Wednesday 6 September 2017

Misi Pelaburan NCER Kini Di EROPAH


Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang kini berada di Eropah telah berkongsi pengalaman beliau melalui akaun twitter miliknya dalam misi pelaburan NCER ke Eropah.Selain dari menghadiri mesyuarat , misi pelaburan NCER ke Eropah ini turut mengadakan lawatan ke kilang pembuatan kereta Peugeot di Sochaux , France.

Menurut beliau , kilang pembuatan kereta Peugeot ini adalah yang tertua dan terbesar di dunia dan telah beroperasi selama 105 tahun.


Menurut beliau kilang tersebut mampu menghasilkan sebanyak 2 ribu unit kereta sehari melibatkan 3 ribu bahagian dipasang untuk satu unit kereta dan siap dipasang dalam masa 21 jam untuk satu unit kereta.

Sebelum itu Datuk Seri Zainal telah menghadiri majlis makan malam sempena hubungan diplomatik Malaysia & Germany yang ke 60 tahun yang dihadiri oleh ahli-ahli majlis bandaraya dan ahli-ahli perniagaan Jerman di Franfurt.


Untuk rekod Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region) atau NCER Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial yang membabitkan negeri Perlis , Kedah , Pulau Pinang dan utara Perak.

Ia diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan , 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI).Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion manakala penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun.

Semoga misi ke Eropah ini akan terus membawa lebih banyak pelaburan asing masuk ke Malaysia seterusnya dapat membantu menjana ekonomi negara yang tercinta. 

0 comments:

Post a Comment