This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday 31 October 2017

Retorik Pembangkang & Kerajaan DAP P.Pinang


Tasek Gelugor - Sejarah telah membuktikan bahawa sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir negara Malaysia, kerajaan BN yang dibentuk bukan sekadar berpolitik tetapi telah membawa satu pembangunan yang begitu pesat selain telah mengubah lanskap negara daripada sebuah negara di bawah jajahan kerajaan British kepada sebuah negara maju seterusnya membuktikan kerajaan sedia ada bukan retorik.

Buktinya dalam pembentangan bajet 2018 yang dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah menyatakan bahawa dalam sektor pembangunan pelancongan sahaja dijangka Malaysia akan menerima kehadiran lebih dari 28 juta pelancong pada tahun depan dan Malaysia adalah destinasi ke 11 paling popular di dunia.

Menurut Jahara ini merupakan petunjuk bahawa para pelancong berasa selamat dan yakin terhadap kestabilan politik dan kemakmuran masyarakat Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional juga jika dilihat berdasarkan "track record" sepanjang pentadbirannya telah pun berjaya membasmi kemiskinan.

Malaysia mempunyai tahap pembangunan yang cukup menakjubkan, di rantau asia tenggara pun Malaysia berada dikedudukan yang begitu membanggakan.

"Berbanggalah semua anak-anak Malaysia bahawa kita adalah sebuah negara yang cukup berdaulat dan bermaruah"

Jahara berkata demikian sewaktu berucap di program "Pentas Anak Muda - Politik Bukan Sekadar Retorik" anjuran Biro Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang di Midtown Kubang Menerong, Tasek Gelugor baru-baru ini.

Barisan Nasional telah berjaya dari segi membawa perpaduan yang begitu tinggi dan baik sekali berbanding dengan negara-negara jiran dan banyak negara di dunia yang hanya mempunyai satu bangsa berbanding Malaysia yang memiliki kepelbagaian budaya , agama dan bangsa.

Kesan daripada itu Malaysia mampu menarik pelaburan yang begitu baik selain mendapat keyakinan yang tinggi daripada para pelabur kerana wujudnya kestabilan politik.

Selain daripada itu dasar pemerintahan yang boleh membawa kestabilan dan pembangunan serta pembangunan modal insan yang begitu tinggi, tahap pendidikan yang baik dan tahap interaksi yang tinggi mencakupi seluruh dunia telah memudahkan hubungan komunikasi seterusnya merancakkan pelaburan di Malaysia.

Merujuk kepada pembangkang di Malaysia, mereka begitu mudah menabur janji dan memberi harapan kepada rakyat contohnya bajet yang dibentangkan oleh pembangkang untuk menghapuskan GST, memberikan pendidikan percuma sampai ke tahap universiti dan lain-lain adalah bersifat retorik.

"Kita ambil contoh di Argentina, Argentina dah buat apa yang pembangkang janji kepada kita tadi, melaksanakan dasar politik yang begitu populis, mengsubsidikan begitu banyak menghamburkan begitu banyak kepada rakyat untuk menang dan mengekalkan kuasa sehingga negara itu bangkrap.

"Bangkrap sehingga ekonomi lumpuh dan rakyat keluar ke jalan berdemontrasi dan menuntut supaya kepimpinan itu ditukar," ujar Jahara.

Rakyat Malaysia tidak sesekali boleh memilih keadaan sedemikian, negara-negara yang hancur ekonominya seperti mana yang telah berlaku di Argentina dan sebagainya kerana apa yang telah dirancang oleh barisan pembangkang mempolitikkan GST misalnya untuk tidak mengutip cukai tetapi dalam masa yang sama menjanjikan pelbagai perkara kepada rakyat adalah satu perkara yang mustahil dan hanya janji-janji kosong.

"Kita perlu faham, GST adalah sistem percukaian, mana-mana negara pun terpaksa mengenakan cukai.Dulu kita ada "sales tax " kita ada "service tax", Sales tax 6% dan Service tax 10% apabila dijumlahkan ianya menjadi 16% sekarang GST hanya 6% jadi kita kena tengok bagaimana GST ini adalah sistem percukaian yang lebih efisien dan terbukti berjaya malah telah dilaksanakan di banyak negara didunia.

"Dan kita perlu melihat bahawa melalui GST juga kita telah dapat mengutip begitu banyak sekali cukai lebih dari RM40 bilion dan ini telah berjaya untuk menampung pelbagai perancangan kerajaan jadi adalah omong kosong sahaja, retorik kalau hanya menabur janji-janji yang tidak boleh ditunaikan." katanya.

Jahara kemudiannya memberikan contoh janji-janji retorik yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh pembangkang.

Bukan sahaja kegagalan untuk menunaikan janji bagi memansuhkan tol Sungai Nyior tetapi juga janji untuk tidak menaikkan surcaj air malah peningkatan kos-kos lain sebenarnya turut disumbang oleh dasar kerajaan negeri Pulau Pinang seperti harga rumah, harga tanah, kos untuk berurusan dengan kerajaan negeri sama ada bagi tujuan membayar cukai tanah, cukai pintu , kos untuk urusan pembangunan, urusan dengan pejabat daerah semuanya telah naik berlipat kali ganda.

"Dulu setiap projek pembangunan kena bayar caruman perparitan sebanyak RM10 ribu seekar, sewaktu zaman Barisan Nasional, tapi sekarang kalau nak buat pembangunan atau kemajuan kena bayar RM50 ribu seekar bagi caruman perparitan, 500% kenaikan.

"Kalau pemaju nak buat, dia bayar tetapi dia "pass" balik kepada rakyat kepada pembeli, ini satu sahaja daripada faktor yang menyebabkan kenaikan harga rumah.

"Dan ingat tu, dah kutip RM50 ribu seekar, jumlah kutipan itu dah berpuluh-puluh juta sepatutnya diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saluran (JPS) kerana ini adalah caruman perparitan, sepatutnya kutipan ini diserahkan kepada JPS untuk menyelesaikan dan membantu menyelesaikan masalah perparitan, banjir dan sebagainya.

"Tetapi kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menyerahkan duit tu, dia masuk dalam poket MPSP dan kerajaan negeri dan bila kita cakap dan tanya barulah kata kami akan bagi pelan-pelan, sikit-sikit inilah dia retorik" tegasnya.

Menurut Jahara inilah perkara yang sebenarnya telah membebankan rakyat khususnya di Pulau Pinang seterusnya memperlihatkan kepada rakyat betapa dasar pembangkang sebenarnya lebih bersifat retorik.

Monday 30 October 2017

DAP Tidak Peduli Isu Membelenggu Rakyat


GEORGETOWN -  Kehadiran hanya seorang wakil rakyat DAP pada forum bagi membincangkan masalah banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan di sini, hari ini disifatkan sebagai tanda tidak peduli mereka terhadap isu yang membelenggu rakyat.

Hanya Adun Pulau Tikus Yap Soo Huey hadir pada forum dan dialog yang dihadiri kira-kira 200 hadirin anjuran Penang Forum itu.

Ketua  Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, pemimpin-pemimpin DAP sepatutnya hadir pada forum itu kerana Penang Forum telah membuat analisis, mengumpul data serta mengetengahkan kaedah-kaedah dan jalan penyelesaian terhadap isu itu.

“Namun pihak yang sepatutnya mengambil jalan untuk mengatasi permasalahan ini tidak hadir.

"Tidak ramai pemimpin (DAP) yang hadir pada forum ini. Oleh sebab itu saya nampak pendirian Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menepis isu tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah baru-baru ini sebagai  kesilapan pemaju dari sudut teknikal. Mereka  tak mahu akui (kesilapan kerajaan negeri)," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog itu.

Pemimpin BN yang hadir pada forum itu selain Jahara ialah Adun Pulau Betong Datuk Muhamad Farid Saad; Adun Teluk Bahang Datuk Shah Headen Ayoob dan Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow, manakala wakil daripada PKR ialah Adun Penanti Dr Norlela Ariffin; Adun Machang Bubok Lee Khai Loon dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin .

Jahara berkata, kerajaan negeri perlu melihat aspek pembangunan, penguatkuasaan dan pekerja berkaitan masalah itu secara menyeluruh dan tidak boleh dianggap sebagai kemalangan atau bencana semata-mata.

Beliau berkata, apa yang dibentangkan oleh Penang Forum itu adalah  isu yang amat besar dan ia melibatkan kekurangan penguatkuasaan dan kerajaan negeri perlu memandang serius perkara itu.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan di Tanjung Bungah di sini pada 21 Oktober lepas meragut 11 nyawa.

Terdahulu dalam sesi dialog itu, Jahara berkata pihaknya  akan mengemukakan usul pada persidangan  Dun bulan depan bagi meminta kerajaan Pulau Pinang menghentikan  semua pembangunan di bukit dan lereng bukit.

Soo Huey pula berkata, banjir kilat yang melanda Pulau Pinang pada 15 September lepas adalah disebabkan hujan lebat luar biasa dan meminta masyarakat untuk mengakui perkara itu. - Bernama

Kempen Biro IT Dan Media Sosial UMNO Bukan Sebarkan Fitnah – Ahmad


PASIR SALAK – Kempen media sosial oleh Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Media Sosial UMNO bukan bertujuan menyebarkan fitnah sebaliknya menyebarkan maklumat tepat dan berfakta kepada rakyat, kata Pengerusinya Datuk Ahmad Maslan.

Bagi meraih keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata jawatankuasa itu menggunakan pelbagai pendekatan termasuk kempen media sosial dengan menampilkan video pendek, infografik, keratan akhbar, karikatur serta poster tentang UMNO.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan sedang diperluaskan sehingga ke peringkat cawangan bagi memperkuat jentera siber UMNO dalam menangkis serangan fitnah pembangkang.

“Sebelum ini, kita menubuhkan Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat dan Media Sosial UMNO di peringkat bahagian di seluruh negara dengan setiap bahagian mempunyai 40 anggota. Dalam masa berbaki (sebelum PRU14) ini, saya harap biro jentera ini giat menggandakan usaha untuk memperluaskannya,” katannya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat IT dan Dialog Khas PRU14 UMNO Bahagian Pasir Salak di Chenderong Balai dekat sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata Konvensyen Media Sosial Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 4 Nov ini dan dijangka dirasmikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Konvensyen itu akan menghimpunkan lebih 2,000 anggota jentera IT UMNO di setiap bahagian bagi persediaan menghadapi PRU14.

Sunday 29 October 2017

Bajet 2018: Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50


KUALA LUMPUR – Berikut ialah intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada Jumaat 27 Oktober 2017.

Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.

Bajet itu bertemakan lapan teras utama iaitu:

1. Merancak pelaburan perdagangan dan industry.
2. Menuju Aspirasi TN50.
3. Mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat.
4. Memacu pembangunan inklusif.
5. Mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan.
6. Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital.
7. Meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.
8. Mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.

Ketika membentangkannya, Najib berkata sebanyak RM234.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

“Ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion,” katanya.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan, katanya.

Beliau berkata sebanyak RM119.82 bilion adalah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala perbelanjaan lain pula diperuntukkan RM1.08 bilion dan RM577 juta untuk pembelian aset.

Di bawah peruntukan pembangunan, Najib berkata sektor ekonomi menerima agihan tertinggi iaitu sebanyak RM26.34 bilion.

Sektor sosial menerima sejumlah RM11.72 bilion, sektor keselamatan diperuntukkan RM5.22 bilion dan sektor pentadbiran am RM2.72 bilion, katanya.

Najib berkata kutipan hasil kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.

“Kerajaan tetap komited untuk melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dan memastikan kedudukan kewangan kerajaan terus kukuh serta paras hutang kekal rendah bagi tempoh jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Najib berkata Bajet 2018 yang digubal adalah yang paling penting kerana ia merupakan satu rumusan kepada prakarsa-prakarsa yang telah memacu ekonomi negara semenjak beliau menjadi Perdana Menteri pada 2009.

“Ia sebetulnya juga menjadi antara ‘report card’ utama kepada rakyat dan kerajaan pimpinan saya, sepanjang dua penggal tempoh pentadbiran kerajaan ini,” katanya.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan, katanya.

Antara Inti pati Bajet 2018:

*Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

*Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

*Pelaburan sektor awam dijangka mencecah RM109 bilion

*Galakan cukai bagi Hab Prinsipal akan dilanjutkan sehingga 31 Dis, 2020

*Kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk dana strategik berimpak tinggi di bawah MIDA

*RM7 bilion akan diperuntukkan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan, iaitu RM5 bilion untuk modal kerja dan RM2 bilion dengan 70 peratus jaminan kerajaan untuk sektor perkhidmatan termasuk Revolusi Perindustrian 4.0

*Untuk mengautomasikan proses pengeluaran dan mengurangkan penggajian pekerja asing, RM1 bilion akan disediakan dengan pinjaman kepada syarikat-syarikat, 70 peratus dijamin oleh kerajaan

*RM1 bilion akan ditambah dalam saiz Dana Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah, menjadikan saiz dana RM2.5 bilion

*RM200 juta diperuntukkan bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp

*Hampir RM82 juta diperuntukkan bagi pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi

*RM500 juta peruntukkan untuk TEKUN

*RM200 juta peruntukan untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan dana mencecah RM2.7 bilion

*Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.

*Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.

*Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.

*Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

*Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

*Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.

*RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.

*Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.

*Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

*RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.

*Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

*Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.

*Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.

*Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.

*Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

*Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.

*Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.

*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Dis 2018.

*Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.

*Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.

*Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.

*Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016.

*Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia , hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

*Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.

*Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.

*Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM)

*Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.

*PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.

*Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.

*Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.

*Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

*50 Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.

*Mulai 1 Jan 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam,Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan.

*Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan, memberi pilihan kepada majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen.

*Peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.

*Peruntukan RM27 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

*Peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.

*Peruntukan RM5 bilion dibawah Skim PembiayaanTeknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.

*Melaksanakan Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion.

*Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.

*Untuk penjawat awam, kenaikan pangkat time-based kali kedua untuk kumpulan pelaksana bagi tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.

*Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.

*Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

*Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

*Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Jan 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri.

*Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Jan 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

BAJET2018: Kerajaan Tidak Pernah Menganaktirikan Negeri Diterajui Pembangkang


GEORGE TOWN- Pengumuman kerajaan akan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dalam Bajet 2018 adalah bukti kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri diterajui parti pembangkang, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata pengumuman itu sekali gus menolak dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada DAP sebelum ini yang ternyata meleset dan ia juga menunjukkan Malaysia tidak bankrap kerana kerajaan masih boleh menyediakan peruntukan untuk projek pembesaran LTAPP.

"Bajet 2018 adalah bajet yang dirangka untuk memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat, satu bajet yang komprehensif dan inklusif. Satu bajet yang mengagihkan kekayaan dan kemakmuran negara hasil daripada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara kepada semua rakyat," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam Bajet 2018 dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini, kerajaan akan menaik taraf LTAPP dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selain membina baharu Lapangan Terbang Mukah serta pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.

Zainal Abidin turut menyambut baik cadangan kerajaan untuk mengadakan Zon Sempadan Khas Ekonomi di Bukit Kayu Hitam, Kedah yang disifatkan sebagai pencetus perubahan untuk kawasan wilayah utara terutama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang turut memberi manfaat kepada Pulau Pinang.

"Saya turut berterima kasih kepada kerajaan persekutuan memperuntukkan RM500 juta untuk pembinaan klinik pakar dan bangunan wad tambahan dengan 300 katil di Hospital Pulau Pinang dan dewan bedah di Hospital Balik Pulau," katanya.

Berkongsi pandangan yang sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow berkata pengumuman itu jelas membuktikan bahawa kerajaan persekutuan tidak mempunyai sikap untuk mengabaikan kerajaan negeri yang bukan di bawah pentadbiran BN seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

Beliau berkata perkara itu juga dapat dilihat menerusi pemansuhan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor.

Dalam pada itu, Teng menyifatkan Bajet 2018 sebagai satu bajet yang memberi satu ruang besar untuk memajukan ekonomi negara melalui pelbagai langkah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Pelbagai inisiatif diberi untuk mengurangkan bebanan rakyat yang berpendapatan sederhana termasuk pengurangan kadar cukai individu - dari segi memberi pelbagai insentif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita dapat lihat ia akan menggalakkan lagi pembangunan PKS," katanya.

Sementara itu, Ketua Putera MIC Pulau Pinang NG Senthelnathan berkata peningkatan pengambilan kaum India ke institusi pengajian tinggi awam dan perkhidmatan awam sebanyak tujuh peratus adalah satu pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu oleh kaum itu.

Beliau berkata pengumuman itu jelas menunjukkan komitmen kerajaan kepada masyarakat India dalam usaha meningkatkan ekonomi kaum itu menerusi pendidikan dan kerjaya.

"Dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang kita akan dapat lihat lebih ramai graduan daripada kaum India. Ini merupakan satu asas yang kami perlukan dalam usaha meningkatkan sosioekonomi kaum India. Inisiatif ini jelas menunjukkan perdana menteri sangat memahami masalah masyarakat India," katanya. - Bernama

Bajet 2018 Bukti P.Pinang Tidak Dianaktirikan


GEORGE TOWN – Cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAP) dan juga hospital dalam pengumuman Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam jelas menunjukkan Pulau Pinang tidak dianaktirikan kerajaan persekutuan.

Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia sekali gus menepis dakwaan pakatan pembangkang yang sering kali menuduh kerajaan persekutuan tidak mendengar suara dan permintaan kerajaan negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

“Dengan peruntukan untuk pembesaran LTAP, jelas membuktikan kerajaan persekutuan tidak mengabaikan Pulau Pinang. Jadi tidak timbul isu diketepikan dalam soal ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sihat Kilauan Emas bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bayan Lepas di sini hari ini.

Menerusi Bajet 2018, Pulau Pinang bakal menikmati peruntukan bagi pembesaran LTAPP, RM500 juta untuk pembinaan klinik pakar dan bangunan wad tambahan dengan 300 katil di Hospital Pulau Pinang (HPP) serta pembinaan Dewan Bedah baharu di Hospital Balik Pulau (HBP).

Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata menerusi bajet tersebut, peruntukan bagi pembesaran Hospital Balik Pulau dijangka akan memberi manfaat kepada 325,000 penduduk di daerah barat daya Pulau Pinang.

“Pada masa ini hospital itu hanya mempunyai 82 katil dan beroperasi tanpa doktor pakar. Ini telah menyebabkan kesan domino dengan ramai orang yang terpaksa pergi ke HPP, yang sudah terkenal sebagai hospital rujukan bagi wilayah utara untuk Semenanjung Malaysia, menyebabkan kesesakan lanjut,” katanya.

Dr Hilmi berkata justeru, peruntukan berkenaan akan dapat mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di HPP.

Sementara itu Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Tan Sri Mohd Yussof Latiff turut memuji langkah kerajaan yang memberikan peruntukan bagi LTAP dan hospital negeri ini yang disifatkan sebagai khabar gembira buat rakyat Pulau Pinang.

“Peruntukan yang diberi untuk menaik taraf lapangan terbang ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah kesesakan yang berlaku di lapangan terbang selain dapat menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku di situ,” katanya.

Selain itu Mohd Yusoff berkata pemberian peruntukan untuk menaik taraf HPP yang merupakan antara hospital tertua di Malaysia juga adalah berita gembira bukan sahaja untuk rakyat negeri ini malahan juga di seluruh negeri utara tanah air.

Friday 27 October 2017

Bajet Pakatan Harapan Tidak Praktikal


KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, menyifatkan Belanjawan Alternatif 2018 yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan ibarat perumpamaan `mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan'.

Beliau berkata, janji pembangkang untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pemberian subsidi bahan bakar, pemberian royalti yang besar kepada negara, pendidikan percuma di universiti dan bermacam-macam lagi gula-gula kepada rakyat ketika harga minyak dunia rendah dan tidak menentu, adalah tidak praktikal.

"Apabila menerangkan sumber pendapatan untuk membayar semua ini, dengan mudah mereka berkata, dengan kurangnya rasuah akan terus muncul RM 20 bilion. Namun, tiba-tiba mereka mengemukakan pendapat untuk meningkatkan cukai syarikat.

"Bagaimana mereka hendak meningkatkan cukai yang dibayar syarikat dan perniagaan tanpa audit melalui tuntutan GST? Bukankah syarikat membayar lebih cukai perniagaan selepas pengenalan GST?," soalnya.

Ditanya mengenai tindakan PH untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga pelaburan dengan China dalam bajet bayangan pakatan pembangkang itu, Khairul Azwan berkaa, beliau keliru dengan percanggahan pendapat pembangkang itu.

"Dalam ceramah yang dijalankan oleh pemimpin pembangkang, mereka mengutuk dan menggelar BR1M sebagai dedak, tapi kini nampaknya mereka mahu BR1M diteruskan.

"Malah, mereka meletakkan syarat tambahan untuk penerima BR1M dengan perlu mengemukakan bukti secara dokumen. Tindakan seperti sengaja ingin menyusahkan rakyat di negara ini dengan kerenah birokrasi.

"Begitu juga dengan kata-kata pemimpin mereka bahawa kerajaan menjual negara kepada syarikat China. Hakikatnya, dasar luar kita adalah bersahabat dengan semua negara, termasuk dalam bidang ekonomi.

"Perjanjian pelaburan dengan China adalah tindakan bijak yang dilakukan kerajaan sekarang dan ini juga yang diterima pembangkang," katanya. - Berita Harian

Belanjawan Pakatan Harapan Tidak Konkrit , Profesionalisma


Pandangan mengenai Belanjawan Pakatan Harapan 2018.

1) PH menyatakan akan menghapuskan GST tetapi di dalam penerangan belanjawan mereka menyatakan akan ubah kepada “pra-GST”. Persoalanya adakah GST akan di kekalkan dan hanya sekadar mengurangi peratusan GST atau ianya betul-betul di hapuskan? Sekiranya dihapuskan sistem apakah akan di guna pakai?

2) Dengan penghapusan GST hasil cukai penggunaan akan menurun daripada RM 42 bilion kepada RM 16 bilion. Atas alasan lebihan aliran tunai ke atas pengguna, PH menjangkakan peningkatan 20% jumlah duti import dan duti eksais kenderaan bermotor (RM 1.43 Bilion) , 20% lagi pembelian hartanah daripada hasil cukai RPGT (RM 0.30 Bilion) dan penjimatan rasuah sebanyak RM20 bilion. Item-item ini dimasukan dalam item fiskal bagi membantu penguranggan pendapatan GST. 

Saya tidak mahu pergi lebih lanjut cukup untuk kita lihat sahaja 3 item fiskal ini. 

PENINGKATAN 20% 

3) Pertama sekali, sistem pengiraan apakah yang diguna pakai untuk menjangkakan semua sektor meningkat 20%? Kita tidak boleh menjangkakan pengguna membelanjakan semua wang lebihan yang ada kerana pengguna juga akan membuat simpanan. 

HASIL CUKAI RPGT

4) Cukai RPGT hanya akan di cukai kan sekiranya transaksi jual tanah berlaku dan ianya hanya akan di kenakan cukai sekiranya penjualan kurang dalam tempoh 5 tahun. Ada dua kelemahan jangkaan belanjawan di sini pertama sekali seandainya berlaku peningkatan pembelian tanah atau perumahan  ia tidak bermaksud mereka akan menjual tanah pada tahun yang sama. 

Kedua, apabila pengguna mempunyai “purchasing power” mereka lebih cenderung untuk tidak menjual tanah tersebut dan menyimpan aset itu melebihi 5 tahun bagi mengelak cukai RPGT. Untuk menjangkakan hasil cukai RPGT meningkat 20% sekiranya aliran tunai meningkat adalah tidak munasabah.

5) Penjimatan rasuah dan pembaziran sebanyak RM20 Billion di masukan sebagai item fiskal belanjawan PH. Ia tidak konkrit untuk di masukan dalam item fiskal. Pertamanya, jumlah RM20 Bilion adalah jumlah yang sangat banyak malah tidak spesifik siapa sahaja boleh melontorkan jumlah tersebut (budak sekolah pun boleh bagi anggaran sebegini). 

Kedua, di dalam Belanjawan PH menyatakan bahawa pembelanjaan di bawah JPM akan di turunkan daripada RM20.8 Bilion kepada RM8.4 Bilion sebanyak RM12.4 Bilion di kurangkan. Persoalanya, adakah staff kerajaan akan dikurangkan? Peluang perkerjaan dikurangkan? Bagaimana pula dengan kualiti kerja dan implimentasi program-program kemasyarakatan sekiranya jumlah sebanyak RM12.4 Bilion itu dikurangkan?  

Kesimpulanya, belanjawan PH ini tidak konkrit, tidak ada unsur profesionalisma dan anggaran yang tidak nyata. Mudah untuk mereka meletak anggaran dan memberi janji-janji manis kerana ia hanya lah rektorik untuk menawan Putrajaya. 

Ahmad Syazwan Shah
Pengerusi Kelab Umno London

Thursday 26 October 2017

Kerajaan Negeri Dengarlah Suara Rakyat , NGO Dan Badan Profesional - Shabudin Yahaya


Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dalam satu kenyataannya berkenaan kejadian tanah runtuh di Lembah Permai, Tanjung Bungah menyarankan supaya kerajaan negeri Pulau Pinang mendengar suara rakyat selain daripada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh NGO dan badan-badan profesional khususnya dalam isu melibatkan pembinaan di lereng bukit dan pengondolan bukit di Pulau Pinang.

Wednesday 25 October 2017

Ahmad Zahid: Hormati Keputusan Pembahagian Kerusi Dan Calon PRU14


PUTRAJAYA, 25 Okt – Parti komponen Barisan Nasional (BN) harus menghormati keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan pembahagian kerusi dan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau akan meneliti setiap calon yang dikemukakan oleh parti komponen dengan keputusan muktamad akan dibuat oleh Najib, selaku Pengerusi BN.

“Kerusi yang diperuntukan kepada sesebuah parti adalah lebih baik jika parti lain tidak ganggu walaupun hasrat itu baik.

“Kita tahu setiap parti komponen diberikan peluang berdasarkan kriteria namun kita harus menghormati lain agar tiada parti yang terguris,” katanya ketika diminta mengulas isu perebutan kerusi Parlimen Cameron Highlands antara Parti Progresif Penduduk (MyPPP) dan MIC dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands itu yang kini disandang bekas presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.

Semalam, dilaporkan bahawa Kavyeas ingin bertemu dengan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi berbincang mengenai isu calon di kerusi itu.

Menuju Bajet 2018 : Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia – Najib


Semakin kita menghampiri Bajet 2018, saya ingin berkongsi cabaran yang telah Malaysia hadapi beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana usaha telah dilakukan untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua.

2. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menerangkan pandangan saya sebelum pembentangan Bajet pada Jumaat ini serta perancangan yang bakal diumumkan, untuk manfaat rakyat Malaysia.

3. Penglibatan saya ke dunia politik adalah secara mengejut dan tidak dirancang selepas pemergian ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika saya berusia 23 tahun.

4. Allahyarham merupakan idola saya, melihat pencapaian dan dedikasi berterusan beliau untuk melihat kemajuan negara serta rakyat Malaysia. Lantas, matlamat saya dalam hidup adalah melakukan yang terbaik untuk mengikuti jejak langkahnya dan berkhidmat demi negara.

5. Seperti Allahyarham Ayahanda, saya juga bercita-cita meletakkan Malaysia di pentas global; dan menjadi antara 20 negara teratas di dunia menjelang 2050. Tiada pencapaian yang lebih hebat daripada meletakkan Malaysia di landasan terbaik untuk masa depannya. Itulah visi saya untuk inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50).

6. Dan kini kita telah berjaya mencapai pelbagai kemajuan. Itulah sebabnya Bank Dunia memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Kerajaan, dan menyatakan dalam laporan negara terkini mereka bahawa: “Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh.”

7. Walau bagaimanapun, ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, cabaran ekonomi yang kita hadapi adalah amat besar. Semasa saya mengambil alih jawatan tertinggi negara pada April tahun itu, kita sedang berada di tengah kemelesetan global yang paling teruk sejak tahun 1930-an. Dasar ekonomi terbuka dan kebergantungan kita kepada perdagangan antarabangsa menyebabkan Malaysia terjejas teruk. Eksport kita menurun 20% sementara ekonomi kita menguncup dengan ketara sebanyak 6.2% pada suku pertama tahun 2009.


8. Kita dibelenggu oleh isu-isu struktur dan legasi serius, dan ini antara lain mengakibatkan gaji rendah yang gagal menyaingi inflasi, harga kereta yang mahal, kadar kemiskinan yang tinggi, ketidaksamaan pendapatan, kenaikan kadar tol lebuh raya yang kerap, penurunan standard pendidikan, pengangkutan awam yang teruk, perjanjian Loji Kuasa Bebas (IPP) yang berat sebelah, serta kapitalisme kroni yang berleluasa. Kesemua ini memberi kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.

9. Kita juga terlalu bergantung kepada minyak, gas dan komoditi, manakala pembangunan negara tidak sama rata, dengan Sabah, Sarawak dan Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketinggalan. Situasi ini memerlukan tindakan tegas dan hala tuju yang jelas.

10. Oleh itu, tindakan pertama yang kita lakukan adalah untuk segera melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi besar bernilai RM67 bilion bagi menyalurkan wang ke dalam ekonomi kita, demi memulihkannya dan menyelamatkannya dari penguncupan yang lebih mendalam.

11. Melalui tindakan ini, kita berjaya menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kesengsaraan melalui kemelesetan teruk, sepertimana yang berlaku pada 1997. Waktu itu, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh lebih daripada 50 peratus, beribu-ribu kehilangan pekerjaan, perniagaan bankrap, dan ramai menderita.

12. Kemelesetan Global 2008-2009 telah memberi kesan cukup mendalam kepada banyak negara, termasuk negara maju yang masih belum pulih hingga hari ini. Namun, atas tindakan pantas yang kita ambil, rakyat Malaysia secara amnya terlindung daripada mengalami kesannya. Ia sama sekali tidak seperti tahun 1997.

13. Walaupun pakej rangsangan yang diperkenalkan ketika itu menyebabkan kenaikan sebanyak 10% dalam nisbah Hutang-KDNK kita ke paras melebihi 50%, namun langkah-langkah ini berjaya, dan Malaysia telah pulih dengan cepat. Menjelang akhir tahun itu, ekonomi kita telah kembali berkembang. Ini adalah satu pemulihan yang cukup mengagumkan.

14. Nisbah itu seterusnya stabil di bawah 55%, yang jauh di bawah tahap negara-negara yang maju – misalnya tahun lepas nisbah di UK hampir 90%. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang cuba menggunakan peningkatan hutang ini untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan mendakwa kita akan bankrap. Ini langsung tidak masuk akal. Pada tahun 1986, nisbah Hutang-KDNK Malaysia mencapai 103%, dan kita tidak pula muflis pada waktu itu! Ini menunjukkan bahawa apabila pembangkang bercakap tentang ekonomi, mereka hanya menyebar propaganda dan pembohongan yang terang-terangan untuk kepentingan politik mereka yang mementingkan diri sendiri. Ini namanya – sabotaj ekonomi.

15. Kedua, kita sedar bahawa kita perlu melakukan pembaharuan yang luas. Kita juga sedar bahawa untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu mempunyai perancangan ekonomi yang menyeluruh dan berhemah- sebuah pelan tindakan, dengan petunjuk prestasi utama dan hasil yang boleh diukur supaya dapat menguji kemajuan dan memastikan kita terus berada di landasan yang tepat.

16. Pelan itu adalah Program Transformasi Negara, dengan komponen utamanya, Program Transformasi Ekonomi, atau ETP. Sesetengah orang menggelarnya “Najibnomics” – bukan saya yang berikan nama tersebut! Tetapi saya boleh terima penggunaan istilah ini oleh orang ramai, kerana selepas tujuh tahun, kita dapat melihat bahawa rancangan ini – yang meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai asas dan matlamat utamanya – telah berjaya dilaksanakan, dan akan terus dilaksana.

17. Pendapatan Negara Kasar telah meningkat hampir 50%. Kita juga telah mengurangkan jurang sasaran pendapatan tinggi, dari 33% kepada 19%.

18. 2.26 juta pekerjaan telah diwujudkan, di mana lebih satu juta daripadanya adalah pekerjaan berpendapatan tinggi.

19. Mac lalu, eksport kita mencecah RM82.63 bilion – angka bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah direkodkan.

20. Inflasi dan pengangguran kekal rendah. Oleh kerana dasar luar negara, kita telah berjaya menarik Pelaburan Langsung Asing pada tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang menunjukkan keyakinan dunia terhadap Malaysia.

21. Pada tahun 2017 sahaja kita telah melihat 14 MOU perniagaan antara Malaysia dan China bernilai RM144 bilion, 31 MOU perniagaan antara Malaysia dan India bernilai RM158.4 bilion, serta pelaburan USD7 bilion di Malaysia oleh Saudi Aramco. Ini membawa bersamanya beribu-ribu pekerjaan baru, pemindahan kemahiran, dan peningkatan taraf hidup untuk keluarga yang tidak terhitung jumlahnya.

22. Dan pada masa sama, meskipun terdapat kegawatan besar dalam ekonomi global, kejutan kejatuhan harga minyak, dan kemelesetan yang melanda kebanyakan negara Eropah yang hampir memusnahkan beberapa negara, kita telah mencatatkan pertumbuhan yang sihat, tahun demi tahun. Bank Dunia baru-baru ini menyemak semula ramalan mereka untuk pertumbuhan Malaysia kepada 5.2% untuk tahun 2017 – kali kedua mereka melakukannya tahun ini!

23. Ini sebahagian daripada kejayaan utama Kerajaan dan berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras di bawah rancangan yang kita rencanakan pada tahun 2010.

24. Tetapi terdapat banyak lagi langkah-langkah yang lebih spesifik yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki standard dan membantu rakyat.

25. Kita telah memperkenalkan pelan pendidikan untuk sekolah dan universiti; dan sekarang kita dapat melihat kedudukan universiti-universiti kita di peringkat antarabangsa mula meningkat dengan mantap.

26. Malaysia adalah negara pengguna jalan raya, dan sebab itulah kita menggalakkan Khazanah Nasional dan KWSP membeli PLUS Expressway secara langsung pada tahun 2010 daripada pemegang swasta. Ini bermakna setiap ringgit yang dikutip kini kembali sama ada kepada Kerajaan atau kepada pemegang akaun KWSP.

27. Lebuhraya milik PLUS seperti Jambatan Pulau Pinang, Second Link dan Lebuhraya Utara-Selatan juga tidak mengenakan kenaikan tol sejak pembelian pada tahun 2010.

28. Pada masa sama, jalan raya juga telah dinaik taraf – contohnya, sebahagian besar Lebuhraya Utara-Selatan telah dinaik taraf menjadi tiga atau empat lorong berbanding dua lorong pada masa lalu.

29. Walaupun begitu, aspek lain pengangkutan awam telah diabaikan oleh salah seorang pemimpin dahulu. Beliau membazirkan berbilion-bilion ringgit dalam projek “vanity” dan bukannya membina infrastruktur kelas dunia yang diperlukan oleh Malaysia untuk menarik pelabur mahupun untuk kesejahteraan rakyat.

30. Di bawah Kerajaan saya, fasa pertama projek Mass Rapid Transit telah siap pada akhir tahun lepas, dan fasa kedua Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah dilancarkan pada bulan Julai. Kini, kita mempunyai rangkaian perkhidmatan sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen.

31. Projek-projek ini mencipta 130,000 pekerjaan baru, di mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Lebih mengagumkan lagi, projek-projek ini siap lebih awal daripada jadual dengan penjimatan sebanyak RM2 bilion. Kini MRT 2 dan 3 turut berada dalam perancangan, manakala dalam masa beberapa tahun lagi kita juga akan mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Ini akan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya ini kepada 90 minit berbanding lebih daripada empat jam dengan kereta.

32. Tetapi tumpuan bukan sekadar untuk Lembah Klang atau pantai barat sahaja. Lebih daripada itu, tumpuan kita adalah untuk kawasan-kawasan lain di Malaysia yang telah diabaikan terlalu lama. Kita inginkan pembangunan yang lebih adil, lebih inklusif, dan meningkatkan semua sektor penduduk dan kawasan di negara kita.

33. Mengambil contoh Kelantan, yang telah dianak tirikan dan disekat dana pembangunan serta tidak dinaikkan taraf infrastruktur air mereka selama beberapa dekad oleh seorang bekas pemimpin kerana ia diperintah oleh parti pembangkang.

34. Bagi saya, ini tidak adil, kerana air bersih adalah penting untuk kehidupan dan adalah hak semua rakyat Malaysia. Oleh itu, kita telah membantu Kelantan dengan perjanjian penstrukturan semula air tahun lepas yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion.

35. Rakyat di Kelantan juga menderita akibat hubungan pengangkutan yang teruk – ramai terpaksa menanggung perjalanan kereta perlahan, sesak dan berbahaya semasa perjalanan antara negeri.

36. Bagi menangani hal ini, Kerajaan membina Lebuhraya Central Spine Road bebas tol bagi menghubungkan Kelantan dengan seluruh Semenanjung, manakala fasa 3 Lebuhraya Pantai Timur akan dilanjutkan ke Kelantan.

37. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur atau ECRL pula akan menjadi satu lagi “game-changer” untuk negeri-negeri pantai timur.

38. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah menyediakan begitu banyak peruntukan tahunan dan projek pembangunan bagi mereka. Sebagai contoh, Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi pemacu utama bagi pembangunan dan perhubungan di Malaysia Timur.

39. Saya berusaha untuk bersikap adil kepada semua negeri – termasuk yang dipegang oleh pembangkang. Misalnya, Kerajaan telah membuat perjanjian penyusunan semula air dengan Pulau Pinang dan Selangor untuk membantu mereka mengurangkan hutang negeri dan menyediakan pembaharuan infrastruktur bekalan air yang diperlukan.

40. Dalam kes Pulau Pinang, pakej penstrukturan semula air pada tahun 2010 melibatkan bantuan kepada kerajaan negeri bagi mengurangkan hutang mereka sebanyak RM655 juta, sambil memberi mereka geran tambahan RM1.2 bilion untuk membesarkan lagi empangan. Ini membolehkan Kerajaan Negeri DAP bermegah bahawa kononnya mereka telah mengurangkan hutang negeri mereka sebanyak 95%, padahal ini sebenarnya disebabkan oleh usaha Kerajaan Persekutuan.

41. Usaha kita memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada ekonomi yang semakin meningkat telah memperlihatkan pengurangan yang menakjubkan dalam kadar kemiskinan. Kemiskinan tegar di Malaysia jatuh dari 3.8% pada tahun 2009 kepada hanya 0.4% pada 2016. Di Sabah sahaja, kita berjaya mengurangkan kadar daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada hanya 2.9% pada tahun lepas.

42. Pendapatan per kapita rakyat juga meningkat daripada RM27,819 pada tahun 2010 kepada RM40,713 pada tahun 2017. Pendapatan median bulanan pula meningkat daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,288 pada 2016. Dan kita juga telah melihat peningkatan dalam pendapatan isi rumah B40 – yang telah meningkat kepada RM3,000 pada 2016 daripada RM2,629 pada tahun 2014.

43. Sebagai hasilnya, nisbah GINI kita – yang mengukur kesaksamaan pendapatan – turun daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.399 tahun lepas, yang paling rendah dalam sejarah Malaysia. Kesaksamaan pendapatan Malaysia tidak pernah lebih baik daripada masa kini.

44. Pada masa yang sama, kita sedar bahawa isu kos sara hidup memberi kesan paling tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah, dan inilah sebabnya kita mengagihkan RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada 7.28 juta isi rumah pada tahun 2016 dan juga memperkenalkan gaji minimum.

45. Seorang bekas pemimpin baru-baru ini menyifatkan BR1M sebagai penyalahgunaan dana kerajaan – tetapi dia seharusnya cuba nyatakan sebegitu kepada para penerima. Ia sebenarnya amat kejam untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang untuk bercakap mengenai menghapuskan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-juta rakyat Malaysia.

46. Semua yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat. Dan ini termasuk melaksanakan banyak keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun tidak selalunya popular.

47. Kita perlu merasionalisasi subsidi yang tidak tersasar. Subsidi pukal pada pelbagai barangan seperti petrol, yang telah dimulakan pada zaman seorang bekas pemimpin terdahulu, telah melonjak menjadi kadar yang tidak mampan. Pada 2012 misalnya, subsidi bahan api sahaja mencapai RM25 bilion dan menelan 13.6% daripada jumlah belanjawan negara.

48. Kebanyakan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada, dan bukan mereka yang betul-betul memerlukannya. Oleh itu, apa yang telah kita laksanakan adalah menyalurkan dana kepada golongan B40 dengan cara yang disasarkan, yang kita percaya adalah cara yang lebih bijak dan beretika untuk mengagihkan wang rakyat.

49. Kita perlu mengurangkan kebergantungan kita terhadap pendapatan daripada minyak dan gas yang menyumbang sebanyak 41% daripada pendapatan Kerajaan pada tahun 2009. Ini menyebabkan kita terdedah dan terlalu bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui, yang masa depan jangka panjangnya juga diragui tatkala banyak negara dan industri telah beralih kepada penyelesaian tenaga hijau.

50. Kita berjaya dalam hal ini, dan minyak dan gas kini hanya membekalkan 14.6% daripada hasil Kerajaan pada 2017. Ternyata kita bernasib baik dengan keputusan awal yang dilaksanakan dengan berlakunya kemelesetan harga minyak dunia pada tahun 2014.

51. Kali terakhir harga global bagi eksport komoditi utama Malaysia jatuh adalah pada tahun 1985. Pada masa itu kita tidak bersedia dan ekonomi kita mengalami kemelesetan teruk.

52. Walau bagaimanapun, kali ini kita lebih bersedia berikutan ketegasan Kerajaan untuk memastikan daya tahan asas ekonomi kita. Meskipun kita turut terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia pada 2014, namun tidak seperti negara-negara pengeksport minyak lain, Malaysia bukan sahaja berjaya mengelakkan kemelesetan tetapi ekonomi kita terus berkembang.


53. Salah satu langkah yang menjadi penyumbang utama kepada perkara ini adalah pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, atau GST – yang menjadi salah satu sumber serangan utama pembangkang terhadap kerajaan.

54. Ramai mendakwa bahawa GST adalah cukai baharu, dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan untuk Kerajaan. Sebenarnya, ia adalah pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang tidak cekap, rumit dan tidak berfungsi dengan baik, sama ada untuk pengguna ataupun perniagaan.

55. Seandainya niat kerajaan adalah untuk meningkatan pendapatan, adalah lebih mudah jika kita meningkatkan cukai korporat, cukai pendapatan dan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

56. Sebaliknya, sejak saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008, kita telah mengurangkan cukai korporat daripada 27% hingga 24%. Kadar cukai pendapatan peribadi juga telah jatuh, daripada 28% pada tahun 2008 kepada 24% sekarang untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

57. Kita juga menaikkan nilai ambang cukai pendapatan supaya mereka yang pendapatannya adalah RM4,000 atau kurang, tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan. Ini bukan seperti dulu di mana mereka yang mempunyai gaji RM2,000 tetap dikenakan cukai.

58. Oleh itu, GST tidak sepatutnya dianggap sebagai cukai tambahan baru tetapi sebahagian daripada pembaharuan cukai menyeluruh yang direka untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, dapat mengawasi ekonomi hitam dan haram, serta mengurangkan pengelakan cukai dan meluaskan asas percukaian negara.

59. Banyak negara lain seperti India dan Mesir turut ikut serta jejak Malaysia semenjak kita melaksanakan GST pada tahun 2015. Sementara itu, semua Negara Kerjasama Teluk – Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu – akan melaksanakan GST mereka pada 1 Januari tahun depan.

60. Malah, perancangan ekonomi kita telah membolehkan kadar GST Malaysia hanya 6% – jauh lebih rendah daripada negara-negara lain yang tidak berkongsi asas ekonomi yang kukuh seperti kita.

61. Kebanyakan negara – lebih daripada 160 di seluruh dunia – telah melaksanakan GST kerana mereka tahu ia diperlukan untuk menjadikan negara mereka lebih kuat dan lebih berdaya saing. Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST – tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu.

62. Saya juga ingin menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan GST diperlukan bagi membayar untuk 1MDB adalah satu pembohongan besar – pembohongan yang disedari sendiri oleh ahli politik yang membuat dakwaan tersebut.

63. 1MDB sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perjanjian kuasa berat sebelah yang telah ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin. Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang. Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk “Tiada lagi perjanjian pilih kasih”.

64. 1MDB juga telah membiayai pembinaan dan penambahbaikan lapan pangkalan tentera yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan pada masa dahulu. Ia juga telah membiayai beribu-ribu biasiswa dan perjalanan Haji untuk para jemaah.

65. Memang benar bahawa 1MDB mempunyai masalahnya, dan kita telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan dan mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang sihat.

66. Tetapi apabila perjanjian projek Bandar Malaysia ditandatangani, 1MDB dijangka akan membuat keuntungan yang lebih daripada cukup untuk menanggung kerugiannya. Dan pembohongan bahawa rakyat perlu menanggung akibat daripada keputusan 1MDB akan terkubur. Ini kerana selepas program rasionalisasi selesai, 1MDB berkemungkinan besar akan menjana keuntungan untuk rakyat, dan ini tidak termasuk segala usaha tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakannya selama bertahun-tahun.

67. Akhir sekali, saya juga ingin menyentuh mengenai isu mata wang kita, Ringgit Malaysia. Apabila Amerika Syarikat mengalami kesan akibat Kemelesetan Besar pada 2008-2009, mereka mula menurunkan kadar faedah – yang menyebabkan banyak dana global mengalihkan dana mereka ke negara-negara seperti Malaysia untuk mencari pulangan yang lebih tinggi.

68. Ringgit kita menerima manfaat daripada ini dan telah meningkat 30% daripada RM3.73 untuk USD1 apabila saya pertama kali menjadi Perdana Menteri, kepada paras bawah RM3.00 pada 2011-2013. Walau bagaimanapun apabila AS mula pulih daripada kemelesetan, mereka mula menaikkan kadar faedah sekali lagi.

69. Ini, ditambah pula dengan kejatuhan harga komoditi yang drastik, menyebabkan Ringgit kita menurun ke nilai semasa – satu lagi topik yang digunakan pembangkang untuk mengkritik kerajaan.

70. Adalah aneh bahawa pembangkang kini mendakwa bahawa Ringgit yang lemah ini merupakan tanda bahawa Malaysia akan bankrap – walhal ketika PRU13, pembangkang juga mendakwa bahawa Malaysia akan muflis meskipun Ringgit telah meningkat 30% berbanding dolar AS!

71. Menambat Ringgit dan melaksanakan semula kawalan modal adalah perkara paling mudah untuk saya lakukan. Namun, setelah mengalami kekurangan pelaburan selepas mengenakan kawalan modal dan menambat Ringgit dari tahun 1998 hingga 2005, keputusan dibuat untuk tidak melakukannya lagi.

72. Benar, nilai Ringgit menurun di tengah-tengah pergolakan global dan ketidakpastian sejak 2014, tetapi terdapat juga aspek positif daripadanya apabila eksport dan pelancongan kita meningkat tinggi.

73. Meskipun ada yang memberikan tanggapan bahawa ia lemah, prestasi Ringgit Malaysia sebenarnya lebih baik daripada mata wang banyak negara pengeksport komoditi besar yang lain. Sejajar dengan prestasi ekonomi kita yang terus baik – seperti ramalan semua pakar ekonomi – Ringgit akan turut mengukuh pada kadar pasaran yang sesuai.

74. Anda tidak akan mendengar tentang semua ini daripada pembangkang atau seorang bekas pemimpin negara yang taksub dengan kuasa dan mahu terus memerintah meskipun dalam persaraan, dan menyalahkan saya atas kekalahan anaknya dalam perlumbaan untuk menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2013.

75. Saya enggan mematuhi cara beliau kerana saya yakin bahawa Malaysia memerlukan visi baru, jauh dari cara lama yang telah membawa kepada masalah legasi yang serius yang kita hadapi sebelum ini serta membawa kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.

76. Sebagai sebuah negara, kita perlu beralih ke fasa seterusnya untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi di mana taraf hidup dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia menjadi keutamaan. Ini adalah wawasan saya untuk Malaysia –perjuangan yang lebih besar daripada diri saya sendiri. Malaysia seringkali membuktikan ia mampu mencapai prestasi yang lebih baik daripada jangkaan dan saya yakin dan percaya akan potensi besar kita sebagai sebuah negara.

77. Potensi ini telah diiktiraf oleh banyak institusi antarabangsa seperti OECD, IMF dan Bank Dunia. Mereka telah berulang kali memuji pengurusan makroekonomi Kerajaan dan pembaharuan struktur, manakala tinjauan yang oleh Wharton School di Universiti Pennsylvania pada awal tahun ini mengisytiharkan Malaysia sebagai ‘Negara Terbaik untuk Melabur’.

78. Semua agensi penarafan kredit utama telah mengesahkan status Malaysia dalam band “A”, dan keputusan OECD adalah: “Malaysia adalah salah satu ekonomi Asia Tenggara yang paling berjaya … hasil daripada asas makroekonomi yang mantap dan kejayaannya dalam mentransformasikan ekonominya menjadi pelbagai dan inklusif. ”

79. Kesemua ini adalah hasil daripada perancangan ekonomi yang dilaksanakan Kerajaan selepas saya mengambil alih jawatan pada tahun 2009. Keputusan sukar yang kita ambil tidak selalunya popular – tetapi adalah perlu, dan keputusan-keputusan ini telah melindungi Malaysia daripada kesan teruk kemelesetan dan pergolakan yang menimpa ekonomi global. Kita telah bertindak sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa berusaha melindungi rakyat dan menjaga kebajikan serta keselamatan mereka.

80. Dalam beberapa hari lagi, saya akan membentangkan Bajet 2018, di mana inisiatif baru dan beberapa pengumuman penting akan disampaikan untuk manfaat semua rakyat Malaysia.

81. Bajet ini akan terus dipacu oleh matlamat saya untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara; untuk mewujudkan negara Malaysia yang dapat memberi perlindungan kepada mereka yang lemah dan bersifat adil kepada semua: Malaysia di mana tiada sesiapa akan ketinggalan.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK,
PERDANA MENTERI MALAYSIA