Friday 17 November 2017

Sidang DUN P.Pinang Dedah Ketidakmampuan Lim Guan Eng Tadbir Negeri


Mesyuarat DUN Pulau Pinang yang selesai baru-baru ini menimbulkan pelbagai lagi persoalan tentang ketidakmampuan Lim Guan Eng untuk mentadbir negeri.

1. Bajet ‘surplus’

YB Datuk Shah Headan Ayoob, Adun Teluk Bahang  berkata ucapan penggulungan oleh Guan Eng DAP begitu singkat hinggakan pelbagai soalan yang timbul tidak dapat dibentangkan. 

Sejak 2008 sehingga 2017, bajet kerajaan negeri selalunya defisit dan bermula dengan defisit.

"Kalau kerajaan negeri cakap bajet ini jadi 'surplus' (lebihan), kita mahu tahu kontrak mana yang dijimatkan, bagaimana kerajaan negeri lakukan sebab kalau mengambil kira 'simple calculation' kerajaan negeri telah menjimatkan 61% dari tiap-tiap tender yang kerajaan negeri berikan.

"Kerajaan negeri juga perlu memaklumkan berapa projek daripada tahun sebelumnya yang tidak digunapakai yang dimasukkan balik sehingga menjadi lebihan.

"Ini semua kita tak dapat. Hari ini kita nak tanya hal-hal ini sebab dah tahun terakhir, bila dah berhenti secara mendadak dan tiba-tiba landing jadi saya rasa bajet tahun ini amat mengecewakan" kata beliau.

YB Farid Adun Pulau Betong pula berkata Guan Eng kali ini cuba untuk melarikan diri dan mengelak.

"Isu kita panjang, cuma dia panjangkan ucapan mula dia tu dengan banjir lepas tu sedikit sahaja tentang isu kewangan, padahal pada tahun ini sesi ini kita membincangkan tentang bajet sebab itu semua orang menunjukkan tentang bajet."

Beliau dan YB Shah Headan sudah menunggu di dewan untuk bertanyakan soalan tetapi tidak diberi ruang.


2. Usul BN Dipinda Oleh Kerajaan DAP

Inilah yang berlaku di DUN Pulau Pinang di mana kerajaan DAP telah meminda usul yang dibawa oleh ADUN BN negeri.

Pada awalnya,  YB Dr. Muhammad Farid Saad telah mengusulkan supaya kerajaan negeri menghentikan semua pembangunan di lereng bukit serta-merta hingga pemaju menyediakan pelan penguraian air dan pengukuhan tanah.

Tetapi usul itu telah dipinda oleh kerajaan DAP negeri. Tindakan mereka itu untuk menutup kelemahan dan kesongsangan di dalam kerajaan DAP dan cuba untuk meletakkan bebannya kepada kerajaan BN Persekutuan.

Yang memalukan ialah kerajaan DAP sebelum ini telah pun mengakui telah meluluskan beberapa projek pembangunan di lereng bukit.

“Kita mahu memfokuskan peranan kerajaan negeri tetapi mereka libatkan Kerajaan Persekutuan sedangkan semua kelulusan pembangunan di negeri ini di bawah peranan mereka,” katanya.


3. Pusat Hiburan Diluluskan Tanpa pandangan PDRM

YB Jahara mendedahkan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada banyak premis pusat hiburan dengan mengetepikan pandangan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia.

Kononnya lesen diluluskan atas alasan ‘tiada masalah kacau ganggu dan bantahan penduduk’. Kenyataan itu tidak logik kerana pusat hiburan tersebut hanya boleh dikesan selepas operasinya.

4. Banjir besar di Pulau Pinang.

Terdapat laporan audit negara tahun 2016 dan juga laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam negeri yang telah mengenal pasti banyak kawasan-kawasan hutan simpan, kawasan lereng bukit yang telah diterokai secara haram. 

Begitu juga pihak NGO dan rakyat Pulau Pinang yang telah mendedahkan pembinaan projek-projek di lereng-lereng bukit. ‘Projek khas’ hanya untuk projek yang penting untuk awam bukannya projek perumahan mampu lihat.

Kerajaan DAP juga berbohong kononnya Kerajaan BN Pusat tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada negeri itu bagi mengatasi masalah banjir termasuk bantuan kepada mangsa banjir.

Pembohongan ini sangat melampau kerana kita sendiri telah menyaksikan kerajaan BN Pusat dan agensi-agensinya yang bersusah payah serta membantu rakyat Pulau Pinang, tidak seperti kerajaan DAP. DAP lebih suka menuding jari dan menyalahkan pihak lain.



Banyak lagi isu negeri Pulau Pinang yang telah didedahkan. Lihat juga video di bawah:



Dan kita tahu tindakan DAP yang sanggup berbohong. Ianya dijadikan diversion supaya fokus rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang yang lebih bercakap tentang kerajaan Persekutuan dan bukannya kegagalan kerajaan DAP negeri.

Tiap kali rakyat mempersoalkan kerajaan DAP, tiap kali itu juga mereka akan merekacipta isu dengan menyalahkan pihak lain hinggakan rakyat tidak lagi bercakap tentang parti cauvinis itu.

Itulah modus operandi parti yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi rasis, kronisme dan tidak demokratik. - Dr MiM

0 comments:

Post a Comment