This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday 24 June 2018

Kejayaan Asyraf Wajdi Beri Isyarat Perlunya Pembaharuan Dalam UMNO


PULAU PINANG 24 Jun - Kejayaan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi sesi 2018-2021 memberi isyarat jelas perlunya satu pembaharuan dibuat secara total dalam parti itu.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd. Rahim berkata, hal ini demikian kerana UMNO perlu menawan semula kepercayaan rakyat dalam mengharungi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan suatu pendekatan yang serba baharu.

“Kita (Pemuda UMNO Pulau Pinang) mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya memenangi jawatan itu (Ketua Pemuda UMNO).

“Pada masa yang sama, perlu diingat, yang menang itu ‘tidak menang’ kesemuanya dan yang kalah juga ‘tidak kalah’ semuanya.

“Kini menjadi tugas kepada beliau (Asyraf Wajdi) untuk menyatukan semula bahagian-bahagian (UMNO) dengan seberapa segera agar titik persamaan dapat ditemukan untuk kembali dalam usaha memenangi hati rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ashraf Wajdi, 42, diumumkan secara rasmi sebagai Ketua Pemuda UMNo menerusi Twitter Pemilihan UMNO 2018 hari ini selepas memperoleh 65 undi berbanding pencabar terdekatnya, Khairul Azwan Harun dengan 62 undi.

Dua lagi calon untuk jawatan itu iaitu Mohd. Shahar Abdullah dan Datuk Seri Jamal Yunos pula masing-masing memperoleh 51 dan dua undi.- Utusan Online

Friday 22 June 2018

'Kekal Berjuang, Pertahan Perjuangan'


Pemilihan UMNO 2018 adalah bukti bahawa parti UMNO sedang melalui revolusi politik dan dalam keadaan yang penuh mencabar ini, UMNO masih lagi meneruskan tradisi pemilihannya dengan membuka seluas-luasnya proses pemilihan sehingga ke peringkat akar umbi.

Ahli UMNO di seluruh negara bakal memulakan proses pemilihan penuh demokrasi ini bermula 23 Jun 2018 melibatkan semua pergerakan sayap-sayap parti.

Justeru itu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga terlibat dalam proses ini dan sudah tentunya kalimah perubahan yang disebut-sebut oleh seluruh ahli bakal diterjemahkan dalam kertas undi nanti.

Daripada ratusan calon anak muda yang berwibawa dan berkaliber di seluruh negara, Pulau Pinang turut menampilkan seorang calon pemuda yang berdedikasi untuk sama-sama menyumbang dalam arus perubahan kali ini.

Atas prinsip 'Kekal Berjuang, Pertahan Perjuangan' saudara Afriz Bin Mohd Nor, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor dari Pulau Pinang menawarkan diri sebagai calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi pemilihan UMNO 2018 - 2021.

Calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bernombor 105 ini adalah seorang pemimpin muda yang disegani dan mudah didekati bukan sahaja di bahagian Bukit Gelugor tetapi juga di negeri Pulau Pinang dan Malaysia amnya.

Pengalaman beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan gerak kerja membantu Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang serta UMNO Negeri Pulau Pinang khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Kecil diseluruh negara, Pilihanraya Umum dan gerak kerja parti, wajar digarap dan diangkat keperingkat pusat khususnya dalam proses memperkukuhkan parti.

Selain daripada itu peranan beliau dalam parti sebagai salah seorang pemimpin muda yang terlibat secara langsung dalam pengurusan gerak kerja di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melibatkan Biro Media Sosial yang aktif khususnya dalam menghadapi PRU14 yang lalu juga dilihat sebagai tawaran untuk satu anjakan dan perubahan kepada parti UMNO .

Kematangan politik yang dimiliki dan pengalaman luas beliau khususnya dalam pengurusan jentera media sosial adalah 2 elemen terbaik yang dimiliki oleh anak muda ini dan atas prinsip 'Kekal Berjuang, Pertahan Perjuangan' saudara Afriz Bin Mohd Nor adalah calon Exco Pergerakan UMNO Malaysia yang wajar diberikan ruang dan peluang sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2018 - 2021.

Wednesday 20 June 2018

Datuk Norliza Calon Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia


Datuk Norliza selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor merangkap Ketua Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang serta Exco Wanita UMNO Malaysia merupakan satu-satunya calon wanita dari Pulau Pinang yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan UMNO 2018.

Calon bernombor 03 ini merupakan seorang pemimpin wanita yang disegani serta sentiasa bekerja kuat untuk parti UMNO.

#NORLIZA4NAIBKETUAWANITA 

Perwakilan Berpeluang Pilih Yang Terbaik Bagi Terajui kepimpinan UMNO 30 Jun Ini


TEMERLOH, 20 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perwakilan parti berpeluang untuk membuat pilihan yang terbaik daripada senarai calon yang bakal bertanding pada pemilihan parti 30 Jun ini.

Beliau turut menyifatkan, jumlah calon yang ramai untuk bertanding pelbagai jawatan akan memberikan lebih variasi kepada perwakilan untuk menilai dan memilih yang terbaik antara yang terbaik bagi mengemudi parti UMNO.

“Ibu pejabat juga telah mengaturkan pertemuan semua calon daripada semua peringkat untuk pergi ke negeri-negeri bagi memberi peluang kepada calon untuk memperkenalkan diri. Dengan cara ini setiap perwakilan boleh mengenali siapa yang bertanding untuk jawatan apa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya anjuran UMNO Pahang di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan secara tertutup itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan timbalannya Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin serta barisan kepimpinan UMNO negeri.

Hadir sama dua calon timbalan presiden iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan dan Tan Sri Annuar Musa, empat daripada tujuh calon naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta calon Ketua Wanita Datuk Noraini Ahmad.

Pahang adalah destinasi pertama bagi calon-calon memperkenalkan diri dan ia akan diikuti dengan Kelantan dan Terengganu pada 21 Jun seterusnya ke negeri-negeri yang lain pula. – MediaUMNO


Tuesday 19 June 2018

Farid Tawar Diri Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO


Datuk Sr Dr Muhamad Farid Saad bekas Adun Pulau Betong hari ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2018-2021.

Beliau dalam kenyataan di facebook berkata penawaran ini dibuat setelah menilai kemampuan diri untuk menyumbang kepada pembangunan organisasi dan wadah perjuangan parti yang menunjangi umat Melayu dan Islam.

Tindakan Kerajaan Burukkan Ekonomi Negara Punca Kejatuhan Bursa Saham Berterusan


KUALA LUMPUR, 19 Jun – UMNO menyatakan rasa bimbang dengan perkembangan aliran yang menurun di Bursa Malaysia secara berterusan untuk tempoh yang lama, di mana penurunan ini bukan saja bakal menjejaskan prestasi syarikat pengurus dana seperti KWSP, malah akan turut menjejaskan keupayaannya untuk memberi dividen pada masa depan.

Dalam satu kenyataan media, Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO menegaskan, penurunan harga saham PLC di Bursa Malaysia akan memberikan impak termasuk pengurus dana lain seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Tabung Haji dan pelbagai lagi. 

“Apakah kerana terlalu gelojoh memperkenalkan pembaharuan yang kebanyakannya bermotifkan balas dendam,  kepimpinan PH sanggup memperjudikan kestabilan ekonomi negara dan kantung pendapatan rakyat? 

“Oleh kerana terlalu sibuk membongkar kesalahan BN,  Kerajaan PH sebaliknya meminggirkan pendekatan untuk mensejahterakan rakyat dan negara. 

“Apa yang berlaku pada Bursa Malaysia adalah contoh pengabaian kerajaan pada peringkat mikro ekonomi negara. Dengan dakwaannya bahawa hutang negara mencapai RM1 trilion, sehingga mewujudkan Tabung Harapan bagi mengalihkan perhatian rakyat kepada janji manifestonya, PH sebenarnya akan menambah lagi hutang negara dengan mengemis simpati dunia,” tegas kenyataan itu. 

Sehubungan itu, UMNO meminta agar Kerajaan PH perlu menggesa Menteri Kewangan dan Menteri Hal-Ehwal Ekonomi supaya berhenti dari terus memburuk-burukkan ekonomi negara sendiri semasa mereka berada di luar negara. 

Jelasnya, tidak ada sebarang kebaikannnya memberitahu kepada pelabur luar negara bahawa ekonomi negara bakal bankrap, sedangkan hakikatnya dakwaan itu amat jauh dari kebenarannya. 

“Antara punca utama juga ialah pelabur asing menjual saham dan membawa keluar dana adalah kerana kegiatan politiking melampau iaitu keghairahan memburukkan BN dengan kenyataan Kerajaan PH konon hutang negara lebih RM1 trilion dan kutipan Tabung Harapan. 

“Terbaru yang memburukkan imej negara dan iklim pelaburan apabila Menteri Hal-Ehwal Ekonomi,  Azmin Ali dilaporkan memberitahu media perniagaan antarabangsa paling berpengaruh,  Financial Times bahawa Malaysia sebuah negara bankrap. 

“Disebabkan tindakan mereka itu, pelabur luar negara akan takut datang melabur dan yang sudah melabur sudah pasti mahu keluar dari Malaysia. Ini pastinya akan memberi impak negatif yang besar kepada ekonomi dan rakyat Malaysia. 

“Berhentilah dari terus mempolitikkan ekonomi negara. Masa kempen pilihan raya sudah berlaku. PH sudah ditakdirkan menang. Maka itu, inilah masa untuk mengurus ekonomi negara dengan baik,” ujarnya. 

Menurut kenyataan itu lagi, adalah sesuatu yang membimbangkan, selepas kira-kira sebulan mengambilalih tampuk pentadbiran negara susulan kemenangan mengejut pada PRU14, komuniti pelabur di Bursa Malaysia terutama pelabur asing, terus memberi reaksi negatif terhadap pelbagai langkah drastik yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Penolakan komuniti pelabur terhadap pelbagai langkah Kerajaan PH seperti pembatalan beberapa projek mega serta penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dicerminkan oleh penurunan lebih 100 mata Indeks FBM KLCI, iaitu Indeks penanda aras Bursa Malaysia.

“Pada penutup sehari sebelum PRU14 pada 8 Mei lalu, Indeks FBM KLCI selasa berada pada 1,846.51. Namun, setakat penutup semalam (18 Jun 2018), indeks penanda aras berkenaan susut 103.08 mata kepada  1,743.43. 

“Sejajar kejatuhan besar Indeks FBM KLCI, ia turut menyebabkan penurunan harga saham syarikat awam tersenarai (PLC) di pasaran saham tempatan. Ini sekali gus mengheret jatuh nilai pelaburan syarikat pengurus dana yang memiliki banyak pelaburan dalam PLC,” jelasnya kenyataan tersebut. 

Tambah Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO lagi, antara -syarikat pengurus dana yang terkesan dengan kejatuhan nilai pelaburan mereka susulan aliran menurun dalam urus niaga Bursa Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jelasnya, dalam tempoh sebulan selepas PRU14, nilai pelaburan KWSP dalam 10 syarikat awam tersenarai PLC turun 12% atau RM6.09 bilion. Nilai pelaburan terbabit menurun secara dramatik daripada RM51.21 bilion kepada RM45.12 bilion, hanya dalam tempoh sebulan.

“Sepuluh saham utama merekodkan prestasi terburuk dalam portfolio KWSP dalam tempoh sebulan adalah Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), CIMB Group Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.

“Sektor pembinaan adalah yang paling teruk susulan kajian semula Kerajaan PH mengenai projek infrastruktur mega iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan laluan ketiga mass transit (MRT3),” katanya. 

Menurut laporan mingguan The Edge, CMS mendahului senarai dari segi kuantum kejatuhan dalam harga saham. Harga saham kumpulan itu merosot 37%, sekali gus menghapuskan RM1.7 bilion dari permodalan pasarannya., KWSP, yang memiliki 10.69% kepentingan dalam syarikat itu, menyaksikan penurunan nilai pelaburannya sebanyak RM180 juta.

Kedua-dua MRCB dan IJM menyaksikan harga saham mereka turun 32 %, menghakis RM1.4 bilion dan RM3.1 bilion daripada permodalan pasaran masing-masing. KWSP, yang memiliki 35.32% ekuiti dalam MRCB, menyaksikan nilai pelaburannya susut RM490 juta, manakala nilai pegangan 14.5 % dalam IJM juga turun RM450 juta.

Saham Gamuda pula menjunam 28 %, menghakis RM3.7 bilion daripada permodalan pasarannya. Oleh itu, nilai pegangan 10.11% KWSP juga menurun sebanyak RM370 juta.

Walaupun stok pembinaan adalah yang paling banyak rugi susulan jualan besar-besaran pasca PRU14, dua saham perbankan dan dua syarikat telekomunikasi iaitu Maybank, CIMB, TM dan Axiata, sebenarnya paling banyak menjejaskan nilai pelaburan KWSP.

Secara keseluruhannya, KWSP kehilangan nilai pelaburan sebanyak RM3.86 bilion dalam empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) – Maybank, Axiata, CIMB dan TM dalam tempoh sebulan. Kejatuhan harga saham Maybank, Axiata, CIMB dan TM masing-masing 7%, 12%, 8% dan 21% sejak PRU14. Ini menyebabkan KWSP kerugian atas kertas nilai pelaburan dalam syarikat terbabit, masing-masing RM1.06 bilion, RM990 juta, RM730 juta dan RM690 juta.

Namun, kejatuhan harga saham TNB menyebabkan nilai pelaburan KWSP paling teruk terkesan apabila permodalan pasaran gergasi utiliti itu menyusut sebanyak RM8.5 bilion. Akibatnya, KWSP, yang memiliki 12.67%  kepentingan dalam TNB, menyaksikan nilai pelaburannya susut 9% atau RM1.08 bilion.-MediaUMNO

Sunday 17 June 2018

Perwakilan Perlu Diberi Ruang, Peluang Memilih Pemimpin Terbaik Demi Survival UMNO – Khairy


KUALA LUMPUR, 17 Jun – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, bukan mudah untuk beliau mengambil keputusan untuk bertanding sebagai Presiden UMNO di mana beberapa hari yang lalu, beliau masih tetap dengan pendiriannya hanya untuk bertanding jawatan Naib Presiden sahaja. 

Bagaimanapun menurut Khairy, setelah memikirkan masa depan dan survival UMNO dalam keadaan hari ini, beliau mengambil keputusan bertanding jawatan Presiden UMNO kerana mahu ahli-ahli parti mempunyai pilihan tentang ke arah mana UMNO perlu dikemudi.

“Saya sangat hormat kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Malah, saya telah berjumpa dengan beliau beberapa hari yang lepas dan menggalakkan hasrat beliau bertanding di atas semangat pemilihan terbuka. 

“Saya juga sangat hormat kepada YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam UMNO, beliau ibarat seorang abang kepada saya yang sentiasa membantu dan menasihati saya.

“Kedua-dua tokoh ini mempunyai kelebihan masing-masing. Tengku Razaleigh adalah seorang negarawan yang berjaya mengasaskan institusi-institusi penting negara seperti Petronas dan Bank Bumiputra. 

“Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid pula adalah seorang pejuang yang telah melalui jatuh bangun dunia politik dan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan akar umbi parti. Kedua-dua mereka merupakan calon-calon yang mempunyai kekuatan tersendiri untuk jawatan presiden ini,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Jelasnya lagi, memandangkan pertandingan di peringkat tertinggi UMNO kali ini adalah terbuka, beliau merasakan para perwakilan parti perlu diberi pelbagai pilihan sebelum mereka membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuk UMNO.

Beliau juga dengan rendah diri menyifatkan dirinya tidak mempunyai pengalaman yang luas seperti calon-calon yang lain. 

“Tetapi saya mahu perwakilan diberi satu lagi pilihan yang mewakili peralihan generasi dalam UMNO. Satu pilihan yang pada prinsipnya melihat bagaimana parti kita dapat dibina semula mengikut acuan terkini tanpa melupakan asas penubuhan UMNO.

“Saya berikrar untuk bekerja sepenuh jiwa dan raga, bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam parti agar UMNO dikembalikan kepada roh asal dengan jasad yang baharu. 

“Roh yang saya maksudkan adalah parti Melayu yang inklusif, dengan menunjukkan keterangkuman yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. 

“Kita mahu UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat, bukan hanya golongan atasan, bangsawan, korporat dan elit sahaja. Parti untuk orang biasa. Parti yang menjaga kepentingan orang biasa. 

“Parti yang tidak rasis, tidak seksis, tidak jumud dan tidak lagi pekak terhadap kehendak rakyat jelata. Parti yang berjiwa besar terhadap kaum-kaum lain dan mungkin satu hari nanti Barisan Nasional boleh dibina semula sebagai satu rumah besar untuk semua,” ujarnya. 

Dalam menghadapi suasana pemilihan parti ini, kata Khairy lag, biarlah ia dilakukan di atas semangat perjuangan berteraskan fastabiqul khairat, iaitu berlumba-lumba untuk membuat kebaikan kepada rakyat, dan bukannya berlumba-lumba untuk jawatan, pangkat dan kekayaan.

Katanya, jasad yang baharu bermaksud penstrukturan semula parti secara total. UMNO mesti mengembalikan semangat keterbukaan dalam segala aspek. 

“Terbuka untuk bertanding. Terbuka untuk menegur dan mengkritik pemimpin tanpa dipecat. Terbuka untuk menerima ahli-ahli baharu tanpa sekatan. Terbuka untuk para perwakilan menentukan siapa yang akan menerajui UMNO dan bebas daripada cengkaman ‘warlords’. 

“Budaya ilmu perlu memacu perjuangan UMNO di setiap peringkat. Biarlah Perhimpunan Agung menjadi medan pertembungan idea untuk kebaikan rakyat dan bukannya pesta ucapan retorik yang hanya menghiburkan ahli parti. 

“Biarlah orang yang luar dari “sistem parti” diangkat bersama ke jawatan tertinggi – baik para ilmuan, profesional serta aktivis yang mungkin selama ini disekat dan dipinggirkan. Kita mahu membuka pintu UMNO seluas-luasnya kepada siapa sahaja yang ingin membina semula parti kita.

“Saya sedar saya juga penuh dengan kelemahan. Dan mungkin ada yang rasa saya terlalu muda dan mentah. Tetapi kita berada di zaman luar biasa yang menuntut jalan yang bukan biasa. Saya hanya mahu memberi para perwakilan pilihan yang seluas-luasnya. Menang kalah di tangan perwakilan dan ketentuan Ilahi,” jelasnya. 

Walau apapun keputusan pemilihan itu kelak, Khairy menegaskan bahawa beliau akan terus setia kepada perjuangan UMNO dengan tidak berbelah bagi dan akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menjadi Presiden UMNO yang baharu nanti. 

“Apa yang penting, pemilihan ini perlu berjalan dalam semangat kekeluargaan UMNO agar ia dapat menjadikan parti lebih kuat untuk mengharungi cabaran besar pada hari-hari mendatang. 

“Inilah permulaan jalan yang jauh dan berliku. Jalan yang hari ini mungkin tidak nampak sinar di penghujungnya. Tetapi saya yakin, jika UMNO dapat dikembalikan denga roh perjuangan yang asal namun dalam jasad yang lebih segar, rajawali perjuangan akan terbang semula satu hari nanti,”tegasnya. 

Saturday 16 June 2018

Najib Harap Persaingan Politik Berlangsung Secara Sihat


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar persaingan politik  yang sedang berlaku ketika ini  terkawal dan berlangsung secara sihat.

Najib menggesa seluruh rakyat Malaysia yang bertemu rakan taulan ketika menyambut Aidilfitri untuk menganjurkan persefahaman kerana hakikatnya mereka menaruh harapan tinggi kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk kekal stabil bagi melaksanakan mandat yang diberi.

Walaupun tidak lagi memegang jawatan pemimpin nombor satu negara, Najib tetap mahukan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa perlu bersangka buruk sesama sendiri hanya kerana perselisihan politik antara satu sama lain pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Sehubungan itu, bersempena bulan Syawal ini, beliau mengajak rakyat untuk membuka lembaran baharu dengan melupakan kisah lampau dan saling bermaaf-maafan.

“Memang kita tahu pada masa itu tentunya terdapat perselisihan antara keluarga, rakan dan taulan sehingga ada yang terguris hati.

“Peralihan kuasa yang berlaku sebelum Ramadan berjalan dengan aman dan kita sekarang dipimpin kerajaan yang baharu,” katanya dalam satu catatan sempena Aidilfitri di laman Facebook hari ini.

Sementara itu, Najib yang merupakan Anggota Parlimen Pekan menyifatkan Ramadan tahun ini amat berbeza dengan Ramadan terdahulu memandangkan beliau dan rakan-rakan seperjuangannya tidak lagi  berkhidmat dalam kerajaan. -Bernama

P. Pinang Kemuka Dua Calon MT


KEPALA BATAS, 16 Jun – UMNO Pulau Pinang akan kemukakan dua pencalonan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu sempena pemilihan UMNO hujung bulan ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau akan mempertahankan jawatan itu dan selain beliau, turut dicalonkan ialah Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Ir. Shaikh Hussein Mydin.

“Kita (UMNO Pulau Pinang) hanya tampil dua calon daripada golongan muda iaitu masing-masing berusia bawah 50 tahun untuk jawatan MT,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihadiri oleh lebih 5,000 pengunjung di Wisma UMNO, di sini hari ini.

Beliau berkata pencalonan ini adalah bagi penuhi syarat parti yang mahukan orang muda untuk jawatan MT bagi penggal 2018-2021.

Dalam pada itu, Reezal Merican, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata, pemilihan pengerusi baharu bagi menggantikan penyandang ketika ini, Datuk Seri Zainal Abidin Osman hanya akan dibuat selepas pemilihan UMNO berlangsung.

“Ketika ini, Zainal masih lagi Pengerusi (UMNO Pulau Pinang) dan menjalankan tugas-tugas sebagai pengerusi,” katanya.

Katanya, jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan ditentukan selepas Pemilihan UMNO dan dibuat secara lantikan dan bukan pemilihan.



Monday 11 June 2018

'Tukar Cara, Bukan Teras'


KEPALA BATAS: Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, akan bertanding mengekalkan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan suara kepemimpinan tertinggi parti dapat didengari dan dibawa ke peringkat Parlimen.

"Melihat kepada suasana, terutamanya apabila saya terpilih mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas ini, saya fikir adalah wajar untuk saya mempertahankan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

"Saya tidak mahu bertanding jawatan lain kerana proses pencalonan itu tidak boleh terlalu ramai.

"Kalau ramai yang bawa formula sendiri, akhirnya UMNO akan jadi cacamerba," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Parlimen Kepala Batas di Masjid Permatang Rambai di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Aidilfitri RM200 kepada 200 golongan asnaf di Parlimen Kepala Batas.

Sementara itu, Reezal yang juga Timbalan Pengerusi UMNO negeri berkata, UMNO perlu mengekalkan konsep sebagai parti Melayu yang membela bangsa dan agama Islam.

Katanya, UMNO hanya perlu mengubah pendekatan kepada rakyat bagi memastikan ia terus relevan pada masa depan.

"UMNO wajar kekal sebagai parti Melayu. Saya mengandaikan, jika kita mengubah konsep, ia akan beri kesan kepada pengundi Melayu.

"Jangan tukar teras, tapi hanya tukar cara kita," katanya.

Mei lalu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membayangkan supaya kepemimpinan parti mempertimbangkan untuk membuka keahlian kepada bukan Melayu. - Berita Harian

Ku Li Paling Layak Jadi Presiden UMNO


Ahli-ahli parti Umno bakal membuat keputusan yang paling penting dalam masa terdekat bagi menentukan survival parti dan memastikan parti terus relevan.

Kita hanya akan dapat membuat keputusan yang tepat jika kita mendengar dan menerima pandangan dari ahli akar umbi. Kita juga perlu mendengar dan menerima pandangan masyarakat dan tidak boleh lagi berada di dalam sindrom penafian.

Oleh itu, saya telah berjumpa dan mendengar pandangan seberapa ramai mungkin ahli-ahli akar umbi dan juga mendengar pandangan daripada masyarakat tentang siapa yang paling layak menerajui parti Umno pada ketika ini.

Berdasarkan maklum balas yang saya terima, Umno memerlukan seorang pemimpin yang pengalamannya dapat membawa parti Umno ke arah pembaharuan dalam menyemai semula nilai-nilai murni yang ada pada Umno seperti dipermulaan lahirnya parti ini.

Seorang pemimpin yang intelektual untuk berhadapan dengan gergasi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).

Seorang pemimpin yang berwibawa, yang berjalan di atas landasan yang disenangi oleh rakyat dari segi perwatakannya dan ideologinya. Seorang pemimpin yang mempunyai buah fikiran untuk mengerakkan parti ke arah destinasi seperti pada zaman kegemilangan parti Umno yang kita sayangi ini.

Apa yang lebih penting, kita memerlukan seorang pemimpin yang dapat membuktikan kepada rakyat Malaysia yang Umno benar-benar ikhlas dalam mahu berubah kepada Umno yang mereka hormat dan rindui, Umno yang ditubuhkan untuk membela nasib rakyat Malaysia.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, orang yang paling layak untuk memegang jawatan presiden Umno pada ketika ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Seorang yang menepati gambaran yang telah saya sebutkan di atas.

Ini adalah pandangan ikhlas dan peribadi saya yang tidak mencerminkan mana-mana pihak. Saya membuat pandangan ini setelah mendapat maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Saya sedar dan insaf bahawa perjuangan kita selepas ini menuntut kepada keberanian yang luar biasa. Ia menuntut kepada keberanian untuk menyuarakan dan melakukan apa yang benar, walaupun ada pihak yang mungkin tidak senang dengan apa kita katakan dan lakukan.

Pandangan saya ini lahir dari hati saya yang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk menyelamatkan parti yang saya sayangi ini. sumber 

Thursday 7 June 2018

Tidak Munasabah Bank Negara Dikatikan Dengan 1MDB : Gabenor


6 JUN: Kerajaan telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa hari ini.

Dalam jawapannya kepada pertanyaan Bernama menerusi aplikasi Whatsap, Muhammad berkata semasa beliau mengambil alih jawatan itu pada Mei 2016, beliau berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab pejabat Gabenor dengan profesionalisme, maruah dan integriti yang tinggi.

Bagaimanapun sejak beberapa minggu kebelakangan ini, katanya lagi, terdapat persoalan serius yang dibangkitkan sama ada beliau telah gagal dalam mencapai standard ini dan merisikokan keyakinan orang awam terhadap bank itu.

“Sebagai bank pusat, kami hanya efektif dengan kepercayaan dan keyakinan yang diletakkan oleh rakyat Malaysia dan para pemimpin terhadap kami.

“Saya bersedia melepaskan jawatan sekiranya saya tidak lagi mendapat kepercayaan dan sokongan daripada orang ramai. Saya tidak dapat meneruskannya lagi sekiranya ia menjejaskan imej dan reputasi bank.

“Kita dinilai atas keputusan yang kita buat, misalnya seperti pembelian Lot 41 baru-baru ini, yang dibeli pada harga RM850 sekaki persegi yang mana telah menarik perhatian umum,” katanya.

Muhammad berkata persepsi umum adalah pembelian tanah itu dibuat bertujuan untuk bersekongkoldalam penyelewengan dana awam berkaitan rasuah dan skandal yang menyelubungi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Ini tidak benar sama sekali. Bank Negara Malaysia tidak akan terlibat dalam aktiviti sedemikian yang akan mengkhianati kepercayaan orang ramai terhadap kami. Kami menolak sebarang bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” tegasnya.

Walaupun ramai yang mungkin meraguinya, beliau berkata BNM tidak mengetahuinya dan tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas hasil daripada pembelian tanah itu yang akan digunakan untuk menyelesaikan obligasi hutang 1MDB.

Beliau berkata adalah tidak munasabah bank pusat itu dikaitkan dengan entiti kontroversi tersebut yang didakwa terlibat dengan tuduhan penipuan dan salah urus.

“Bukan amalan kami untuk berbuat demikian. Kami turut mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka sebelum ini,” katanya.

Pengganti Muhammad masih belum dinamakan tetapi bekas Timbalan Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus telah disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk menerajui bank pusat itu. - bnbbc

Najib Pertahan Jawatan Ketua Bahagian Pekan


7 JUN: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mempertahankan jawatan sebagai ketua UMNO bahagian pada pemilihan yang bermula 30 Jun ini.

“Saya akan terus memimpin UMNO Pekan dan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan,” kata beliau menerusi perkongsian di akaun Facebooknya hari ini.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pekan itu menyeru ahli UMNO untuk meneruskan perjuangan parti serta segera bangkit daripada kesedihan lalu.

“Sebagai bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, saya bertanggungjawab atas kekalahan dalam PRU14.

“Namun, kita mesti ambil iktibar, kuatkan iltizam dan perbaiki kelemahan serta kuatkan UMNO, agar kita dapat kembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO,” katanya.

Sementara itu Najib berkata beliau akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan berkaitan 1MDB dan SRC yang didakwa bersifat dendam politik oleh pihak tertentu ke atasnya.

“Setakat ini, saya sudah dua kali memberi keterangan kepada SPRM,” katanya sambil menambah beliau akan membuka satu pejabat sendiri bagi memudahkan urusan peribadi beliau. -bnbbc

Zahid Jumpa PM


7 JUN: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Syukur Alhamdulillah sempena bulan Ramadan al Mubarak saya bertemu YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

“Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua,” tulis Pemangku Pengerusi Presiden UMNO di Twitternya.

Zahid merupakan pemimpin pembangkang terbaharu bertemu Dr Mahathir selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Abang Openg. -bnbbc

Bantulah Peminjam PTPTN Sebelum ‘Menyibuk’ Pemilihan Dalam UMNO, Ingatan Shahar Kepada Syed Saddiq


KUALA LUMPUR, 7 Jun – Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah hari ini menyarankan agar Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menumpukan usahanya agar menjadi Menteri Belia dan Sukan bagi memberikan tumpuan dalam membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut beliau daripada menyibuk ‘jaga tepi kain’ UMNO terutama pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, adalah lebih baik Syed Saddiq membantu peminjam PTPTN bergaji RM4,000 ke bawah yang mengharapkan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji mereka sebelum menang PRU14.

“Syed Saddiq kena sedar, ramai anak-anak muda juga ternanti-nantikan satu juta peluang pekerjaan yang dijanjikan PH walaupun kerajaan baru kini sedang sibuk bertungkus-lumus untuk menggambarkan ekonomi negara seakan-akan tenat.

“Ini kerana, Syed Saddiq kena tunggu saya tidak lama lagi untuk saya bangkitkan, ungkit janji-janji PH di Dewan Rakyat sebagai membawa penyesalan dan kekesalan anak muda mengundi PH tempoh hari,” katanya menerusi catatan facebook beliau.

Jelas Mohd Shahar, sebagai ahli parlimen, beliau mahu bertanya kepada Syed Saddiq selaku bakal menteri belia dan sukan mengenai apa yang beliau lakukan untuk anak-anak muda tanpa mengira bangsa dalam mengurangkan beban kos sara hidup, peluang pekerjaan dan segala apa yang pernah dijanjikan.

“Daripada menyibuk mengenai ‘rumahtangga’ UMNO dan sesedap mulut memanggil exco Puteri UMNO sebagai pembaris, adalah lebih baik Syed Saddiq terus bersuara dalam PH terutama menegur pimpinan utama agar menunaikan janji-janji manis mereka.

“Daripada biar Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR jadi menteri belia, lebih baik Syed Saddiq yang jauh lebih muda menunjukkan taring kerana rekod kepimpinan Nik Nazmi tidak begitu menonjol walaupun pernah menjadi timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Ingatlah, waimma baru setahun jagung dalam politik, pemimpin PH termasuk Syed Saddiq sedang dinilai oleh masyarakat terutama anak-anak muda yang akan sekali lagi mengundi dalam masa lima tahun lagi,” katanya. – MediaUMNO

BN Mainkan Peranan Wibawa Semak Dan Imbang Kerajaan PH – Khairy


KUALA LUMPUR, 7 Jun – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mencadangkan agar BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen pertama dengan memisahkan tugas antara parti dan juga wakil-wakil rakyat BN di Parlimen.

Menurut beliau antara cadangan terbabit ialah Pengerusi BN tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen malah, Pengerusi BN perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula parti dan tugas-tugas perundangan di Parlimen boleh dipikul oleh pasukan lain yang dipandu oleh pendirian dan polisi yang ditentukan oleh parti BN itu sendiri.

“Setelah Ketua Pembangkang dipilih di kalangan ahli-ahli Parlimen BN, satu Kabinet bayangan perlu dibentuk. Walaupun tiada peruntukan rasmi untuk mewujudkan Kabinet bayangan, satu pasukan boleh diumum secara tidak rasmi bagi membolehkan rakyat merujuk dengan mudah siapa Menteri bayangan bagi menyemak dan mengimbangi tugas Menteri Kerajaan.

“Sebagai pembangkang, BN juga akan mengusahakan supaya peranan Parlimen diperkukuhkan lagi. Saya akui perkara ini tidak dibuat sepenuhnya pada pentadbiran BN, tetapi semangat Malaysia baharu ini menuntut untuk kita semua berubah, terutamanya BN,” katanya menerusi catatan di facebook.

Pada masa yang sama beliau turut berharap agar Kerajaan dapat pertimbangkan beberapa langkah pembaharuan yang juga disebut dalam manifesto Pakatan Harapan antaranya kewujudan Jawatankuasa Terpilih Parlimen atau Parliamentary Select Committee untuk menyemak rang undang-undang, kewujudan Jawatankuasa Sementara, bantuan untuk mewujudkan perkumpulan tidak rasmi atau ‘Caucus’, serta peruntukan masa semasa sidang Dewan Rakyat baik dalam membawa agenda pembangkang untuk perbahasan mahupun sesi khas seperti Soalan kepada Perdana Menteri.

“BN juga wajar menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan tidak hanya ‘membangkang semata-mata kerana kita pembangkang’ (oppose for opposition’s sake). Perlu diingat, BN masih mempunyai majoriti dalam Dewan Negara. Sebarang rang undang-undang perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Ini termasuklah cadangan Kerajaan untuk memperkenalkan semula SST pada sesi Parlimen kali ini. Saya berpandangan, apabila ia melibatkan kepentingan rakyat dan negara, ahli-ahli Dewan Negara BN wajib memberi kerjasama kepada agenda yang dibawa oleh Kerajaan.

“Sebagai contoh, walaupun mungkin terdapat perbezaan pendapat tentang SST, ahli-ahli Dewan Negara BN perlu meluluskan rang undang-undang ini kerana tanpa SST, kutipan hasil Kerajaan akan terjejas dan ini akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. Atas prinsip kepentingan negara dan ‘maslahah al-ammah’, BN mesti menyokong,” ujarnyaya.

Berikut kenyataan penuh Khairy

Saya merujuk kepada sidang akhbar YAB Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, terutamanya tentang dua pengumuman berikut:

1.Tarikh sidang Parlimen yang akan bermula pada 16 Julai 2018
2. Peruntukan untuk Ahli Dewan Rakyat

Institusi Parlimen bakal memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan iltizam rakyat atau ‘will of the people’ berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Bagi pihak Kerajaan, sudah pasti agenda perundangan berdasarkan kepada janji manifesto mereka akan diutamakan. YAB PM telah pun mengumumkan cadangan pihak Kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan memansuhkan Akta Berita Palsu yang merupakan antara janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Bagi pihak Barisan Nasional (BN), walaupun PRU-14 merupakan penolakan terhadap parti dan agenda kami, rakyat mahu BN memainkan peranan sebagai sebuah pembangkang berwibawa yang dapat menyemak dan mengimbangi Kerajaan PH.

Antara mesej utama lain yang dihantar oleh pengundi juga adalah agar tiada lagi Kerajaan yang kebal daripada kehendak rakyat dan setiap langkah Kerajaan akan diperiksa dengan teliti untuk memastikan pentadbiran yang cekap serta berintegriti.

Saya sedar bahawa BN tidak akan diterima serta-merta sebagai sebuah pembangkang yang berwibawa. Yang jelas dan nyata, defisit kepercayaan yang wujud di kalangan rakyat terhadap kami sangat luas. Sebahagian besar daripada kami juga mengambil tanggungjawab bersama atas segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan yang lepas. Ini termasuklah diri saya selaku bekas anggota Jemaah Menteri.

Namun demikian, tugas kami sebagai pembangkang mesti diteruskan. Biarpun ada defisit kepercayaan terhadap kami, BN mesti tampil untuk menyemak dan mengimbang Kerajaan PH, terutamanya di Parlimen demi mengukuhkan institusi demokrasi ulung yang dituntut dalam Malaysia baharu ini.

Oleh itu, saya mencadangkan agar BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen pertama. Langkah pertama adalah untuk memisahkan tugas antara parti BN dan juga wakil-wakil rakyat BN di Parlimen.

Pengerusi BN tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Malah, Pengerusi BN perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula BN. Tugas-tugas perundangan di Parlimen boleh dipikul oleh pasukan lain yang dipandu oleh pendirian dan polisi yang ditentukan oleh parti BN itu sendiri.

Setelah Ketua Pembangkang dipilih di kalangan ahli-ahli Parlimen BN, satu Kabinet bayangan perlu dibentuk. Walaupun tiada peruntukan rasmi untuk mewujudkan Kabinet bayangan, satu pasukan boleh diumum secara tidak rasmi bagi membolehkan rakyat merujuk dengan mudah siapa Menteri bayangan bagi menyemak dan mengimbangi tugas Menteri Kerajaan.

Sebagai pembangkang, BN juga akan mengusahakan supaya peranan Parlimen diperkukuhkan lagi. Saya akui perkara ini tidak dibuat sepenuhnya pada pentadbiran BN, tetapi semangat Malaysia baharu ini menuntut untuk kita semua berubah, terutamanya BN.

Justeru, saya harap Kerajaan dapat pertimbangkan beberapa langkah pembaharuan yang juga disebut dalam manifesto Pakatan Harapan antaranya kewujudan Jawatankuasa Terpilih Parlimen atau Parliamentary Select Committee untuk menyemak rang undang-undang, kewujudan Jawatankuasa Sementara, bantuan untuk mewujudkan perkumpulan tidak rasmi atau ‘Caucus’, serta peruntukan masa semasa sidang Dewan Rakyat baik dalam membawa agenda pembangkang untuk perbahasan mahupun sesi khas seperti Soalan kepada Perdana Menteri.

BN juga wajar menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan tidak hanya ‘membangkang semata-mata kerana kita pembangkang’ (oppose for opposition’s sake). Perlu diingat, BN masih mempunyai majoriti dalam Dewan Negara. Sebarang rang undang-undang perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ini termasuklah cadangan Kerajaan untuk memperkenalkan semula SST pada sesi Parlimen kali ini. Saya berpandangan, apabila ia melibatkan kepentingan rakyat dan negara, ahli-ahli Dewan Negara BN wajib memberi kerjasama kepada agenda yang dibawa oleh Kerajaan.

Sebagai contoh, walaupun mungkin terdapat perbezaan pendapat tentang SST, ahli-ahli Dewan Negara BN perlu meluluskan rang undang-undang ini kerana tanpa SST, kutipan hasil Kerajaan akan terjejas dan ini akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. Atas prinsip kepentingan negara dan ‘maslahah al-ammah’, BN mesti menyokong.

Berkenaan peruntukan RM100,000 yang diberi kepada ahli-ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB PM. Walaupun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diberi kepada rakan-rakan dari PH, pemberian ini lebih baik daripada apa yang diamalkan kami dahulu yakni tiada apa-apa peruntukan diberi kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.

Saya harap di masa yang akan datang, Kerajaan dapat mempertimbangkan jumlah yang sama untuk wakil-wakil rakyat BN juga. Atas semangat Malaysia baharu, pengundi tidak sepatutnya dihukum atas pemilihan politik mereka semasa pilihan raya.

Untuk memastikan tiada apa-apa ketirisan berlaku dalam pengagihan peruntukan tersebut, syarat-syarat ketat boleh diletakkan dan sistem pemantauan dan audit yang telus boleh dilaksana ke atas peruntukan yang diberi kepada semua ahli Dewan Rakyat. Saya berharap YAB PM boleh mempertimbangkan perkara ini untuk kesejahteraan rakyat termasuk yang berada di kawasan yang diwakili oleh BN.

Khairy Jamaluddin,
Ahli Parlimen Rembau.

Laporan PBB Tinggalkan BN Di Luar Pengetahuan BN – Zahid


KUALA LUMPUR, 7 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan laporan mengenai PBB Sarawak yang diberitakan telah meninggalkan BN adalah di luar pengetahuannya.

Malah katanya, beliau tidak bertemu dengan Datuk Patinggi Ketua Menteri, Abang Johari Tun Openg dan merayu agar PBB tidak meninggalkan BN, seperti yang dilaporkan.

“Namun saya amat menghormati dan mengalu-alukan pendirian PBB dan parti-parti komponen BN Sarawak yang berhasrat menjalin hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan.

“BN sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN untuk mengambil langkah yang sama demi kepentingan negeri dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, dengan kenyataan ini diharap tidak ada pihak yang melaporkan berita secara serkap jarang dan kurang profesional. – MediaUMNO

Kewujudan APAD: Keputusan Kurang Rasional


KUALA LUMPUR 7 Jun- Keputusan mewujudkan entiti baharu dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi menggantikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah tidak rasional.

Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, langkah tersebut dilihat kurang tepat sebagai pelan penstrukturan semula suruhanjaya itu bagi pengurangan dan penjimatan kos.

“Setiap penukaran sesebuah Suruhanjaya akan melibatkan kos perbelanjaan tersendiri seperti penukaran logo baharu, peralatan pejabat dan sebagainya.

“Sebab itu ia bersifat kurang rasional. Sepatutnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu diperbesarkan dari segi gerak kerja dan satu unit baharu perlu diwujudkan di bawah JPJ sekiranya diperlukan berbanding mewujudkan satu agensi baharu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan SPAD akan digantikan dengan APAD sebagai langkah pelan penstrukturan semula suruhanjaya itu bagi mengurangkan kos dan memastikan tiada pertindihan tugas dengan jabatan lain terutamanya JPJ.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business Scholl (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, penubuhan sesebuah agensi baharu perlu dilihat kepada keperluan dan objektif sesuatu kementerian.

Jelasnya, agensi baharu yang dibentuk itu perlu diukur dengan sebaik mungkin samada ia selari dengan misi dan visi sesebuah kementerian atau sebaliknya.

“Kita tidak mahu agensi baharu yang dibentuk itu hanya untuk menempatkan pekerja. Jelas sekali ia tidak menyumbang kepada langkah penjimatan kos.

“Dan adakah sebelum ini SPAD tidak memenuhi objektif, visi dan misi Kementerian Pengangkutan Malaysia sehingga satu agensi baharu perlu diwujudkan,” ujarnya. - utusan online

Wednesday 6 June 2018

Sekarang Masa Terbaik Nilai Siapa Orang UMNO Yang Sanggup Susah Senang Bersama – Hishammuddin


KUALA LUMPUR, 6 Jun – Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekarang ini adalah masa terbaik untuk menilai siapa sebenarnya orang UMNO yang benar-benar akan bersama dalam keadaan susah dan senang dan bukannya sekadar pelengkap menjadi ahli UMNO.

Jelas beliau, ini penting kerana dalam usaha untuk membangunkan semula UMNO selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, amat penting untuk parti menilai kesetiaan ahli untuk bersama dikala susah dan senang.

“Sebenarnya saya berasa bangga dan ingin mengucapkan tahniah kepada ahli UMNO kerana dalam keadaan masih bersedih dan kecewa, mereka masih setia kepada parti dan masih bersama kita mengadakan mesyuarat cawangan dengan baik. Bagi saya, mereka ini adalah orang-orang UMNO kalau nak dibandingkan dengan ahli UMNO.

“Ketika inilah kita dapat menilai siapa sebenarnya orang UMNO yang akan bersama bukan hanya di waktu senang,” jelas beliau kepada UMNO-Online.

Ketika ditanya berkaitan pemilihan parti yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini, beliau berkata, perkembangan yang menyaksikan begitu ramai menawarkan diri untuk bertanding adalah sesuatu yang baik cuma jangan sampai kebaikan itu menjadi sebaliknya sehingga melemahkan lagi parti UMNO ini.

“Jangan kita gunakan platform pemilihan parti ini sesebagai satu wadah untuk tuding jari sesama kita, jangan kita menyerang dan menyentuh perkara yang tidak sihat. Nak bertanding, bertanding secara sihat, itu proses demokrasi dalam parti kita.

“Dalam keadaan sekarang ini saya tengok tidak ada apa yang dikejarkan sangat. Banyak kerja yang perlu dilakukan. Jadi orang yang menawarkan diri ini mesti pastikan betul-betul tawarkan diri untuk buat kerja. Kalau rakyat mahu muka-muka baru, biarlah muka-muka baru ini betul-betul boleh bawa amanah dan saya harap ahli di bawah memahami perkara ini,” tegas beliau lagi. – MediaUMNO


Jangan Perlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu


KUALA LUMPUR, 6 Jun – UMNO menolak sebarang percubaan jahat untuk menghina dan memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu.

Begitu juga, UMNO memberi peringatan kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar jangan cuba-cuba mengheret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormati dan mendaulatkan Raja-raja yang menjadi lambang Demokrasi Raja Berperlembagaan di negara ini.

“UMNO melihat dan amat bimbang dengan penularan budaya kebiadapan terhadap Raja-Raja Melayu dalam kalangan individu dan pihak tertentu yang berselindung atas nama hak kebebasan bersuara.

“Penularan budaya ini sengaja ditanam dengan tujuan menghakis rasa taat setia rakyat Malaysia kepada Raja-Raja Melayu.

“Justeru, UMNO mahu langkah-langkah pencegahan diambil terhadap sebarang tindakan provokatif yang menolak prinsip taat setia kepada Raja supaya prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara terus dipelihara,” tegas Unit Komunikasi Strategik UMNO dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Sehubungan itu, UMNO menggesa Kerajaan Pakatan Harapan agar mesti bertegas dalam hal ini dan tidak boleh mengambil sikap berdiam diri, baling batu sembunyi tangan dan telus mengekalkan sebarang peruntukan yang sedia termaktub dalam Perlembagaan terutama yang berdasarkan semangat kontrak sosial.

“UMNO berdiri teguh bersama Raja-Raja Melayu untuk mempertahankan hak-hak yang melibatkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang terdapat dalam Perkara 3 (1), kedudukan Raja-Raja Melayu seperti Perkara 38, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 dan kedudukan Hak-Hak Istimewa Orang-orang Melayu seperti Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan yang sama, UMNO turut menjunjung kasih dan taat setia Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerana melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

“Meskipun banyak pihak membantah pelantikan beliau, UMNO mengambil pendirian meletakkan sepenuhnya kuasa ke bawah kebijaksanaan dan pertimbangan ke bawah DYMM Tuanku dan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Dengan semangat ini, UMNO berikrar akan mematuhi perintah ini dan akan terus berdiri teguh di bawah panji-panji DYMM Tuanku dan Majlis Raja-Raja Melayu. UMNO akan memastikan tidak wujud sebarang pertelingkahan semua pihak di atas pelantikan ini dan akan terus memelihara kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu,” katanya. – Media UMNO.

Dakwaan Guan Eng Boleh Jejas Hubungan Malaysia-China


6 JUN: Kerajaan Pakatan Harapan khususnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng perlu berhenti membuat tuduhan politik melalui sidang akhbar yang didakwa berniat untuk terus memburukkan kerajaan BN sebelum ini.

Menurut Bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam, tuduhan politik tersebut mampu merosakkan hubungan antarabangsa  dengan negara China.

Ia berikutan rundingan serta pelaksanaan dua projek saluran paip.

“Dalam kenyataannya, Guan Eng membuat tuduhan sangat spesifik bahawa bayaran dibuat lebih awal kepada CPPB, namun tidak kepada mana-mana syarikat lain.

“Tidak ada tuduhan pembayaran itu dialihkan atau salah dibayar kepada syarikat lain.

“Semakan menunjukkan CPPB adalah salah satu pembina saluran paip utama di dunia dan menyelesaikan lebih 10,000 kilometer saluran paip.

“CPPB juga anak syarikat milik penuh Kerajaan China, (CNPC) yang disenaraikan di nombor empat di ‘2017 Fortune 500 syarikat global’ dengan pendapatan AS$263 bilion tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sepatutnya memberi lebih banyak maklumat untuk membuktikan dakwaan beliau hari ini bahawa kedua-dua projek saluran paip itu adalah satu skandal.

“Beliau telah membuat tuduhan yang sangat spesifik bahawa bayaran dibuat lebih awal, tidak berdasarkan perkembangan kerja pembinaan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB), bukan kepada syarikat lain. Tidak ada tuduhan bahawa pembayaran tersebut telah dialihkan atau tersalah bayar kepada syarikat lain,” ujarnya.

Tambah Lokman, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi projek pembinaan “turn-key” untuk mempunyai jadual pembayaran yang berbeza daripada perkembangan kerja pembinaan.

Jelasnya lagi ia mungkin disebabkan oleh rundingan antara kerajaan dengan kerajaan yang berkaitan dengan pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan China.

“Dalam hal itu mungkin MOF boleh mendedahkan keseluruhan perjanjian kepada orang ramai bagi membolehkan mereka memeriksa mengapa bayaran kepada syarikat pembinaan tersebut distruktur sedemikian rupa.

“Bolehkah Guan Eng juga mendedahkan syarikat-syarikat siapakah ini? sama ada mereka adalah syarikat swasta atau mereka mempunyai kaitan dengan syarikat CPPB dan CNPC milik negara China?

“Tuduhan Guan Eng hari ini amat berat kerana MOF pada dasarnya menuduh bahawa kerajaan China telah bersekongkol dengan kerajaan kita dalam melakukan perbuatan rasuah. Ini memberi kesan negatif kepada hubungan diplomatik dan perdagangan kita dengan China,”ujarnya.

Tegas Lokman, jika berlaku salah laku, Guan Eng patut menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat terlebih dahulu berhubung perkara itu.- bnbbc

Najib Jawab Tuduhan Guan Eng Projek Saluran Paip


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin semua prosedur dan proses perundangan telah dipatuhi berkaitan dengan rundingan dan perlaksanaan dua projek saluran paip yang dibangkitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

Malah katanya, beliau turut dapati Guan Eng telah menyebut kesemua bayaran yang dibuat kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) adalah mengikut perjanjian dan bukan kepada pihak-pihak lain.

CPPB ialah anak syarikat kepada salah sebuah syarikat terbesar di dunia dan dimiliki kerajaan China – China National Petroleum Corporation.

Kedua-dua projek saluran gas ini yang lebih ekonomik dan jaminan manfaat bekalan tenaga bagi Malaysia telah dirunding melalui asas kerajaan kepada kerajaan (government to government) dengan kerajaan China.

“Saya dan Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kesefahaman (MoU) bagi projek saluran gas ini bersama beberapa projek lain ketika membuat lawatan rasmi ke Beijing pada 14 Mei, 2017,” tulis Najib di Facebook beliau malam tadi.

Pada majlis yang sama katanya, China turut memberikan komitmen untuk mengimport barangan bernilai US$2 trilion bagi tempoh lima tahun dari Malaysia, membuat pelaburan sehingga US$150 bilion di Malaysia dan menawarkan 10,000 tempat bagi latihan serta pendidikan untuk rakyat Malaysia di pelbagai institut di China.

“Tidak lupa pula komitmen daripada kerajaan China membantu pekebun kecil sawit di Malaysia dengan pembelian tambahan minyak sawit daripada kita.

“Saya mengalu-alukan penyiasatan secara telus dan terbuka terhadap kedua-dua projek ini, namun kita perlu lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu dakwaan bermotif politik terutama melibatkan syarikat milik sebuah negara asing yang mungkin akan mencetuskan kesan negatif terhadap hubungan dan perdagangan antarabangsa Malaysia,” tegasnya. - bnbbc

UMNO Perlu Tampil Pemimpin Baru, Zainal Abidin Osman Umum Tidak Bertanding Sebarang Jawatan


NIBONG TEBAL, 6 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman hari ini mengumumkan tidak akan menawarkan diri untuk bertanding dalam sebarang jawatan baik di peringkat Bahagian mahupun Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti UMNO akan datang.

Sehubungan itu, beliau akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa pada tarikh lantikan muka baru bagi memastikan penyerahan tugas dalam keadaan tersusun dan penuh tertib.

“Pengganti saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal yang baru akan dipilih oleh para perwakilan dalam Persidangan UMNO Bahagian Nibong Tebal yang akan diadakan pada 30 Jun nanti.

“Ini kerana saya merasakan satu keperluan terdesak untuk UMNO menampilkan muka-muka baru di barisan pimpinan peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat. Adalah sukar untuk mengurangkan kebencian kepada pemimpin dan parti UMNO sekiranya semua wajah-wajah yang serupa kekal. Suara-suara baru yang lantang berani dan segar perlu diberi ruang untuk menjadi pembangkang yang berkesan dan akhirnya boleh mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.

“Justeru, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan menyokong saya selama ini sebagai ahli Majlis Tertinggi, Pengerusi Badan Perhubungan, Ketua Bahagian dan semasa saya menjadi Naib Ketua Bahagian dalam tempoh masa 25 tahun. Dengan DNA dan pengalaman yang ada saya akan terus kekal bersetia dalam perjuangan UMNO dan akan terus membantu parti dalam kapasiti tidak rasmi,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau turut memohon maaf atas apa-apa kekurangan dan kesilapan sewaktu menjalankan amanah dan tanggungjawab yang dipikul.

“Sepanjang perjuangan, sehabis daya saya telah cuba berikan yang terbaik, terutama kepada Bangsa Melayu dan Agama Islam di Pulau Pinang.

“Terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang telah meberikan kerjasama dan sokongan selama ini,” ujar beliau lagi. – MediaUMNO

Pasca PRU-14 Buka Lembaran Baru Terhadap UMNO – Shahril


KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan berkata pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah membuka lembaran baru kepada semua ahli UMNO untuk bermuhasabah diri selain menyemak semula kaedah perjuangan yang telah dibawa selama ini.

“Untuk bangkit semula dari kekalahan dan krisis ini, UMNO memerlukan proses pembaharuan menyeluruh dari segi struktur, idea, gaya penampilan dan mesej supaya mampu menarik balik sokongan rakyat kepada parti ini di dalam PRU yang akan datang.

“Selain proses pembaharuan dalaman, pendekatan dan strategi politik, UMNO juga perlu lebih relevan dengan keperluan semasa yang membabitkan kesediaan menjadi pesaing berkualiti kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) – berdepan dengan pemimpin dan personaliti parti lawan berlandaskan kredibiliti hujah dan komunikasi berfakta sekaligus memulakan proses meyakinkan rakyat Malaysia bahawa UMNO adalah pembangkang yang efektif seterusnya pilihan kerajaan alternatif pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya, atas semangat perjuangan berlandaskan kejujuran, keikhlasan dan keinginan menyumbang kepada proses pembaharuan tersebut, beliau dengan rasa penuh rendah diri menawarkan khidmat sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di dalam pemilihan parti yang akan datang.

“Saya memohon dan merayu kepercayaan dan sokongan sahabat-sahabat seperjuangan untuk sama-sama kita menjayakan proses pemulihan dan pembaharuan parti keramat ini demi agama, bangsa dan negara. Bersama, kita bina masa depan yang lebih cerah,” katanya. – MediaUMNO