This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 31 May 2017

Apa Cerita Isu Foto Zairil – Dayana ? Sampai Bila DAP Mahu Sorok ?


BUKIT BENDERA – Sudah sampai masanya Dap membakulsampahkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang sentiasa dicanangkan parti itu apabila ternyata ia hanyalah wayang semata-mata kerana banyak tidak dipraktikkan apabila sesuatu isu melanda pentadbiran dan pemimpin mereka, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim.

Jelas beliau dari isu rasuah Ketua Menteri, rumah kos rendah, gadai tanah dan pelbagai lagi termasuk isu yang menimpa Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari semuanya seperti cuba disembunyikan .

Tambah beliau lagi sehingga kini Dap masih terus mengunci mulut dan tidak membentangkan hasil siasatan mereka terhadap isu gambar intim dan mesra yang didakwa mirip Zairil bersama Dayana Sofea.

“Seharusnya Dap mendedahkan hasil siasatan mereka itu ataupun Zairil telah ‘diarah’ untuk berdiam diri sama seperti taktik Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan Lim Guan Eng yang akan terus membisu sekiranya terpalit sebarang isu.

“Rakyat sehingga kini masih tertanya-tanya apakah tindakan yang diambil oleh Dap terhadap Zairil kerana sekiranya perkara sebegini menimpa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), sudah pasti pembangkang akan ‘menyalak’ mendesak tindakan tegas diambil kononnya ia membabitkan maruah,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Justeru tegasnya Pemuda Pulau Pinang mendesak Dap negeri itu untuk mendedahkan hasil siasatan terhadap Zairil.

Untuk rekod, Pengerusi Dap Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, telah mengarahkan agar Zairil “memberi penjelasan” dan menasihatkannya supaya berdepan dengan media namun sehingga kini isu tersebut terus sunyi.

Zairil sekali lagi menjadi tumpuan selepas beberapa gambar intim dan mesra yang didakwa mirip beliau serta bekas calon Dap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud tersebar di internet.

Empat keping gambar itu menunjukkan perlakuan mesra dan intim kedua-dua pasangan berkenaan termasuk berpegangan tangan dan bercium.

Ini merupakan kali ketiga gambar dan video pasangan yang didakwa mirip kedua-dua pemimpin Melayu Dap berkenaan tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, Zairil telah menafikan beliau merupakan indvidu di dalam gambar itu dan mendakwa penyebaran gambar tersebut adalah percubaan menyerang peribadinya.

KSCIP Mulakan Operasi


Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang diumumkan penubuhannya pada 1 Mac lalu sempena lawatan rasmi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, beroperasi mulai hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Se­ri Hishammuddin Tun Hussein berkata, KSCIP yang mempunyai kaitan dengan Pusat Global Bagi Memerangi Ideologi Ekstremis (GCCEI) merupakan satu inisiatif bagi menggerakkan kerjasama stra­tegik antara masyarakat antarabangsa dalam usaha menangani keganasan.

“Sembilan puluh hari telah di­tetapkan untuk kita memulakan pusat ini dan hari ini saya ingin maklumkan bahawa KSCIP telah beroperasi di sebuah pejabat sementara di Kuala Lumpur.

“Tempoh dua tahun ditetapkan­ untuk pembinaan pusat rasmi KSCIP yang mana lokasinya akan dimaklumkan kemudian,” katanya selepas mengedarkan 3,000 bungkusan bubur lambuk kepada warga Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Yang turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Menurut beliau, majlis pelancaran KSCIP yang sepatutnya di­rasmikan Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman Al- Saud esok, ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Hishammuddin berkata, KSCIP menunjukkan Malaysia berada pada landasan yang tepat memerangi keganasan dan ia menjadi platform bagi menggerakkan usaha untuk mempromosi idea keamanan sejagat berdasarkan konsep wasatiyyah.

“Usaha untuk memerangi ke­­ganasan tidak hanya men­cukupi dengan kaedah ketenteraan dan undang-undang sa­haja tetapi mes­ti menggunakan soft approach (pendekatan lembut) melalui jiwa dan minda.

“Di KSCIP ini kita akan meng­gembleng para ilmuwan, Menteri Pertahanan ASEAN serta pihak pe­risikan antarabangsa sebagai persiapan untuk memerangi ideologi kumpulan ekstremis,” katanya.

Dalam pada itu Hishammuddin berkata, Malaysia bersedia untuk memberi segala bentuk bantuan yang diperlukan oleh kerajaan Fili­pina bagi menangani krisis keganasan di Marawi.

“Apa yang Malaysia boleh bantu kita akan bantu dan bersedia berikan kerjasama kepada kerajaan Fili­pina.

“Kita akan menentang keganasan habis-habisan dan usaha ini turut dipersetujui oleh negara-negara ASEAN lain,” ujarnya.

sumber - utusan 

Tuesday, 30 May 2017

Tender Terbuka , Kerajaan Negeri Sengaja Buat Tak Faham


Isu penjualan tanah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Lebuh Peel terus mendapat perhatian banyak pihak memandangkan proses penjualan tanpa melalui tender terbuka itu dilihat sebagai bukti bahawa kerajaan negeri selama ini menipu rakyat.

Walaupun kerajaan negeri telah memberikan alasan bahawa penjualan tanah terbabit dibuat tanpa melalui tender terbuka disebabkan oleh projek berimpak tinggi , ramai dari kalangan warga Pulau Pinang khususnya tertanya-tanya kenapa ianya tidak dimaklumkan sewaktu isu tender terbuka diwar-warkan sebagai amalan dan dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kenapa kerajaan negeri dilihat seolah-olah cuba mengaburi mata rakyat dengan menyembunyikan keputusan untuk membenarkan penjualan tanah yang berimpak tinggi dilakukan tanpa melalui tender terbuka dan hanya memaklumkan situasi tanah di Lebuh Peel setelah ianya didedahkan ?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini mendabik dada dan mendakwa bahawa hanya satu peratus daripada keseluruhan RM38 bilion projek yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak melalui tender terbuka.

Kenyataan ini disiarkan dalam akaun facebook milik Lim Guan Eng sendiri ;

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, hanya satu peratus projek yang membabitkan kejadian bencana atau kecemasan tidak melalui tawaran tender terbuka.

"Itupun cuma satu peratus sahaja, 99 peratus lagi daripada RM38 bilion adalah melalui tawaran tender terbuka.

"Jadi, saya tidak faham kenapa ada pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri tidak 'pakai' tender terbuka sedangkan semua projek...99 peratus melalui tender terbuka." - rujukan 

Persoalannya apakah projek melibatkan hospital swasta itu termaktub dalam istilah bencana dan kecemasan dan apakah keperluan projek ini memandangkan terdapat juga cadangan pembinaan hospital swasta dilengkapi kemudahan hotel dan tempat letak kenderaan bertingkat di Taman Manggis ?

Ternyata ianya adalah satu kenyataan yang cukup mengelirukan dan putar belit ini kemudiannya dipersoalkan oleh wakil BN di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.


YB Datuk Shah Headan Ayoob Shah (BN-Teluk Bahang) berkata kerajaan di bawah pentadbiran DAP menjanjikan mereka akan mengamal sistem tender terbuka terhadap semua projek kerajaan negeri selepas memimpin negeri ini.

Malah mendesak kerajaan negeri supaya mengemukakan statistik jumlah syarikat swasta yang telah menerima tender secara tertutup atau rundingan.

"Kalau betul hanya satu peratus sahaja projek pembangunan di negeri ini dijual secara tender tertutup, kerajaan negeri perlu beri statistik itu, jangan hanya cakap tanpa fakta," katanya ketika Ketua Menteri Lim Guan Eng menggulung perbahasan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.


Manakala Ketua Pembangkang DUN Datuk Jahara Hamid pula berkata pihaknya juga ingin mendapat jawapan daripada kerajaan negeri yang lewat mendedahkan penjualan tanah di Lebuh Peel walaupun perjanjian dimeterai dalam tempoh lama.

"Kami faham kerajaan negeri mahu lakukan pelaburan strategik dengan menjemput pelabur luar masuk ke negeri ini tetapi kenapa mahu sorok dan pada hari ini hanya membentangkan secara lisan tanpa terma yang tepat," katanya.

Guan Eng mungkin tertanya-tanya kenapa perlunya pertikaian ini berlaku memandangkan ianya hanya melibatkan 1% daripada keseluruhan projek yang melalui tender terbuka yang diperkatakan beliau.

Yang Guan Eng tak faham atau buat-buat tak faham adalah pertikaian itu melibatkan integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang selain janji yang diwar-warkan sebelum ini untuk mengamalkan tender terbuka bagi semua projek di Pulau Pinang ?

Sebab itulah wakil-wakil BN semasa Sidang Dewan baru-baru ini dengan jelas mengatakan bahawa CAT sebenarnya sudah mati di Pulau Pinang.

Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Isu Laporan Muka Depan The Star


KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung penyiaran muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Sabtu lepas di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis akan memanggil mereka yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan berikutan banyak laporan diterima mengenai paparan muka depan akhbar itu melibatkan foto dan kapsyen yang menyinggung perasaan masyarakat Islam.

"Mereka (The Star) perlu memberi keterangan kenapa, apa sebab atau niat menyiarkan gambar berserta kapsyen seumpama itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anggota keselamatan negara di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, akhbar The Star telah menyiarkan gambar berserta kapsyen yang dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan maklum balas pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri turut memanggil empat wakil akhbar harian itu untuk memberi penjelasan berhubung kaitan foto umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan,namun tajuk muka depan di atas foto itu tertulis "Malaysia Terrorist Leader", seolah-olah mengaitkan umat Islam dengan keganasan.

Mengulas mengenai identiti dua warga Malaysia yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di bandar Marawi, Mindanao baru-baru ini, Khalid berkata pihaknya masih belum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa negara itu.

"Kita sedia maklum mengenai perkara ini namun perlu ada pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina," katanya.

Dua rakyat Malaysia itu dipercayai antara 13 militan yang terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina.

Pertempuran itu berlaku apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, serta kumpulan Maute, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh. Bernama

Monday, 29 May 2017

4 Wakil The Star Hadir Ke KDN


Susulan laporan muka depan The Star pada Sabtu lalu yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini, empat wakil akhbar berbahasa Inggeris itu, dilihat memasuki Kementerian Dalam Negeri pada pukul 10.50 pagi.

Ia bagi memberi keterangan berhubung laporan tersebut.

Empat wakil itu ialah tiga Pengarang Eksekutif The Star, Rozaid Abdul Rahman, Brian Martin dan N. Dorairaj serta Pengarang Pakar The Star, M.Shanmugam.

Terdahulu semalam, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam kenyataannya memaklumkan kementerian tersebut akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berbahasa Inggeris itu yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Alwi berkata, pihaknya kecewa terhadap tindakan akhbar tersebut yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat terawih pada malam pertama Ramadan dengan tajuk muka depannya ‘Malaysia Terrosist Leader’.

Sunday, 28 May 2017

UMNO Persoal Tindakan Kerajaan Pulau Pinang Berhutang Dengan Bank China


BUKIT MERTAJAM - UMNO Pulau Pinang pelik dengan tindakan kerajaan negeri mahu berhutang dengan sebuah bank di China, sedangkan sebelum ini Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu mempunyai lebihan bajet serta simpanan kira-kira RM1.2 bilion.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata kerajaan negeri juga sepatutnya menggunakan dana yang diperoleh daripada hasil jualan tanah kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan, bukannya berhutang dengan bank berkenaan.

Beliau mendakwa sebelum ini beberapa akhbar melaporkan kerajaan negeri memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion daripada penjualan tanah, tidak termasuk hasil projek lain yang dibangunkan di negeri ini.

"Sepanjang Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang, tidak pernah langsung BN meminjam sehingga ke luar negara, lagipun kerajaan negeri pimpinan Lim mempunyai dana hasil penjualan tanah.

"Selain itu, beliau (Lim) juga sebelum ini memberitahu mempunyai lebihan bajet serta simpanan kira-kira RM1.2 bilion dan mengapa tiba-tiba mahu meminjam wang. Saya pelik dengan tindakan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemimpin bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, hari ini.

Beliau mengulas berhubung persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini yang meluluskan Rang Undang-Undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan kerajaan negeri membuat pinjaman daripada sebuah bank di China.

Lim yang membentangkan rang undang-undang itu dilaporkan berkata enakmen diperkenalkan bagi mewujudkan suatu perundangan baharu mengenai pinjaman kerajaan negeri dan ia adalah atas inisiatif untuk memberi limpahan pelaburan dan merancakkan pertumbuhan sosioekonomi, melaksanakan pembangunan fizikal demi kesejahteraan serta kemakmuran rakyat.

Zainal Abidin turut menyifatkan inisiatif itu sebagai tindakan untuk menjual dan menggadaikan negara.

"Nampaknya kini mereka juga tidak menafikan pelaburan dari negara luar itu penting tetapi jika boleh (kerajaan negeri) gunalah dahulu dana dalaman sebelum membuat pinjaman apa lagi semua sudah mengetahui hasil keuntungan kerajaan negeri agak besar," katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang mempunyai strategi baharu yang diyakini dapat membantu merampas kembali parlimen Permatang Pauh pada Piliharaya Umum Ke-14 terutama jika berlaku pertandingan tiga penjuru di situ.

"Kalau satu lawan satu pun saya percaya UMNO boleh menang kali ini kerana kita ada strategi tetapi jika tiga penjuru itu satu bonus kepada kami. UMNO Permatang Pauh telah lama mengerakkan jentera dan pengundi juga mula menerima dengan baik," katanya.

sumber - bernama

Saturday, 27 May 2017

Kerajaan Malaysia Ucap Takziah, Kutuk Serangan Bersenjata Di Wilayah Minya, Mesir


PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas kenderaan yang membawa penganut Koptik Kristian di Wilayah Minya, Mesir pada 26 Mei 2017 yang telah meragut 28 nyawa termasuk kanak-kanak dan mencederakan 23 orang.

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Arab Mesir serta keluarga dan mangsa yang terlibat dalam insiden serangan tersebut.

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah mengesahkan bahawa setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera di dalam insiden tersebut. Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan berkenaan insiden serangan tersebut.

Kementerian Luar Negeri ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di Mesir supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan keselamatan mereka. Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh dikemukakan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau menerusi e-mel mwcairo@kln.gov.my.

Butterworth Di Landa Banjir Kilat


BUTTERWORTH – Hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dan rumah penduduk di sekitar Butterworth dilanda banjir kilat.

Kawasan yang dinaiki air selepas hujan lebat dari pukul 3 hingga 7 pagi itu ialah Taman Senangin, Kampung Main Road, Taman Kepar serta Taman Supreme.

Ketua Pemuda MIC Permatang Pauh M.Suresh yang melawat kawasan banjir kilat itu berkata beliau dimaklumkan oleh penduduk di kawasan terjejas rumah mereka dinaiki air sejak pukul 4 pagi selepas hujan lebat.

“Saya dan beberapa rakan terus pergi melihat keadaan mangsa dan kebanyakan rumah penduduk di kawasan itu dinaiki air hingga paras lutut,” katanya.

Seorang penduduk Taman Senangin, Wong Tiew Hwa, 48, berkata kawasan perumahan itu akan dilanda banjir kilat jika hujan lebat berlanjutan hingga beberapa jam dan tahun ini sahaja telah tiga kali rumahnya dinaiki air.

Wong berkata beliau dan penduduk di situ berharap kerajaan negeri atau pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat itu.

“Ini bukan masalah baru dan setiap kali hujan lebat penduduk perlu bersiap sedia memindahkan barang elektrik ke tempat lebih tinggi jika tidak semua itu akan rosak dan terpaksa beli baharu,” katanya.

Difahamkan tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kerana air mula surut pada pukul 11 pagi dan penduduk mengambil peluang cuti hujung minggu untuk membersihkan rumah mereka.

Friday, 26 May 2017

NGO , Ahli Pas Demonstrasi Bantah Campur Tangan Fatwa


PULAU PINANG – Suara bantahan umat Islam di negeri ini terhadap campur tangan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu pewartaan fatwa te­rus dilaungkan kali ini oleh sekumpulan kira-kira 30 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam dan Melayu.

Mereka berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan itu di hadapan Masjid Simpang Enam, Georgetown di sini selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2 petang yang turut disertai ahli-ahli Pas.

Selain melaungkan kecaman terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa campur tangan dalam urusan umat Islam, mereka turut membawa sepanduk antara­nya bertulis DAP jangan biadab ceroboh hal ehwal umat Islam.

Sementara itu, Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang menge­tuai perhimpunan aman tersebut berkata, umat Islam di negeri ini tidak akan berdiam diri sebaliknya akan terus menyatakan bantahan terhadap campur tangan dalam hal ehwal Islam tersebut.

“Tindakan ini sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan sekali gus mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang melepaskan fatwa yang masih tergantung,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak Exco beragama Islam di dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang bangkit mempertahankan tindakan pihak yang cuba menghalang pe­wartaan fatwa tersebut.

Menurut beliau, Exco ber­kenaan iaitu Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Datuk Abdul Malik Abul Kassim perlu memainkan peranan mereka membantah tindakan campur tangan tersebut sebagai tanggungjawab kepada umat Islam di negeri ini.

“Mereka sepatutnya berani bersuara terhadap tindakan campur tangan dalam urusan Islam ini, bukannya seolah-olah dilihat seperti tunduk dan bersetuju dengan perkara tersebut,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan status dan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man sama ada masih sebagai ahli Pas atau sebaliknya.

“Kita hairan dengan tindak-tanduk Mohd. Salleh Man ini yang seolah-olah seperti sudah menjadi ADUN DAP ke­rana masih bersama kerajaan negeri sedangkan Pas sudah putuskan hubungan dengan DAP dan PKR,” katanya.

sumber - utusan  

Kerajaan Negeri Gagal Kemuka Statistik Buruh Asing


PULAU PINANG – Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana gagal mengemukakan statistik kebanjiran buruh asing dan pecahan bidang kemahiran untuk rakyat asing berkenaan selepas dibawa masuk ke negeri ini.

Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN-Teluk Bahang) berkata, kegagalan itu menyebabkan rakyat negeri ini terutama belia sukar mendapat pekerjaan dan terpaksa bersaing dengan pekerja asing yang memono­poli sektor pekerjaan.

“Adakah kerajaan DAP hanya membawa masuk warga asing tanpa mengetahui bilangannya? Sekurang-kurangnya kemukakanlah bidang apa yang dikhususkan untuk warga asing supaya rakyat negeri ini tahu,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sebelum ini, Shah Headan membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyalahkan Kerajaan Pusat berhubung isu lambakan pekerja asing di negeri ini sedangkan mereka mempunyai kuasa mengawal kemasukan tenaga buruh itu.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri melakukan kajian mengawal masalah lambakan warga asing di negeri ini dan menyifatkan dasar serta garis panduan mengawal masalah itu sebagai gagal.

Terdahulu, Datuk Mohd. Rashid Hasnon (PKR-Pantai Jerejak) dalam ucapan penggulungannya berkata, kerajaan negeri sentiasa mengutamakan rakyat tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan di negeri ini walaupun membawa masuk ramai buruh ­asing.

sumber - utusan

Selamatkan Pulau Pinang Dari Kedurjanaan DAP - Sidang Media YB Sr Muhamad Farid Saad (BN - Pulau Betong)


Georgetown - "Selamatkan Pulau Pinang daripada kedurjanaan DAP yang telah pun kami buktikan" kenyataan tersebut dibuat oleh wakil Adun BN dalam satu sidang media sempena Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13 disini.

YB Muhammad Farid Saad (BN - Teluk Bahang) berkata jika kerajaan negeri sedia ada dibiarkan berterusan memerintah sudah pasti tanah-tanah yang telah pun diambil sebelum ini kebanyakkannya oleh BN sewaktu memerintah Pulau Pinang dulunya akan terjual dan akan dibina dengan projek-projek mewah.

"Kepada semua kami telah buktikan seperti mana yang telah dibentangkan oleh YB Ketua Pembangkang tadi maka kami mengambil kesempatan ini supaya rakyat Pulau Pinang mengambil tindakan yang sewajarnya dalam PRU14 nanti untuk menyelamatkan Pulau Pinang"

Tambah beliau seperti mana yang dibangkitkan oleh wakil-wakil BN sepanjang persidangan ini berlangsung jelas sama sekali kerajaan negeri dibawah pentadbiran DAP telah gagal untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar mengamalkan slogan CAT seperti mana yang dilaung-laungkan mereka.

Tidak ada ketelusan dalam pentadbiran mereka !
Tidak ada kredibiliti dikalangan mereka lagi !
Jadi selamatkan Pulau Pinang ! 


YB Farid Saad kemudian mendakwa beliau dimaklumkan bahawa blok kerajaan membuat keputusan supaya Ketua Menteri tidak perlu bercuti.

Ketua Pembangkang , YB Datuk Jahara Hamid yang turut bersama kemudiannya berkata satu daripada manifesto Pakatan Rakyat / Pakatan Harapan adalah membanteras rasuah dan berulang kali diucapkan dalam sidang DUN kali ini.

"Apabila Ketua Menteri sendiri (Top Excecutive ) didakwa dengan jenayah rasuah maka ianya adalah satu "black mark" ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang yang seharusnya diberikan perhatian serius bukannya terus mempertahankan pemimpin terbabit."

Ketua Pembangkang dan wakil BN kemudiannya sebulat suara mengakui bahawa kesemua pihak yang terlibat dengan kerajaan negeri telah membuat keputusan yang salah kerana membela individu yang telah pun disabitkan dengan kesalahan dan sebab itulah mereka merasakan tindakan mereka dari kalangan blok kerajaan tidak mempunyai integriti dalam mendepani hal ini.


Labur Pinjaman Biayai PTMP Tindakan Berisiko


25 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Shah Headan Ayoob Hussain Shah menyifatkan cadangan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada sebuah bank di China bagi membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebagai satu tindakan berisiko.

Beliau berkata tindakan melabur wang pinjaman berkenaan bagi membiayai PTMP bakal membebankan generasi akan datang berikutan sektor pengangkutan tidak memberi pulangan dan keuntungan yang tinggi.

“Bagaimana nak dapat cukup penumpang untuk membiayainya. Negara yang ada kepadatan penduduk yang tinggi seperti Hong Kong pun rugi, dan ini akan bawa masalah kepada Pulau Pinang. Di Pulau Pinang pula tidak buat (pengangkutan awam) di seluruh Pulau Pinang, hanya di bahagian pulau.

“Penduduk yang nak guna pengangkutan awam ini pun tak cukup untuk menyokong perniagaan ini. Saya tak nampak logik untuk membiayai pengangkutan dengan jarak yang pendek dan penduduk tak ramai,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, persidangan DUN Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada China Exim Bank.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata jumlah wang yang dipinjamkan berkenaan disediakan untuk tujuan membiayai pelaburan, pelaksanaan pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial bagi negeri ini serta perkara-perkara berkaitan termasuk melaksanakan PTMP 2013-2030.

Shah Headan berkata kerajaan negeri perlu membuat kajian secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggunakan pinjaman berkenaan bagi membiayai PTMP.

Ditanya mengapa tidak ada seorang wakil rakyat Barisan Nasional mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu, beliau berkata pihaknya tidak mahu kenyataan mereka dimanipulasi oleh ‘cyber troopers’.

Projek PTMP yang melibatkan kos RM27 bilion, mengandungi sebuah terowong dasar laut sepanjang 6.5km, tiga lebuh raya, LRT dan Penang Sky Cab (kereta kabel).

Thursday, 25 May 2017

CAT Government Telah Mati - Sidang Media Ketua Pembangkang YB Datuk Jahara Hamid (Bn - Teluk Air Tawar)


Ketua Pembangkang DUN negeri, Datuk Jahara Hamid, berkata prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang sering dilaungkan kerajaan negeri pimpinan DAP sejak 2008 lalu, sudah mati. 

Ia susulan pelbagai kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang berjaya dibuktikan wakil rakyat BN, sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berlangsung. 




Isu PATI Ramasamy Hanya Pandai Tuding Jari - Sidang Media YB Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN-Teluk Bahang)


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah hari ini membidas Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P.Ramasamy yang menuding jari terhadap kerajaan Persekutuan berhubung isu kebanjiran pekerja asing di negeri ini.

Shah Headan berkata sudah menjadi kebiasaan kerajaan Pulau Pinang menuding jari kepada kerajaan Persekutuan bagi menutup kelemahan dan keburukan mereka apabila sesuatu isu dibangkitkan.




Isu Rasuah - DUN P.Pinang Kecoh Lagi


GEORGETOWN : Sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini kecoh, selepas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membantah tuduhan EXCO negeri yang mendakwa parti itu mengamalkan rasuah. 

EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh ketika menggulung ucapan perasmian Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang mendakwa, ketika beliau menjadi pembangkang di dalam DUN negeri, usulnya untuk menolak rasuah pernah ditolak BN yang memerintah negeri ini. 

"Saya cabar sebab saya ada bukti, bahawa usul untuk hapuskan rasuah dalam dewan ini ditolak BN pada 2004," katanya. 

Kenyataan Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu menimbulkan kemarahan wakil rakyat BN yang meminta beliau menghentikan tuduhan berkenaan serta memohon maaf dan menarik balik kenyataan berkenaan. 

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata, sebagai seorang EXCO berpengalaman, Boon Poh tidak menunjukkan contoh yang baik kerana membuat tuduhan melulu dan tidak berasas. 

"Hari ini banyak tindakan dikenakan kepada pelaku rasuah termasuk terhadap seorang EXCO di Johor. Kenyataan dakwa BN tidak mengambil tindakan dalam isu rasuah adalah tuduhan melampau.  

"Sungai Puyu sebagai EXCO yang berpengalaman dalam dewan ini berperangai buruk seperti ini (membuat tuduhan)," katanya. 

Sementara itu, Datuk Md Zain Ahmad (BN-Penaga), berkata, sekiranya Boon Poh mempunyai bukti bahawa BN parti rasuah, sepatutnya beliau perlu membuat laporan polis dan bukannya membuat tuduhan. 

"Sungai Puyu boleh membuat laporan polis jangan guna DUN sebagai (strategi) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Saya sudah meluat dengar Sungai Puyu buat tuduhan seumpama ini," katanya.

sumber - Berita Harian

Prinsip CAT Kerajaan DAP P.Pinang 'Berkubur'


GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang sering dilaungkan kerajaan negeri pimpinan DAP sejak 2008 lalu, sudah mati. 

Ketua Pembangkang DUN negeri, Datuk Jahara Hamid, berkata ia susulan pelbagai kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang berjaya dibuktikan wakil rakyat BN, sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berlangsung. 

Selain itu, katanya, setakat ini sahaja kerajaan negeri dikenal pasti gagal menunaikan 51 janji yang dibuat sejak mentadbir Pulau Pinang, yang antara lain seiring dengan usia penubuhan DAP ke-51, pada tahun ini. 

"BN negeri juga sudah membuktikan bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah dalam kuantiti yang banyak dan ia berlaku sepanjang pentadbiran mereka."


Tanah berkenaan sepatutnya dibangunkan sendiri oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk projek kesejahteraan dan bukannya diberi kepada pemaju swasta. 

"Situasi ini sekali gus membuktikan kerajaan negeri lebih mementingkan kepentingan sektor swasta dan projek mega, berbanding keperluan rakyat," katanya pada sidang media di Bangunan DUN Pulau Pinang di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Jahara berkata, kegagalan EXCO negeri menghadiri sidang DUN yang sedang berlangsung, membuktikan pentadbiran mereka tidak serius apabila meletakkan kepentingan persidangan itu di tempat kedua. sumber - berita harian


Wednesday, 24 May 2017

Speaker DUN P. Pinang Tolak Usul Guan Eng Bercuti : Integriti Dap Cap Ayam



BUKIT BENDERA – “Integriti cap ayam..” demikian luahan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim berkaitan ketelusan dan keadilan yang diamalkan pentadbiran Dap di negeri itu.

Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang hari ini menolak usul pembangkang (BN) untuk menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng bercuti sementara menunggu perbicaraan kes rasuahnya atas alasan teknikal menjadi bukti bagaimana slogan Cekap, Akauntibiliti dan Telus (CAT) yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai asas kepada dasar pentadbiran hanyalah satu slogan yang hanya tertulis di atas kertas tanpa membawa sebarang erti.

“Hak kebebasan bersuara, ketelusan yang diwar-warkan dan kononnya bersikap adil hanyalah satu hipokrasi politik Dap untuk mengaburi mata rakyat.

“Mereka sering menuding jari ke arah BN dan UMNO tetapi sebenarnya wajah Dap lah yang buruk dan cuba disembunyikan disebalik topeng.

“Penolakan usul ini membuktikan pemimpin Dap hanya fokus untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin UMNO dan BN serta tidak konsisten apabila perkara yang sama berlaku kepada pemimpin mereka sendiri… inilah sikap ‘double standard’ amalan pembangkang,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tegas Rafizal, Dap sepatutnya malu kerana sebelum ini mereka begitu ghairah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan selepas pendakwa raya Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang berkaitan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah katanya lagi ketika Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik didakwa di mahkamah, Guan Eng adalah individu yang bersungguh-sungguh mahu beliau meletak jawatan.

“Kini apabila terkena batang hidung sendiri, timbullah alasan kononnya Guan Eng diperangkap dan dijadikan kambing hitam.

“Rakyat patut menilai bagaimana ketika Dr Mohamad Khir Toyo dikaitkan dengan dakwaan yang hampir sama dengan kes Guan Eng, beliau meletakkan jawatan Ketua Pembangkang Selangor dan memulangkan semula Darjah Kebesaran Selangor.

“Begitu juga dengan kes terbaru yang menimpa pemimpin UMNO iaitu Datuk Abd. Latif Bandi… beliau juga meletak jawatan sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor.

“Tetapi berbeza dengan pembangkang khususnya Dap… apabila terpijak tahi sendiri, Guan Eng bukan sahaja enggan melepaskan jawatan, malah menuduh ada pihak lain yang cuba menjadikannya kambing hitam. Ini soal integriti dan kredibiliti. Maka jelaslah integriti Dap adalah integriti cap ayam,” katanya lagi.

Untuk rekod, Guan Eng ketika ini berdepan dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan itu menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bidas Ramasamy Isu Kebanjiran Pekerja Asing Di P.Pinang


GEORGE TOWN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah hari ini membidas Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P.Ramasamy yang menuding jari terhadap kerajaan Persekutuan berhubung isu kebanjiran pekerja asing di negeri ini.

Shah Headan berkata sudah menjadi kebiasaan kerajaan Pulau Pinang menuding jari kepada kerajaan Persekutuan bagi menutup kelemahan dan keburukan mereka apabila sesuatu isu dibangkitkan.

Beliau berkata walaupun kemasukan pekerja asing berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri seharusnya bijak dalam mewujudkan garis panduan mengawal kebanjiran pekerja asing di negeri ini.

“Ini menunjukkan dasar dan garis panduan kerajaan negeri kelam kabut sehingga gagal mengawal isu kebanjiran pekerja asing yang semakin tidak terkawal di negeri ini.

“Kerajaan negeri boleh mencontohi Singapura yang menyediakan pelan sistematik untuk pekerja warga asing dengan menyediakan satu penempatan khas untuk golongan itu,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Shah Headan mendakwa sejak kerajaan negeri pimpinan DAP mentadbir negeri ini pada 2008, tidak ada satu penempatan disediakan seperti yang dijanjikan.

Justeru, beliau mencabar kerajaan negeri supaya menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri dan kilang-kilang di negeri ini memaklumkan Pulau Pinang tidak memerlukan khidmat pekerja asing.

“Selepas itu kita lihat sama ada kerajaan negeri boleh uruskan atau tidak (tanpa pekerja asing). Sepatutnya Pulau Pinang perlu wujudkan dasar pelaburan dengan memilih pelabur yang tidak menggunakan intensif pekerja.

“Ketika ini banyak kilang yang ada menggunakan pekerja asing, dan mengapa kerajaan negeri tidak mencari pelabur yang tidak mengguna pakai tenaga pekerja asing?,” katanya.

Terdahulu, pada sesi soal jawab di persidangan DUN, Ramasamy berkata isu kebanjiran pekerja asing adalah isu kontroversi yang bukan hanya berlaku di Malaysia.

“Kerajaan negeri tidak ada peranan langsung dalam isu ini (kebanjiran pekerja asing). Ini kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat. Kita hanya boleh berusaha untuk memperbaiki keadaan,” katanya.


Gambar Mirip Dyana & Zairil , RAYER Tuduh Kerja Buat Cybertroopers UMNO


“Ini kerja cybertroopers UMNO” itulah yang diungkapkan oleh YB RSN Rayer (DAP – Seri Delima) sewaktu perang mulut antara beliau dengan YB Shah Headan (BN – Teluk Bahang) dalam sesi perbahasan yang berlangsung semalam.

Insiden tersebut berlaku sewaktu YB Datuk Shah Headan yang pada ketika itu sedang membangkitkan hal melibatkan integriti pemimpin pembangkang dengan mendakwa mempunyai gambar-gambar melibatkan pemimpin Pakatan Harapan telah dicabar oleh YB RSN Rayer supaya mengemukakan bukti yang dimaksudkan.

Setelah dicabar berulang kali , YB Shah Headan kemudiannya menunjukkan sekeping gambar yang mirip Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari yang baru-baru ini telah tular di media sosial.

Serentak dengan itu , RSN Rayer kemudiannya bangkit dan membuat tuduhan bahawa penyebaran gambar terbabit adalah kerja-kerja jahat cybertroopers UMNO dan ianya di “super imposed” kan.

Tuduhan tanpa bukti yang dibuat oleh RSN Rayer itu jelas sekali memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab pimpinan Pakatan Harapan khususnya dalam hal membabitkan integriti para pimpinannya.

Sedangkan di waktu banyak serangan-serangan liar lain yang dibuat terhadap pimpinan negara , pemimpin Pakatan Harapan sentiasa menyokong malah tidak pernah sama sekali mempertikaikan tentang kesahihan penyebaran sama ada maklumat mahupun kebenaran sesuatu gambar yang di sebarkan.

Jika benar pemimpin Pakatan Harapan berpegang kepada prinsip CAT yang kini sudah mati di Pulau Pinang maka sudah tentunya RSN Rayer akan mendesak supaya satu siasatan dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa bagi memastikan kesahihan gambar yang dikemukakan bukannya membuat tuduhan liar dan menyalahkan cybertroopers UMNO seperti mana yang didakwa beliau semalam.

Tindakan ini jelas memperlihatkan sikap ‘double standard’ pimpinan Pakatan Harapan yang sentiasa mahu menyalahkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional tetapi cuba menutup pekung di rumah sendiri.


Status 51 Projek Kerajaan DAP P.Pinang Di Persoal


PULAU PINANG – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempersoalkan status sekurang-kurangnya 51 buah projek yang dicadangkan kerajaan DAP Pulau Pinang di beberapa kawasan ne­geri ini untuk manfaat rakyat gagal dilaksanakan sejak 2008 sehingga tahun lalu.

Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata, sehingga kini projek berkenaan disifatkan gagal dan kerajaan ne­geri perlu menjelaskan pengurusan perbelanjaan yang dikatakan melibatkan kos berbilion ringgit.

Jelasnya, antara yang dianggap gagal ialah projek Aerobus yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Prai pada 2008 melibatkan pemaju dari Amerika Syarikat (AS) yang didakwa dimasukkan dalam rancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Banyak lagi projek yang dikatakan dirancang sejak 2008 termasuklah kereta api bawah tanah, sistem monorel merentasi pulau dan tanah besar dan pembinaan tasik buaya.

“Pada 2009 pula, kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan akan membanteras tempat letak kereta haram, mengekalkan surcaj air serta mewartakan kawasan perlindungan hutan Pulau Jerejak tetapi ketiga-tiga projek berkenaan masih gagal,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Tambah Muhamad Farid, ke­rajaan DAP Pulau Pinang pada 2010 turut menyatakan akan mempertahankan kebebasan media dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak me­laksanakan akta kebebasan maklumat tetapi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri melanggarnya.

“Cakap kosong kerajaan negeri pada 2012 untuk mewartakan rancangan kawasan khas taman botani, pelaburan Blackberry, The Light Penang Waterfront Convention Center dan pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik Bandar Cassia juga didakwa gagal,” jelasnya.

Katanya, janji kosong itu juga berlarutan selama empat tahun sejak 2013 apabila kerajaan negeri menjanjikan pembinaan pelbagai taman rekreasi di beberapa kawasan yang masih tidak berjaya dilihat sehingga kini.

“Perancangan itu termasuklah usaha mewartakan rancangan kawasan khas Bukit Bendera, pembinaan sistem transit ringan (LRT), pasar malam di Chow Rasta, rancangan struktur Pulau Pinang dan kesesakan lalu lintas,” jelasnya.

sumber - utusan

Wakil Rakyat DAP 'Hilang' Ketika Sidang DUN P.Pinang


PULAU PINANG - Kehilangan lebih separuh wakil rakyat Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini mendapat teguran Yang Dipertua Dewan, Datuk Law Choo Kiang.

Choo Kiang (PKR - Bukit Tambun) mendesak kesemua wakil rakyat itu termasuk Exco kerajaan negeri supaya menyertai sesi perbahasan yang sedang berlangsung selepas mendapati separuh dewan kosong kira-kira pukul 6 petang tadi.

"Kalau ada mana-mana Exco yang berada di kafetaria di luar dewan, sila masuk bagi menghormati majlis ini dan memastikannya berjalan lancar," katanya dalam sidang DUN di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Muhamad Farid Saad (BN - Pulau Betong) mempertikai 'kehilangan' lebih separuh Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika sesi perbahasan sebelah petang berlangsung kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

Menurut Muhamad Farid, kehilangan ADUN daripada kerajaan negeri itu mencetuskan persoalan kerana mereka sepatutnya turut membincangkan isu rakyat yang dibangkitkan.

sumber - utusan 

Forex : ADUN DAP Tidak Puas Hati Jawapan DUN


PULAU PINANG – Wa­kil rakyat kerajaan DAP Pulau Pinang melahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat jawapan jelas berhubung isu syarikat pelaburan berasaskan perdagangan mata wang (forex) yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) berkata, beliau tidak mendapat jawapan seperti diharapkan menerusi platform sidang DUN sedangkan perkara itu merupakan kepentingan rakyat.

Sebelum itu, Yee Chue dalam soalan tambahan ketika sesi lisan sidang DUN pagi ini me­minta ke­rajaan negeri mendedahkan senarai syarikat berasaskan pelaburan itu yang berpangkalan di negeri ini.

Dalam masa sama, beliau meminta kerajaan negeri me­nyatakan tindakan yang akan di­ambil supaya tidak terlibat dengan pelaburan bersama syarikat-syarikat tersebut.

“Ketika ini terdapat sebanyak 302 syarikat yang sudah disenarai hitam kerana terlibat dengan perdagangan pelaburan ini.  Dari segi (penguatkuasaan) akta mungkin boleh diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau polis, tapi apa tindakan yang diambil kerajaan negeri supaya tidak terlibat dengan pelaburan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Law Heng Kiang (DAP-Batu Lanchang) ketika menjawab soalan itu hanya berkata, laporan polis sepatutnya dibuat jika terdapat kes sedemikian. 

Isu pelaburan perdagangan mata wang asing (Forex) khususnya skim JJ Poor To Rich (JJPTR) menjadi perhatian selepas siasatan polis mendapati kira-kira 400,000 mangsa termasuk 100,000 warga asing dikesan terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan itu yang mengaut keuntungan mencecah RM1.7 bilion. 

Majoriti mangsa terdiri daripada 300,000 warga tempatan dipercayai dari negeri ini dan utara tanah air dengan jumlah pelaburan yang ditawarkan sindiket berkenaan mencecah enam angka bagi seorang pelabur.

Risikan polis juga mendapati jum­lah pelaburan paling rendah di­buat pelabur adalah RM4,500 dengan ada mangsa yang sanggup me­labur sehingga RM100,000.

sumber - utusan

Tuesday, 23 May 2017

Jahara Bangkit Usul Fatwa Belum Di Warta , Siapa Tentukan Masa Yang Sesuai ?


Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-13 kini sudah memasuki hari kedua perbahasan.Ketua Pembangkang , YB Datuk Jahara Hamid yang menyampaikan ucapan dan membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang , Tun Abdul Rahman Abbas telah membangkitkan isu berkaitan usul fatwa yang kini masih lagi belum diwartakan.

YB Datuk Jahara dalam ucapannya menyebut ucapan TYT Tun semasa merasmikan Sidang Dewan kali ini menyatakan bahawa ketetapan agama Islam sebagai agama rasmi perlulah dihormati. Harus diingat bahawa bukan sahaja Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk pembangunan hal ehwal agama Islam di negeri ini, ianya tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak kerana perkara ini telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi lebih dari itu kehormatan agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan, pendidikan, kebajikan,kerohanian dan pengamalan agama itu sendiri.

Enakmen pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 telah menetapkan perlantikan dan kuasa Mufti, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta kaedah untuk membuat atau meluluskan fatwa. 

Tidak ada satu pun peruntukan di dalam enakmen tersebut membolehkan fatwa yang telah diluluskan untuk dibawa ke Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk disemak supaya selari dengan kehendak Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong! 

Ini adalah asas atas dasar Mufti mempunyai kebebesan penuh untuk membawa fatwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam warta. Setelah diperkenankan maka fatwa tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan diwartakan.

Fatwa adalah khusus hal ehwal agama dan Ketua Agama untuk Pulau Pinang adalah Yang di-Pertuan Agong! – bukan Ketua Menteri !

Oleh sebab itu surat edaran oleh Exco Agama pada 26 Mei 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa tentang perkara itu adalah salah satu usaha campur tangan dalam hal ehwal agama yang tidak seharusnya dibuat dan perlu ditarik balik. 

'Kenyataan Datuk Seri Hassan Ahmad berkata tegurannya itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.

Datuk Seri Hassan Ahmad berkata ketika masih dalam perkhidmatan teguran itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agam Islam Negeri Pulau Pinang 2004 di mana mufti boleh secara terus membawa usul fatwa kepada Agong. 

Apabila kerajaan negeri mengeluarkan surat pekeliling dan mengarahkan semua jabatan sebelum mewartakan sebarang fatwa mesti mendapat kelulusan mesyuarat exco terlebih dulu, saya tulis surat supaya jabatan mufti dikecualikan kerana berdasarkan kepada enakmen 2004, kita tidak terikat.' 

Biarlah ini menjadi pengajaran kepada semua yang bertanggungjawab – jangan bermain api, jangan cuba untuk melarutkan dan mempengaruhi pegangan agama rakyat Pulau Pinang mengikut arah dan kehendak pihak yang ingin memesongkan akidah umat Islam dengan pegangan liberalisme, pluralisme hedonisme dan lain-lain kerana kita tidak redha! 

YB Datuk Jahara kemudiannya turut menyentuh tentang kedudukan fatwa negeri yang sudah diluluskan tetapi masih belum diwartakan.

Apa pula yang dah terjadi dengan 4 fatwa yang sudah diluluskan tapi belum diwartakan ? 

Satu hal lagi pada 4 April 2017 Dato Mufti Pulau Pinang menyatakan bahawa kesemua fatwa yang sudah diluluskan dalam proses untuk diwartakan. 

BILA DIDAPATI KETIKANYA YANG SESUAI ?

SIAPA YANG TENTUKAN MASA YANG SESUAI ?

Isu ini dibangkitkan kerana ramai pihak tertanya-tanya apakah dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini telah melangkaui Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 yang telah menetapkan perlantikan dan kuasa Mufti, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta kaedah untuk membuat atau meluluskan fatwa.

Rakyat Rasai Perit Bawah DAP


PERMATANG PAUH - Rakyat Pulau Pinang terutama di Permatang Pauh telah mula rasai keperitan di bawah kepimpinan DAP di negeri itu yang mengabaikan kebajikan penduduk selepas sembilan tahun memerintah.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, biarpun Barisan Nasional (BN) adalah pembangkang di Pulau Pinang namun parti itu bekerja keras membantu rakyat.

Menurutnya, DAP hanya pandai menuding jari mendakwa sering dianak tiri oleh kerajaan pusat namun hakikat sebenar menunjukkan sebaliknya.

"Ketika rakyat di Permatang Pauh susah atau hadapi musibah, mana muka Ahli Parlimen mereka Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tapi bila rakyat dah dibantu oleh BN mereka mula menagih sokongan.

"Jadi saya rasa sudah tiba masanya kita semua kuburkan DAP dan PKR di negeri ini dan Permatang Pauh sebab dah cukup sembilan tahun kita beri peluang," katanya ketika berucap pada Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Seberang Jaya di sini malam ini.

sumber - utusan

Setelah 9 Tahun Tiada Rumah Perlindungan Wanita Di Bawah Kerajaan Negeri P.Pinang


GEORGETOWN - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal usaha kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menyediakan rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak yang didakwa banyak diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, selepas sembilan tahun kerajaan DAP mentadbir negeri ini, hanya terdapat tiga pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak yang diusahakan Majlis Kebajikan Wanita Pulau Pinang (Rumah Perlindungan Sosial), Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

"Kenapa setelah sembilan tahun, tidak ada sebarang tindakan dilaksanakan kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan yang cukup penting ini? Kenapa dibiarkan kepada NGO? Apakah tindakan positif kerajaan negeri untuk menangani masalah wanita dan kanak-kanak yang berlaku di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meminta penjelasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Chong Eng, pada sesi soal jawab persidangan dewan undangan negeri di sini.

Beliau berkata kerajaan negeri seharusnya memberi lebih perhatian kepada permasalahan wanita dan kanak-kanak di negeri ini.

"Sebenarnya pusat perlindungan ini pun kena dikategorikan. Contohnya perlindungan untuk mangsa keganasan domestik, mangsa serangan seksual dan sebagainya serta mangsa atau ibu yang secara tidak sukarela mengandung luar nikah. Semua ini adalah kategori yang berlainan," katanya.

Dalam pada itu, Jahara turut meminta kerajaan negeri meneruskan usaha kerajaan negeri terdahulu iaitu membangunkan sebuah rumah perlindungan wanita di atas tapak seluas 5.26 hektar di Seberang Perai, yang sehingga kini belum dibangunkan.

Terdahulu, Chong Eng berkata, tiada rumah perlindungan wanita di bawah kerajaan negeri, namun kerajaan negeri dengan kerjasama WCC telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW) yang memberi perkhidmatan kaunseling, perlindungan sementara dan nasihat guaman untuk golongan wanita yang menghadapi krisis.

Beliau berkata, tanggungjawab menyediakan pusat perlindungan itu terletak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kemudahan berkenaan disediakan berdasarkan kepada keperluan.

Katanya dari 2012 hingga 2016, seramai 234 wanita diberi perlindungan di ketiga-tiga pusat perlindungan berkenaan manakala 23 wanita yang mengandung luar nikah ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita Darul Sakinah.

"Seramai 132 wanita atau gadis yang mengandung luar nikah pula ditempatkan di Majlis Kebajikan Wanita sehingga bayi selamat dilahirkan dan 79 wanita serta 67 kanak-kanak yang merupakan anak atau jagaan kepada mangsa keganasan domestik, masalah rumah tangga, serangan seksual dan masalah perhubungan ditempatkan di WCC," katanya. - Bernama