Thursday 12 April 2018

Pemuda Mahu Pastikan Angin Perubahan Di Pulau Pinang


Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang berkata, jentera Pemuda telah bersiap sepenuhnya bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di negeri ini.

Jelas beliau, gerak kerja telah diatur sejak awal lagi bagi memastikan angin perubahan dapat dibawa kepada para pengundi sekaligus menyedari bahawa hanya BN parti terbaik dalam membela nasib rakyat.

“Kita telah lama bersiap sedia dari segi penambahan pengundi golongan muda. Ini penting kerana undi anak muda amat penting dalam memastikan kemenangan BN.

“Kita juga telah mengenali pengundi putih dan akan memastikan mereka ini keluar mengundi pada PRU nanti,”

Justeru beliau berharap para pengundi di Pulau Pinang tidak lagi membuat kesilapan yang sama dengan membiarkan Dap terus menjadi kerajaan negeri.

“Sudah dua penggal Dap memerintah tetapi apa yang telah mereka lakukan untuk rakyat. Duit rakyat digunakan untuk projek-projek mega tetapi duit habis… projek entah ke mana.

“Cukuplah penderitaan yang kita alami selama ini… ambil contoh masalah banjir yang masih segar dalam ingatan kita… banjir semakin memburuk sebab sikap rakus kerajaan negeri sendiri.

“Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan yang membantu rakyat adalah kerajaan persekutuan. Maka, kita tiada pilihan lain selain menukar tampuk pimpinan kerajaan negeri,” jelas beliau lagi. - Souljer

1 comments: