Saturday 9 September 2017

Sekatan ‘Steam’ Di Tarik Balik


Selepas sehari, kerajaan menarik balik keputusan menyekat laman penyedia platform permainan dalam talian, ‘Steam’ kepada rakyat Malaysia.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak di Twitternya hari ini.


“Steam sudah menghalang permainan itu dimuat turun di Malaysia. Sekatan akan ditarik balik hari ini,” kata beliau.

Semalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyekat keseluruhan laman itu, selepas kerajaan menuntut Steam menyekat permainan ‘Fight of Gods’ daripada dimuat turun oleh rakyat Malaysia dalam masa 24 jam, atau tindakan akan diambil.

Permainan disekat itu mencetuskan kontroversi kerana memaparkan watak Jesus Christ dan Buddha dalam senarai peninju yang boleh dipilih pemain.

0 comments:

Post a Comment