Tuesday 20 March 2018

RM7.32 Juta Selenggara Flat


PULAU PINANG 19 Mac - Lebih 7,344 pemilik rumah di Balik Pulau mendapat manfaat menerusi Tabung Penyelenggara 1Malaysia (TP1M) yang dilancarkan Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, sepanjang tempoh empat tahun bermula 2012, sebanyak 19 projek penyelenggara telah dilaksanakan membabitkan peruntukan kira-kiraRM7.32 juta.

Beliau berkata, projek berke­naan yang diselia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertujuan menyelenggara rumah kos rendah dan kos sederhana rendah swasta.

“Antara yang dibaiki ialah sistem paip, lif, bumbung, tangga, pendawaian semula dan mengecat bangunan supaya penduduk terlibat dapat hidup dalam per­sekitaran yang lebih selesa,” katanya dalam Majlis Pelancaran Projek TP1M di Taman Desa Gen­ting, Balik Pulau, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad; ADUN Bayan Lepas, Nordin Ahmad; ADUN Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah; Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Syed Shaari Syed Abdullah dan Pengarah Urusan United Butterworth Taiping Lektrik Sdn. Bhd, Norhijrah Zainal.

Mengulas lanjut, Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, antara kawasan perumahan terlibat dalam projek berke­naan termasuk Flat Mutiara 1, Flat Saujana Heights, Perumahan Kos Rendah Bertingkat Sungai Batu dan Flat Teluk Kumbar.

“Sepanjang pelaksanaan projek baik pulih rumah, sebanyak 332 projek kecil dengan kos keseluruhan RM18.95 juta telah dilaksanakan di seluruh negeri,” katanya. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment