Wednesday 3 July 2019

Barisan Kabinet PH Gagal, Masih Terus Terbawa Sikap Lama


KUALA LUMPUR, 3 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berpandangan hanya Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat agak peka dengan senario ekonomi negara dan ianya boleh dianggap sebagai satu kesilapan yang cukup besar sedangkan sebenarnya kabinet turut sama-sama bertanggungjawab.

Menurut beliau setiap kementerian boleh memainkan peranan mereka masing-masing dalam usaha memastikan penguncupan ekonomi yang berlaku gara-gara kehilangan keyakinan pelabur dan pelbagai faktor lain yang sekaligus dapat menyumbang kepada lonjakan ekonomi semasa negara.

“Saya nampak masalah ekonomi ini hanya diberi perhatian oleh PM. Menteri–menteri lain macam tidak ada kena mengena. Ini pun silap… sebenarnya setiap kementerian itu ada peranan yang sangat penting untuk dimainkan.

“Katakan contoh Menteri Belia dan Sukan (KBS) bunyinya belia dan sukan… apa kena mengena dengan ekonomi. Yang terbayang jaga bola dan jaga sukan-sukan lain. Sebenarnya tidak begitu dan sebenarnya Menteri Belia dan Sukan kalau boleh buat dasar-dasar yang bagus seperti bola sepak ditukar menjadi satu industri, karnival-karnival sukan menjadi ‘sport tourism’ misalnya ataupun pembuatan barang-barang alatan sukan menjadi satu industri maka KBS juga boleh membantu menjana ekonomi. Begitu juga dengan kementerian-kementerian lain,” katanya.

Namun katanya, kerana kurangnya pengalaman itulah yang berlaku dan keupayaan kerajaan yang ada hari ini untuk deliver dilihat sangat-sangat rendah dan tidak terperanjatlah PM sendiri memberi markah lima persepuluh.

Beliau berkata demikian Program Dari Parlimen anjuran Penerangan UMNO Malaysia, yang disiarkan secara langsung melalui medium Facebook UMNO-Online, malam tadi.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh seterusnya berpandangan sikap kerajaan hari ini yang masih terbawa-bawa dengan perangai dan tindak-tanduk lama menyebabkan mereka hilang tumpuan kepada permasalahan yang sebenar.

“Setelah mereka menjadi kerajaan mereka terbawa-bawa tabiat sebagai pembangkang. Menegur, mengkritik dan menyalahkan orang lain lebih banyak daripada bekerja sedangkan kerajaan ini patutnya bekerja, tetapi terlalu orang kata ‘obsession’ dengan menuding sehingga terlupa atau kurang fokus kepada masalah sebenar.

“Sesebuah kerajaan itu hanya akan jadi berkesan kalau dia letakkan ‘priority’ yang betul. Keutamaanya apa.. .kalau mereka letakkan keutamaan kepada mahu menyelesaikan masalah ekonomi, maka mereka harus menyusun dan mendahulukan dasar-dasar yang boleh memperbaiki ekonomi,” tambahnya.

Tetapi katanya lagi beliau tidak pasti apakah keutamaan kerajaan hari ini dan yang dilihat adalah lebih kepada membalas dendam, ‘priority’ mereka lebih kepada mencari-cari salah dan akhirnya tenaga yang ada pada kerajaan itu tidak digerakkan kepada satu fokus yang tertentu.

“Dan ini menjadi bertambah berat kerana ketiadaan cukup anggota yang berpengalaman sehinga diperingkat awal terpaksa dibantu oleh Council Of Eminent Persons (CEP) yang mana untuk permulaan bolehlah CEP membantu… setelah kabinet dibentuk dan diwujudkan maka kuasa-kuasa CEP tentulah terbatas. Apabila kabinet terbentuk maka sesebuah kerajaan itu bergantung kepada kebolehan anggota kabinet itu sendiri,” ujarnya.

Ujar beliau lagi setahun yang pertama didapati kabinet tidak dapat membantu PM dan kita bernasib baik mempunyai PM yang berpengalaman tetapi dalam sistem collective responsibility cabinet tidak boleh bergantug kepada seorang PM sahaja.

“Sebab portfolionya dan skopnya besar. Kalau semua mahu diperbetulkan oleh PM… kepenatanlah jawabnya. Bukan sahaja beliau tidak boleh bergerak ke depan, beliau terpaksa membimbing, menegur malah terpaksa memperbaiki dan ini saya nampak satu masalah yang cukup besar,” tegasnya.

Sebagai contoh sambungnya lagi, sehari dua yang lalu berlaku apabila seorang menteri mahu ambil buruh daripada Afrika dan ini sangat-sangat salah dari segi prinsip mentadbir negara melalui sistem kabinet sebab seorang menteri tidak boleh bercakap mengumumkan kepada rakyat perkara yang tidak diputuskan dalam kabinet.

“Maka apabila dibuat begitu PM dapati benda itu sangat-sangat tidak kena dan PM terpaksa buat kenyataan lain pula. Satu contoh lagi Statute Rom yang terpaksa undur ke belakang semula. Ini semua menyentuh kewibawaan sesebuah kerajaan dan dalam keadaan kalut begitu sedar-sedar sudah setahun,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment