This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday 30 November 2017

PAU Ke-71: Pemuda UMNO P.Pinang kemuka 3 usul


GEORGETOWN: Isu berkaitan skim perumahan belia dan harga penjualan petrol dijangka dibangkitkan perwakilan Pemuda UMNO Pulau Pinang pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Ke-71 yang dijadual berlangsung pada 5 Disember hadapan.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd Rahim, berkata ia selaras dengan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi semua masyarakat di negara ini, khususnya golongan belia yang berdepan pelbagai cabaran era globalisasi.

"Bagi usul skim perumahan belia, Pemuda UMNO negeri akan memohon agar Kerajaan Persekutuan menjalin kerjasama dengan kerajaan DAP Pulau Pinang bagi memastikan ia dapat direalisasikan, sekali gus membantu mengurangkan kos hidup golongan berkenaan.

"Ini kerana, kita melihat kerjasama kedua-dua kerajaan terjalin erat ketika berdepan isu banjir besar di negeri ini, sejak 5 November lalu. Justeru, ada baiknya ia diperluaskan lagi bagi kepentingan sejagat," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Seramai 5,739 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan selama lima hari yang bermula 5 Disember ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Rafizal berkata, perwakilan Pemuda UMNO negeri juga akan menggesa Kerajaan Persekutuan mewujudkan mekanisma mengawal harga penjualan petrol yang dilihat semakin memberi tekanan, khususnya kepada golongan belia.

"Pemuda UMNO negeri melihat isu ini sangat kritikal dan memerlukan penyelesaian segera, khususnya bagi golongan muda yang terikat dengan pelbagai komitmen dalam kehidupan masing-masing.

"Justeru, wajar untuk Kerajaan Persekutuan mengkaji mekanisma mengatasi masalah kadar harga penjualan petrol ini, sekali gus mengurangkan bebanan ditanggung rakyat di negara ini," katanya.

Mengulas lanjut, Rafizal berkata, Pemuda UMNO negeri akan mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji pembatalan kadar tol bagi motosikal berkuasa 200 cc ke bawah yang melalui Jambatan Pulau Pinang .

"Kami yakin bahawa kadar konsesi diterima pemaju selama 32 tahun sudah mampu menampung kos pembinaan Jambatan Pulau Pinang. Malah, kebanyakan pengguna motosikal 200 cc ke bawah adalah daripada golongan belia," katanya. - Berita Harian

Ucapan Presiden UMNO Dan Bahas Pengusul Fokus PRU14


Ucapan Presiden dan bahas setiap pengusul dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 akan lebih menjurus ke arah persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perkara itu adalah berikutan PAU kali ini adalah yang terakhir sebelum menjelang PRU.

Katanya ia sekaligus akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang persiapan itu selaras dengan semangat PAU kali ini iaitu menanamkan ‘winning mentality’ serta azam kemenangan PRU ke-14 dalam diri semua ahli.

“Saya yakin ucapan Presiden adalah ke arah PRU ke-14. Datuk Seri Hishammuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa usul akan bertemu dengan semua pengusul negeri yang kita lihat fokusnya adalah menjurus kepada PRU ke-14,” katanya pada sidang media Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.

Menurut Tengku Adnan lagi, setakat ini lebih 90 peratus persiapan telah dilakukan dan akan disiapkan sepenuhnya sebelum Selasa ini.

Turut dibuat pembaharuan kali ini adalah, PAU kali ini akan bertempat di Dewan Merdeka, PWTC dan sistem ‘paperless’ akan digunakan bagi mengurangkan penggunaan kertas.

“Mengikut era pembaharuan dengan sekarang digital kita nak kurangkan penggunaan kertas. Jadi perwakilan takkan terima buku penyata, yang terima hanyalah Ketua Bahagian sahaja kerana itu adalah keperluan kepada mereka.

“Yang lain mereka boleh lihat segala perkembangan melalui media UMNO Online,” jelasnya.

Selain itu, UMNO juga akan menggunakan Sistem Pengenalan Diri Frekuensi Radio (RFID) yang menggunakan teknologi seperti peranti Smart Tag bagi mengesan ketulenan setiap pas pengenalan diri perwakilan, pemerhati dan pengamal media.

Bagi PAU 2017, daripada jumlah keahlian 3.5 juta orang, seramai 63 peserta daripada 14 negara telah mengesahkan kehadiran, 51 perwakilan UMNO luar negara dari 82 kelab, 50 mahasiswa dari 20 Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, 60 orang peserta MANTAP serta 5,739 perwakilan.

Bagi media pula sebamyak 48 media berdaftar untuk media cetak dan elektronik bakal membuat liputan kali ini.

Tengku Adnan dalam masa yang sama turut mengingatkan bahawa penubuhan UMNO adalah bagi memastikan hak negara dan bangsa terbela.

“Kita bukan tubuhkan parti ini untuk suka-suka atau kepentingan diri atau kerana kecewa dengan parti lain.

Kita akan akur dengan perlembagaan parti dan kita juga akan akur dengan kehenda Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS),” ujarnya.

Najib Pemimpin Luar Biasa, Faham Orang Muda - Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin luar biasa dan mempunyai kebolehan untuk memahami citarasa orang muda.

Ahmad Zahid berkata, beliau bukan mahu menafikan pemimpin terdahulu tetapi Najib telah mengambil inisiatif dan melaksanakan transformasi terbaik demi pembangunan rakyat dan negara.

“Walaupun Datuk Seri Najib adalah anak Perdana Menteri kedua tetapi beliau sangat rendah diri. Biar pun beliau diasak dengan pelbagai isu dan fitnah namun daya tahan beliau sangat luar biasa.

“Ini (apa yang saya katakan) bukan soal wala’ atau kesetiaan, bukan kesetiaan membabi buta tetapi berasaskan keyakinan ke atas beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Mahasiswa Nasional 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - utusan online

Agenda Bumiputera Menyeluruh


SEJAK kebelakangan ini wujud persepsi yang kononnya kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membawa apa-apa manfaat kepada agenda bumiputera meskipun hakikatnya banyak telah dilaksanakan menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Berikutan isu itu, wartawan Utusan Malaysia, SYUKRI SHAARI menemu bual Exco Pemuda UMNO, SHAHRIL HAMDAN (gambar) untuk menjelaskan dengan lebih lanjut serta menjawab dakwaan yang dilemparkan.

UTUSAN: Wujud dakwaan kononnya kerajaan hari ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perjuangkan agenda bumiputera. Adakah ini benar?

SHAHRIL: Itu merupakan dakwaan dan persepsi palsu serta silap sama sekali. Hakikatnya terlalu ba­nyak inisiatif dan usaha dilaksanakan Perdana Menteri yang mencakupi keseluruhan spektrum pembangunan agenda bumiputera.

Seluruh spektrum itu bererti dari sudut jangka pendek dan panjang. Jangka pendek untuk percepat pemilikan aset, ekuiti dan pegangan bumiputera dalam pelbagai sektor serta industri manakala jangka panjang melalui Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang berterusan.

Jadi, mengapa wujud persepsi seperti itu?

Ada pelbagai faktor, salah satunya ialah propaganda pihak pembangkang yang mahu memberi gambaran satu situasi kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) meminggirkan segmen tertentu dan dalam hal ini merujuk kepada agenda bumiputera.

Hakikatnya, agenda bumipu­tera di bawah kepemimpinan Perdana Menteri hari ini lebih menyeluruh dan menerokai secara mendalam potensi orang Me­layu dan bumiputera berbanding kepemimpian terdahulu.

Apa yang ditimbulkan banyak pihak adalah hasil daripada agenda bumiputera di bawah kerajaan hari ini? Mereka tidak nampak.

Semasa kepemimpinan era 80an dan 90an bantuan diberikan kepada orang tertentu atau dalam erti kata lain kroni sehingga satu malam sahaja boleh jadi bilionair.

Agenda ketika itu hanya memberi kekayaan kepada tiga, empat individu, tidak ramai tetapi dicanangkan sehingga rakyat anggap agenda itu berjaya. Zaman pentadbiran Datuk Seri Najib, beliau fokus kepada yang layak, bukan hanya kerana merit sebagai bumiputera tetapi kerana kualiti yang ada pada mereka.

Sebagai contoh, banyak syarikat bumiputera yang layak me­nerima projek Transit Aliran Massa (MRT). Bukan mahu menidakkan pencapaian dahulu, tetapi agenda yang dilaksana hari ini lebih tersasar kepada pemba­ngunan bumiputera yang hakiki.

Terdapat sesetengah orang Melayu dan bumiputera mempunyai mentaliti yang negatif terhadap Teraju serta menganggap agensi itu seolah-olah untuk golongan elit. Apa pandangan anda?

Saya fikir sebenarnya usahawan bumiputera sendiri perlu le­bih proaktif dan berani. Kita jangan terlalu segan silu, takut gagal dan sebagainya. Tidak salah sekiranya kita bertanya. Kalau kita gagal atau tidak layak menerima pembiayaan, kita cari jalan lain untuk membolehkan kita layak.

Kerajaan boleh buat banyak perkara tetapi akhirnya orang Melayu sendiri yang perlu ambil inisiatif. Kalau semua mahu disuap, itu bukan agenda bumiputera lagi.

Salah satu agenda jangka panjang pemerkasaan bumiputera adalah menerusi Yayasan Pene­raju Pendidikan Bumiputera di bawah Teraju. Boleh ulas lebih lanjut peranannya?

Perdana Menteri pergi ke tahap lebih spesifik dalam agenda bumiputera. Yayasan ini bertujuan memastikan modal insan bumiputera terus diperkasa dan di­tingkatkan kualitinya.

Kalau dahulu kerajaan beri biasiswa, tetapi hari ini pendekatan lebih mikro iaitu melihat kepada ruang pasaran masa depan untuk diteroka bumiputera. Contohnya, kerajaan melihat masa depan bumiputera bukan sekadar perlu melihat kepada jurusan perakaunan tetapi forensik perakaunan. Jadi fokus diberikan kepada jurusan itu dalam bentuk skim latihan dan pendidikan kepada bumiputera.

Wednesday 29 November 2017

UMNO Pulau Pinang Mahu Lebih Ramai Melayu Miliki Rumah


BALIK PULAU, 29 Nov - UMNO Pulau Pinang giat berusaha memastikan orang Melayu dan bumiputera meningkatkan pemilikan rumah dan hartanah di negeri ini.

Menyedari akan kekangan dan peratusan pemilikan rumah serta hartanah yang sangat rendah dalam kalangan bumiputera Pulau Pinang, UMNO negeri menerusi Jawatankuasa Focus Group (JKFG) Perumahan dan Hartanah Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang merangka pelbagai inisiatif bagi tujuan itu.

Antaranya Program Pembelian Hartanah, Pembangunan Tanah Wakaf, Program Sewa dan Milik, Pengekalan Hartanah Warisan Melayu dan Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata sebanyak 14 inisiatif strategik telah dirangka menerusi JKFG Perumahan dan Hartanah dengan agensi pelaksana utamanya terdiri daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), JKP Sdn Bhd dan Perda Ventures Incorporated (PVI) Sdn Bhd.

"Objektif utama JKFG Perumahan dan Hartanah ialah untuk mempertingkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan hartanah di negeri ini yang dilaksanakan dengan menyediakan rumah mampu milik dan membantu dalam pembiayaan perumahan terutamanya kepada kalangan bumiputera kurang berkemampuan," katanya.

Muhamad Farid berkata JKP Sdn Bhd menyasarkan sejumlah 9,711 unit rumah kos rendah dan rumah mampu milik dapat disediakan hingga 2020 dan setakat ini sebanyak 3,727 unit rumah telah siap dibina manakala selebihnya sedang dan akan dibangunkan.

Beliau berkata Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 2012 pula telah memanfaatkan seramai 292 penerima dan daripada jumlah itu 265 penerima adalah daripada kalangan pembeli rumah dengan harga kurang RM100,000 iaitu pembeli rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.

Katanya tabung yang ditubuhkan dengan dana sebanyak RM14.59 juta itu menyasarkan golongan pekerja atau peniaga sendiri yang sukar untuk mendapatkan pembiayaan perumahan dari bank komersil.

Selain itu, Muhamad Farid berkata UMNO Pulau Pinang turut memperkenalkan konsep sewa dan milik menerusi PERDA bagi memudahkan pemilikan rumah kepada kumpulan sasar dalam kalangan berpendapatan rendah tanpa perlu menyediakan bayaran pendahuluan, yuran guaman seperti kelaziman proses pembelian rumah.

Sementara itu, beliau berkata Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang juga menjadikan pembangunan Sistem Maklumat Geospatial sebagai agenda untuk merancang pembangunan masa depan berikutan kekurangan dan kekangan data pemilikan hartanah di Pulau Pinang.

"Kekurangan dan kekangan data pemilikan hartanah di Pulau Pinang menjadikan keadaan agak sedikit sukar untuk merancang pembangunan yang mampu menjaga geopolitik negeri ini," katanya.

Pada masa sama, Muhamad Farid berkata pihaknya juga sedang menjalankan kajian mengenai kampung tradisi di negeri ini memandangkan pengekalan hartanah warisan Melayu turut menjadi inisiatif baharu yang akan dilaksanakan.

"Menerusi kajian ini kelak, kita akan mampu mengenal pasti kampung tradisi yang mungkin sepatutnya kita kekalkan demi kesinambungan warisan Melayu kita," katanya. - Bernama

PAU 2017 Tampil Pembaharuan, Pamer Pencapaian Parti & Semangat Ahli Berdepan PRU 14


KUALA LUMPUR Nov – Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) yang akan berlangsung bermula 5 Dis depan akan menampilkan pelbagai pembaharuan termasuklah memperlihatkan pencapaian-pencapaian yang telah dilakukan UMNO selama ini serta semangat ahli bagi berhadapan pilihanraya umum ke 14.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembaharuan yang dilaksanakan adalah mengikut garis panduan RoS dan UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan sentiasa akur kepada undang-undang.

“Kita akur kepada apa kehendak RoS kerana UMNO merupakan sebuah parti yang sentiasa patuh kepada undang-undang. Kita bukan seperti parti serpihan yang baru ditubuhkan, mempunyai pelbagai masalah dengan RoS. Begitu juga parti lain yang ada masalah dengan agensi berkenaan,” katanya.

Jelas beliau, Seramai 5,739 perwakilan termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri dijangka akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan berlangsung pada 5 hingga 9 Disember depan, di Putra World Trade Centre (PWTC).

“Pelbagai pembaharuan yang akan kita laksanakan pada perhimpunan agung UMNO kali ini antaranya penggunaan kertas yang tidak lagi seperti tahun-tahun sebelum ini. Sebagai contoh sidang media hari ini kita tidak lagi menyediakan kit media seperti kebiasaan sebaliknya pengamal media boleh mendapatkan maklumat segala perjalanan PAU 2017 menerusi laman web rasmi parti, www.umno-online.my.

“Begitu juga untuk para perwakilan yang mana mereka tidak lagi lagi menerima penyata persidangan sebaliknya akan diberikan kepada Ketua serta Setiausaha UMNO bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi sahaja.

“Kita juga memperkenalkan penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) untuk para perwakilan yang akan memasuki dewan-dewan persidangan selain laman media juga turut diubahsuai dengan ditempatkan di aras 4 bagi memudahkan para petugas media. Tidak lagi seperti tahun-tahun yang lalu.

“Selain itu, pelbagai pameran juga akan diadakan sepanjang perhimpunan di sekitar PWTC agar mereka yang hadir dapat melihat apa pencapaian-pencapaian yang kita telah dapat dan dilaksanakan sejak UMNO ditubuhkan hingga ke hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini, hari ini. Turut serta Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga Penolong Setiausaha sayap parti, Datuk Rosni Sohar, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz, Datuk Fahariyah Nordin serta Ketua Setiausaha Bahagian Ibu Pejabat UMNO, Datuk Norazuwan Aziz.

Tengku Adnan seterusnya memaklumkan bahawa perhimpunan pada kali ini dijangka menjurus ke arah pilihan raya umum ke-14 termasuklah ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, segala persiapan menjelangnya PAU 2017 berjalan lancar dan raptai penuh perhimpunan akan di adakan pada Ahad ini, 3 Disember.

Seterusnya kata beliau lagi majlis Taklimat Presiden akan berlangsung pada 5 Disember (tertutup) dan seterusnya perasmian perhimpunan sayap oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sebelah malam dan pada 6 Disember akan berlangsung perhimpunan ketiga-tiga sayap dan Perhimpunan Agung UMNO akan bermula pada 7 hingga 9 Disember.

“Seramai 63 peserta daripada 17 buah parti politik dari 14 buah negara di peringkat antarabangsa telah mengesahkan kehadiran masing-masing dan begitu juga 51 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara.

“Dan seramai 350 mahasiswa daripada 20 universiti awam dan 50 universiti swasta akan terlibat dalam PAU 2017 atas nama Mahasiswa Nasional (PEMANAS) dan Mahasiswa Turun Padang (MANTAP) pula seramai 60 orang akan turut terlibat sebagai sukarelawan.

“Manakala sebanyak 75 agensi media melibatkan media cetak dan media elektronik membabitkan 61 agensi tempatan dan 14 agensi antarabangsa dengan penglibatan seramai 1,795 petugas media telah berdaftar ke PAU 2017,” katanya.

Jangan Cepat Buat Kecaman, Putar Belit Kenyataan Tengku Adnan – Khairy


KUALA LUMPUR Nov – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini membidas pihak tertentu yang cepat membuat kecaman dan memutar belit kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung isu kenyataannya yang dianggap memperkecil atau merendahkan pelajar dan juga lulusan ITM baru-baru ini. 

“Terlalu cepat sangat membuat kecaman. Setiausaha Agung telah memohon maaf tetapi beliau telah jelaskan konteks kenyataan tersebut adalah berbeza daripada apa yang menjadi tanggapan orang ramai.

“Apa yang dia sebut adalah sejarah, takkan Tengku Adnan tak tahu sejarah kerana dia sendiri adalah produk ITM juga dan kita kena akui bahawa apabila ITM ditubuhkan, sekarang UiTM, antara tujuannya adalah untuk memberi tempat kepada pelajar-pelajar yang miskin, kepada pelajar-pelajar yang tak sampai tahap kecemerlangan mereka di waktu sekolah, sebab itu mereka diberikan peluang walaupun keputusan mereka tidak cemerlang tetapi dapat masuk juga ke ITM,” ujarnya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Pergerakan Pemuda UMNO di sini petang tadi.

Jelasnya, kerana itu ITM ditubuhkan, ini tidak boleh dinafikan dan memang sejarah di mana ia untuk membantu pelajar dari golongan miskin, luar bandar dan mereka yang tidak dapat keputusan yang baik apatah lagi institusi pengajian tersebut ditubuhkan hasil daripada perjuangan UMNO itu sendiri dalam usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu dari sudut pelajaran.

“Apa yang Tengku Adnan cakap itu adalah idea dan dasar UMNO supaya kita dapat memberi tempat kepada anak Melayu yang mungkin tidak dapat masuk ke universiti maka dapat masuk ke ITM. (ketika itu).

“Ketika ini, UiTM adalah antara universiti terbaik di Malaysia, tetapi sewaktu ITM ditubuhkan adalah untuk membenarkan mereka yang tak boleh ke universiti lain, dapat diploma, dapat melanjutkan pelajaran mereka ke ITM.

“Tapi benda itu di putar belit, kata semua pelajar UiTM adalah slow leaner. Itu bukanlah apa yang dikatakan, pelajar-pelajar cemerlang masuk UiTM, dulu pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dapat masuk ke ITM, itu yang disebutkan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan sebuah portal yang mendakwa Tengku Adnan memperlekehkan pelajar dan graduan UiTM dengan menyifatkan mereka sebagai slow learner.

Pemuda UMNO Tumpu Persiapan PRU14 Pada Perhimpunan Agung UMNO 2017


KUALA LUMPUR Nov – Pergerakan Pemuda UMNO akan memberikan tumpuan dan perhatian kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) yang bermula 5 hingga 9 Disember ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, selain persiapan PRU14, Pemuda juga akan menjelaskan tentang pilihan yang ada pada pengundi muda sama ada nak kekal bersama Barisan Nasional (BN) ataupun memilih lawan (pembangkang).

“Saya telah minta supaya kita dapat memberi gambaran apa yang akan jadi kepada negara kita sekiranya terus bersama BN berbanding dengan apa yang boleh terjadi sekiranya pihak lawan dipilih untuk menjadi kerajaan.

“Mesejnya ialah pilihan raya ini adalah pilihan raya yang serius, yang akan menentukan bukan sahaja penubuhan kerajaan tetapi juga menentukan masa depan negara kita.

“Kita di persimpangan jalan yang serius dengan segala transformasi atau gangguan yang bakal melanda negara kita dan juga dunia, bukan sahaja teknologi tetapi juga perubahan demografi dan sebagainya, kita perlukan kerajaan yang ada track record dan ada perancangan, bukan hanya mementingkan kemenangan janga pendek sahaja,” ujarnya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Pergerakan Pemuda UMNO di sini petang tadi.

Katanya, Pemuda UMNO juga akan mengangkat dua isu, bukan sahaja untuk PAU2017 tetapi juga sebagai gerak kerja Pemuda selain dari gerak kerja pilihan raya.

“Satu adalah untuk membantu usaha kerajaan  menangani agenda sosial. Satu institut, agensi baru ditubuhkan iaitu SERI dan Pemuda akan bekerjasama rapat dengan agensi tersebut bagi membantu dalam kes-kes jenayah remaja, kes ponteng sekolah, kes gejala sosial yang lain, dadah dan sebagainya.

“Kita lihat ini sebagai cabaran utama untuk TN50, kita tidak mahu ada anak muda Malaysia yang ketinggalan, yang tersisih daripada arus pembangunan perdana,” ujarnya.

Keduanya, kata beliau, Pemuda UMNO ingin menjuarai isu kesihatan mental, sebab ini menjadi satu isu yang melanda anak muda pada hari ini.

“Tekanan psikologi, tekanan mental, buli adalah satu ancaman yang hebat, bukan sahaja buli secara fizikal tetapi buli secara emosi, secara psikologi, buli siber juga semakin menjadi ketika ini dan kecaman yang terlalu banyak secara online dan sebagainya.

“Jadi dua isu ini akan Pemuda juarai, akan kita perjuangan sebagai isu-isu yang rapat dan menjadi kebimbangan orang muda pada hari ini,” tambahnya lagi. 

Tuesday 28 November 2017

MBPP Perlu Jelaskan 'Kerajaan Malaysia' Pada Borang Saman


Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) didesak menjelaskan penggunaan perkataan Kerajaan Malaysia dalam borang saman kaedah 5 pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kerana bidang kuasa tersebut sepatutnya terletak di bawah kerajaan negeri.

Ketua Pemuda UMNO Negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, tindakan tersebut menyebabkan 1,6 Juta rakyat di negeri ini keliru sekali gus boleh memberi perspektif negatif kepada kerajaan Persekutuan.

"MBPP perlu jelaskan sejak bila kaedah itu digunakan untuk memungut saman kerana pekara ini dilihat janggal dengan sikap mereka yang sering menunding jari kepada kerajaan Persekutuan  kononya membebankan rakyat," Katanya kepad utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Hafizi Hariss mempersoalkan perkataan kerajaan Malaysia di atas borang saman yang dikeluarkan MBPP kepadanya di Jalan Macalister di sini 20 November lalu.



Menurut lelaki berkenaan, borang yang tidak mempunyai logo MBPP iti disifatkan sebagai kerajaan negeri memberikan ruang kepada rakyat membenci Kerajaan Persekutuan selain menunjukkan penipuan yang berlaku kepada pengguna Jalan raya.

Dalam pada itu, Rafizal turut menyelar MBPP kerana terus mengeluarkan saman kepada orang ramai meskipun keadaan trafik semakin sesak dan sistem letak kereta di negeri ini belum berjaya ditambah baik selepas banyak peruntukan disalurkan untuk tujuan berkenaan.

"Kita percaya saman yang dikeluarkan PBT di negeri ini membebankan rakyat dan cubaan kerajaan DAP Pulau Pinang ingin menambah pendapatan tahunan supaya terus dilihat sebagai kerajaan bijak menguruskan  kewangan." Sudah dua penggal DAP memerintah dan banyak peruntukan untuk projek naik taaf jalan raya serta kesesakan lalu lintas,tetapi kita pelik kenapa masalah berkenaan tidak selesai hingga ke hari ini," katanya. - Utusan

Isu ‘Slow Learner’ : Alumni UiTM Sifatkan Ada Putar Belit Untuk Raih ‘Political Mileage’

Mohamad Zaini Hassan (duduk, dua dari kanan) mendengar penjelasan Tengku Adnan Tengku Mansor (duduk, tengah) mengenai isu 'slow learner' pada sidang media di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, 28 Nov – Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia, Datuk Zaini Hassan menganggap isu berkaitan ‘slow leaner’ oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini adalah satu putar belit dari pihak tertentu.

Katanya, beliau memahami bahawa Tengku Adnan bercakap dalam satu konteks yang begitu baik dan begitu murni sebagai satu motivasi kepada para pelajar tetapi telah diambil sebagai satu konteks yang amat berbeza.

“Bagi saya ini adalah satu spinning, satu putar belit,” katanya dalam sidang media bersama Tengku Adnan selepas mengadakan pertemuan tertutup yang turut disertai AJK Alumni UiTM, di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak luar yang tidak ada kaitan dengan UiTM agar tidak mengambil kesempatan.

“Biar kami sahaja iaitu 700 ribu ahli alumni ini yang selesaikan masalah kami, kami tidak mahu pihak di luar sana yang tidak ada kaitan dengan kami menggunakan kesempatan ini untuk meraih political mileage.

“Kami amat berbesar hati dengan pertemuan ini malah Datuk Seri Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung sebuah parti terbesar di Malaysia sanggup menyatakan permohonan maaf walaupun niat ucapannya adalah berbeza” ujarnya.

Terdahulu, Tengku Adnan telah menerangkan bahawa ucapan beliau dalam pada majlis Anugerah Nadi Negara 2017 Sabtu lalu telah disunting dan tidak disiarkan sepenuhnya lantas menjadi tular sehinggakan mengundang kritikan khususnya golongan pembangkang.

“Yang saya lakukan adalah satu ucapan motivasi, ada puak tertentu yang sengaja ambil kesempatan untuk laga-lagakan UMNO dan UiTM.

“Kerajaan telah memerintah 60 tahun banyak jasa yang kadang kala telah diambil mudah, kerajaan telah sediakan keselamatan maka dengan keselamatan kita boleh lakukan macam-macam, mencari rezeki, perniagaan pembelajaran dan sebagainya.”

Monday 27 November 2017

Perhimpunan Agung UMNO Medan Yakinkan Rakyat


KEPALA BATAS - Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan menjadi medan untuk menyakinkan rakyat supaya terus memberi mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata memandangkan ini perhimpunan terakhir UMNO sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), rakyat akan membuat penilaian terhadap parti mana yang mampu memberi tawaran yang terbaik untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Jadi banyak pengukuran akan dibuat oleh rakyat. Bukan UMNO sahaja, perhimpunan parti-parti lain juga. Rakyat buka mata dan telinga, mereka akan buat penilaian, akan melihat semua aspek termasuk aspek realiti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir Parlimen Kepala Batas, di sini hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 dijadual berlangsung dari 5 hingga 9 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata keutamaan UMNO dan BN buat masa ini adalah 'merawat' permasalahan yang menghimpit rakyat terutamanya membabitkan isu kos sara hidup akan menjadi intipati pada perhimpunan itu walaupun perkara itu telahpun diterjemahkan dalam pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Malahan saya difahamkan akan ada lagi pengumuman demi pengumuman yang akan dibuat perdana menteri dalam tempoh yang mendatang ini. Tapi apa yang saya dengar rata-rata rakyat agak gembira dengan pengumuman dalam bajet itu," katanya.

Berhubung persiapan UMNO Pulau Pinang menghadapi PRU14, Reezal Merican yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata UMNO dan BN negeri akan membuat perubahan untuk rakyat di negeri ini jika parti itu diberi mandat untuk mentadbir kerajaan negeri.

Beliau berkata rakyat perlu bijak menilai selepas melihat kepincangan dan isu-isu berbangkit yang masih belum dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sehingga kini.

"Sebab rakyat tengok kepincangan, soal pembangunan tidak terurus, hartanah melambung tinggi, perumahan projek mampu milik yang tidak ada, kebajikan tertentu terabai...kami (UMNO dan BN) tidak perlu menguar-uarkan semua isu ini...rakyat sudah tahu," katanya. - Bernama

Jadikan PAU 2017 Semangat Perang Untuk Hadapi PRU, Elak Tuding Jari Sesama Sendiri


KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan berlangsung pada 5 hingga 9 Disember depan bukanlah masa untuk menuding jari antara satu dengan yang lain apatah lagi untuk mencari salah mana-mana pihak sebaliknya medan terbaik untuk melahirkan semangat ‘perang‘ yang tinggi dikalangan jentera parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata platform berkenaan merupakan perhimpunan terakhir sebelum parti berdepan pilihan raya umum, maka ia saat yang amat berharga untuk seluruh jentera parti membangkitkan semangat yang amat tinggi dalam usaha membantu parti mencapai kejayaan kelak.

“Ini merupakan perhimpunan agung UMNO terakhir sebelum kita menempuh pilihan raya umum dan percaya perwakilan khususnya di kalangan para pembahas usul akan bawa semangat yang sama untuk menghadapi pilihan raya umum nanti.

“Pada masa yang sama kita juga tidak boleh memperkecilkan mana-mana pihak serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan sebagainya dalam usaha mengekalkan keharmonian yang sedia ada hari ini,“ katanya dalam wawancara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) akan berlangsung pada 5 hingga 9 Disember ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

PAU 2017 akan bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Pada 6 Disember persidangan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri, manakala malamnya pula mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO.

Zaidi seterusnya percaya dan menaruh keyakinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberikan kata-kata semangat kepada seluruh ahli parti dalam ucapan dasarnya kelak.

“Kita penuh yakin dan merasakan Presiden juga akan berkongsi semangat untuk kita sama-sama menghadapi pilihan raya umum kali ini daripada mencari isu yang akan membawa perpcahan sesama kita.

“Seterusnya kita mengharapkan perhimpunan kali ini akan berlangsung dalam susana ceria, suasana muhibbah kekeluargaan dan semangat ‘peperangan‘ untuk pilihan raya umum akan datang ini dan mudah-mudahan seluruh ahli UMNO akan menerima semangat baru selepas berakhirnya perhimpunan agung UMNO 2017 nanti,” katanya lagi.

Sunday 26 November 2017

Selamat Hari Lahir, Pak Lah !


Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima ucapan selamat ulang tahun ke-78 daripada Datuk Seri Najib Razak.

“Selamat Hari Lahir, Pak Lah!

“Semoga dikurniakan kesihatan dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa,” tulis perdana menteri menerusi Twitternya, hari ini.
Abdullah dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Beliau adalah cucu kepada bekas Mufti Pulau Pinang Sheikh Abdullah Fahim.

Mula menyertai UMNO pada 1964, Abdullah bergerak aktif dalam politik sehingga dilantik sebagai perdana menteri pada 31 Okt 2003, namun berundur pada 3 April 2009.

Sehingga berita ini disiar, Abdullah menjadi satu-satunya bekas perdana menteri yang masih setia bersama BN.

Kecuali allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang meninggal dunia semasa menjadi ketua negara, tiga bekas perdana menteri lain meninggalkan UMNO. 

BN Sudah Senarai Pendek Calon PRU14


Parti Barisan Nasional (BN) sudah mempunyai senarai pendek nama calon yang akan diletakkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebagai sebuah parti yang kukuh dan mantap, BN telah membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi pilihan raya kali ini.

“Senarai nama sudah selesai tunggu sahaja pengumuman yang akan dibuat ketika pilihan raya umum nanti.

“Kita bukan macam parti pembangkang yang kelam kabut dalam menentukan hala tuju parti dan calon yang akan bertanding nanti.

“Kita adalah parti yang kuat dan kita mempunyai persediaan yang mantap dalam menghadapi pilihan raya pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelepasan Komuniti Berbasikal di Putrajaya hari ini.

Tengku Adnan mengulas persediaan BN dalam menghadapi PRU-14 yang akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan ini.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, program komuniti berbasikal itu adalah program siri ketiga pada tahun ini.

“Seramai 950 peserta akan berbasikal sejauh 12 kilometer mengelilingi Presint 14 dan 15.

“Kita sangat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana berjaya menjayakan program sihat ini,” katanya.

Katanya, program itu akan diteruskan lagi pada 2018 kerana banyak manfaat yang diperoleh oleh warga Putrajaya khasnya dan masyarakat sekitar amnya.

Saturday 25 November 2017

Ketepikan ADUN PKR : Dap Nak Kuasa Mutlak, Tidak Demokratik


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengenepikan atau menghalang ADUN PKR-Kebun Bunga YB Cheah Kah Peng untuk memperakui borang permohonan pampasan banjir adalah satu tindakan yang sangat tidak demokratik, dan tidak menghormati pilihan rakyat.

YB Datuk Dr Sr Muhammad Farid Saad, Adun Pulau Betong berkata beliau tidak hairan sekiranya Adun-Adun dari Barisan Nasional tidak diberikan kuasa memperakui permohonan tersebut tetapi apabila Adun dari PKR sendiri turut sama tidak dibenarkan dan diberikan kuasa maka ianya adalah sesuatu yang janggal.

Bukankah PKR adalah sebahagian dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang ?

Kenapakah tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh YB Cheah Kah Peng sebagai wakill rakyat Kebun Bunga diserahkan kepada ADUN DAP-Pulau Tikus pula?

Apakah DAP Pulau Pinang sedang mengatur langkah untuk mengambil alih kerusi-kerusi DUN yang kini diwakili oleh PKR pada PRU ke-14? 

YB Farid berkata demikian kerana pada pra PRU ke-13 yang lalu, terdapat cakap-cakap yang mendakwa DAP akan cuma mengabil alih dan bertanding di beberapa kerusi DUN yang diwakili PKR supaya DAP memperolehi 21 kerusi DUN atau mendapat majoriti mudah di DUN Pulau Pinang.

Mungkinkah agenda DAP itu kini dihidupkan semula? soalnya.

Menurut beliau lagi sekiranya DAP mempunyai majoriti mudah di DUN, DAP sudah tidak perlukan parti-parti lain untuk membentuk Kerajaan. 

Mungkinkah DAP sedang merangka pelan atau strategi untuk mendapatkan kuasa mutlak (absolute power) di Pulau Pinang? 

Sudah tentu jika perkara itu berlaku PKR dan PAN akan jadi seperti 'melukut di tepi gantang' sekiranya DAP ada 21 kerusi di DUN Pulau Pinang.

Mungkinkah DAP sudah merasakan mereka cukup kuat untuk perintah Pulau Pinang maka sudah tidak perlukan rakan-rakan yang membantu mereka mula memperoleh kuasa pada 2008?

Jelas pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak boleh dikritik. Suara mengkritik dianggap suara menentang. 

"Mungkin itulah yang berlaku ke atas rakan saya YB PKR-Kebun Bunga Cheah Kah Peng; diketepikan kerana mengkritik Ketua Menteri dalam Sidang DUN Pulau Pinang. 

"Sebelum ini, YB PKR-Penanti Norlela Ariffin juga diberi tekanan apabila dia menimbulkan isu operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu dalam DUN Penanti".

Sebelum itu dilaporkan bahawa seorang Adun dari PKR Pulau Pinang telah menyelar kerajaan negeri Pulau Pinang kerana melarang beliau untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasannya sendiri.

YB Cheah Kah Peng berkata beliau terkejut apabila mengetahui bahawa dia telah digugurkan dari menguruskan pendaftaran mangsa banjir apabila dimaklumkan melalui e-mel oleh setiausaha negeri Farizan Darus pada 20 Nov 2017 yang lalu.

Lagi Bukit Di Gondol Di Pulau Pinang


BALIK PULAU: Pulau Pinang diancam banjir yang lebih serius, apabila sebuah lagi bukit di daerah ini sedang digondolkan bagi tujuan pembangunan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob, berkata kegiatan menggondol Bukit Sungai Rusa yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 0.81 hektar itu dipercayai sudah dilakukan sejak lima tahun lalu. 

Beliau berkata, pihaknya menerima rungutan daripada penduduk kampung yang mengeluh apabila rumah mereka dinaiki banjir lumpur dalam kejadian banjir pada 5 November lalu. 

"Saya menerima aduan daripada penduduk yang mengadu rumah mereka dilanda banjir lumpur dan ia pertama kali berlaku sejak kampung itu mula dibuka. 

"Bagaimanapun saya sudah pun menemui pemilik tanah ini dan saya difahamkan kerja menarah bukit sudah dihentikan buat seketika. 

"Namun, apa yang lebih mendukacitakan saya adalah mengapa perkara begini tidak dipandang serius oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), kerana saya difahamkan projek ini belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 

Tinjauan BH bersama Shah Headan yang turut disertai pemilik tanah, Mohd Nasir Sulaiman, mendapati kesan gondol cerun bukit berkenaan jelas kelihatan dari Kampung Sungai Rusa, selain ia terletak berdekatan anak sungai. 

Difahamkan, kawasan lereng Bukit Sungai Rusa itu dikategorikan sebagai tanah gred satu, iaitu tanah yang dibenarkan bagi sebarang kerja pembangunan dan boleh dimajukan. 

Sementara itu, Mohd Nasir berkata, beliau merancang untuk membina kediaman keluarganya di lereng bukit berkenaan, selain membina laluan jalan raya untuk ke puncak bukit. 

"Saya sudah membeli tanah dengan keluasan 2.43 hektar ini sejak lima tahun lalu. Saya merancang untuk memajukan ia dengan membina kediaman, chalet, rumah sewa, dan juga kebun durian. 

"Tetapi saya akui kesilapan saya kerana projek ini belum mendapat kelulusan penuh MBPP dan saya juga sudah disaman kerana tidak menghantar pelan kerja tanah," katanya. - Berita Harian

Thursday 23 November 2017

PAU2017 Perlu Jadi Platform Dekati Belia


PULAU PINANG - Perhimpunan Agung UM­NO 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 5 hingga 9 Disember ini diharapkan menjadi platform kepada semua perwakilan negeri 'menggali' masalah rakyat terutamanya usa­ha untuk mendapatkan semula sokongan golongan belia.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, antara aspek yang perlu diberi penekanan semasa perhimpunan itu adalah mengkaji kaedah pe­netapan harga petrol yang menyumbang peningkatan kos sara hidup dan skim perumahan untuk golongan muda di bawah 40 tahun.

Menurutnya, kesemua perkara tersebut perlu dilaksanakan secara holistik termasuk bekerjasama dengan kerajaan negeri seperti yang diperlihatkan dalam misi bantuan pascabanjir kepada Pulau Pinang baru-baru ini.

“Kebanyakan Pemuda marah dengan kenaikan harga minyak yang berterusan dan mereka sa­lahkan kerajaan Persekutuan ko­nonnya tidak menanganinya, jadi UMNO perlu campur tangan untuk memastikan masalah ini tidak berlarutan.

“Kita juga harap ‘medan’ kali ini tidak dijadikan pentas lawak semata-mata tetapi turut membincangkan isu perumahan untuk golongan muda bawah 40 tahun dan masalah yang sering dihadapi rakyat yang memerlukan kerjasama wakil UMNO dan kerajaan negeri masing-ma­sing,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Mohamed Muzaidee Mohamed Ali berkata, pihaknya berharap ada wakil yang mencadangkan sekurang-kurangnya 40 peratus golongan muda UMNO bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ini kerana bagi beliau, usaha itu untuk membolehkan lebih ramai pemimpin muda diketengahkan dan dipercayai menjadi jalan terbaik mendekati golongan sasaran yang diyakini menjadi pengundi majoriti untuk negara dalam jangka masa panjang.

Selain itu katanya, pihaknya berharap perhimpunan itu juga akan terus menjadi wadah yang membincangkan peningkatan tahap kualiti pendidikan di negara ini bagi memastikan setiap pe­mimpin masa hadapan mempunyai pendidikan berkualiti setan­ding negara maju.

“Pemimpin dan pendidikan tidak boleh dipisahkan, malah kerajaan perlu pentingkan aspek ini supaya lebih ramai berpeluang melanjutkan pendidikan ke pelbagai peringkat, baharulah negara kita boleh maju dengan penemuan dan penyelidikan,” jelasnya. - utusan online

Wednesday 22 November 2017

‘Ratib’ Pembangkang Buat Tuduhan Pada UMNO Makan Diri – Azwan


KUALA LUMPUR, 22 Nov – ‘Ratib’ pembangkang yang terus menerus melemparkan pelbagai tohmahan terhadap UMNO termasuklah tuduhan parti perkauman ternyata memakan diri setelah apa yang berlaku hari ini memperlihatkan sebaliknya dengan Barisan Nasonal (BN) terus kukuh dan utuh melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

Kalau UMNO sebuah parti perkauman tentunya BN yang terdiri daripada pelbagai parti yang mempunyai pelbagai latar belakang bangsa dan budaya serta agama tidak mampu untuk bergerak menerajui kepimpinan negara sekian lama.

Bagi Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun perkara tersebut sememangnya berasas dan mereka (pembangkang) seharusnya mencermin diri dan merenung sedalam-dalamnya apa yang dilontarkan itu berasas atau sekadar untuk gimik politik semata-mata.

“Saya tidak dengar lagi pemimpin kita memainkan isu perkauman…namun berdasarkan kepada apa yang berlaku hari ini kita dapat lihat apa yang disebut oleh Dr Mahathir sebagai contoh…beliau sendiri yang memainkan isu kaum melabel pemimpin kita dengan pelbagai gelaran.

“Daripada itu, kita dapat tengok masyarakat keturunan Bugis dan rakyat Malaysia mula marah…semuanya desak Dr Mahathir memohon maaf dan pada saya mereka seharusnya perlu cermin diri terlebih dahulu,” katanya.

Azwan seterusnya menambah kekuatan di dalam BN sememangnya tidak dapat dinafikan kerana semua pihak di dalam parti itu baik di kalangan sayap Pemuda dan sebagainya sentiasa menekankan prinsip setiakawan.

“Dengan adanya semangat tersebut, hubungan yang sedia terjalin lebih akrab dan memberi impak yang amat bermakna buat parti. Inilah bukti jelas ‘ratib’ mereka memakan diri.

“Kita tidak kekok…malah sentiasa bekerjasama dan melihat hubungan baik ini dari sehari ke sehari menjadi lebih baik sekaligus menamatkan segala tohmahan yang mengaitkan kita dengan soal perkauman dan sebagainya. BN menjadi bukti kepada segala-galanya.

“Hasil daripada itulah BN terus dipercayai oleh rakyat berbanding pakatan pembangkang yang hanya kekal buat seketika malah pakatan yang dibentuk sekadar bermusim iaitu untuk berdepan pilihan raya umum semata-mata.

“Selepas pilihan raya umum, berlaku keretakan dan akhirnya membawa kepada perpecahan dan terungkai di pertengahan jalan. Inilah yang membezakan kita sebenarnya dengan mereka,” katanya lagi.

Tuesday 21 November 2017

Bantuan Mangsa Banjir Di Politikkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Tasek Gelugor - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung bantuan kepada mangsa banjir hari ini dibidas oleh Ketua Pembangkang, YB Datuk Jahara Hamid kerana ianya jelas telah dipolitikkan.

Sebelum itu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang berakhir baru-baru ini, kerajaan negeri Pulau Pinang begitu beria-ia sekali menyatakan bahawa bahawa bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang tidak akan dipolitikkan.

Mengejutkan apabila kesemua Adun-Adun dari Barisan Nasional langsung tidak dijemput untuk hadir pada sidang akhbar yang diadakan pada hari ini sedangkan ianya dihadiri oleh  semua ADUN Pakatan Harapan dan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri.

Jahara membangkitkan persoalan berkenaan Ketua Menteri yang telah mengumumkan bahawa permohonan untuk bantuan berjumlah RM700.00 kepada mangsa-mangsa banjir boleh dibuat oleh mangsa yang terjejas menerusi dalam talian dan perlu disokong serta diperakukan hanya oleh ADUN-ADUN kawasan masing-masing dari Pakatan Harapan. 

Di kawasan Barisan Nasional pula permohonan akan diperakukan oleh Penyelaras-Penyelaras KADUN Pakatan Harapan sahaja.

"Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri cakap tak serupa bikin dan dengan sendirinya telah menunjukkan bahawa bantuan untuk mangsa-mangsa banjir telah dipolitikkan oleh mereka sendiri.

"Pada hakikatnya kawasan-kawasan ADUN Barisan Nasional terutama di Seberang Perai Utara dan Balik Pulau juga terjejas teruk akibat bencana banjir yang berlaku pada 4 & 5 November 2017 baru-baru ini. 

"ADUN-ADUN Barisan Nasional telah turun padang untuk memantau dan membantu mangsa-mangsa banjir dan mempunyai maklumat penuh tentang mereka yang terjejas dan sepatutnya diberi kuasa juga untuk mengesahkan permohonan-permohonan yang telah dibuat" tegasnya.

Menurut Jahara lagi pusat-pusat Khidmat ADUN Barisan Nasional juga bersedia memberi kerjasama untuk membantu mangsa-mangsa membuat permohonan sekiranya diberi peluang untuk membantu tetapi ianya tidak berlaku malah Adun-Adun Barisan Nasional tidak diberi kata laluan untuk memuat turun dari sistem www.penangbangkit.com bagi menguruskan permohonan mangsa banjir. 

"Sikap dan pendirian ini amatlah dikesali dan menzahirkan dasar Kerajaan Pakatan Harapan yang menangguk di air keruh dan tidak mesra kepada rakyat MARHAIN !".

UMNO Pulau Pinang Bentang Kelemahan DAP Dalam PAU 2017


GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang akan menggunakan platform Perhimpunan Agung UMNO bulan depan untuk membawa pelbagai isu berbangkit menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), terutama membabitkan isu kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata UMNO Pulau Pinang akan diwakili Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said bagi membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO; Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd Rahim (usul ekonomi) dan Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugor, Nashrol Hisham Abdullah (usul Agama).

Beliau berkata, pihaknya juga berharap perhimpunan berkenaan akan membakar semangat ahli dan pemimpin UMNO negeri dalam persiapan terakhir menjelang PRU-14.

"Justeru, kita berharap perwakilan daripada negeri ini dapat berbahas dengan baik untuk mengetengahkan isu permasalahan rakyat di Pulau Pinang untuk dikongsikan dengan perwakilan negeri lain, bagi dijadikan iktibar terhadap isu yang berlaku.

"Malah, kita juga mahu mengingatkan semua pihak bahawa perubahan kerajaan baik di peringkat negeri dan Pusat tidak semestinya akan membawa kebaikan kepada rakyat malah boleh menyebabkan kemudaratan.

"Ia terbukti apabila sepanjang 10 tahun kerajaan DAP Pulau Pinang memerintah banyak isu berlaku di negeri ini termasuk runtuhan tanah dan banjir kilat disebabkan pembangunan yang tidak terkawal sehingga menyusahkan rakyat," katanya selepas merasmikan Minggu Industri 4.0 di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai persiapan UMNO negeri menghadapi PRU-14, Zainal Abidin berkata, beliau percaya perhimpunan agung kali ini akan merapatkan lagi saf dan barisan parti untuk menghadapi PRU.

Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin yang juga Penasihat Khas Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) kepada Perdana Menteri berkata, pihaknya berusaha untuk memupuk budaya dan meningkatkan aktiviti penyelidikan bagi memastikan pembabitan masyarakat dalam menyokong perkembangan pesat inovasi dan teknologi semasa.

"Untuk mencapai tujuan ini, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan memanfaatkan tujuh nod pertumbuhannya di seluruh rantau ini bersama rakan kongsi termasuk PSDC untuk merapatkan jurang dalam keperluan modal insan bagi pelaksanaan Industri 4.0.

"Kita juga berharap kawasan pertumbuhan NCER akan menjadi tempat ujian yang baik untuk pelaksanaan Industri 4.0," katanya. - Berita Harian

Golongan Muda Muslim Perlu Sedia Perancangan Untuk 30 Tahun – Khairy


KUALA LUMPUR –  Golongan muda Muslim di seluruh dunia perlu menyediakan perancangan untuk tiga dekad akan datang bagi menghadapi pelbagai cabaran yang menanti termasuk mewujudkan kerja untuk masa depan, kata Menteri dan Belia Khairy Jamaluddin.

“Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan perancangan untuk 30 tahun akan datang yang telah dimulakan di Malaysia. Dan ini juga penting untuk dunia Islam, saya percaya kita perlukan perancangan untuk masa depan kita.

“Jika anda tidak bersuara sebagai golongan muda Muslim dan golongan muda di negara anda, dengan itu pemimpin anda tidak akan respons terhadap perubahan itu,” katanya semasa merasmikan Forum ‘Towards The Renascence of Muslim Future Thinkers: Vision TN50 of Malaysia “ di sini, hari ini.

Beliau berkata golongan muda Muslim perlu memikirkan tentang halangan-halangan dalam masyarakat dan bagaimana mereka akan mengendalikannya.

“Era maklumat digital akan membawa perubahan terhadap masyarakat kita, sama ada kita suka atau tidak. Sekiranya negara-negara tidak melakukan pembaharuan secara sukarela, sekiranya mereka tidak melakukan perubahan itu mulai sekarang, dengan itu mereka akan dipaksa untuk melakukan perubahan.

“Tiada negara yang kebal dengan perubahan dan pastinya tiada negara kebal dengan tekanan sosial ke arah perubahan. Perubahan itu perlu datang daripada anda semua,” katanya.

Kerajaan telah mendekati lebih 1.5 juta belia menerusi sesi Dialog TN50 sejak ia diperkenalkan pada  Januari.

Kira-kira  60,000 aspirasi golongan muda daripada pelbagai bidang dikumpulkan menerusi pelbagai saluran termasuk secara dalam talian dan interaksi bersemuka.

Itulah Wajah Sebenar Dap, Walau Apapun Yang PM Bantu Mereka Akan Tetap Keji – Mas Ermieyati


KUALA LUMPUR – “Itulah Dap… wajah sebenar Dap… mereka ini cauvinis… bila tengok dia (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng) menangis minta tolong kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telefon pukul 3.00 pagi… pukul 8.00 pagi sudah ada bantuan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tapi mana mereka tahu bersyukur,” ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Katanya, Dap sememangnya tidak tahu berterima kasih kerana walau apapun bantuan dan perhatian yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hulurkan, mereka tetap mengeji pada akhirnya.

“Bukan isu banjir sahaja… kita lihat betapa besar jiwa dan hati Perdana Menteri melawat Anwar (Ibrahim) malah sebelum ini pemimpin pembangkang yang lain juga tapi entahlah… saya tidak faham hati ‘kaudu’ mereka ini…

“Tidak boleh ke seminit sahaja ada satu perasaan dan bersangka baik atau positif dalam hati pada mereka kepada Perdana Menteri… pelik,” bidasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata demikian dalam mengulas berkaitan kenyataan Guan Eng baru-baru ini yang mendakwa kononnya sehingga hari ini belum ada sebarang bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Justeru beliau melahirkan rasa bersyukur kerana terbuka hati untuk berada dalam parti UMNO.

“Syukur saya berada dalam parti UMNO kerana Presiden dan Timbalannya mengajar kita untuk sentiasa mempunyai jiwa besar walaupun orang buat kita tapi jangan kita buat orang.

“…saya berharap saya boleh jadi seperti beliau. Jiwa beliau sangat murni,” luah Mas Ermieyati.

Oleh itu beliau menyeru agar rakyat menilai yang mana intan dan yang mana kaca kerana pembangkang hanya tahu mencela dan mengambil kesempatan demi kepentingan politik mereka.

Beliau turut mengajak kepada semua ahli UMNO khususnya Puteri untuk mencontohi jiwa besar Perdana Menteri.

“Kita ahli UMNO terus buat kerja, biarlah pembangkang dengan cara mereka kerana apa yang telah ditunjukan oleh Perdana Menteri adalah satu nilai murni, nilai kepimpinan yang harus kita belajar.

“Bukan mudah mahu jadi Perdana Menteri… Orang ini yang telah kau fitnah dan sebagainya tetapi masih juga terus menghulurkan bantuan.

“Saya fikir Dap tidak akan berubah, Dap akan tetap dengan caranya, pentingkan diri, bongkak dan celupar. Itulah Dap,” tegas Mas Ermieyati lagi.

Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan 13 projek tebatan banjir yang dikenalpasti dan akan dilaksanakan di Pulau Pinang malah Kerajaan Pusat telah meluluskan RM150 juta serta sanggup pertimbangkan untuk peruntukan tambahan mengikut kemampuan kewangan Kerajaan Pusat.

Bukan itu saja, pelbagai pihak termasuk semua sayap UMNO bertungkus lumus menolak fahaman politik demi membantu meringankan beban mangsa banjir di Pulau Pinang.

Monday 20 November 2017

Lebih Ramai Pegawai Perubatan Di Klinik 1Malaysia


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Lebih ramai pegawai perubatan dan anggota kumpulan sokongan akan ditempatkan di Klinik 1Malaysia secara berperingkat di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kementerian telah menempatkan beberapa pegawai perubatan termasuk Penolong Pegawai Farmasi secara tetap di 102 Klinik 1Malaysia sehingga 30 September lalu.

“Kementerian sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan di Klinik 1Malaysia kerana penerimaan yang sangat baik dalam kalangan masyarakat.

“Pada 2015, sebanyak 6,092,332 pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia dan jumlah itu meningkat kepada 6,472,001 pesakit pada tahun lalu,” katanya ketika menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) yang ingin mengetahui mengapa masih banyak Klinik 1Malaysia tidak mempunyai doktor semasa sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, sehingga Ogos lalu pula, sebanyak 4,445,828 pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia. - utusan online