Tuesday 23 May 2017

Ucapan Perbahasan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Y.B. Dato' YDP

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya membahasusuk terima kasih di atas ucapan TYT Negeri Pulau Pinang sempena perasmian Sidang DUN penggal ke -13 pada 19 Mei 2017 yang lalu. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada TYT Tun diatas perlantikan semula sebagai Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang sepenggal lagi.

Alhamdulilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi ke atas rahmat, kesejahteraan serta kemakmuran yang telah kita nikmati di negara Malaysia ini berkat kepimpinan dan keihklasan serta usaha yang bersungguh-sungguh oleh pemerintahan Barisan Nasional dan berkat daripada perancangan yang begitu teliti dan perlaksanaan yang rapi telah dapat mempertahankan Negara dari kemelut ekonomi apabila terjadi kejatuhan harga minyak dan kejatuhan nilai mata wang. Ekonomi Malaysia terus kukuh dan berkembang walaupun terdapat cabaran-cabaran ekonomi global dan serantau yang begitu getir sekali.

Kalau Tuan pergi ke Johor
Belikan saya ubi dan madu
Malaysia indah lagi tersohor
Rakyatnya makmur bersatu padu

Sampai di Johor hari dah petang
Singgah berehat di Gelang Patah
Berbagai ancaman datang melintang
Kerajaan yang kukuh jaya menyanggah

Sampai di perigi minum secangkir
Bila dah gelaplangkah bertapak
Jangan dikata Pulau Pinang di pinggir
Peruntukan ditabur sentiasa tak nampak

Saya percaya semua pihak di peringkat pentadbiran dan kita juga sebagai wakil rakyat di akar umbi telah berusaha seberapa yng boleh untuk memastikan segala yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia memberi kesan dan faedah yang terbaik kepada rakyat. Negeri Pulau Pinang seharusnya berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana sepanjang 8 tahun ini sejak 2008 walaupun Kerajaan telah bertukar tangan memberi peruntukan yang besar iaitu RM30.8 billion atau purata RM3.42 billion setahun yang melebihi bajet tahunan Negeri Pulau Pinang sebanyak purata RM788 juta setahun.

Contoh :


Adalah tidak benar sama sekali bila Ahli Parlimen Bukit Bendera mengeluarkan kenyataan di dalam Buletin Mutiara, majalah rasmi Negeri pada 1 Ogos 2015) bahawa “Bagi pihak rakyat Pulau Pinang, saya menzahirkan perasaan dukacita kerana negeri kami seolah-olah dipulaukan dan tidak diberi layanan yang adil dan saksama. Walaupun Perdana Menteri menjanjikan pelaburan yang paling besar dalam sejarah Malaysia dengan nilai RM260 bilion untuk merealisasikan RMK11, namun nampaknya tiada apa-apa yang signifikan untuk salah sebuah negeri utama di negara kita, iaitu Pulau Pinang.”

Ketua Menteri juga di banyak majlis dan kenyataan-kenyataan rasminya acap kali mengatakan Pulau Pinang tidak menerima apa-apa?


Y.B. Dato' Speaker,

Pelabur yang masuk ke Pulau Pinang kebanyakkannya adalah atas promosi dan perdagangan dua hala antara Malaysia & Negara-negara rakan dagang di luar dan juga usaha promosi yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan dibantu oleh MIDA, NCER dan lain-lain.

Pelabur yang datang diberi ruang untuk memilih negeri mana yang nak buat pelaburan dan tentu sekali mahu melabur di tempat yang mereka rasa selesa untuk bertapak. Jangan salahkan MIDA atau Kerajaan Pusat! Sepatutnya Pulau Pinang sendiri mempunyai KPI nya sendiri dalam memastikan kemasukan pelaburan di luar dan pelaburan semula (reinvestment) dari misi-misi pelaburan yang dibuat itu setakat manakah kejayaannya?

Ekonomi Malaysia  akan terus pulih dan rancak. Perkembangan terbaru amat menggalakkan apabila Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM366 billion dalam masa 7 bulan dari November 2016 sehingga Mei 2017.

i. RM175 billion dari China
ii. RM31 billion dari Arab Saudi
iii. RM160 billion dari India

Tatkala pertumbuhan ekonomi dunia begitu perlahan dan tatkala pembangkang Malaysia ghairah mensabotaj ekonomi Malaysia dengan berbagai-bagai cara termasuk memburuk-burukkan Malaysia di luar negara - tuduhan Malaysia akan bankrup, 50% orang cina Malaysia hendak berhijrah ke negara-negara lain, semua wang EPF, Tabung Haji dah lesap dan sebagainya.

Hakikatnya ;

(a) Melalui kerjasama dengan negara-negara seperti China, Arab Saudi dan India itu menunjukkan bahawa negara luar menaruh keyakinan penuh terhadap kestabilan ekonomi
dan politik Malaysia.

(b) Keyakinan negara luar itu menunjukkan keyakinan mereka ke atas kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional.

Pelaburan-pelaburan besar dan melonjak perkembangan ekonomi Malaysia dan suku tahun pertama 2017 ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6% kesan-kesan limpahan seperti peluang-peluang pekerjaan, peningkatan perdagangan dua hala dalam pelbagai bidang, pertumbuhan pelaburan dagang, perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan dan lain-lain akan dinikmati di seluruh Malaysia.

Limpahan-limpahan itu sudah mula dirasai apabila pelancong dari Negara China datang berduyun-duyun sampai ke kawasan saya sendiri di Kampung Contoh, Bagan Ajam pada 13 Mei 2017 yang lalu. Seramai 400 orang datang hendak melihat suasana kampung tradisional di situ (budaya hidup / living culture)

Ketabahan Perdana Menteri ini dan ketekunannya berusaha melawan arus seperti yang dikatakan dalam pepatah China “JI FENG ZHI JING CAO” - the toughest grass can withstand the strongest wind – rumput yang kuat dapat bertahan angin yang kencang. Adversity brings out one's strength of character – cabaran dan rintangan akan menyerlahkan kekuatan jiwa dan peribadi seseorang.  Beliau telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara dan menstabilkan mata wang Malaysia.

Berbanding dengan Pakatan Harapan Rakyat yang berkecamuk dan tidak boleh menyelesaikan satu soalan pun – nak tawan Putrajaya? Siapa nak jadi Perdana Menteri? Wan Azizah ke, Tun Mahathir ke, Tan Sri Muhyidin ke atau Lim Kit Siang? Dan sekarang PKR memutuskan Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri selepas PRU14 pada 20 Mei 2017.

Jorcerly Tan : Anwar Worshiping – di sini ada Lim Guan Eng worshiping!!

Barisan Nasioanl berjaya menambat keyakinan rakyat dan keyakinan Negara serta pelabur luar dan terus merancang kemajuan dengan TN50 (Transformasi Nasional 50) mengatur langkah 30 tahun akan datang dengan penuh keyakinan! In Shaa Allah BN akan terus memerintah lagi.

Dari tahun 2008 hingga 2015 Pertumbuhan Negara Kasar (GDP) adalah 4.65%. Tetapi Pulau Pinang hanya mencatat pertumbuhan sebanyak 4.05%. Sumbangan Pulau Pinang dalam ekonomi Negara pada 2007 adalah sebanyak 8.83% tetapi selepas 8 tahun pemerintahan DAP telah jatuh kepada 6.57%. Rencana Penang Institute bertarikh 19 Julai 2016 bertajuk “Penang Economy GDP Growth Rates and 2016 projecton”. Satu dari sebab yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang untuk 2015 adalah kerana nilai ringgit telah turun berbanding dengan Dollar US kerana ekonomi Pulau Pinang adalah export oriented, jadi Pulau Pinang akan beroleh faedah lebih dari Malaysia keseluruhannya Bahkan di sektor perkhidmatan pun penurunan nilai ringgit memberi kesan positif  terutama kepada industri pelancongan – kenapa tak mengaku hakikat itu?

Contoh Negeri China sengaja menurunkan nilai Remeibi untuk menjadikan bangsanya lebih kompetitif dan ini sangat di … oleh US negara besar dengan China.

Laporan Bank Negara pada 20 Mei 2017 – Ekonomi Malaysia tumbuh 5.6% - Thailand : 3.3%, Singapore : 5.5%, Indonesia : 5.01% Hutang isu tanah menyusut 8.4%, pelaburan meningkat 3.2%, perbelanjaan swasta tumbuh 8.2%, penggunaan awam naik 7.5%, peningkatan permintaan domestik naik 7.7% (hanya 4.1% pada 2016 suku pertama)

Nota: Perbelanjaan swasta kekal pemacu utama pertumbuhan.
 Pasaran saham naik : 8%
 Ringgit naik 3.6%
          Export naik : 24.3%


BOSAN DENGAN ISU BANJIR YANG TIDAK SELESAI

Y.B. Dato' Speaker,

Semasa hadir di Rumah Terbuka Deepavali TKM II pada 29 Oktober 2016, Ketua Menteri dalam laporan Buletin Mutiara 1-15 November 2016, ms. 2, menolak kata-kata fitnah, jahat politik tertentu khususnya Barisan Nasional, NGO-NGO pro BN yang mengatakan Kerajaan Negeri menjalankan pembangunan di kawasan hutan di Cameron Highland.

Walhal umum telah bahawa mengetahui dan laporan telah dikeluarkan melalui media dan berbagai pihak. Dalam Dewan yang mulia ini pun sudah dibahaskan bertahun-tahun tentang masalah banjir kilat, bukit botak dan air terjun 'teh tarik' yang berlaku apabila hujan di Pulau Pinang, Ketua Menteri dan Ahli Kerajaan Tempatan menyalahkan hujan yang turun berlebihan, musim pertukaran monsun dan seribu satu sebab lain! Rakyat Pulau Pinang dah bosan, kami di dalam Dewan ini pun sudah bosan bercakap masalah banjir yang tidak berkesudahan! Tak perlu Ketua Menteri menyatakan tak ada seinci tanah rizab hutan simpan tadahan air dibangunkan atau diluluskan untuk projek pembangunan kerana kita semua tahu itu tidak dibenarkan. Tetapi bila hujan turun 1 jam sahaja penduduk di kawasan rendah terutama di kaki bukit akan mengalami banjir.

Contoh;
i. Bandar Baru Air Itam
ii. Jalan P Ramlee – Sungai Jelutong – Sungai Pinang
iii. Pmtg Rawa
iv. Desa Damai
v. Taman Mangga – Sungai Relau
vi. Mak Mandin

Setiap banjir akan membawa kerugian, kerosakan jalan (berlubang), penduduk kena berkorban masa untuk mencuci keladak/lumpur dan perlu menanggung kerosakan peralatan serta perabot. Peniaga pun menerima padah dari musibah itu dan negeri hilang produktiviti dan menanggung kerugian.

Rakyat nak tahu lepas 8 tahun; persoalannya – bila nak selesai, kenapa Kerajaan Negeri sangat serius dengan masalah pegangkutan tapi tak serius tentang isu banjir. Ada Penang Transport Masterplan yang akan dilaksanakan dengan kos RM46 bilion. Mana Penang Flood Transport Masterplan? Rupa-rupanya ada banyak perkara yang berlaku yang tidak mahu diakui oleh Kerajaan Negeri yang terbongkar dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan mengenai pengurusan pembangunan di kawasan bukit yang dibuat ekoran daripada Laporan Ketua Audit Negara 2014 yang mengesahkan apa yang dilaporkan dan dirungutkan oleh rakyat Pulau Pinang tentang apa yang sebenarnya musibah yang terjadi menjadi penyebab.


PENCEROBOHAN KAWASAN BUKIT

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan mengenai pengurusan pembangunan di kawasan Tanah Bukit yang dibuat ekoran daripada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 – Siri 3

Setelah membuat siasatan dan mendapati laopran dan taklimat daripada :-
(a) Pengarah Audit Pulau Pinang
(b) Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(c) Pihak Berkuasa Air
(d) Bahagian Kawal Selia Air Pejabat SUK Negeri Pulau Pinang

RUMUSAN

Dikenalpasti pencerobohan iaitu kerja-kerja tanah dibuat tanpa kelulusan MBPP di banyak lot-lot tahan yang melebihi ketinggian 250kp/76m

I.e -    kerja-kerja haram mengorek, memotong cerun bukit
longgokan tanah ditinggal terbiar dan tuan tanah terus menjalankan kerja-kerja walaupun NOTIS telah diberi.
Notis berhenti kerja tanah diberi pada tahun 2012 – 16/3/2015, 268 lot tanah milik persendirian dikenalpasti melakukan kerja-kerja tanah tanpa kelulusan (31 lot > 250kp/76m)
            – 17 lot di DTL
            – 14 lot di DBD
Lawatan Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang pada 20 Mei sehingga 29 Mei 2015 mendapati kerja-kerja mengorek, memotong cerun tanpa kelulusan sedang berlaku – tidak mengambil kira impak alam sekitar bagi mencegah kesan alam sekitar dan aspek teknikal bagi memelihara kestabilan tanah dan cerun-cerun bukit.
PBA – memberi taklimat pencerobohan berlaku di kawasan sumber air dan tadahan air dan melaporkan kepada Jurutera Bhgn Kawal Selia Air Saliran kepada  EXCO Kerja Raya, Utiliti & Pengangkutan.
4 kali pada 2015
9 kali pada 2016
2 kali pada 2017
terdapat  kerja-kerja tanah di atas tanah persendirian di kawasan sensitif. Alam Sekitar tahap II dimana tiada pembangunan / pertanian / aktiviti boleh dijalankan.
Akta : Seksyen 70A, Akta Jalan, Parit & Bangunan 1978 (Akta 133) tidak membenarkan dikenakan denda dan kompoun serta merta kepada tuan tanah yang menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kelulusan.
Proses pendakwaan oleh MBPP yang mengambil masa terlalu lama iaitu 2 tahun kerana untuk sedia kertas siasatan perlu dapat pengukuran tepat oleh Jabatan Ukur, tambahan pula tanah bukit tidak bertanda.
MBPP lewat mengambil tindakan – walaupun terdapat banyak laporan di pihak awam dan media.
Tuan tanah lambat menjalankan kerja-kerja pembaiakan setelah diberi notis oleh MBPP dan pihak berkuasa tidak memantau dengan kerap dan mengambil tindakan ke atas tuan tanah untuk segerakan.
Binaan struktur bangunan seperti rumah, chalet, hotel & restorant tidak mempunyai sijil layak menduduki – tekanan di kawasan tadahan air dan di cerun lebih dari 250kp. Kesalahan yang tidak diambil tindakan atau lambat ambil tindakan.

SYOR

i. Menggubal semula undang-undang kecil Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 – membenarkan denda & kompoun serta merta.

ii. Menambah baik pemantauan dengan teknologi terkini (drone/cctv) kos dicaj kepada tuan tanah / pemaju. - cadang drone di setiap Pejabat Tanah Daerah untuk memantau dan ambil tindakan dengan segera.

iii. Tuan tanah dikehendaki mendapat khidmat untuk mengemukakan pelan Mitigasi kepada  MBPP sebelum mulakan kerja-kerja.

iv. Mengeluarkan notis dengan segera dan menambah rondaan & pemantauan oleh MBPP. - memperkemaskan / memperkuatkan bahagian penguatkuasaan.

v. MBPP perlu simpan rekod persempadanan tanah, pembangunan dan pertanian dll yang tepat dan tujuan-tujuan status kerja tanah. Semasa pemantauan & jika kerja-kerja diperluaskan supaya diambil tindakan yang segera.

vi. Menolak cadangan jawatankuasa PBT untuk mengendalikan permohonan kerja tanah untuk pertanian di cerun bukit melebihi 76m.

Semua sudah tahu Kerajaan Negeri tidak boleh meluluskan sebarang pembangunan di cerun bukit melebihi 250k tinggi kecuali projek-projek khas (saya pun tidak tahu apa projek khas yang dimaksudkan dan berapakah yang diluluskan?). Jadi kenapa menegaskan apa yang menjadi pengetahuan umum dan menidakkan kelemahan dan kealpaan Kerajaan Negeri yang telah menyebabkan kesengsaraan rakyat?

Pengumuman peruntukan RM300juta yang diumumkan akan diberi oleh Kerajaan Negeri bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan mitigasi tidak akan dapat menyelesaikan masalah banjir sekiranya Kerajaan Negeri dan MBPP pejam mata dan gagal (too little too late) mengambil tindakan keras ke atas;

pencerobohan
memotong cerun
langkah-langkah awal, mencegah, mengesan dan memantau
mengambil tindakan segera dan pendakwaan
meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan tuan tanah/pemaju yang hanya mengaut           keuntungan

Jangan mudah menunding jari kepada pihak yang membangkitkan isu ini sentiasa ada niat jahat. Kita pula nak soal sekarang sama ada kealpaan dan kegagalan Kerajaan Negeri itu mempunyai niat yang terselindung. Omission is also crime! (Gagal untuk ambil tindakan adalah juga satu kesalahan!) Inilah hakikat Kerajaan CAT!!


ISU KEYAKINAN RAKYAT

Y.B. Dato' Speaker,

Pepatah Inggeris berkata “action speaks better than words” - tindakan yang dibuat oleh seseorang itu menzahirkan keperibadiannya lebih dari apa percakapanya.

Seorang Ketua Menteri adalah ketua kepada Badan Pentadbiran Negeri dan mempunyai kuasa dan fungsi eksekutif. Ketua Menteri dan exco-exco bertanggungjawab ke atas pentadbiran negeri. Tambahan mereka dibayar dari wang pembayar cukai untuk menjalankan tugas-tugas negeri (public duties). Pada asaanya seorang Ketua Menteri adalah penjawat awam berdasarkan deskripsi tugasnya walaupun mengikut Akta 1948 yang dibaca dengan Perlembagaan Persekutuan 'Seksyen 5 Article 132 (3) (a) Perlembagaan Persekutuan (perkhidmatan awam tidak dikira sebagai mengandungi ; (a) jawatan mana-mana anggota pentadbiran dalam Persekutuan atau dalam sesuatu negeri. (b) mana-mana majlis Parlimen atau sesuatu Dewan Negeri. Ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd Khir bin Toyo. Pendakwaannya pada 29 Sept 2015 – Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa seorang Ketua Menteri adalah penjawat awam mengikut Seksyen 2 (I) kanun Jenayah kerana dia dibayar oleh Kerajaan atas tugasan perkhidmatan awam (performance of public duty). Oleh yang demikian seorang Ketua Menteri perlu memastikan yang beliau bertindak dalam batasan undang-undang dan mengelak daripada apa-apa isu yang akan menjejaskan kredibilitinya sebagai Ketua Menteri / seorang Ketua Eksekutif.

Seorang Wakil Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih atas keyakinan rakyat kepada Parti yang diwakilinya dan juga keyakinan rakyat kepada keperibadiannya atas amanah yang diberi oleh rakyat. Apabila seorang Ketua Menteri telah disabitkan atas sebarang tuduhan jenayah di Mahkamah atas sebarang kesalahn dan selagi tuduhan itu tidak diselesaikan melalui perbicaraan dan melalui semua proses-proses undang-undang yang ada dan nama baiknya dibersihkan maka selama itu nama baik atau reputasi Ketua Menteri akan tercemar dan kepercayaan rakyat atas pemegang jawatan tertinggi dalam negeri itu akan terhakis.
Seperti mana yang kita tahu seorang Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan diberi kuasa yang besar dan dihormati (YAB) dan bertanggungjawab kepada rakyat (public) atas segala tindakannya.

Berdasarkan ke atas kepertanggungjawapan ini lah sekiranya intgreti seorang ketua itu dipersoalkan, diragukan apabila dituduh di mahkamah atas sebarang kesalahan jenayah maka untuk menjaga nama baik dan kepercayaan rakyat ke atas jawatan itu serta kerajaan, beliau seharusnya mengundur diri sama ada meletak jawatan atau pun bercuti untuk;

(a) memberi ruang kepada penyiasatan dilakukan
(b) tidak meletak pegawai-pegawai bawahan, yang dikehendaki memberi keterangan menjadi tertekan dan serba salah oleh itu tidak dapat menjadi saksi yang betul- betul bebas
(c) tidak menggunakan kedudukannya serta kuasa yang ad untuk mempengaruhi atau melakukan sebarang perkara yang dalam bidang kuasa atau atas kedudukannya sebagai Ketua Kerajaan ke atas saksi-saksi yang terlibat (COERSION & INTIMIDATION)

SOALAN : Kalau seorang Ketua Menteri tidak mempunyai integriti untuk melepaskan atau bercuti dan mengosongkan tempatnya apabila dikenakan tuduhan jenayah macam mana rakyat akan merasa yakin dia tidak akan mengeksploitasi kedudukan dankusanaya untuk mempengaruhi saksi-saksi dan keputusan perbicaraan nanti?

Perbicaraan yang panjang juga akan menjejaskan tugasan-tugasan Ketua Menteri. Belum pernah perkara seperti ini berlaku dalam sejarah politik Negeri Pulau Pinang!!


Y.B. Dato' Speaker,

Dewan telah menolak usul saya yang berbunyi “Bahawa Dewan ini membuat ketetapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Air Putih hendaklah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri dengan serta merta setelah didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjaga integriti jawatan Ketua Menteri, mengelak dari terjadinya tekanan (coercion) ke atas penjawat-penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah serta mengekang kebebasan saksi untuk memberi keterangan secara bebas  dan mengelak tugas Ketua Menteri daripada terjejas sepanjang perbicaraan.” dan alasan yang diberi ialah kerana pendirian blok kejayaan adalah jelas dan perkara ini masih dalam pertimbangan mahkamah. Ada 2 aspek dalam asas penolakan itu;

i. Pendirian blok kejayaan – jelas berdiri menyokong pendirian Ketua Menteri untuk tidak meletak jawatan atau berhenti setelah disabitkan kesalahan dan pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Pencegah Rasuah Malaysia (Akta 694) dan Seksyen 165 Kanun Jenayah. Soalannya mana pergi prinsip Cekap, Akauntibiliti, & Telus yang dimegah-megahkan, di manakah letaknya prinsip, idealisme, kebertanggungjawaban dan ketelusan? Pepatah Melayu ada menyebut “berani kerana benar, takut kerana salah” Ini adalah pendirian orang penakut. Seluruh Kerajaan Negeri terdiri dari orang-orang yang penakut. Ketua Menteri kena berlindung & berpaut di bawah perisai jawatan Ketua Menteri dan mengeksploitasi kedudukan sebagai Ketua Menteri untuk kepentingan dirinya dan seluruh blok Kerajaan Negeri pula menyokong membuta tuli. Inilah apa yang dikatakan dalam pepatah cina; MING BU FU SHI – ' the name falls short of the reality' seperti pepatah Melayu mengatakan INDAH KHABAR DARI RUPA / CAKAP TAK SERUPA BIKIN; JIN YU QI WAI & BAI XU QI ZHONG – 'look awesome on the putside but in reality are rotten beneath the fine exterior' 'shame on you'  block kerajaan yang tak ada pendirian!

Mana letaknya pendirian Parti?
(a) Tony Pua – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Pengerusi DAP Selangor telah menyatakan bahawa “seseorang itu perlu memberi laluan kepada individu yang serius tentang integriti, kebertanggungjawaban dan bersedia untuk menjawab kepada rakyat”
Tony Pua juga pada 22 Mac 2017 di lobby Parlimen mengeluarkan kenyataan Lim Guan Eng tak perlu bercuti kecuali dia dituduh di Mahkamah. Jika telah dituduh “should take time off” Sekarang sudah dituduh apa nak tunggu lagi – Reka alasa untuk menyokong supaya tak bercuti!
(b) Timbalan Presiden PKR, YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pula menyatakan tindakan Adam Rosly, Ketua Pemuda PKR bercuti dari jawatan sebagai keputusan yang tepat!
(c) Rafizi Ramli – Naib Presiden PKR meminta Adam Rosly Ketua Pemuda Ampang dituduh rasuah oleh Mahkamah dilucutkan dari jawatan parti supaya PKR dapat menjauhkan diri dari Adam Rosly yang mempunyai masalah peribadi.
(d) Sebaliknya di pihak UMNO, apabila EXCO Perumahan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latif Bandi disiasat beliau terus bercuti pada 1 Mac 2017 apabila SPRM menjalankan siasatan ke atas beliau berkenaan skandal rasuah yang membabitkan jawatan yang diketuainya.Beliau meletakkan jawatan selepas perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Mahkamah.
“Apa yang mungkin dibenarkan mengikut undang-undang tak semestinya betul dari segi moral” Jawatan Ketua Menteri adalah jawatan yang dihormati oleh rakyat bukan sahaja pemegang jawtan itu perlu bertindak betul mengikut undang-undang tetapi juga betul secara moral.

“C.A.T. DAH MATI”


CERITA JUAL TANAH LAGI

Y.B. Dato' Speaker,

Pengumuman terbaru pada 15 Mei 2017 tenteng penjalan tanah di Lebuh Peel (Peel Avenue) seluas 6.443 ekar / 2.732 hektar kepada syarikat yang dimiliki oleh Island Hospital (tak dinyatakan nama syarikat) yang telah dipersetujui pada bulan Disember 2016 (5 bulan dulu) pada harga 156 juta iaitu RM559kp – pajakan 99 tahun telah diberi mulai 12 Disember 2015.

Ketua Menteri mengatakan pengumuman baru dibuat kerana “it became an issue of contention” (isu yang dipersoalkan) dan kerana “subject to non disclosure agreement” (pengumuman hanya akan dibuat oleh pelabur pada masa yang mereka fikirkan sesuai). Bukan sebuah syarikat awam pun tetapi syarikat SDN BHD iaitu;
i. Island Hospital Sdn Bhd
ii. sland Island Medisuite Sdn Bhd
iii. IMC Hospitality Sdn Bhd
*bukan tak nak umum tapi nak dirahsiakan.
Ketua Menteri katanya lagi “we will not be dictated by political game played by irresponsible parties” (dia tidak akan diarahkan oleh mainan politik oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab)

Soalan : Ketua Menteri mengatakan Pulau Pinang adalah satu-satunya;
i. Negeri di Malaysia yang mengamalkan tender terbuka secara keseluruhannya ! Temberang saja !
ii. Kenapa pelaburan untuk hospital dikategorikan sama seperti syarikat multinational yang datang melabur di negeri ini.
Ini adalah pelaburan berskala besar yang bertujuan untuk menambah kemudahan bukan kepada rakyat yang sederhana dan rendah tetapi yang berpendapatan tinggi dan kepada rakyat asing.

SOALAN : Dalam pemberian projek siapa cari siapa? perigi cari timba atau timba cari perigi? Implikasinya? …..

POKOKNYA ;

Kenapa senyap-senyap diberi kepada Islan Hospital dan dalam masa yang singkat;
(a) tanah yang dizonkan untuk pembangunan kerajaan ditukat syarat kepada pembangunanbercampur dalam SPC yang lepas dan sekali gus memberi kepadatan yang tinggi – untuk tujuan komersial :-
(i) Bandar Perubatan
(ii) Hospital
(iii) Suite Perubatan & Hotel
(b) Semua FAST TRACK – melalui LALUAN HIJAU mendapat  kelulusan segera – pelan merancang telah dikemukakan dan mungkin akan diluluskan segera walhal permohonan merancang untuk perumahan rakyat yang dikemukakan oleh agensi-agensi persekutuan seperti PERDA dicari seribu satu alasan untuk ditangguh dan ditolak! Bukankah kepentingan rakyat di sini juga perlu dipandang serius? Sebanyak 30,000 unit rumah rakyat yang akan dibangunkan oleh agensi-agensi persekutuan, bukankah itu penting? SABOTAJ, DISKRIMINASI, PILIH KASIH DAN MANIPULASI KUASA KELAS PERTAMA!!
(c) Terdapat bangunan warisan yang mana telah dibuat permohonan untuk dirobohkan! Citizens Awarness Chant Group membantah perobohan bangunan warisan tersebut dan meminta supaya Kerajaan Negeri menjalankan kajian penilaian impak ke atas warisan tentang bangunan tersebut dan bertanya aoa akan jadi ke atas transaksi jualan tersebut sekiranya syarikat berkenaan tidak mendapat lesen hospital yang diperlukan?

Pelik sekali dan menjadi tanda tanya – kenapa perlu disorok-sorok sehingga;

i. Semua dah berbau – baru dimaklumkan! Ie - Disember 2016 hingga Mei 2017 baru umum dan terus hentam orang yang bertanya. Mana KETELUSAN (CAT) Kerajaan Negeri?
ii. Kenapa dijual dibawah harga pasaran? Dimaklumkan harga RM559 satu kaki persegi adalah terlalu rendah beza dengan nilai sekitar yang lebih dari RM800 s.k.p (Mungkin sekali lagi Ketua Menteri tak tahu harga pasaran hartanah!)
Janganlah nak tegakkan benang yang basah! Terlalu banyak persoalan yang tak berjawab dan sekali lagi kredibiliti, ketelusan Kerajaan Negeri dipersoalkan!

Kenapa kategorikan hospital sebagai syarikat multinational?


HAL EHWAL ISLAM PULAU PINANG

Exco Agama pada 27 Januari 2017 mengeluarkan kenyataan menyangkal kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam media yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal menjaga kepentingan Melayu & Islam.

Antara yang beliau nyatakan “bajet hal ehwal agama pernah mencecah sehingga 300% melebihi bajet agama sebelum Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang. DAP menyalurkan lebih banyak bajet agama dari Barisan Nasional. Sudah tu dipasangkan pula bilboard yang besar-besar untuk memaklum dan ingatkan orang-orang Islam di Pulau Pinang tentang peruntukan besar yang diberi itu. Perbandingan-perbandingan ini sudah menjadi laungan serigala (wolf cry) Kerajaan Negeri – ternyata dalam text ucapan kali ini diulang-ulangkan.

Sebenarnya sejak 2008-2017 jumlah bajet yang disediakan oleh Kerajaan DAP di Pulau Pinang untuk hal ehwal agama Islam adalah berjumlah RM444.7 juta atau purata RM49 juta setahun ataupun 9% daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus Bajet Tahunan Negeri yang berjumlah RM5.8 bilion.


Nota : Jumlah peruntukan Negeri termasuk perbelanjaan kos pengurusan agensi JAINPP & MAINPP

Sebaliknya Kerajaan Barisan Nasional pula sejak 2008-2017 telah menyediakan sebanyak RM462.1 juta atau pun purata RM57.7 juta setahun – melebihi tanggungjawab Kerajaan Negeri sebanyak RM17.4 juta atau 8.7%. Pecahannya seperti berikut :

i. RM85.6juta – membina 19 buah masjid
ii. RM207juta – projek & program syiar Islam
iii. RM169.5juta – pembayaran elaun Guru Kafa, Imam & Guru Takmir
Nota : (Imam – RM850/bulan , Guru Kafa – RM900/bulan)
Jadi jangan putar beli angka atau mengaburkan mata rakyat kerana ini akan memberi implikasi yang negatif ie – Ketua Menteri menyatakan DAP kononnya manjakan masyarakat Islam menyemai kebencian terhadap mereka dan juga menempelak Kerajaan Barisan Nasional tak ambil berat hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang! Orang Islam di Pulau Pinang telah digulakan dengan angka-angka yang tidak betul!


ISU FATWA

Ucapan TYT Tun semasa merasmikan Sidang Dewan kali ini menyatakan bahawa ketetapan agama Islam sebagai agama rasmi perlulah dihormati. Harus diingat bahawa bukan sahaja Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk pembangunan hal ehwal agama Islam di negeri ini, ianya tidak bolehdipertikai oleh mana-mana pihak kerana perkara ini telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi lebih dari itu kehormatan agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan, pendidikan, kebajikan,kerohanian dan pengamalan agama itu sendiri.

Enakmen pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 telah menetapkan perlantikan dan kuasa Mufti, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta kaedah untuk membuat atau meluluskan fatwa. Tidak ada satu pun peruntukan di dalam enakmen tersebut membolehkan fatwa yang telah diluluskan untuk dibawa ke Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk disemak supaya selari dengan kehendak Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong! Ini adalah asas atas dasar Mufti mempunyai kebebesan penuh untuk membawa fatwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam warta. Setelah diperkenankan maka fatwa tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan diwartakan.


Fatwa adalah khusus hal ehwal agama dan Ketua Agama untuk Pulau Pinang adalah Yang di-Pertuan Agong! – bukan Ketua Menteri!

Oleh sebab itu surat edaran oleh Exco Agama pada 26 Mei 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa tentang perkara itu adalah salah satu usaha campur tangan dalam hal ehwal agama yang tidak seharusnya dibuat dan perlu ditarik balik. 'Kenyataan Datuk Seri Hassan Ahmad berkata tegurannya itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 – Datuk Seri Hassan Ahmad berkata ketika masih dalam perkhidmatab teguran itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agam Islam Negeri Pulau Pinang 2004 di mana mufti boleh secara terus membawa usul fatwa kepad Agong. Apabila kerajaan negeri mengeluarkan surat pekeliling dan mengarahkan semua jabatan sebelum mewartakan sebarang fatwa mesti mendapat kelulusan mesyuarat exco terlebih dulu, saya tulis surat supaya jabatan mufti dikecualikan kerana berdasarkan kepada enakmen 2004, kita tidak terikat.' Biarlah ini menjadi pengajaran kepada semua yang bertanggungjawab – jangan bermain api, jangan cuba untuk melarutkan dan mempengaruhi pegangan agama rakyat Pulau Pinang mengikut arah dan kehendak pihak yang ingin memesongkan akidah umat Islam dengan pegangan liberalisme, pluralisme hedonisme dan lain-lain kerana kita tidak redha! Apa pula yang dah terjkadi denga 4 fatwa yang sudah diluluskan tapi belum diwartakan? Satu hal lagi – pada 4 April 2017 Dato Mufti Pulau Pinang menyatakan bahawa kesemua fatwa yang sudah diluluskan dalam proses untuk diwartakan. BILA DIDAPATI KETIKANYA YANG SESUAI? SIAPA YANG TENTUKAN MASA YANG SESUAI? Tugas EXCO Agama ini berat – kena jawab bukan sahaja pada masyarakat Islam tapi juga di akhirat nanti. Samalah dengan jawatan YDP MAINPP, agihan zakat itu jagalah baik-baik! Tugas Mufti lagi berat.


Y.B. Dato' YDP,

Akhir kata,

sebelum saya mengundur diri
Izinkan saya menyusun sepuluh jari
Mohon maaf ampunya diri
Sekiranya tersalah silap di sana sini

Setelah dua puluh dua tahun saya mengabdi
Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri
Rasanya saya yang paling senior sekali
Ingin menyampai pesan sebelum pergi

Ahli-ahli Dewan yang mulia bestari
Letakkan sebelah politik sempit selama ini
Hak pencen bekas ADUN hendaklah diberi
Jika tidak Kerajaan Negeri terhutang kepada mereka sampai mati

Kepada Pegawai Jabatan Persekutuan dan Negeri
Kalungan kasih atas khidmat selama ini
Segala yang rumit senangi diatasi
Kerana kerjasama segera dan bakti

Kita semua perlu memelihara kemuliaan Dewan ini
Ingatlah apa yang dibuat akan diadili
Tiga mahkamah perlu dilalui
Mahkamah Rakyat, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah di Azali

Oleh itu demi kemuliaan jawatan Ketua Menteri
Demi kesucian Dewan ini
Buktikan integreti, ambillah cuti
sehingga nama baik bersih kembali

Sebenarnya jawatan tertinggi negeri
Hanyalah dipinjamkan untuk berbakti
Untuk rakyat dan bukan diri sendiri
Ianya amanah besar jangan cemari

Kepada semua Muslin Muslimat saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Dengan itu, YB Dato' Yang Dipertua saya mohon menyokong.

0 comments:

Post a Comment