Saturday 9 December 2017

Malaysia Bantah Jerusalem Ibu Negara Israel - Reezal Merican #PAU2017


Kuala Lumpur - Malaysia menolak dan membantah keputusan yang dibuat oleh Amerika Syarikat berhubung perpindahan ibu negara Israel ke Baitulmaqdis.

YB Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Luar Malaysia menyatakan bahawa sebagaimana lazimnya dasar luar negara seperti mana yang diutarakan oleh YAB Presiden parti adalah pragmatik.

"Dalam erti kata, bila kita sampai to a junction of point we need to call a spade a spade, we will do that".

Tambah beliau dalam soal pemindahan Jerusalem sebagai ibu negara Israel, pendirian kerajaan dan negara Malaysia kekal dengan keputusan menolak dan membantah.

Keputusan itu dibuat kerana ia merupakan cadangan yang sama sekali bertentangan dengan 'international resolution, United Nation, Security Council Resolution' malahan pelbagai resolusi yang lain dan Reezal menegaskan yang paling penting ialah ia akan mengagalkan 'two state solution formula' yang dipersetujui oleh semua 'international commitee'.

Malah tindakan Amerika Syarikat akan mengundang 'an endless war' sebagaimana yang disebut oleh kebanyakkan pemimpin-pemimpin termasuklah pemimpin Fatah sendiri.

"Saya kira tindakan yang dibuat oleh Amerika Syarikat ini adalah tindakan yang sama sekali tidak mengambil perkiraan sentimen dunia dan ia akan mengagal proses-proses rundingan damai yang selama ini berlangsung malahan ia akan merencatkan lagi usaha untuk menjadikan Palestin sebagai sebuah negara yang berdaulat sebagaimana yang dipersetujui oleh 'international commitee'. 

"Malaysia kita tidak akan berlindung, kita tidak akan bersembunyi untuk menyatakan pendirian.

"Hari ini pun kita akan tampil dengan anak-anak muda yang terdiri daripada Pemuda UMNO mengemukakan bantahan secara rasmi di kedutaan Amerika Syarikat.

"Itu juga merupakan pendirian posisi bukan hanya kerajaan tetapi parti UMNO yang selama ini kita tidak pernah berselindung 'when it come to about the issue of Palestine'.

"Inilah rahmat dalam himpunan Melayu yang sebegini ramai, benda ini dapat diputuskan dan akhirnya ia juga menjadikan salah satu cetusan menyatupadukan semua hati-hati dan perasaan untuk kita bersatu mempertahankan Baitulmaqdis ataupun Jerusalem".

0 comments:

Post a Comment