dalam kempen kali ini supaya dapat mencatatkan keputusan lebih baik,” katanya. - Utusan Online

Sambutan Thaipusam Jalin Perpaduan Antara Kaum – TPM


PUTRAJAYA, 30 Jan – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap sambutan perayaan Thaipusam esok akan merapatkan jalinan perpaduan antara kaum di Malaysia.

“Hari Thaipusam merupakan keindahan masyarakat majmuk di Malaysia di mana setiap agama dan budaya tumbuh subur dan mekar tanpa sebarang sekatan.

“Hak kebebasan beragama terjamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Tradisi mengekalkan budaya ini adalah atas muafakat pemimpin pelbagai kaum yang berkongsi kuasa di bawah kerajaan Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, katanya, kerajaan akan terus komited membangunkan aspek ekonomi, pendidikan dan struktur sosial masyarakat India di negara ini supaya mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga berkata sambutan Thaipusam di Batu Caves adalah yang terbesar sehingga Batu Caves disinonimkan seperti ‘mini India’ di mana ia dibanjiri oleh ratusan ribu penganut agama Hindu dari seluruh dunia.

“Batu Caves kini menjadi ikonik pelancongan peringkat antarabangsa. Ia juga menjadi ‘lubuk rezeki’ kepada para peniaga untuk membuka gerai menjual makanan, minuman, bunga, cenderahati, pakaian dan aksesori bagi menambah kemeriahan sambutan Thaipusam,” katanya.

Oleh itu, pasukan keselamatan turut bersiap-siaga untuk berkawal dan menjaga keselamatan awam sepanjang sambutan esok.

Ahmad Zahid berkata beliau telah memberikan arahan supaya pasukan keselamatan berkawal bagi menjamin keselamatan awam.

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut pada bulan ‘Thai’ iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia,” katanya.

Aplikasi Sebenarnya.my Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi


BUKIT MERTAJAM, 30 Jan – Portal sebenarnya.my akan diperluaskan dengan pengenalan applikasi berkenaan di telefon pintar dan media sosial seperti Facebook dan Youtube bermula tahun ini.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Advokasi dan Jangkauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Eneng Faridah Iskandar langkah itu dilihat lebih efektif dalam memastikan semua lapisan masyarakat menerima maklumat yang tepat dengan pantas.

“Ketika ini kami hanya mempunyai kategori ‘palsu’ dan dengan pembaharuan platform sebenarnya.my ini, kami akan mengembangkan lagi skop maklumat dengan kategori baru iaitu ‘waspada’ dan ‘penjelasan’, “ beliau memberitahu Bernama di majlis perasmian Karnival Sebenarnya.my di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu baru-baru ini.

“Waspada” adalah peringatan kepada orang ramai supaya berjaga-jaga tentang segala jenis bentuk maklumat palsu yang tular sementara “penjelasan” pula ialah penerangan mengenai sesuatu isu yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang berkaitan.

Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk melanggan portal sebenarnya.my supaya tidak terlepas dengan sebarang maklumat terkini yang dikemas kini di portal itu.

Didik Masyarakat

Penularan berita palsu membuatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini giat mempromosi portal sebenarnya.my untuk orang awam mensahihkan sesuatu maklumat yang diterima melalui pelbagai platform termasuklah media sosial, blog mahupun aplikasi Whatsapp.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Dr Mazlan Ismail berkata, setelah lebih sembilan bulan portal itu dilancarkan, kini MCMC lebih bersedia untuk mengadakan program yang melibatkan masyarakat dan mendidik mereka tentang keburukan menyebarkan berita yang was-was dan diragui sumber.

Sebenarnya.my dilancarkan pada Mac 2017 dan kini dilayari kira-kira 19 juta kali.

“Kini telah tiba masanya untuk kami mengadakan aktiviti untuk bertemu dengan masyarakat bagi memperkenalkan portal ini,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Karnival Sebenarnya.my di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu baru-baru ini.

Karnival sebenarnya.my yang diadakan buat julung kalinya itu bertujuan mendekati masyarakat dalam memberi pemahaman tentang bahaya penularan berita palsu yang dilihat sebagai musuh negara ketika ini dan memberi pemahaman fungsi portal sebenarnya.my kepada orang ramai.

Karnival sehari itu diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti Fun Run Berita Palsu Musuh Negara, pertandingan debat, pameran MCMC, pertandingan basikal BMX, pertunjukan kereta serta acara kemuncak iaitu Bicara Perdana yang diserikan oleh penceramah Ustaz Wan Hizam Abdullah Sabil dan Ustaz Mohd Ravi Abdullah.

Tambah Mazlan, kerajaan sentiasa memandang serius isu penularan berita palsu kerana boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian terhadap sesuatu kelompok yang memberi kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

Oleh yang demikian, MCMC kini lebih agresif dalam menganjurkan karnival dan menyasarkan penganjuran di 50 kawasan Parlimen bermula tahun ini.

Karnival Beri Kesedaran

Pengunjung karnival, Roshita Ibrahim, 36, berkata, penganjuran karnival seperti ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya yang berada di luar bandar tentang perlunya sesuatu maklumat disahkan terlebih dahulu sebelum menyampaikan kepada orang lain.

“Kadangkala kita keliru sama ada sesuatu berita itu adalah sekadar pendapat, andaian ataupun maklumat tepat kerana terlampau banyak informasi yang berbeza mengenai sesatu topik.

“Dengan adanya portal sebenarnya.my, lebih mudah untuk orang awam menyemak kesahihan sesuatu maklumat,” katanya.

Memuji usaha MCMC, Roshita berkata melalui Karnival sebenarnya.my, lebih ramai yang dapat memahami fungsi portal sekaligus menggunakan platform itu sebaik mungkin supaya dapat mengelakkan diri daripada dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengurus acara, Khairuddin Mohd. Shah, 30, pula berkata, karnival seperti ini dapat mendidik orang ramai dengan sifat ‘tabayyun’ iaitu sentiasa memeriksa kesahihan setiap maklumat atau berita yang diterima tanpa mempercayai bulat-bulat.

Jika maklumat yang disebarkan adalah tidak benar, ianya boleh menganiaya pihak yang dikaitkan dalam sesuatu isu dan mungkin akan menggugat keharmonian negara.

Khairuddin juga berharap, kewujudan portal sebenarnya.my akan membuka mata banyak pihak supaya menjadi warga digital yang bertanggungjawab sekaligus menangani masalah penularan berita palsu.

Ruangan Sisi

Portal sebenarnya.my dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) pada bulan Mac 2017 sebagai usaha kerajaan untuk mengekang penyebaran berita palsu.

Bertemakan “Tidak Pasti Jangan Kongsi”, portal ini menjadi pusat sehenti bagi orang awam untuk menyemak sesuatu maklumat sebelum berkongsi berita yang diragui kesahihannya yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang dan lain-lain.

Sehingga kini, portal ini mempunyai lebih daripada 1500 kandungan mengenai maklumat-maklumat palsu dan juga penjelasan daripada pihak-pihak yang terbabit dengan kandungan berita palsu.

Portal ini bukan sahaja menjadi platform bagi pengesahan maklumat, tetapi orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat yang diragui kesahihannya.

Sesuatu berita yang tular akan dirujuk kepada kementerian atau agensi berkaitan dan penjelasan akan dibuat sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam.

Bagi sesetengah isu yang lebih rumit dan memerlukan siasatan terperinci pihak yang berkaitan perlulah memberi respon dengan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesahkan maklumat itu.

Briged Gempur 2314 Perkukuh Kerjasama Pemuda BN Dalam Misi Menang Majoriti 2/3


BAGAN SERAI – Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Muhammad Sahfri Ab. Aziz melahirkan rasa puas hati melihat kerjasama yang semakin kukuh ditunjukkan oleh barisan Pemuda komponen dalam membantu parti memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Jelas beliau, Pemuda komponen juga telah mempunyai sasaran tersendiri dalam mengatur gerak kerja terutama dalam memastikan para pengundi muda di bawah 40 tahun keluar ketika hari mengundi kelak.

“Gerak kerja Pemuda semakin kukuh apabila Pemuda komponen juga kini bersama-sama Pemuda UMNO menyusun stategi bagi mencari para pengundi yang telah dikenal pasti.

“Ianya semakin diperkemaskan apabila Jelajah Briged Gempur 2314 akan menjadi barisan hadapan Pemuda untuk membantu parti. Di bawah Briged ini kita mempunyai banyak unit antaranya unit keselamatan, unit kenderaan bermorot dan unit ops jejak pada hari pengundian.

“Saya yakin dan pasti kesepakatan Pemuda UMNO dan komponen ini akan mencetuskan satu revolusi terbaik dalam membantu parti mencapai sasaran dua pertiga,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut berkaitan jelajah tersebut Sahfri berkata, jelajah ini akan turut melibatkan Pemuda komponen dalam melaksanakan ops jejak dan JR Plus bagi bersama-sama mencari pengundi muda di bawah umur 40 tahun dengan pelbagai latar belakang dan bangsa.

“Ini penting kerana kita harus membawa mereka yang telah dikenal pasti ini keluar pada hari mengundi. Jadi, kita tidak boleh berharap kepada Pemuda UMNO sahaja, Pemuda komponen juga harus memainkan peranan yang sama,” jelasnya.

Monday 29 January 2018

BN Bekerja Untuk Kesejahteraan Rakyat


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu wakil rakyat dan pemimpin Barisan Nasional (BN) terus fokus melakukan kerja terbaik untuk kesejahteraan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia membolehkan rakyat tahu bahawa apa yang dilakukan BN selama ini semata-mata demi kebaikan mereka.

“Saya tidak sentuh pembangkang tetapi kita cerita tentang kerja kita sahaja. Kita tidak burukkan pembangkang, kita tidak mahu gaduh dengan mereka, supaya rakyat tahu kita buat kerja dan kerja kita untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis makan malam amal kutipan dana bagi pembelian tanah dan pembinaan semula Tokong Peng Aun Keong, malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru negeri, yang juga Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata matlamat kerajaan ialah mahu menjadikan Bagan Datuk, Perak dan Malaysia menjadi lebih makmur pada masa hadapan.

Katanya, permuafakatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di bawah satu wadah mampu membawa kemakmuran yang lebih hebat kepada negara.

Beliau juga meminta masyarakat Cina di Bagan Datuk menutup ‘buku lama’ Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan Ke-13 sebaliknya membuka lembaran baharu dalam PRU-14 nanti.

Penjawat Awam Lebih Patriotik Dari ‘Orang Itu’


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjawat awam di negara ini lebih patriotik daripada sesetengah pihak tertentu kerana sentiasa setia dan berdiri teguh di belakang kerajaan yang mampu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Najib berkata, tiada pihak lain yang mampu berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah negara ketika ini.

“Jangan sampai tak bangga jadi rakyat Malaysia. Kalau tak bangga pi lah orang Kedah kata, pi jauh-jauhlah, tak payah (tinggal) di sini. Dia dah kaya, keluarga dah kaya, abang yang ada kereta mewah 23 buah (dan) tersenarai antara orang yang terkaya di Malaysia. Apa lagi dapat kontrak daripada Petronas berbilion-bilion.

“Apa lagi tuan-tuan? Nak marah apa lagi 

kepada Malaysia? Malaysia ini tempat rezeki kita sebenarnya. Tempat kita lahir, tempat kita dapat rezeki dan Insya-Allah tempat kita disemadikan bila sampai masanya. Inilah Malaysia yang kita bina melalui semangat patriotik,” katanya ketika berucap pada majlis pertemuan bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di perkarangan Wisma Persekutuan Kota Bharu, hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 10,000 penjawat awam itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Perdana Menteri berharap agar penjawat awam tidak melakukan kesilapan dan dapat berfikir secara waras serta tidak menggadaikan prinsip perjuangan dan moral semata-mata untuk memenuhi kehendak peribadi.

“Janganlah sebab tak dapat kehendak kita, peribahasa sebut, marah pada nyamuk, rumah yang nak dibakar. Rumah ini kerajaanlah, kerajaan selama yang ini kita dapat segala faedah, (yang) selama ini hak itu pun dia nak runtuhkan.

“Kerana apa? Kerana dia tak dapat kehendak tertentu dia. Ini bukan soal peribadi. Ini masa depan kita, masa depan setiap daripada kita, anak cucu kita.

“(Sekarang ini) orang PAS pun dah faham dah, (mereka) diperkudakan oleh pihak tertentu. Ini nak berpaut dengan orang tu, nak peluk dengan orang yang kita sendiri pernah kutuk dan dia kutuk kita. Di mana letaknya prinsip, di mana letaknya pertimbangan kita untuk bangsa, agama dan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar tidak mudah percaya dengan janji manis yang ditaburkan pihak tertentu yang cuba meraih sokongan mereka terutama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Tuan-tuan penjawat awam tentulah faham bahawa dalam sistem kita, kita tak boleh belanja lebih daripada pendapatan. Ini ada pula dalam cakap-cakap mereka, nak mengecutkan saiz perkhidmatan awam. Ada yang kata hina penjawat awam, kata kucing kuraplah, apalah.. nak kurangkan saiz penjawat awam. Saya nak beritahu kerajaan pimpinan saya tak akan kecutkan saiz perkhidmatan awam.

“Ini pembangkang kata kita nak mansuhkan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan). Mana nak dapat RM44 bilion? Jangan mansuh GST lepas itu cukai lain pula dikenakan. Banyak yang tipu (dengan janji pembangkang),” kata Najib.

Perdana Menteri turut melahirkan keazaman untuk meletakkan Malaysia sebagai antara 20 negara terbaik dan terunggul di dunia jika terus diberi mandat oleh rakyat serta mendapat sokongan padu daripada penjawat awam.

“Tak ada sebab mengapa kita tak boleh sampai, mengisi impian kita. Tapi kita kena melangkah satu ‘jambatan’ dahulu. Bila kita dah melintas jambatan, sudah menyeberang ke sana, (kita boleh bina) kerajaan yang bukan sahaja stabil, malah kuat dan kukuh.

“Tuan-tuan adalah merupakan ‘opinion leaders’ (individu atau pertubuhan terkemuka yang berkemampuan mempengaruhi orang lain) dan sebagai penjawat awam tuan-tuan boleh mempengaruhi orang lain juga,” katanya.

Pada majlis sama, Najib turut mengulangi beberapa kejayaan Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain seperti Arab Saudi dan Amerika Syarikat sehingga Malaysia terus dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.

Pemuda BN Perak Lancar Jelajah Briged Gempur 2314


BAGAN SERAI – Pemuda Barisan Nasional (BN) kini bersedia membantu parti memenuhi sasaran memenangi dua pertiga daripada keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. 

Kerana itulah Pemuda BN melancarkan Jelajah Briged Gempur 2314 peringkat Negeri Perak sebagai persiapan awal menghadapi PRU-14.

“Briged ini nanti akan menjadi barisan pertama Pemuda untuk membantu parti menang dalam PRU nanti. Sasaran kita untuk kembalikan dua pertiga majoriti, sebab itu ia dipanggil Briged 2314. 23 membawa maksud dua pertiga dan 14 membawa maksud PRU-14.

“Saya malas nak (mahu) bercakap pasal pembangkang… pembangkang nak buat apa buatlah kerana saya tahu mereka hanya akan menghancurkan negara ini.

“Saya tidak sanggup tengok negara ini hancur hanya kerana cita-cita peribadi mereka jadi Pemuda akan terus gempur bagi memastikan BN menang PRU-14 nanti,” ujar Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam ucapan perasmian jelajah tersebut Dewan Datuk Zainal Abidin Zin pada Sabtu.

Jelajah ini juga merupakan jelajah pertama Pemuda BN dan ia akan diteruskan ke negeri-negeri yang lain.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Pemuda BN akan menyediakan manifesto kecil untuk pengundi muda bagi menghadapi PRU-14 nanti.

Manifesto tersebut merupakan akujanji yang akan menyediakan beberapa tawaran baharu kepada pengundi muda termasuk pekerjaan, latihan dan pendidikan, keusahawanan, kemudahan untuk orang muda serta perumahan.

“Saya sedang kumpulkan idea-idea daripada semua pihak dalam tempoh dua minggu ini untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan persetujuan,” katanya. 

Sunday 28 January 2018

Salahkan BN Sabotaj : Guan Eng Tersepit Bagi Alasan Suku Masak


NIBONG TEBAL – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang seakan menyalahkan Barisan Nasional (BN) terhadap laporan negatif berkaitan projek pembinaan tiga buah jalan raya termasuk sebuah terowong dasar laut yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu.

Jelas beliau, kini Guan Eng memberikan alasan tidak pasti mahu meneruskan projek tersebut kerana kononnya BN telah melakukan sabotaj sehinggakan isu ini mendapat maklum balas yang buruk.

“Sebagai seorang Ketua Menteri, alasan yang diberikan oleh Guan Eng ini seperti alasan budak sekolah. Mengaku sahajala sebenarnya dia sudah tersepit dengan putar-belit sendiri… nak lepaskan diri maka terpaksa cipta dan cari alasan macam-macam walaupun ternampak suku masak.

“Jika projek ini telus, mengapa dia harus takut. Berani kerana benar, jangan jadi pengecut,” ujarnya.

Tambah Norhiesam, seperti biasa Guan Eng hanya akan menuding jari kepada pihak lain dan terus bermain politik kong kali kong demi survival politik sendiri.

Projek pembinaan tiga buah lebuh raya ini merangkumi Jalan Berkembar Pesisir Utara sepanjang 10.53km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, jalan pintas Air Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 5.7km dan jalan pintas Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 4.075km.

Projek itu juga termasuk pembinaan terowong dasar laut sepanjang 7.2km menghubungkan Persiaran Gurney di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai.

Projek yang sudah masuk tahun ke lima dan belum ada sebarang perkembangan ini telah menelan berjuta ringgit dan menimbulkan pelbagai kotroversi.

Projek tersebut juga sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa melibatkan kos kajian kebolehlaksanaan yang tinggi dan kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri. 

Saturday 27 January 2018

Guan Eng Naik Angin Di Asak Isu Terowong


Sidang media Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama, tegang selepas beliau gagal mengawal emosi dan mengeluarkan pelbagai perkataan kurang elok didengar.

Guan Eng bukan sahaja melabel Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai ‘bodoh’, malah turut mendakwa pengamal media gagal mematuhi etika kewartawanan mengikut standard ditetapkan beliau.

Situasi itu tercetus selepas Guan Eng dilihat gagal mengawal perasaannya ketika memberi ulasan mengenai isu terbabit, selain berterusan menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak relevan.

“Ka Siong boleh tanya adakah ia (projek terowong dasar laut) di setem (atau) tak? Takkan kita nak jawab sampai peringkat budak-budak macam ini? Bodoh ke?

“Dia (Ka Siong) juga tanya kenapa pembinaannya belum dijalankan? Macam mana kita nak mula kerja kalau dia selalu masuk campur, selain asyik ada gangguan? Sekarang kita pun tak tahu sama ada projek ini akan diteruskan atau tidak.

“Projek mahu mula, SPRM siasat, tetapi tiada tindakan. Tiba-tiba 2018, siasat lagi dan mula tangkap pula. Kenapa 2018? sudah tentu kerana pilihan raya umum sudah dekat,” katanya pada sidang media hari ini.

Projek mega bernilai RM6.3 bilion itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Malah, siasatan SPRM mendapati, beberapa ahli politik dipercayai menerima habuan sehingga jutaan ringgit dalam kajian projek yang akan menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Butterworth dengan ia dijangka dibina pada 2023.

Selain itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut mendakwa pengamal media yang melaporkan isu berkaitan projek mega itu sebagai tidak profesional, beretika dan bermoral.

Beliau yang sebelum ini, sering melaungkan dan memperjuangkan hak kebebasan media itu bagaimanapun enggan menerima sebarang soalan daripada pengamal media tertentu.

“Mereka tak tahu apa itu malu dan memang tak kenal malu, apabila saya cakap macam ini mereka hanya senyum dan tak kenal malu punya. Ok sekarang Sinar (Sinar Harian) boleh tanya… saya tahu yang mana sinar dan tidak bersinar,” katanya.

KR1M 2.0 Di Lancar 4 Feb 2018


Kedai Rakyat 1Malaysia yang distrukturkan semula sebagai KR1M 2.0 akan dilancarkan secara rasmi di Temerloh, Pahang pada 4 Februari depan.

Selain itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata logo baharu KR1M 2.0 yang akan menggunakan warna biru turut akan diperkenal.

Katanya, pelancaran itu membabitkan semua kedai termasuk 50 buah yang beroperasi selepas KR1M ditutup September tahun lalu.

“Setakat ini kita telah ada 50 buah KR1M 2.0 yang ada di beberapa negeri, namun belum dilancarkan secara rasmi.

“Sambutan daripada juga pembeli baik namun kebanyakan mereka tidak tahu kedai itu sudah menjadi KR1M 2.0,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Kamaruddin di Batu Kurau, Larut.

Bazar Perdana Bakal Jadi UTC Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM  - Bazar Perdana di Bandar Perda dekat sini yang terbiar tanpa sebarang aktiviti sejak hampir 18 tahun lalu bakal dijadikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pulau Pinang.

Hari ini hampir 300 pemilik bazar itu hadir mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman di Politeknik Seberang Perai, di sini.

Zainal Abidin berkata, terdapat beberapa lokasi yang dicadangkan untuk pembinaan UTC namun Bazar Perdana dilihat paling sesuai.

"Cadangan pembinaan ini diharapkan dapat dimuktamadkan secepat mungkin untuk memberi manfaat kepada semua pemilik unit gerai di bazar itu yang sepi tanpa sebarang aktiviti sejak 18 tahun lalu.

"Pertemuan hari ini dilihat positif kerana mereka begitu dambakan pembangunan di kawasan ini dan bakal menjadi mercu tanda di Bandar Perda," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Utusan Online

Friday 26 January 2018

Siasatan Terowong Dasar Laut Akan Buktikan Siapa Sebenar Main ‘Sarkas’


PULAU PINANG – Penjelasan berbeza oleh wakil Keraja­an DAP Pulau Pinang dan Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kontroversi projek terowong da­sar laut menunjukkan mereka ki­ni berada dalam keadaan ter­desak.

Ketua Pemuda UMNO ne­geri, Rafizal Abd. Rahim berkata, Guan Eng seharusnya menjawab persoalan yang dibangkitkan Barisan Nasional (BN), bukan mempersendakan perkara itu.

Secara sinis Rafizal berkata, beliau memahami Guan Eng kini berada dalam keadaan tertekan termasuk isu pemilikan banglo­nya yang akan dibicarakan di mahkamah pada Mac ini.

“Ketua Menteri terperangkap dengan wayang ciptaan beliau sendiri, jadi jawapan paling mudah adalah mempersendakan pihak lain sedangkan keutamaan seharusnya menjawab isu dibangkitkan,” katanya kepada pemberi­ta di sini hari ini.

Rafizal mengulas kenyataan Guan Eng semalam yang mendakwa kononnya BN menjadikan isu terowong sebagai `sarkas politik’ sekali gus tidak mahu melayan perkara yang dibangkitkan itu.

Mengulas lanjut Rafizal berkata, beliau dan rakyat negeri ini berharap siasatan yang sedang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi jawapan tepat berhubung isu itu.

“Siasatan (penyelewengan projek terowong dasar laut) sedang berjalan lancar, jadi kita akan lihat nanti siapa badut sebenarnya dan siapa pula yang bermain sarkas,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda BN negeri, Hng Chee Wey berkata, kenyataan berbeza yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang tentang projek berkenaan semakin mengelirukan rakyat negeri ini.

Lebih menghairankan kata beliau, kenyataan itu dibuat menerusi platform yang sepatutnya diyakini seperti laman web Ke­tua Menteri, kerajaan negeri dan jawapan yang diberikan oleh wakil kerajaan ne­geri dalam sidang Dewan Unda­ngan Negeri (DUN). - Utusan Online

Ghaib RM236 Juta : Apakah Guan Eng Sekali Lagi Akan Guna Taktik “Salah Kira”?


TASEK GELUGOR, 26 Jan  – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugur, Mohd Nashrol Hisham Abdullah hari ini melemparkan persoalan, apakah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi akan menggunakan taktik dengan memberikan alasan ‘silap kira’ apabila didesak berkaitan perbezaan sebanyak RM236 juta bagi menjalankan kos kajian keboleh¬laksanaan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dirancang kerajaan Dap Pulau Pinang.

Jelas beliau, ini bukan kali pertama alasan tersebut digunapakai dan tidak mustahil ianya akan sekali lagi digunakan bagi menutup segala kepincangan yang ada.

“Saya sebenarnya hairan bagaimana seorang yang berlatar belakangkan akauntan boleh memberi alasan salah kira. Tapi bila difikirkan semula, apa yang perlu dihairankan kerana Dap adalah sebuah parti yang akan melakukan apa sahaja asalkan tengkuk sendiri selamat.

“Walaupun terpaksa menggunakan alasan yang sangat dangkal tetapi mereka sedikitpun tidak mengambil kisah kerana bagi mereka apa yang penting agenda mereka tercapai,” ujarnya.

Hari ini, Pengerusi Gerakan Teng Chang Yeow mempersoalkan tentang berbezaan kos kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dirancang kerajaan Dap Pulau Pinang kerana perbezaan tersebut sangat besar.

China Railway Construction Corporation International (CRCC) menerusi laman webnya pada 12 Oktober 2013 mengumumkan telah menandatangani kontrak dengan Konsortium Zenith BUCG bagi mereka bentuk tiga lebuh raya dan terowong dasar laut dengan nilai kontrak sebanyak AS$22 juta.

Pada 14 Oktober tahun sama, Suruhanjaya Penyeliaan Aset dan kerajaan China melaporkan bahawa CRCC yang merupakan aset kerajaan negara itu telah menandatangani kontrak kajian kebolehlaksanaan berkenaan dengan nilai sama.

Nilai tukaran mata wang asing pada ketika itu ialah RM3.15 bagi AS$1 dan kontrak seharusnya pada nilai RM69.3 juta.

Kekeliruan mula timbul apabila laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 19 Oktober lalu dan jawapan kerajaan negeri pada 19 Mei lalu menyatakan kos kajian adalah sebanyak RM305 juta.

Maka berdasarkan itu, kerajaan Dap Pulau Pinang mengesahkan bahawa dua bidang tanah bernilai RM208 juta telah diberi sebagai pembayaran untuk menyiapkan kajian tiga lebuh raya. Ini menimbulkan persoalan mengapa terdapat perbezaan sebanyak RM236 juta.

Untuk rekod, sebelum ini Guan Eng pernah mengakui kesilapan kos pembinaan terowong dasar laut di negeri tersebut.

Ketika Kerajaan Negeri didesak memberikan penjelasan terhadap perbezaan jumlah kos projek pembinaan terowong dan tiga lebuh raya yang terdapat berbezaan sebanyak RM2.25 billion, Guan Eng akhirnya membuat kenyataan bahawa terdapat kesalahan menaip terhadap jumlah tersebut.

Selain itu, keputusan undi Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) juga dikatakan salah kira, kini kos terowong pula dikatakan salah taip.

Selain isu tersebut, Guan Eng turut mengaku ralat dan membuat kesilapan dalam mengumumkan projek usahasama membabitkan Ikano sdn.bhd (ikano), Aspen Vision Land Sdn. bhd (Aspen) dan kerajaan negeri bagi membina gedung beli – belah IKEA di batu Kawan seluas 245 ekar tanah pada harga RM284 juta sebaliknya jumlah yang betul adalah RM483,951,600.

Maka, sekiranya sekali lagi alasan salah kira atau salah taip digunapakai, maka ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Bagan Serai Destinasi Pertama Pemuda BN


Mulai Sabtu ini, pemuda BN akan memulakan siri Jelajah Briged Gempur 2314 sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausahanya, Datuk Muhammad Sahfri Ab Aziz berkata Perak menjadi negeri pertama dikunjungi  dalam majlis yang bakal berlangsung di Stadium Mini Bagan Serai.

Katanya, Briged Gempur 2314 sedang mempersiapkan diri dan parti secara keseluruhan bagi memenuhi sasaran BN memenangi dua pertiga kerusi parlimen.

“Sasaran ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil, berdasarkan keupayaan sayap-sayap Pemuda komponen BN mendekati serta memenangi hati para pengundi selama ini melalui pelbagai program yang dirancang,” katanya dalam kenyataan.

Pelancaran majlis itu dijadual disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga Pengerusi Pemuda BN.

Antara program yang dirancang semasa pelancaran ialah pertandingan bola keranjang tiga sebelah, bola sepak jalanan tiga sebelah, permainan video FIFA 2018, BMX Challenge dan cabutan bertuah.

ASEAN-India Tingkat Kerjasama Maritim Dan Keselamatan Laut


ASEAN dan India semalam bersetuju untuk meningkatkan kerjasama maritim dan keselamatan dalam usaha memulihara alam sekitar dan membendung kegiatan jenayah di laut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu penting kerana potensi maritim dan sumber laut di rantau ini adalah amat besar dan penting untuk dimanfaatkan bagi kepentingan bersama.

“Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bermula petang tadi (semalam) dengan sesi pemukiman bertemakan kerjasama maritim dan keselamatan. Kerjasama strategik ini menunjukkan potensi boleh kita raih daripada sumber maritim secara mapan.

“Pemimpin ASEAN mengalu-alukan hasrat India untuk tingkatkan kerjasama dalam bidang ini. Pemimpin menetapkan isu ini satu keutamaan dalam kerjasama strategik ASEAN-India.

“Saya juga menekankan ASEAN dan India perlu teruskan usaha ini terutama dalam pembinaan keupayaan dan pertukaran serta perkongsian maklumat untuk menghalang kegiatan jenayah di laut, keganasan, ekstremisme dan kegiatan lanun,” katanya pada sidang media sejurus selesai sesi pemukiman disertai 10 pemimpin ASEAN dan Perdana Menteri India Narendra Modi.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di India kelmarin untuk lawatan kerja dua hari bagi menyertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India yang bermula semalam.

Sementara itu, Najib berkata, jumlah perdagangan India dengan ASEAN pada tahun lalu mencecah AS$72 bilion, meningkat daripada AS$58 bilion pada 2016.

Katanya, jumlah itu adalah 2.6 peratus daripada keseluruhan jumlah perdagangan ASEAN dengan negara luar dan menjadikan India rakan dagangan keenam terbesar gagasan itu selepas China, Amerika Syarikat, Jepun, Kesatuan Eropah dan Korea Selatan.

Pada sidang media itu, Najib turut mengumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, telah menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MOU) membabitkan SME Corporation Malaysia dengan National Small Industries Corporation India bagi meningkatkan kerjasama dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhana di kedua-dua negara di samping meningkatkan daya saing mereka di pasaran antarabangsa.

MOU kedua antara Malamega Ltd Malaysia dan Puspathy Enclave Pvt Ltd India untuk meneroka pencarian dan pembekalan bahan api fosil, pembangunan tenaga hijau yang boleh diperbaharui, usaha perniagaan bersama untuk perdagangan arang batu bernilai AS$20 juta.

MOU antara JS Rezeki Bumi Maju Sdn Bhd dan GA Software Technology Pvt Ltd bernilai AS$5 juta bagi menyediakan sistem perkhidmatan automasi yang berasaskan artificial inteligence untuk untuk Jabatan Imigresen.

Keempat antara Orchid Life Sdn Bhd dan Vimta Labs Ltd bernilai AS $960,00 untuk melakukan kajian pra klinikal dan klinikal ke atas ekstrak kacip fatimah bagi kegunaan anti obesiti.

Thursday 25 January 2018

Pemuda BN P. Pinang Hantar Surat Kepada Konsulat China


PULAU PINANG 25 Jan. - Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri hari ini menyerahkan surat rasmi kepada pejabat Konsulat Jeneral China berhubung kes terowong dasar laut yang mencetuskan kontroversi di negeri ini.


Ketua Pemuda BN negeri, H’ng Chee Wei berkata, surat berkenaan meminta pejabat berkenaan menghubungi wakil China Railway Construction Corporation(CRCC) yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan.

Ujarnya, syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan pembinaan projek itu perlu memberi penjelasan terhadap beberapa isu yang membelenggu projek terowong dan tiga lebuh raya berkenaan yang memakan belanja RM6.3 bilion. Utusan Online

Negara Tidak Tergadai Dengan Pelaburan China


Peningkatan dalam pelaburan China di Malaysia, bukan bermakna bahawa negara ini sedang digadaikan kepada kuasa besar itu.

Penganalisis yang juga Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr. Azmi Hassan berkata, pelaburan tembok besar China itu dalam pembangunan infrastruktur sebenarnya telah memberi manfaat kepada pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) memandangkan kesalinghubungan yang lebih baik adalah pemacu utama pertumbuhannya.

“Amerika Syarikat dan Jepun telah melabur di negara ini sejak sekian lama dan hanya baru-baru ini, China mula meningkatkan pelaburan.

“China pada masa sekarang sudah menjadi sebuah negara berekonomi kukuh. Ia boleh melabur di mana sahaja yang mereka mahu, tetapi mereka memilih Malaysia. Ini adalah disebabkan kita mempunyai hubungan diplomatik yang kukuh dengan mereka dan sebaliknya, kita memerlukan pelaburan untuk membantu meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam forum “Pelaburan China di Malaysia: Apa Isu Sebenarnya?” di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara Shah Alam di sini hari ini.

Antara lain yang menjadi panel adalah Konsultan Keselamatan dan Penyiasatan, Kapten (B) Rahmat Omar dan Exco Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

Tambah Azmi, pelaburan syarikat-syarikat China di Malaysia adalah bersifat jangka panjang dan negara tersebut melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik di rantau ini.

“Jika China hanya melabur untuk jangka masa pendek, tidak mungkin mereka hendak mela­bur di negara ini dan sedar akan potensi pelaburan yang dapat dicapai dan ia tentunya satu petunjuk yang baik bagi ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang,” ujarnya.

Sementara itu, Shahril memberitahu usah dipolitikkan mengenai isu pelaburan China memandangkan Malaysia sudah lama menjalin hubungan diplomatik dan perniagaan dengan China.

Bahkan Malaysia adalah negara ASEAN pertama menjalin hubungan dua hala dengan China, iaitu ketika Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein membuka langkah pada 1974.

“Itu sebabnya tidak perlu isu pelaburan dengan China diperbesar-besarkan sedangkan negara kita sentiasa mengalu-alukan pelaburan dari pelbagai negara seperti Jepun, Arab Saudi, negara Eropah mahupun Amerika Syarikat.” katanya.

Terowong Dasar Laut: Datuk Seri Di Reman Lima Hari Bantu Siasatan


PUTRAJAYA, 25 Jan – Seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar Datuk Seri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Perintah reman bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Ainna Sherina Saipolamin di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Lelaki berumur 62 tahun itu dipercayai terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di negeri berkenaan yang bernilai lebih RM305 juta kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kira-kira 2.44 petang semalam.

Difahamkan, firma kejuruteraan suspek yang berpangkalan di Kuala Lumpur pernah terbabit dalam pelbagai projek mega, antaranya pembinaan sebuah jambatan di Pulau Pinang, terminal bas di ibu negara dan menaik taraf sebuah lapangan terbang negeri.

Penahanan suspek menjadikan seramai empat individu telah ditahan SPRM setakat ini bagi membantu siasatan projek berkenaan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

PM Di India


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di New Delhi, hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India, esok.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Tentera Udara Palam di New Delhi disambut oleh Menteri Negara untuk Kewangan, Siv Ptatap Shukla, Ketua Protokol, Sanjay Verma, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, T S Tirumurti dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Hidayat Abdul Hamid.

Perdana Menteri berada di negara itu untuk menghadiri sidang berkenaan sempena ulang tahun ke-25 India menjadi rakan dialog ASEAN.

Pada Jumaat, Najib dan ketua negara negara ASEAN akan menyaksikan sambutan Hari Republik India sebagai tetamu kehormat.

Wednesday 24 January 2018

Saya Tak ‘Lepas Tangan’ Isu 1MDB, Siasatan Komprehensif Di Lakukan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan beliau tidak ‘lepas tangan’ dalam menangani isu kontroversi berkaitan 1MDB.

Ini kerana beliau menyedari 1MDB digunakan dalam kempen sabotaj untuk kepentingan politik sesetengah pihak kononnya ekonomi negara ini teruk.

“Sekarang, saya tak ‘melupakan’ isu ini (1MDB). Memang ada kesilapan dalam syarikat ini dan kecuaian dalam tata kelolanya,” ujarnya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2018 hari ini.

Menurut Najib, atas dasar ambil berat, beliau mengarahkan satu siasatan menyeluruh dan komprehensif dalam sejarah di dunia korporat Malaysia berhubung kes 1MDB yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dan Jawantakuasa Kira-Kira Wang Negara.

“Keputusan mereka diambilkira dan lembaga pengarah dihentikan, pasukan pengurusan ditukar dan operasinya dinilai semula,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Selain itu katanya, aset 1MDB juga dikenakan langkah rasionalisasi dan mengambil langkah agresif mengurangkan beban hutang sebanyak mungkin.

Beliau juga memastikan syarikat yang sama menumpukan dua aset bernilainya, Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange kekal sebagai perancangan pelaburan menarik kepada pemegang saham dan pelaburnya.

Selain mengambil iktibar atas apa yang berlaku kepada 1MDB, katanya, kerajaan juga mengambil iktibar daripada kesilapan pemerintahan yang sebelum ini.

“Dalam kita merancang transformasi ekonomi Malaysia, kita berdepan dengan banyak isu legasi,” ujarnya.

Menurut Najib, beberapa program pembangunan negara di bawah bekas seorang pemimpin sebelum ini membawa beban yang tidak perlu kepada rakyat dalam bentuk sekumpulan kroni kapitalis meraih kekayaan daripadanya.

Menurutnya, kerajaan berikrar yang perkara ini akan dihentikan dan ia mengambil iktibar daripada kesilapan lampau dalam merancang transformasi ekonomi Malaysia, sambil mendepani banyak isu legasi sepanjang usaha itu.

Mengambil contoh pengangkutan awam, beliau berkata perkara itu telah diabaikan berdekad lamanya menyebabkan ia menjadi tidak keruan, dengan pemilik dan sistem yang berbeza, dan sudah tentunya tidak ada integrasi.

“Ketaksuban seseorang terhadap idea untuk menghasilkan kereta nasional – yang kini cuba dipulihkan di bawah pemilikan bersama antarabangsa – menjadikan Malaysia ketinggalan dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang efisien.

“Ini merupakan halangan serius terhadap cita-cita kita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan bagi Kuala Lumpur menjadi ibu kota bertaraf dunia. Oleh itu kita telah mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan dan menyatakan bahawa pengangkutan awam menjadi keutamaan penting bagi kerajaan,” kata Najib.

Isu Terowong Dasar Laut: Perunding Wanita Di Reman 5 Hari


PUTRAJAYA, 24 Jan – Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah reman lima hari terhadap seorang perunding kejuruteraan wanita bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil mengeluarkan perintah reman terhadap wanita berusia 50 tahun itu bermula hari ini sehingga 28 Jan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

Wanita itu, perunding kanan sebuah syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari, ketika tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 10 pagi.

Dia ditahan kira-kira pukul 6.10 petang semalam ketika hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Media yang memetik sumber SPRM melaporkan bahawa wanita itu dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada kerajaan negeri.

Dengan penahanan terbaru ini, seramai tiga individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sebelum ini, dua pemimpin syarikat bergelar “Datuk” iaitu seorang pengarah eksekutif kanan sebuah syarikat konsortium dan seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat pembangunan hartanah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki pada Isnin lepas berkata setakat ini, SPRM merakam percakapan 76 saksi untuk memastikan kes itu disiasat daripada semua aspek dan secara adil.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Tuesday 23 January 2018

PRU14: UMNO Pulau Pinang Jangka 40 Peratus Muka Baru


GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang akan meletakkan lebih 40 peratus calon muka baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata pihaknya turut menjangkakan tiada rombakan besar membabitkan pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

"Sebahagian besar (pembahagian kerusi) kekal dengan kuota sama, yang mana setiap parti bertanding di kerusi tradisi masing-masing, namun jika ada pertukaran (kerusi) itu akan ditentukan kemudian.

"Setakat ini, UMNO kekal bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen.

"Pada pendapat saya perkara sama juga dipraktikkan oleh parti komponen termasuk GERAKAN, MCA dan MIC. Jika ada pertukaran ia tertakluk kepada parti masing-masing selain perlu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN," katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan bersama Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pemilihan calon, Zainal Abidin berkata, ketika ini pihaknya sudah menghantar lima nama calon bagi setiap kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi UMNO di negeri ini kepada Perdana Menteri untuk dianalisis serta disenarai pendek.

"Ini metodologi baharu pemilihan calon yang dilakukan parti dan difahamkan ketika ini ia sudah disenarai pendek kepada tiga nama. Justeru, tiga nama ini akan disaring untuk memilih calon terbaik.

"Sehingga kini tidak ada mana-mana individu lagi yang sudah diputuskan untuk menjadi calon PRU14 kerana keputusan akhir belum dimuktamadkan," katanya.

Zainal Abidin berkata, metodologi baharu pemilihan calon lebih tertumpu kepada penilaian di kalangan pengundi setempat dan bukan hanya persetujuan pemimpin UMNO tempatan semata-mata.

"UMNO Pulau Pinang akan mengekalkan pembahagian seimbang dengan menampilkan calon muda dan lama. Namun, semua keputusan akan dibuat pucuk pimpinan parti dan saya yakin Najib akan membuat pilihan terbaik untuk memastikan kemenangan BN pada PRU14," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin berkata, slogan Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang diperkenalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah bertukar kepada Rasuah (Corruption), Kemalangan (Accident) dan Tragedi (Tragedy).

"Kita lihat sejak kerajaan DAP Pulau Pinang memerintah banyak kes rasuah berlaku selain kes seperti tanah runtuh dan banjir. Sementara itu, tidak kurang juga tragedi kemusnahan yang berlaku di Pulau Pinang.

"Jadi, rasa CAT yang kononnya cekap, telus dan amanah perlu ditukar kepada Coruption, Accident and Tragedy'," katanya. - Berita Harian