Tuesday 24 October 2017

Tidak Wajar Putus Hubungan Diplomatik Dengan Myanmar


Kuala Lumpur - Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini menegaskan kerajaan tidak akan membuat keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Myanmar walaupun negara terbabit berdepan dengan isu penindasan etnik Rohingya yang telah mendapat perhatian di seluruh dunia.

Tambahnya tindakan sedemikian tidak akan memberi kesan positif kepada matlamat untuk menghentikan krisis kemanusiaan yang kini masih lagi berlaku.

"Kita buat kajian kalau tindakan bersifat unilateral, kadang kala tidak beri impak positif kepada apa hasil kita nak capai.

"Satunya kita nak pastikan dalam keadaan apa pun kita masih ada ruang untuk bantu masyarakat Rohingya. Ada kalanya kita mengambil tindakan tetapi pada masa sama kita mahukan apa yang dihasratkan tercapai.

"Bukan itu sahaja kalau kita tak ada hubungan diplomatik tentu sekali ngo-ngo yang datang daripada Malaysia seperti Mapim,Mercy Malaysia juga tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Azizah di dalam soalannya bertanya sama ada kerajaan akan memberhentikan semua pelaburan GLC dan GLIC di Myanmar berikutan krisis pembantaian etnik Rohingya.

0 comments:

Post a Comment